MOM bantah!

Written By Unknown on Kamis, 03 Januari 2013 | 15.23

Kok Chi paling lantang tolak usul hadkan tempoh pegang jawatan hanya lapan tahun

Hidup segan mati tak mahu! Itu gambaran paling sesuai kepada beberapa pemimpin badan sukan yang terlalu lama memegang tampuk pemerintahan tetapi gagal menjelmakan apa-apa pencapaian membanggakan.

Lebih membimbangkan, masalah itu tampak seperti tiada jalan penyelesaian kerana badan induk sukan negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sendiri yang enggan menerima cadangan untuk mengatasi isu berkenaan.

Perkara ini pernah diusulkan kepada MOM ketika penggubalan akta sukan yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen Sukan Kebangsaan pada 1996, tetapi Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi antara yang paling lantang menolak usul mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada hanya lapan tahun atau dua pusingan Sukan Olimpik.

Pernah dipersetujui

Hasilnya, cadangan itu tidak dimasukkan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 yang ditadbir Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) - badan yang sepatutnya berfungsi sebagai "polis" kepada badan-badan sukan di Malaysia termasuk MOM sendiri.

"Ini satu cadangan baik dan pernah kita persetujui, tetapi kurang dipersetujui MOM," kata Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong untuk memasukkan kembali had memegang jawatan ke dalam akta.

"Namun jika seseorang pemimpin itu bagus dan berjaya mencapai prestasi membanggakan bersama persatuan diterajui, mereka boleh dipilih semula. Selepas lapan tahun, mereka boleh bertanding semula untuk jawatan berkenaan.
"Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah memastikan setiap badan sukan diurus tadbir dengan betul selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan masing-masing.

Capai matlamat

"Kita juga mahu memastikan badan-badan sukan bergerak secara demokratik, teratur dan bertanggungjawab bagi menjamin pencapaian matlamatnya untuk menggalakkan dan memajukan sukan negara."

BH Sukan cuba mendapatkan kepastian berhubung isu ini daripada Kok Chi semalam, tetapi setiausaha kehormat MOM itu gagal dihubungi.

Isu "kayu mati" dalam badan sukan timbul semula selepas peminat bola sepak tempatan mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletak jawatan selepas didakwa gagal meningkatkan sukan nombor satu negara itu sejak menerajui badan induk berkenaan 28 tahun lalu.

Terlalu lama pegang jawatan

Selain Sultan Ahmad Shah, ramai lagi individu lain yang sudah terlalu lama memegang jawatan-jawatan penting dalam badan sukan tetapi tidak banyak menunjukkan kemajuan, dan lebih parah lagi ada yang merosot.


Anda sedang membaca artikel tentang

MOM bantah!

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/mom-bantah.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

MOM bantah!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

MOM bantah!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger