Tunggu tindakan Pejabat Peguam Negara

Written By Unknown on Jumat, 18 Januari 2013 | 15.23

Kota Bharu: Polis Kelantan menyerahkan kes seorang penyokong The Red Warriors (TRW) membaling botol sehingga terkena orang kenamaan (VIP) yang menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT), Selasa lalu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan dan meminta cadangan daripada Ketua Unit Pendakwaan sebelum suspek didakwa di mahkamah.

"Kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan dan kini kertas siasatan (berhubung kes itu) sudah pun siap," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Meluahkan perasaan

Kejadian itu dilaporkan berlaku sebaik pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan disusuli tindakan segelintir penyokong bertindak kurang sopan dengan menjerit dan membaling botol dipercayai untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil terbabit.

Mengulas insiden membakar mercun yang turut dilakukan penyokong Kelantan dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen berbayar itu, Jalaluddin berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Ditanya mengenai kehadiran enam anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata M16 di pintu masuk padang untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor DT ketika perlawanan itu, beliau enggan mengulas.


Anda sedang membaca artikel tentang

Tunggu tindakan Pejabat Peguam Negara

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/tunggu-tindakan-pejabat-peguam-negara.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Tunggu tindakan Pejabat Peguam Negara

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Tunggu tindakan Pejabat Peguam Negara

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger