Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Sime Darby gah kekal terajui Liga Perdana

Written By Unknown on Sabtu, 30 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Sime Darby kembali melakar kemenangan berharga untuk meletakkan mereka terus kekal di persada Liga Perdana selepas menewaskan Polis 3-2 di Stadium Selayang, petang semalam.

Dua gol jaringan penyerang import Croatia, Karlo Primorac pada minit ke-12 dan 49 menyaksikan kebangkitan anak buah Ismail Zakaria selepas ketinggalan hasil jaringan pembukaan Khairul Akhyar seawal minit ketujuh.

Sime Darby bagaimanapun terus mengasak kubu Polis dan akhirnya melebarkan kelebihan 10 minit sebelum tamat menerusi Fazrul Hazli Kadri sebelum Afif Kamaruddin merapatkan jurang pada masa kecederaan.

Di Stadium Negeri, Kuching, jaringan tunggal Bobby Gonzales memastikan tiga mata buat Sarawak ketika menang tipis 1-0 ke atas Kedah. Sarawak terikat 27 mata dengan Sime Darby di persada liga dan hanya dibezakan menerusi jumlah jaringan.

Di Stadium UiTM Shah Alam, Johor turut mengutip tiga mata selepas menewaskan KL SPA 3-1 sekali gus memastikan laluan masih terbuka untuk memburu kedudukan di kelompok dua teratas.

Johor bagaimanapun terpaksa menunggu hingga enam minit terakhir sebelum memadamkan kelebihan satu gol KL SPA menerusi Zamri Hassan (m-84) dan Muriel Orlando serta Farid Ideris memastikan kemenangan dengan dua gol dalam tempoh tiga minit terakhir.

KL-UiTM FC hari ini
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis sekadar mengutip satu mata apabila terikat 1-1 dengan Sabah, mujur rembatan Syed Mohd Ghaffar Syed Amer pada minit ke-86 berjaya memadam jaringan pendahuluan Sabah menerusi Koh Traore pada minit ke-12.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, tuan rumah NS Betaria turut gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Pos Malaysia.

Satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur bertemu UiTM FC yang sepatutnya berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, petang semalam terpaksa dipinda ke petang ini dengan gelanggang diubah ke Stadium UiTM Shah Alam akibat keadaan padang teruk di Cheras.

15.23 | 0 komentar | Read More

Kapten Tok gajah mahu ranap impian T-Team

Kuantan: Kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar akur misi sukar bakal dihadapi skuad berkenaan apabila bertemu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah, petang ini.

Namun, pemain paling senior itu percaya tempoh rehat tiga minggu banyak mematangkan mereka terutama dari segi persefahaman lebih jitu untuk memastikan tiga mata milik skuad Tok Gajah.

Katanya, persediaan semua pemain yang berada pada tahap 100 peratus meletakkan skuad itu mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti yang dipersembahkan pada awal saingan Liga Super lalu.

Rencah percaturan Dollah

"Tetapi, kami akui T-Team bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan terutama mereka ada kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Namun, kami percaya perancangan yang akan dilakukan jurulatih (Dollah Salleh) esok (petang ini) akan membuahkan hasil positif untuk membawa pulang tiga mata berharga," katanya semalam.

BH Sukan difahamkan, Dollah akan menyenaraikan penyerang import dari Maghribi Mohamed Borji dalam kesebelasan utama bagi memperkasakan jentera serangan dan tambahan kepulangan Azamuddin Akil dan R Gophinathan serta Mohd Fauzi Rozlan mampu memberi impak dalam skuad berkenaan.

15.23 | 0 komentar | Read More

FELDA sentap ego Selangor

Kelana Jaya: Wajah Irfan Bakti Abu Salim tetap ceria di sebalik pencapaian Selangor yang sekadar seri 1-1 ketika menentang FELDA United berbekal 10 pemain pada baki setengah jam terakhir dalam aksi terakhir pusingan pertama, Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam.

Selepas turun tempang tanpa kelibat kapten, Asraruddin Putra Omar dan pertahanan import, Peter Chrappan yang digantung satu perlawanan serta penyerang import, Francis Forkey Doe yang belum pulang dari Liberia, Selangor terpaksa bertahan selepas bek kiri, Adib Aizuddin Latif dibuang padang akibat kad kuning kedua pada minit ke-63.

"Saya puas hati kerana walaupun beraksi tanpa dua import, pemain lain dapat beraksi dengan baik tetapi susah nak menang jika kurang mendapat percubaan tepat. FELDA United mengawal ketat di kawasan mereka dan hanya mula menyerang selepas kami beraksi 10 pemain.

Keputusan pengadil muktamad

"Doe mengalami masalah penerbangan dan hanya akan tiba pagi esok (hari ini). Memang saya kecewa kerana jika dia ada mungkin permainan berubah. Mengenai kad merah Adib, ada tarikan daripada Syazwan Zainon sebelum kekasaran berlaku. Apapun keputusan pengadil muktamad," kata Irfan ketika ditemui selepas perlawanan.

FELDA United mendahului menerusi sepakan penalti Carlos Junior pada minit ke-24 selepas Adib menjatuhkan Syazwan tetapi Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi tolakan cantik Amri Yahyah, tiga minit kemudian.

Jurulatih FELDA United, K Devan pula berkata: "Pening juga, ada peluang boleh menang, kami tetap gagal menggunakannya. Penyudah kami memang kurang baik sejak dari awal musim lagi. Mungkin kena tukar stadium baru boleh menang di gelanggang sendiri.
"Untuk pusingan kedua nanti, kami membawa masuk tiga pemain baru iaitu Mohizam Shah Dawood, K Rajan dan Azmi Muslim. Jika jumpa penyerang import yang lebih bagus pula, kami akan pertimbangkan kerana Mohammed Ghaddar dibelenggu kecederaan belakang."

15.23 | 0 komentar | Read More

Azzuddin bidas pengkritik

Kuala Lumpur: Datuk Azzuddin Ahmad (gambar), semalam membidas pengkritik 'jangan hanya bercakap' tanpa mengetahui perkara sebenar yang sedang berlaku dalam kancah bola sepak tanah air.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menempelak pengkritik yang mudah menyalahkan badan induk itu tanpa usul periksa terutama membabitkan kes ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 statut FAM.

Kenapa FAM disalahkan

"Jangan bercakap kalau tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya menjalankan tugas dan sekiranya tidak ada sebarang kes, tidak ada sebab untuk Rajagobal dikenakan hukuman.

"Jawatankuasa ini (tatatertib) satu badan berkecuali yang tidak membabitkan mana-mana ahli FAM. Jadi mengapa FAM perlu dipersalahkan?," kata Azzuddin.

BH Sukan semalam melaporkan, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Reduan Abdullah menjelaskan betapa Rajagobal tidak ada sebarang keistimewaan untuk terlepas daripada hukuman sekiranya didapati bersalah, tanpa mengira jasa yang pernah diberikan kepada arena sukan tempatan.

Dalam kes berasingan, Azzuddin enggan tunduk dengan desakan kumpulan penyokong tegar yang menggelarkan diri 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)' mendesak FAM memberi jawapan terhadap lima permasalahan yang diutarakan
"Siapa mereka dan apa yang mereka ingin tahu tentang FAM? Mereka ada hak bercakap tapi kami tidak akan beri sebarang jawapan," katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More

Montenegro nyaris aib England

Written By Unknown on Kamis, 28 Maret 2013 | 15.23

Podgorica (Montenegro): Jaringan Dejan Damjanovic membantu Montenegro mengikat England 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014, awal pagi semalam untuk memastikan mereka terus kekal berkelebihan dua mata mengatasi England di tangga teratas Kumpulan H.

Keputusan di laman sendiri itu membolehkan Montenegro mengumpul 14 mata berbanding England 12 mata, berbaki empat perlawanan termasuk pertembungan ulangan kedua-dua pasukan di Wembley, Oktober depan. Poland di tangga ketiga dengan lapan mata.

Hilang kawalan

England terlebih dulu di hadapan seawal minit keenam apabila Wayne Rooney menanduk masuk sepakan sudut Steven Gerrard tetapi pemain gantian tuan rumah, Damjanovic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

"Untuk memenangi perlawanan ini, kami perlu beraksi pada separuh masa kedua sama seperti yang kami lakukan pada separuh masa pertama," kata pengurus England, Roy Hodgson.

"Saya fikir kami melakukan hantaran bola cukup baik dan memiliki penguasaan di bahagian tengah. Tapi pada separuh masa kedua, malangnya kami hilang kawalan itu dan Montenegro beraksi dengan baik untuk menguasai permainan berbanding kami."

Bukan keputusan teruk
Jurulatih Montenegro, Branko Brnovic pula berkata: "Saya beritahu pemain ketika rehat yang mereka tidak perlu takut apa-apa dengan pasukan England. Saya kata, England bukan lebih baik daripada kita pun dan akhirnya mereka berjaya melakukannya."

Keputusan seri itu memberi tamparan kepada Hodgson selepas pengendali England itu melakukan beberapa pertukaran pemain berbanding barisan yang turun ketika mereka membelasah San Marino 8-0, Jumaat lalu.

"Saya tak rasa ini satu keputusan yang teruk kerana Montenegro jelas sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Montenegro dan Poland akan bertandang ke tempat kami dan saya fikir segala-galanya masih terletak di tangan kami untuk memastikan kemenangan pada dua perlawanan itu nanti," jelas Hodgson.
AP

15.23 | 0 komentar | Read More

‘Dibaham’ gara-gara cuaca salji

Kuala Lumpur: Selepas mengikat skuad B-19 Slovakia 1-1 di Zlate Moravce, Slovakia pada aksi sulung kem latihan lima bulan di Eropah, Sabtu lalu, skuad B-23 negara, Harimau Muda A mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan kedua apabila dibelasah 7-1 oleh skuad B-21 Georgia dalam cuaca bersalji -5 darjah Celsius di Vienna, Austria, kelmarin.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengakui bertanggungjawab di atas kekalahan itu dan menyifatkan ia pengajaran berguna buat dirinya dan pemain betapa masih banyak kekurangan perlu diperbaiki menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, Disember depan.

"Kami terima pelawaan skuad B-21 Georgia ini sebaik tiba di Slovakia, minggu lalu. Memang kalau diikutkan, kami belum bersedia berdepan lawan hebat seperti ini, tetapi bagi saya inilah peluang untuk kami menilai kemampuan. Tak kisahlah menang atau kalah.

Ketinggalan 4-0 babak pertama

"Ini kekalahan terbesar saya sepanjang mengendalikan Harimau Muda. Satu pengajaran berguna apabila beraksi di peringkat tinggi, pemain perlu cepat membuat keputusan apabila mendapat bola.

"Jika pemain ambil iktibar dan terus berusaha memantapkan diri sepanjang lima bulan di Eropah ini, saya yakin mereka mampu mempamerkan persembahan lebih baik, tapi perlu konsisten dan jangan sambil lewa," kata Kim Swee ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Dengan merehatkan penjaga gol utama, Izham Tarmizi Roslan bagi memberi pengalaman kepada Farhan Abu Bakar, Harimau Muda A ketinggalan 4-0 pada babak pertama menerusi dua jaringan berpunca sepakan sudut, satu sepakan percuma dan satu sepakan penalti.
Selepas merapatkan kedudukan 4-1 menerusi pemain tengah, Syahid Zaidon pada awal babak kedua, gawang Harimau Muda A bolos tiga lagi gol selepas itu meskipun Kim Swee memasukkan dua pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Irfan Fazail dan Ferris Danial Mat Nasir.

15.23 | 0 komentar | Read More

Anugerah AFF: Hanya dua peluang

Kuala Lumpur: Senarai pendek pencalonan dan pemenang bagi Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 yang dikeluarkan, semalam menyaksikan Malaysia berkemungkinan hanya memenangi dua daripada 18 anugerah sekali gus mencerminkan kedudukan sebenar kita di pentas bola sepak Asia Tenggara.

Lima kategori anugerah sudah pun dipilih pemenangnya manakala senarai pendek calon bagi 13 anugerah lain hanya diumumkan pemenangnya pada majlis anugerah yang julung kali diadakan itu di Kuantan, 3 April ini.

Malaysia sah meraih dua anugerah iaitu menerusi bekas Presiden AFF dari 1996 hingga 2011, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang dipilih pemenang Anugerah Perkhidmatan Seumur Hidup AFF manakala Presiden AFF ketika ini, Sultan Ahmad Shah dipilih pemenang Anugerah Muhibah ASEAN.

Bagi Anugerah Kesebelasan Terbaik AFF berdasarkan prestasi pada Piala Suzuki AFF 2012, hanya kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tersenarai di celah-celah lima pemain Thailand dan tiga pemain Singapura serta masing-masing seorang pemain Vietnam dan Myanmar.

Harapan Raja tipis

Dua lagi anugerah yang turut sudah diumumkan pemenangnya ialah Gol Terbaik Piala Suzuki AFF 2012 dimenangi penyerang Thailand, Teerasil Dangda dan Pasukan Futsal Terbaik dimenangi Thailand.

Baki 13 anugerah lain yang bakal diumumkan pemenangnya, 3 April ini menyaksikan Malaysia hanya dicalonkan dalam lima kategori iaitu Persatuan Terbaik, Pasukan Kebangsaan Lelaki Terbaik, Jurulatih Terbaik Lelaki (Datuk K Rajagobal), Penolong Pengadil Lelaki Terbaik (Sabri Mat Daud) dan Penolong Pengadil Wanita Terbaik (Widiya Habibah Shamsuri).
Tiada wakil Malaysia tercalon dalam senarai pendek untuk kategori Pengadil Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Muda Terbaik, Pemain Futsal Terbaik, Jurulatih Wanita Terbaik serta Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik.

Bagaimanapun, harapan Rajagobal untuk memenangi kategori Jurulatih Terbaik Lelaki mungkin 'hanya mimpi' kerana Radojko Avramovic dan Winfried Schafer dilihat lebih berjaya kerana membawa Singapura dan Thailand mara ke final Piala Suzuki AFF 2012.

15.23 | 0 komentar | Read More

Siapa kena gugur?

Kuantan: Siapa yang sepatutnya digugurkan, Datuk K Rajagobal (gambar) atau pemain?

Itulah persoalan menarik yang timbul selepas pengendali skuad kebangsaan itu menegaskan akan menggugurkan beberapa pemain berikutan persembahan hambar ketika tewas 0-2 kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.

Kekalahan skuad kebangsaan jelas memalukan, apatah lagi, kepada negara yang sedang bergolak dengan peperangan dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna untuk bermain bola sepak selain pemain mereka jarang dapat berlatih bersama.

"Berdasarkan perlawanan malam ini (kelmarin), saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan digugurkan selepas dilihat tidak banyak membantu mengekang asakan pemain Palestin.

Salah pemain tiada komitmen

"Tetapi, saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit kerana berasa sudah memberi peluang yang terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing," kata Rajagobal sejurus perlawanan.

Mengulas lanjut kekalahan itu, Rajagobal menyalahkan pemain kerana gagal mempamerkan semangat dan kesungguhan tinggi untuk meletakkan kejayaan bermakna buat skuad negara.
"Saya perhatikan bahawa pemain yang diberi peluang gagal menyerlah, sedangkan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kesungguhan.

"Tetapi mereka gagal melaksanakan tugas yang diberi selepas beberapa pemain utama tidak beraksi atas komitmen bersama pasukan negeri masing-masing.

"Apa yang pasti ketiadaan pemain utama menjejaskan corak permainan pasukan yang menyaksikan kita tewas dan Palestin berjaya menambah gol pada minit akhir perlawanan," katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More

TNB buat KLHC gigit jari

Written By Unknown on Rabu, 27 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) kehilangan trofi pertama pada Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memenangi perlawanan sumbangsih dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang ditentukan menerusi pukulan penalti.

Dalam perlawanan di Stadium Hoki Nasional 2 Bukit Jalil semalam, perlawanan berkesudahan seri 3-3 pada 70 minit perlawanan yang kemudian terpaksa disambung ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan yang saling mengasak kubu pertahan lawan bagaimanapun masih gagal mencipta jaringan kemenangan pada masa tambahan yang menyebabkan perlawanan diheret ke penentuan pukulan penalti.

TNB menyumbat tiga gol menerusi Faizal Saari, Amir Farid Ahmad Fuzi dan Muhammad Firhan Ashaari manakala KLHC hanya mencipta dua gol - Wassem Ahmad dan Muhammad Umar Bhutta - menerusi lima percubaan penalti yang diawasi penjaga gol lawan, Roslan Jamaluddin.

Kapten pasukan TNB, Muhamad Amin Rahim berkata mereka yakin menang apabila perlawanan diheret ke penentuan penalti dengan bantuan penjaga gol terbaik Malaysia dan Asia, S Kumar.

Jadi batu loncatan

"Kemenangan ini diharap menjadi batu loncatan buat kami merangkul lebih banyak perlawanan selepas ini," kata Amin.
Sementara itu, jurulatih KLHC Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata dia tidak risau terlepas perisai sumbangsih pada tahun ini kerana sasaran mereka lebih kepada pungutan mata dalam liga.

15.23 | 0 komentar | Read More

Kiradech gah dinobat juara

Molinari tempat kedua, Hansen ketiga

Kuala Lumpur: Pemain Thailand, Kiradech Aphibarnrat yang mendahului Terbuka Malaysia Maybank sejak hari pertama, memastikan kekecewaan 2010 tidak berulang apabila muncul juara di lapangan Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur, semalam.

Bergelut dengan keletihan dan penyakit tiroid dialaminya, pemain 22 tahun itu kekal fokus hingga lubang terakhir untuk memastikan cek bernilai AS$458,330 (RM1.42 juta) menjadi miliknya kali ini.

Lonjak tangga

"Saya hampir menang di sini beberapa tahun lalu dan akhirnya saya berjaya mencapainya," kata Kiradech yang merakam 13 bawah par 203 selepas kejohanan dipendekkan kepada 54 lubang akibat cuaca buruk.

"Hanya selepas mencatat birdie di lubang 16, baru saya merasakan peluang untuk menang terbuka luas. Tetapi dalam golf, anda tidak boleh anggap anda pemenang selagi permainan belum tamat."

Kiradech yang melonjak ke tangga teratas merit Jelajah Asia selepas kemenangan semalam bertekad akan cuba mengekalkan kedudukan itu sehingga akhir tahun dengan memenangi seberapa banyak kejohanan selepas ini.

"Sasaran saya seterusnya ialah memenangi kejuaraan major suatu hari nanti," kata Kiradech yang muncul pemain kedua dari Thailand menjuarai Terbuka Malaysia selepas Thongchai Jaidee pada 2004 dan 2005.
Molinari kedua

Di tempat kedua, Edoardo Molinari dari Itali yang mencatat 12 bawah par 204 dan Anders Hansen dari Denmark ketiga dengan catatan 11 bawah par 205.

Juara Masters 2011, Charl Schwartzel dari Afrika Selatan yang menyambung baki pusingan ketiga dan terakhir semalam pada satu pukulan di belakang Kiradech, terikat di tangga keempat bersama Victor Dubuisson (206 pukulan).

Kejohanan diiktiraf Jelajah Asia dan Eropah yang menawarkan AS$2.75 juta (RM8.58 juta) itu turut menampilkan juara major tiga kali, Padraig Harrington yang menamatkan saingan terikat di tangga keenam pada catatan sembilan bawah par 207 dan pemain ranking ketiga dunia, Luke Donald yang gagal melepas had kelayakan.

15.23 | 0 komentar | Read More

Beres misi dalam 90 minit: Hodak

Kota Bharu: "Kelantan harus elak perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Mesti menang dalam tempoh 90 minit," tegas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang perlawanan kalah mati saingan Piala FA antara Kelantan dengan Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengendali berasal dari Croatia itu akur barisan bergelar The Red Warriors (TRW) itu bakal mendapat saingan sengit daripada lawan melihat skuadnya sedikit tempang di barisan depan tanpa penyerang berbisa, Muhammad Norfarhan Mohamad yang masih dibelenggu kecederaan.

Keadaan itu memaksa Bojan menagih khidmat tiga tonggak yang baru pulang dari bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia menentang Yaman Jumaat lalu, iaitu kapten, Mohd Badhri Radzi, pemain tengah, Shakir Shaari dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Harap Mandjou menyinar

"Saya rasa lebih selamat kami menang dalam tempoh 90 minit kerana masa tambahan hanya mengundang risiko.

"Saya juga harap Keita Mandjou dapat mempamerkan aksi terbaik esok (malam ini) selain khidmat Piya (Mohd Badhri), Shakir dan Apek (Khairul Fahmi) sangat diperlukan dalam perlawanan penting itu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Piya yang tidak menafikan terada keletihan selepas tugasan bersama skuad Harimau Malaya, baru-baru ini turut memberi pendapat sama seperti Bojan yang mahu TRW menang dalam tempoh 90 minit.

"Segala pengalaman yang saya dapat sepanjang bersama skuad kebangsaan akan saya guna untuk perlawanan malam ini.

"Kami sudah banyak kali kecewa dalam penentuan sepakan penalti termasuk ketika tewas kepada Tentera dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih awal musim ini. Saya tidak mahu perkara sama berulang dan mahu fokus bantu pasukan dalam tempoh 90 minit," katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More

Kuasa Vettel

Juara dunia tunjuk belang; Hamilton raih tempat ketiga di Sepang

Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir semalam terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun mengundang rasa benci rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.

Drama awal bermula apabila Fernando Alonso - juara Formula Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku pelanggaran bersama Vettel.

GP Malaysia yang berakhir, semalam juga mencatat kehadiran penonton tertinggi di Sepang dengan 123,400 penonton - peningkatan 3,400 mengatasi rekod tahun lalu 120,000 dan 105,000 pada 2011.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu adalah Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran beberapa selebriti ternama antaranya model terkenal, Kimora Lee, bintang drama Housewife, Teri Hatcher, Josh Harnet (Pearl Houbour) dam penyanyi jazz terkemuka negara, Datuk Shiela Majid di Pit Walk turut mendapat perhatian lensa kamera tempatan dan antarabangsa.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk lain-lain berita dan gambar atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

15.23 | 0 komentar | Read More

TNB buat KLHC gigit jari

Written By Unknown on Selasa, 26 Maret 2013 | 15.23

Written By Unknown on Senin, 25 Maret 2013 | 15.23

Ferguson bayar RM40,000 Nani digantung

Written By Unknown on Minggu, 24 Maret 2013 | 15.23

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson didenda 10,000 euro (RM40,430) akibat kegagalannya hadir pada sidang media selepas perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid manakala pemain sayapnya, Nani digantung satu perlawanan.

Nani dilayangkan kad merah pada perlawanan di Old Trafford itu yang menyaksikan United tewas 2-1 dan tersingkir menerusi agregat 3-2 kepada Real.

Ferguson yang berang dengan keputusan pengadil itu kemudian bertindak enggan menghadiri sidang media selepas perlawanan. Pengesahan hukuman mereka disahkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), awal pagi semalam selepas mesyuarat jawatankuasa tatatertibnya. - AFP
15.23 | 0 komentar | Read More

Bekas pemain negara bantu Tabung Wira

Bukit Jalil: Barisan bekas pemain bola sepak kebangsaan membuktikan mereka masih berbisa apabila membantu pasukan diwakili, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) membelasah barisan gabungan Pendaftaran Kereta Vintaj Malaysia & Singapura (MSVCR) dan Kelab Volvo Klasik Malaysia (KVKM) 8-0 pada perlawanan amal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang semalam.

Perlawanan bertujuan menyampaikan sumbangan RM5,000 bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu Media Prima yang diserahkan wakil MSVCR, Datuk Teh Hock Seong kepada wakil Media Prima, Ima Liana Esa.

Hujan lebat, ribut petir

Antara bekas pemain kebangsaan turun beraksi ialah Datuk Soh Chin Aun, Bakri Ibni, Rashid Hassan, Khalid Ali, Reduan Abdullah, Azlan Johar, Nidzam Adha Yusof, Asmawi Bakiri, Karim Pin, Rusdi Suparman, Azlisham Ibrahim, Shahril Arsat, Khan Hun Meng dan Mubin Mokhtar serta dua personaliti bola sepak Astro Arena, Zainal Abidin Rawop dan Hafizal Hamad.

"Kita menghargai sumbangan wira-wira negara yang gugur, jadi kita adakan perlawanan amal ini. Kita melihat YAKEB platform terbaik kerana di dalamnya ramai wira yang pernah mengharumkan nama negara," kata Hock Seong.

15.23 | 0 komentar | Read More

Piala Axiata: Malaysia, Indonesia seri

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara sekali lagi beraksi hambar apabila sekadar seri 2-2 dengan Indonesia pada aksi ketiga kempen Piala Axiata 2013 di Surabaya, Indonesia, semalam.

Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi penyelamat dalam memastikan skuad negara tidak dimalukan apabila berjaya menyamakan selepas ketinggalan 2-1 dengan membenam gandingan Hendra Setiawan-Ryan Agung Saputra 21-12, 26-24 dalam tempoh 45 minit.

"Indonesia pasukan yang kuat dan kami sedikit bertuah kerana berjaya mencatat keputusan seri dalam perlawanan ini. Kami tetap berpuas hati kerana kami berjaya bangkit selepas ketinggalan," kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.

Wei Feng gagal sekat Sugiarto

Terdahulu, perseorangan wanita, Tee Jing Yi tewas kepada Bellaetrix Manuputty 10-21, 18-21 dan prseorangan lelaki, Chong Wei Feng menyambung derita itu kecundang kepada Tommy Sugiarto 16-21, 11-21.

Begitupun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyemarakkan semangat untuk bangkit dengan kemenangan ke atas Muhammad Rijal-Debby Susanto 18-21, 21-16, 21-18 sebelum Kien Keat-Boon Heong menyelamatkan maruah skuad.

Ketika ini, Indonesia berada di tangga teratas carta kedudukan dengan 10 mata diikuti Malaysia kedua dengan lapan mata manakala pilihan Bintang Asia dan Thailand berkongsi lima mata di tangga ketiga.

15.23 | 0 komentar | Read More

'Semua boleh kritik'

Rajagobal tak kisah segala kecaman; minta bantuan moral untuk skuad Harimau

Shah Alam: "Semua boleh kritik. Tak salah.... jika demi kebaikan skuad negara," kata Datuk K Rajagobal yang kini seperti mendapat angin baru selepas melihat skuad Harimau Malaya bangkit menewaskan Yaman 2-1, malam kelmarin.

Ketua jurulatih itu menambah: "Saya hanya buat tugas saya secara jujur dan itulah yang diterapkan dalam hidup saya. Sebagai jurulatih skuad kebangsaan yang bertanggungjawab, saya akan cuba buat yang terbaik untuk pasukan,

Saya percaya kepada pemain saya dan perlu sokong kerana ini pasukan kebangsaan. Kalah atau seri, sebagai jurulatih, kamu perlu terus lihat ke depan dan ia satu karakter yang baik dan itu adalah karakter saya." K. Rajagobal

"Saya percaya kepada pemain saya dan perlu sokong kerana ini pasukan kebangsaan. Kalah atau seri, sebagai jurulatih, kamu perlu terus lihat ke depan dan ia satu karakter yang baik dan itu adalah karakter saya."

Kejayaan meraih tiga mata berharga dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam setidak-tidaknya menepis segala tohmahan negatif 'buat sementara' terhadap kemampuan pengendali berkenaan.

Kemenangan itu kembali memberi nafas baru buat skuad negara untuk terus memasang impian layak ke pusingan akhir di Australia, malah Rajagobal sendiri seakan sudah lali dengan setiap kritikan yang dilontarkan kepadanya.

Dia turut menyuarakan betapa dia seorang jurulatih yang memegang amanah penyokong tempatan tidak mahu akur dengan segala kata-kata sinis sebaliknya menjadikan ia sebagai pendorong untuk membuktikan semua itu adalah silap.
Pada perlawanan itu, skuad kebangsaan terlebih dulu dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan lawan menerusi jaringan Aiman Salleh Abd Al-Hagri seawal minit ke-13 namun disamakan oleh penyerang Pahang, Azamuddin Akil (m-27) sebelum tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri menceriakan penyokong tempatan dengan gol kemenangan, minit ke-80.

Kehadiran Wan Zack Haikal Wan Nor yang baru pulih daripada kecederaan buku lali jelas menghadirkan keceriaan buat Rajagobal dengan aksi cukup cemerlang.

"Saya fikir persembahan kita baik dan saya gembira pemain mampu mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ini yang kita perlukan terutamanya Wan Zack dan Alex (Azamuddin).

"Kehadiran Wan Zack memberikan kita pilihan. Mereka melakukan tugas dengan baik dan menunjukkan keazaman yang tinggi tetapi lebih penting pemain terus konsisten dan meraih tiga mata," katanya yang turut memuji dua tonggak tengah, Safiq Rahim dan K Gurusamy.

15.23 | 0 komentar | Read More

Serena bermula langkah kanan di Miami Masters

Written By Unknown on Sabtu, 23 Maret 2013 | 15.23

Miami: Serena Williams bermula cemerlang dalam misi meraih gelaran keenam WTA Miami Masters apabila mara ke pusingan ketiga hasil kemenangan ke atas pemain Itali, Flavia Pennetta 6-1, 6-1 semalam.

Pemain nombor satu dunia dan pilihan pertama itu kembali beraksi buat pertama kali sejak tewas di tangan Victoria Azarenka pada final di Doha, Qatar bulan lalu.

Serena berkata, dia tidak berasa gugup walaupun pergerakan kakinya masih boleh diperbaiki.

"Saya fikir, saya terlepas beberapa pukulan, tetapi ia hanya disebabkan pergerakan kaki saya yang tidak betul. Apa pun, ia adalah sesuatu yang baik apabila dapat memenangi perlawanan dan mara ke peringkat seterusnya," kata Serena.

Li Na turut mara

Sementara itu, kakak Serena, Venus Williams turut mara ke pusingan ketiga selepas membenam cabaran pemain veteran Jepun, Kimiko Date-Krum 7-6 (7/3), 3-6, 6-4.

Pilihan keempat yang juga juara bertahan, Agnieszka Radwanska, Li Na dari China dan Petra Kvitova (Republik Czech) turut mara ke pusingan ketiga. - AFP

15.23 | 0 komentar | Read More

Terengganu rentap ego TNB

Kuala Lumpur: Pasukan gergasi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekadar seri 4-4 dengan pendatang baru Terengganu pada aksi sulung Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang semalam.

"Kami melakukan banyak kesilapan di bahagian pertahanan dan memberikan lawan (Terengganu) menjaringkan gol. Ketika kami menyerang, kami membuka ruang di bahagian pertahanan dan membolehkan lawan menjaringkan gol.

"Ia menjadi kebimbangan saya ketika ini dan kami perlu mengatasinya segera," kata jurulatih TNB, Nor Azlan Bakar sejurus tamat perlawanan.

TNB bagaimanapun terlebih dulu berada di depan hasil kesilapan pemain pertahanan lawan, Mohd Shahrun Nabil yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-13 sebelum Faisal Saari meledak gol kedua hasil pukulan sudut penalti 10 minit kemudian.

Sapura, Nur Insafi sama liat

Tersentak dengan dua gol TNB itu, Terengganu kembali bangkit apabila Sufi Ismat M Rohul Amin merapatkan jurang gol pada minit ke-30 sebelum tonggak kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

Berselang seminit kemudian, giliran Terengganu mendahului perlawanan apabila Fitri Saari menyumbat gol ketiga, tetapi Faisal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-45.
Tatkala Terengganu dilihat bakal meraih mata penuh selepas Sobirin Ilias menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-65, Muhammad Ramadhan Rosli menyelamatkan maruah TNB apabila menyumbat gol penyamaan dua minit kemudian.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Liga Premier, Sapura dengan Nur Insafi Warriors berkesudahan seri 1-1 manakala saingan Liga Divisyen Satu menyaksikan Uniten KPT menewaskan Sunday 2030 3-1, MBI tewas 2-4 di tangan UiTM dan TNB Thunderbolts membelasah SSTMI 6-0.

Keputusan

Liga Premier
TNB... 4 Terengganu... 4
Sapura... 1 Nur Insafi Warriors...1
KLHC... UniKL...

Jadual Hari Ini: Liga Premier

Maybank mln Terengganu
(Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 6 ptg)

Esok

Nur Insafi mln UniKL
(Std Hoki USM Pulau Pinang, 6 ptg)

Sapura mln Maybank
(Std Hoki Nasional 2 Bukit Jalil, 6 ptg)

Perlawanan Sumbangsih
TNB mln KLHC
(Std Hoki Nasional Bukit Jalil, 8 mlm)

15.23 | 0 komentar | Read More

Anak Harimau mula asah kuku di Slovakia

Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan pertama skuad Harimau Muda A dalam siri kem latihan pusat lima bulan di Eropah bertemu skuad B-19 Slovakia di Stadium Vion Zlate Moravce, Slovakia hari ini bakal menjadi ujian awal pemain baru dan simpanan skuad B-23 negara.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, dia mahu pemain seperti Kenny Pallraj, Nurridzuan Abu Hassan, Adam Nor Azlin dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham menggunakan sebaik mungkin peluang beraksi dalam perlawanan bermula jam 3.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) itu.

"Memandangkan empat pemain – Gary Steven Robbat, Rozaimi Abd Rahman, Irfan Fazail dan Ferris Danial Mat Nasir – masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, jadi saya harap pemain baru terutamanya perlu menunjukkan sikap dan disiplin tinggi serta keinginan untuk beraksi.

"Jika ada pemain beraksi sambil lewa, bermakna mereka akan terus jauh ketinggalan dan apabila tiba masanya, saya hanya boleh menamakan 20 pemain terbaik ke Sukan SEA di Myanmar, Disember depan," kata Kim Swee ketika dihubungi di Zlate Moravce, semalam.

Akademi Eropah

Hanya 24 pemain sudah berada di Slovakia sejak 16 Mac lalu manakala Fadhli Shas akan ke sana, Khamis ini selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan manakala Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim akan terus beraksi bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

"Selepas seri 0-0 dengan Ludince FC pada aksi pemanas badan (Selasa lalu), bertemu Slovakia B-19 ini bukan mudah kerana pemain mereka bermain di akademi serata Eropah. Keputusan perlawanan tidak begitu mustahak, lebih penting untuk membentuk persefahaman dan corak permainan yang cuba saya terapkan. Jika menang, ia bonus," jelas Kim Swee.
Skuad Harimau Muda A seterusnya akan bertemu skuad B-21 Georgia di Vienna, Austria, Selasa ini.

15.23 | 0 komentar | Read More

Nasib baik menang!

Tandukan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen ceriakan penyokong

Shah Alam: Sentuhan penyudah Azammuddin Akil dan Khyril Muhymeen Zambri 'menyelamatkan' seketika karier jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila membantu skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 ke atas Yaman pada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan sulung itu membolehkan Malaysia menghidupkan semula peluang muncul dua pasukan teratas Kumpulan D yang turut dianggotai Qatar dan Bahrain dengan baki empat lagi perlawanan bakal berlangsung Oktober dan November depan serta Mac 2014.

"Kami gagal menyudahkan beberapa peluang, tetapi Yaman memang berbahaya dalam melakukan serangan balas. Mereka juga kuat dari segi fizikal dan taktikal, tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain yang berusaha keras memastikan kemenangan," kata Rajagobal sejurus selepas perlawanan.

Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan penyerang pelawat, Aiman Saleh Abd Al-Hagri seawal minit ke-11 selepas sepakan lencongnya gagal diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedikit terkeluar dari posisi.

Aiman hampir menambah jaringan, dua minit kemudian, mujur percubaannya dalam satu serangan balas berjaya ditepis Khairul Fahmi.

Piya bawa tuah
Gol penyamaan Harimau Malaya hadir pada minit ke-26 selepas Azammuddin mudah menolak masuk ke dalam gawang lawan dikawal Salem Abdullah Awadh Saeed selepas keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya menguasai sepenuhnya permainan sambil diiringi sokongan padu 15,000 penyokong, namun deretan peluang dan percubaan yang dihasilkan belum cukup untuk menembusi gawang pelawat.

Bagi menambah sengat jentera depan, Rajagobal membawa masuk Khyril menggantikan Amri Yahyah pada minit ke-70, namun penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha pula mempersiakan dua peluang terbuka di depan pintu gol pada minit ke-73 dan 76.

Kemasukan kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya menggantikan K Gurusamy selepas itu seakan membawa tuah apabila Harimau Malaya akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua selepas Khyril menanduk kemas hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-79.

"Sangat kecewa kalah apabila kami beraksi baik dan sepatutnya boleh mendapat dua gol selepas mendahului. Malaysia cukup bahaya daripada bahagian tepi dan mencipta lebih banyak peluang," kata jurulatih Yaman, Tom Saintfiet.

15.23 | 0 komentar | Read More

NZ jadi mangsa kedua Malaysia

Written By Unknown on Senin, 18 Maret 2013 | 15.23

Ipoh: Malaysia meneruskan kecemerlangan apabila meraih kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Stadium Azlan Shah, malam tadi.

Chua Boon Huat dan Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menyumbang gol pada babak kedua selepas 0-0 pada babak pertama.

Rakam kemenangan

Perubahan taktikal jurulatih Paul Revington pada separuh kedua menyaksikan anak buahnya bangkit daripada persembahan kurang berkesan pada separuh masa, untuk memastikan kemenangan.

Boon Huat menyumbang dua gol ketika Malaysia menewaskan Korea Selatan kelmarin, sekali lagi bertindak cemerlang apabila membuka jaringan menguis kencang melepasi Devon Manchester pada minit ke-40.

Empat minit kemudian, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menewaskan Mancheter untuk mengukuhkan kedudukan tuan rumah.

Malaysia melancarkan serangan bertalu-talu selepas itu tetapi gagal menambah jaringan, sebaliknya New Zealand merapatkan jurang melalui Shay Neal lima minit sebelum tamat permainan.
Terdahulu, juara enam kali, Australia membelasah Pakistan 6-0 selepas mendahului 4-0 pada babak pertama.

Jacob Whetton menyumbang dua gol manakala Daniel Mirecki, Matt Gohdes, Daniel Beale dan Nicholas Budgeon masing-masing satu gol.

Korea Selatan pula, yang kelmarin tumpas 2-3 kepada Malaysia, bangkit merakam kemenangan 2-1 ke atas India.

15.23 | 0 komentar | Read More

Impian hatrik Chong Wei berkubur

Kuala Lumpur: Serba tidak menjadi! Mungkin itu rumusan yang boleh dibuat terhadap kekalahan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang tewas kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi final Seluruh England di National Indoor Arena, Birmingham malam tadi.

Pergerakan Chong Wei seolah-olah sudah dapat dibaca lawannya itu yang mudah melakar kemenangan 21-17, 21-18 dalam tempoh sejam.

Yang pasti, kekalahan itu seharusnya membuka mata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock kerana pemain China, khususnya kini sudah dapat mematahkan setiap strategi dilakukan Chong Wei untuk dia mencatat kemenangan.

Perlu strategi ampuh

Rashid dan Seu Bock perlu mencari strategi yang lebih ampuh atau mempelbagaikan corak permainan bagi memastikan Chong Wei kekal sebagai pemain yang sukar ditandingi terutama dalam misi muncul juara Kejohanan Dunia di Guangzhou, China Ogos depan.

Pemain nombor satu dunia itu bukan saja gagal untuk meraih gelaran ketiga Seluruh England selepas menjuarainya pada 2010 dan 2011 malah kekalahan malam tadi menyaksikan dia gagal mengekalkan momentum kecemerlangan selepas membuka tirai kalendar saingan tahun ini penuh bergaya dengan menjuarai Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia Januari lalu.

Bagi Chen Long, ia adalah kejuaraan Seluruh England pertamanya selain berjaya merapatkan jurang kemenangan ke atas Chong Wei dengan merekodkan enam kemenangan dalam 13 pertemuan.
Terdahulu, perseorangan wanita Denmark, Tine Baun, yang berusia 33 tahun muncul wanita paling tua menjuarai Seluruh England selepas merakamkan gelaran pertama kejohanan membenam pemain Thailand, Intanon Ratchanok 21-14, 16-21, 21-10.

15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak, Red Warriors tertekan

Kota Bharu: Kelab penyokong Kelantan mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk ketua jurulatih, Bojan Hodak 'melakukan perubahan mendadak' selepas juara tiga piala, musim lalu bergelut dengan prestasi tidak memuaskan.

Bagaimanapun, kelab penyokong masih tetap memberi kepercayaan kepada jurulatih berbangsa Croatia itu membimbing The Red Warriors (TRW) namun dengan syarat dia mencongak strategi baru untuk pasukan bangkit semula.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, beliau meminta pihak pengurusan KAFA dan Bojan menggunakan peluang menukar pemain menjelang masa pendaftaran semula pemain dibuka April ini dengan sebaik mungkin.

Masalah taktikal TRW

"Pihak pengurusan dan Bojan perlu bertindak dan melakukan sesuatu sebelum kita terus ketinggalan. Sekarang ini TRW masih berpeluang mengejar pasukan di tangga teratas dan memburu kejuaraan. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan peluang menukar pemain April nanti dengan sebaik mungkin.

"Bukan niat saya masuk campur urusan jurulatih, namun apa saya lihat masalah ketara TRW adalah aspek taktikal. Bojan perlu membuat ramuan terbaik membentuk pasukan yang mampu bangkit untuk perlawanan seterusnya," katanya di Kota Bharu, semalam.

Selain itu, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali turut menyifatkan taktikal Bojan yang banyak bermain dengan hantaran jauh dan menjadikan Keita Mandjou sebagai target utama tidak menjadi.

15.23 | 0 komentar | Read More

Johor DT kecoh!

Shah Alam: Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan 'menjadi panas' apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain.

Walaupun butiran sebenar kekecohan itu tidak diketahui tapi ia difahamkan lebih menjurus kepada rasa marah pemain dan pegawai selepas dipalit kecewa tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super.

Lebih perit, kedengaran ada yang menjerit, "Safiq...." dalam bilik berkenaan. Wajah kapten pasukan itu tampak kecewa dan seperti marah-marah selepas berjalan keluar dari bilik persalinan berkenaan.

Tiada pergaduhan

Apa pun senario yang mencipta keraguan itu pantas ditepis jurulatih pasukan, Fandi Ahmad apabila berkata kekecohan itu tidak berlaku dan tidak ada sebarang pergaduhan dalam bilik persalinan seperti dihebohkan.

"Semua itu tidak benar dan tidak ada sebarang pergaduhan antara pemain selepas perlawanan.

Memang benar saya bergegas masuk bilik persalinan selepas sidang media perlawanan tetapi saya dapati pemain saya bergurau sesama mereka.
"Tidak ada apa-apa yang berlaku dan suasana bising dalam bilik persalinan kerana pemain melepaskan tekanan selepas tewas pada perlawanan itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.

15.23 | 0 komentar | Read More

NZ jadi mangsa kedua Malaysia

Written By Unknown on Sabtu, 16 Maret 2013 | 15.23

Written By Unknown on Selasa, 12 Maret 2013 | 15.23

Nasib menyebelahi kami: Elavarasan

Written By Unknown on Minggu, 10 Maret 2013 | 15.23

Kuala Terengganu: Selepas pertarungan saudara antara Terengganu dan T-Team, kini penyokong skuad Penyu tersenyum puas tatkala peminat Titans pula mengeluh hampa.

Barisan serangan yang diketuai penyerang Cameroon, Effa Owona, dengan dibantu Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin gagal menembusi gawang yang dikawal penjaga gol T-Team, Iqbal Suhaimi, namun bekas penggempur FELDA United FC, Farderin Kadir, yang masuk menggantikan Manaf di minit ke-82 menjadi pemusnah The Titans.

Menurut pengendali Terengganu, E Elavarasan nasib menyebelahi pasukannya kerana gol hadir di saat-saat akhir ketika perlawanan menuju penamat.

Gol saat akhir

Itulah bola sepak, dan kami gembira kerana kali ini keputusan memihak kepada kami seperti apa yang berlaku ketika kami hampir seri dengan Tentera jika tidak ada jaringan dalam masa kecederaan tapi kami menang 3-2 akhir bulan lalu.

"Kami gembira kerana ini kemenangan keempat berturut-turut dan sememangnya kami memerlukan momentum ini sebelum berkunjung ke Johor Bahru untuk menentang Johor Darul Takzim, selepas rehat tiga minggu ini," katanya.

Bagi ketua jurulatih T-Team, Peter Butler pula, kekalahan seperti itu boleh disifatkan kejam bukan saja kepada pemainnya yang sudah bermain sedaya-upaya, malah juga kepada penyokong pasukan.
"Namun, kami menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana kami tahu, kami bermain baik sepanjang perlawanan dan tidak keterlaluan kami katakan yang pasukan kami lebih menyerlah di tengah padang, katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More

Dollah salahkan anak didik

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh jelas amat kecewa apabila skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada PKNS FC kelmarin, sambil menyatakan kegagalan pemain mengikut arahan adalah punca kekalahan itu.

Katanya, kegagalan mengawal permainan terutama pada babak kedua perlawanan menyebabkan impian meraih kemenangan berkecai, sekali gus rekod megah tanpa kalah tuan rumah di Stadium Darulmakmur lebur.

Bekas pemain kebangsaan itu turut kecewa kerana gol penyamaan PKNS berpunca daripada kecuaian pemain yang tampak hilang fokus.

Silap sendiri

"Kekalahan ini adalah kesilapan sendiri dan mereka tidak mengikut arahan menyebabkan disiplin dalam permainan tidak ada.

"Apabila segala-galanya hilang, pemain tidak dapat mempamerkan kualiti permainan dan peluang itu digunakan sebaik lawan untuk memastikan mereka beroleh jaringan.

"Hasilnya, lawan mendapat tiga gol sekali gus memadamkan impian kita untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super," katanya semalam.
Pemain berehat

Ditanya perancangan Pahang apabila saingan liga berehat selama tiga minggu, Dollah berkata dia belum mempunyai perancangan khusus tetapi akan memberikan peluang kepada pemain untuk berehat sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa.

"Tetapi, saya harap apabila liga bersambung, pemain dapat mempamer persembahan lebih baik seperti yang mereka persembahkan pada awal saingan liga," katanya.

Selepas 10 perlawanan, Pahang kini menduduki tangga keenam dengan 14 mata.

15.23 | 0 komentar | Read More

TRW rebah asakan Lions XII

Singapura: Shahfiq Ghani muncul wira apabila jaringannya dua minit sebelum tamat perlawanan membantu Lions XII menewaskan Kelantan di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja menebus kekalahan tewas 1-2 kepada The Red Warriors (TRW) di gelanggang sama musim lalu, tetapi juga membolehkan anak buah V Sundramoorthy melonjak satu tangga di tempat ketiga liga dengan 17 mata.

Kekalahan Kelantan pula menyaksikan juara bertahan itu terus buntu mengukir kemenangan sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Bojan Hodak kekal berada di pertengahan liga dengan 11 mata daripada 10 perlawanan.

Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit bagi menghormati anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan kerjasama antara Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) serta Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) itu mendapat sokongan penyokong Lions XII.

Lepas perangkap ofsaid

Sebaik aksi bermula, tuan rumah tampak garang apabila mengasak ke kubu TRW sehingga mencemaskan benteng pelawat apabila Shahfiq melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sempat menampan bola rembatan penyerang itu.

Malang buat pelawat apabila rembatan deras Keita Mandjou dari luar kotak penalti pada minit ke-11 yang tepat menerjah jaring dibatalkan pengadil perlawanan, Lismotia Mohen selepas mendapati penyerang import itu ofsaid sekali gus menyaksikan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Ketika kedua-dua pasukan seolah-olah berpuas hati berkongsi mata, muncul Shahfiq yang bijak melepasi perangkap ofsaid apabila berlari pantas untuk menyambar bola sebelum mudah menolak masuk menewaskan Khairul Fahmi bagi memastikan kemenangan Lions XII pada minit ke-88.

15.23 | 0 komentar | Read More

Selangor aibkan Johor DT

Shah Alam: Barisan bintang Johor Darul Takzim (DT) menerima aib paling besar musim ini apabila dibelasah Selangor 4-1 yang beraksi dengan 10 pemain pada sebahagian besar babak kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Percaturan Irfan Bakti Abu Salim ternyata lebih berkesan berbanding lawannya, Fandi Ahmad yang mengakui Selangor lebih bijak memanfaatkan setiap peluang terhidang selepas mendahului dengan gol awal.

Ini hari Selangor, kata Fandi. Mereka ambil kesempatan dari ruang-ruang yang ada dan setiap kali mendapat peluang, mereka menjaringkan gol. Gol awal mereka memang mengejutkan dan mungkin penjaga gol tidak berada pada posisi yang baik.

Kekebalan Norazlan lebur

Bagi Irfan, kemenangan besar malam tadi berpunca daripada situasi Johor yang terdesak merapatkan jurang selepas ketinggalan dua gol pada babak awal. Apabila Johor ketinggalan 2-0, ada ruang kosong di belakang yang ditinggalkan. Kami ambil kesempatan atas situasi itu untuk terus hasilkan jaringan, kata Irfan.

Beraksi di depan penyokong sendiri memberi kelebihan buat Selangor untuk mempamerkan aksi agresif dengan jaringan pendahuluan terhasil seawal minit keempat apabila hantaran lintang mengelirukan S Kunanlan dari sebelah kanan terus menerjah gawang lawan yang dikawal Zamir Selamat.

Tonggak import Selangor, Francis Forkey Doe terus mengukuhkan kedudukan tuan rumah apabila memanfaatkan hantaran K Solihin pada minit ke-33 dan kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat babak pertama.
Selangor yang kehilangan seorang pemain berikutan layangan kad merah yang diterima tonggak import, Peter Charappan bagaikan tidak tergugat malah menambah dua lagi jaringan menerusi Mahali Jasuli pada minit ke-67 dan selang dua minit kemudian, Amri Yahyah menambah derita pelawat.

Bagaimanapun, kekebalan Norazlan Razali bagaimanapun lebur pada minit ke-75 apabila Norshahrul Idlan Talaha bijak melepasi dua pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan satu rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk gol sagu hati pelawat.

15.23 | 0 komentar | Read More

Babak panas Red Giants, JDT

Written By Unknown on Sabtu, 09 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Pertembungan Liga Super antara Selangor dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Shah Alam, malam ini dijangka 'panas' memandangkan kedua-dua pasukan mengharapkan tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di kelompok teratas.

Tidak dinafikan minda dua pengendali - Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Fandi Ahmad (Johor DT) harus berkecamuk ketika ini dengan memikirkan bagaimana mahu mencongak strategi terbaik untuk menang ketika saingan ini dijangka meledak dengan segala drama membabitkan dua gergasi tersohor.

Bagi penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pertemuan dengan Johor DT sama saja walaupun dia berasal dari Johor kerana apa lebih penting dia dan rakan sepasukan harus memberi fokus sepanjang perlawanan tanpa leka setiap minit perlawanan.

Selangor tidak tertekan

"Walaupun agak lama tak menang, ia tidak membuat kami berasa tertekan. Mungkin bukan rezeki kami pada beberapa perlawanan sebelum ini. Apa pun saya yakin dengan kehadiran dan sokongan penyokong Red Giants, kami mampu menampilkan aksi lebih baik kali ini," kata Norazlan ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, jurulatih Johor DT, Fandi mengingatkan barisan pemain lebih fokus memastikan mereka tidak pulang tangan kosong.

"Saya masih berdepan masalah menurunkan barisan terbaik kerana kami perlu membuat rombakan menguatkan semua posisi. Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali masih belum pasti diturunkan atau tidak kerana saya perlu memastikan mereka cergas sepenuhnya dan tidak mahu ambil risiko menurunkan pemain itu tetapi gagal beraksi dengan baik.
"Apapun saya lega dengan kembalinya Ahmad Ezrie Shafize selepas penggantungan satu perlawanan dan mungkin dia akan bergandingan bersama Safiq Rahim mengemudi jentera tengah memandangkan barisan tengah Selangor cukup ampuh dan perlu disekat," kata Fandi.

Tiket perlawanan RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak akan dijual di kaunter stadium bermula jam 9 pagi ini.

15.23 | 0 komentar | Read More

Rekod gah Pahang di Kuantan lebur

Kuantan: Rekod tanpa kalah Pahang di gelanggang sendiri, Stadium Darulmakmur akhirnya lebur apabila tewas 1-3 kepada PKNS FC, malam tadi.

Biarpun mendahului perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal memanfaatkan sebaiknya peluang yang pantas diambil PKNS FC sekalipun dipaksa bermain sepuluh pemain di babak terakhir perlawanan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Peluang terbaik PKNS untuk di depan hadir pada minit ke-16 selepas meraih penalti namun gagal disempurnakan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh sebelum tuan rumah membuatkan kira-kira 15,000 penyokong bersorak gembira menerusi jaringan pemain tengah, R Gopinathan selepas menerima hantaran silang menarik daripada kapten pasukan, Jalaluddin Jaafar pada minit ke-25.

Tambah derita Pahang

Bersambung babak kedua, Ronaldinho menebus kesilapan apabila menyamakan kedudukan 1-1 selepas berlaku salah faham antara penjaga gol, Rosfaizul Azuar Ali dan pemain pertahanan pada minit ke-57 sebelum derita Pahang ditambah Mohd Nizad Ayub pada minit ke-64.

Ketinggalan satu gol menyebabkan pengendali Pahang, Dollah Salleh memasukkan penyerang import, Mohamed Borji bagi menggantikan Azidan Sarudin pada minit ke-75 dan peluang tambah cerah enam minit sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan PKNS, Es Lizuan Zahid Amir dilayangkan kad merah oleh pengadil, Samsuddin Ibrahim kerana melengahkan perlawanan.
Begitupun, kelebihan beraksi 11 pemain gagal menghalang PKNS membawa pulang tiga mata berharga apabila Ronaldinho menjaringkan gol ketiga buat pelawat pada minit akhir perlawanan.

15.23 | 0 komentar | Read More

Tentera rampas pendahulu liga

Lumut: Tentera kembali merampas tangga teratas Liga Super untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Perak 4-2 di Stadium TLDM, Lumut, malam tadi.

Marlon Alex James muncul pemusnah Perak apabila dua jaringannya pada setiap babak menghadiahkan kekalahan keempat Perak musim ini, namun sepakan penaltinya pada minit ke-75 sekadar menggegar tiang.

Perak terlebih dahulu bermula cemerlang apabila berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan penyerang importnya, Karim Rouani yang memecah kebuntuan gol pada minit ke-10 disusuli gol kedua menerusi tandukan Shahrom Kalam, lapan minit kemudian.

Marlon ledak gol ketiga

Keghairahan anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu bagaimanapun tersentap apabila Tentera bangkit merapatkan kedudukan menerusi Shukor Adan pada minit ke-21 disusuli gol penyamaan Christie Jayaseelan pada minit ke-42.

Menuju masa kecederaan babak pertama, Marlon meletakkan Tentera di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga dan penyerang import veteran itu memusnahkan sisa perjuangan Perak apabila menambah gol keempat dan kedua peribadinya pada minit ke-85.
Skuad kendalian B Sathianathan itu kini di tangga teratas Liga Super dengan 18 mata selepas 10 perlawanan, dua mata mengatasi pendahulu sebelum ini, Johor Darul Takzim yang hanya akan turun bertemu pasukan tangga ketiga, Selangor, malam ini.

15.23 | 0 komentar | Read More

'Saya terima hukuman'

Tunku Ismail akur keputusan FAM gantung 6 bulan, PBNJ didenda RM30,000

Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pantas bangkit memberi hujah, semalam selepas mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat memadam tanggapan wujud elemen 'double-standard' dalam membuat keputusan muktamad.

Hukuman ringan ke atas presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu harus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkritik dan peminat bola sepak tempatan yang membandingkan tempoh penggantungan dua setengah tahun dijatuhkan ke atas dua tokoh sebelum ini - Tan Sri Annuar Musa (Kelantan) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis).

Namun, buat meleraikan perdebatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menerangkan betapa ia satu situasi berbeza memandangkan Tunku Ismail hanya seorang presiden kepada ahli gabungan dan tidak menjawat jawatan dalam badan induk.

"Kami mendapati Tan Sri Annuar juga adalah timbalan presiden FAM... dia orang kanan FAM tetapi dia membuat kritikan, tentu hukuman dia tinggi dan perkara ini sama juga dengan kes Shahidan.

"Tunku Ismail tidak sampai enam bulan memegang jawatan presiden PBNJ dan tidak ada sebarang kaitan (jawatan) dengan FAM," katanya yang tidak mengulas lanjut perbezaan isu berkenaan.

Sementara itu, Tunku Ismail dalam satu kenyataan di Johor Bahru, semalam berkata beliau akur keputusan FAM sambil menganggap kenyataan media dibuat oleh beliau pada 20 Februari lalu sudah selesai.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

15.23 | 0 komentar | Read More

Selangor boleh guna 3 pemain import saja

Written By Unknown on Kamis, 07 Maret 2013 | 15.23

Shah Alam: Selangor terpaksa mengharungi baki saingan Piala AFC 2013 bersandarkan tiga pemain import sahaja memandangkan pendaftaran pemain baru hanya dibenarkan apabila saingan memasuki peringkat suku akhir, September depan.

Empat pemain import didaftarkan Selangor untuk Piala AFC 2013 ialah Peter Chrappan, Michal Kubala, Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub, namun hanya tiga daripada mereka diturunkan ketika Selangor tewas 1-0 kepada Kingfisher East Bengal di Kolkata, India, 27 Februari lalu.

Ia berikutan Dayoub, 29, tidak dibenarkan beraksi lagi selepas digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA), 26 Februari lalu kerana dakwaan mengatur perlawanan, sekali gus menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut terpaksa menggugurkannya terus dalam pendaftaran Liga Super dan diganti serta merta dengan Chrappan, 29.

FAS akur syarat AFC

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kekurangan seorang import itu tidak sesekali menjejaskan persiapan Selangor untuk perlawanan kedua Kumpulan H bertemu kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam, Rabu ini dalam merealisasikan misi ke suku akhir.

Mengikut peraturan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), pendaftaran pemain sudah pun ditutup sebelum perlawanan pertama tempoh hari dan kita terpaksa akur untuk meneruskan baki lima perlawanan kumpulan dan aksi pusingan kedua (jika layak) dengan hanya tiga import, kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

15.23 | 0 komentar | Read More

Tarikh Barcelona diubah

Kuala Lumpur: Tarikh perlawanan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bertemu skuad Harimau Malaya, 10 Ogos depan mungkin terpaksa diubah selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpendapat tarikh yang jatuh pada 3 Syawal itu tidak bersesuaian dengan umat Islam sibuk menyambut Aidilfitri ketika itu.

Malah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya belum dapat membuat pengesahan mengenai perlawanan berkenaan dan juga tarikhnya memandangkan wakil syarikat yang menguruskan perlawanan itu baru saja menemuinya, pagi semalam.

Sebenarnya, apabila berita kehadiran Barcelona ini digembar-gemburkan akhbar tempatan minggu lalu, FAM memang tak dimaklumkan langsung mengenai perlawanan ini.

Pengesahan wakil syarikat

Cuma jam 9 pagi tadi (semalam) wakil syarikat yang mendakwa mempunyai kontrak dengan Barcelona datang berjumpa saya bagi membincangkan perlawanan ini. Walaupun sudah bertemu, FAM perlu juga buat pengesahan yang wakil syarikat itu benar-benar sahih dan kita perlu lihat dokumentasi kontrak mereka dengan Barcelona.

Tarikh yang mereka minta memang 10 Ogos tetapi FAM ada beberapa pandangan termasuk ia hari ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri. Jadi kita beri cadangan balas untuk perlawanan diawalkan ke beberapa tarikh lain sepanjang Ramadan, kata Azzuddin selepas sidang media pengumuman kunjungan Chelsea ke ibu negara pada 21 Julai depan di sebuah hotel di Subang, pagi semalam.

Barcelona menerusi laman web rasminya, Isnin lalu menyatakan siri jelajah pra-musim Asia mereka bakal bermula dengan perlawanan di Shanghai, China pada 4 Ogos disusuli di Bangkok, Thailand pada 7 Ogos dan berakhir di Kuala Lumpur pada 10 Ogos.

15.23 | 0 komentar | Read More

Piya sahut cabaran Raja

Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi menyahut cabaran untuk mewakili skuad Harimau Malaya dan menyuarakan rasa lega akhirnya dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal. Semua pemain mahu menyertai skuad kebangsaan, termasuk saya. Ini adalah peluang terbaik membuktikan kemampuan kepada pihak pengurusan selain membalas kepercayaan diberikan. Saya akur kedudukan saya belum terjamin lagi. Apa yang saya boleh janjikan hanya persembahan terbaik jika dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi (17 Mac ini). Ini adalah ujian pertama saya, katanya di Kota Bharu, semalam.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu yang juga dikenali Piya berkata dia sudah bersedia menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman pada 22 Mac ini.

Lapor diri 11 Mac

BH Sukan semalam melaporkan, perancang utama pasukan Kelantan itu mendapat berita gembira apabila Rajagobal menyenaraikan Piya dalam 27 pemain pilihan dan perlu melaporkan diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 11 Mac ini bagi menyertai latihan.
Sebelum ini isu pemain berkenaan dengan skuad kebangsaan mencetus kontroversi apabila pengurus pasukan skuad negara, Datuk Seri Subahan Kamal menyuarakan Piya pernah menolak tawaran bermain untuk negara. Namun, kenyataan itu dinafikan pemain itu sebaliknya perancang utama TRW itu hanya dipanggil ketika perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dua tahun lalu.

Subahan turut menyatakan, nama Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.

15.23 | 0 komentar | Read More

Hukum atau terlepas!

FAM bakal putuskan nasib Tunku Ismail Jumaat ini

Tumpuan peminat bola sepak tanah air harus terarah kepada drama menarik, esok.

Pada hari berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal mengetahui nasibnya sama ada akan dihukum atau pun dibebaskan daripada menjadi mangsa berikut Artikel 88 ciptaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, Datuk Taufek Abdul Razak berkata satu keputusan muktamad akan diputuskan, esok sama ada mereka memperoleh bukti rakaman video atau tidak.

Sebelum ini kami sudah pun menghantar surat pertuduhan pada 28 Februari lalu berdasarkan laporan akhbar tetapi terdapat satu dua perkara untuk diperkemaskan lagi termasuk rakaman VCD.

Sekiranya kami tidak mendapat bukti melalui VCD itu, keputusan mengenai pertuduhan ini tetap akan diputuskan pada mesyuarat Jumaat ini (esok), katanya.

Tunku Ismail pada perlawanan Johor Darul Takzim (DT) menentang Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada 19 Februari lalu membidas mutu pengadilan yang disifatkan belum mencapai tahap profesional dan menuntut FAM supaya segera memperbaikinya.

15.23 | 0 komentar | Read More

Messi, Barcelona beraksi di KL

Written By Unknown on Rabu, 06 Maret 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Impian peminat bola sepak tempatan menyaksikan Pemain Terbaik Dunia (Ballon d'Or) empat kali, Lionel Messi beraksi di negara ini bakal menjadi kenyataan apabila pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi Jelajah Asia, Ogos ini.

Selain negara ini, juara Liga Juara-Juara Eropah empat kali itu akan mengharungi perlawanan persahabatan di Shanghai, China pada 4 Ogos, diikuti Bangkok, Thailand (7 Ogos) sebelum berakhir di Kuala Lumpur, 10 Ogos ini.

Tidak dedahkan pasukan

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi kelab itu menyebut presiden kelab, Sandro Rosell membuat pengesahan Jelajah Asia musim panas ini akan melalui tiga perlawanan persahabatan, namun tidak mendedahkan pasukan yang bakal dihadapi.

"Pertama sekali kami akan bermain di Shanghai pada 4 Ogos dan tiga hari kemudian kami akan terbang ke Bangkok untuk kunjungan kedua sebelum berakhir dengan perlawanan ketiga yang akan diadakan di Kuala Lumpur, pada 10 Ogos," katanya yang turut mengesahkan bakal menentang kelab Jerman, Bayern Munich pada aksi pra musim pertama musim ini, pada 24 Julai.

15.23 | 0 komentar | Read More

T-Team sekat hajat Selangor

Impian Gergasi Merah pintas Johor DT terajui Liga Super terjejas

Kuala Terengganu: Hajat Selangor untuk berada di takhta liga tidak kesampaian apabila disekat pasukan kedua tercorot, T-Team 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim turun dengan penuh bersemangat untuk mengutip tiga mata penuh memintas pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT) yang hanya kelebihan dua mata, tetapi tidak berhasil.

Jurulatih T-Team, Butler, berkata keputusan seri itu sudah memadai buat pasukannya kerana Selangor bukan calang-calang pasukan untuk dikalahkan.

"Satu mata sudah memadai buat saya dan pasukan. Saya juga sangat berpuas hati dengan anak buah saya kerana rata-ratanya cukup bersemangat setiap kali turun beraksi," katanya.

Masa depan Folan

Ditanya masa depan pemain import, Caleb Folan dengan T-Team, Butler menegaskan pemain berasal dari Ireland itu akan ditentukan pihak pengurusan, tetapi buat masa ini dia yang pernah beraksi dengan Hull City itu masih diperlukan sehingga pintu perpindahan pemain baru dibuka April ini.

Dalam saingan itu, pemain muda T-Team, Ahmad Takhiyuddin Roslan hampir meletakkan pasukannya di depan hasil sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-26, namun usahanya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.
Ketangkasan Norazlan yang dipilih pemain terbaik perlawanan mengawal benteng terakhir pelawat juga memberi masalah buat tuan rumah menjaringkan gol pada perlawanan itu kerana berjaya menyelamatkan kira-kira lima percubaan terbaik T-Team.

15.23 | 0 komentar | Read More

Kritikan Tunku Ismail positif: Annuar

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M), baru-baru ini, tidak berniat jahat.

Annuar menganggap kritikan itu sebagai teguran positif dan membina daripada Tunku Ismail sebagai ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Secara peribadi, tindakan Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan yang kurang memuaskan dalam kancah bola sepak tempatan adalah satu teguran positif.

"FAM tidak perlu sensitif dalam hal ini. Tindakan hanya perlu diambil jika sesuatu teguran itu adalah berniat jahat.

"Saya sendiri mempertahankan tindakan saya mengkritik prestasi skuad kebangsaan dulu. Saya pertahan kerana tindakan saya itu tiada niat jahat, hanya memberi pendapat positif.

Perlu diberi ruang
"Saya fikir saya tidak boleh dikenakan tindakan kerana kritikan saya dulu bukan niat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan saya itu betul.

Ruang suara pendapat

"Sebagai ahli gabungan, kita perlu ada ruang untuk menyatakan pendapat dan hak untuk bersuara dalam FAM. Orang luar pun ada yang memberi pendapat, namun pendapat mereka itu tidak beri apa-apa kesan melainkan pendapat ahli gabungan yang boleh diterjemahkan dan bawa kepada perubahan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jersi The Red Warriors (TRW) untuk saingan Piala AFC, di Hotel Holiday Villa, di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Tuan Syed Mahadzir Syed Mansor; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Affendi Hamzah; Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.

15.23 | 0 komentar | Read More

Panggilan 'misteri' Raja

Kapten Kelantan dipanggil sertai skuad Harimau untuk kelayakan Piala Asia

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal akhirnya memanggil kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya untuk menjalani sesi latihan pusat Harimau Malaya menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman, 22 Mac ini.

Keputusan Rajagobal itu satu kejutan kerana sebelum ini kapten Kelantan itu disisihkan walaupun pemain tengah berkenaan terbukti memainkan peranan penting membantu The Red Warriors (TRW) menjulang tiga kejuaraan musim lalu.

Malah, tindakan Raja itu mencetuskan persoalan adakah dia tunduk dengan desakan atau sebagai satu 'permainan' untuk memuaskan hati peminat yang sebelum ini begitu lantang mengkritik senarai pelatih pilihannya dalam membarisi Harimau Malaya.

Namun, hujah ketika ini menjurus kepada satu perdebatan apakah Piya akan menyahut panggilan itu? Ia masih menjadi tanda tanya apa lagi pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan tempat Piya dalam skuad kebangsaan belum terjamin meskipun dia dipanggil menjalani sesi latihan berkenaan.

15.23 | 0 komentar | Read More

Hamilton kedua terpantas

Written By Unknown on Sabtu, 02 Maret 2013 | 15.23

Barcelona: Selepas berdepan keadaan tidak menentu, pemandu Mercedes AGM PETRONAS, Lewis Hamilton kembali bangkit dengan mencatat masa kedua terpantas di belakang pelumba Red Bull, Mark Webber pada hari keempat ujian pra musim terakhir Formula Satu (F1) di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin.

Bekas juara dunia 2008 itu yang menyertai Mercedes musim ini turut menghabiskan 113 pusingan, bersamaan 2,040 kilometer mencatat masa 1 minit 24.348 saat, selepas bergelut dengan masalah mekanikal yang menyebabkan mereka terlepas dua sesi ujian di Jerez.

"Keadaan litar amat basah pada pagi namun ia semakin kering selepas itu sekali gus membolehkan kami melengkapkan beberapa ujian dengan baik. Saya berada baik ketika melalui perlumbaan simulasi pada petang, keduanya untuk membolehkan saya kembali berlatih dan mendapatkan jarak dengan jentera.

Sentiasa menarik

"Seluruh ahli pasukan melakukan kerja dengan baik di sini dan juga ibu pejabat. Saya amat gembira kerana kami dapat meningkat bersama dan bekerja bersama semua orang. Hari-hari terakhir ujian pra musim sentiasa menarik dan semua orang mula menambah sesuatu bagi meningkatkan kemampuan jentera, jadi saya juga tidak sabar."

Catatan masa Hamilton kemudian dipintas pelumba veteran Webber yang mencatat masa 1:22.693 saat diikuti pelumba Toro Rosso, Jean-Eric Vergne yang mencatat 1:25.017s. - Agensi

15.23 | 0 komentar | Read More

Liga Hoki Remaja 2013: UniKL, SSTMI Thunderbolt berentap di final

Kuala Lumpur: Bekalan besar yang dibawa ke laman lawan nyata berbaloi apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) berjaya melangkah ke final Piala Milo yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.

UniKL yang membawa bekalan selesa dengan membenam lawan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) 6-0 pada pusingan pertama tidak perlu mengeluarkan peluh apabila mencatat kemenangan 3-1 pada pusingan kedua, semalam.

Mohammad Hafif Elkan Rerasa @ Nordin yang mencipta hatrik Rabu lalu membuka jaringan UniKL pada minit ke-9 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd Syafiq Zulzairin meledak dua jaringan (m-14 dan m-69) - cukup untuk menghancurkan harapan SSTMI Jr untuk mengurangkan jarak sebelum ini.

Sementara itu, di Stadium Hoki Ipoh, SSTMI Thunderbolt selaku juara bertahan juga tidak mempunyai masalah mengejutkan tuan rumah MBI Anderson apabila Mohd Hafiz Selemen membuka jaringan seawal minit ke-6 sebelum Mohd Shahril Saabah menggandakan jaringan lima minit kemudian.

UniKL sasar rampas gelaran

Namun, jaringan N Kartigan pada minit ke-43 nyata sudah terlewat untuk kembali bangkit mengurangkan defisit jaringan.

Bagi jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman, pasukan kini sedang memburu gelaran ketiga selepas berjaya merangkul kejuaraan pada musim 2011 dan 2012.
"Hari ini (semalam) kami memang meletakkan sasaran untuk menang dan saya merehatkan beberapa pemain. Ini adalah kali keempat kami bertemu dengan UniKL di final Piala Milo sejak 2010.

"Pastinya UniKL menyimpan hasrat besar mahu merampas gelaran yang kami raih tahun lalu dan memberi tentangan sengit kepada pasukan di final nanti," katanya yang tidak mempunyai masalah kecederaan pemain ketika ini.

Keputusan pusingan kedua separuh akhir
UniKL 3 SSTMI Jr 0
(UniKL mng agregat 9-0)
SSTMI Thunderbolt 2 MBI Anderson 1
(SSTMI Thunderbolt mng agregat 10-1)

Jadual final esok
Final
SSTMI Thunderbolt mln UniKL
(8mlm)
penentuan tempat 3/4
SSTMI Jr mln MBI Anderson
(6ptg)
(Semua perlawanan di Std Hoki Nasional Bukit Jalil)

15.23 | 0 komentar | Read More

KFA sedia beri penjelasan kekecohan di Stadium Darulaman

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedia memberikan penjelasan berhubung kekecohan yang ditimbulkan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman, di sini, malam Selasa lalu.

Naib Presiden KFA, Datuk Jeffery Lau Han Chau, berkata penjelasan itu akan dibuat sebaik diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami sedia jelaskan keadaan yang berlaku pada malam itu jika FAM mahu. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang makluman diterima daripada FAM sama ada secara lisan atau bertulis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Malam Selasa lalu, perkarangan Stadium Darulaman kecoh apabila lebih 300 penyokong Kedah berkumpul sebaik tamat perlawanan menentang Johor Darul Takzim (DT) dalam aksi pusingan kedua Piala FA, sehingga menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) masuk campur.

Ultras Kedah turut bantah

Tindakan itu diambil kumpulan penyokong yang turut disertai Ultras Kedah bagi menyuarakan bantahan terhadap mutu pengadilan yang terlalu lemah pada malam itu.
"Saya yakin penyokong hanya berhimpun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, bukannya untuk membuat kecoh atau bertindak ganas.
"Saya berani katakan ini kerana ramai saksi melihat kejadian itu termasuk saya sendiri dan beberapa kepimpinan KFA yang kebetulan berada di perkarangan Stadium Darulaman ketika itu.

"Apa pun, insiden terbabit berlaku di luar perkarangan stadium dan pihak pengurusan KFA tidak mempunyai kuasa.

"Bagaimanapun, kami dengan kerjasama pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan dengan meminta penyokong bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More

'Bubar Artikel 88'

Sultan Ahmad Shah minta ahli gabungan kemuka cadangan pada kongres FAM jika mahu peraturan itu dipinda atau dimansuhkan

Kuantan: Jalan penyelesaian masih terbuka luas sekiranya ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan saluran yang betul untuk memansuhkan Artikel 88 Statut FAM yang dianggap lebih zalim daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

Presidennya, Sultan Ahmad Shah, berkata mereka boleh membuat cadangan ketika kongres FAM bersidang dan sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat.

Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM

Beliau berkata, hanya ahli gabungan FAM boleh mengubah Artikel 88 dan membuat keputusan sama ada ia sesuai digunakan lagi atau sebaliknya.

"Jika ahli gabungan berpendapat artikel itu wajar dipinda atau dibubarkan, mereka boleh berbuat demikian pada kongres FAM.

"Presiden, timbalan presiden dan ahli majlis FAM tidak ada kuasa mengubah Artikel 88 yang kini menjadi perbualan hangat banyak pihak sejak kebelakangan ini," katanya semalam.

Pada Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu FAM memastikan Artikel 88 dalam statusnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin ahli gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan berkenaan.

Saya sudah lali dengan kritikan: Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah berkata, sudah menjadi sifat semula jadi manusia memperbesarkan perkara atau isu yang buruk tanpa memikirkan kesan terhadap pihak lain dan ia juga membabitkan Artikel 88 yang terus diperbahaskan.

"Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.

Beliau berkata, membuat kritikan bukan cara terbaik untuk menjernihkan keadaan sebaliknya memburukkan lagi imej FAM yang menjadi badan induk bola sepak negara ini.

Justeru, katanya semua pihak tidak seharusnya cepat melatah kerana dengan cara itu isu yang boleh diselesaikan secara harmoni akan berlarutan tanpa sebarang keputusan.

"Sebagai Presiden FAM saya sudah lali dengan kritikan, dalam isu Artikel 88 ini saya berpendapat jalan penyelesaiannya terbuka luas sekiranya ahli gabungan menggunakan saluran yang betul.

"Bila kongres FAM bersidang nanti ahli gabungan boleh membuat cadangan, sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat," katanya.

15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger