Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Eng Wah, Leng Hin hampiri juara

Written By Unknown on Sabtu, 29 Juni 2013 | 15.23

Bukit Jambul: Dua pemain, Lim Eng Wah dan Tan Leng Hin hampir bergelar juara bersama pada pusingan ke-15, Kejohanan Golf Prudential Astro Masters selepas masing-masing menamatkan saingan dengan keseluruhan 79 pukulan di Kelab Golf Pulau Pinang, Bukit Jambul, baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas pengiraan semula, Leng Hin dinobatkan selaku juara kerana mencatat markah rendah di enam lubang terakhir daripada sembilan. Kejayaan itu membolehkan dia mengesahkan slot beraksi di Grand Final di Siem Reap, Kemboja.

Walaupun terlepas gelaran dalam kategori gross, Eng Wah turut akan menyertai Leng Hin ke Siem Reap apabila mengungguli saingan dalam kategori nett apabila mencatat 68 pukulan, sekali gus mengatasi pencabar lain.

Terdahulu, dalam saingan pusingan ke-14 di Kelab Golf Kota Permai, Alan Yap Chin Tong dan Wan Din Wan Hassan mengesahkan slot ke Grand Final selepas masing-masing mengungguli kategori gross dan nett.

Kedua-dua pemain pada awalnya terikat dengan catatan 75 pukulan dalam kategori gross tetapi Alan muncul juara selepas pengiraan semula menyaksikan dia mencatat keputusan lebih baik di sembilan lubang terakhir iaitu 36 berbanding Wan Din 37. Namun, Wan Din menjadi juara nett selepas mencatat keseluruhan 68 pukulan.


15.23 | 0 komentar | Read More

'SUKMA lahir bintang dunia'

Muhyiddin jamin kerajaan sentiasa komited dengan penganjurannya

Kuala Lumpur: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 disingkap secara rasmi yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam suasana sederhana tetapi meriah di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) malam tadi.

Muhyiddin ketika ucapan perasmiannya berkata, Kerajaan sentiasa komited bagi menyokong penganjuran SUKMA yang bertujuan untuk membangunkan arena sukan tanah air secara menyeluruh di mana ia dapat mengenal pasti serta membentuk potensi ahli sukan muda negara menerusi pelbagai acara dipertandingkan.

Saya amat berbangga kerana SUKMA sudah melahirkan ramai jaguh yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia, malah ada antara mereka yang bergelar atlet nombor satu dunia seperti Lee Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal trek), Shalin Zulkifli (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)," Tan Sri Muhyiddin Yassin


"Menerusi penganjuran SUKMA, atlet muda daripada hampir 50 jenis sukan yang terdapat di negara ini berpeluang untuk menonjol dan mengukuhkan bakat mereka sebelum bertanding di pentas antarabangsa.

"Saya amat berbangga kerana SUKMA sudah melahirkan ramai jaguh yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia, malah ada antara mereka yang bergelar atlet nombor satu dunia seperti Lee Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal trek), Shalin Zulkifli (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)," kata Muhyiddin.

Khairul, Cai Lin nyala obor

Turut hadir pada majlis perasmian malam tadi ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Wilayah Persekutuan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Besar Perlis, Azlan Man, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tunku Ja'afar dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.
Pada majlis perasmian malam tadi, ia bermula dengan perarakan masuk kontinjen membabitkan 14 negeri yang mengambil bahagian sebelum disusuli dengan persembahan kawad senyap daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seterusnya tarian daripada 150 pelajar Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nenas.

Acara diteruskan dengan ucapan Khairy diikuti ucapan perasmian daripada Muhyiddin sebelum majlis menaikkan bendera SUKMA, seterusnya bacaan ikrar diwakili atlet renang berirama, Katrina Ang Abdul Hadi, wakil pegawai teknikal, Mejar Khalid Hamzah dan wakil sukarelawan, Muhammad Syazwan Zainan.

Seterusnya, upacara membawa masuk obor dibawa oleh Olahragawan dan Olahragawati SUKMA 2012, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) sebelum diserahkan kepada Olimpian negara, Khairul Anuar dari sukan memanah dan Khoo Cai Lin (renang) bagi dinyalakan sebagai simbolik temasya SUKMA ke-16 bermula.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kaki pancing dijemput saksikan final di GP Joran

Kuala Lumpur: Kaki pancing, pengunjung dan penduduk sekitar Tanjung Leman dijemput ke tapak Karnival GP Joran bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menerusi layar besar yang dipasang urus setia karnival di Pantai Tunjuk Laut di sini, malam ini.

Penyampai radio Hot FM, AG yang dijemput khusus selaku pengacara, bakal menghangatkan suasana sepanjang final antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan dengan segmen berkonsep bola sepak sambil diselang seli dengan aktiviti memancing.

Pelbagai hadiah disediakan untuk kaki pancing dan pengunjung yang memenuhi ruang tayangan yang dikendalikan AG bersama Marshal Unit Joran BH dan Johor Corporation (JCorp).

"Saya sudah sedia ke Tanjung Leman dan berharap semua kaki pancing, pengunjung dan penduduk berdekatan datang ke tapak karnival itu untuk memeriahkan malam perlawanan akhir.

"Keputusan perlawanan memang sukar diramalkan tetapi saya mahu semua peminat dan kaki pancing menyaksikan perlawanan akhir terbaik antara kedua-dua pasukan," katanya ketika ditemui di Sri Pentas TV3, Persiaran Damansara, semalam.

AG yang juga penyokong JDT, tidak mahu peminat fanatik kedua-dua pasukan melakukan perkara negatif sepanjang perlawanan itu demi menghormati semangat kesukanan meskipun sedar ada peminat kedua-dua pasukan kecewa tidak dapat ke Stadium Nasional Bukit Jalil akibat kehabisan tiket.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Gelora Bukit Jalil'

Penonton tanah air bakal disaji kelibat 2 pasukan sama hebat

Kuala Lumpur: Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Selain berpengalaman dalam tiga aksi final piala itu, Kelantan mempunyai kelebihan kerana dibarisi pemain handalan seperti Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakamae dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang mampu mengatasi cabaran anak buah Fandi Ahmad.

Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT," Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan


Johor DT sebaliknya, walaupun dibarisi pemain bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez, Nurul Azwan Roya, Andrezinho dan Safee Sali, terpaksa akur dengan ketiadaan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang digantung perlawanan.

Faktor Mat Yo, Awe

Bagaimanapun, faktor Matyo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan) - dua bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Johor musim ini - mampu menampilkan kejutan kerana kedua-duanya bersemangat untuk membuktikan sesuatu bersama pasukan baru.

Apapun aksi di atas padang akan menentukan keputusan, bukan apa yang tertera di atas kertas. Percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan jurulatih Johor DT, Fandi, serta kemampuan anak buah masing-masing melaksanakan arahan bakal menjadi penentu pasukan mana muncul juara malam ini.
Jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata kelebihan berpihak kepada Kelantan kerana mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas final dan masih segar dengan kejayaan menjulang trofi tahun lalu.

"Sekalipun Johor mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak pernah beraksi di pentas final sebelum ini dan ia agak menyukarkan mereka.

"Perlawanan pasti sengit dan hebat. Saya rasa ia akan berlanjutan hingga sepakan penalti," katanya semalam.

Bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kedua-dua pasukan sama hebat dan ada kelebihan masing-masing, tetapi jika berpandu kepada pengalaman, ia memihak Kelantan kerana ini kali ketiga mereka ke final.

"Tidak boleh dinafikan, pengalaman itu akan banyak membantu mereka pada perlawanan itu nanti. Selain itu, Johor DT saya rasa bakal berdepan masalah terutama di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Aidil Zafuan Abd Razak yang digantung perlawanan," katanya.

'Serangan Johor DT, Kelantan seimbang'


Datuk M Karathu (gambar), bekas jurulatih Kelantan, berkata jika dilihat di bahagian serangan, Johor DT dan Kelantan tampak seimbang.

"Johor DT mempunyai Norshahrul yang berada pada kemuncak prestasinya, Safee dan Nunez. Kelantan pula mempertaruhkan Indra Putra, Norfarhan dan Faiz Subri.

Sama hebat

"Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT," katanya.

Jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail, berkata berdasarkan pengalaman, sudah tentu Kelantan mempunyai kelebihan kerana pernah beraksi di pentas final.

"Namun, itu tidak boleh dijadikan sandaran pada kali ini. Saya memilih Johor DT untuk menang.

"Ini kerana ada antara pemain mereka seperti Norshahrul dan Nunez yang boleh mengubah final kali ini untuk menjadi juara. Saya menjangkakan Johor DT akan menjadi juara musim ini dengan kemenangan 2-1," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut kemeriahan menjelang final Piala FA atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tidur tepi jalan sebelum terpilih'

Written By Unknown on Senin, 24 Juni 2013 | 15.23

Shah Alam: Tiga pemain - Mohammad Syawal Rosman, Farid Ashraf Kamaruzzaman dan S Thipanraj - terpilih menjalani latihan bersama pemain terbaik seluruh dunia dengan kelab yang menjuarai Liga Juara-Juara, Bayern Munich menerusi Kem Bola Sepak Junior Allianz pada 7 Ogos ini.

Namun, paling mencuri tumpuan adalah kelibat Syawal, 16, apabila perasaan hiba menyelubungi dirinya sebaik namanya diumumkan terpilih ke Jerman kerana mengenang jasa kedua ibu bapanya yang sanggup bersusah payah memastikan dirinya menjalani sesi pemilihan.

"Saya datang dari jauh (Kuala Terengganu, Terengganu) dan ibu bapa saya sanggup bersusah payah menghantar saya menjalani sesi pemilihan kedua di Padang SUK Shah Alam ini sehingga kami terpaksa tidur di tepi jalan.

7 pemain ke Phuket

"Terima kasih kepada ibu bapa saya dan saya berjanji tidak akan mensia-siakan peluang menimba ilmu bola sepak di Jerman nanti," kata Syawal yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Ketiga-tiga pemain berkenaan dipilih daripada lebih 1,500 pemain berusia 14 hingga 16 tahun yang menghadiri sesi pemilihan iaitu yang pertama di Kuantan minggu lalu sebelum sesi kedua diadakan di Padang SUK Shah Alam kelmarin.

Di kedua-dua sesi itu, seramai 25 pemain disenarai pendek bagi menghadapi aksi persahabatan dengan skuad Selangor bawah 17 tahun semalam yang berkesudahan lawan menang 2-1, sebelum nama yang terpilih ke Jerman diumumkan.
Sementara itu, tujuh pemain lain turut terpilih untuk menyertai Kem Junior Bola Sepak Asia Allianz di Phuket, Thailand pada 28 hingga 30 Jun ini. Sesi pemilihan diketuai jurulatih Tentera B Sathianathan dan bekas pemain kebangsaan, Rusdi Suparman serta Shahrin Majid.


15.23 | 0 komentar | Read More

Penyokong desak batal

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menunda dua aksi Liga Super membabitkan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT), malam esok, ke tarikh lain bagi memastikan pemain kedua-dua pasukan mempunyai cukup rehat sebelum bertembung pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata langkah itu harus dipertimbangkan oleh FAM kerana ia memberi kebaikan buat Kelantan dan Johor DT.

"Yang terbaik adalah menunda perlawanan itu (aksi Liga Super malam esok) dan ini adalah untuk kebaikan kedua-dua pasukan. Semua pemain perlu rehat yang secukupnya untuk kembali berada di tahap terbaik sekali gus dapat mempamerkan aksi terbaik.

"Tidak hanya Kelantan, Johor DT juga tidak pasti rela korbankan piala ini kerana dalam masa sama mereka pasti menurunkan barisan terbaik dalam baki perlawanan untuk cuba mencabar kedudukan Lions XII di puncak liga,"" katanya semalam.

Mohd Yahya berkata, penyokong TRW begitu mengharapkan FAM memberi sedikit kelonggaran.


15.23 | 0 komentar | Read More

KAFA tak kecil hati tiada insentif tangkap penyokong

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berkecil hati dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan pemberian insentif RM1,000 kepada penyokong yang berjaya menangkap individu cuba menimbulkan kekecohan pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Idea bernas yang sudah terbukti berkesan ketika aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu diusulkan KAFA pada mesyuarat pengelola perlawanan akhir sebelum ini dan mendapat persetujuan daripada FAM dan Johor Darul Takzim (DT).

Pemberian insentif itu pada mulanya diluluskan, tetapi ditarik balik Jumaat lalu oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini membabitkan penyokong The Red Warriors dan Harimau Selatan.

Kami tiada masalah

"Memang ia sudah dipersetujui tetapi kalau FAM mempunyai sebab tersendiri, kami hanya terima keputusan itu. Kita tidak ada masalah dalam soal ini dan terpulang kepada FAM untuk melaksanakannya atau tidak.

"Mungkin ada sebab tertentu FAM mengambil keputusan itu dan saya harap tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika perlawanan itu nanti," kata Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim (gambar), semalam.

Azman berkata, keputusan FAM untuk memilih 200 marshal yang terdiri daripada 100 penyokong dari Kelantan dan Johor DT sudah memadai untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar.


15.23 | 0 komentar | Read More

KBS pantau jerebu!

Belum cadang batal acara sukan taraf antarabangsa minggu ini

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum bercadang membatalkan penganjuran beberapa acara sukan penting, termasuk bertaraf antarabangsa, kerana masih memantau situasi jerebu yang mungkin bertambah baik.

Acara itu termasuk Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia, Kejohanan Hoki Liga Dunia 3 dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16.

Sekiranya tidak terdapat perubahan positif dalam masa terdekat, KBS akan mencadangkan agar kejohanan berbasikal, kejohanan hoki dan acara SUKMA yang membabitkan pertandingan luar dewan ditangguh.


"Kejohanan Berbasikal akan berlangsung pada 26 hingga 30 Jun ini manakala Kejohanan Hoki akan berlangsung pada 29 Jun hingga 7 Julai depan sementara SUKMA akan berlangsung 28 Jun hingga 7 Julai depan," menurut KBS dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu menyebut Institut Sukan Negara akan memantau pola atau trend tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam masa tiga hari akan datang, dan jika ia tidak menunjukkan perkembangan positif atau meningkat melebihi tahap bahaya, badan berkenaan akan menasihati KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung tindakan selanjutnya.

Semalam, kerajaan mengarahkan semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup, hari ini selepas keadaan jerebu semakin buruk. Sehingga jam 5 petang semalam kawasan Lembah Klang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat antara 130 dan 200.

Sekiranya tidak terdapat perubahan positif dalam masa terdekat, KBS akan mencadangkan agar kejohanan berbasikal, kejohanan hoki dan acara SUKMA yang membabitkan pertandingan luar dewan ditangguh.
"Adalah diharap agar tahap IPU akan menunjukkan trend menurun dalam masa tiga hari yang akan datang agar keadaan cukup selamat dan sihat untuk atlet berprestasi tinggi serta orang awam menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi," katanya.

Acara luar SUKMA mungkin ditunda

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong tidak menolak kemungkinan acara sukan yang diadakan di luar stadium pada SUKMA bakal ditunda jika jerebu yang melanda bandar raya ini semakin buruk menjelang majlis pembukaan, Jumaat ini.

Beliau berkata, buat masa sekarang SUKMA akan diadakan seperti biasa sehingga MSN mendapat laporan penuh daripada ISN (Institut Sukan Negara) dan Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan jerebu sehari atau dua hari sebelum majlis pembukaan.

"Jika ditunda sekalipun, ia mungkin membabitkan acara luar tetapi acara yang berlangsung di dalam dewan atau stadium, tiada masalah untuk kita teruskan.

Buat persiapan

"Kita sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk menunda kerana selepas itu sudah memasuki bulan puasa selain atlet semua sudah membuat persiapan," katanya ketika dihubungi semalam.

ISN sebelum ini menasihatkan penganjur acara sukan supaya memikirkan pelan alternatif dengan menunda tarikh acara, menukar laluan atau memindahkan gelanggang ke negeri lain yang mempunyai kualiti udara yang lebih baik.

Atlet dan jurulatih diminta untuk mengelakkan daripada mengadakan latihan berintensiti tinggi terutama pada waktu tengah hari atau petang apabila tahap pencemaran adalah paling tinggi.

Perkara itu adalah antara beberapa panduan yang digariskan oleh ISN untuk atlet dan jurulatih terutama mereka yang akan menyertai SUKMA di Lembah Klang dari Jumaat ini hingga 7 Julai ini.

Zolkples turut menasihatkan MSN di setiap negeri mengambil serius arahan yang dikeluarkan ISN berhubung kesihatan atlet yang sudah pasti kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi temasya edisi ke-16 itu.

"Kita perlu pandang serius masalah ini dan setiap kontinjen perlu mengikut garis panduan yang sudah dikeluarkan ISN dalam menjaga kesihatan atlet masing-masing.

"Saya tidak mahu ada atlet yang mendapat kesan negatif atau mengalami masalah kesihatan berikutan jerebu ini. Kesian kepada atlet kerana mereka menjalani latihan sudah lama," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gurusamy selamatkan maruah Selangor

Written By Unknown on Sabtu, 22 Juni 2013 | 15.23

Shah Alam: "Memang saya cukup yakin ketika melangkah untuk mengambil sepakan percuma itu dan apa yang saya buat ketika sesi latihan menjadi. Saya bangga dapat sumbang gol kemenangan untuk bantu Selangor terus kekal bersaing."

Itu kata penjaring gol kemenangan Selangor, K Gurusamy apabila sepakan percumanya pada masa kecederaan membolehkan Selangor menewaskan Tentera 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Selangor biarpun kekal di tangga keempat, sudah menyamai jumlah 33 mata dikumpul Tentera di tangga ketiga tetapi dipisahkan perbezaan gol dengan saingan berbaki tiga perlawanan.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim jelas lega apabila berjaya juga meraih kemenangan meskipun terpaksa beraksi tanpa penjaring utama, Francis Forkey Doe yang digantung satu perlawanan.

Keputusan adil

"Saya rasa ini keputusan adil buat kami. Apabila kami dibolosi pada penghujung babak pertama, kami dapat tebus dengan gol kemenangan pada penghujung babak kedua. Harap kehadiran semula Forkey Doe, kami akan dapat meneruskan misi memburu tempat kedua atau ketiga liga," kata Irfan ketika ditemui selepas perlawanan.

Namun berbeza pula di kem Tentera apabila jurulatihnya, B Sathianathan jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil, Shamsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah kepada penyerang importnya, Marlon Alex James seawal minit ke-35.
"Kad kuning pertama (minit ke-22), itu saya boleh terima. Tapi kad kuning kedua, Marlon yang disiku terlebih dulu dalam perebutan bola dengan Nasriq Baharom. Tapi akibat hilang imbangan, dia memegang bola itu.

"Ia seterusnya membuatkan kami sukar terpaksa beraksi 10 pemain. Kekalahan ini memusnahkan impian kami untuk mencabar Lions XII merebut kejuaraan liga," tegas Sathianathan.

Selangor mendahului menerusi Amri Yahyah pada minit ke-39 tetapi Bruno Martelotto menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti selepas Adam Griffiths menjatuhkan Christie Jayaselan pada minit ke-45.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM nafi pegawai bawa isteri ‘melancong’

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam menafikan tuduhan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa seorang demi seorang pegawai badan induk itu membawa isteri 'melancong' ke Slovakia bagi memantau siri latihan skuad Harimau Muda A.

Dakwaan Timbalan Presiden FAM yang sedang digantung itu menerusi laman Facebook miliknya, Rabu lalu jelas ditujukan kepada Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah yang berlepas ke Slovakia, Ahad lalu bersama isterinya untuk memantau latihan itu.

Paling menarik, Afandi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini memangku jawatan Annuar (Presiden KAFA) yang masih dalam penggantungan dua setengah tahun.

Dakwaan Annuar tak tepat

"Afandi sepatutnya berada bersama Harimau Muda A sepenuh masa selama lima bulan kerana beliau adalah pengurus skuad berkenaan.

"Namun, disebabkan tugasan di tanah air, beliau tidak dapat berbuat demikian. Pemergiannya selaku pengurus itu perlu bagi melaporkan perkembangan terkini skuad Harimau Muda A untuk dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 17 Julai ini.
"Dalam surat pemakluman sebelum berlepas ke Slovakia, beliau ada memberitahu, akan membawa keluarganya bersama atas tanggungan sendiri.

"Jadi kenyataan ini dapat menangkis segala tohmahan dan fitnah terhadap pegawai FAM yang didakwa berulang-alik ke Slovakia," kata kenyataan FAM, semalam.

Malah, dakwaan Annuar seorang demi seorang pegawai FAM melancong ke Slovakia juga tidak tepat.

"Afandi adalah pegawai FAM yang pertama melawat pasukan Harimau Muda A sejak mereka berada di Slovakia, pertengahan Mac lalu.

"FAM juga tidak pernah menaja mana-mana keluarga pegawai FAM sama ada ke luar atau dalam negara," kata kenyataan itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM batal beri ganjaran RM1,000

Selepas ambil kira pandangan dan kesan yang akan berlaku jika tawaran itu diteruskan

Bukit Jalil: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan pemberian ganjaran RM1,000 kepada individu yang membantu polis menangkap penyokong yang mencetuskan kekecohan pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata keputusan itu dibuat, semalam selepas mengambil kira pandangan dan kesan yang akan berlaku jika tawaran itu diteruskan.

"Kita adakan perbincangan tadi (semalam) dan pelaksanaan perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu.

"Jadi kita tidak akan laksanakan pada final kali ini kerana kita takut berlaku salah faham antara penyokong kedua-dua pasukan," katanya selepas mesyuarat keselamatan final Piala FA di Stadium Nasional, semalam.

Perlantikan marshal diteruskan

Pada 13 Jun lalu, FAM memperkenalkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang cuba menimbulkan kekecohan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT), pada 29 Jun ini.

Selain ganjaran itu, FAM turut menyediakan dua lagi inisiatif untuk mengawal penyokong pada perlawanan akhir itu.
Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket 'istimewa' yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan.

Mengenai inisiatif penyokong sebagai marshal, Hamidin berkata, keputusan untuk menetapkan 100 marshal dari kedua-dua pasukan tetap akan dilaksanakan kerana ia boleh membantu hampir 2,000 anggota polis yang ditugaskan pada malam perlawanan berkenaan.

Yakin perancangan polis

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yakin segala strategi dan perancangan pihak polis akan berjalan lancar, dengan syarat penyokong kedua-dua pasukan mematuhi peraturan dan tidak mencetuskan provokasi.

"Jangan ada provokasi, itu yang menjadi punca segala-galanya. Jika semua datang dengan semangat kesukanan untuk menonton perlawanan, pasti tiada masalah. Polis sentiasa ada untuk menjaga keselamatan," katanya.

Sementara itu, Hamidin memberi jaminan rumput padang Stadium Nasional akan berkeadaan baik pada 29 Jun ini biarpun ia ditutup selama beberapa hari untuk diadakan konsert penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon, malam ini.

"Tiada masalah.. Kita dah bincang dengan pihak stadium tadi (semalam) dan tempoh tiga atau empat hari ditutup, ia tidak akan menjejaskan rumput dan pelapik akan dibuka terus sebaik konsert selesai. Itu prosedur biasa," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Aksi di Singapura diteruskan

Perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Johor DT, malam ini hanya ditunda jika jerebu di republik itu mencapai tahap bahayakan kesihatan

Bukit Jalil: Perlawanan tumpuan Liga Super antara Lions XII dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini tetap diteruskan walaupun republik itu dilanda jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata mesyuarat yang diadakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam memutuskan perlawanan itu tetap diteruskan kerana banyak kekangan terutama dari segi masa.

"Kita berdoa supaya jerebu ini cepat berakhir. Bagaimanapun, jika keadaan bertambah teruk atau mencapai tahap yang membahayakan kesihatan, keputusan lain perlu dibuat.

Pembenihan awan

"Harap keadaan semakin baik kerana difahamkan proses pembenihan awan sedang giat dijalankan di republik itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, semalam.

Sehingga jam 11 pagi semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Singapura bertambah buruk sehingga mencecah tahap berbahaya iaitu 400.

Institut Sukan Negara (ISN) semalam turut menasihatkan penganjur acara sukan supaya memikirkan pelan alternatif dengan menunda tarikh acara, menukar laluan atau memindahkan acara venue ke negeri lain yang mempunyai kualiti udara yang lebih baik.


15.23 | 0 komentar | Read More

Usah lepas tangan: Chong Wei

Written By Unknown on Jumat, 21 Juni 2013 | 15.23

'Kim Her perlu main peranan buat keputusan hal Kien Keat-Boon Heong'

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan, Lee Chong Wei mahu ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her 'usah lepas tangan' berhubung masalah yang menimpa pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas mereka kini berdepan misi getir menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China Ogos ini.

"Biarpun Kien Keat-Boon Heong berlatih dengan Paulus Firman (jurulatih beregu lelaki) tetapi kasihan dengan dia kerana baru saja tiba di sini (Malaysia) dan tidak tahu apa masalah sebenar Kien Keat-Boon Heong.

"Jadi, Kim Her perlu memainkan peranan terutama dalam membuat keputusan hal membabitkan Kien Keat-Boon Heong.

"BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga perlu membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah Kien Keat-Boon Heong. Jika tidak, saya berani cakap Kien Keat-Boon Heong akan 'terus hanyut'.

Fokus gelaran dunia

"Jika ia berlaku, kita akan terus ketinggalan kerana saya tidak nampak ada pemain negara yang lain boleh menggantikan Kien Keat-Boon Heong. Mungkin kita ada Goh V Shem-Lim Khim Wah tapi mereka belum sampai tahap tertinggi lagi.

"Saya katakan kepada Kien Keat-Boon Heong, apa yang sudah lepas, lupakan saja sebaliknya fokus dengan Kejohanan Dunia yang bakal menentukan hala tuju mereka sebagai pasangan beregu," kata Chong Wei ketika ditemui selepas pelantikannya sebagai duta produk kunci dan keselamatan rumah, Gere semalam.
Masalah disiplin

Kien Keat-Boon Heong dunia dikecam hebat berikutan prestasi hambar mereka terutama ketika kempen Piala Sudirman bulan lalu yang membawa kepada pendedahan punca mereka gagal menghasilkan keputusan cemerlang apabila mempunyai masalah disiplin dan berjudi.

Beregu nombor tiga dunia itu tidak mempunyai pilihan selain mara sekurang-kurangnya ke final di Guangzhou jika tidak mahu gandingan mereka dipisahkan seperti mana sasaran yang diletakkan BAM.

Dalam pada itu, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia turut mahu BAM mengkaji semula apakah punca menyebabkan pemain beregu negara sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang dalam kejohanan disertai.

"Semua orang tahu pemain beregu kita sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang. Kita memiliki juara remaja dunia dalam acara beregu tetapi sampai sekarang kita tidak dapat lihat keputusan yang baik daripada mereka.

"Apakah punca sebenar kegagalan ini dan BAM perlu lihat ini semua sama ada masalah ini berlaku daripada jurulatih atau program latihan," kata Chong Wei.


15.23 | 0 komentar | Read More

Fandi bimbang jerebu, bukan ancaman Lions

Menjelang pertemuan di Stadium Jalan Besar, esok

Johor Bahru: Jerebu yang melanda Johor dan Singapura nyata menjejaskan latihan skuad Johor Darul Takzim (DT) dan Lions XII tatkala kedua-dua pasukan sedang giat membuat persiapan untuk pertembungan pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam esok.

Malah, pengendali skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad akur latihan di Stadium Majlis Perbandaran Kluang yang dilengkapi padang rumput sintetik, kelmarin, turut terjejas selepas masalah jerebu melanda kawasan itu apabila jarak penglihatan ketika latihan agak terbatas.

"Sukar untuk melihat dengan jelas ditambah dengan keadaan cuaca panas tetapi kita terpaksa teruskan latihan bagi membuat persiapan menghadapi Lions XII, malam esok walaupun senario itu menjejaskan latihan. Hari ini (semalam) kita ubah jadual latihan dan berlatih di Padang Polo.

"Saya arahkan pemain lebih banyak minum air kerana cuaca tidak mengizinkan malah keadaan sedemikian tidak sesuai untuk latihan tetapi kita tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Tidak mahu ditunda

Ditanya sama ada perlawanan membabitkan Johor DT dan Lions XII akan ditunda jika keadaan jerebu masih belum pulih dan kemungkinan keadaan akan lebih buruk, Fandi secara berhemah mahu meneruskan perlawanan memandangkan skuad bimbingannya perlu berdepan Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini.
"Bagi pandangan saya elok perlawanan diteruskan kerana kita tidak mahu lagi ada penundaan berikutan kita akan beraksi di final Piala FA, namun semuanya bergantung kepada keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada perlawanan diteruskan atau sebaliknya, kami akan patuh apa jua keputusan FAM," ujar Fandi.

Sementara itu di kem latihan, Lions XII, latihan di Stadium Jalan Besar terpaksa dibatalkan berikutan keadaan jerebu menyaksikan pengendali V Sundramoorthy mengubah lokasi latihan gelanggang futsal tertutup selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Singapura melebihi 200.

"Buat masa ini kita akan terus menjalani latihan dan saya sendiri tidak pasti sama ada aksi liga itu akan diteruskan atau tidak dan semua itu diserahkan kepada pihak berwajib kerana tugas saya melatih pemain Lions XII untuk membuat persediaan berdepan Johor DT," kata Sundramoorthy.


15.23 | 0 komentar | Read More

TRW tanpa 'kereta kebal'

Pengganti saya dan Nik Shahrul mampu kekang asakan jiran: Daudsu

Kota Bharu: Kelantan akan turun tanpa kelibat pemain pertahanan kental yang juga dianggap sebagai 'kereta kebal', Mohd Daudsu Jamaluddin kerana mengutip enam kad kuning menjelang pertemuan Liga Super menentang pasukan jiran, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Selain Mohd Daudsu, seorang lagi pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab Halim juga tidak dapat diturunkan kerana turut digantung satu perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam perlawanan sebelum ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu dilihat semakin parah selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin juga mungkin tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini kerana masih dibelenggu masalah kecederaan buku lali.

Daudsu berharap rakan sepasukan dapat beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan malam ini dan mampu memberi mata kepada skuad The Red Warriors (TRW).

Harus sekat Penyu

"Saya yakin pemain yang bakal menggantikan tempat saya dan Nik Shahrul (Azim) di barisan pertahanan dapat bermain baik dan sekali gus tidak memberi tugas mudah kepada barisan serangan Terengganu melancarkan serangan.

"Kelantan sangat memerlukan kemenangan dalam baki empat perlawanan liga untuk memperbaiki kedudukan dan sebagai pemain, memang tidak dinafikan perasaan kecewa apabila tidak dapat membantu pasukan di saat khidmat kita diperlukan," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, ketiadaan dua tonggak pertahanan itu sedikit membimbangkan tetapi yakin Hodak ada ramuan terbaik memperkuatkan barisan pertahanan.

"Memang tidak dinafikan ketiadaan Daudsu dan Nik Shahrul Azim sedikit tambahan Indra Putra yang mungkin tak dapat diturunkan. Tapi kami masih ada ramai ramai pemain hebat menggantikan tempat mereka. Saya juga yakin, Hodak akan membuat perubahan terbaiki memastikan kita tidak pulang dengan tangan kosong dari Kuala Terengganu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Saya tak terbabit'

Tengku Abdullah enggan buat spekulasi atau komen isu pegawai FAM bawa isteri 'melancong' ke Slovakia

Kuala Lumpur: "Saya tidak suka menuding jari atau tuduh menuduh, itu bukan cara saya," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Reaksi itu terarah kepada 'topik hangat' mengenai dakwaan dilontarkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (PAFA), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin mengenai isu latihan skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk 'memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong'.

Tengku Abdullah berkata, beliau tidak tahu menahu dengan hal itu dan enggan membuat sebarang spekulasi, apa lagi bidang kuasanya lebih terarah kepada membuat dasar.

"Saya tidak berani membuat sebarang spekulasi... saya sendiri pun tidak terbabit dalam hal ini... kita membuat dasar saja dan ini semua adalah di bawah urusan pentadbiran.

"Jadi saya tak tahulah....saya tidak suka menuding jari, itu bukan cara saya," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan pemain skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia, semalam.

Mengulas mengenai satu lagi dakwaan Annuar mempersoalkan ke manakah FAM membelanjakan wang tajaan RM30 juta, Tengku Abdullah berkata: "Saya tidak terbabit dalam urusan kewangan FAM... apa yang saya tahu ada tajaan dan saya percaya Tuanku presiden juga kena keluar duit sendiri juga.. tetapi secara faktanya RM30 juta memang tidak cukup."

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Revington lega, masalah selesai

Written By Unknown on Kamis, 20 Juni 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington seakan lega selepas kemelut yang dihadapinya menemui jalan penyelesaian dan kini dia mahu memberi fokus penuh melatih anak didiknya menghadapi Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia di Johor Bahru, akhir bulan ini.

"Untuk diri saya, saya sangat gembira kembali berada di sini semula," kata Revington yang kembali melatih pasukan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam selepas menarik balik peletakan jawatannya hujung minggu lalu.

Pandang ke hadapan

"Sememangnya pemain terkejut dengan apa yang berlaku hujung minggu lalu tetapi disebabkan semangat dan harapan tinggi, mereka tetap meneruskan latihan seperti biasa walaupun tanpa ketiadaan saya.

"Saya fikir tiga atau empat bulan sebelum ini adalah masa yang sangat sukar difahami dan susah untuk ditangani. Tetapi perkara sudah berlaku dan kadangkala apa yang berlaku itu bagus untuk organisasi dan kumpulan individu yang mahu mendengar seterusnya memandang ke hadapan," kata jurulatih dari Afrika Selatan itu.

Sabtu lalu, Revington membuat kejutan apabila menghantar surat peletakan jawatan secara mengejut kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tetapi membuat keputusan menarik balik selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Aksi padang tiruan sukar'

Pemain Johor DT perlu di tahap kecergasan tinggi: Andrezinho

Johor Bahru: Kelicikan Andre Francisco Da Silva menguasai jentera tengah menjadi taruhan terbaik kepada Johor Darul Takzim (DT) apabila bertandang ke Stadium Jalan Besar, Sabtu ini dalam menghadapi perlawanan penting menentang pendahulu Liga Super, Lions XII.

Pemain dari Brazil itu yang sinomin dengan panggilan Andrezinho mengakui sukar beraksi di padang rumput sintetik tetapi bertekad mempamer aksi terbaik memburu kemenangan buat skuad Harimau Selatan sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah Lions XII yang begitu gah di laman sendiri.

"Sukar beraksi di padang rumput tiruan, bola cukup laju dan lantunan juga mengelirukan. Jadi setiap pemain perlu berada di tahap kecergasan yang memuaskan kerana faktor padang rumput tiruan sukar untuk beraksi berbanding padang rumput biasa.

"Apa pun latihan di Stadium Kluang sejak Selasa lalu beri kesan positif apabila semua pemain sudah mula tunjuk keserasian namun perlu beri sepenuh tumpuan pada latihan yang diharungi dan saya yakin sebelum perlawanan, semua pemain sudah bersedia," katanya semalam.

Percaya kebolehan Safiq

Perlawanan kedua-dua pasukan itu penting kerana kemenangan akan mencerahkan peluang Lions XII untuk melakar sejarah menjulang kejuaraan Liga Super buat julung kali dan kekalahan buat pendahulu itu akan membolehkan JDT merapatkan jurang mata kepada satu mata.

Andrezinho berkata, dia juga masalah tiada bergandingan bersama Safiq Rahim seandainya kapten Harimau Malaya itu diturunkan bagi menggantikan Jasazrin Jamaluddin yang terpaksa diketepikan akibat penggantungan satu perlawanan.
"Saya yakin dengan kemampuan Safiq kerana dia mempunyai kelebihan tersendiri terutama pengawalan bola yang menarik dan bijak mencipta ruang menerusi umpanan tepat kepada barisan serangan selain memilik kelebihan menerusi sepakan percuma," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Saya mahu temu orang berkuasa saja'

Khairy mahu jumpa Tengku Abdullah buat keputusan hala tuju FAM

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam menetapkan syarat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya mahu mengadakan pertemuan dengannya - badan induk itu harus diketuai sekurang-kurangnya timbalan presiden iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Syarat Khairy itu bagi memastikan pertemuan bagi membincangkan masa depan dan hala tuju bola sepak negara itu tidak membuang masa kerana beliau sedar pegawai bawahan di FAM tidak mempunyai kuasa dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika hendak mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, saya harap FAM sekurang-kurangnya diwakili oleh Tengku Abdullah. Kita hendak bincang mengenai masa depan bola sepak negara, jadi perlu ada seseorang yang ada kuasa membuat keputusan.

"Saya tidak mahu terus berkomunikasi dengan FAM menerusi akhbar. Sebab itu, saya juga mahu berjumpa dengan kepimpinan FAM tapi mereka perlulah diwakili orang yang ada kuasa dan barulah kita boleh putuskan segala perbincangan," kata Khairy ketika ditemui semalam.

Hamidin kawan baik

Semalam, media melaporkan mengenai kenyataan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak kemungkinan ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Khairy bagi memperjelaskan isu-isu berbangkit berhubung bola sepak negara.
Kenyataan Hamidin itu adalah reaksi terhadap laporan BH Sukan kelmarin apabila Khairy berkata, FAM perlu mendengar pandangan ahli gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai 'menteri hingusan'.

Sindiran pedas Khairy itu sudah pasti memberi petanda jelas beliau turut menuntut FAM tampil memberi penjelasan ke mana wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk bola sepak negara itu dibelanjakan.

"Hamidin kawan baik saya tetapi seperti yang saya katakan, ini membabitkan masa depan bola sepak negara, jadi adalah lebih baik pertemuan diadakan dengan mereka yang ada kuasa membuat keputusan," kata Khairy.


15.23 | 0 komentar | Read More

Misteri pakej melancong!

Annuar dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda

Kuala Lumpur: Selepas membongkar isu perbelanjaan tajaan berjumlah RM30 juta, Tan Sri Annuar Musa semalam mendedahkan pula tembelang sebenar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghantar skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma.

"Selepas pasukan dihantar berlatih nun jauh ke Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Sukan SEA hanya dianjurkan di Asia Tenggara tetapi pasukan berlatih di benua Eropah.

"Dikhabarkan segala-galanya diatur seorang ejen yang membuat 'good business' (perniagaan yang menguntungkan) daripada program ini tetapi bagaimana cara ejen ini dipilih? Tender atau sebut harga?

Ulang alik bawa isteri

"Apakah Exco FAM terbabit dan kenal ejen yang mengaturkan semua ini? Semua pasukan lain berlatih dalam negara sendiri dengan belanja yang terhad. Pegawai dan isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan mahu melihat pasukan berlatih," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Seperti diketahui, FAM menghantar skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee menjalani persiapan lima bulan di Eropah mulai pertengahan Mac lalu dengan sasaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini.

Annuar turut menimbulkan persoalan mengenai keputusan FAM menghantar Harimau Malaya berlatih di Australia kerana disifatkannya tidak berbaloi walaupun ia dikatakan menggunakan wang tajaan Telekom Malaysia (TM).

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger