Gladiators bedil Harimau Selatan!

Written By Unknown on Rabu, 08 Mei 2013 | 15.23

Marlon ledak dua gol bant u Tentera benam Johor DT 2-0

Seremban: Penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James sekali lagi membuktikan ketajaman miliknya depan gawang apabila meledak dua gol ketika membantu Tentera menewaskan Johor Darul Takzim 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Kemenangan berkenaan mengekalkan jurang satu mata antara skuad kendalian B Sathianathan dengan pendahulu, Lions XII yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Terengganu 2-1 pada sebelah petang.

Johor DT pula kini tergelincir satu anak tangga, dipintas Selangor yang mengutip satu mata di Kuantan selepas seri 2-2 menentang Pahang. Selangor dan Johor DT masing-masing mengutip 25 mata - enam di belakang Lions XII.

Cekap baca gerakan

Marlon tidak menunggu lama untuk menguji gawang Johor DT yang dikawal Al Hafiz Hamzah, namun harapan Tentera mendahului seawal minit keenam, hampa apabila tandukan penyerang importnya tersasar.

Selang tujuh minit, Marlon sekali lagi mengancam kubu anak buah Fandi Ahmad, bagaimanapun Al Hafiz cekap membaca pergerakan pemain St Vincent & Grenadines itu dan menangkap kemas tandukannya.
Dua lagi peluang keemasan Tentera pada babak pertama - menerusi Christie Jayaseelan (m-29) dan Marlon (m-40) - gagal disempurnakan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, Tentera meneruskan asakan dan akhirnya memecah kebuntuan menerusi Marlon pada minit ke-54 yang menanduk kemas hantaran Bruno Martelotto menewaskan Al-Hafiz.

Sembilan minit kemudian, dia melebarkan kedudukannya di senarai penjaring musim ini dengan gol kedua malam tadi hasil rembatan padu dari dalam kotak penalti selepas menggelecek dua pertahanan lawan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Gladiators bedil Harimau Selatan!

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/05/gladiators-bedil-harimau-selatan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Gladiators bedil Harimau Selatan!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Gladiators bedil Harimau Selatan!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger