Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Misi NS keluar dari zon corot: Shahurain

Written By Unknown on Kamis, 31 Januari 2013 | 15.23

Seremban: Misi keluar daripada kelompok terbawah carta liga menjadi sasaran utama skuad Negeri Sembilan sebaik saingan Liga Super kembali bersambung dengan bertemu Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 16 Februari depan.

Sekalipun amat menyedari betapa tugas selepas ini lebih mencabar, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk berusaha keras memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan persembahan lebih baik dapat dipamerkan untuk merealisasikan kemenangan.

Pemain sayap kiri pasukan, Shahurain Abu Samah, berkata dia yakin peluang pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam carta liga masih belum tertutup walaupun mengakui saingan liga semakin berliku dengan setiap pasukan masing-masing memperkemaskan jentera pasukan.

"Saya yakin peluang kami untuk mencabar pasukan lain belum tertutup kerana prestasi pasukan masih di tahap yang terbaik kerana kami hanya mengalami kekalahan tipis dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jika kami dapat mengemaskan semula jentera pasukan, saya yakin kemenangan akan dapat dicapai," katanya, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pelik, Raja tak senarai Piya’

Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.

"Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan.

"Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya," katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
"Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau mengganas lagi

Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.

Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.

"Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu).

"Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik," kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi.

Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

"Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka," kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pengadil punca gaduh’

Kuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, berpunca daripada kesilapan pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh.

Ia bukan disebabkan provokasi penyerang Selangor, Afiq Azmi atau tindakan pemain Tentera, Shukor Adan menolak kepala Shukur selepas pemain itu enggan keluar padang.

Amirul, 27, yang bergelar pengadil antarabangsa sejak tahun lalu menjadikan situasi pada perlawanan itu panas tiba-tiba apabila bertindak melayangkan kad merah kepada Shukur pada minit ke-117, tetapi seminit kemudian selepas menyedari kesilapannya, membenarkan pemain Selangor itu masuk semula ke padang.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata jika pengadil tidak melakukan kesilapan melayangkan kad merah, sudah tentu tidak berlaku pergaduhan.

"Ini berpunca daripada kesilapan pengadil...jika tidak, sudah tentu tiada masalah pergaduhan berlaku dan perlawanan akan berakhir dengan suasana biasa tanpa kira siapa menang atau kalah.

"Lagipun Selangor dan Tentera tak pernah bermusuh dan hubungan kami sebelum ini sememangnya baik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik hasrat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menyelesaikan masalah itu di luar Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
"Saya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Hamidin dan kami bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini secara baik," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piya tiada di hati Rajagobal

Written By Unknown on Selasa, 29 Januari 2013 | 15.23

Kelana Jaya: Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.

Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.

Namun, situasi berkenaan masih belum 'membuka hati' pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memanggil Badhri untuk kem latihan skuad kebangsaan.

Tanya Piya sendiri

"Saya fikir tumpuan saya lebih kepada persiapan menghadapi Qatar. Kamu boleh tanya sendiri kepada dia (Badhri). Bukan dia tak main baik, tetapi pemain apa yang kita perlukan pada masa sekarang untuk berdepan Qatar.

"Itu adalah pendapat peminat. Kalau boleh, tanyalah kepada dua bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dan B Sathianathan. Mereka berdua boleh beri lebih penjelasan mengenai pemain Kelantan.
"Tiap-tiap jurulatih ada cara atau pemilihannya," kata Rajagobal ketika ditemui pada latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Dalam pada itu, aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini berkemungkinan tidak berstatus A kerana Rajagobal bercadang berbincang dengan jurulatih Iraq untuk membenarkan lebih enam pertukaran pemain dibuat sepanjang perlawanan terbabit.

Senarai 24 pemain Harimau Malaya:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.
Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.
Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Helmi Remeli, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.
Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan


15.23 | 0 komentar | Read More

Afrika Selatan, Cape Verde ke suku akhir

Dua gol awal Maghribi gagal lonjak kedudukan

DURBAN (Afrika Selatan): Pasukan tuan rumah, Afrika Selatan kembali bangkit untuk mengikat Maghribi 2-2 untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika dengan menamatkan perlawanan di kedudukan teratas Kumpulan A.

Keputusan itu bermakna Cape Verde juga menempah tempat ke suku akhir dalam kejohanan utama pertama apabila menewaskan Angola 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung serentak di Port Elizabeth. Maghribi pula berada di tempat ketiga kumpulan.


Sangweni wira Bafana Bafana

Issam El Adoua dan pengganti, Abdelilah Hafidi membantu Maghribi memperoleh dua gol awal namun Afrika Selatan bangkit melalui gol May Mahlangu dan Siyabonga Sangweni bagi membolehkan mereka menjuarai kumpulan dengan perbezaan mata.

Pemain pertahanan, Sangweni, yang menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Angola, sekali lagi menyumbang gol penting pada minit ke-87 bagi memastikan skuad Bafana Bafana terus kekal dalam saingan.

"Jika anda tahu masa hanya tinggal beberapa minit saja lagi, saya rasakan anda akan arahkan semuanya supaya menyerang. Dia (Sangweni) jelas menunjukkan peningkatan, mengambil peluang dan ia berbaloi," kata kapten Afrika Selatan, Bongani Khumalo.

Percaya rakan sepasukan

"Ia semakin sukar mulai sekarang. Kami kini menghampiri kemuncak saingan, perlu percayakan sesama sendiri dan bekerja lebih keras," katanya.

Maghribi menyerang pada awal perlawanan dengan Youssef El Arabi menguji kemampuan penjaga gawang Afrika Selatan, Intumeleng Khune pada minit keempat.
Mereka kemudian mendahului perlawanan pada enam minit kemudian apabila El Adoua menyumbat gol. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Eddy ‘terlepas’ aksi Seluruh England

Legenda badminton negara meninggal dunia

Pulau Pinang: Ketika negara masih bersedih dengan pemergian Datuk Punch Gunalan, negara kehilangan seorang lagi legenda badminton apabila Datuk Eddy Choong, 83, meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Loy Guan Lye, di sini akibat komplikasi jantung dan pendarahan dalam perut, petang semalam.

Anak sulung mendiang, Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53, berkata bapanya yang juga bekas juara perseorangan All England sebanyak empat kali dikejar ke hospital berkenaan selepas mengalami muntah-muntah, Sabtu lalu.

"Selepas dirawat, bapa saya sepatutnya dibenarkan keluar pagi tadi (semalam), tetapi meninggal dunia ketika kami empat beradik berada di sisinya pada jam 2.30 petang.

"Kematiannya agak mengejutkan kerana beliau dalam keadaan sihat dan bersemangat mahu menonton Kejohanan Badminton All England Mac depan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bell, Pulau Tikus semalam.

Sumber inspirasi

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, dan juga empat anak lelaki.

Eddy yang juga bekas pelajar Penang Free School pernah bergandingan dalam acara beregu lelaki dengan mendiang abangnya, Datuk David Choong yang meninggal dunia pada September 2011 kerana diserang strok sebelum koma sembilan tahun.
"Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung," kata Khuat Seng.

Sementara itu, Sun Lim berkata, suaminya seorang pencinta sukan badminton dan semangatnya tidak pernah terpadam, biarpun sudah bersara.

"Kami sekeluarga pasti akan merindui mendiang yang menjadi sumber inspirasi kami sekeluarga selain rakyat Malaysia yang meminati sukan badminton," katanya.

Ogos lalu, negara turut kehilangan legenda badminton apabila Punch Gunalan meninggal dunia akibat kanser pundi hempedu.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Afiq punca segalanya'

Kuala Lumpur: Selangor dan Tentera terus 'bertikam lidah' bagi membuktikan masing-masing tidak bersalah di sebalik insiden pergaduhan yang meletus sejurus perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Selepas kapten Red Giants, Mohd Asraruddin Putra Omar mempertahankan Afiq Azmi dan menuduh pemain tengah Tentera Shukor Adan sebagai pencetus insiden keganasan itu, jurulatih Tentera, B Sathianathan semalam tampil menegaskan Afiq adalah punca segala-galanya.

"Saya nak tanya, ketika Shukur Jusoh dilayangkan kad merah dan Shukor (Adan) cuba memastikan pemain itu keluar padang dengan cepat kerana keadaan masa yang kritikal, tetapi apa tindakan Afiq ketika itu?

"Dia meluru ke arah Shukor dan selepas perlawanan dia datang ke bangku simpanan Tentera dengan tidak memakai jersi dan memakai lilitan kepala Merah Kuning sebelum melakukan provokasi," kata Sathianathan yang menerima maklum balas mengenai tindakan penyerang Selangor itu daripada pemainnya.

BH Sukan semalam melaporkan Asraruddin menegaskan insiden pergaduhan itu bukan berpunca daripada Afiq yang melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan Tentera, sebaliknya menuding jari kepada Shukor yang dikatakan memulakan dengan menolak Shukur yang dilayangkan kad merah supaya segera keluar padang.


15.22 | 0 komentar | Read More

Sinar nanti ‘Messi Malaysia’

Written By Unknown on Senin, 28 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Berita mengenai Sufian Mat, 17, yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu gara-gara kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) yang kini dikenali Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) terus mendapat perhatian banyak pihak.

Semalam, nasib malang remaja yang dikenali sebagai 'Messi Malaysia' itu turut menarik perhatian Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang menegaskan pihaknya sedia membantu mengembangkan bakatnya.

"Kita belum tahu sejauh mana kemampuan dan prestasi sebenarnya, tetapi apa yang penting sekarang, kita mahu dia ke sekolah dulu. Selepas itu, baru kita akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab bagi memberi bantuan dalam mengembangkan bakatnya," katanya semalam.

Sementara itu, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan memberi jaminan akan memastikan Sufian dapat bersekolah semula dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Jamin selesai segera

Pengarahnya, Hussain Awang berkata, pihaknya baru menerima laporan daripada sekolah lamanya - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra.

"Pihak kami akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi memastikan remaja berkenaan dapat menyambung persekolahan, di samping dapat terus mengembangkan bakatnya dalam bidang bola sepak.
"Selain itu, pihak kami akan mengadakan perjumpaan bersama keluarga remaja itu jika terdapat maklumat tambahan yang kami perlukan," katanya selepas sesi Taklimat Perutusan Tahun 2013 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Tanjung Chat, di sini.

Sebelum ini, Sufian pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007 dan pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.

Namun, episod duka Sufian bermula apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera itu kecewa selepas namanya tidak tersenarai untuk SSBP, Johor pada 2007.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kim Swee terkejut prestasi anak buah di Gold Coast

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengakui terkejut dengan persembahan mantap anak buahnya ketika membelasah kelab divisyen dua Australia, Palm Beach Sharks 5-1 pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Gold Coast, kelmarin.

"Memang kemenangan besar ini agak memeranjatkan saya. Pasukan lawan bukanlah teruk jika dibandingkan dengan jumlah jaringan besar itu. Bukan nak cakap besar, tapi jika berdepan mana-mana pasukan Liga Super atau Liga Perdana, pasukan lawan ini pasti boleh beri tentangan sengit.

"Kita beraksi cukup baik terutama ketika saya menurunkan kesebelasan terbaik pada separuh masa pertama dengan hantaran pendek cukup baik dan pantas di tengah dan tepi. Ia beri kesukaran kepada pemain lawan. Tapi pada babak kedua selepas saya membuat lima pertukaran, nampak sedikit kepincangan," kata Kim Swee ketika dihubungi di Gold Coast, semalam.

Baru satu perlawanan

Harimau Muda A mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi Wan Zaharulnizam Zakaria, Rozaimi Abd Rahman serta dua jaringan A Thamil Arasu. Pada babak kedua, satu lagi gol disumbang penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan sebelum Sharks memperoleh gol sagu hati pada minit ke-82.

Namun, Kim Swee enggan anak buahnya dibuai dengan kemenangan besar itu, sebaliknya menganggap tiga lagi lawan berikutnya - Sunshine Coast Fire (esok), Brisbane Olympic (Sabtu) dan Brisbane Roar (5 Februari) lebih sukar berbanding Palm Beach Sharks.

"Mengikut ranking pasukan, lawan kedua kita nanti lebih baik daripada pasukan pertama (Sharks) dan begitulah seterusnya hingga perlawanan keempat. Saya lebih mahu melihat kita bermain secara satu unit, berdisiplin dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
"Ini baru satu perlawanan dan saya mahu perkara ini dapat dikekalkan tidak kira dalam apa juga perlawanan sehinggalah pentas sebenar Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan," jelas Kim Swee.


15.23 | 0 komentar | Read More

PBNJ boleh didenda RM2,000

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda RM2,000 serta surat amaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan 'kecuaian' mereka tidak memainkan lagu Negaraku serta lagu negeri pasukan pelawat ketika Johor Darul Takzim bertemu Perak pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu.

Dalam insiden yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu, hanya lagu negeri Johor dimainkan ketika pemain kedua-dua pasukan berdiri sebelum perlawanan bermula tanpa disusuli lagu negeri Perak dan paling utama lagu Negaraku.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hukuman denda berkenaan akan dijatuhkan selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada pegawai perlawanan dan ia sememangnya mengikut peraturan sedia ada yang ditetapkan.

Kekal di Stadium Darul Aman

"Dalam peraturan kita, lagu Negaraku memang wajib dimainkan sebelum mana-mana perlawanan Liga Malaysia. Lagu negeri pula tidak wajib, tetapi jika lagu negeri salah satu pasukan ada dimainkan, maka lagu negeri pasukan lagi satu turut perlu dimainkan.

"Bagi kes ini, pihak tuan rumah tidak memainkan lagu Negaraku dan akan dikenakan denda RM1,000. Mereka juga hanya memainkan lagu negeri Johor, tetapi tidak memainkan sekali lagu negeri Perak, maka didenda lagi RM1,000.

"Jadi terdapat dua kesalahan di sini dan mereka akan didenda RM2,000 serta diberikan surat amaran kerana ia kesalahan kali pertama," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Mengenai kekecohan di laman sosial Facebook berhubung perlawanan pusingan kedua antara Kedah dan Johor Darul Takzim, 26 Februari depan dikatakan akan ditukar ke Larkin, Hamidin menafikannya dan berkata: "Perlawanan itu kekal di Stadium Darul Aman, Alor Setar seperti ditetapkan mengikut susunan ketika undian Piala FA."


15.23 | 0 komentar | Read More

'Asra tuduh Shukor'

Kapten Selangor pertahan Afiq bukan punca insiden pergaduhan

Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.

Sebaliknya, pemain pertahanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu.

Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.

"Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.

"Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur?

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

1,300 bekas atlet belum daftar YAKEB

Written By Unknown on Minggu, 27 Januari 2013 | 15.23

Ipoh: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berharap baki 1,300 bekas atlet negara supaya segera memohon menjadi ahli pertubuhan itu agar usaha menjaga kebajikan mereka dapat dilaksanakan secara berterusan dengan berkesan.

Pengerusinya, Datuk Jamil Salleh, berkata setakat ini hanya 1,700 daripada 3,000 atlet menyertai yayasan itu yang ditubuhkan bertujuan menjadi kebajikan ahli sukan yang pernah mencurah khidmat kepada negara.

"YAKEB adalah medan kerajaan menyalur bantuan secara berterusan kepada bekas atlet yang memerlukan bantuan daripada segi kewangan bagi meringankan bebanan hidup serta kesihatan mereka.

"Ia adalah tanda kerajaan prihatin terhadap mereka yang sudah banyak berjasa kepada negara.

"Saya ingin menyangkal dakwaan bahawa kerajaan tidak mempedulikan bekas atlet," katanya selepas majlis menyampaikan bantuan RM11,000 kepada keluarga bekas pemain hoki Olimpik 1956, Allahyarham Hamzah Shamsuddin, semalam.

Sumbang RM1 juta

Turut hadir pada majlis di Taman Ampang itu ialah Presiden Persatuan Hoki Perak (PHA), Datuk Abdul Rahim Md Arif, pegawai PHA dan YAKEB serta ahli keluarga Allahyarham. Hamzah yang pernah mewakili Perak dalam sukan kriket dan bola sepak meninggal pada tahun lalu.
Hingga kini YAKEB sudah menyumbangkan hampir RM1 juta kepada bekas atlet meliputi tujuan membiayai bayaran perubatan, pemberian sagu hati, sara hidup bulanan dan perkahwinan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

PBNJ tidak hormat tetamu

Ipoh: Selepas mencetuskan kontroversi dengan menghantar komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus 'menghangatkan' saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan mencipta kontroversi terbaru.

Kali ini mereka bertindak memainkan lagu negeri Johor ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Perak di Stadium Larkin, malam kelmarin - sesuatu yang luar biasa kerana mengikut peraturan lagu kebangsaan Negaraku dikumandangkan sebelum perlawanan dimulakan.

Namun, tindakan PBNJ itu yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu dikesali Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana tuan rumah tidak memainkan lagu negeri Perak selepas itu.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, menyifatkan tindakan PBNJ itu sebagai tidak menghormati tetamu.

"Saya tidak tahu apa sebab ia berlaku, tetapi selepas hampir sebulan Liga-M berlangsung saya hairan pihak tuan rumah tidak peka.

Jangan berat sebelah FAM

"Perlawanan malam kelmarin bukan yang pertama diadakan di Stadium Larkin. Peraturannya ialah sebelum perlawanan, lagu kebangsaan Negaraku dimainkan dan jika lagu negeri pasukan tuan rumah dimainkan, maka lagu negeri pasukan pelawat juga perlu dimainkan.
"PAFA amat kesal dengan insiden ini," tegas Aziz.

Aziz berkata, dia sudah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang memaklumkan sudah mengetahui mengenai insiden itu.

"FAM sudah tahu mengenai insiden itu. Jadi, PAFA berharap tindakan sewajarnya diambil. Ini soal maruah negeri dan pasukan Perak.

"Peraturan sudah dibuat dan dipersetujui semua. Justeru, semua pihak perlu patuh dan akur. Tiada pengecualian terhadap sesiapa," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Sufian boleh sekolah semula

Rantau Panjang: Syukur dan terima kasih. Itu reaksi Sufian Mat, 17, atau dikenali dengan jolokan 'Messi Malaysia' selepas dilaporkan masih mempunyai mendapat peluang kedua untuk meneruskan persekolahannya.

Sehubungan itu, dia berazam untuk memanfaatkan peluang kedua itu sekali gus berusaha mengembangkan bakat dalam bola sepak.

"Saya berharap jika diberi peluang kedua, saya akan menggunakannya sebaik mungkin untuk terus belajar dan menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) seperti rakan lain, selain membabitkan diri secara serius dalam sukan bola sepak.

"Saya tidak mahu cita-cita saya untuk menjadi pemain bola sepak negara tenggelam," katanya yang berasal dari Kampung Kubang Chenok, di sini.

BH semalam melaporkan nasib Sufian yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu kerana kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor (SSBP), mendapat perhatian Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata, beliau tidak akan membiarkan masalah dihadapi Sufian dan akan cuba membantunya.

Bersekolah semula
Beliau akan melakukan semakan bagi membolehkan Sufian bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya.

Sufian berkata, dia menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2009, tetapi sehingga kini tidak tahu keputusan yang diperoleh.

"Selepas ambil PMR, saya tak pergi sekolah lagi dan tinggal bersama datuk saya di Golok. Slip peperiksaan PMR itu masih ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu (SMKPKB)," katanya.

Sufian mendakwa dia masih bermain bola sepak secara serius di Golok dan pernah menerima tawaran dari Narathiwat FC baru-baru ini dengan gaji RM700 sebulan.

"Saya juga menerima beberapa tawaran lagi dari kelab bola sepak di Bangkok, tapi semua saya tolak. Saya tolak sebab saya mahu belajar lagi dan ambil SPM," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata beliau akan mendapatkan laporan dari SMKPKB berhubung masalah yang dihadapi Sufian hari ini.

"Kita tunggu laporan sekolah esok (hari ini). Mengenai peluang kedua itu pula, memang ada, tetapi kena tengok kes dulu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Punca menang, punca gaduh

Penampilan sulung Afiq bersama Merah Kuning cetus kontroversi

Shah Alam: Dua isu terus menjadi perbualan utama pertembungan pusingan pertama Piala FA antara Selangor dan Tentera di Stadium Shah Alam, malam kelmarin - pergaduhan pemain kedua-dua pasukan selepas perlawanan dan kad merah terhadap pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh yang ditarik balik.

Bagi Selangor yang tidak berpuas hati dengan pergaduhan itu, akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami akan buat laporan kepada FAM. Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku. Perlawanan sudah berakhir, biarlah ia berakhir," kata pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Pergaduhan berlaku selepas berakhirnya penentuan sepakan penalti ketika pemain kedua-dua pasukan bersalaman di bangku simpanan Tentera.

Penyerang Selangor, Afiq Azmi dikatakan melakukan provokasi sebelum dipukul, malah berlaku insiden kejar mengejar antara pemain kedua-dua pasukan tetapi akhirnya berjaya dileraikan.

Tiada pemain cedera

Irfan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti siapa yang memukul Afiq dan melempar botol ke mukanya.
"Saya tak nafikan suasana ketika itu masih panas, tetapi saya kesal kejadian itu berlaku," katanya.

Jurulatih Tentera, B Sathianathan pula mengambil pendekatan selamat dengan berkata: "Saya tak nampak apa yang berlaku. Ketika itu saya sedang bertemu Irfan."

Namun, kapten Tentera, Hairuddin Omar melihat insiden itu berpunca daripada tindakan Afiq, penjaring dua gol Selangor yang melakukan provokasi dengan meraikan kejayaan pasukannya menang penalti 3-2 selepas terikat 2-2 sehingga 120 minit di hadapan bangku simpanan Tentera.


15.23 | 0 komentar | Read More

Skuad lebih besar ke ACC New Delhi

Written By Unknown on Sabtu, 26 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Skuad berbasikal negara berkemungkinan besar menghantar skuad yang lebih besar pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2013 (ACC 2013) di New Delhi, India pada Mac ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata sehingga kini, 43 nama pelumba disenarai pendek sebelum senarai akhir diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pemilihan, Khamis depan.

Peningkatan jumlah itu disebabkan badan induk berkenaan yang mahukan pelumba lebuh raya terutama bagi kategori remaja turut serta pada kejohanan kali ini.

Perlu ketahanan tinggi

"Jika sebelum ini, bagi kita menggunakan pelumba trek yang sama untuk berlumba dalam acara lebuh raya. Acara lebuh raya memerlukan ketahanan yang tinggi dan pelumba trek pula menjalani latihan yang berbeza.

"Kali ini kita akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menghantar pelumba lebuh raya walaupun mungkin kita memerlukan perbelanjaan tambahan," katanya selepas sidang media Kejohanan Lumba Basikal Remaja Asia Terbuka Kuala Lumpur 2013, semalam.

Harapan kali ini disandarkan kepada pemenang pingat perak kejohanan tahun lalu di Putrajaya, Adiq Hussainie Othman untuk terus menyerlah dalam acara lepas beramai-ramai Bawah 23 tahun serta pakar pecut daripada Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.


15.23 | 0 komentar | Read More

Petronas Motorsports sasar pelumba TDP menyerlah musim ini

Kuala Lumpur: Pasukan permotoran tempatan, Petronas Motorsports, mensasarkan barisan pelumba di bawah Program Pembangunan Bakatnya (TDP) mampu menghasilkan keputusan lebih cemerlang pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Anita Azrina Abdul Aziz berkata setiap pelumba di bawah program itu sudah diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan mereka mampu mencapai prestasi dalam karier masing-masing.

Perlumbaan tahan lasak

Seramai lapan pelumba terpilih menyertai program itu iaitu bekas pelumba Formula 3 British, Jazeman Jaafar; tiga bekas pelumba perlumbaan tahan lasak - Fariqe Hairuman, Dominic Ng dan Melvin Loh serta bekas pelumba Formula Junior, Mohd Afiq Ikhwan Yazid dan Nabil Jan Al-Jefri.

Dua lagi ialah pelumba Cub Prix, Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Hafizh Syahrin Abdullah.

"Sekiranya mereka mencapai sasaran, kami akan menyambung penajaan mereka dalam program ini. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu," katanya.

Anita Azrina berkata pengurusan pasukan itu bagaimanapun tidak meletakkan sasaran yang terlampau tinggi sehingga membebankan pelumba yang terpilih menyertai program.
Mengambil contoh Jazeman yang akan beraksi dalam Siri Dunia Formula 3.5 Renault yang lebih mencabar tahun ini, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jazeman serta pasukannya mengenai kemampuan dalam mencapai sasaran dalam perlumbaan Siri Dunia itu.

"Jazeman sendiri turut mengakui bahawa dia perlu belajar lebih lanjut mengenai perlumbaan Siri Dunia itu, jadi kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi namun berharap dia mampu mencipta kejayaan," - Bernama


15.23 | 0 komentar | Read More

Fauzi bukti antara peledak terbaik

Kuantan: Lima gol daripada lima perlawanan dalam saingan Liga Super membuktikan penyerang Pahang, Mohd Fauzi Rozlan adalah antara penyerang terbaik negara pada masa ini.

Justeru, pemain berumur 25 tahun itu berazam memikat hati jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memastikan impian beraksi bersama skuad negara yang akan menentang Qatar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menjadi kenyataan.

Fauzi yang lebih mesra dengan panggilan Kojie tidak tertekan biarpun sedar perlu bersaing dengan pemain lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sebelum diberi ruang mengisi tugas penggempur skuad kebangsaan nanti.

Hadapi cabaran besar

"Apabila dipanggil mengikuti latihan pusat skuad kebangsaan, perasaan teruja memang ada tetapi saya perlu lebih bersedia menghadapi cabaran besar kerana harus membuktikan kemampuan terlebih dulu.

"Saya tidak gentar kerana cabaran baru yang datang ini memberi lebih motivasi supaya lebih bersedia untuk menghadapi situasi itu biarpun baru kali pertama dipanggil mengikuti latihan pusat," katanya semalam.

Selasa lalu, Rajagobal yang menyaksikan perlawanan antara Pahang dan Terengganu yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0 memuji corak permainan dipersembahkan Fauzi.
"Saya lihat dia (Fauzi) pemain bagus dan tidak teragak-agak menyenaraikannya. Bagi saya, pemain yang menyinar dalam liga perlu diberi peluang mewakili skuad negara," katanya.

Hari ini, seramai 26 pemain mula menjalani latihan pusat selama tiga hari di Wisma FAM Kelana Jaya, sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Dubai untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada 31 Januari ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Messi' dapat simpati

Kementerian Pelajaran mahu bantu Sufian masuk semula ke sekolah

Kuala Lumpur: Nasib seorang remaja, Sufian Mat, 17, yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu kerana kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor (SSBP), mendapat perhatian Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Saya tidak akan membiarkan masalah dihadapi Sufian, saya akan cuba membantunya.

Saya akan lakukan semakan bagi membolehkan dia bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya," Dr Mohd Puad Zarkash, Timbalan Menteri Pelajaran


"Saya akan lakukan semakan bagi membolehkan dia bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak bersekolah

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai seorang remaja yang sebelum ini mendapat jolokan 'Messi Malaysia' dan disebut-sebut bakal menggegar arena bola sepak tanah air, kini terbiar dan tidak bersekolah lagi.

Episod duka Sufian bermula apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu itu kecewa selepas namanya tidak tersenarai untuk ke SSBP pada 2007.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia dibuang asrama kerana dikaitkan dengan insiden pergaduhan di sekolahnya.

Ibunya, Mahanun Mat, 39, berkata dia pernah menghubungi pihak sekolah untuk meminta kebenaran anaknya kembali ke sekolah, namun tidak dibenarkan atas alasan sudah berhenti terlalu lama.

Nama Sufian mula menjadi sebutan ketika berada di Tahun Lima, selepas dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007.

Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.

Sementara itu, Kim Swee mengakui kemampuan Sufian ketika beraksi di atas padang cukup menarik perhatiannya.

"Pada pertandingan peringkat umur, dia (Sufian) memang memiliki bakat dan prestasi yang dipamerkannya cukup baik. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangannya dan tidak pasti bagaimana prestasinya sekarang.

"Apa pun saya akan melihat perkembangannya sebaik saya pulang daripada menyertai latihan bersama Harimau Muda A di Australia," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Messi' terbiar, mahu kembali ke sekolah

Written By Unknown on Jumat, 25 Januari 2013 | 15.23

Rantau Panjang: Remaja ini pernah dianggap 'Messi Malaysia' dan sebelum ini disebut-sebut bakal menggegar arena bola sepak tanah air, namun kini dia terbiar dan tidak bersekolah.

Sufian Mat, 17, ketika berada di tahun lima, pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007. Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.

Kecewa gagal ke SSBP

Episod duka Sufian bermula apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera itu kecewa selepas namanya tidak tersenarai untuk ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor pada 2007.

Sufian berkata, keadaan lebih teruk apabila dia dibuang asrama kerana dikaitkan dengan insiden pergaduhan di sekolah berkenaan.

"Saya tertekan pada masa itu kerana tidak dapat ke SSBP dan terpaksa berulang alik sejauh 50 kilometer untuk ke sekolah.

"Sekarang saya mahu kembali bersekolah dan ingin bermain bola sepak namun buntu untuk mencari jalan penyelesaian," kata anak kedua dari empat adik beradik itu.
Ibunya, Mahanun Mat, 39 berkata, dia pernah menghubungi pihak sekolah untuk meminta kebenaran membenarkan anaknya kembali bersekolah namun tidak dibenarkan atas alasan sudah berhenti terlalu lama, namun saya berharap masih ada jalan lain untuk membantu Sufian.


15.23 | 0 komentar | Read More

T-Team tetap hormat Perlis

Kuala Terengganu: T-Team tidak memandang rendah keupayaan Perlis yang bermain dalam Liga Perdana, dan akan menurunkan pasukan terbaiknya meskipun tanpa khidmat dua pemain import yang cedera ketika melayan kunjungan Perlis dalam saingan Piala FA, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hari ini.

"Memang Perlis bermain di Liga Perdana, namun bagi kami perlawanan ini lebih penting berbanding pertemuan dengan Kelantan dan Lions XII dalam Liga Super.

Tak boleh kalah

"Sesuatu pasukan boleh kalah satu perlawanan dalam liga kerana masih boleh terus bersaing, namun jika kalah dalam pertandingan kalah mati seperti Piala FA bermakna saingan pasukan itu akan berakhir kerana tidak ada perlawanan timbal balik dalam dua perlawanan pertama saingan Piala FA " kata ketua jurulatih, Peter Butler.

Jurulatih berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu, berkata pemain import, George Boateng dan Caleb Folan masih belum pulih daripada kecederaan pangkal paha.

"Namun pemain gantian Badrul Hisham Morris dan Fazuan Abdullah terbukti berkesan apabila The Titans berjaya menundukkan Lions XII 1-0 hasil tendangan penalti Badrul, saya yakin mereka akan beraksi lebih baik Jumaat ini (hari ini)," katanya.

Sementara itu, satu lagi kelab penyokong T-Team ditubuhkan di sini dalam masa sebulan ini. Jika sebelum ini, ada Titan Troopers Club, Young Titans Club dan Titans Fan Club, semalam Kelab Titan Gong Baru muncul di Kampung Gong Baru, Batu Buruk.
Kelab yang disertai lebih 300 penduduk Gong Baru, termasuk 40 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, dilancarkan Butler.

Pengerusi kelab, Hanapiah Ismail, berkata idea penubuhan Kelab Titans Gong Baru dicetus penduduk setempat yang menaruh harapan tinggi kepada T-Team untuk mengekalkan kecemerlangan bola sepak di negeri ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tahap kecergasan pemain masih hantui Sathianathan

Kuala Lumpur: Selepas menjulang Piala Sultan Ahmad Shah awal bulan ini, Tentera kendalian B Sathianathan berdepan satu lagi ujian getir apabila bakal bertarung dengan juara lima kali, Selangor pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Walaupun pasukan dengan gelaran The Gladiators itu kehilangan beberapa tonggak utama musim ini, prestasi ditunjukkan dalam saingan Liga Super sepanjang bulan ini membuktikan mereka memiliki resipi, perwatakan dan semangat sama yang mengangkat mereka selaku juara Liga Perdana musim lalu.

Sasar satu piala

Bagi Sathianathan yang mensasarkan salah satu daripada tiga piala paling berprestij liga Malaysia - Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA - setiap perlawanan perlu ditangani seperti final dan laluan Tentera tahun ini cukup berliku.

Namun kebimbangan utama pengendali itu ialah tahap kecergasan pemain yang setakat ini sudah mengharungi enam perlawanan sejak 5 Januari lalu. "Rata-rata pemain keletihan dan ada yang cedera selepas enam perlawanan," kata Sathianathan.

Sekiranya lolos pusingan pertama, Tentera bakal berdepan pemenang antara Sabah dan FELDA United dan menanti mereka di suku akhir, kelompok empat pasukan dibarisi Kedah, NS Betaria, Johor Darul Takzim dan Perak.

Pemusnah menggerunkan
Misi Sathianathan tahun ini disokong penyerang tinggi lampai kelahiran St Vincent & Grenadines, Marlon Alex James, antara watak pemusnah yang mampu menggerunkan benteng Selangor kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut kerancakan Piala Malaysia dan Piala FA atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my


15.23 | 0 komentar | Read More

'Debaran 30'

3 pasukan Liga Super pasti tersingkir pusingan pertama

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga perlawanan kalah mati, pusingan pertama Piala FA, hari ini menjadi tumpuan apabila membabitkan pertembungan enam pasukan Liga Super - yang bererti tiga daripada mereka terpaksa menggigit jari tersingkir awal kali ini.

Paling menarik pasti pertemuan membabitkan juara lima kali, Selangor dan juara Liga Perdana, musim lalu, Tentera yang kini menduduki tangga kedua Liga Super di belakang Pahang.

Tugas berat

Undian juga menemukan juara dua kali Piala FA, Perak yang berdepan tugas berat apabila terpaksa menghadapi pendatang baru, Johor Darul Takzim (JDT) yang menampilkan barisan pemain bintang.

Satu lagi perlawanan membabitkan pasukan Liga Super ialah antara PKNS dan Lions XII. Walaupun bukan antara pasukan pilihan, namun kemampuan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim menundukkan T-Team dan Lions XII dalam saingan liga musim ini, membuktikan mereka layak diberi perhatian.

30 pasukan berentap
Pemenang perlawanan PKNS dan Lions XII itu bakal berdepan satu lagi tugas getir apabila yang menanti mereka di pusingan kedua adalah juara bertahan, Kelantan yang mendapat bye.

Naib juara musim lalu, Sime Darby turut mendapat bye pusingan pertama dan menanti pemenang antara T-Team dan Perlis yang belum meraih kemenangan dalam Liga Perdana.

Dua belas pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana layak menyertai Piala FA musim ini bersama lima pasukan dari Liga FAM serta satu pasukan jemputan dari Kemboja, Preah Khan Reach. Kelab jemputan itu yang tampil kali kedua di kejohanan ini akan diuji PBAPP FC dari Pulau Pinang.


15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak mula perit hilang empat tonggak

Written By Unknown on Kamis, 24 Januari 2013 | 15.23

Kota Bharu: Kehilangan empat pemain utama The Red Warriors (TRW) – Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Mohamed Ghaddar, S Chanturu dan Nurul Azwan Roya ternyata amat dirasai skuad itu dalam saingan Liga Super sehingga kini.

Ini diakui ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang amat kecewa dengan ketumpulan jentera serangan TRW yang gagal mencipta kemenangan dalam empat daripada lima perlawanan Liga Super termasuk seri 0-0 dengan Negeri sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Gagal cipta kemenangan

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanan, tetapi jentera serangan tidak mampu melakukan penyudah tajam yang menyebabkan kami gagal mencipta kemenangan.

"Untuk musim ini kami tiada Mat Yo, Mohamed Ghaddar yang menjadi pemusnah utama pasukan musim lalu.

"Kami juga tanpa S Chanturu dan Nurul Azwan yang mampu membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan membuka peluang kepada pemain lain menjaringkan gol.

"Walaupun jentera serangan tidak menjadi, kami masih bernasib baik kerana barisan pertahanan TRW beraksi dengan cemerlang dan dapat mengelak daripada mengalami kekalahan," katanya semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tentera hebat: Sathia

Seremban: Jurulatih Tentera, B Sathianathan melahirkan rasa bangga terhadap persembahan anak buahnya yang berjaya merealisasikan sasaran tiga mata ketika menewaskan FELDA United 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

Sekalipun mereka tidak beraksi pada tahap keupayaan sebenar kerana keletihan akibat jadual perlawanan yang padat selain berdepan satu pasukan mantap dibarisi pemain berpengalaman, pemain ATM berjaya mengimbangi kekuatan lawan dan menjaringkan gol.

Cabaran Piala FA

"Saya bangga dengan persembahan pemain yang diturunkan malam tadi apabila mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan walaupun agak keletihan, malah tanpa dua pemain utama iaitu Amiridzwan Tajudin dan Mohd Fitri Omar, kekuatan pasukan tetap menyerlah.

"Kemenangan itu membolehkan kita berada di tangga kedua carta liga dan fokus kita selepas ini adalah untuk mengekalkan tahap kedudukan terbaik ini. Jadi saya berharap pemain dapat terus fokus dan kekalkan prestasi terbaik," katanya semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam mengeluarkan arahan agar pengadil mematuhi prosedur ditetapkan badan induk bola sepak negara itu apabila disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tamat perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata pengadil berkenaan perlu mengambil butiran nama dan nombor telefon pegawai SPRM terbabit, dengan disertai seorang saksi bagi mengelak individu menyamar pegawai pihak berkuasa itu.

"Saya harap dengan prosedur baharu ini, perkara memalukan membabitkan pengadil disoal siasat individu tidak dikenali di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) pada 15 Januari lalu tidak berulang," katanya semalam.

Tidak boleh diganggu

Mengulas lanjut, Astaman berkata mengikut prosedur Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pengadil dan pegawai pertandingan tidak boleh 'diganggu' mana-mana individu dalam tempoh bertenang iaitu selama 25 minit di bilik yang dikunci sebaik tamat perlawanan.

"Diharap apa yang berlaku di Kota Bharu itu tidak berulang kerana ia akan mengelirukan banyak pihak dan menjadi satu pengajaran kepada pengadil kita agar lebih berhati-hati," katanya.

Astaman berkata beliau menghantar laporan penuh mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja FAM, namun tidak mengemukakannya kepada SPRM kerana tidak diminta oleh badan pencegah rasuah itu.
"Sekiranya ada arahan daripada SPRM, saya akan hantar laporan itu," katanya. - BERNAMA

Fakta nombor
25 minit tempoh bertenang untuk pengadil dalam bilik yang dikunci.


15.23 | 0 komentar | Read More

SPRM sah pegawai siasat rasuah bola

Mustafar akui bahagian siasatan suruhanjaya sedang kumpul maklumat dakwaan jual perlawanan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang melakukan pemantauan dan pengumpulan maklumat berkaitan dakwaan berlakunya kegiatan rasuah membabitkan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), musim ini.

Pengesahan itu dibuat Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suruhanjaya itu, semalam.

SPRM mengesahkan pada masa ini, bahagian siasatan suruhanjaya ini sedang membuat pemantauan dan pengumpulan maklumat berhubung dakwaan berlakunya rasuah membabitkan perlawanan di Liga-M," Datuk Mustafar Ali, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.


"SPRM mengesahkan pada masa ini, bahagian siasatan suruhanjaya ini sedang membuat pemantauan dan pengumpulan maklumat berhubung dakwaan berlakunya rasuah membabitkan perlawanan di Liga-M," katanya.

Siasat pengadil

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai individu yang menyiasat pengadil ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 15 Januari lalu adalah pegawai penyiasat SPRM.

SPRM mohon kerjasama
Terdahulu, BH Sukan turut melaporkan beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki bilik persalinan pengadil di stadium berkenaan selepas 10 minit perlawanan antara Kelantan dan Johor DT tamat.

Mereka berada dalam bilik persalinan terbabit kira-kira 20 minit dipercayai untuk mendapatkan keterangan daripada pengadil berasal dari Terengganu itu.

Salurkan maklumat

Mustafar berkata, SPRM memohon kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negeri, persatuan pengadil dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu menyalurkannya kepada suruhanjaya berkenaan.

"Sekiranya mereka memperoleh maklumat wujudnya permintaan dan penawaran rasuah dalam liga berkenaan, salurkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Malaysia mahu hoki di Sukan SEA Myanmar

Written By Unknown on Rabu, 23 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Malaysia memohon tiga jenis sukan dipertandingkan dalam Sukan SEA Myanmar pada 11 hingga 22 Disember depan - hoki, lawan pedang dan petanque - dalam mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di di Nay Pyi Taw, Myanmar 28 dan 29 Januari ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, pemilihan tiga jenis sukan itu bukan atas alasan bahawa skuad negara berpeluang besar merangkul pingat, tetapi lebih kepada semangat kesukanan antara negara Asia Tenggara, selain hoki dan lawan pedang adalah sukan dipertandingkan di Sukan Olimpik.

"Hanya dua atau tiga jenis sukan saja boleh kita minta dipertandingkan. Jadi, kami memilih tiga jenis sukan itu kerana hoki dan lawan pedang adalah sukan dipertandingkan di Olimpik termasuk di Rio nanti.

Semangat Sukan SEA

"Petanque pula dipilih kerana Malaysia pada 2001 adalah pencadang pertama memasukkan sukan itu dalam acara Sukan SEA selain ia adalah acara yang semua boleh disertai tanpa memerlukan padang atau stadium.

"Mungkin kita boleh menang (tiga jenis sukan itu), tetapi ini lebih kepada semangat Sukan SEA," katanya.

Edisi ke-27 Sukan SEA itu dijadual berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung selama 12 hari. Ini adalah kali ketiga Myanmar menjadi tuan rumah selepas 1961 dan 1969.
Untuk rekod Malaysia meraih kedudukan keempat keseluruhan pada Sukan SEA Indonesia 2011 dengan kutipan 190 pingat.


15.23 | 0 komentar | Read More

PBNJ dipelawa hubungi KAFA

Kota Bharu: Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) boleh menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaturkan perjumpaan bagi menyelesaikan pergeseran antara kedua-dua persatuan itu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata rundingan awal boleh dilakukan dengan Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.

Annuar yang dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Kelantan berkata, mereka kemudian boleh mengaturkan pertemuan antara kedua-dua EXCO dalam menyelesaikan pergeseran yang terjadi sebelum ini.

"Hanya dengan cara berkenaan boleh menyelesaikan pergeseran ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Komando demi keselamatan

Pergeseran antara KAFA dan PBNJ berlaku selepas KAFA tidak berpuas hati dengan kehadiran beberapa komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, untuk mengawal pemain Johor Darul Takzim (DT), pada 15 Januari lalu.

Kenyataan daripada KAFA itu kemudian dibalas PBNJ yang mendakwa tindakan mereka membawa komando itu kerana KAFA gagal menyediakan kawalan keselamatan dengan baik kepada penyokong mereka ketika perlawanan antara Kelantan dengan Johor DT di stadium berkenaan.
Sebelum ini, Annuar menyatakan pergeseran yang berlaku antara KAFA dengan PBNJ boleh diselesaikan dengan kedua-dua pihak bersemuka bagi membincangkan isu itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Fandi lega Johor DT raih tiga mata di Shah Alam

Shah Alam: Kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) ke atas PKNS 3-1 di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan jurulatih pasukan yang dipenuhi bintang, Fandi Ahmad menghela nafas lega.

Kelegaan Fandi itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan selepas JDT bermula goyah apabila sekadar merakam satu kemenangan daripada empat perlawanan.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Sudah tentu ia melegakan dan harap rentak ini dapat dikekalkan dalam perlawanan seterusnya," kata Fandi sejurus tamat perlawanan.

Dalam perlawanan itu, penyerang negara, Safee Sali membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak gol pembukaan JDT pada minit ke-19 dengan menanduk masuk hantaran pemain import Sepanyol, Daniel Guiza.

Abdul Rahman kecewa

Bersambung babak kedua, PKNS cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun Safee cemerlang apabila membuat umpanan cantik kepada Ahmed Ezrie Shafizie Sazali yang merembat kencang untuk gol kedua JDT pada minit ke-60.

Faiz jaring gol sagu hati
Bagaikan mahu menebus kekalahan dua aksi pertama musim ini di tangan Selangor dan Pahang, JDT terus melancarkan serangan dan Guiza meraih gol ketiganya musim ini selepas menyempurnakan hantaran Nurul Azwan Roya pada minit ke-87.

Gol sagu hati PKNS diperoleh menerusi Faiz Isa pada masa kecederaan.
"Pemain saya jelas gagal menyaingi kepantasan barisan bintang JDT. Saya harap perlawanan ini menjadi pengajaran berguna kepada mereka," kata jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim.

Lagi berita menarik sekitar kerancakan Piala Malaysia dan Piala FA, dapatkan akhbar BH di pasaran hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

SPRM siasat ikut prosedur!

Sumber suruhanjaya sahkan individu di Kota Bharu adalah pegawai mereka

Kuala Lumpur: Individu yang menyiasat pengadil ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 15 Januari lalu adalah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai ambil keterangan

Pegawai kami, hadir menyaksikan perlawanan, tetapi kerana mutu pengadilan menimbulkan syak, mereka pergi mengambil keterangan pengadil terbabit. - Sumber SPRM


Pegawai terbabit pada mulanya hadir pada malam itu untuk menyaksikan perlawanan, tetapi bertindak menjalankan siasatan selepas meragui corak pengadilan pada aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1.

Sumber SPRM berkata, siasatan dilakukan pegawai terbabit mengikut prosedur biasa jika mendapati wujud perkara yang meragukan ketika perlawanan walaupun ketika itu dia tidak bertugas.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

BWF tidak peduli isu tarik diri

Written By Unknown on Sabtu, 19 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: 'Sindrom' pemain menarik diri pada Siri Super Terbuka Malaysia Maybank 2013 nampaknya tidak memberi kesan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Jika sebelum ini pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei meminta BWF mengkaji semula kalendar kejohanan yang dianggap padat hingga menyebabkan ramai pemain cedera, BWF menegaskan tidak ada keperluan lagi untuk mengubahnya buat masa ini.

"Pada masa kini, BWF mempunyai peraturan berkaitan isu ini dan sehingga masa yang dirasakan perlu perubahan, maka peraturan itu perlu dipatuhi semua pemain," kata Setiausaha Agung BWF Thomas Lund, semalam.

Katanya, badan dunia itu sentiasa mengkaji peraturan sedia ada dalam semua aspek dan berusaha untuk bertindak adil kepada semua 'pemegang saham' dalam sukan berkenaan termasuk kepada pemain.

Hadiah meningkat

"Tidak syak lagi jumlah hadiah kemenangan bagi pemain semakin meningkat dan kami berusaha untuk meningkatkannya lagi pada masa akan datang.

"Wang kemenangan berfungsi bagi menarik penajaan dan bantuan kewangan bagi satu-satu kejohanan. Bagi membolehkan lebih banyak hadiah kewangan ditawarkan, adalah penting untuk memastikan pemain menyertai kejohanan yang menjadi peraturan wajib.
"Jadi, kedua-dua faktor itu saling berkait rapat," katanya.

Katanya, jumlah wang tunai yang ditawarkan pada keseluruhan Siri Super pada 2010 sebanyak AS$2.65 juta (RM7.94 juta) dan meningkat sehingga AS$4.5 juta (RM13.5 juta) sejak Siri Super 2011.


15.23 | 0 komentar | Read More

Menang tapi Chong Wei terkilan

Tak dapat jumpa rakan sendiri pada separuh akhir hari ini

Kuala Lumpur: Hajat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk menentang Liew Daren di separuh akhir tidak kesampaian apabila rakan sepasukannya itu terkandas di suku akhir Siri Super Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

"Memang saya sedikit kecewa kerana sebelum perlawanan itu, rekod kemenangan dua kali berpihak kepada Daren dan saya yakin dia boleh menang.

"Jurulatih (Tey Seu Bock) juga cakap tidak semua pemain boleh tahan dengan tekanan penyokong, namun perlawanan itu tadi bagus bagi Daren supaya belajar daripada pengalaman," kata Chong Wei.

Pada suku akhir semalam, Chong Wei membuktikan Hu Yun dari Hong Kong bukan lawannya apabila mudah menewaskan pemain pilihan kelima itu dengan 21-12, 21-9 dalam hanya 24 minit sekali gus semakin hampir untuk merealisasikan impian menjulang kejuaraan buat kali kesembilan.

Hanya menang sekali

Sementara itu, Daren yang tidak bermain pada pusingan kedua kelmarin selepas lawannya, Taufik Hidayat dari Indonesia menarik diri berkata, faktor lama tidak bermain mungkin antara penyebab yang menjejaskan persembahannya.

"Sebenarnya pada set pertama lagi, hanya selepas mendahului 16-12, barulah saya dapatkan corak permainan, namun selepas set itu saya terus melakukan kesilapan," kata Daren yang tewas kepada pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-19, 13-21, 17-21.
Jorgensen yang akan menentang Chong Wei pada separuh akhir hari ini berkata, cabaran pada perlawanan itu nanti bukan saja untuk memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia itu, tetapi perlu berdepan dengan penyokongnya.

"Ini adalah antara cabaran tertinggi buat saya, sama seperti apabila saya menentang Lin Dan dalam perlawanan di China. Apa pun saya akan lakukan terbaik," katanya yang pernah menewaskan Chong Wei sekali dalam enam pertemuan sebelum ini di Terbuka China 2009.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tsung bukan untuk Harimau Muda A'

Petaling Jaya: "Bukan untuk Harimau Muda A." Itu kesimpulan pengendali skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee berkenaan prestasi pemain muda Shanghai Shenhua yang menjalani latihan bersama pasukannya semalam.

Kim Swee berkata, Tam Sheang Tsung masih belum bersedia untuk diketengahkan bersama skuad Harimau Muda A tetapi memandangkan usianya baru 17, dia mungkin berpeluang menyertai Harimau Muda B atau C.

"Jurangnya agak ketara antara Tam dan pemain Harimau Muda A," kata Kim Swee yang akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Brisbane, Australia minggu depan.

"Pemain-pemain kita yang sudah lama berlatih bersama lebih pantas dan mempunyai teknik lebih baik.

"Tetapi saya percaya pada usia yang masih muda, dia boleh diketengahkan di peringkat umur lebih rendah. Bukan dengan Harimau Muda A tetapi dengan Harimau Muda B atau C."

Bagi Kim Swee, selain dapat menguji kemampuan pemain muda negara yang beraksi di luar negara itu, sesi semalam turut membuktikan kesungguhan FAM menerusi naib presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal yang berusaha membawa pulang Tsung untuk diuji.

"Paling penting, kita kena faham di sini apabila pemain yang mempunyai kerakyatan Malaysia, bermain di luar negara, ada yang mengatakan kita tidak ambil berat terhadap mereka.
"Tetapi hari ini (semalam) terbukti FAM turut memantau perkembangan mereka dan menyediakan peluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Cuma Tsung mungkin memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri."

Tsung yang tiba di ibu negara kelmarin, turut kecewa dengan prestasinya sendiri terutama pada segi kepantasan dan kecergasan.

"Jujurnya, saya amat kecewa dan malu dengan prestasi saya sendiri di mana gagal memberikan kelajuan dan kepantasan pada aksi perlawanan persahabatan.

"Cuaca panas juga menghalang saya daripada memberikan persembahan terbaik," katanya yang akan terus diberi peluang mengikuti latihan bersama Harimau Muda A Isnin ini.

Dalam perkembangan lain, tonggak utama pasukan kebangsaan – pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor dari skuad Harimau Muda A – mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan sesama sendiri semalam, namun tahap kecederaannya masih dalam penilaian.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bukan kawal Sultan?

Annuar dakwa kehadiran GGK di Kota Bharu untuk iringi pemain Johor DT

Petaling Jaya: Kehadiran anggota Rejimen ke-21 Grup Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu memang dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebelum perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT).

Perkara itu disahkan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui

selepas perlawanan antara FELDA United dan Kelantan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam. Bagaimanapun, katanya kehadiran GGK itu sebenarnya dengan tujuan mengiringi pasukan Johor DT, bukan untuk persediaan andai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menyaksikan perlawanan terbabit.

"Saya ada tanya seorang pegawai GGK berpangkat mejar ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Bharu mengenai tugasan anggota terbabit.

"Mejar itu kata mereka ditugaskan untuk mengiringi pasukan Johor DT. Saya tanya, tak bolehkah iringi tanpa pakaian lengkap tetapi katanya tak boleh. Jadi saya kata okey, saya tak mahu halang.

Beri nama enam VIP
"Saya juga tanya kepada setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim, siapa kenamaan yang akan hadir dan dia beri enam nama tetapi tiada nama Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor.

"Pagi perlawanan saya tanya lagi, pun Suhairi jawab hanya kita-kita saja," katanya.

Semalam akhbar melaporkan anggota GGK yang berada di stadium berkenaan, ditugaskan sebagai persediaan langkah keselamatan kerana Sultan Johor dilaporkan akan berangkat menyaksikan perlawanan pada malam itu.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kehadiran anggota yang berpangkalan di Kem Iskanar, Mersing itu bukan untuk mengawal atau menjaga pasukan Johor DT, sebaliknya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

Putera Rimba

Salam satu malaysia buat semua rakyat Malaysia khususnya buat pembaca edisi sukan.Isu keselamatan didalam stadium amat patut diutamakan..Hari ini x habis lagi kes KAFA dengan masalah isu keselamatan di Stadium nya,Apakah teruk sangat kah penyokong-penyokong Kelantan sampai ada diantara negeri bila nak datang bermain kat Kelantan ter paksa membawa skuad tentera sendiri atau lebih tepat lagi rakyat kelantan memang ganas.Dalam bab ini kita jangan mrnunding kearah kafa sahaja,cuba kita tanya FAM ,sebab dia adalah badan yang menganjurkan setiap Liga yang berlangsung di Malaysia.Cuba pakai minda dan berfikiran yang waras dan jangan suka cari salah orang jika kita nak majukan sukan negara,bab kata pandai bercakap pandailah mengubahnya.

truth

Muhammad Zaidi, editor tak salah. Awak yg salah. TMJ sendiri dlm press conference semalam clarify tu GGK dr Kem Iskandar, Mersing. SO itu bukan JMF OK ..itu komando!!

truth

Muhammad Zaidi, editor tak salah. Awak yg salah. TMJ sendiri dlm press conference semalam clarify tu GGK dr Kem Iskandar,Mersing. SO itu bukan JMF OK !!

Zack

Apa kata nanti perlawanan di masa akan datang antara Johor dan Kelantan di stadium Johor, pasukan kelantan membawa masuk askar mereka atas dasar keselamatan? Bolehkah tuan rumah menerima sambutan tersebut? Kalau boleh setiap perlawanan dengan mana-mana negeri nanti, Johor bawa masuk komando mereka? apa kata org? Tq

Zack

Apa kata nanti perlawanan di masa akan datang antara Johor dan Kelantan di stadium Johor, pasukan kelantan membawa masuk askar mereka atas dasar keselamatan? Bolehkah tuan rumah menerima sambutan tersebut? Kalau boleh setiap perlawanan dengan mana-mana negeri nanti, Johor bawa masuk komando mereka? apa kata org? Tq

keamanan

selagi tiada perubahan dlm FAM,selagi itulah mslh akn berulang.... kita mahukan perubahan,sampai bila bola sepak negara kita akan berubah..jgn nk slhkn pd persatuan KAFA,dari dulu lg,mereka tidak adil pada KAFA,

Roti Planta

Komen Ghazali Amir amat dangkal. Tengku Mahkota Johor mana hadir malam tu. Adakah anda tidak kenal TMJ anda?. Belajar membaca suratkhabar dulu baru boleh nak komen.

muhammad zaidi

bkn ggk r yg dtg...tp astar timbalan setia negeri ....tu askar johor k....mmg d tubuh kn oleh bpk pd sultan skang ni.....name fames askar ni owg pggl JMF-johor militry force....ARAP EDITOR BTOLKN STATEMENT NI BLK

en gaban

Mmg tndakan penyokong melmpar@melontar SALAH & xbleh d nafikn lg.. Perkara ini trjadi d sbbkn provokasi dr kedua dua pihak..biasala bola sepak.. Klu xthn provok, jgn prgi stadium.. Bkn kt kota bharu sja.. Eric Kantoina xpernah dtg klate ke? Mat Provok - sape yg kecoh? Rimau slatan je yg xpuas hti.. Ghazali Amir - TMJ xdtg pn, xde dlm list pn krabat nk dtg.. Perlu ke ikt protokol? Kt venue lain xde plak bwk askar bagai.. Tu yg jd persoalan.. Marsha marha - dtg sndri nk tau slamat ke x.. Fans negeri lain ok je..
Bukan nk menyebelahi mn2 pihak.. Tp ingin memperbetulkan pndangan org luar terhadap org kelantan.. Xsmua yg pegi stadium tu jahat..

SASUKE FIRDAUS

keselamatan pemain adalah di bawah tanggungjawab TUAN RUMAH dengan PASUKAN TERSEBUT... Kita nak tengk BOLA SEPAK MALAYSIA dalam keadaan aman dan harmoni.... tu aje

bola

Kami x sanggup kerabat kami kena baling BOTOL.1 kawasan di kelantan yang kurang AMAN iaitu Stadium.rasenye satu2 negeri di Malaysia yang rakyatnya boleh baling OBJEK kepada kerabatnya.dah macam FUNFAIR plak.Apa komen KERABAT sana?

netap johor asal kelantan

dah dah lah anuar & kafa..sukahati diaorg nk wat apa pun..mu jaga team kelate dah le..pasukan lain dia pya pasal..pasal mu menyibuk kn psukan lain lah rakyat johor & klantan saling benci membenci..kawe lama netap kt johor.klantan kawe sokong johor fa & jdt pun kawe sokong..

bwk komando ka bawak komodo kaaa.yg penting enjoy....kalah di padang menang sorak je...ni lah bola sepak malaysia

ganga

patutnya segelintir penyokong yg ekstreem tu didisplinkan dulu....macam nak maju...sikjit punya hal nak gocoh

marsha marha

ada setengah stadium tak selamat.. tak kan tak ingat kes-kes terdahulu

marsha marha

x selamat.. stadium kena bakar.. jeep polis kena terbalikkan.. Sultan kena baling botol..x selamat.. tp x semua stadium..

Sayangi

Kesian kerana terlalu gilakan bolasepak, hilang pertimbangan. Kita semua orang Malaysia yang tinggi budi bahasa dan pekerti. Apa salahnya kita ikut peraturan dan protokol, jaga adap2 semasa menjadi tetamu orang. Dan apa salahnya kita merendah diri ketika menjadi tetamu orang. Buang sikap angkuh. Hormatilah sesama kita. InsyaAllah dengan bolasepak kita akan mencapai perpaduan, kasih sayang yang sebenar. Kalau duk kalut dengan isu remeh temeh sampai bila bolasepak kita akan maju.

pulun kedah pulun

tindakan JDT hanya provokasi shj utk krg kan tekanan kes Wak Lan..membawa GGK tndakan krg matang ank raja yg bru mengenali bola sepak...jika risaukan keselamatan sy rasa KAFA leh sediakan beratus-ratus polis kalau mahu..xcukup..boleh tmbah FRU, JPAM, mahu pun IMIGRESEN kalau tkot keselamatan terancam...xperlu kot askar krn kita bkn brhadapan dgn musuh negara...jika baling mercun di ambil tindakan denda...mengapa membawa masuk senjata lebih bahaya xkan xdenda...sy melihat isu ini sbg lebih kepada provokasi ke dua belah pihak...salah siapa??FAM..

Eric Kantoina

Tulah sbbnya orang nak tgk bola yng melibatkan Kelantan pun dah fikir dua kali sbbnya Kelantan sendiri punca nya. Tak jada disiplin baik pemain maupun penduduknya maupun pemimpinnya. Bila sebut Kelantan, dalam kepala mesti dah fikir ...ketaksuban dan kekecohan....

Panglima

Please..nak main bola je pon..ini sukan rakyat kebanyakan..apa barang nak kena bawa sampai komando bagai..kalau betul nak jaga sultan bagai dikata..kenapa komando tu tercegat di bilik persalinan pemain dari awal sampai habis perlawanan? Knp tak standby di tempat VIP? Tolonglah hentikan semua polemik yg tidak sihat ini dari menular.Nak tunjukkan kekuatan dn kehebatan bukan di luar pada...buktikan di dalam padang. Kelantan pula tolong didik dan create environment dan budaya supaya supporter anda lebih berdisiplin dan bersemangat kesukanan.

ank kelate

kenapa anggota komanda diperlukan.jgn hina ngri kami.tlg fam bertindak.jgn hanya kelantan disalahkn....jgn benarkn angota tntera bawa masuk m16.stadium bukan tempat berperang.....

Anti Ego

Tidak pernah terjadi di mana2 stadium di dunia pihak2 tertentu membawa Komando ke dalam stadium, kerana pihak Polis PGA dan FRU sudah sedia mengawal. Tindakan sedemikian adalah tindakan yang melampau dan merbahaya dan satu kesalahan yg tidak dpt dimaafkan kerana komando membawa senjata yg mempunyai peluru hidup. Pihak ATM perlu siasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas.

siapa tak kenal dengan perangai penyokong kelantan dari dulu kecoh je lebih

niki

mengapa x guna RELA..
bukankah itu antara tujuannya elaun dinaikan..?
atau ada yg beranggapan.. RELA.. xrelevan..
tiada kecekapan.. tiada kebolehan... dan mungkiin juga tiada disiplin..?
justeru.. bubarkan je la !!!

Nasir

Baru saja masuk liga super dah nak tunjuk hebat, habis kekuatan di hantar, saja tunjuk hebat konon, padahal kelantan sudah berapa musim tiada masaalah bagi pasukan lain datang ke kota bharu, tapi kenapa pasukan selatan takut sangat, orang yang takut mesti ada buat salah.Keselamatan stadium kota Bharu sudah terbukti selamat sebelum ini di bawah kawalan polis, isu FRU sengaja tukar topik.

Peminat sukan

Kepada peminat n pemerhati di luar sana..janganlah terlalu menyokong sesuatu tindakan membuta tuli..gunakan akal. Jangan gunakan emosi..yang benar ttp benar, yang salah tetap salah..

Niat tidak menghalalkan cara..

Perwira

Aksi ganas penyokong memang salah. Hanya orang kurang waras cakap itu harus. Janganlah cari alasan untuk halalkan kemungkaran (keganasan).

main bola tak payah ada penonton, main stadium tertutup cuma keputusan je bagitau..

ddin deraman

apa sudah jadi...kalau pasukan komando yg begitu terkenal digunakan untuk perkara yg biasanya boleh ditangani oleh pdrm..tlonglah ini hanyalah bola sepak...saya rasa belum ada pasukan bola sepak gunakan pasukan komando untuk jaga keselamatan..sangat tidak kena pada tempatnya...sepatutnya tidak digunakan sebarangan kerana ia adalah sebuah pasukan khas...fikirkan lah..semua jgn beremosi..ianya hanyalah perlawanan bola sepak

cam

agaknya kalau penyokong johor bertindak mcm penyokong kelantan dan keselamatan stadium larkin mcm stadium di KB, ada kemungkinan ke pasukan kelantan pula bawak komando?
ingat, Tengku Kelantan pun kene baling botol air di stadium kelantan!

mat provok

lupakan isu ni...bukan penting sgt..kecoh aje lebih...isu ni cuma di sensasikn oleh pihak yg x puas hti...bru menang piala msia..kecoh lebih

Ghazali Amir

Saya berpendapat Presiden KAFA sudah-sudahlah menimbulkan semula isu ini. Apakah motifnya? Saya rasa isu ini telah pun selesai tetapi Presiden KAFA masih menyebutnya. Masihkah lagi beliau berdendam dengan Johor DT kerana isu perpindahan Mat Yo ke Johor yang pada saya tidak berpihaki kepada Kelantan. Selain daripada itu, jelas adanya kumpulan komando itu kerana ia akan mengiringi Kerabat Diraja Johor. Bukankah Presiden PBNJ yang juga hadir pada perlawanan itu ialah Tengku Mahkota Johor? Jadi saya bertanya sekali lagi, apakah matlamat Presiden KAFA menimbulkan lagi isu ini?

niklah

Kehadiran VVIP kdg kala sengaja tidak diberitahu sehingga saat2 akhir. Hanya mereka yg rapat shj yg tahu. Isu ini masih digemburkan oleh org yg kecewa. Jaga kelakuan penyokong dan keselamatan di stadium adalah isu terbaik dari membuat agenda peribadi.

Rakyat

Memang tepat keselamatan perlu diutamakan di tempat yang penyokongnya terkenal liar.

anti putaralam

jangan kerana pangkat dan kedudukan FAM tunduk dengan tindakan tidak profesional sesetengah pihak.ini akan menambahkan lagi huru hara bola sepak malaysia yang sudah sedia hura.untuk mengatasi pelakuan penyokong yang tidak beretika juga tidak seharusnya ditangani dengan tindakan diluar peraturan.

yang patut di jadikan isu adalah faktor keselamatan yang disediakan oleh KAFA..punca kelemahan KAFA lah yang menyebabkan kelab-kelab lain dan VVIP yg datang perlu perlindungan alternatif....rekod dah banyak kali KAFA di denda atas faktor yang sama...STADIUM KAFA TIDAK SELAMAT...HARUS DI GANTUNG SEHINGGA DISAHKAN OLEH FAM

Jage-Jage

amacam lepas ni nak lawan bola je..semua pasukan bawa grup khas komando bersenjata masing2..x boleh ke bawa polis iringan PDRM je..ni la contoh penyakit RIAK bila Allah bg dugaan pd manusia melalui pangkat, kuasa dan kekayaan..baca ni n fikir2 lah n perbetulkan NIAT..jage2 ada yg dok memerhati..

Roti Planta

Teringat pantun pesanan orang tua...

Siakap Senohong,
Gelama Ikan Duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama jadi pencuri.

Teringat pepatah pesanan orang tua...
Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Teringat pesanan orang tua...
Bersatu teguh, bercerai runtuh.

Mohd Hamdan

Tak habis2.....isu kat luar padang lebih hebat drp dalam padang....

DOLAH JIN

dah tk selamat ke liga super malaysia sehinggakan perlukan komando bagai, tolongggg lahhhh jangan cemarkan sukan bola sepak..


15.23 | 0 komentar | Read More

Tunggu tindakan Pejabat Peguam Negara

Written By Unknown on Jumat, 18 Januari 2013 | 15.23

Kota Bharu: Polis Kelantan menyerahkan kes seorang penyokong The Red Warriors (TRW) membaling botol sehingga terkena orang kenamaan (VIP) yang menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT), Selasa lalu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan dan meminta cadangan daripada Ketua Unit Pendakwaan sebelum suspek didakwa di mahkamah.

"Kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan dan kini kertas siasatan (berhubung kes itu) sudah pun siap," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Meluahkan perasaan

Kejadian itu dilaporkan berlaku sebaik pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan disusuli tindakan segelintir penyokong bertindak kurang sopan dengan menjerit dan membaling botol dipercayai untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil terbabit.

Mengulas insiden membakar mercun yang turut dilakukan penyokong Kelantan dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen berbayar itu, Jalaluddin berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Ditanya mengenai kehadiran enam anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata M16 di pintu masuk padang untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor DT ketika perlawanan itu, beliau enggan mengulas.


15.23 | 0 komentar | Read More

PBSNT, KAFA terancam

Berdepan denda gara-gara sikap liar penyokong

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin dikenakan denda gara-gara tindakan liar penyokong masing-masing ketika aksi Liga Super di tempat sendiri, Selasa lalu.

Bagaimanapun, jumlah denda bakal dikenakan terhadap kedua-dua persatuan terbabit masih belum dapat dipastikan kerana Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru saja memulakan siasatan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sudah menerima laporan rasmi dari pegawai perlawanan di Kuala Terengganu, kelmarin manakala Kota Bharu, semalam.

"Kami sudah menerima semua laporan rasmi dari Terengganu, semalam (kelmarin) dan Kelantan hari ini (semalam). Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti semua laporan termasuk bukti rakaman video sebelum mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi semalam.

Dicemari insiden membaling

Dua perlawanan di pantai Timur - Terengganu bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Kelantan melayan kunjungan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, dicemari insiden membaling objek oleh penyokong masing-masing.
Di Kota Bharu, penyokong Kelantan bertindak membaling mercun dan objek kepada kira-kira 200 penyokong Johor sebaik perlawanan berkesudahan 1-1 Selasa lalu.

Sebelum itu pada sebelah petang di Kuala Terengganu, skuad Penyu yang kalah 2-1 di tangan Selangor bakal berdepan hukuman keras FAM kerana sikap biadap sebahagian penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM ‘import’ pemain Jepun

Sheang Tsung anak Malaysia lahir di Jepun, sarung jersi Harimau A

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengorak langkah awal menjejak warga Malaysia di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya apabila 'membawa pulang' Tam Sheang Tsung, bintang muda kelab China, Shanghai Shenhua ke tanah air, semalam.

Sheang Tsung yang bakal menjengah usia 18 tahun pada 24 Mei depan adalah pemain tengah kelahiran Tokyo, Jepun tetapi memegang pasport Malaysia.

Ibu bapanya, Tam Yun Tong dan Chin Hui Ang berasal dari Malaysia tetapi membuka restoran Rasa Malaysia Cuisine di Tokyo sejak hampir 20 tahun lalu, di mana Sheah Tsung dilahirkan dan membesar di sana.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal merangkap Naib Presiden FAM yang menyambut ketibaan Sheang Tsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam berkata, pemain berkenaan akan diuji selama seminggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama skuad Harimau Muda A mulai hari ini.

Serap skuad Harimau

"Dengan usaha yang dibuat oleh FAM dan pengurusan kelabnya, Sheang Tsung akan mengikuti latihan bersama skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee bermula petang esok (hari ini) sambil turut akan dipantau oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

"Kita akan nilai terlebih dulu adakah dia memang sesuai untuk bersama kita dan jika semuanya berjalan lancar, dia mungkin akan terus diserapkan bersama skuad Harimau Muda A bagi membolehkannya menyarung jersi skuad kebangsaan," kata ubahan ketika dihubungi, petang semalam.
Sheang Tsung memulakan kerjaya bersama skuad B-15 Yokohama FC biarpun ketika itu baru berusia 13 tahun. Setahun kemudian, dia menyertai kelab Brazil, Sao Bernardo kerana ditawarkan latihan intensif bersama skuad B-20 kelab itu.

Kemudian Sheang Tsung kembali mewakili skuad remaja Yokohama FC dan pada Mac 2011, dihantar pula selama tiga bulan ke Cardiff City sebelum kembali ke Jepun untuk menyertai akademi Sagan Tosu dan akhirnya ditandatangani Shenhua pada 24 Mei 2012.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Komando jaga sultan'

Tunku Ismail perjelas anggota komando untuk keselamatan ayahanda yang juga Kolonel Kehormat Rejimen GGK

Johor Bahru: Anggota Rejimen ke-21 Gerup Gerak Khas Komando (GGK) yang berada di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, ditugaskan sebagai persediaan langkah keselamatan kerana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan akan berangkat menyaksikan perlawanan pada malam itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kehadiran anggota komando yang berpangkalan di Kem Iskandar, Mersing, Johor itu bukan untuk mengawal atau menjaga pasukan Johor Darul Takzim (DT), sebaliknya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor yang akan berangkat ke stadium berkenaan, lebih-lebih lagi baginda adalah Kolonel Kehormat bagi Rejimen GGK.

"Perkara ini bukan baru kerana dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang diadakan setiap tahun, anggota komando sentiasa bersiap sedia ditugaskan untuk menjaga keselamatan Sultan Johor," katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, petang semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan penyokong Kelantan mempersoalkan tindakan PBNJ menempatkan anggota tentera yang lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor DT di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam Selasa lalu.

Anggota tentera terbabit dipercayai Askar Timbalan setia negeri Johor (JMF) berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat perlawanan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Wenger tak mahu beli pemain

Written By Unknown on Kamis, 17 Januari 2013 | 15.23

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu penyokong kelab itu bahawa dia tidak akan membeli pemain ketika jendela perpindahan, bulan ini.

The Gunners ketika ini 21 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dan enam di belakang Tottenham, yang kini berada di tangga keempat liga.

Dan perkara itu pasti mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Emirates yang mahu menyaksikan kemunculan beberapa pemain muka baru bulan ini.

Namun, Wenger bertegas dengan berkata: "Saya tahu ramai orang tidak mempercayainya, tetapi saya akan berkata kita mempunyai skuad yang sangat baik.

Harap Walcott turun tandatangan

"Bilangannya betul. Kami ada keseimbangan baik. Pada Januari, ia sangat sukar mencari pemain yang bagus dan boleh memberi sesuatu yang istimewa kepada pasukan."

Wenger dalam pada itu mengharap Theo Walcott akan menandatangani kontrak baru dengan kelab itu dalam beberapa hari lagi dengan berkata: "Kami cuba sedaya upaya melengkapkan perjanjian dengan Walcott.
"Apabila kami sudah menyelesaikannya, kami pasti akan melakukan perkara lain. Buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda apa-apa lagi." - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

ISN bantu cungkil bakat atlet baru

Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa membuka pintu kepada kelab-kelab sukan di negara ini yang ingin mendapatkan khidmat sokongan sains dan perubatan sukan dalam usaha mencungkil bakat baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya sedia memberi khidmat sokongan daripada pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan saintifik seperti penyesuaian fizikal, pemakanan dan perubatan sukan.

"ISN bersikap terbuka dan sedia memberi nasihat dan khidmat kepakaran sains dan perubatan sukan kepada kelab-kelab termasuk kelab rekreasi yang memerlukan kepakaran kita.

ISN bersikap terbuka dan sedia memberi nasihat," Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ISN


"Dalam hal ini, kita tiada halangan untuk membantu dan mereka boleh datang dan berunding (dengan ISN). Kita akan salurkan mereka kepada pakar-pakar tertentu," katanya semalam.

Kaedah saintifik

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata, keutamaan ISN dalam memberi khidmat kepakaran berhubung sains dan perubatan sukan itu adalah kepada sukan berprestasi tinggi.

Beliau berkata, penekanan terhadap sains dan perubatan sukan itu adalah penting untuk membina kekuatan bagi meningkat keupayaan serta prestasi seseorang atlet untuk bersaing.
"Jika kita mempunyai masa dan tenaga yang lebih serta tidak bertindih dengan tumpuan terhadap pembangunan sukan berprestasi tinggi, kita sedia membantu (dalam aspek sains dan perubatan sukan). Itu kepakaran yang kita ada," katanya.

Beliau berkata, ISN juga menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sedia membantu kelab badminton untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan pemain pelapis bagi menerajui cabaran negara di persada antarabangsa.

Ahmad Shapawi berkata, sebagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam aspek sains sukan, ISN amat menggalakkan kelab berkenaan menggunakan kaedah saintifik dalam mencungkil bakat baharu dan ia selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan atlet pelapis negara. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Misbun Ramdan terlepas hukuman denda, gantung

Kuala Lumpur: Pemain berbakat besar, Misbun Ramdan Misbun terselamat daripada dikenakan tindakan – denda atau penggantungan – atas keputusan nekad keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Keputusan itu diputuskan EXCO BAM yang bermesyuarat selama tiga jam di Bukit Jalil, semalam yang akur dengan keputusan anak bekas legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek itu yang mahu berdikari.

Jika dua tahun lalu, pemain pelapis Tan Chun Seang dikenakan penggantungan dua tahun kerana bertindak keluar, tetapi nasib Ramdan baik apabila dia tidak digantung, malah tidak dikenakan sebarang denda kerana mengambil keputusan sama dengan menggunakan alasan peribadi.

Ramdan masih menjalani latihan dan dia juga bakal berlatih di bawah Misbun yang juga bekas jurulatih kami," Mohd Nadzmi Salleh, Presiden BAM


"Kami melihat setiap satu kes secara berlainan. Keadaan mereka juga berbeza dengan Ramdan yang meletakkan alasan peribadi dan kami hormati keputusan itu," kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh selepas mesyuarat.

Sah bertanding

Dalam kes pemain berumur 22 tahun itu yang baru melakar sejarah menjuarai Grand Prix (GP) Final Kebangsaan baru-baru ini dengan menundukkan pemain lebih berpengalaman, Nadzmi menegaskan bakat besar Ramdan tidak harus dipersia-siakan.

"Ramdan masih menjalani latihan dan dia juga bakal berlatih di bawah Misbun yang juga bekas jurulatih kami. Jadi, kami tahu dia tidak akan mensia-siakan bakat yang ada dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," katanya.
Sementara itu, Nadzmi mengesahkan keputusannya mencabar jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk dunia itu Mei depan selepas mendapat sokongan ahli majlis serta beberapa anggota BWF lain.

"Selepas mendapat maklum balas banyak pihak, barulah saya membuat keputusan untuk tawar diri bertanding. Bagi pengganti saya pula nanti (presiden BAM), saya serahkan kepada pemilihan yang dibuat nanti (Jun ini)," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kenapa perlu senjata?

Kelantan dakwa 'adegan tentera' tidak wajar

Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?

Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.


Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

Mat Yo turut dikawal

Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.
Gambaran penyokong ganas

"Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.

"Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ," katanya semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara.

Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.

"Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," katanya.

Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.

"Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

"Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku," katanya.

Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat.

Lagi berita menarik kerancakan Liga Super, dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

HasriHensem

kata dh berubah....tp still buat kecoh..dh brubah ke tu??....klu JMF dtg...anggap diorg nk tngk bola dh la...mcm polis2 yg jaga...apahal nk provokasi lg...

hafiz

Pasukan ATM pun xpernah menyalah guna kuasa untuk bawa askar, komandor, kapal selam semasa beraksi. Ini pasukan TMJ xsampai setahun main bola, dah nak tunjuk lagak.

areyed

dari baju askar ni pakai ni bukan JMF ni askar ATM betul GGK rejimen 11

hafiz

Baru jadi TMJ dah pengaruh peribadi. Bila ego menguasai diri, mereka ini hanya mahu menunjukkan kuasa sahaja.

Nongnulan borneo

Apa jadi dengan rakyat dan penyokong ni, sukan merupakan salah satu pemufuk perpaduan, ni macam nak berperang ha ha dongo and goblok lo, bikin panas.tapi Amri Yahyah

Johorian

mintak mahap la..kebanyakan org kelantan ilmu tggi tp kurang tawasuf...tu pasal bergadoh je.. menang gadoh, kalah gadih seri gadoh...x paham aku!!

Noor Azhar Abd aziz

maaf... isu ini agak sensitif...mungkin negeri lain kurang faham peranan JMF....selidiki dahulu....baru bagi pandangan...di pihak PBNJ rasanye perlu....disebabkan insiden2 lepas di kota bahru.... tanamkn nilai semangat kesukanan di kalangan peminat....jaga adab... hormat pembesar yg ada.... TMK,TSAM, KAFA.... pasti malu dgn kejadian tempoh hari....segelintir penyokong sahaja yg buat onar.......oleh itu.... diharap pihak berkuasa, FAM,dan persatuan bola negeri yg lain... beri Jaminan...ianya x akan berlaku. .di mana mana ....sama ada di dlm stadium @ di luar Stadium....

Mohamad Hanif Amin

sukati orang la nak bawak askar ke sapa pun.itu hal dia.rasanya kat kelantan ja benda ni jadi.negeri lain takde pun.memang ganas pun,baru nak sedar hahaha......

jebat

ulasan-ulasan yang dangkal tentang JMF... JMF ditubuhkan seblum tertubuhnya pasukan keselamatan di negara ini untuk mengawal sultan dan rakyat Johor... jadi aper salah JMF mengawal? Kalau rasa salah tak perlu lagi ada pengawal kesalamatan di malaysia nie... cukup ada polis dan tentera....

Faisal mohd noor

TMJ mengarahkan JMF utk memberi perlindungan kepada rakyat nya yg dtg menyokong.nak kecoh apa.DYMM kelantan pun xcakap apa2.TMK sendiri kene baling botol itu ke yg dikata keselamatan yg ada di kelantan,TAKE A NOTE.jgn hanya pandai berkata kalau tidak tahu apa disebalik perkara sebenar,TMJ kami berjiwa rakyat.so xpyh nak gempak2 kan cerita benda pun dah berlalu tapi 1je jika ingn mengata kn sesuatu tu harap berfikiran panjang lah kita 1malaysia.jgn suka2 nak main pakai cmmnt je ttng TMJ kami,sekian wassalam.salam 1MALAYSIA

peminat bola

main bola je kottt...xpayahla nk poyo sgt..JMF bagai..main bola la x hebat mana pon..provokasi je lebih..poodahhhh..

abe

kelantan pun satu..dah la team korang tu baru nak naik..dulu kan lauk ikan panggang je kan..so..penyokong pun tak payah lah bengong sgt

kucing

keco laa korg...kalo leh ape je yg johor buat mmg salah la kt mata korg...yer laa korg jer la yg suci yg mulia...mende kecik pon nk keco2 sampai masuk paper...ego terlebih

abe

johor tu negeri je sama mcm negeri lain..tak payahlah poyo sgt

B.O.S Harimau SElatan

AAAAAAuuuuuummmmmmmmm.........
LUASKAN KuasaMU JOHOR.......

johanna johani

TMJ mcm dh boleh agak apa kesudahan perlawanan di Kelantan... byk sbb yg TRW jaki ngan team JDT so tindakan menambah kawalan keselamatan utk pegawai & pemain JDT tu adalah keputusan yg trbaik... Kesudahannya sama gak... Penyokong Kelatan akan bertindak ganas,,, nasib baik seri.. kalu kalah lagi la teruk kna haruk team & penyokong JDT..

kute

kahkahkah padan muka kelantan..provok org kot fb je hebat...letak JMF kat stadium dah kecut telor..akakaka

ezzat

mencemarkan image bola sepak negara..

Long Ranger

apa nak jadi? CERMIN dahulu semua peminat kelantan sebelum buat kenyataan.sebelum ni penyokong kelantan berapa kali buat hal kebelakangan ni .so pikir-pikir kan sendiri.kan dah lupa perkara dulu.cuba tgk kedah?walaupun penyokong kedah begitu fanatik dari dulu smpai sekarang tak penah penyokong kedah buat hal.dan aku pelik kenapa masih ada penyokong mcm ni ada lagi di zaman moden ni

kelate

Kalu stakat bw jmf 20 ore...nok tunjuk biso...hahaha...lain kali bwla meriam...kete kebal..dron...br hebat...hok tuke srh pom... dok brp kemah pemikire...jennmmmmm

noorain

maaf, memang patut pun pasukan Johor buat macam tu cos penyokong Kelantan sememangnya mempunyai rekod.Negeri2 lain dalam Malaysia ni penyokongnya takde yang buat hal macam penyokong kelantan. Orang kelantan ni hebat ilmu agamanya tapi kenapa perkara2 begini sering terjadi? walaupun fanatik tp jangan lah sampai buat kecoh lagi mencedera orang lain.orang kampun yang jauh duduk dalam hutan pun takde perangai macam ni.profesional le.perangai tu.orang kafir tak buat macam tu ni orang islam sendiri buat hal.....jangan sampai orang hina dan bodohkan kau orang.KESIAN ada juga tengok penyokong kelantan ni cos mereka ni macam terlalu jauh ketinggalan mungkin disebabkan faktor/amalan politik mereka so terbawa2.mereka mesti tukar corak hidup mereka......komen saja ni.

aku Fendi

Malu aku jadi org Johor.. Mengarutlah TMJ ni. TMJ ingat Allah lebih berkuasa dari segala-galanya. Jangan sombong!!! Org yang paling mulia di sisi Allah adalah org yang berTAKWA bukan orang bodoh sombong.

Hadi

Teringat kesah bolasepak di Guatamala..

mohdfarieq

tak perlu nak besarkan isu ni...semuanya atas faktor keselamatan..bukannya JMF acukan M16 pada penyokong kelantan..rekod pun membuktikan penyokong selalu bermasalah..dlm perlawanan juga ada ada baling mercun dan botol air ke dalam padang..

Tentera Upahan

Kepada pengkritik di dalam ruangan ini yang menyatakan penyokong Kelantan memang ganas dan ambil mudah tentang askar persendirian di bawa kestadium dengan M16, anda memang kebelakang dan penyokong Johor aje..Setakat ni, xde lagi pemain or penyokong luar mati kena pukul di SSMIV...Ini jelas menunjukkan keangkuhan dan kebiadapan pengurusan anda di Kelantan.Ini bukan Johor,This Is Kota Bharu!!!

abang hus

dah semua orang tahu mcm mane penyokong kelantan, baik ambik tindakan awal...

mail kerbau

kalau atas alasan menjaga keselamatan TMJ,kenapa TMJ x nampak muka pun masa game tu?jaga keselamatan fans johor..so negeri2 lain pun lepas ni kena bawak askar juga la kawal keselamatan fans mereka

baso gilo kuasa

TMJ xhormat TMK yang hadir sama dengan meletakkan askar y bodoh bangang berkawal di negeri bwh TMK, mu igt negeri mu ko bengong..TMJ kalau dah rse hebat sgt askar ko tu hantar g palestin la perang ngn israel,jgn jd bodo nk perang ngn org kelantan plak..bengong..

anti putaralam

jangan bersikap kurang sopan.tiada siapa yg peduli jika ingin menggunakan jmf dinegeri sendiri.cubalah belajar menghormati orang lain.adakah anda fikir dgn melakukan tindakan diluar peraturan itu satu langkah kemajuan?

Affandi Shafie

Tak payah la hantar JMF nak kawal keselamatan
pemain dan penonton. Doh cukup yg ada dalam negeri kelantan. Selama ni Polis dan tentera di kelantan sudah ramai. Bilangan Kem tentera di sini byk. Bukan di negeri Palestin n Iraq. Jangan provokasi dengan JMF, nak tunjuk kekuatan. Ini mencabar rakyat kelantan yg sensitif perkara. M16 ado sekali, nak menakutkan orang, Allah SWT lebih berkuasa dari wahai TMJ n JMF. Laknat orang bersangka buruk kepada orang lain.

Lau Ser

"Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab.....memang ganas....

niklah

X perlu kecoh, JMF umpama pengawal peribadi. Saja je nak tambah kawalan, bukan nak menunjuk tapi adat lah, pasukan masing2 nak ada pengawal, takde masalah pun. Yang jadi masalah ialah ada agenda peribadi disebalik isu ini ditimbulkan, ada org masih marah dgn Johor dan FAM. Jaga pasukan dan penyokong sendiri la.

esma

Hanya di Kelantan saja JDT bawak tentera ... sebab di sana tak begitu selamat. Tapi di negeri lain insyallah JDT tak bawak tentara.

bola

Tindakan membaling objek dan kena TMK tu baik sangat ke?

Kelantan Jati

Johor telah menyamakan Kelantan dengan Indonesia....jahat sangatkan orang Kelantan...tu lah kebiasaan bangsa kita terlau curiga dengan bangsa sendiri tetapi dengan bangsa asing sebalinya...fikir fikirkanlah

PeminatBola

dah kata pasukan 'bintang' dan 'elit'....ape salahnya. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...alang2 dah dikutuk macam2, biarkan JDT tunjukkan terus 'bintang' nya tu....

kuda kepang

aiii... itu pun nak jd isu? yg penting semua dah selamat. mgkn kalau xde pengawal dah jd lebih teruk. sbb ada pengawal baru ada rs takut sikit. hal kecik je pun. mcm mn bolasepak nak maju, kalau minda masih ketinggalan...

abdul malek

Jangan bimbang, JMF tidak akan bertindak diluar jangkaan. Itu adalah disiplin dalam anggota mereka..wallahua'lam

pandan indah

KAFA patut berterima kasih. Buktikan kemampuan KAFA menjaga penyokong sendiri dahulu baru nk pertikai itu ini ye :)

anti putaralam

menghantar askar persendirian lengkap bersenjata adalah satu perlakuan yang tidak sopan seolah2 tidak menghormati tuan rumah dan tugas PDRM.harap siasatan dan tindakan segera wajib dilakukan agar ianya tidak terus mencemari imej bolasepak Malaysia.

Faizal

ala, kecoh la korang... JMF hanya terbatas di Johor, kalau nak "beraksi" di Kelantan, dah semestinya dpt kebenaran dulu dari pihak berkuasa di Kelantan, so apa masalah sebenarnya? Ada ke yg mati lepas game kena tembak ngan JMF? tak payah la nak panjangkan isu ni, masing2 ada precaution sendiri so mereka bertindak mengikut batasan dan kebenaran yang diberi.

anti putaralam

menghantar askar persendirian lengkap bersenjata adalah satu perlakuan yang tidak sopan seolah2 tidak menghormati tuan rumah dan tugas PDRM.harap siasatan dan tindakan segera wajib dilakukan agar ianya tidak terus mencemari imej bolasepak Malaysia.

yus

Sangat elok jika Kelantan dan Johor DT main di Liga Indonesia sebab mereka ada kereta kebal..........

hantu bola

TMJ 2 sape??anak ikan ke??isyy..benda kecik je..xyah nk kontrovesi sangat..

roslan lan

Nampak sangat keegoan, begitulah apabila merasakan diri lebih tinggi daripada orang lain,sedar semua hanya di dunia,akhirat belum tentu....


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger