Kuala Lumpur: Hajat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk menentang Liew Daren di separuh akhir tidak kesampaian apabila rakan sepasukannya itu terkandas di suku akhir Siri Super Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.
"Memang saya sedikit kecewa kerana sebelum perlawanan itu, rekod kemenangan dua kali berpihak kepada Daren dan saya yakin dia boleh menang.
Pada suku akhir semalam, Chong Wei membuktikan Hu Yun dari Hong Kong bukan lawannya apabila mudah menewaskan pemain pilihan kelima itu dengan 21-12, 21-9 dalam hanya 24 minit sekali gus semakin hampir untuk merealisasikan impian menjulang kejuaraan buat kali kesembilan.
Hanya menang sekali
Sementara itu, Daren yang tidak bermain pada pusingan kedua kelmarin selepas lawannya, Taufik Hidayat dari Indonesia menarik diri berkata, faktor lama tidak bermain mungkin antara penyebab yang menjejaskan persembahannya.
"Sebenarnya pada set pertama lagi, hanya selepas mendahului 16-12, barulah saya dapatkan corak permainan, namun selepas set itu saya terus melakukan kesilapan," kata Daren yang tewas kepada pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-19, 13-21, 17-21.
Jorgensen yang akan menentang Chong Wei pada separuh akhir hari ini berkata, cabaran pada perlawanan itu nanti bukan saja untuk memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia itu, tetapi perlu berdepan dengan penyokongnya.
"Ini adalah antara cabaran tertinggi buat saya, sama seperti apabila saya menentang Lin Dan dalam perlawanan di China. Apa pun saya akan lakukan terbaik," katanya yang pernah menewaskan Chong Wei sekali dalam enam pertemuan sebelum ini di Terbuka China 2009.
Anda sedang membaca artikel tentang
Menang tapi Chong Wei terkilan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/menang-tapi-chong-wei-terkilan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Menang tapi Chong Wei terkilan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Menang tapi Chong Wei terkilan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar