Bala tak kisah jumpa siapa

Written By Unknown on Kamis, 03 Januari 2013 | 15.23

Petaling Jaya: Jurulatih skuad B-15 negara, S Balachandran tidak gentar bertemu pasukan mana sekalipun pada separuh akhir Piala Antarabangsa Frenz 2012 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya petang esok apabila mara selaku juara Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Frenz United Malaysia, malam kelmarin.

"Tak kisah jumpa siapa pun kerana semua empat pasukan dari Kumpulan B berpeluang sama rata. Lagipun, kami sudah bertemu tiga pasukan berbeza kekuatan, Slavia Praha (menang 5-0), Pilihan Incheon (menang 2-0) dan Frenz United Malaysia (seri 1-1).

"Jadi, apa yang lebih penting, kami perlu fokus pada kekuatan sendiri dan cuba meneruskan rentak yang sama sehingga tamat kejohanan," kata Balachandran pada sidang media selepas perlawanan, malam kelmarin.

Fokus kekuatan sendiri

Skuad B-15 negara tidak tampil dengan kekuatan sebenar apabila Balachandran mencuba beberapa pemain simpanan memandangkan mereka sudah pun layak awal selepas menang dua perlawanan terdahulu.
"Memang saya jangka ia perlawanan yang sengit kerana saya merehatkan beberapa pemain utama. Lagipun, sukar bertemu pasukan tempatan yang tahu corak kami berbanding pasukan luar. Kekurangan yang masih ada ialah kecergasan dan itu akan cuba pertingkatkan menjelang separuh akhir," jelasnya.

Belum tentu formasi

Sementara itu, jurulatih Frenz United Malaysia, Mat Dinos Talib gembira pasukannya turut mara ke separuh akhir untuk berdepan juara Kumpulan B di stadium sama, malam esok.

"Pergerakan pemain nampak semakin memuaskan. Mungkin pada dua perlawanan sebelum ini mereka sedikit gentar bertemu pasukan luar. Tapi semangat tinggi ditunjuk pemain pada perlawanan ini. Apapun, saya akan lihat siapa lawan di separuh akhir nanti sebelum menentukan formasi yang mahu digunakan," kata Mat Dinos.


Anda sedang membaca artikel tentang

Bala tak kisah jumpa siapa

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/bala-tak-kisah-jumpa-siapa.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Bala tak kisah jumpa siapa

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Bala tak kisah jumpa siapa

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger