Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Ashari ledak dua gol Penyu

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 15.23

Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin muncul wira apabila dua golnya membantu skuad Penyu membenam Tentera 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Lebih manis, pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan, hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan 'Saha' itu turut membantu Mohamad Khairul Ramadhan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 selepas melakukan hantaran cantik.

Bagaimanapun, penyerang import Tentera, Marlon Alex James menyamakan kedudukan 1-1 dengan menanduk masuk tendangan sudut pada minit ke-74.

Saha sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketika kelam kabut dalam kotak penalti pada minit ke-80, selepas pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi menyempurnakan tendangan sudut.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, pemain pelawat, D Christie Jayaselan menceriakan sekumpulan kecil penyokong setia The Gladiator yang hadir apabila menjaringkan gol menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gawang gantian tuan rumah, Wan Azraei Wan Teh.

Kemenangan itu menceriakan pengendali Penyu, E Elavarasan yang begitu berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya biarpun beraksi tanpa dua awang import, Vincent Bikana dan Effa Owana.
"Ini yang kita mahukan kerana tidak kira siapa yang diturunkan, mereka mampu menggalas tugas yang diberikan. Saya harap mereka mengekalkan rentak ini untuk perlawanan seterusnya.

"Saya kagum dengan pemain yang begitu menunjukkan komitmen dan semangat yang jitu untuk meraih kemenangan. Kejayaan ini juga akan membantu mereka lebih bersemangat sebelum menghadapi Piala FA nanti," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Tentera, B Sathianathan sukar menerima keputusan itu dan menyifatkan anak buahnya mempamerkan permainan teruk.

"Apa pun, tuan rumah wajar menang pada perlawanan ini kerana mereka bermain cukup baik daripada kita," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

TRW gagal ambil peluang

Kuantan: Kelantan melepaskan peluang untuk memungut tiga mata biarpun Pahang beraksi dengan 10 pemain apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darulmkamur, malam tadi.

Walaupun berbaki 30 minit, skuad kendalian Bojan Hodak gagal melakukan penyudah dengan baik untuk merobek benteng Pahang yang kelihatan pincang pada sebelah kiri.

Terdahulu, Kelantan jelas menguasai permainan dan ia dapat disaksikan apabila Keita Mandjou hampir meletakkan pasukannya di depan tetapi tendangannya melepasi palang tuan rumah seawal minit kedua.

Berjaya ditepis keluar

Begitu juga pada minit keenam, Indra Putra Mahyuddin turut memiliki peluang tetapi sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin.

Akhirnya penyerang kebangsaan, Norfarhan Muhammad mengubah kedudukan 1-0 apabila tandukannya menerjah gawang untuk menewaskan Nasril pada minit kelapan.

Tuan rumah turut mempunyai peluang keemasan tetapi R Gopinathan dan Mohd Fauzi Rozlan, gagal membolosi gawang lawan masing-masing pada minit ke-20 dan 28.
Impian tuan rumah untuk menyamakan kedudukan menjadi kenyataan apabila pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal muncul penjaring pada minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan begitu bersungguh-sungguh untuk mendahului lawan masing-masing hingga mencetuskan ketegangan biarpun tuan rumah mempunyai banyak peluang.

Bagaimanapun, pada minit ke-61, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Hafiz dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Pahang dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengasak kubu lawan manakala Kelantan turut berusaha melepasi pertahanan tuan rumah tetapi ia tidak berhasil.

Pada minit ke-83, tandukan Mandjou menjaringkan gol kedua buat pasukannya tetapi selang seminit kemudian, Fauzi menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rasuah: KBS sedia bantu AFC

Judi bola sepak juga perlu dibanteras: Ahmad Shabery

Kuala Terengganu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi bantuan dan kerjasama kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi menangani gejala rasuah dan judi bola sepak serantau.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar), berkata rasuah dan judi bola sepak adalah jenayah yang merentasi sempadan dan tidak boleh bergantung harap kepada sebuah negara saja bagi menangani gejala itu.

Katanya, tindakan AFC yang menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan adalah sangat wajar.

"AFC telah mengambil langkah yang wajar dan kita bersedia membantu bila-bila masa yang diperlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia dan Pelancaran IM4U Outreach Centre di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini.

Katanya, judi bola sepak pada kebiasaannya beroperasi melalui Internet dan ada sebahagian sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan kepakaran pihak polis antarabangsa bagi menanganinya.

Mampu dilumpuhkan

Ahmad Shabery berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang tegas dalam soal membanteras rasuah dan pertaruhan bola sepak yang dengan kerjasama semua pihak ia mampu dilumpuhkan.
"Jika perkara seperti ini berleluasa di negara kita, orang ramai akan hilang kepercayaan sekali gus boleh merosakkan industri bola sepak tanah air.

"Negara lain juga turut menghadapi perkara yang sama, namun Malaysia belum sampai ke peringkat yang lebih parah," katanya.

Kelmarin, AFC dilapor menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras gejala rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.

Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia melalui sindiket di Singapura.

BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

'Pengadil tidak teruk'

Mutu pengadilan Liga-M berada pada tahap normal, kualiti akan ditingkatkan

Kuala Lumpur: Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) masih berada pada tahap normal, ia tidak cemerlang dan juga tidak teruk, kata Ahli Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh.

Sehubungan itu, guru berusia 47 tahun yang bersara sebagai pengadil pada 2011 selepas menjadi pengadil simpanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan itu berkata, semua pihak perlu bersikap positif untuk sama-sama membantu meningkatkan kualiti pengadil tempatan, bukan terus mencerca mereka.

"Pada pendapat saya, mutu pengadil kita masih normal.. cemerlang tidak, teruk pun tidak.

"Walaupun mungkin ada satu atau dua pengadil yang lemah, kita tetap perlu beri sokongan supaya mutu pengadilan yang ada terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai mutu pengadilan Liga-M dilihat semakin hari semakin menimbulkan persoalan apabila keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan didapati agak 'mengarut', sekali gus menjurus kepada insiden pergaduhan pemain, selain penyokong yang marah membaling objek ke dalam padang.

Kemuncak kepada isu itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membidas mutu pengadilan Liga-M yang disifatkan belum mencapai tahap profesional.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Rasuah: AFC tubuh pasukan bertindak

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 15.23

Singapura: Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) semalam menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan, sehari selepas persidangan anjuran Polis Antarabangsa (Interpol) di Kuala Lumpur.

Setiausaha agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.

"Dengan menubuhkan pasukan bertindak ini, kita akan menyelaraskan pendidikan, latihan dan pelaksanaannya melalui satu platform," katanya.

Dengan menubuhkan pasukan bertindak ini, kita akan menyelaraskan pendidikan, latihan dan pelaksanaannya melalui satu platform" Alex Soosay Setiausaha Agung AFC


Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia, melalui sindiket di Singapura.

Ia menyatakan kira-kira 680 keputusan perlawanan adalah meragukan, termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia dan kejohanan Eropah serta Liga Juara-Juara Eropah.

Khamis lalu, polis Itali menahan seorang bekas pemain berusia 31 tahun dari Slovenia yang dikaitkan dengan ketua sindiket yang mengatur perlawanan, selepas bekas pemain itu tampil menyerah diri. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

SSTMI Jr lakar kejutan

Liga Hoki Remaja 2013

Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) melakar kejutan apabila melakar kemenangan ke atas pasukan pilihan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 4-3 dalam pusingan pertama suku akhir Piala Milo di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

MBPJ tercicir 4-1 sebelum berjaya mengurangkan jurang jaringan sekali gus mengembalikan semula harapan mereka pada pusingan kedua, esok.

Thunderbolt, UniKL menang besar

Jaringan SSTMI Jr dihasilkan Firdaus Musa pada minit ke-17 sebelum gol oleh Danial Asyraf Abdul Ghani (m-40 dan 44) dan Muhammad Luqman Hakim Mohamad Asri pada m-49.

Jaringan MBPJ pula dilunaskan Mohamad Hafify Mohd Rodzi (m-30) sebelum gol sendiri oleh pemain SSTMI Jr pada minit ke-58 dan Shahiram Zali pada minit ke-65.

Dalam perlawanan di Johor Bahru, SSTMI Thunderbolt beraksi garang menewaskan juara Divisyen Dua, Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) 4-0 sementara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membenam Sekolah Tinggi Melaka (MHS) 7-0.
"Memikirkan SSKL sebelum ini menamatkan saingan kumpulan tanpa keciciran mata, kami jangkakan ia adalah perlawanan sukar. Tetapi pemain saya berjaya mengawal situasi sejak dari awal dan dengan empat jaringan itu, pusingan timbal balik akan menjadi lebih mudah," kata jurulatih SSTMI Thunderbolt, Wan Roslan Wan Rahman.

Keputusan
SSTMI Jr 4 MBPJ 3
UniKL 7 MHS 0
SSTMI Thunderbolt 4 SSKL 0
MBI Anderson 5 PHK-MSS Kelantan 1


15.23 | 0 komentar | Read More

MSN terima alasan lantik ejen kendali aksi Harimau Muda A

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) menerima penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi melantik ejen bagi menguruskan perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Muda A dengan beberapa kelab di Australia, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong, berkata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sudah memberi penjelasan dalam pertemuan minggu lalu dan MSN menerima alasan yang diberikan.

"Kalau kita nak ke negara Asia lain mungkin tidak ada masalah tetapi kalau ke negara seperti Australia yang ranking lebih tinggi dari Malaysia, memang kita memerlukan ejen untuk menguruskan perlawanan persahabatan.

"Kos memang tinggi kerana ejen juga memerlukan keuntungan. Apa yang penting matlamat Harimau Muda A mengadakan perlawanan persahabatan di Australia tercapai," katanya ketika dihubungi semalam.

Babit kos cukup tinggi

Baru-baru ini, BH Sukan melaporkan sesi latihan skuad kendalian Ong Kim Swee seolah-olah ditipu ejen apabila sekadar bertemu pasukan B-18 Akademi Sukan Queensland, bukan seperti jadual asal, juara bertahan Liga Australia, Brisbane Roar.

Rentetan itu, ia menimbulkan persoalan, adakah berbaloi penggunaan ejen yang membabitkan kos yang cukup tinggi dalam menguruskan latihan pasukan negara sepanjang dua minggu berada di Australia?
Mengulas kejadian itu, Zolkples berkata ia seperti menjadi adat, pasukan lebih baik tidak mahu melayan apa juga hasrat skuad negara yang jelas berada di ranking terkebawah berbanding Australia.

"Masa perlawanan persahabatan dengan Australia lalu, kita kalah 5-0 dan semestinya orang sudah tahu kemampuan kita. Ia sama juga kalau pasukan hoki Myanmar yang berada di ranking lebih rendah mahu menentang Malaysia, adakah kita sedia penuhkan permintaan itu?," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nadzmi tetap tanding

Walaupun seorang lagi calon dari Asia raih 18 sokongan, tak jejas pendiriannya

Kuala Lumpur: Sehingga tarikh tutup pencalonan semalam, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh kekal dengan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada pemilihan yang berlangsung 18 Mei depan.

Nadzmi menegaskan tidak ada perubahan dalam keputusan yang diumumkan sebelum ini walaupun Setiausaha Konfederasi Badminton Asia (BAC), Surasak Songvarakulpan menggesa beliau atau seorang lagi calon dari Asia iaitu Penasihat Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Justian Suhandinata menarik diri bagi mengelak perpecahan undian berlaku di kalangan ahli gabungan badan induk berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata gesaan yang dibuat Songvarakulpan adalah pandangan peribadinya dan beliau tidak akan terpengaruh dengannya.

"Itu pandangan peribadi beliau (Songvarakulpan) dan saya tidak mahu terpengaruh dengannya.

"Apa yang pasti saya mendapat sokongan yang kuat daripada ahli gabungan yang mahukan saya menjadi presiden BWF.
"Saya akan memulakan kempen tidak lama lagi dan berjumpa dengan ahli gabungan BWF bagi mendapatkan pandangan mereka," kata Nadzmi ketika dihubungi semalam.

Pertandingan tiga penjuru

Pemilihan merebut jawatan presiden kali ini dijangka membabitkan pertandingan tiga penjuru iaitu antara Nadzmi, Suhandinata dan Presiden Persatuan Badminton Eropah, Poul-Erik Hoyer Larsen.

Begitupun, Suhandinata dilihat mempunyai peratusan tinggi untuk memenangi pemilihan berkenaan selepas dilapor meraih 18 sokongan termasuk daripada kuasa besar badminton dunia, China.

Nadzmi membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden BWF selepas mendapat sokongan penuh daripada BAM yang mana beliau tidak lagi akan mempertahankan jawatannya dalam badan induk itu pada pemilihan Jun depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Theo Bos yakin menyerlah

Written By Unknown on Kamis, 21 Februari 2013 | 15.23

Langkawi: Tampil buat julung kali pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, juara dunia lima kali dalam acara trek, Theo Bos bakal menjadi pencabar utama memenangi perlumbaan jelajah terulung di Asia itu yang memulakan saingan dari Kangar ke Kulim sejauh 162.7 kilometer hari ini.

"Keadaan cuaca mengejutkan saya sejak tiba di sini kerana ia terlalu panas namun saya jangka banyak saingan pecutan akan berlaku," kata pelumba dari pasukan Blanco Pro Cycling selepas majlis memperkenalkan pasukan di Dataran Lang, semalam.

Bertukar ke acara lebuh raya sejak empat tahun lalu, pelumba berumur 29 tahun itu berkata, pasukannya mempertaruhkan lima pakar pecut sementara tugasan pendakian bakal dipikul seorang pelumba muda berumur 23 tahun dari Belanda, Marc Goos.
15.23 | 0 komentar | Read More

Laluan Chelsea, The Reds berbeza

Paris: Juara Eropah musim lalu, Chelsea mengetuai barisan empat kelab Inggeris yang memburu tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Europa, awal pagi esok.

Chelsea menuju ke perlawanan timbal balik bertemu Sparta Prague di Stamford Bridge dengan bekalan 1-0 hasil jaringan tunggal Oscar seminggu lalu di ibu negara Czech.

"Kami masih perlu mengekalkan tumpuan untuk memastikan keputusan positif, tetapi kami berada di kedudukan baik sekarang dan perlu meneruskannya," kata arkitek Chelsea, Frank Lampard yang kini hanya kurang tiga gol untuk menyamai rekod kelab, 202 gol milik Bobby Tambling.

Tindak balas positif

"Liga Europa adalah pertandingan hebat untuk dimenangi, jadi itu yang perlu kami lakukan."

Juara tiga kali Piala UEFA, Liverpool perlu mengatasi defisit dua gol bertemu juara Piala UEFA 2008, Zenit St Petersburg sekiranya tidak mahu kempen Eropah musim ini tamat di Anfield.

Masih segar dengan kemenangan 5-0 pada Ahad lalu ke atas pesaing Liga Perdana Inggeris, Swansea, pertahanan Sepanyol, Jose Enrique berharap pasukan kendalian Brendan Rodgers itu mampu mengulangi persembahan sama hari ini.
"Pasukan memberi tindak balas baik," katanya. "Bertemu Zenit amat sukar, jadi bagus buat kami untuk mencapai keputusan sebegini kerana tahap keyakinan semakin memuncak untuk perlawanan seterusnya." - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Amri isi tempat Forkey Doe

Kuala Lumpur: Selangor bakal mendapat semula sentuhan Amri Yahyah pada aksi kelapan Liga Super bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam esok selepas pemain paling senior dalam skuad Red Giants itu selesai menjalani hukuman penggantungan empat perlawanan.

Namun, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak dapat menurunkan kedua-dua tonggak importnya, Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub yang mengumpul tiga kad kuning serta pemain sayap, Raimi Md Nor yang dibuang padang ketika tewas 2-0 kepada Tentera di Paroi, malam kelmarin.

"Saya harap Amri tampil menyerlah Jumaat ini (esok) kerana biarpun tidak beraksi empat perlawanan, saya yakin sebagai pemain berpengalaman dia mampu membimbing rakan-rakan lain mengisi tempat Forkey Doe.

Harus atasi PKNS

"Nasriq Baharom boleh bergandingan dengan Asraruddin Putra Omar kerana ketiadaan Dayoub dan S Kunanlan pula sudah boleh beraksi untuk mengisi tempat Raimi. Jika Pahang boleh menyerlah tanpa import dalam kesebelasan, mengapa tidak kita," kata Irfan ketika dihubungi, semalam.

Mengulas kekalahan 2-0 kepada Tentera, malam kelmarin, Irfan berkata, kegagalan Selangor beraksi pada tahap sebenar ketika 20 minit pertama permainan menyebabkan lawan berjaya memperoleh gol pertama.

"Jadi untuk bertemu PKNS FC, kami tiada pilihan lain kecuali perlu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri dan supaya tidak tercicir mata untuk terus berada di kelompok atas liga," tegas Irfan.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM terus buntu isu gaduh Selangor-Tentera

Kuala Lumpur: Walaupun pergaduhan antara Selangor dan Tentera genap sebulan Isnin ini, tetapi kesungguhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menangani insiden itu terus mencetuskan persoalan.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang membincangkan kes itu, tetapi jawapan yang diberikan selepas itu mengecewakan - masih kekurangan bukti kukuh untuk mengemukakan pertuduhan ke atas pemain yang mencetuskan insiden berkenaan.

"Kami perlu meneliti rakaman video kejadian itu dan jawatankuasa masih mengumpul maklumat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Laporan pegawai perlawanan hanya berkisar kepada perlawanan saja dan tidak termasuk mengenai kejadian yang berlaku," kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud (gambar) selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?


Hamidin nafi campur tangan

BH Sukan sebelum ini melaporkan perlawanan pusingan pertama Piala FA antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 25 Januari lalu, kecoh selepas berlaku kesilapan pengadil, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada Shukur Jusoh kerana menyangka pemain tengah Selangor itu sudah mempunyai satu kad kuning.

Walaupun kekecohan berjaya dileraikan namun pergaduhan kembali tercetus sejurus tamat perlawanan di depan bangku pemain Tentera dan ia dikatakan berlaku berikutan provokasi yang dilakukan penyerang Selangor, Afiq Azmi.

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?
Tetapi, ia pantas dinafikan Hamidin dan FAM dalam kenyataannya semalam menafikan badan induk itu bersikap berat sebelah dalam menangani isu kekecohan membabitkan pergaduhan antara pemain Selangor dan Tentera berkenaan.


15.23 | 0 komentar | Read More

India ujian hoki wanita

Written By Unknown on Selasa, 19 Februari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Meskipun melakar kemenangan 3-1 dalam perlawanan sulung Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua menentang Russia di New Delhi semalam, pasukan negara masih belum mahu menarik nafas lega memandangkan pertarungan hari ini bertemu tuan rumah disifatkan lebih penting.

Pengendali pasukan, Mohd Nasihin Nubli berkata, pertemuan dengan pasukan pilihan di ranking ke-12 dunia itu pasti lebih sengit tambahan pula India beraksi di laman sendiri.

"(Farah) Ayuni (Yahya) beraksi dengan baik hari ini (semalam) tetapi dia mengalami kecederaan pada tiga minit terakhir dan kelihatan kecederaannya itu agak teruk, diharap dia dapat pulih dengan segera," kata Mohd Nasihin, ketika dihubungi semalam.

Bertemu India sememangnya sukar, tetapi kami akan cuba mendapatkan tiga mata lagi," Mohd Nasihin Nubli, Pengendali pasukan hoki wanita


"Bertemu India memang sukar, tetapi kami akan cuba mendapatkan tiga mata lagi." Pada perlawanan semalam, gol skuad negara disumbang Siti Rahmah Othman pada minit ke-9, Noor Hasliza Md Ali (m-42) dan Fazilla Sylvester Silin (m-64). Gol sagu hati Russia disumbang Alexandra Zhashkova (m-58).

SSKL diundi temu SSTMI

Sementara itu, dalam saingan Piala Milo Kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia - skuad juara Divisyen Dua, Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) bakal berdepan laluan berliku apabila diundi bertemu juara Divisyen Satu, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) pada saingan suku akhir pertama, Jumaat ini.

"Ia sangat sukar tetapi itu adalah undian yang diterima," kata pengurus pasukan SSKL, Zainal Ariffin Abdullah, semalam. "Walaupun nasib tidak menyebelahi kami dalam undian ini tetapi kami akan cuba sebaik mungkin."
INFO: Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua - Hari Ini
Malaysia mln India (10.30 mlm)
Jepun mln Kazakhstan (8.30 mlm)
Fiji mln Russia (6.30 ptg)


15.23 | 0 komentar | Read More

Taekwondo remaja dijangka lebih meriah

Kuala Lumpur: Edisi ke-8 Kejohanan Taekwondo Remaja Koko Krunch 2013 yang dijadual bermula di Pulau Pinang, Mac ini bakal memperlihatkan penyertaan lebih besar sejak awal penganjurannya pada 2006 dengan 2,200 peserta, selain tahun ini menyaksikan Singapura juga menjadi satu daripada empat tuan rumah pertandingan peringkat wilayah.

Penyertaan Singapura bakal menjadikan ia sebagai satu elemen yang membawa kejohanan itu sebagai 'kejohanan antarabangsa' dan pemenang pingat emas di negara jiran itu akan bertanding pada final di Kuala Lumpur, pada 23 Jun bagi merebut Trofi Cabaran Tunku Imran Nestle Koko Krunch.

"Ini perkembangan sangat mengujakan dan tentu sekali menjadi petanda baik untuk sukan taekwondo di peringkat akar umbi," kata Presiden Taekwondo Malaysia (WTF), Tan Sri Tengku Imran Tuanku Jaafar selepas melancarkan kejohanan itu semalam.

"Peserta dari kedua-dua negara akan mendapat peluang mempamerkan kemahiran masing-masing dalam pertandingan ini, yang akan membantu mereka menjadi atlet lebih baik," katanya.

Pertandingan akhir akan berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur dan disertai oleh 600 peserta.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pengurus Harimau 'bohong': Piya

Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.

"Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.

"Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sedia sarung jersi kebangsaan

Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.
"Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang," kata Piya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Perang tetangga' Pantai Timur tetap saji debaran

Kota Bharu: Tiada siapa lagi berhak mendabik dada apabila Kelantan dan Terengganu bertembung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Jika sebelum ini, kedua-dua pasukan turun untuk menentukan siapa sebenarnya jaguh Pantai Timur dan bersaing di puncak persada liga, tetapi kini The Red Warriors (TRW) dan Penyu, sama-sama hampir lemas di dasar liga serta tertekan untuk mencari kemenangan kedua dalam saingan liga selepas enam perlawanan.

Ketua jurulatih Terengganu, E Elavarasan, menyedari perlawanan menentang jiran dan lawan, Kelantan, jauh lebih penting daripada hanya satu perlawanan bola sepak kepada penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

"Saya diberitahu 'derby' Pantai Timur antara Terengganu dan Kelantan bagaikan penentuan hidup dengan mati satu masa dulu dan pemenang mendapat hak untuk mendabik dada.

"Kali ini, ia masih seperti penentuan hidup dan mati, cuma bezanya tiga mata yang bakal diperoleh pemenang lebih penting kerana hak mendabik dada tidak mempunyai erti jika pasukan berada di tangga tercorot liga," katanya semalam.

Piya janji aksi terbaik

Sementara itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengakui dia dan rakan sepasukan akan turun dengan misi menamatkan kemarau tanpa kemenangan TRW dalam pertembungan 'derby' itu selepas gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini.
"Kami ada kelebihan beraksi di tempat sendiri dan perlu bermain baik untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan.

"Memang tidak dinafikan saya masih belum cergas sepenuhnya, namun saya tetap bersemangat membantu pasukan. Badi ketumpulan barisan depan harus diatasi segera dan elak daripada terus ketinggalan dalam liga," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Benteng rapuh punca Pahang tersungkur

Written By Unknown on Senin, 18 Februari 2013 | 15.23

Kuantan: Jentera pertahanan yang hilang fokus antara faktor kekalahan Pahang kepada Lions XII 0-3 di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin.

Kekalahan itu juga meletakkan skuad kendalian Dollah Salleh itu di tangga ketiga Liga Super di belakang Selangor dan Lions XII, masing-masing memungut 13 mata dan 12 mata.

Saya akui kekalahan ini amat sukar diterima terutama kegagalan pemain pertahanan mengawal pergerakan pantas tuan rumah menyebabkan gawang kita dibolosi tiga gol.

Selain itu, beraksi di atas padang tiruan menjejaskan corak permainan biarpun ada ketikanya pemain mampu memberi tekanan kepada tuan rumah, katanya pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh semalam.

Bangkit temui Perak

Justeru, Che Nasir mahu kekalahan itu memberi pengajaran terbaik kepada pemain supaya bangkit pada pertemuan dengan Perak, esok.

Katanya, kekalahan itu tidak harus melunturkan semangat pemain kerana mereka akan kembali beraksi di padang rumput sekali gus memulihkan kembali prestasi pasukan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Penat himpit cabaran Johor DT

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) perlu segera memperbaiki kelemahan pemain yang ditakrif cepat penat dan gagal beraksi konsisten dalam 90 minit andai mahu bersaing di puncak carta Liga Super selepas skuad bimbingan Fandi Ahmad itu sekadar bernasib baik meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team, malam kelmarin.

Apa yang disajikan skuad bergelar Harimau Selatan di hadapan lebih 20,000 penyokong terserlah hanya pada babak pertama, namun agak lesu pada 20 minit terakhir babak kedua hingga membolehkan anak buah Peter Butler menguasai perlawanan serta hampir meragut tiga mata yang berada dalam genggaman.

Malah penolong jurulatih, Ismail Ibrahim yang hadir pada sidang media ketika Fandi sibuk memberi taklimat kepada pemain di bilik persalinan selepas perlawanan itu mengakui tanpa Simone Del Nero yang terpaksa dikeluarkan kerana berlaga dengan Mohd Nuraliff Zainal Abidin dalam perebutan bola di udara menjejaskan rentak permainan terutama di posisi tengah yang dikuasai T-Team.

Elak tercicir mata

"Kami terpaksa menggantikan Simone (Del Nero) yang tampak tidak stabil selepas berlanggar dengan pemain T-Team dan dia terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut walaupun keadaan tidak serius dan akan beraksi pada perlawanan menentang Lions XII, malam esok.

"Apa pun tiga mata yang diraih sudah memadai dan kita perlu atasi segera setiap kelemahan terutama di posisi tengah, malah kelibat Safiq Rahim bukanlah selaku perancang utama, sebaliknya dia lebih gemar mengumpan bola dan tidak menggunakan kepakaran menjana gerakan berbahaya," katanya.

Ismail juga belum beri kata putus sama ada Aidil Zafuan Abd Radzak yang terpaksa direhatkan pada perlawanan itu akan kembali dalam kesebelasan utama apabila skuad Harimau Selatan melayani kunjungan jiran Lions XII, selain kelibat Mohd Tuah Iskandar yang turut alami kecederaan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Red Warriors hadapi masalah baru

Kota Bharu: Ketika masalah ketumpulan penyudah jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan masalah baru - kealpaan benteng.

Ketua jurulatih dari Croatia itu mengakui faktor itu menjadi punca The Red Warriors (TRW) kalah kepada Selangor 0-2 Jumaat lalu selain masalah sama - ketumpulan penyudah jentera serangan.

"Kemelut TRW kini bukan saja membabitkan jentera serangan yang tumpul, tetapi juga benteng pertahanan yang mudah ditembusi hingga memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol sebagaimana berlaku ketika menentang Selangor.

"Namun, saya harap pemain tidak mudah lemah semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan menentang Terengganu Selasa ini (esok). Kita perlu lupakan segala kekecewaan dan bangkit membuktikan kemampuan sebenar," katanya semalam.

Tunggu pendaftaran kedua

Hodak yang mencipta nama dengan membantu Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu mengakui selain berharap jentera serangan bangkit meningkatkan ketajaman, dia berharap pendaftaran kedua pemain April ini mampu membantunya mengatasi posisi berkenaan.

"Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab terhadap segala kelemahan dan berusaha memperbaikinya. Apa saja kritikan akibat kegagalan untuk mempamerkan aksi terbaik, saya terima dan yakin pemain akan bangkit membuktikan kemampuan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Selangor, Tentera kian membara

Kuala Lumpur: Tumpuan pemain Selangor dan Tentera menjelang pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok hanya untuk meraih mata penuh bagi merebut kedudukan di kelompok teratas Liga Super tanpa mahu mengenang insiden 25 Januari lalu.

Pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam itu, pemain Selangor dan Tentera 'bertempur' sejurus tamat penentuan sepakan penalti yang dimenangi Selangor 3-2.

Bagi pemain sayap kiri Selangor, Raimi Md Nor yang beraksi dalam kesebelasan utama untuk semua aksi musim ini kecuali ketika bertemu Terengganu, tumpuan dia dan rakan sepasukan lebih kepada untuk meneruskan rentak cemerlang yang membawa Selangor ke tangga teratas Liga Super ketika ini.

"Kami semua mahu mengekalkan rentak kemenangan ini dan cuba membuat yang lebih baik berbanding ketika menewaskan Sabah 3-0 (Piala FA, Selasa lalu) dan Kelantan 2-0 (Jumaat lalu).

Tiada dendam

"Mengenai insiden pergaduhan itu, sebenarnya bagi saya tiada apa-apa masalah dan jurulatih pun anggap ia sudah selesai. Kami kini hanya mahu beri fokus dan tumpuan terhadap perlawanan," kata Raimi yang kembali ke Selangor musim ini selepas berkelana ke KL Plus, Sime Darby dan FELDA United.

Sementara itu, kapten Tentera, Hairuddin Omar lebih menganggap pertemuan dengan Selangor penting supaya pasukannya itu tidak terus tercicir mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan, malam kelmarin.
"Lupakan semua dendam dan apa yang pernah berlaku dalam perlawanan sebelum ini. Bermain secara profesional dan saya harap kedua-dua pasukan akan lebih fokus terhadap perlawanan.

"Selangor adalah pencabar kejuaraan untuk musim ini dan saya harap pasukan dapat bermain baik. Kami perlu waspada kerana sekarang Selangor berada di tahap prestasi terbaik," kata Hairuddin.


15.23 | 0 komentar | Read More

Skuad Rusa hanya mampu raih 1 mata

Written By Unknown on Minggu, 17 Februari 2013 | 15.23

Seremban: Impian Negeri Sembilan untuk meraih kemenangan pertama musim ini gagal apabila seri 1-1 dengan Tentera dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Negeri Sembilan bermula agresif apabila melakukan serangan bertali arus menerusi gandingan Mohd Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah selepas penyerang import Emanuel Matias De Porras tidak diturunkan, namun beberapa peluang di depan gawang lawan, gagal dimanfaatkan.

Firdaus akhirnya berjaya menceriakan kira-kira 3,000 penyokong skuad Hobin Jang Hobin apabila menjaringkan gol pada minit ke-34, dengan menyudahkan hantaran lintang Eddy Helmi Manan.

Pelawat yang ketinggalan, mula memperkemaskan gerakan sebaik separuh masa kedua bermula dan sesekali melakukan percubaan ke gawang tuan rumah menerusi Marlon Alex James namun pertahanan tuan rumah dapat menghalang setiap gerakan penyerang berbisa itu.

Negeri Sembilan hampir melebarkan lagi penguasaan, namun lorongan Shahurain kepada Eddy Helmi pada minit ke-60 gagal dimanfaatkan, manakala Marlon pula berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan di depan pintu gol dapat dihalang kemas penjaga gol tuan rumah Mohd Hamsani Ahmad pada minit ke-74.

Bruno Martelotto akhirnya melenyapkan impian Negeri Sembilan untuk mendapatkan tiga mata apabila menanduk masuk bola hantaran Irwan Fazdli Idrus pada minit ke-89.


15.23 | 0 komentar | Read More

PKNS mudah ratah FELDA United

Petaling Jaya: Kad merah yang diterima tonggak FELDA United, Mohd Nizam Abu Bakar membawa bencana buat pasukan itu apabila tewas mudah 3-1 kepada PKNS FC di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam.

"Kita rasa bertuah apabila dapat bermain dengan kelebihan seorang pemain selepas FELDA terpaksa bermain dengan 10 orang. Situasi itu jelas memberi kelebihan buat kami untuk meraih kemenangan.


Pemain mula berani

"Jika diikutkan, prestasi ini bukan yang terbaik, namun apa yang positif adalah pemain mula berani untuk terus bergerak ke depan," kata jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim sejurus tamat perlawanan.

Babak pertama bermula hambar tetapi FELDA terlebih dulu menguji benteng PKNS terutama menerusi Mohammed Ghaddar, namun tanpa disangka, pemain pertahanan pelawat, Helmi Rameli mencatat nama sebagai penjaring gol pembukaan pada minit ke-28.

FELDA yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan semakin tertekan selepas Mohd Nizam diarahkan keluar padang oleh pengadil, Azman Jamalludin tetapi selang seminit kemudian, Ghaddar menghadirkan keceriaan buat skuad 'peneroka' dengan gol penyamaan.

Bagaimanapun, seminit sebelum separuh masa pertama berakhir, Ronaldinho kembali meletakkan PKNS di depan selepas menerima hantaran Nazrin Syamsul dari sebelah kiri pintu gol.
Bersambung babak kedua, gandingan hebat dua pemain PKNS itu sekali lagi menghukum kealpaan dan minit ke-55, Ronaldinho melorongkan bola kepada Nazrin Syamsul untuk menjadikan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor DT kekal rekod bersih

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan rekod bersih di laman sendiri selepas menang tipis 1-0 ke atas T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Jaringan tunggal yang dihasilkan bintang Sepanyol, Daniel Guiza pada babak pertama sudah memadai buat skuad yang bergelar Harimau Selatan mengutip tiga mata, tatkala tanpa kelibat Aidil Zafuan Abd Radzak yang mengalami kecederaan.

Pengendalinya, Fandi Ahmad bagaimanapun kecewa kerana anak buahnya yang beraksi cemerlang pada babak pertama seharusnya mencatat kemenangan lebih besar hasil deretan peluang yang dicipta, tetapi gagal dimanfaatkan jentera serangan.

Kami sepatutnya menang dengan tiga atau empat gol, tetapi tidak guna mencipta banyak peluang jika tidak disempurnakan, kata Fandi yang lega dapat mengutip mata penuh selepas diasak hebat T-Team pada babak kedua.

Tembusi kotak penalti

Tuan rumah bermula garang seawal minit ketiga selepas bola hantaran kapten Safiq Rahim membuka ruang kepada Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti, tetapi rembatannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol T-Team, Mohd Iqbal Suhimi.

Selepas bertali arus mengasak kubu T-Team, akhirnya Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke-31 berpunca dari gerakan Nurul Azwan Roya yang menyepak bola leret dari sudut kiri tepat kepada Guiza yang sekadar menguis bola menewaskan Mohd Iqbal.
Bersambung babak kedua, T-Team yang bertungkus lumus memburu gol penyamaan berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-65, namun gol yang dihasilkan pemain gantian, Mohd Marzuki Yusof dibatalkan kerana berada pada posisi ofsaid.

Pengendali T-Team, Peter Butler memuji semangat juang anak buahnya yang kebanyakannya dibarisi pemain muda.

Kami bertemu pasukan yang dibarisi pemain bintang, mereka berhak untuk tiga mata ini tetapi kami sepatutnya pulang dengan satu mata, kata Butler.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tok Gajah tersungkur

Lions XII turut rampas kedudukan kedua Liga Super dari Pahang

Singapura: Hajat Pahang untuk kembali menghuni tangga teratas Liga Super selepas dirampas Selangor, malam kelmarin tidak kesampaian apabila tewas 3-0 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Malah, skuad kendalian Dollah Salleh itu turut dipintas Lions XII apabila kedua-dua pasukan terikat 12 mata hasil empat menang dan dua tewas tetapi Lions XII memiliki kelebihan perbezaan gol.

Pemain berjaya melakukan tugas mereka dengan baik terutama ketika menyerang dan ini antara persembahan terbaik kami.

Pahang bagi saya kurang bernasib baik kerana mereka turut mendapat beberapa peluang, kata jurulatih Lions XII, V Sundramoorthy selepas perlawanan.

Beraksi di atas padang rumput tiruan, kelebihan ternyata memihak Lions XII yang cukup selesa mempamerkan corak hantaran kemas dan hasil pertama diperoleh seawal minit ke-12 menerusi penyudah Faris Ramli.

Lions XII sekali lagi berjaya menembusi gawang Pahang yang dikawal Nasril Nourdin, namun jaringan Fazrul Nawaz Shahul Hameed pada minit ke-35 dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Percubaan terbaik Pahang hanya diperoleh pada minit ke-38, tetapi rembatan Azammuddin Akil walaupun melepasi kawalan pertahanan Lions XII sekadar sipi ke kiri gawang lawan yang dikawal Izwan Mahbud.
Fazrul Nawaz sekali lagi kecewa apabila jaringannya pada minit ke-55 turut dibatalkan pengadil kerana ofsaid dan seminit kemudian jaringan pemain Pahang, R Gopinathan pula dibatalkan kerana kesalahan sama.

Lions XII berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan kemas pemain pertahanan, Safuwan Baharudin pada minit ke-66 berpunca sepakan percuma.

Selepas kecewa dua jaringan awalnya dibatalkan, Fazrul Nawaz akhirnya berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring apabila tandukannya berpunca sepakan sudut menghasilkan gol ketiga Lions XII minit ke-76.


15.23 | 0 komentar | Read More

LTdL tambah ganjaran pelumba tempatan

Written By Unknown on Sabtu, 16 Februari 2013 | 15.23

RM10,000 bagi anugerah tiga kategori

Kuala Lumpur: Buat julung kali, edisi ke-18 Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal menyaksikan pelumba terbaik tempatan menerima ganjaran berjumlah RM10,000 bagi tiga kategori hadiah yang disediakan dalam jelajah yang bermula, Khamis ini.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal, berkata rakan telekomunikasi rasmi LTdL Telekom Malaysia Berhad (TM) menyediakan tiga anugerah - Pemecut Terbaik Malaysia TM (Raja Pecut), Pendaki Terbaik Malaysia (Raja Bukit) dan Juara Keseluruhan Malaysia TM yang akan ditentukan pada hari terakhir perlumbaan, 2 Mac ini.

Beliau berkata, Raja Pecut akan menerima RM2,500, Raja Bukit (RM2,500) dan juara keseluruhan RM5,000.

Motivasi 16 pelumba

"Tajaan ini bakal menjadi penggalak semangat buat 16 pelumba negara yang terbabit pada jelajah kali ini selepas seorang pelumba tempatan, Ahmad Haidar Anuawar yang mewakili pasukan OCBC Singapura dipinggirkan pada saat akhir berikutan kecederaan," kata Emir selepas majlis pengumuman penajaan TM, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman, berkata selepas tahun ke-18 terbabit dalam penajaan LTdL, TM berharap anugerah itu dapat memenuhi objektif dalam melahirkan lebih ramai pelumba negara yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.
"Kami akan memberikan anugerah ini setiap tahun namun selepas LTdL 2013, kami akan berbincang dan membuat penilaian sama ada perlu untuk memberi anugerah kepada pemenang pada setiap peringkat pada masa akan datang," katanya.

Katanya, anugerah itu juga diharap dapat memainkan peranan dalam mempromosi gaya hidup sihat terutama di kalangan generasi muda dengan mencetuskan minat dalam sukan berbasikal.

INFO: Senarai pelumba tempatan LTdL 2013

Pasukan kebangsaan Malaysia
- Mohd Fauzan Ahmad Lutfi,
Amir Mustafa Rusli,
Muhamad Rauf Nur Misbah,
Mohd Nor Rizuan Zainal,
Yusrizal Usoff,
Muhammad Zulhilmi Afif Ahmad Zamri

Synergy Baku Cycling Project
- Anuar Manan
OCBC Singapura
- Loh Sea Keong

Champion System Pro Cycling Team
- Adiq Hussainie Othman

RTS Racing Team
- Ng Yong Li
Terengganu Cycling Team
- Mohd Harrif Salleh,
Mohd Zamri Salleh,
Mohd Nur Umardi Rosdi,
Nur Amirull Fahruddin Mazuki,
Mohammad Saufi Mat Senan,
Mohd Shahrul Mat Amin


15.23 | 0 komentar | Read More

Sabah gigit jari jadi mangsa pertama UiTM

Shah Alam: UiTM FC akhirnya berjaya merakamkan kemenangan sulung pada saingan Liga Perdana, musim ini selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam.

Tewas kelima-lima perlawanan liga sebelum ini serta tersingkir di pusingan pertama Piala FA selepas kalah 2-0 kepada Negeri Sembilan, UiTM FC turut berjaya menamatkan kemarau gagal menjaringkan sebarang gol sebelum ini.

Namun, kebuntuan UiTM FC itu terlerai apabila Adam Syahir Rosli menjaringkan gol pertama pada minit ke-58 disusuri jaringan kedua oleh Hafizuddin Harun pada masa kecederaan untuk menambah derita Sabah yang tewas 3-0 kepada Selangor pada pusingan kedua Piala FA, Selasa lalu.

"Saya lihat Sabah beraksi di bawah prestasi sebenar dan dari itu kami berjaya mengambil kesempatan.

"Saya lihat sikap pemain sejak dari awal permainan lagi sudah menampakkan kesungguhan untuk menang dan memang saya yakin kami mampu melakukannya," kata jurulatih UiTM FC, Azman Eusoff selepas perlawanan, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Fandi buat rombakan layan kunjungan T-Team

Ahmad Tharmini bakal ganti Aidil Zafuan yang terpaksa diketepikan

Johor Bahru: Pemain veteran, Ahmad Tharmini Saiban bakal disenarai dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim (DT) selepas pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak terpaksa diketepikan pada pertembungan menentang T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Rombakan itu dilakukan oleh pengendali skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad bagi memperkukuhkan benteng pertahanan apabila Aidil Zafuan mengalami masalah di bahagian perut selepas beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Qatar.

Turut tidak tersenarai dalam skuad itu, kembarnya, Zaquan Adha Abd Radzak yang masih belum pulih dari kecederaan lutut yang dialami pada Disember lalu.

Del Nero bakal turun

Biarpun begitu, berita melegakan buat Harimau Selatan apabila pemain importnya, Simone Del Nero bakal diturunkan untuk menguatkan posisi tengah.

"Selain Ahmad Tharmini, saya juga ada pilihan sama ada menurunkan K Sathiya mengemudi benteng pertahanan bersama Muslim Ahmad.
"Ahmad Tharmini mempamerkan aksi konsisten ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan dan tidak mustahil jika dia diberi kepercayaan membentuk benteng yang ampuh," katanya semalam.

Fandi waspada 2 import

Fandi berkata, sejak saingan Liga Super bermula, beliau belum lagi dapat menurunkan kesebelasan pemain terbaik tetapi lega apabila Del Nero sudah bersedia selepas cergas sepenuhnya sekali gus memberi nafas baru buat Johor DT untuk buru kemenangan di laman sendiri.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM harus peka!

Shabery minta badan induk bertindak segera sebelum hilang keyakinan peminat

Chukai: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus bertindak segera terhadap mana-mana pemain bola sepak yang terbabit dalam pergaduhan bagi meyakinkan orang ramai, khususnya peminat bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM mengambil tindakan terhadap pemain Selangor dan Tentera yang terbabit dalam pergaduhan ketika aksi Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari lalu, amat dikesalkan.

Kelewatan FAM menyelesaikan isu itu akan menghilangkan keyakinan peminat sukan bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada," Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan.


Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera kerana ia boleh menghilangkan keyakinan orang ramai khususnya peminat bola sepak tempatan terhadap sukan berkenaan.

Hilang keyakinan

"Sukan bola sepak perlu dijalankan dengan cara yang terhormat dan berintegriti, sekiranya timbul pergaduhan, ia mesti diselesaikan segera dan FAM perlu memainkan peranan.

"Kelewatan FAM menyelesaikan isu itu akan menghilangkan keyakinan peminat sukan bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada," katanya selepas merasmikan Program Komuniti Masyarakat Kampung Gong Limau di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan BH semalam mengenai Jawatankuasa Tatatertib FAM yang mengambil masa lama untuk memutuskan hukuman terhadap pemain Selangor dan Tentera yang terbabit dalam pergaduhan ketika perlawanan Piala FA, 25 Januari lalu.

Persoalan itu timbul apabila pemain yang terbabit dalam pergaduhan itu sehingga kini masih belum menerima surat pertuduhan daripada jawatankuasa berkenaan, walaupun kejadian sudah berlaku hampir tiga minggu.

Malah, ramai yang tertanya-tanya adakah FAM bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dan disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT), Lp; Abdul Rani Abdul Rahim yang mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa?

'Ranking turun kerana pemakanan, pembangunan pemain'

Mengenai kedudukan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya yang berada pada tangga ke-158 dunia, beliau berkata antara faktor prestasi skuad negara terus menurun kerana pemakanan dan pembangunan pemain.

"Sistem pemakanan yang diamalkan di pusat latihan bola sepak sekarang dianggap tidak mesra sukan kerana cara pemakanan yang salah diajar sejak awal," katanya.

Selain itu katanya, latihan sukan bola sepak perlu diberikan penekanan sejak awal dari zaman kanak-kanak membabitkan pelajar sekolah dan menengah di mana setiap sekolah perlu disediakan pelbagai kemudahan sukan termasuk gimnasium bagi tujuan latihan fizikal.


15.23 | 0 komentar | Read More

Safee ada misi tersendiri

Written By Unknown on Jumat, 15 Februari 2013 | 15.23

Johor Bahru: Andai tersenarai dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim (DT) pada aksi menentang T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok, Safee Sali ada misi yang mahu dilangsaikannya.

Apa tidaknya, selepas hampir tiga minggu bergelut dengan kecederaan dan terlepas beraksi bersama skuad Harimau Selatan serta skuad kebangsaan pada saingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Qatar tempoh hari, Safee tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Dia akan terus bekerja keras untuk meyakinkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal supaya menyenaraikannya semula dalam skuad kebangsaan menentang Yaman, di Stadium Shah Alam, 22 Mac ini.

Apapun semuanya bergantung kepada perancangan taktikal pengendali Harimau Selatan, Fandi Ahmad sama ada akan menurunkan Safee yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki kirinya dalam skuad utama ketika melayani kunjungan skuad bimbingan Peter Butler, malam esok.

Saya harap dapat bermain pada perlawanan dengan T-Team. Ini penting untuk saya menunjukkan kemampuan selepas pulih daripada kecederaan.

Jaring empat gol

Selain dapat membantu Johor DT, saya juga ingin memastikan nama saya disenaraikan ketika skuad negara bertemu Yaman pada Kelayakan Piala Asia 2015 di Shah Alam nanti, katanya.
Sementara itu, Fandi berkata, sebaik pulih daripada kecederaan, Safee beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Johor Military Force FC (JMF FC) dan menjaringkan empat gol.

Sama ada dia akan diturunkan dalam perlawanan menentang T-Team, malam esok, saya belum boleh beri kepastian sebaliknya akan pantau tahap kecergasannya pada sesi latihan, katanya.

Skuad Harimau Selatan kini berada di tangga kelima selepas mengumpul lapan mata hasil dari dua kemenangan dan dua keputusan seri.

Pasukan itu harus mengelak kekalahan pertama 2-3 ketika aksi menentang Pahang seandainya mahu memburu kelompok tiga teratas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Malaysia jatuh ranking lagi

Dunia:AFC:Nama Negara

28, 1, JAPAN
37, 2, AUSTRALIA
38, 3, KOREA REPUBLIC
57, 4, UZBEKISTAN
58, 5, IRAN
89, 6, IRAQ
92, 7, JORDAN
96, 8, CHINA PR
99, 9, UNITED ARAB EMIRATES
101, 10, QATAR
102, 11, KOREA DPR
105, 12, OMAN
108, 13, SAUDI ARABIA
110, 14, KUWAIT
119, 15, BAHRAIN
121, 16, TURKMENISTAN
131, 17, LEBANON
132, 18, TAJIKISTAN
134, 19, VIETNAM
138, 20, SYRIA
141, 21, THAILAND
147, 22, PHILIPPINES
153, 23, PALESTINE
156, 24, HONG KONG
158, 25, SINGAPORE
159, 26, MALAYSIA
159, 27, MALDIVES
163, 28, INDONESIA
164, 29, MYANMAR
165, 30, YEMEN
167, 31, INDIA
169, 32, BANGLADESH
170, 33, PAKISTAN
171, 34, CHINESE TAIPEI
173, 35, LAOS
174, 36, NEPAL
181, 37, MONGOLIA
183, 38, CAMBODIA
183, 39, GUAM
185, 40, BRUNEI DARUSSALAM
185, 41, TIMOR-LESTE
189, 42, AFGHANISTAN
193, 43, SRI LANKA
197, 44, MACAU
200, 45, KYRGYZSTAN
207, 46, BHUTAN


15.23 | 0 komentar | Read More

Kami tetap waspada: Irfan

Shah Alam: Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkeyakinan tinggi pasukannya mampu menewaskan Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini, berdasarkan semangat dan komitmen ditunjukkan pemainnya.

Jangan fikir Kelantan lama tak menang. Kami sendiri yang perlu lebih fokus. Kelantan mungkin nampak kurang laju selepas ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar dan Nurul Azwan Roya.

Selangor tetap perlu hati-hati kerana mereka masih ada Badhri Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Faiz Subri.

Bagaimanapun, dengan sokongan padu penyokong sendiri dan komitmen pemain, saya yakin Selangor boleh menang kali ini, kata Irfan yang mungkin mempertaruhkan K Gurusamy dan S Kunanlan sebagai pemain gantian selepas mereka pulih daripada kecederaan.

Kelantan sedia gempur

Di Kota Bharu, Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menegaskan jentera serangan dan sayap The Red Warriors (TRW) kini berada pada tahap terbaik menjelang pertembungan menarik itu.

Jurulatih berusia 41 tahun dari Crotia itu berkata, Kelantan kini siap sedia menggempur kubu pertahanan lawan selepas latihan intensif dilakukan pada kedua-dua jentera barisan depan berkenaan ketika cuti tiga minggu, baru-baru ini.
Katanya, mereka banyak menumpukan latihan untuk jentera serangan yang dilihat tidak menjadi selepas lima perlawanan liga sebelum ini.

"Kami sudah bekerja keras untuk memantapkan barisan depan. Hasil daripada latihan tiga minggu yang kami lakukan menampakkan ketajaman dan keserasian di barisan depan TRW, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM pilih kasih?

Kuala Lumpur: Adakah benar Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sengaja melewat-lewatkan hukuman ke atas pemain Selangor dan Tentera yang terbabit dalam pergaduhan pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari lalu?

Persoalan ini timbul apabila pemain yang terbabit dalam pergaduhan itu sehingga kini masih belum menerima surut pertuduhan daripada jawatankuasa berkenaan walaupun kejadian sudah berlaku hampir tiga minggu.

Malah, ramai yang tertanya-tanya adakah FAM bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dan disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, yang mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa?

Pengerusinya, Datuk Taufik Abdul Razak ketika dihubungi semalam menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan pihaknya akan membincangkan isu pergaduhan itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM, Rabu ini.

"Pada mesyuarat itu nanti kami akan membincangkannya. Kami perlu meneliti semula tayangan video pergaduhan bagi menentukan ia boleh dijadikan kes atau tidak.

"Selepas memperoleh maklumat dan bukti yang diperlukan, kami akan menetapkan tarikh lain bagi membolehkan jawatankuasa bersidang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Insiden pergaduhan itu menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua pasukan dengan saling tuduh menuduh - sama ada pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob, penyerang Red Giants, Afiq Azmi atau pemain Tentera, Shukor Adan - sebagai punca kejadian itu.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Malaysia kekal rekod bersih

Written By Unknown on Kamis, 14 Februari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Skuad hoki negara mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Ireland apabila menewaskan lawan itu 3-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang semalam.

Meskipun menewaskan lawan dalam ketiga-tiga perlawanan, tetapi pengendali pasukan, Paul Revington, masih belum puas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang siri perlawanan persahabatan itu.

Belum puas hati terutama dengan permulaan perlawanan permainan pasukan (hari ini) kerana kita tidak sepatutnya melepaskan gol awal.

Tengku Ahmad 2 gol

Secara keseluruhan, saya fikir keputusan yang diraih dalam ketiga-tiga perlawanan positif, tetapi pada masa sama masih banyak yang perlu diperbaiki menjelang saingan Piala Sultan Azlan Shah bulan depan, katanya sejurus perlawanan.

Semalam, pasukan pelawat terlebih dulu merobek gawang skuad negara seawal minit keempat hasil jaringan Shane O Donoghue sebelum pemain berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

Muhammad Razie Rahim menambah jaringan pada minit ke-42 sebelum Tengku Ahmad sekali lagi menjadi pemusnah dengan jaringan ketiga minit ke-66.


15.23 | 0 komentar | Read More

Zulfahmi empat terpantas di Valencia

Kuala Lumpur: Pelumba negara yang mewakili Red Bull KTM Ajo, Zulfahmi Khairuddin mencatat keputusan memberangsangkan pada hari pertama ujian rasmi Moto3 di Sirkit Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol kelmarin apabila berada dalam kelompok empat pelumba terbaik.

Zulfahmi pada ujian pertama itu mencatat masa 1 minit 41.788 saat daripada 54 pusingan untuk berada di tangga keempat terbaik, tatkala rakan sepasukan, Luis Salom yang juga naib juara Moto3 tahun lalu berada di tangga kedua terpantas dengan 1:40.871s.

Pada sesi kedua yang hanya menampilkan pelumba Moto3, Salom memperbaiki masanya, menempatkan dirinya di belakang pelumba terpantas hari itu, Maverick Vinales manakala Zulfahmi berada di tangga ketiga dengan jurang 0.781s di belakang rakannya itu.

Keyakinan tinggi

Saya sangat gembira, kata Zulfahmi. Jentera berfungsi dengan sangat baik dan kami mendapat kedudukan memberangsangkan untuk keseluruhan ujian hari pertama. Ini semua atas keserasian jentera dan diri saya untuk mendapatkan keputusan sebaik ini.

Ujian rasmi Moto3 berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin. Seorang lagi pelumba pasukan, Arthur Sissis menamatkan hari pertama dengan berada di tangga ke sembilan denga n catatan 1:42.690s.


15.23 | 0 komentar | Read More

Subahan muak layan kritikan negatif

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya, terutama daripada individu yang tidak lagi terbabit secara langsung dengan bola sepak.

Bagi Subahan, tumpuan utama kini untuk memastikan perjalanan pasukan kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal lancar, baik sepanjang persediaan mahu pun ketika menghadapi kejohanan.

Biarlah apa mereka hendak cakap, kami sudah melakukan kerja kami, kata Subahan ketika diminta mengulas kritikan bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Mohamad Bakar yang mempersoalkan tindakan Rajagobal yang masih melakukan eksperimen ketika pertemuan dengan Qatar pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Rabu lalu.

Misi Australia sukar

Dalam kenyataannya kepada BH Sukan Sabtu lalu, Mohamad yang pernah membawa skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia 1980 di Kuwait berkata, jika Rajagobal masih menerapkan corak permainan sama, misi layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia pasti sukar.

Mohamad turut menyelar tindakan Rajagobal yang tidak menggunakan sepenuhnya pengalaman pemain senior yang dibawa ke Doha, selain mengambil risiko meletakkan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli di bahagian tengah.

Bagi Subahan, apa yang dilakukan Rajagobal ketika perlawanan pertama menentang Qatar adalah disebabkan kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan dan persediaan lebih rapi bakal dilakukan menjelang pertemuan dengan Yaman 22 Mac ini.
Subahan turut menafikan tanggapan pengkritik terhadap corak pemilihan skuad kebangsaan yang dikatakan lebih cenderung memilih pemain sama berbanding pemain terbaik yang ada ketika itu.

Kami sentiasa mengamalkan corak pemilihan pemain yang terbuka. Amri (Yahyah) sebelum ini (Piala Suzuki AFF) tidak dipanggil kerana isterinya hendak bersalin. Piya (Badhri Radzi) juga pernah kami panggil tetapi dia menolaknya, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

1,200 polis kawal stadium

Petaling Jaya: Seramai 1,200 anggota polis akan ditempatkan di luar dan dalam Stadium Shah Alam, bagi mengawal keselamatan penyokong ketika pertembungan yang dijangka panas antara Selangor dan Kelantan pada aksi Liga Super, malam esok.

Langkah itu juga diambil untuk mencegah daripada tercetus sebarang kejadian tidak diingini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata untuk perlawanan berprofil tinggi seperti ini, kawalan keselamatan disediakan sama seperti perlawanan akhir.

Di atas padang pula, kami sudah beri amaran kepada pemain dan pegawai supaya menjaga tingkah laku mereka, katanya ketika ditemui di Wisma FAS, Kelana Jaya, semalam.

Kelantan agak hambar

Mengenai peluang Selangor, beliau berkata, semangat membara selepas menewaskan Sabah 3-0 di Kota Kinabalu, petang kelmarin untuk muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala FA perlu diteruskan skuad The Red Giants.

Beliau berkata, tiga mata penuh perlu diraih barisan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang kini berada di tangga ketiga kerana Kelantan belum menemui rentak sebenar apabila sekadar menghuni tangga ketujuh liga.
Kelantan nampak bermula agak hambar musim ini apabila hanya menang sekali selepas lima perlawanan tetapi sudah tentu mereka mahu bangkit semula apabila saingan kembali bersambung minggu ini.

Kekal kelompok teratas

Cuma bagi saya, Selangor sendiri tiada pilihan lain kecuali meraih tiga mata penuh ke atas Kelantan kerana kami beraksi di laman sendiri di samping perlu memanfaatkan sepenuhnya keadaan Kelantan yang bermula agak perlahan musim ini.

Saya mahu pemain tidak melepaskan peluang ini kerana kami perlu menjarakkan jurang mata untuk kekal di kelompok teratas liga.

Teruskan momentum dan moral tinggi selepas berjaya menewaskan Sabah 3-0, katanya.

Tiket perlawanan RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak akan dijual di kaunter stadium bermula jam 9 pagi esok.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gerrard gagal ledak penalti

Written By Unknown on Rabu, 13 Februari 2013 | 15.23

Liverpool: The Reds tumbang 0-2 kepada West Bromwich Albion awal pagi semalam yang menyaksikan kapten, Steven Gerrard gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyebabkan kekalahan di Anfield.

Pasukan Brendan Rodgers dilihat berpeluang mencatat kemenangan pertama dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila Gerrard melangkah mengambil sepakan penalti lewat, tetapi sepakan kapten Liverpool itu diselamatkan Ben Foster dan Albion memanfaatkan sepenuhnya peluang selepas itu.

Gareth McAuley menanduk masuk ketika perlawanan berbaki sembilan minit sebelum penyerang Romelu Lukaku memastikan kemenangan pertama Albion dalam tujuh perlawanan dengan jaringan kedua pada saat-saat akhir perlawanan untuk meletakkan kedudukan mereka di atas Liverpool.

"Pemain sudah memberi segala-galanya, tetapi kami gagal menjaringkan gol dan ia membantu meningkatkan moral West Brom.

"Saya tidak boleh menyalahkan pemain. Kami sudah mencuba yang terbaik, tetapi kami percaya sepatutnya kami sudah mendahului sejak awal perlawanan. Kami hanya perlukan gol pertama. Itu saja," kata Rodgers.

Kemenangan kali ketiga berturut-turut Albion ke atas Liverpool juga bermakna dendam yang sudah terbalas buat pengurus Steve Clarke kerana dia yang juga penolong pengurus Reds di bawah kendalian Kenny Dalglish pada musim lalu sebelum dibuang pada penghujung kempen.

"Ia adalah kemenangan yang menakjubkan buat kami. Untuk datang ke sini dan bermain menentang Liverpool yang memperagakan permainan terbaik mereka sepanjang musim, sudah tentu saya puas hati dengan persembahan pemain atas kejayaan menumbangkan lawan," kata Clarke. AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Zolkples puas hati prestasi Revington

Kuala Lumpur: Selepas enam bulan berada di negara ini, ternyata jurulatih kelahiran Afrika Selatan Paul Revington berjaya membantu meningkatkan prestasi skuad hoki negara.

Dengan misi besar membawa negara layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik, pemilihan Jurulatih Terbaik Dunia FIH 2011 itu yang bergandingan dengan penolongnya, Arul Selvaraj yang juga bekas pemain negara, membuahkan hasil.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, beliau yang mengikuti perkembangan serta menyaksikan sendiri perlawanan membabitkan skuad hoki negara berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan mereka setakat ini.

"Saya lihat prestasi yang ditunjukkan pemain yang dipanggil semula seperti Chua Boon Huat dan Ismail Abu sangat bagus. Tidak ketinggalan juga prestasi yang ditunjukkan pemain muda seperti Faiz Helmi dan Ramadan Rosli yang diberi peluang membarisi pasukan senior.

"Dengan percaturan menyenaraikan pemain lama dan baru, Paul berjaya memperoleh kelebihan dalam memilih kesebelasan terbaik negara dalam kejohanan yang disertai," katanya selepas menyaksikan perlawanan persahabatan kedua skuad hoki negara menentang Ireland, kelmarin.

Skuad negara menewaskan lawan itu 4-2 dalam perlawanan pertama dan terus mengekalkan rekod kemenangan dalam perlawanan kedua apabila menang 3-0, kelmarin sebelum mengharungi perlawanan terakhir menentang Ireland, hari ini.

Zolkples berkata, pasukan negara juga perlu merebut peluang ketiadaan pasukan utama dari Eropah pada Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung 9 Mac ini di Ipoh untuk cuba memenangi kejohanan berprestij itu.
Selain juara bertahan, New Zealand, turut akan beraksi dalam kejohanan edisi ke-22 itu ialah juara enam kali, Australia, Korea Selatan, Pakistan dan India.


15.23 | 0 komentar | Read More

FC Ryukyu intai dua pemain lagi

Kuala Lumpur: Beberapa lagi pemain Harimau Muda A termasuk Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari Ibrahim, Rozaimi Abd Rahman dan Irfan Fazail turut berpeluang menyertai kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu jika berjaya menambat hati pengurusan kelab itu yang berkunjung ke ibu negara pada 25 Februari ini.

Kunjungan pengurusan kelab itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan dua pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor mengenai tawaran kontrak yang dibuat baru-baru ini, selain ingin menilai kemampuan dua pemain tengah berkenaan.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, berkata delegasi dari FC Ryukyu itu akan berada di ibu negara selama tiga atau empat hari bermula 25 Februari ini selepas skuad B-23 negara pulang daripada aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Myanmar di Yangon, 22 Februari ini.

"Kehadiran delegasi terbabit untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai tawaran kontrak dengan Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal, selain ingin menilai Gary, Syahrul Azwari, Rozaimi, Irfan serta beberapa pemain lain.

"Saya diberitahu, kelab itu mahukan seorang atau dua lagi pemain Harimau Muda A.

"Jadi mereka akan melihat sesi latihan kami dan dalam tempoh berkenaan saya cuba mengadakan satu perlawanan persahabatan untuk memberi peluang pemain memperagakan kemampuan mereka di hadapan delegasi FC Ryukyu," katanya semalam.

Pada 2 Februari lalu, ketika mengadakan latihan dan empat perlawanan persahabatan di Gold Coast, Australia, Kim Swee dilaporkan berkata, Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ditawarkan kontrak menyertai FC Ryukyu dan jika semuanya berjalan lancar, dua pemain terbabit akan ke Okinawa, Mac depan.
Beliau berkata, perbincangan itu dilakukan lebih berhati-hati membabitkan pihak kelab dan pemain itu sendiri bagi memastikan 'pisang tidak berbuah dua kali' seperti berlaku kepada bekas pemainnya, Nazmi Faiz Mansor yang hanya tujuh bulan bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar sebelum pulang ke tanah air menyertai PKNS FC, awal bulan ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Menang tapi Irfan kecewa

Kota Kinabalu: Walaupun berjaya membenam Sabah 3-0 dan menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala FA, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tetap kecewa dengan persembahan anak buahnya.

Bagi jurulatih itu, kemenangan pusingan kedua di Stadium Likas, petang semalam tidak menggambarkan prestasi sebenar anak didiknya.

"Beberapa pemain gagal mempamerkan tahap permainan terbaik. Mereka beraksi agak berhati-hati. Saya kurang pasti, tapi tidak menolak kemungkinan kerana menyimpan tenaga untuk beraksi menentang Kelantan dalam saingan Liga Super selepas ini.

"Apa pun, saya berharap mereka tidak gusar sama ada akan menentang Johor Darul Takzim (DT) atau Kedah pada suku akhir nanti," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kejayaan Selangor itu sekali gus meranapkan impian Sabah untuk mencipta kejutan kedua selepas membenam pasukan Liga Super, FELDA United pada pusingan pertama bulan lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery pula mengakui pemainnya hilang tumpuan selepas pelawat menjaringkan gol pertama pada saat-saat akhir separuh masa pertama.

"Pemain saya beraksi dengan baik pada 40 minit pertama perlawanan, namun apabila bertemu pasukan dari Liga Super, pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah dan itulah yang berlaku apabila kami dihukum pemain lawan," katanya.
Dalam pertemuan itu, pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47 dan kemudian sebelum menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mahkota hampiri United

Written By Unknown on Selasa, 12 Februari 2013 | 15.23

Manchester: Alex Ferguson mengakui penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini terletak di tangan Manchester United sendiri selepas mereka membuka jurang 12 mata berada di tangga teratas meninggalkan juara bertahan, Manchester City selepas berjaya menewaskan Everton 2-0 di Old Trafford, awal pagi semalam.

Selepas melihat City tewas 3-1 kepada Southampton, Sabtu lalu, Ferguson terus menukar perancangan awalnya untuk merehatkan pemain utama menjelang kunjungan ke Madrid untuk aksi Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid, awal pagi Khamis ini dengan kembali meletakkan kesebelasan terkuat berdepan Everton.

Tindakan Ferguson itu membuahkan hasil apabila United berjaya meraih tiga mata penuh menerusi jaringan Ryan Giggs minit ke-13 dan Robin van Persie pada penghujung babak pertama untuk United selesa meninggalkan jauh City tatkala saingan liga hanya berbaki 12 perlawanan.

Sebenarnya saya mahu membuat tujuh pertukaran tetapi selepas melihat kekalahan City, saya fikir ini perlawanan lebih penting untuk memberikan kami kelebihan selesa di tangga teratas.

Jadi kini kami memandang ke hadapan untuk memenangi perlawanan berikutnya pula. Ini yang perlu kami fikirkan. Kami sendiri perlu menang baki perlawanan kami tanpa memikirkan apa berlaku kepada City, kata Ferguson.

Pertemuan United-Everton itu turut disaksikan jurulatih Real, Jose Mourinho yang sempat berbual seketika dengan Ferguson sebelum perlawanan bermula. Saya sempat berbual dengannya dan dia (Mourinho) mendapat keputusan baik (menewaskan Sevilla 4-1). Pasti satu perlawanan yang hebat nanti (awal pagi Khamis ini), ujar Ferguson.

Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes menganggap City kini berdepan tugas sukar mempertahankan kejuaraan dengan berkata: Biarpun apa saja boleh berlaku dalam bola sepak, jurang 12 mata cukup besar lebih-lebih lagi apabila dimiliki pasukan seperti United. AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Hoki Malaysia terus rentak garang

Kuala Lumpur: Selepas mencatat kemenangan 4-2 pada aksi perlawanan persahabatan sulung, skuad hoki negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Ireland 3-0 pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad negara yang dalam persediaan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah pada 9-17 bulan depan mengasak kubu lawan namun Ireland menguatkan benteng pertahanan untuk mematahkan setiap serangan pemain negara.

Skuad negara yang berada di ranking 13 dunia hanya berjaya menjaringkan gol pembukaan satu minit sebelum babak pertama berakhir dengan pemain senior Ismail Abu menghadiahkan gol pertama.

Selepas waktu rehat, Muhammad Razi Abdul Rahim mencipta gol kedua pada minit ke-40 menerusi pukulan sudut penalti yang diterima pasukan negara selepas percubaan ketiga menembusi gawang yang dijaga David Fitzgerald dan Ismail sekali lagi menambah jaringan negara pada minit ke-59 untuk mendahului 3-0.

Sebelum masuk ke padang kita tidak fikir mengenai kemenangan. Apa yang ditekankan adalah pemain perlu konsisten dan selepas itu barulah datangnya keputusan.

Walaupun menang dua perlawanan, banyak lagi aspek yang perlu kami baiki terutama sekali untuk menguatkan pemain apabila bertemu satu lawan satu, kata penolong jurulatih Arul Selvaraj yang menggantikan Ketua Jurulatih Paul Revington kerana demam panas.

Perlawanan persahabatan terakhir menentang Ireland akan berlangsung esok jam 7 petang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.


15.23 | 0 komentar | Read More

Afiq ‘senjata sulit’ Selangor

Wira kontroversi Selangor ketika menyingkirkan Tentera pada pusingan pertama, Afiq Azmi berkemungkinan diletakkan sebagai senjata sulit ketika aksi pusingan kedua Piala FA berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang ini.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, dia mungkin akan menggandingkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe dengan bekas penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adenan berikutan ketiadaan Amri Yahyah yang digantung empat perlawanan.

"Ada perlawanan yang Ramzul lebih menyerlah dan ada perlawanan Afiq lebih menyerlah. Jadi, tidak menjadi masalah untuk saya menggandingkan antara Ramzul atau Afiq dengan Forkey Doe sepanjang ketiadaan Amri ini.

"Tapi berdepan Sabah, mungkin saya akan letakkan Afiq sebagai supersub seperti ketika bertemu Tentera apabila dia masuk dan menjaringkan dua gol," kata Irfan ketika dihubungi di Kota Kinabalu, petang semalam.

Pada perlawanan pusingan pertama menentang Tentera 25 Januari lalu, Afiq yang menyumbat dua gol dikatakan melakukan provokasi selepas pasukannya menang 3-2 penentuan sepakan penalti sehingga menyebabkan meletus pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.

Irfan berkata, selain Amri, dia turut tidak membawa S Kunanlan dan Bunyamin Umar yang masih belum pulih, namun tidak berdepan masalah untuk menurunkan empat pemain kebangsaan – Norazlan Razali, Mahalli Jasuli, Shukur Jusoh dan kapten, Asraruddin Putra Omar.

"Tapi Sabah sukar diramal kerana di Likas, mereka tewas 2-0 kepada Kedah (Liga Perdana) tetapi boleh menang 2-1 ke atas FELDA United (pusingan pertama Piala FA). Memandangkan ini perlawanan kalah mati, kami akan turun bermati-matian untuk menang," tegas Irfan yang mahu Selangor muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Ayuh! Bangkit, gegar’

Kuala Lumpur: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang bimbang dengan kemerosotan prestasi The Red Warriors (TRW) menuntut pemain berpengalaman supaya memainkan peranan penting dalam mengembalikan status pemenang tiga kejuaraan itu selaku pasukan disegani.

Menurutnya, pengalaman mereka amat ditagih dalam mencorakkan semula rentak pasukan yang ketika ini hanya mengumpul enam mata untuk sekadar menduduki tempat ketujuh selepas lima perlawanan Liga Super.

"Memang kita masih belum dapat atasi masalah ini dan pemain itu sendiri perlu akui keadaan yang dialami sekarang.

Semangat juang tinggi kena lebih daripada benda lain.

"Ini dapat dilihat dalam perlawanan terdahulu apabila rentak permainan sentiasa berubah.

Contohnya, ketika menentang Johor Darul Takzim, corak permainan dipamerkan cukup baik, tetapi sebaliknya ketika kita lawan FELDA United," katanya semalam.

Tahun lalu, skuad kendalian Bojan Hodak jelas berada di tahap terbaik untuk merangkul tiga trofi - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia - namun gagal menyerlah dalam lima perlawanan setakat ini.
Situasi sukar itu terpaksa dilalui selepas kehilangan dua penyerang prolifik di barisan depan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamad Ghaddar yang berpindah ke pasukan baru, Johor Darul Takzim dan FELDA United Lebih perit selepas kehilangan dua tonggak itu, keputusan Hodak memasukkan penyerang import, Keita Mandjou langsung tidak membantu apabila dilanda kemelut masalah prestasi dan kecederaan, manakala pemain lain dilihat kurang bernafsu setiap kali mendapat peluang.

"Apa yang penting, kita perlu bangkit bagi membuktikan Kelantan belum hilang 'taring'," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mancini bantah peraturan baru kewangan EPL

Written By Unknown on Senin, 11 Februari 2013 | 15.23

Manchester: Pemilik kelab bola sepak sepatutnya dibenarkan membelanjakan seberapa banyak wang yang mereka mahu, kata pengendali Manchester City, Roberto Mancini yang membantah peraturan baru kewangan.

Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan Khamis lalu, kelab-kelab elit akan dikenakan pemotongan mata sekiranya gagal mengikut had kewangan serta gaji pemain yang ditetapkan.

"Tidak, saya tidak bersetuju (dengan peraturan kewangan fair play) kerana jika saya orang kaya, saya mahu membelanjakan semua wang saya ke atas pasukan, itu tugas saya. Saya tidak setuju dengan perkara ini secara amnya," kata Mancini.

Pemilik kelab bola sepak sepatutnya dibenarkan belanjakan seberapa banyak wang yang mereka mahu," Roberto Mancini, Pengendali City


Adakan panduan yuran perpindahan

Dengan kedudukan sebagai pengendali di kelab terkaya dunia, yang mendapat suntikan dana berlebihan dan tidak akan dibenarkan di bawah peraturan baru, sudah tentu dia tidak bersetuju dengan cadangan memotong perbelanjaan.

Bagi Mancini, cara yuran perpindahan pemain melonjak naik sebaik dilamar kelab mewah seperti City sepatutnya dikenakan garis panduan. "Setiap kali City cuba mendapatkan pemain, jika harga sebenarnya hanya 10 juta, bagi Manchester City ia melonjak kepada 30 juta," katanya. "Sepatutnya ada peraturan untuk ini."

City melonjak ke kelompok teratas selepas disokong dana kukuh oleh jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour Zaed Al Nahyan yang mengambil alih kelab pada 2008 dan sudah membelanjakan jutaan ringgit ke atas pemain seperti Sergio Aguero, Yaya Toure, David Silva dan Carlos Tevez. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

3 pelumba Red Bull serasi

Saya perlu kerja keras untuk baiki cara tunggangan: Zulfahmi

Kuala Lumpur: Tiga pelumba Red Bull KTM Ajo – Luis Salom, Zulfahmi Khairuddin dan Arthur Sissis – mula mendapat rentak untuk mengendalikan jentera dengan baik selepas tiga hari mengharungi latihan pramusim di Litar Almeria, Sepanyol, sejak Khamis lalu.

Selepas ini, ketiga-tiga pelumba itu bakal berkunjung ke Valencia untuk mengharungi latihan bebas rasmi MotoGP di Sirkit Ricardo Tormo, Selasa hingga Khamis ini.

Baiki cara tunggangan

"Tiga hari yang cukup bagus bagi kami untuk mempelajari sesuatu yang baru dan membiasakan diri dengan jentera baru.

"Kami masih mempunyai banyak perkara untuk dicuba malah saya juga perlu bekerja keras untuk memperbaiki cara tunggangan.

"Saya rasa ia adalah positif untuk pasukan hadir ke Almeria bagi mengharungi ujian dan saya tidak sabar untuk ke Valencia," kata Zulfahmi mengenai persiapannya untuk menghadapi musim baru tahun ini.
Saingan MotoGP akan membuka tirainya di Sirkit Losail, Qatar, 7 April ini dan Zulfahmi jelas menunjukkan semangat tinggi untuk menghadapi musim 2013 bersama pasukan baru, Red Bull KTM Ajo Racing Team.

Pada musim sejuk sebelum ini, kesemua pelumba berehat dua bulan dan jelas trio ini cuba membiasakan diri dengan cuaca untuk memberi aksi hebat.


15.23 | 0 komentar | Read More

Arshad berdiam diri enggan ganggu siasatan

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap badan induk itu.

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Biarlah mereka (SPRM) buat kerja dan saya tidak mahu ganggu tugas mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Arshad berkata, beliau tidak mahu siasatan yang dilakukan itu terjejas dan berharap pegawai SPRM dapat menjalankan tugas dengan telus.

Pegawai MSN turut dipanggil

Rabu lalu, SPRM dikatakan menyoal siasat pegawai PSM bagi mengetahui cara badan induk itu membelanjakan dana yang diterima pada 2007 untuk pembangunan sukan tradisi itu.

Selain pegawai PSM, turut dipanggil ialah pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan disahkan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.

Malah, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.


15.23 | 0 komentar | Read More

Masih bereksperimen

Rajagobal terus cari strategi untuk bentuk skuad mantap mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015

Kuala Lumpur: Kejayaan Harimau Malaya menyekat gawangnya dibolosi lebih daripada 2 gol ketika bertemu Qatar dalam aksi sulung Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Rabu lalu seolah-olah menutup kepincangan strategi dan percaturan yang dilakukan Datuk K Rajagobal.

Hakikatnya hanya mereka yang pakar tahu apa yang cuba disembunyikan pengendali skuad kebangsaan berusia 57 tahun itu bagi mengelak terus dihentam selepas kegagalannya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

Jika jurulatih kekal dengan strategi ini, saya rasa agak sukar untuk Harimau Malaya menang ketika berdepan Yaman di Shah Alam, 22 Mac depan," Mohamad Bakar, Bekas jurulatih kebangsaan


Masih lakukan eksperiman

Bekas jurulatih kebangsaan, Mohamad Bakar, berkata sebenarnya Rajagobal masih melakukan eksperimen dan gagal membentuk sebuah skuad yang benar-benar mantap bagi mencapai sasaran mara ke pusingan akhir kejohanan itu di Australia, Januari 2015.

"Rajagobal masih melakukan eksperimen apabila meletakkan Mahalli Jasuli di posisi tengah, sedangkan pemain itu sudah selesa dan lebih menyerlah di posisi bek kanan.

"Kalau saya sebagai pemain pun, saya lebih suka di posisi asal walaupun boleh bermain di posisi lain," katanya semalam.
Tiada persefahaman

Beliau yang berjaya membawa skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia pada 1980 di Kuwait, berkata persefahaman pemain masih belum ada.

"Pemain bahagian serangan tak dapat sokongan pemain tengah. Sepatutnya ketika latihan pusat, jurulatih menekankan kepada taktikal dan meningkatkan persefahaman pemain.

"Berbeza dengan Qatar, mereka bermain cukup lancar," katanya.

Perap pemain senior

Beliau juga hairan kenapa Rajagobal menyenaraikan pemain senior, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka pada perlawanan itu.

"Nor Farhan Muhammad hanya masuk ketika permainan berbaki 20 minit, sedangkan dia berpengalaman di pentas antarabangsa.

"Lihat Amri Yahyah, seorang lagi pemain senior dalam skuad kebangsaan yang berjaya membuktikan kemampuannya," kata Mohamad ketika sebagai pemain membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Beliau berkata, sebenarnya Harimau Malaya yang bernasib baik biarpun Rajagobal menganggap dua gol Qatar sebagai gol mudah iaitu sepakan percuma Khalfan Ibrahim yang terbias benteng pada minit ke-55 dan kegagalan K Reuben mengeluarkan bola menyebabkan gol kedua oleh Yusef Ahmed pada masa kecederaan.

"Rajagobal kata pasukan lawan dapat gol mudah tetapi sebenarnya Harimau Malaya yang lebih bernasib baik apabila tidak dibolosi lebih banyak gol," katanya.

Beliau yang turut memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran berkata, dalam perlawanan itu Qatar ternyata lebih banyak menyerang dan mencipta peluang berbanding Harimau Malaya.

"Jika jurulatih kekal dengan strategi ini, saya rasa agak sukar untuk Harimau Malaya menang ketika berdepan Yaman pada perlawanan kedua pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 22 Mac depan," katanya yang bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Karl-Heinz Weigang yang membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bolos tiga, Raja tetap puas

Written By Unknown on Minggu, 03 Februari 2013 | 15.23

'Pujian harus diberi kepada pemain pamer aksi baik lawan Iraq'

Di sebalik kekalahan 3-0 di tangan Iraq dalam perlawanan persahabatan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, ada sesuatu yang positif dipamerkan skuad kebangsaan.

Biarpun kehilangan 10 pemain termasuk tujuh tonggak utama dengan beberapa pemain gantian dipanggil pada saat-saat akhir, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Pujian harus diberikan kepada pemain yang mempamerkan persembahan baik dan mencuba bersungguh-sungguh menentang Iraq, sebuah pasukan mantap yang beraksi di final Piala Teluk baru-baru ini.

"Dalam tempoh singkat ini, kita tidak boleh meletak jangkaan tinggi kepada pasukan yang mungkin ada di antaranya kali pertama digandingkan. Malah dengan beberapa percubaan yang dihasilkan, saya rasa ia satu persembahan membanggakan.

"Kini tumpuan saya ialah mendapatkan kombinasi terbaik daripada kumpulan pemain yang ada dan mengharapkan persembahan terbaik apabila menentang Qatar nanti," katanya semalam.

Hilang 10 tunggak utama

Skuad kebangsaan kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan menjelang pertemuan sulung Kelayakan Piala Asia 2015, bertemu Qatar Rabu ini.
Rajagobal turut kehilangan dua penyerang utamanya, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada kempen kali ini, dan menyaksikan posisi itu diisi Khyrill Muhymeen Zamri dan Amri Yahyah.

Ketiadaan Safiq, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga menyebabkan kepincangan jentera tengah negara, namun kehadiran Shakir Shaari, Shukor Jusoh dan Affize Faisal dalam skuad kali ini sedikit melegakan Rajagobal.

"Inilah pemain yang kita ada, dan dalam tempoh beberapa hari ini saya terus menilai untuk mencari gandingan terbaik.

"Saya tetap optimis dan positif dengan kemampuan skuad ini. Saya harap peminat mempunyai perasaan sama kerana pasukan ini adalah pasukan negara, bukan pasukan saya seorang," kata Rajagobal yang sudah mempunyai bayangan awal kesebelasan utamanya Rabu ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Muda A gagal kekal rentak kemenangan

Gold Coast: Skuad bawah 23 negara, Harimau Muda A mengalami kekalahan pertama dalam siri aksi persahabatan di Australia selepas tewas 2-1 kepada kelab divisyen dua negara itu, Brisbane Olympic di Pusat Latihan Goodwin Park, Brisbane, malam tadi.

Ketinggalan dua gol menerusi jaringan Jake McLean pada minit ke-19 dan Mark Fisk minit ke-35, skuad Harimau Muda A hanya berjaya memecah kebuntuan hasil serangan balas yang disudahkan pemain gantian, Ferris Danial Mat Nasir minit ke-87, biarpun lawan terpaksa beraksi 10 pemain selepas Nick Efstathis dibuang padang minit ke-62.

"Kita boleh lihat intensiti perlawanan cukup tinggi, berbeza daripada dua perlawanan sebelum ini. Babak pertama kita dapat banyak peluang tetapi gagal menyudahkannya, sebaliknya kesilapan menyebabkan kita dibolosi dua gol mudah.

"Inilah perkara penting jika kita beraksi di peringkat antarabangsa, jangan buat silap dan jangan sia-siakan peluang.

Tujuh pertukaran serentak

"Tapi secara keseluruhan, kita tetap beraksi baik dan mengawal permainan, cuma penyudah kurang baik dan apabila ketinggalan 2-0, kita jadi tertekan lalu sukar mendapatkan gol lebih awal selepas lawan mula bermain secara bertahan," kata Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan.
Kim Swee memulakan perlawanan dengan mempertaruhkan penjaga gol kedua, Farhan Abu Bakar berserta beberapa pemain utama seperti Amer Saidin, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim dan Izzaq Faris Ramlan manakala Syahrul Azwari Ibrahim terpaksa dikeluarkan pada minit ke-20 selepas cedera dan digantikan oleh A Thamil Arasu.

Tujuh pertukaran serentak dilakukan Kim Swee sebaik babak kedua bermula dengan memasukkan penjaga gol utama, Izham Tarmizi Roslan, Azrif Nasrulhaq Badrul, Kenny Pallraj, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail, S Sivanesan dan Rozaimi Abd Rahman.

Beberapa peluang skuad Harimau Muda A berjaya digagalkan kecemerlangan penjaga gol Olympic yang menyelamatkan tandukan Izzaq minit ke-26, dua rembatan Thamil minit ke-52 dan 60 selain jaringan Ferris Danial yang dibatalkan pada minit ke-84.

Perlawanan terakhir, skuad Harimau Muda A akan bertemu kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Dua anak didik Kim Swee dilamar kelab Jepun

Gold Coast: Dua pemain Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor ditawar kontrak selama dua tahun oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Jurulatih skuad itu, Ong Kim Swee, berkata tawaran kontrak selama dua tahun itu dibuat sendiri kelab berkenaan kepada dua pemain terbabit tanpa melalui ejen.

Kedua-dua pemain berusia 22 tahun itu pernah menjalani latihan pemilihan di Okinawa, Jepun selama dua minggu pada Julai lalu, tetapi pulang ke tanah air tanpa menerima sebarang tawaran kontrak.

Mesti bincang

"Kami perlu teliti dahulu tawaran, berbincang dengan ejen, keluarga dan pemain itu sendiri. Tak guna kami lakukan macam-macam tetapi selepas tujuh bulan, pemain pulang ke tanah air beraksi dengan kelab lain," katanya merujuk kepada kes pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 19.

Kim Swee yang kini berada di Gold Coast, bersama Harimau Muda A, berkata, beliau perlu berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali.

"Jadi kali ini saya kena lihat dengan siapa kami berbincang mengenai tawaran kontrak yang diterima Wan Zaharulnizam dan Wan Zack," katanya.
Beliau percaya Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal akan menyertai FC Ryukyu sebelum liga mereka bermula, Mac depan.

Tak ulangi kesilapan

Sementara itu, Wan Zaharulnizam berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan Nazmi kerana berasakan peluang beraksi di luar negara sesuatu yang tidak boleh dilepaskan demi kemajuan kariernya.

"Saya takkan buat seperti Nazmi kerana ini memang impian saya dan sudah lama menunggu keputusan dari FC Ryukyu.

"Kalau boleh, saya nak naikkan kedudukan kelab dari divisyen tiga ke divisyen dua. Lagipun keluarga saya sentiasa memberi sokongan dan gembira jika saya dapat beraksi bersama kelab luar negara," katanya.

Ditanya kemungkinan berdepan masalah di Okinawa nanti, Wan Zaharulnizam berkata: "Makanan dan pergaulan tiada masalah, cuma dari segi percakapan susah sikit. Jadi saya kena belajar bahasa Jepun."

FC Ryukyu menduduki tangga ke-9 daripada 17 pasukan divisyen tiga musim lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

PKNS FC akan jumpa FAM

Dapatkan kebenaran Nazmi beraksi mulai 16 Februari ini

Petaling Jaya: PKNS FC akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), esok bagi membolehkan pemain barunya, Nazmi Faiz Mansor dapat diturunkan ketika aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium MBPJ, 16 Februari ini.

Presiden Kelab PKNS, Noor Hisham Gouth yang mengesahkan Nazmi sudah menjadi hak mutlak kelab terbabit, berkata semuanya kini bergantung kepada keputusan yang dibuat FAM.

"Sama ada Nazmi dapat bermain atau tidak pada 16 Februari ini, kita kena tunggu keputusan daripada FAM.

"Kita akan hantar pegawai ke FAM untuk selesaikan perkara ini dan berharap Nazmi dapat bermain ketika menentang FELDA United," katanya pada sidang media memperkenalkan Nazmi sebagai pemain baru PKNS di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan sama ada khidmat Nazmi dapat terus ditagih oleh PKNS pada perlawanan itu, sedangkan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) sudah ditutup dan hanya akan dibuka buat kali kedua pada April ini.

Nazmi mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila kembali ke Malaysia dan menyertai PKNS FC selepas hanya tujuh bulan bersama kelab divisyen satu Portugal, S C Beira-Mar, sedangkan kontrak pemain tengah berusia 19 tahun itu dengan kelab terbabit selama tiga tahun.

Noor Hisham mengakui pihaknya membuat sejumlah bayaran kepada Beira-Mar bagi membolehkan Nazmi bermain dengan kelab itu dalam aksi Liga Super, musim ini.
"Memang kita ada membuat bayaran yuran perpindahan kepada Beira-Mar tetapi saya rasa jumlah itu tidak perlu didedahkan," katanya.

Berdasarkan laporan di laman web, www.transfermarkt.co.uk, yuran perpindahan pemain berusia 19 tahun itu bernilai €50.000 Euro (RM211,000).

"Kami tidak ada membuat sebarang rundingan untuk mendapatkan khidmat Nazmi, cuma kami didatangi ejen pemain itu, Marco Guimaraes yang memaklumkan Nazmi kini bebas daripada sebarang kontrak dengan Beira-Mar," katanya.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk lain-lain berita, gambar atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Stadium Perak dapat lampu limpah baru

Written By Unknown on Sabtu, 02 Februari 2013 | 15.23

Ipoh: Teka teki mengenai permulaan kerja meningkatkan pencahayaan di Stadium Perak berakhir dengan persetujuan kontraktor terbabit melaksanakan kerja itu mulai semalam.

Berita gembira buat peminat Seladang itu disampaikan oleh Datuk Bandar, Bandaraya Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di Ipoh, petang semalam.

"Sukacita saya memaklumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mendapat kontraktor bertauliah bagi memasang lampu limpah baru di Stadium Perak.

"Kerja-kerja akan dimulakan segera dan dijangka siap pada 22 April depan," katanya pada sidang media di Bangunan MBI.

Roshidi berkata, apabila siap nanti cahaya di Stadium Perak akan ditingkatkan kepada 1,400 Lux yang melebihi kehendak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, MBI berjaya mendapatkan pinjaman bernilai RM4.5 juta daripada kerajaan negeri bagi memasang lampu jenama Gruppe keluaran Itali serta menukar menara lampu limpah itu kepada jenis galvanised.

"Kerja menukar tiang ini akan memakan masa yang lama. Malah kerja hanya dapat dijalankan pada sebelah malam demi keselamatan awam kerana terdapat gerai makan di bahagian belakang stadium.

Tukar tiang lama

"Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko ketika menurunkan tiang lama dan ketika menegakkan tiang baru itu nanti," katanya.

Sehubungan itu, Roshidi berharap peminat Perak yang sebelum ini kurang senang berikutan kelewatan kerja dimulakan bersabar dan terus memberi sokongan kepada pasukan walaupun terpaksa membuat perjalanan ke Stadium TLDM, Lumut.

"Kami mahu memberikan yang terbaik kepada peminat serta Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

"Justeru, MBI sanggup berhutang kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan cahaya lampu di Stadium Perak," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

Biarpun menang kedua-dua perlawanan sebelum ini, pemain Harimau Muda A diingatkan supaya memperbaiki kelemahan yang ada, pada aksi persahabatan ketiga menentang kelab divisyen dua Australia, Brisbane Olympic di Stadium Goodwin Park, Brisbane, petang ini.

Jurulatih, Ong Kim Swee berkata masih terdapat kelemahan terutama dari segi pergerakan bola dari bahagian pertahanan ke bahagian depan yang dianggap perkara utama perlu diperbaiki selepas menilai dua aksi sebelum ini.

Waktu bermain sama

"Tiada banyak yang boleh saya lakukan dalam satu sesi latihan hari ini (semalam) memandangkan esok (hari ini) sudah perlawanan. Cuma harap pemain lebih faham mengenai apa yang saya tunjukkan tadi dan melakukannya pada perlawanan nanti.

"Mengenai susunan pemain, seperti yang saya katakan sebelum berlepas ke Australia, semua 25 pemain yang dibawa ini akan mendapat waktu bermain yang sama banyak.

"Sekarang bukan kesebelasan utama menjadi keutamaan, apa yang mustahak ialah untuk melihat pemain-pemain baru mampu beraksi di peringkat lebih tinggi," kata Kim Swee ketika ditemui selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Carrara, Gold Coast, semalam.

Banyak pilihan
Skuad Harimau Muda A menang 5-1 ke atas Palm Beach Sharks, Sabtu lalu disusuli kemenangan 2-1 ke atas Brisbane Lions, Rabu lalu dan bakal menamatkan kunjungan ke Australia bertemu kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa ini.

Dalam pada itu, Kim Swee kini sedang menilai gandingan tengah terbaik yang boleh dipertaruhkannya memandangkan terdapat ramai pemain berpotensi di posisi berkenaan.

"Saya mempunyai Irfan Fazail, Adam Nor Azlin, Syahid Zaidon, Saiful Ridzuan Selamat, Kenny Pallraj, D Saarvindran, S Sivanesan dan juga Gary Steven Robbat yang ketika ini cedera. Banyak pilihan dan siapa saja boleh saya ambil jika ada pemain utama yang cedera," ujarnya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Shahidan letak dua jawatan dalam FAM

Kangar: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu, semalam.

Surat mengandungi tiga pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM itu ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Shahidan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ketika ditemui mengakui menerima surat pertuduhan terbabit dan tidak akan menjawabnya.

"Memandangkan FAM tidak boleh ditegur, saya putuskan untuk lepaskan jawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM.

Sudah hantar kepada FAM

"Saya sudah tandatangani surat peletakan kedua-dua jawatan itu sebaik tiba dari Gaza kelmarin dan ia sudah dihantar kepada FAM pagi tadi (semalam).

"Selain dua jawatan itu, saya bercadang untuk melepaskan jawatan Presiden PFA selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Jawatan itu akan saya serahkan kepada Menteri Besar Perlis," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, beliau berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikaikan, mempersoalkan, atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan ini beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Surat berkenaan turut menyatakan Shahidan diberi tempoh sehingga jam 12 tengah hari 8 Februari ini untuk memberi maklum balas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazmi kena beri penjelasan

Kuala Lumpur: "Saya mahu Nazmi (Faiz Mansor) tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia kembali ke negara ini," itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bagaikan tidak mengetahui langsung punca sebenar mengapa pemain kelab Beira Mar dari Portugal itu pulang mengejut ke Malaysia, semalam.

Azzuddin yang dihubungi meluahkan kekecewaannya kerana FAM tidak menerima sebarang maklumat sekalipun pihaknya sepatutnya mendapat penjelasan sebelum ia dapat dihidu pihak media.

Mengecewakan

"Saya tidak tahu menahu langsung mengapa dia pulang. Tiada sebarang maklumat langsung dari pihak kelab mahupun dari Nazmi sendiri. Setakat ini saya tiada perkembangan lanjut mengenainya. Apa yang mengecewakan saya ialah FAM menghantar Nazmi dengan cara baik tetapi ia berakhir begini."

Begitupun, berita yang diambil daripada laman web rasmi kelab Beira Mar, beiramar.pt pada 29 Januari lalu mengatakan kelab Portugal itu sudah berhubung dan mendapat persetujuan mengenai pinjaman selama enam bulan yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

"Soal pulang terus atau pinjaman selama enam bulan dan pasukan mana dia akan beraksi semuanya di luar pengetahuan FAM," kata Azzuddin. "Oleh itu, saya mahu Nazmi tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar."

Nazmi, 19, menjadi pemain negara pertama yang berjaya menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal namun prestasinya setakat ini sekadar meletakkannya dalam skuad utama bawah 19 tahun pasukan itu.
Selain Nazmi, rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Ahmad Fakri Saarani turut menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger