"Saya bermula aktif dalam judo sejak darjah enam, kami empat daripada lima beradik semuanya terbabit dalam judo. Kejayaan saya ini diharap dapat menaikkan semangat adik beradik lain untuk terus aktif dalam sukan ini.
Emas pertama
Kemenangan Qurratu'aini, 20, dalam acara tidak melebihi 45kg adalah pingat emas pertama buat kontinjen Perak apabila dia menewaskan atlet Terengganu, Intan Nur Hayati Mahathir.
Sementara itu dalam kategori tidak melebihi 60kg lelaki, Mohd Farhan Uzair Mohd Fikri dari Terengganu berkata dia mara ke pusingan akhir tanpa meletakkan sebarang tekanan pada diri sendiri selepas pertama kali mara ke final.
"Pada SUKMA 2011, saya tidak memperoleh apa-apa pingat jadi mungkin tidak ada yang sangka saya mampu menang mudah dengan kiraan ippon. Atas doa daripada keluarga, jurulatih dan semua saya dapat mengatasi kegugupan di final tadi," kata atlet berumur 17 tahun itu yang menewaskan atlet Melaka, Chan Boon Chin.
Anda sedang membaca artikel tentang
Nur Qurratu'aini ceria kem Perak
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/nur-qurratuaini-ceria-kem-perak.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Nur Qurratu'aini ceria kem Perak
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Nur Qurratu'aini ceria kem Perak
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar