Tumpuan pasti terarah kepada pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim - nama baru bagi Johor FC - kendalian Fandi Ahmad yang menghimpunkan deretan tonggak skuad kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim serta pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Radzak.
Mereka turut diperkuatkan dengan tonggak pertahanan Muslim Ahmad dari Terengganu dan Nurul Azwan Roya dari Kelantan.
Pastinya Johor Darul Takzim menjadi pasukan yang paling mahu dikalahkan 11 pasukan lain bermula menentang lawan pertama mereka, Pahang, juara sulung Liga Super 2004 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
Perlawanan itu pasti menjadi tumpuan ramai selain menjadi kayu pengukur awal - sama ada pelaburan besar Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbaloi atau sebaliknya.
Ini satu dimensi baru dalam liga kita. Boleh nampak semua 12 pasukan serius menghadapi musim 2013 dengan mendapatkan pemain baru. Jadi, harap di atas padang nanti pun permainan akan berintensiti tinggi dan lebih bermutu di mana ia akan menguntungkan pemain apabila beraksi di pentas antarabangsa.
Kualiti permainan itulah yang mustahak, ditambah pula kelibat pemain import untuk musim kedua. Ramalan saya, pasukan yang mampu merebut kejuaraan ialah Kelantan, Tentera, Johor Darul Takzim, Terengganu atau T-Team, kata jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi, semalam.
Satu lagi pertemuan menarik membabitkan juara 2009 dan 2010, Selangor berdepan juara 2006, Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam dengan Selangor membariskan separuh muka baru dalam skuadnya sambil Negeri Sembilan dibimbing jurulatih baru dari Portugal, Divaldo Alves.
E Elavarasan pula akan membawa Terengganu bertemu bekas pasukannya, FELDA United yang kini dikendalikan K Devan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.
Perak yang dibimbing Azraai Khor Abdullah pula bakal menanti kunjungan T-Team, kendalian jurulatih kontroversi, Peter Butler di Stadium TLDM, Lumut yang sudah lulus untuk diadakan perlawanan sebelah malam.
Baki dua lagi perlawanan hanya akan berlangsung malam esok.
Anda sedang membaca artikel tentang
Perang Super!
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/perang-super.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Perang Super!
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar