Kedua-dua pasukan turut bertembung pada aksi sulung Liga Super musim lalu di Paroi yang berkesudahan seri 2-2 selepas Selangor bangkit daripada ketinggalan 2-0.
Keserasian dan persefahaman pemain nampak semakin okey, cuma yang penting ialah komitmen pemain itu sendiri. Kami perlu menang perlawanan pertama ini untuk menarik semula kehadiran penyokong, kata Irfan ketika dihubungi, semalam.
Biarpun bakal mempertaruhkan formasi 4-5-1 dengan penyerang import, Francis Forkey Doe diletakkan tugas sebagai penggempur utama, Irfan menegaskan ia bukan bermakna Selangor akan lebih bertahan.
Shukur Jusoh dan Amri Yahyah akan membantu Forkey Doe dari belakang manakala Solihin Kanasian dan S Kunanlan akan masuk dari bahagian sayap. Kami perlu menyerang kerana mahu mendapatkan tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri, jelas bekas pengendali Terengganu itu.
Sharbinee Allawee Ramli dijangka berada di posisi gawang manakala kapten baru, Asraruddin Putra Omar mengemudi benteng pertahanan bersama-sama Ramez Dayoub, Mahali Jasuli dan Raimi Md Nor.
Anda sedang membaca artikel tentang
Manfaat gelanggang sendiri
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/manfaat-gelanggang-sendiri.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Manfaat gelanggang sendiri
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar