KBS Sedia bantu: Shabery

Written By Unknown on Rabu, 16 Januari 2013 | 15.23

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu kelab badminton mencungkil bakat baru dan melahirkan pemain pelapis bagi menerajui cabaran negara di persada antarabangsa, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dia mengakui terdapat kelab yang tampil dengan cadangan baik mencari pelapis badminton negara.

"Kita sedia membantu mana-mana (kelab badminton) yang datang dengan kertas cadangan baik. Kita akan pertimbangkan bentuk kerjasama yang boleh diberikan.

"Kita tidak boleh berharap hanya satu sistem saja dalam melahirkan pemain badminton negara. Sama ada pemain itu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kelab Nusa Mahsuri atau kelab-kelab lain, itu tidak penting, yang penting pada akhirnya kita dapat melahirkan jaguh badminton negara yang akan bertanding di persada dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran My Megamind 2013, semalam.

Ditanya tentang pemain berkaliber untuk menggantikan jaguh perseorangan negara dan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei selepas dia menggantung raket, Ahmad Shabery berkata: "Saya belum ada jawapan lagi kerana bukan senang untuk melahirkan pemain pelapis."

"Pemain badminton negara yang lain perlu membuktikan dengan keputusan yang lebih baik (dalam kejohanan), kerana kita tahu bintang sukar diganti. Kita tahu ia bukan perkara mudah untuk mencari pemain pelapis dan masalah itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah di mana-mana," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

KBS Sedia bantu: Shabery

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/kbs-sedia-bantu-shabery.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

KBS Sedia bantu: Shabery

namun jangan lupa untuk meletakkan link

KBS Sedia bantu: Shabery

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger