Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

FAM tidak urus Liga-M 2015

Written By Unknown on Rabu, 31 Juli 2013 | 15.23

Dikendali badan berasingan babitkan semua pemegang amanah dalam liga

Kelana Jaya: Liga Malaysia (Liga-M) yang akan diswastakan mulai 2015 bakal diuruskan satu badan berasingan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kata Pengerusi Jawatankuasa Penswastaan Liga-M FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Beliau berkata, hasil mesyuarat pertama dijalankan semalam, pihaknya mendapat gambaran secara asas liga itu akan diuruskan satu badan berasingan yang dibentuk membabitkan semua pemegang amanah dalam liga seperti kelab yang bertanding, FAM, penaja dan sebagainya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

Johor Bahru: Jika benar Johor Darul Takzim (DT) sanggup membayar Pablo Aimar sejumlah RM6.1 juta untuk mendapatkan khidmatnya selama semusim, bekas pemain antarabangsa Argentina itu harus muncul pemain import termahal dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M).

Desas-desus kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bermula bulan lalu apabila Aimar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Pemain yang sudah menamatkan kontrak bersama kelab Benfica di Liga Portugal itu dan pernah beraksi bersama River Plate di Liga Primera serta kelab, Valencia dan Real Zaragoza dalam saingan La Liga turut menyaksikan perlawanan Liga Super membabitkan Johor DT dan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun lalu.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Nilai dulu prestasi Raja sebelum buat sebarang keputusan: Khairy

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menilai sebaik-baiknya prestasi Datuk K Rajagobal sebelum membuat sebarang keputusan terhadap jurulatih kebangsaan itu.

"Kebanyakan pandangan dan kritikan datang dengan niat baik untuk melihat prestasi pasukan kebangsaan meningkat. Kedudukan Rajagobal saya serah kepada FAM untuk membuat keputusan.

"FAM harus membuat penilaian sewajarnya dalam membuat keputusan kerana keutamaan sekarang ialah melihat prestasi lebih baik pasukan kebangsaan pada masa akan datang," katanya semalam.

Semalam BH Sukan melaporkan status Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan dijangka dibincangkan esok apabila Jawatankuasa Tetap FAM bersidang.

Peluang terakhir

Setiausaha Agungnya, Hamidin Mohd Amin, berkata mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.
Sementara itu, perlawanan terakhir menentang Tokyo Verdy dalam siri latihan di Jepun jam 3 petang waktu Malaysia hari ini adalah peluang terakhir buat skuad kebangsaan untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka menjelang pertemuan penting dengan Bahrain dalam kelayakan Piala Asia Oktober ini.

Walaupun hanya beraksi dalam divisyen dua Liga Jepun, asas gaya permainan pantas Jepun bakal memberikan cabaran sukar buat anak buah Rajagobal yang tewas dua perlawanan sebelumnya di tangan Shimizu S-Pulse (2-0) dan Shonan Bellmare (5-0).


15.23 | 0 komentar | Read More

'Azmi ganti Fandi'

JDT lantik jurulatih Johor FC kendali Harimau Selatan buru misi Piala Malaysia

Johor Bahru: Akhirnya masa depan Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih Johor Darul Takzim (DT) terjawab, semalam selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak menggantikannya dengan jurulatih Johor FC, Azmi Mohamad.

Fandi bagaimanapun masih dikekalkan sebagai pengurus Johor DT sepanjang saingan Piala Malaysia yang bermula pada 20 Ogos ini.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

'Kami enggan angkat bendera'

Written By Unknown on Selasa, 30 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Walaupun mendapat undian yang boleh disifatkan sukar, beregu lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah enggan mengangkat 'bendera putih' lebih awal menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China bermula 5 hingga 11 Ogos ini.

Nasib tidak begitu menyebelahi Khim Wah-V Shem yang akan membuka tirai saingan menentang beregu Scotland, Martin Campbell-Patrick Machugh dan jika menang, mereka akan bertemu rakan senegara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong di pusingan kedua.

Jika berjaya mengatasi Thien How-Wee Kiong, bekas beregu nombor satu dunia, Cai Yun-Fu Haifeng dari China pula dijangka menanti mereka di pusingan ketiga dalam misi memburu slot ke suku akhir.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Pelantikan Mahaleel direstui 'orang lama' BAM

Kuala Lumpur: Pemilihan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru mendapat restu 'orang lama' BAM yang menyifatkan beliau mampu melonjakkan kembali kegemilangan badminton negara.

Bekas Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar (1985-1993), berkata pemilihan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Berhad itu adalah keputusan tepat berdasarkan pengalaman luas dalam arena badminton tanah air.

"Ketika saya memegang tampuk kepimpinan BAM, beliau sudah menjadi anggota majlis. Dengan pembabitan yang agak lama dalam BAM, memang dia calon yang sangat sesuai bagi jawatan itu menggantikan (Datuk Seri Mohd) Nadzmi (Mohd Salleh).

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Dollah akui laluan getir

'Bagi saya Kelantan dan Terengganu perlu diberi perhatian'

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui misi getir bakal dihadapi skuad Pahang dalam saingan Piala Malaysia musim ini, lantas mengharapkan pemainnya berada pada prestasi terbaik bagi mengharungi saingan dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Kelantan serta Terengganu dan Negeri Sembilan.

Katanya, keputusan perlawanan dalam saingan Liga Super lalu tetap menjadi perbandingan tetapi Piala Malaysia yang membuka tirai 20 Ogos ini, memerlukan pemain lebih fokus dan bersedia.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Nasib Rajagobal

FAM bincang status jurulatih negara Khamis ini

Kuala Lumpur: Status Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan dijangka dibincangkan, Khamis ini apabila Jawatankuasa Tetap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

PBNP nafi cari pemain 'bintang' untuk Liga-M

Written By Unknown on Senin, 29 Juli 2013 | 15.23

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak kemungkinan mendapatkan pemain bertaraf 'bintang' sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata setakat ini pihaknya lebih menumpukan persiapan skuad Tok Gajah beraksi pada saingan Piala Malaysia.

"Tidak timbul isu PBNP akan ikut persatuan bola sepak negeri lain yang sanggup membuat pelaburan besar untuk memantapkan pasukan mereka. Kita akan beri tumpuan kepada Piala Malaysia dulu.

Belum terfikir dapatkan pemain

"Setakat ini belum ada perancangan dan kita percaya barisan pemain dimiliki pasukan Pahang sekarang mampu menggalas cabaran itu. Kita juga belum terfikir untuk menawarkan mana-mana pemain dari pasukan lain untuk menyertai skuad Tok Gajah musim depan," katanya.

Beliau berkata, sebarang berita mengenai PBNP akan menandatangani pemain bertaraf 'bintang' hanyalah khabar angin semata dan meminta peminat tidak terpengaruh dengan berita seumpama itu.

Baru-baru ini, Pahang dikatakan berminat mendapatkan khidmat Safiq Rahim yang juga kapten skuad Harimau Malaya untuk memperkuatkan skuad itu.
Bagaimanapun, tiada pengesahan dilakukan kedua-dua pihak memandangkan saingan Liga-M musim ini belum lagi berakhir.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Kejuaraan batal'

Kuala Lumpur: Perlawanan Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) – Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang diperkenalkan pertama kali tahun ini, masing-masing membabitkan dua wakil republik itu dan negara pada 12 Ogos serta 13 Ogos ini dibatalkan.

Sepak mula Piala Malaysia pula dikekalkan pada 20 Ogos kerana tarikh itu dianggap sesuai berikutan pemain kebangsaan pulang ke pasukan negeri dan kelab masing-masing pada 11 Ogos, sehari selepas Harimau Malaya bertemu Barcelona.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah, berkata, penganjur sebelum ini menetapkan perlawanan merebut kejuaraan itu antara Kelantan dan Tampines di Kota Bharu pada 12 Ogos manakala Tentera bertemu Warriors FC di Singapura, 13 Ogos.

Bagaimanapun, katanya pihak Singapura meminta supaya tarikh itu ditunda kepada 16 Ogos kerana pada 12 dan 13 Ogos, skuad kebangsaan negara itu dijadual bertemu Oman pada aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jalan Besar, 14 Ogos ini.

Tidak sesuai

"Selepas membuat penilaian, kami mendapati tarikh 16 Ogos pula tidak sesuai kerana Kelantan dan Tentera mahu mempersiapkan diri untuk perlawanan pertama Piala Malaysia pada 20 Ogos.

"Jadi akhirnya kami terpaksa membuat keputusan membatalkan kedua-dua perlawanan itu," katanya.
Beliau berkata, pihaknya dan FAS akan berbincang bagi menetapkan tarikh baru bagi Kejuaraan FAM-FAS itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Harimau Malaya hambar'

Tengku Abdullah kecewa anak buah Rajagobal tak menyengat

Kuantan: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan kebelakangan ini yang sering tewas dalam aksi persahabatan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

PECAT SAJA RAJA!

Cetak Emel Kawan
Prestasi Harimau Malaya terus merudum, daripada 12 perlawanan hanya menang dua kali, seri satu dan sembilan aksi lagi tewas


Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya sudah menimbang untuk memecat Datuk K Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan kerana prestasi buruk Harimau Malaya, sepanjang tahun ini.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

dollah

pecat aje la. buat malu je ada coach tapi masih tiada peningkatan. dalam 12 perlawanan tahun ni hanya 3 sahaja menang. 9 kalah.

Rajagobal

sabar peminat bolasepak semua, bagi aku peluang lagi untuk setun dua saya berjanji pasukan bsepak Malaysia akan bertambah baik nanti

ayahwan

pecat semua...dari Presiden...Timbalan Presiden dan Coach...

fikri muiz

tu la kata....dulu masa tgh top sepatutnya RG letak jwtn awal2....selama mana sgt kita diatas......jasamu RG dikenang.... ttp jika dh lama sgt pegang,mcm ni la jd....... harimau mati tinggalkan taring..ttp manusia tinggalkan nama (baik buruk)...utk renungan bersama....

samdol

Jangan pecat raja saja...pentadbir yg kat FAM pun kena pecat diri sendiri jugak...

tau

nak taw tak.bukan nak kata apa.Pasukan bola Malaysia memang lemah. Asyik kalah je bila lawan dengan kelab terkemuka

Jembereng

Dah tiba masanya bt perubahan drastik bg kemajuan bolasepak begara...Tukar je coach lain

kubarabik

setuju sangat-sangat..kerajaan malaysia kena bagi cuti peristiwa pemecatan Rajagopal

lanz

sudah-sudah lah ...gantilah jurulatih baru....dah berjuta duit rakyat dihabiskan......

lan

ya la...bakpo nak kekalkan sgt coach kesayangan kito tu...kalau begini ambil Tan sri Annuar Musa sebagai jurulatih,pengurus...gapo lagih...bagi kat tan sri belako.Tan sri Annuar Musa ni,kalu kat ktn,majoriti sokong dio.wpun ada setengah pbezaan politik tapi demo sokong dio...itulah hebatnyo tan sri Annuar Musa. N saya cadangkan kalau nak majukan bsepak msia ambillah pemain terkenal dunia...ambil puak ni,stadium akan stiasa penuh dan kedai kopi pun sentiasa penuh...macam di england tu.stadium penuh jualan tiket habis akan habis sekelip mata shj dan ia merupakan sumber ekonomi kpd persatauan n klab,fam dan kpd rakyat...tak payah takutlah ambil pemain ternama dunia. Tapi kalu ado pmain tempatan yg setaraf pemain dunia tu...eloklah utamakan pemain tempatan...assalamualaikum.

Dev

La.... Asyik nak kutuk jer keje korang. Kalau senang sangat, apesal korang jer tak jadi coach?

Ahmad Tungkek

pecat semuanya , dari pengurusan hingga ke jurulatih....bagi pleuang kepada muka baru

zai.mamu Tanjong

Peminat-peminat diminta bersabar. Kita baru try nk cungkil bakat baru yang boleh main mcm Neymar ( Brazil ) atau Inesta ( Spain ). Lagi pun sian pemain M[sia ...letih berpuasa !

chodet

tak ada gunaya kalau tukar jurulatih pun kalau sikap pemain tu sendiri yang tak di tukar. kalau diambil jurulatih terbaiik dunia pun akan jadi sama macam sekarang.....fikir fikir dan renungkan lah

nattsheroo

selagi pengambilan pemain2 dipolitikkan dengan kabel keretapi, bukan prestasi yg unggul terpilih, selagi itulah relevannya pegawai2 dlm FAM dan mutu bola sepak Malaysia tidak akan maju hinggalah kiamat....

akim

dari dulu lagi Rajagobal patut di PECAT.dan orang lama diFAM patut berundur.

kucing malaya

Mana boleh pecat RAJA... Raja kan sama juga dgn sultan. Kalau pecat Raja, Sultan pun kena pecat juga.

harimau luka

tolong la pecat king gobal tu.. please please please!!!!!!!!!!!! dah expired dah tu..

D.Rajagopal dan D.Subahan langsung xda rasa bersalah.. kalau coach lain, rasanya dah lama dengan sendiri letak jawatan, tak perlu orang pecat.. Malu lah sikit!!

izad

tukarlahh coach dari luar negara yang mempunyai pengetahuan dalam mencorakkan permainan yang lebih baik untuk pemain kita...sedih asyik kalah saja...

insan cakna

adakah negara kita ketandusan pemikir yang mampu menaikkan imej bola sepak negara...sudah tiba masanya kita tujukkan hasil bukan masa utk bereksperimen lagi

gana

Pecat sahaja semua pemain dan pengurus dan jurulatih untuk kemajuan sukan bola sepak Malaysia.

amuk

Inilah hasil bila dah teruk tapi masih nak simpan...... ideologi merapu... ranking n menang tak penting... abistu nak jadi apa.... fam pun sama... 2 x 5... tak boleh nak pikir ke... konon nak lawan pasukan kelab...last2 makin jadi lauk.... apa lagi nak tunggu..buang terus rajagobal tu...

uncle bola

Kan dh cakap..so FAM nmpk gaya x payah tnggu 3rd friendly lah...chop..chop..chop..kalau FAM fikir utk tingkatkan kualiti bolasepak negara...

dah lama dah !!!!!!!

Tak faham kenapa kebal sangat si RG dan Subahan ni. S/U lama dan tak ada..harap S/U baru berani ambil tindakan drastik. Friendly dengan Barca bulan depan mungkin kena 8-0. Buat malu nama negara saja. RG RG kenapa muka tebal sangat tak nak lepas jawatan tu. Lepas ni jadi jurulatih sekolah menengah cukup atau pergi amik kursus jurulatih balik.

Roti Planta

Rajagopal boleh dilabelkan sebagai warganegara yang memalukan negara. Sikap degil dan keras kepala yang ada padanya telah mencalarkan maruah bolasepak Malaysia.

peminat bola

Apa salah bagi peluang kpd org lain utk mengurus demi kebangkitan semula bolasepak negara. Yang ada ini telahpun dberi peluang

azmi

Sudah lama sepatutnya Raja dipecat.Tp ada segelintir dalam FAM yg masih membela dan hidup dengan kenangan dimasa lampau,menang AFF dan sukan SEA.Kalau macam tu lah cara FAM menguruskan boalasepak, taraf bolasepak kita setaraf, Papua New Guinea dan Timor Leste je..

Bagi FAM, RANGKING TAK PENTING.........
Bagi Raja, Kemenangan TAK PENTING........
yang lain-lain TAK PENTING...........

Raz

Saya mohon agar Rajagobal dipecat serta merta apabila pulang ke tanahair. Beliau dan mamak Subahan telah merosakkan nama Harimau Malaya.

mhd.din bin harun

pecat saja lah..kalau tidak mendatangkan kemajuan dalam pasukan.. bukan jurulatih saja pemaian yang dan tak beri sumbangan kepada pasukan gugur kan dari pasukan..yang dan pemain berusia yang dan tak boleh brmain utk negara gugur kan jangan harap nama saja... dan tiba masa nya buat perubahan dalam pasukan negara..jurulatih duduk nak beri alasan saja banyak alasan daripada kemenangan...sayang saja duit fam utk di blnja kan pergi luar ngara membuat perlawanan pershbatan...tapi hasil nya kalah saja....tiada guna... gugur jurulatih pengurus pasukan dan pemain yang dan tak boleh beri sumbangan kepada pasukan negara...itu yang terbaik.....

hambagopal

kenapa baru sekarang nak bertindak?.. patut pecat dari dulu lagi sejak prestasi merosot.

uya sang pencinta

Tukar Coach,

sulaiman mohamed

pecat shj lah R.gopal


15.23 | 0 komentar | Read More

'Lunas sebelum 31 Ogos'

Written By Unknown on Minggu, 28 Juli 2013 | 15.22

Kuala Lumpur: Pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM musim depan perlu menyelesaikan segala tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Andai lulus syarat wajib itu, barulah pasukan terbabit boleh mendaftarkan penyertaan mereka untuk Liga Malaysia (Liga-M) 2014 menerusi Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) yang akan dibuka dari 2 September hingga jam 12 tengah hari, 30 September ini.

Ketua Jabatan Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, selain perlu mengisi lima borang yang ditetapkan dalam proses pendaftaran pasukan itu, setiap pasukan perlu menyertakan sekali antara lain wang deposit, surat penajaan, yuran liga serta borang pengisytiharan harta.

Polis, SPRM simpan

"FAM sudah memberitahu agensi terbabit supaya memberi senarai terbaru jumlah tunggakan KWSP, PERKESO dan LHDN semua pasukan supaya mereka dapat menyelesaikannya mengikut tarikh ditetapkan.

"Selain itu, proses pendaftaran turut perlu disertakan sekali deposit RM150,000 untuk pasukan Liga Super, RM100,000 Liga Perdana dan RM50,000 Liga FAM serta surat penajaan setiap pasukan iaitu RM3 juta untuk Liga Super, RM2 juta Liga Perdana dan RM500,000 Liga FAM.

"Mulai musim 2014 juga, setiap pemain dan pegawai pasukan perlu menghantar borang pengisytiharan harta kecuali Lions XII. Borang ini adalah sulit dan ia bukan akan disimpan oleh FAM tetapi pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata Ahmad Fuad pada Taklimat Pendaftaran Pasukan Liga-M 2014 di Pusat Konvensyen TM, semalam.
Ahmad Fuad yang juga Penolong Setiausaha Agung FAM menambah, satu lagi sesi taklimat akan diadakan selama tiga hari di Shah Alam selepas senarai lengkap pasukan yang akan bertanding dalam Liga-M 2014 disahkan.

"Selepas selesai pendaftaran pasukan ini, kita akan buka pula pendaftaran pemain yang akan ditutup pada 4 Disember depan," tambah Ahmad Fuad yang turut mengesahkan pasukan Tentera Darat akan menarik diri untuk Liga FAM 2014 dan digantikan pasukan lain.


15.22 | 0 komentar | Read More

'Beri saya tempoh sebulan'

Tengku Mahaleel mahu kaji sistem; Al-Amin kekal jawatan

Subang Jaya: Sebaik sah dilantik sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff (gambar kecil) meminta tempoh sebulan sebelum tampil dengan strategi serta perancangan baru bagi pembangunan sukan badminton negara.

"Untuk berlaku adil kepada kepimpinan baru, kami perlu mendapatkan semua maklumat daripada pihak pengurusan operasi untuk mengkaji sistem yang ada sekarang.

"Sebab itu, saya minta tempoh sebulan sebelum kami tampil dengan strategi serta perancangan untuk meletakkan BAM di kedudukan lebih baik," kata Tengku Mahaleel ketika sidang akhbar selepas pelantikannya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM, semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH Ahad hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.22 | 0 komentar | Read More

FAM pilih 50 pengadil terbaik

Kuala Lumpur: Bagi memastikan mutu pengadilan pada kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini berada pada tahap terbaik, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan memilih 50 pegawai perlawanan terbaik daripada sejumlah 127 orang yang ada ketika ini.

Ketua Jabatan Pengadil FAM, C Ravichandran berkata, pihaknya menjalankan sistem merit dan demerit mengikut apa dilaksanakan di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menyusun pengadil mengikut kategori berdasarkan prestasi mereka sepanjang musim ini.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.22 | 0 komentar | Read More

'Bukan salah undian'

Piala Malaysia 2013: Ujian getir Kelantan, Terengganu, Pahang diundi berentap dalam Kumpulan C Piala Malaysia

Kuala Lumpur: Belum pun saingan Piala Malaysia edisi ke-87 membuka tirainya 20 Ogos ini, tetapi aura dan prestijnya sudah pun dirasai dalam undian yang dijalankan, semalam.

Tiada sesiapa terfikir apabila tiga bekas finalis - Terengganu, Negeri Sembilan dan Pahang - diundi bersama juara bertahan, Kelantan dalam Kumpulan C untuk merebut dua slot suku akhir pertandingan berprestij itu.

Pertembungan tiga pasukan dari timur Semenanjung itu pasti menghangatkan lagi perebutan status kuasa sebenar Pantai Timur dan Negeri Sembilan yang merudum teruk musim ini tidak rela hanya melengkapkan kumpulan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.22 | 0 komentar | Read More

Pandelela mohon maaf

Written By Unknown on Sabtu, 27 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: "Minta maaf rakyat Malaysia." Itulah ucapan yang mampu dituturkan ratu terjun negara, Pandelela Rinong apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam final acara 10 meter platform individu di Kejohanan Dunia Barcelona, kelmarin.

Sebenarnya, Pandelela masih boleh berbangga kerana berada di kedudukan keenam terbaik dunia dan meraih gangsa ketika berpasangan dengan Lee Mun Yee, namun, baginya itu bukan sesuatu yang diharapkan.

"Sekarang ini, saya sangat sedih. Tidak ada apa lagi yang saya nak cakapkan kecuali minta maaf kepada semua yang mengharapkan kejayaan daripada saya.

Dipotong 14 mata

"Saya mengaku melakukan kesilapan pada terjunan keempat selepas apa yang berlaku di terjunan ketiga," katanya yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London dan tempat kelima Kejohanan Dunia di Rome 2009 dan Shanghai 2011.

Pandelela mengumpul keseluruhan 334.55 mata dalam acara yang menyaksikan penerjun 14 tahun dari China, Si Yajie meraih emas menewaskan rakan senegara yang juga pemenang dua pingat emas di Olimpik London, Chen Ruolin di tempat kedua.
Dalam acara final itu, Pandelela bermula dengan persembahan meyakinkan apabila memperoleh 70.50 mata dan 76.80 mata pada terjunan berikutnya untuk memburu sekurang-kurangnya pingat gangsa namun kesilapan pada terjunan ketiga menyebabkan dia terpaksa mengulangi terjunan dan menyebabkan dia dipotong 14 mata dan berpuas hati dengan 54.50 mata.

Persembahan berikut Pandelela terus menjunam pada terjunan keempat apabila sekadar mengumpul 56.00 mata dan menyebabkan kedudukannya yang sebelum itu di tempat ketiga, jatuh hingga ke tempat enam.

Pandelela kemudian bangkit dengan memperoleh 76.80 mata pada terjunan terakhir namun tidak dapat meningkatkan kedudukan dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam.


15.23 | 0 komentar | Read More

KAFA 'remajakan' TRW

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan meremajakan The Red Warriors (TRW) dengan mengambil ramai pemain muda untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah itu bagi memastikan prestasi dan stamina pemain dapat dipertingkatkan untuk membantu Kelantan memenangi semula tiga kejuaraan sebelum ini.

"Tahun ini, kita hanya berjaya mengekalkan satu daripada tiga piala yang dimenangi musim lalu, iaitu Piala FA, jadi kita mahu pemain muda ini dapat membantu menaikkan kembali prestasi pasukan, musim depan," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

4 ahli 'Kumpulan Maut' terpisah

Kuala Lumpur: Kelompok empat pasukan teratas Liga Super yang tidak akan bertemu sesama sendiri dalam saingan peringkat kumpulan masih terdedah kepada bahaya 'Kumpulan Maut' menjelang undian Piala Malaysia hari ini.

Dengan kekuatan 16 pasukan bertanding hampir seimbang, terutama trofi Piala Malaysia menjadi pengubat kekecewaan merangkul Piala Liga dan Piala FA, keempat-empat pasukan pilihan itu sebenarnya lebih diancam pasukan daripada tiga balang lain.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

'SUARA PROTES'

Ahli Majlis BAM bantah jika Mahaleel dicalon presiden, hari ini

Kuala Lumpur: Pemilihan bagi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu hari ini mungkin ditangguhkan.

Ini berikutan ada di kalangan ahli majlis BAM yang tidak bersetuju sekiranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Berhad, Tengku Mahaleel Tengku Ariff dilantik menjadi presiden biarpun hanya beliau yang bersedia untuk menerajui badan induk itu.

Kumpulan ahli majlis berkenaan sebaliknya mahu Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamed Al-Amin Abd Majid mengisi kerusi nombor satu badan induk itu walaupun beliau masih belum mengesahkan mahu bertanding jika dicalonkan.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Fandi enggan ulas isu Jiminez

Written By Unknown on Jumat, 26 Juli 2013 | 15.23

Dakwa tidak dimaklumkan secara rasmi kehadiran pengurus baru

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad mengaku masih belum dimaklumkan secara rasmi berhubung pelantikan bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez sebagai pengurus dan ketua jurulatih Harimau Selatan, musim depan.

"Memang saya ada dengar perkhabaran mengenai Jiminez akan mengendali Johor DT musim depan, tetapi buat masa ini belum ada hitam putih.

"Malah, saya sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai kehadiran pengurus berkenaan. Apapun saya akan terus melatih Johor DT," katanya ketika ditemui mengendalikan latihan pertama bersama Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Penganjur sasar jual 87,000 tiket aksi Barca

Kuala Lumpur: Jualan tiket perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan Barcelona agak perlahan tetapi Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah selaku promoter perlawanan itu yakin ia akan meningkat menjelang tarikh perlawanan.

Setakat ini 10,000 keping tiket sudah terjual secara online manakala 10,000 lagi dibeli secara pukal," kata Effendi pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Malaysia XI dan Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Messi, Neymar dalam senarai

"Biasanya peminat di sini akan membeli di saat-saat akhir, dan saya rasa sasaran untuk menarik 87,000 penonton menyaksikan pasukan terbaik dunia beraksi secara langsung, bukan sesuatu yang mustahil."

Effendi turut menjanjikan tidak ada perubahan dalam senarai pasukan utama Barcelona yang akan datang ke Malaysia di mana nama-nama besar seperti Lionel Messi dan Neymar turut tersenarai.

Perlawanan pada 10 Ogos itu akan tetap diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas pemeriksaan ke atas gelanggang berkenaan semalam memuaskan hati jawatankuasa pengelola perlawanan.

"Kita dah dapat jaminan daripada pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil dan menurut pakar mereka, keadaan rumput akan mencapai tahap terbaik dalam tempoh 10 hari ini," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Tiket berharga RM98, RM168, RM208, RM288, RM388 dan RM688 boleh didapati di laman www.ilassotickets.com.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM mula tunjuk kuasa!

Bukti serius soal ranking, pilih China ganti Uzbekistan

Kuala Lumpur: Hendak atau tidak, pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal perlu akur dengan jadual diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memutuskan Harimau Malaya berdepan pasukan kebangsaan China di Beijing, pada 10 September depan.

Pengendali itu juga tidak boleh menolak satu lagi perlawanan persahabatan kelas A yang sedang diatur FAM pada 6 September.

Harimau Malaya terpaksa mencari dua pasukan baharu itu sebagai ganti dua aksi persahabatan antarabangsa yang dibatalkan iaitu bertemu Uzbekistan pada 6 September dan India, 10 September ini.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Hanya Mahaleel seorang

Sah akan bertanding merebut jawatan Presiden BAM

Sepang: Sehari menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), esok, hanya Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengesahkan akan bertanding merebut jawatan presiden badan induk itu jika dicalonkan oleh ahli majlis.

Seorang lagi calon, Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamed Al-Amin Abd Majid sehingga semalam masih belum memberi jawapan sama ada bersedia bertanding atau sebaliknya.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang mengesahkannya turut mengakui Tengku Mahaleel ada menghubunginya bagi menyatakan kesediaan untuk menjadi calon menerajui badan induk berkenaan.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Usah bergantung kepada sukan popular: Khairy

Written By Unknown on Rabu, 24 Juli 2013 | 15.24

Putrajaya: Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada sukan popular sebagai penanda aras kejayaan di persada antarabangsa kerana sukan tidak popular seperti terjun, memanah dan skuasy juga mampu menaikkan nama negara.

Mentaliti yang meletakkan sukan nombor satu, bola sepak mampu menjelmakan kejayaan yang boleh dibangga perlu diketepikan kerana sukan lain juga berpotensi serta telah terbukti mampu meletakkan imej negara di kedudukan terbaik di pentas dunia.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat sokongan tidak hanya bersandarkan kepada populariti sukan semata-mata tetapi perlu disama ratakan untuk semua jenis sukan terutamanya memanah dan terjun.

"Kita boleh lihat pada sukan memanah dan terjun yang bertaraf dunia. Semuanya itu boleh jadi penanda aras. Walaupun tidak popular tetapi masih mampu bersaing di peringkat dunia," katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kementeriannya semalam.

Muhammad Ziyad Zolkefli mencetus bangga meraih pingat emas lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis manakala trio memanah lelaki, Atiq Bazil Bakri, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad menang perak acara recurve berpasukan kejohanan Piala Dunia di Medellin, Columbia.

Tambah hebat, Pandelela Rinong bersama pasangannya, Leong Mun Yee meraih gangsa dalam saingan 10 meter platform di Kejohanan Dunia di Barcelona, Sepanyol.


15.24 | 0 komentar | Read More

Pandelela mahu mula dari bawah

Kuala Lumpur: Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee meraih gangsa di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, semalam tetapi ratu terjun negara itu mahu terus melupakan kejayaan itu dengan menyifatkan dia harus bermula semula dari bawah.

Pasangan penerjun negara itu tewas tipis dalam aksi final kepada pasangan Kanada, Roseline Filion dan Meaghan Benfeito yang meraih pingat perak acara platform 10m seirama wanita.

Selepas tamat aksi final dan disahkan menerima pingat gangsa, atlet kelahiran Sarawak itu melalui akaun twitter miliknya menulis seolah-olah mahu melupakan kegagalan memperbaiki pencapaian kali ini.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.24 | 0 komentar | Read More

Amaran FAM!

Hamidin kata Rajagobal tiada hak batal perlawanan antarabangsa kelas A kerana ranking tetap penting

Petaling Jaya: Tiada lagi keistimewaan untuk jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membatalkan sewenang-wenangnya perlawanan antarabangsa berstatus kelas A dan menukar kepada perlawanan ujian yang tidak menawarkan mata kepada ranking skuad negara, mulai tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang berpendirian bahawa ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu penting sejak hari pertama mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Azzuddin Ahmad, 1 Julai lalu, berkata sekretariat FAM akan memastikan perkara itu tidak berulang.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.24 | 0 komentar | Read More

Ancelotti: Tiada masalah tambat Ronaldo

Written By Unknown on Senin, 22 Juli 2013 | 15.23

Madrid: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya usaha untuk mengekalkan bintang sensasi kelab itu, Cristiano Ronaldo bukan satu masalah besar.

Ronaldo sehingga kini masih belum memperbaharui kontrak tiga tahunnya di Santiago Bernabue tetapi Ancelotti yakin bekas bintang Manchester United itu akan kekal menyarung jersi Real.

"Semua orang tahu dia seorang pemain hebat dan mencetuskan fenomena.

"Memperbaharui kontraknya bukan tugas saya tetapi ia tidak akan menjadi masalah. Saya fikir secara dasarnya, suasana dalam pasukan sangat baik," kata Ancelotti sejurus tamat sesi latihan kelab itu.

Ibrahimovic, Bale hebat

Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun enggan bercakap mengenai potensi Real untuk membawa masuk mana-mana pemain baru bagi mengharungi saingan musim depan.

Ditanya mengenai kemungkinan Gareth Bale dibawa masuk daripada Tottenham Hotspur atau penyerang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovich, Ancelotti berkata: "Saya tidak boleh bercakap mengenai pemain yang bukan milik Real.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai Bale. Semua orang tahu kehebatannya sebagai seorang pemain tetapi sebagai menghormati semua yang berada di sini, saya tidak mahu bercakap mengenainya.

"Ibrahimovic pula seorang pemain yang hebat, dia boleh beraksi di mana-mana di dunia ini tetapi hari ini dia bukan pemain Real," kata Ancelotti. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM dituntut baiki ranking

Seremban: Mahu atau tidak, pengurus dan jurulatih Harimau Malaya - Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk K Rajagobal - mulai hari ini harus segera mengubah pendirian serta falsafah mereka mengenai kedudukan ranking.

Ini kerana selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan ranking penting, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut senada.

Khairy menegaskan mana-mana pasukan di dunia jelas memburu kedudukan terbaik dari segi ranking kerana itu adalah penilaian sebenar terhadap sesebuah pasukan kebangsaan.

"Kita dapati mana-mana pasukan kebangsaan yang berjaya di kejohanan besar menduduki tangga atau ranking yang tinggi di dunia, jadi tidak boleh kita katakan bahawa kedudukan kita dalam ranking dunia tidak penting.

"Saya setuju bahawa kedudukan itu bukan segala-galanya kerana jika dapat ranking nombor satu tidak semestinya menang Piala Dunia, tetapi ia ada persamaannya iaitu negara yang tinggi ranking akan berjaya dalam kejohanan besar atau bertaraf antarabangsa.

Eksperimen ranking

"Jadi kalau kita menafikan ranking tidak penting, saya nampak ia bukan perkara yang produktif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rakan Muda Ihya Ramadan Peringkat Negeri Sembilan 2013, di Masjid At-Taqwa Paroi, malam kelmarin.
Khairy turut berharap FAM merumuskan formula terbaik ketika membuat eksperimen antara beraksi menentang kelab atau perlawanan kelas A kerana pada akhirnya rakyat akan menilai pasukan kebangsaan melalui ranking.

"Takkan kita boleh berbangga dengan kedudukan ranking 150 hingga 160 itu.
Jadi kita carilah pendekatan yang lebih seimbang ketika membuat eksperimen antara bermain dengan kelab atau pasukan berstatus amatur dan kelas A.

"Pada masa sama kita juga haruslah kerap bermain dalam perlawanan persahabatan berstatus A, sebab penanda kita dengan pasukan negara lain bukannya dengan pasukan kelab, apalagi kelab berstatus amatur," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Jiminez, Aimar tarikan baru

Bukti TMJ mahu mutu bola sepak Johor, Malaysia dipertingkat: Rusdee

Johor Bahru: Andai usaha membawa Cesar Ferrando Jiminez menjadi kenyataan, pastinya gandingannya bersama Fandi Ahmad membimbing Johor Darul Takzim (DT) mampu mencetus fenomena baru dalam bola sepak negara sekali gus meletakkan kelab dari selatan tanah air itu antara paling digeruni dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas penyerang kebangsaan, Rusdee Sulong jelas teruja dengan perancangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia itu membimbing skuad Harimau Selatan bergandingan dengan Fandi yang memiliki pengalaman luas dalam Liga-M.

"Apa yang dilakukan Presiden PBNJ (Tunku Ismail) membuktikan betapa baginda mahu mutu bola sepak Johor dan Malaysia dipertingkat. Saya dan penyokong Johor memang sangat menantikan berita ini dan berharap ia menjadi kenyataan.

"Saya yakin gandingan Fandi dan Jiminez mampu membentuk pasukan mantap kerana masing-masing mempunyai pengalaman luas serta kelebihan tersendiri seterusnya menjadikan Johor DT kuasa baru bola sepak negara musim depan," katanya semalam.

Kelibat anak jati Johor

Kelmarin BH Sukan melaporkan Tunku Ismail dalam kenyataan di laman Facebook Johor Fan Club sedang berunding membawa pengurus berpengalaman dari Sepanyol yang pernah membimbing pasukan ternama La Liga dan berusaha mendapatkan khidmat lima pemain baru menyertai Johor DT musim depan.

Rusdee yang beraksi untuk Johor secara profesional sejak musim 1990 hingga 2000 dan berjaya membantu skuad itu menjulang Piala FA, yakin kelibat bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar mampu menjadi tarikan terbaru dalam Liga-M sekali gus memperkuatkan pasukan.
Dia juga menaruh harapan tinggi kelibat tiga anak jati Johor – Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman – yang kini bersama Harimau Muda akan menyertai Johor DT selepas berakhir Sukan SEA di Myanmar Disember depan, mengukuhkan lagi jentera tengah dan benteng pertahanan pasukan.

"Saya difahamkan PBNJ juga mahu memikat pemain tengah Lions XII, Hariss Harun atau Baihakki Khaizan dan sudah tentu gandingan Hariss, Irfan dan Aimar akan membentuk jentera tengah yang kuat dan mampu menghasilkan permainan menghiburkan," kata Rusdee.


15.23 | 0 komentar | Read More

DAH AGAK!

Gol Fadhli 'kejut' anak buah Mourinho

Shah Alam: Janji jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk anak buahnya menampilkan persembahan menghiburkan hanya tinggal janji apabila Harimau Malaya mudah diratah Chelsea 4-1 pada aksi persahabatan jelajah pra-musim di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Sebaliknya kira-kira 40,000 penyokong yang hadir lebih terhibur dengan gerakan menarik serta kemahiran dipamerkan pemain Chelsea sekali gus menimbulkan persoalan adakah Rajagobal sudah ketandusan idea mencatur strategi dan hilang sentuhan emasnya?

Rajagobal menurunkan kesebelasan hampir serupa ketika seri 0-0 dengan Chonburi FC, Selasa lalu kecuali menyenaraikan Norshahrul Idlan Talaha dan Mahalli Jasuli menggantikan tempat Ahmad Fakri Saarani dan Nor Farhan Muhammad.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho pula mempertaruhkan kesebelasan campuran pada setiap babak dengan menampilkan beberapa pemain bintang seperti Branislav Ivanovic, Michael Essien, Eden Hazard, Romelu Lukaku dan kapten, John Terry pada separuh masa pertama.

Gol pertama Chelsea terhasil seawal minit kelima menerusi pemain muda dari Burkina Faso berusia 18 tahun, Bertrand Traore yang mudah menyudahkan hantaran leret Kevin De Bruyne dari sebelah kanan.

Gol Fadhli penawar

Namun Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-22 tetapi rembatan tepat K Gurusamy hasil sepakan penjuru Mahalli terbias kaki pertahanan Chelsea lalu keluar.
Chelsea kemudian menambah gol kedua pada minit ke-28 menerusi sepakan voley De Bruyne hasil umpanan Lukaku tetapi akibat berlaga dengan pertahanan Malaysia, pemain Belgium berusia 22 tahun itu cedera dan terus dikeluarkan tanpa sempat meraikan jaringannya.

Melihat kerapuhan pertahanan, Rajagobal memasukkan Fadhli Shas menggantikan Azizi Mat Rose pada minit ke-45 tetapi pada masa kecederaan babak pertama, Lukaku yang melepasi perangkap ofsaid tenang menyudahkan gol ketiga Chelsea menewaskan Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, Mourinho melakukan sembilan pertukaran dengan memasukkan pemain bintang antaranya Petr Cech, Ashley Cole, Ramires, Victor Moses, Andre Schurrle, Demba Ba dan Gary Cahill.

Sebaliknya, Rajagobal kekal dengan pemain sama sebelum melakukan tiga pertukaran serentak pada minit ke-55 dengan memasukkan Safiq Rahim, Amiridzwan Taj Tajudin dan Nor Farhan disusuli kemasukan Safee Sali dan Nazmi Faiz Mansor, 12 minit kemudian.

Chelsea menambah gol keempat hasil rembatan Moses pada minit ke-88 yang gagal ditepis kemas oleh Farizal tetapi Harimau Malaya akhirnya berjaya juga mendapat gol saguhati pada masa kecederaan menerusi tandukan Fadhli Shas hasil sepakan percuma Safiq.

Malaysia nyaris mendapat gol kedua pada penghujung permainan tetapi rembatan penyerang gantian, Nizaq Ayub diselamatkan Cole di atas garisan gol ketika Cech sudah pun tertewas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemanah negara dapat peluang kedua

Written By Unknown on Minggu, 21 Juli 2013 | 15.22

Kuala Lumpur: Selepas kali terakhir mara ke final dua tahun lalu, pasukan recurve lelaki negara berpeluang sekali lagi untuk memperoleh pingat emas pertama buat Malaysia dalam peringkat tiga Piala Dunia yang sedang berlangsung di Medelline, Colombia.

Pasukan negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin berjaya memperoleh purata mata 220 seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Lee Jae Hyung untuk menempah tempat ke final menentang Mexico yang juga pasukan pilihan utama kejohanan.

Malaysia tewaskan Cuba

Malaysia dan Mexico yang diwakili Juan Rene Serrano, Luis Eduardo Velez dan Luis Alvarez, masing-masing pernah memperoleh pingat perak di Piala Dunia, namun masih belum memenangi emas.

Perlawanan perebutan pingat emas akan berlangsung awal pagi esok.
Terdahulu dalam pusingan suku akhir semalam, Malaysia menewaskan Cuba 222-215 sebelum mara ke separuh akhir bagi menewaskan Kanada biarpun dengan kemenangan tipis 220-219.

Kali terakhir Malaysia mara ke final adalah pada peringkat empat Piala Dunia di Shanghai 2011 dengan negara diwakili Cheng Chu Sian, Khairul dan Haziq ditewaskan trio Amerika Syarikat 218-222.


15.22 | 0 komentar | Read More

Safee tekad robek gawang Chelsea

Kuala Lumpur: "Sekurang-kurangnya saya akan cuba untuk menjaringkan satu gol." tekad penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menjelang pertemuan dengan Chelsea di Stadium Shah Alam, malam ini andai ditakdirkan perlawanan berkesudahan dengan skuad kebangsaan tewas lagi kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu.

"Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.

"Jika tak dapat mencapai kemenangan sekali pun, kami akan cuba untuk menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokong. Itu sesuatu yang tidak mustahil dilakukan kerana saya dan beberapa pemain lain turut pernah melakukannya ketika bertemu kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini," kata Safee ketika dihubungi, semalam.

Pernah bolosi gol Liverpool

Safee, 29, pernah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 6-3 kepada Liverpool pada 16 Julai 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan satu lagi jaringan menerusi sepakan percuma Safiq Rahim.

Amri Yahyah turut melakar sejarah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 3-2 kepada Manchester United pada 18 Julai 2009.
Pemain tempatan lain yang turut pernah membolosi gawang kelab Liga Perdana Inggeris ialah Hairuddin Omar ketika tewas 4-1 kepada Chelsea pada 2003, Azmi Muslim ketika tewas 2-1 kepada Arsenal pada 2012 dan Azammuddin Akil ketika tewas 3-1 kepada Manchester City pada 2012.

"Saya tidak pasti diturunkan dalam kesebelasan utama atau tidak, tapi saya sudah cergas sepenuhnya dan menjalani latihan penuh selama tiga hari. Saya cukup bersemangat untuk turun bertemu Chelsea," katanya.


15.22 | 0 komentar | Read More

'FAM tak akan tamat khidmat Raja'

Kuantan: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata badan induk itu tidak akan menamatkan khidmat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dalam tempoh terdekat ini.

Tengku Abdullah berkata, Rajagobal masih ada tanggungjawab menyelesaikan tugasnya membimbing Harimau Malaya dalam saingan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 dan kejohanan itu juga adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) jurulatih berkenaan.

Tak mahu jejas konsentrasi

"Biar dia habiskan perjuangan sebagai jurulatih Harimau Malaya kerana dia tahu apa harapannya.

"Saya harap dia dapat tunaikan apa saja harapannya itu dan kemudian baru kita bincang pasal perkara lain.

"Sekarang ini kita tidak mahu jejaskan konsentrasi dia kerana kelayakan Piala Asia adalah KPI dia," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh tujuh badan korporat di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya desakan peminat bola sepak tanah air yang mahukan khidmat Rajagobal ditamatkan kerana gagal meningkatkan pencapaian skuad kebangsaan ke peringkat lebih tinggi.


15.22 | 0 komentar | Read More

SAHUT CABARAN

Tengku Abdullah minta Raja tak bereksperimen lagi ketika aksi dengan Chelsea malam ini

Shah Alam: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal akan menurunkan kesebelasan utama terbaiknya untuk aksi menentang Chelsea FC di Stadium Shah Alam, malam ini, sekali gus menyahut cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Namun, pengendali berusia 57 tahun itu berkata, kesebelasan utama yang diturunkan itu perlu mengambil kira kesesuaian mengikut keadaan terutama dari segi tahap kecergasan pemain.

"Saya fikir kita ada 26 pemain terbaik untuk diturunkan. Saya perlu lihat tahap kecergasan mereka. Kita tak boleh fikir semua pemain boleh bermain, kita tetap perlu melihat kepada situasi, siapa pemain terbaik yang boleh kita turunkan.

"Memang kalau boleh saya nak turunkan kesebelasan terbaik untuk memulakan separuh masa pertama. Apa pun saya akan turunkan pemain yang saya fikir cukup cergas dan betul-betul boleh bermain," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Hanya seorang pemain yang masih cedera iaitu pertahanan kiri, Zubir Azmi manakala baki 26 pemain lain sudah boleh beraksi termasuk Safee Sali, Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat dan Mahalli Jasuli yang sebelum ini tidak beraksi ketika skuad kebangsaan seri 0-0 dengan kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lalu.

"Ini latihan terakhir. Saya gembira kerana semua pemain yang cedera dan kurang sihat sebelum ini sudah boleh berlatih bersama. Begitu juga Fadhli Shas dan K Reuben yang baru pulang dari Kazan, Russia (Sukan Universiti Dunia).

"Saya mungkin melakukan dua atau tiga pertukaran berbanding kesebelasan ketika bertemu Chonburi FC," kata Rajagobal yang ketika latihan, malam tadi memakai jersi skuad kebangsaan ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebagai mengambil aura dan semangat kemenangan, tiga tahun lalu.


15.22 | 0 komentar | Read More

Aksi penting buat 'dua Frenz'

Written By Unknown on Sabtu, 20 Juli 2013 | 15.23

Perlu menang untuk buru tiket separuh akhir

Kuala Lumpur: Perlawanan minggu kesembilan, hari ini dilihat begitu penting buat kedua-dua wakil negara, Frenz Malaysia A dan Frenz Malaysia B untuk mencatat keputusan positif merebut dua slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Piala ASEAN FAM-Frenz B15 2013.

Dalam Kumpulan A, Frenz Malaysia A yang kini menghuni tangga keempat akan berdepan Phnom Penh Crown FC dari Kemboja manakala Frenz Malaysia B pula berkunjung ke Laos untuk menentang Lao Toyota FC.

Jurulatih Frenz Malaysia A, Mat Dinos Talib, berkata walaupun mendapat saingan hebat daripada pasukan Chonburi FC, PVF FA dan Timor Leste B-15, secara keseluruhannya, semua pemain sudah bersedia mengutip tiga mata penuh dalam baki tiga perlawanan.

Perancangan taktikal

"Anak buah saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Walaupun kehilangan dua pemain tonggak di bahagian tengah ketika tewas kepada Timor Leste lalu, saya masih yakin kami mampu memenangi perlawanan ini.

"Untuk layak, kami perlu menang semua tiga perlawanan yang ada dan pastinya itu sasaran kami buat masa sekarang. Perancangan taktikal sudah pun dibuat dan harap semuanya akan berlangsung seperti yang diharapkan," katanya semalam.

Selepas mengharungi minggu kelapan, hanya Frenz Indonesia yang sudah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dan Frenz Malaysia B akan menjadi pasukan kedua layak ke pusingan empat pasukan terbaik sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Lao Toyota FC.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Bos baru BAM perlu tegas'

Jangan biar diri dikawal pihak tidak bertanggungjawab: Jalani

Kuala Lumpur: Tidak kira siapa pun yang dipilih menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mereka perlu mengelak daripada dikawal oleh pihak tertentu dalam badan induk itu yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Bekas pakar beregu negara, Jalani Sidek (gambar) percaya perkara itu wujud sejak sekian lama dan menjadi salah satu punca mengapa arena sukan badminton tanah air ketika ini meniti zaman kegelapan.

"Presiden baru yang dilantik nanti perlu bertindak tegas. Jangan biarkan diri dikawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana ia hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap pembangunan sukan badminton negara.

Masalah kronik

"Tanggungjawab sebagai presiden besar apatah lagi mengambil alih tampuk pimpinan dalam keadaan BAM ketika ini mengalami pelbagai masalah yang disifatkan sebagai kronik. Sebab itu, siapa yang dipilih nanti perlu ada sifat kepimpinan yang tegas.

"Tugas utama presiden baru nanti, mereka perlu teliti setiap masalah yang timbul dan menyelesaikannya terutama mengapa badan induk itu gagal melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Lee Chong Wei (jaguh perseorangan negara)," kata Jalani ketika dihubungi kelmarin.

Perubahan drastik CTC

Menurut Jalani, jawapan terhadap persoalan mengapa BAM gagal melahirkan pemain berkualiti seperti Chong Wei akan terjawab dengan presiden baru nanti membubarkan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) ketika ini dan digantikan dengan orang baru yang lebih pakar mengenai sukan badminton terutama dalam kalangan bekas pemain negara.

"Kegagalan BAM melahirkan pemain berkualiti adalah tanggungjawab CTC kerana jawatankuasa itu gagal menghasilkan program yang berkesan.

"Malah, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah (Timbalan Presiden BAM) sebelum ini turut menyatakan bahawa presiden baru nanti perlu melakukan perubahan drastik terhadap CTC yang disifatkan nadi dalam BAM. Jelas, kenyataan itu membuktikan yang CTC memang mempunyai masalah," kata Jalani.

BAM akan mengadakan pemilihan kepimpinan baru sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu 27 Julai ini. Tumpuan pasti terarah terhadap perebutan jawatan presiden selepas penyandang ketika ini, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh enggan mempertahankan jawatan itu selepas dilantik sebagai Presiden Persatuan Badminton Asia (BAC) Mac lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Wujud Liga Profesional langkah bijak'

Bukan satu kesalahan untuk FAM 'membebaskan' Liga-M dengan menswastakannya: Elyas

Kuala Lumpur: Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaksanakan Liga Profesional pada 2015 adalah keputusan bijak dalam memajukan sukan bola sepak negara.

Bekas Naib Presiden FAM, Tan Sri Elyas Omar, berkata bukan satu kesalahan untuk FAM 'membebaskan' Liga Malaysia (Liga-M) dengan menswastakannya, tetapi banyak perkara harus difikirkan terlebih dulu.

"Bagi saya, kalau Liga-M diswastakan, ia mungkin boleh membawa penambahbaikan, tetapi ia belum tentu memberi kesan baik dalam aspek melahirkan bakat baru.

"Pada pendapat saya, ia juga bukan sesuatu yang pasti dapat meningkatkan kualiti pasukan kita kerana apa yang lebih penting ialah FAM tidak boleh terus melupakan pembangunan akar umbi," katanya ketika dihubungi semalam.

Kerja FAM baik

Semalam, seorang pemerhati bola sepak negara yang juga bekas pengurus pemain kebangsaan, Safee Sali, Zakaria Rahim mempersoalkan tindakan FAM yang masih belum melaksanakan liga profesional sehingga kini.

Beliau berkata, sepatutnya bola sepak Malaysia sudah memiliki satu entiti khas dalam mengurus tadbir perjalanan liga tempatan.
Elyas berkata, pada pendapatnya pengurusan FAM sudah cukup bagus dalam menguruskan Liga-M, tetapi tidak salah kalau masih mahu menswastakan liga berkenaan.

"Bagi saya, FAM sudah melakukan kerja dengan baik kerana Liga-M terus mendapat sambutan.

"Cuma apa yang berlaku sekarang kita kurang memiliki bakat yang berpotensi untuk beraksi di pentas lebih tinggi," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tak harap keajaiban'

Rajagobal dan Subahan berbeza pendapat pertemuan menentang Chelsea, esok

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku ketika aksi persahabatan skuad bimbingannya menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, malam esok.

Kalah atau menang, jurulatih berusia 57 tahun itu hanya mahu menjadikan perlawanan berkenaan sebagai ukuran sebenar kemampuan Harimau Malaya ketika beraksi di pentas lebih tinggi.

"Kita tahu Chelsea memiliki pemain terkenal dari seluruh dunia. Jadi pada perlawanan ini, kita perlu bersikap realistik dan terima hakikat kemampuan pasukan negara, berbanding kelab Liga Perdana Inggeris itu.

"Kita juga perlu ingat sekarang adalah bulan Ramadan. Mungkin pemain tidak berada pada tahap terbaik seperti kebiasaan.

Peminat terhibur

"Kita cuma mahu lakukan yang terbaik dan ingin memastikan peminat terhibur dengan corak permainan yang dipamerkan," katanya ketika ditemui semalam.
Kata-kata Rajagobal itu agak berbeza dengan kenyataan Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, kelmarin yang percaya pertemuan skuad negara itu dengan Chelsea FC adalah masa paling sesuai untuk pemain bangkit mencari kemenangan yang bola dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Pengurus itu berkata, Harimau Malaya pernah mengalahkan pasukan Liga Perdana, Arsenal FC dengan kemenangan 2-0 pada 1975 dan beliau harap skuad negara mampu mengulangi kejayaan sama pada aksi menentang Chelsea FC nanti.

Dalam aksi 2003, Harimau Malaya tewas kepada Chelsea FC 4-1 dan lima tahun kemudian, pada aksi 2008, Malaysia turut tewas 2-0, diikuti kekalahan tipis 1-0 pada pertembungan terakhir 2011 ketika skuad dikendalikan, Ong Kim Swee.

Dapatkan BH Sabtu hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Universiade Kazan: Trio 10m air rifle 'kena tembak'

Written By Unknown on Senin, 15 Juli 2013 | 15.33

Kazan: Kurang pengalaman antarabangsa menjadi halangan utama buat pasukan menembak 10 meter air rifle berpasukan untuk cuba mencuri tempat acara itu, semalam.

Trio negara dibarisi Mohd Nurahimin Abd Halim, Mohamad Lutfi Othman dan Hisyam Adzha hanya berada di tangga ke-12 daripada 15 pasukan dengan 1819.6 mata.

"Tahap prestasi atlet menembak China dan tuan rumah Russia sangat tinggi, jumlah pungutan mata yang diraih mereka juga bagus, sukar menandingi mereka. Untuk masa depan kami perlu memperbanyakkan latihan acara ini," kata Mohd Nurahimin yang juga adik kepada penembak kebangsaan, Nur Ayuni Abd Halim.

"Kakak ada juga memberi kata-kata semangat dan memberi petua berguna sebelum menyertai temasya ini. Nasihat diberi adalah saya menembak dengan positif."

China menang emas

Pingat emas dimenangi Zhiguo Liu-Yifei Cao-Lilong Liu dari China (1877.8 mata) diikuti perak oleh Nazar Luginets-Sergey Kamenskiy-Sergei Kruglov (Russia) dengan 1874.3 mata dan gangsa milik Sung-hyun Park-Jeyul Jeyon-Jeawon Lee (Korea Selatan) - 1855.0 mata.

Mengulas mengenai acara 50m rifle prone berpasukan hari ini, Hisyam berkata; "50m rifle prone memang acara kegemaran kami berbanding hari ini (semalam) dalam acara 10m air rifle.
"Kami lebih yakin untuk beraksi esok (hari ini), saya percaya kalau masing-masing buat catatan terbaik peribadi, kami berpeluang meraih kedudukan tiga terbaik," katanya.


15.33 | 0 komentar | Read More

Tok Gajah ada ramuan: Jalaluddin

Kuantan: Kapten pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar mahu rakan sepasukan memanfaatkan sepenuhnya sesi latihan sepanjang Ramadan bermula malam bagi menghadapi saingan getir Piala Malaysia, bermula 17 Ogos ini.

Pemain paling senior skuad itu berkata, lima kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super yang diraih musim ini diharap memberi motivasi terbaik bagi itu mencatat kejayaan dalam saingan piala berprestij itu nanti.

"Kegagalan meletakkan pasukan dalam kelompok tiga pasukan terbaik tidak harus melunturkan semangat, sebaliknya prestasi lebih baik perlu dipersembahkan.

Mampu pergi jauh

"Segala kelemahan diharap dapat diatasi terutama menajamkan lagi jentera serangan dengan sokongan bahagian tengah, manakala pertahanan mesti mengurangkan kesilapan.

"Saya percaya Pahang mampu melangkah jauh dalam saingan nanti," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, pemain tengah Mohd Hafiz Kamal berharap kejayaannya menjaringkan empat gol dalam Liga Super diharap dapat diterjemahkan dalam Piala Malaysia.
"Saya dan rakan-rakan akan berusaha memastikan Pahang dapat melangkah ke final.

"Piala Malaysia memerlukan komitmen dan persediaan rapi, saya akan melakukan yang terbaik buat skuad Tok Gajah," katanya.


15.32 | 0 komentar | Read More

Almeida tekad hadiah T-Team Piala Malaysia

Kuala Terengganu: Eduardo Almeida berazam membawa T-Team mencipta kejutan dan mengucup Piala Malaysia, namun kedudukannya sebagai pengendali pasukan belum ditentukan lagi.

Kontrak ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda itu bersama T-Team berakhir selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Terengganu baru-baru ini.

Jurulatih berasal dari Portugal berkata, dia belum menerima keputusan sama ada akan kekal melatih pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia kerana beliau difahamkan tugas membimbing mahu diserahkan kepada penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor.

Beri kepercayaan

"Saya dimaklumkan keputusan membimbing pasukan ini akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh terdekat. Saya harap pihak pengurusan terus memberi kepercayaan kepada saya selepas diberi tanggungjawab melatih pasukan dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.

"Saya percaya dan yakin pasukan ini mampu membuat kejutan dalam Piala Malaysia. Saya bercita-cita mahu menjulang piala itu bersama T-Team," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sejak membimbing pasukan itu dalam empat perlawanan Liga Super, T-Team menewaskan FELDA United (4-0) dan Negeri Sembilan (2-1), tumpas kepada Selangor 1-3 dan seri 2-2 dengan Terengganu.


15.32 | 0 komentar | Read More

Salah faham!

Piya lapor diri di Wisma FAM, semalam buat meleraikan segala teka-teki

Kelana Jaya: Kemunculan Badhri Radzi melaporkan diri, petang semalam akhirnya menamatkan segala isu kegagalan kapten Kelantan itu hadir ke kem latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.

Badhri, 31, atau lebih dikenali sebagai Piya menganggap segala yang berlaku itu sebagai salah faham dan berharap kehadiran di Wisma FAM, Kelana Jaya dapat menyelesaikan segala kekusutan.

Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik" Badhri Radzi Kapten Kelantan


"Selepas apa yang berlaku, saya ambil inisiatif untuk datang juga ke sini bagi menyerahkan jawapan kepada surat tunjuk sebab dan melakukan pemeriksaan bersama fisioterapi dan doktor FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

Piya akur kecewa

"Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik," kata Badhri ketika ditemui di Wisma FAM, petang semalam.

Sebelum ini, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan tegas menanti pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 itu kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Khamis lalu.
Piya bagaimana pun berkata, dia mengalami kecederaan hamstring dan sudah memaklumkannya kepada penolong jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Mengenai perkembangan kecederaan hamstring yang dialaminya itu, Badhri berkata: "Kalau nak lakukan pecutan, memang rasa sakit. "Jadi nak beri seratus peratus untuk latihan, memang tak dapat. Saya perlukan masa untuk pulih sepenuhnya menjelang Piala Malaysia."

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membayangkan bahawa Badhri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya lewat tiga hari melapor diri ke kem latihan pusat.

"Tidak... Dia (Badhri) sudah pun lapor diri dan kita akan lihat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakannya itu. Fisioterapi dan doktor FAM akan lihat tahap kecederaannya. Seperti Azammuddin Akil yang lapor diri, kemudian kita dapati kemungkinan lima minggu baru dia pulih dan kita hantar dia pulang.

"Sama juga untuk Badhri, kita akan tengok jika dia tak boleh pulih dalam masa tertentu, mungkin dia juga akan dihantar pulang. Kita akan tengok dulu dan kemudian buat keputusan terbaik," kata Rajagobal ketika ditemui, petang semalam.


15.32 | 0 komentar | Read More

Nilai Suarez RM191.8 juta

Written By Unknown on Minggu, 14 Juli 2013 | 15.23

LIVERPOOL: Liverpool tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran di bawah 40 juta pound (RM191.8 juta) untuk membawa pergi penyerangnya, Luis Suarez.

Media Inggeris sebelum ini mengatakan gergasi Sepanyol, Real Madrid muncul sebagai calon utama selepas Arsenal dikatakan sudah mengalah untuk mendapatkan bintang Kop itu.

The Gunners, yang gagal dalam tawaran 30 juta pound (RM143.8 juta) mungkin akan kembali dengan tawaran lebih tinggi 35 juta pound (RM167.8 juta) namun mungkin akan mendapat tindak balas sama apabila The Reds dijangka tidak bersetuju dengan jumlah itu.

Wenger menjadikan penyerang Antarabangsa Uruguay, Suarez sebagai sasaran utamanya selepas perpindahan penyerang Madrid, Gonzalo Higuain dikatakan menemui jalan buntu.

Begitupun dengan tempoh kontrak Suarez bersama The Reds sehingga 2016, tiada tekanan untuk Liverpool menjual penyerang berusia 26 tahun itu sekalipun dia ingin berpindah. Dia bakal terlepas enam perlawanan musim baru untuk melengkapkan penggantungan perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

Kuala Lumpur: Persembahan memberangsangkan skuad Harimau Muda A di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Kazan, Russia disambut baik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mahu prestasi itu ditingkatkan menjelang Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

"Ia satu pendedahan yang baik buat skuad kendalian Ong Kim Swee. Pengalaman ini cukup berharga buat pemain muda negara dalam memastikan misi mempertahan ibu emas di Myanmar nanti.

"Untuk itu, pengurusan pasukan perlu pastikan persediaan sehingga Disember nanti mestilah betul supaya tidak ada pemain yang cedera atau tercicir.

"Beberapa faktor lain juga perlu dijadikan pengajaran seperti kad merah yang dikutip pemain pada awal saingan.

"Malaysia selalu begini, sukar mengawal diri di atas padang dan mengutip kad merah tanpa memikirkan diri dan pasukan.

Titik berat kecergasan

"Perkara sama berlaku di Sukan Asia Guangzhou apabila dua pemain dilayang kad merah ketika menentang China. Soal kecergasan juga perlu dititik berat, jangan sampai selepas satu perlawanan keletihan mula menjadi penghalang," katanya ketika dihubungi semalam.
Saranan Zolkples wajar diberi perhatian serius oleh Kim Swee yang perlu menyediakan skuad terbaik menjelang Sukan SEA bagi memastikan ibu emas temasya itu kekal dalam genggaman.

Kim Swee perlu mengumpul barisan pemain terbaiknya sebaik pulang dari Kazan dan mengekalkan skuad utamanya dalam tempoh tiga bulan terakhir sehingga saingan di Myanmar bermula.

Selain tonggak Harimau Muda, pemain muda dari kelab dan negeri juga perlu menjalani latihan intensif di bawah kendalian Kim Swee bagi menyesuaikan diri dengan corak dan rentak permainan diterapkan pengendali itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Jepun tetap geruni Malaysia

Meskipun catat kemenangan besar 4-0 ke atas Harimau Muda

Kazan: Meskipun mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Malaysia kelmarin, namun sebenarnya terselit rasa gentar pasukan Jepun terhadap pasukan bola sepak negara terutama terhadap dua pemain, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Perkara itu dijelaskan ketua jurulatihnya, Yoshimura Masafumi selepas perlawanan namun lega kerana kedua-dua pemain itu tidak diturunkan akibat digantung perlawanan.

Wan Zaharulnizam digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu Great Britain manakala Syahrul Azwari ketika bertemu Itali.

Tempat kelima

"Nombor lapan (Wan Zaharulnizam) dan nombor 11 (Syahrul) tidak bermain... sedikit kecewa kerana mereka tidak bermain dan bagi saya jika kedua-duanya beraksi dalam perlawanan hari ini (kelmarin) sudah pasti saingan lebih sengit.

"Nombor tujuh (Mohd Irfan Fazail) juga bermain dengan sangat baik," katanya.
Malaysia dijadual bertemu Ireland yang tewas kepada Perancis menerusi penentuan penalti 3-4 selepas terikat seri 1-1 hari ini untuk penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.

Ketua jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee berkata, sikap menghormati lawan memakan diri pemainnya sehingga pintu gawang mudah dibolosi dua gol awal.

"Dua gol pada enam minit pertama menjadikan kami lebih tertekan, pemain seperti terlalu menghormati lawan sehinggakan dibolosi dua gol mudah yang berpunca dari kesilapan dan hilang fokus di bahagian tengah," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piya tak tipu

» Kapten Kelantan akan kemukakan laporan perubatan doktor yang merawatnya kepada FAM

Kota Bharu: Kapten berpengaruh Kelantan, Mohd Badhri Radzi sedia menjalani pemeriksaan kesihatan susulan dan fisioterapi di Wisma FAM untuk membuktikan dia benar-benar mengalami kecederaan hamstring.

"Saya ada bukti bahawa saya memang mengalami kecederaan. Kalau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berpuas hati, saya sedia serahkan bukti," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu." Mohd Badhri Radzi


Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 itu mengulas laporan akhbar semalam mengenai Pengurus Pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal berkata tindakan tegas menanti pemain itu kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Khamis lalu.

Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk K Rajagobal pula berkata beliau terpaksa menggugurkan Mohd Badhri dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil selepas kedua-dua pemain mengalami kecederaan.

Surat tunjuk sebab

Beliau berkata bagaimanapun Mohd Badhri perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya.
Setakat ini, FAM sudah mendapat pengesahan kecederaan patah jari Azammuddin.

Pemain tengah Kelantan yang lebih dikenali sebagai Piya itu berkata, dia akan menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM bagi menjelaskan punca kegagalannya melaporkan diri bersama skuad kebangsaan Khamis lalu.

"Selain surat tunjuk sebab, saya akan mengemukakan laporan perubatan kecederaan hamstring daripada doktor yang merawat saya kepada FAM," katanya.

Piya mendakwa ada menghubungi pembantu jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk membuat laporan secara tidak rasmi sejurus disahkan cedera selepas perlawanan akhir Liga Super menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, baru-baru ini.

"Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

"Doktor turut menasihatkan saya menjalani rawatan di Kota Bharu. Sekiranya FAM tidak berpuas hati, saya terpaksa pergi ke Kelana Jaya untuk melaporkan diri," katanya.

Piya antara tujuh pemain dari pasukan Kelantan yang dipanggil untuk menyertai kem latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan dua kelab ternama dunia, Chelsea dan Barcelona.

Enam pemain lagi ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat; Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim; Azizi Mat Rose; Mohd Shakir Shaari; Mohd Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani.


15.23 | 0 komentar | Read More

Wajib menang untuk peluang raih pingat hoki

Written By Unknown on Sabtu, 13 Juli 2013 | 15.23

Kazan: Selepas mencatat kemenangan kedua menumpaskan Itali 4-1 kelmarin, skuad hoki negara kini harus memikirkan formula terbaik merakam kemenangan pada pertemuan terakhir Kumpulan A berdepan Afrika Selatan, petang ini.

Ini kerana di atas kertas sekiranya Malaysia menang, peluang merebut gangsa masih terbuka luas dan andai sebaliknya berlaku, pintu memburu pingat sudah pasti tertutup rapat.

Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan - dibezakan tiga mata dengan pendahulu Russia - dan seandainya menang ketika berdepan Afrika Selatan maka peluang mengharungi perlawanan tempat ketiga (gangsa) dan keempat masih ada.

Seandainya tewas, lawan itu akan merampas kedudukan kedua terbaik dalam kumpulan - selepas hanya dibezakan dua mata - yang pastinya menutup ruang memburu pingat gangsa.

Yakin mampu menang

Bagi jurulatih, Nor Azlan Bakar, dia berbangga dengan prestasi pemainnya pada perlawanan menentang Itali dan percaya sekiranya momentum sebegitu diteruskan, Afrika Selatan sudah pasti berjaya ditundukkan.

"Pada perlawanan dengan Itali semalam (kelmarin), pasukan dapat bangkit dengan baik selepas tewas kepada Russia 24 jam sebelumnya. Pemain beraksi dengan baik, tidak melepaskan peluang terhidang dan tidak banyak melepaskan bola kepada lawan.
"Apa pun, untuk perlawanan menentang Afrika Selatan, kita perlu berusaha lebih gigih dan cuba tewaskan lawan," kata Nor Azlan.

Sementara itu, kapten pasukan Muhammad Razie Abd Rahim berkata, dia berkeyakinan penuh untuk meraih kemenangan hari ini namun dalam masa sama menuntut komitmen penuh rakan sepasukan.

"Saya harap rakan pasukan dapat menunjukkan prestasi sama seperti mana menentang Itali sebelum ini," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nadal sedia bangkit takluk Terbuka AS

Stuttgart (Jerman): Rafael Nadal akan kembali daripada kekalahan mengejut pusingan pertama, Wimbledon pada Terbuka Amerika Syarikat bulan depan, kata jurulatihnya.

Juara Terbuka Perancis berusia 27 tahun itu tersingkir awal di pusingan pertama dalam sejarah kejohanan major yang disertainya apabila tewas mengejut kepada pemain Belgium, Steve Darcis pada hari pertama Wimbledon.

Kekalahan mudah kepada Darcis yang menduduki ranking ke-135 dunia, menimbulkan spekulasi mengenai impak kecederaan terdahulu yang dialaminya ketika beraksi di gelanggang tanah liat - kecederaan lutut - yang merosakkan kempen 2012 Nadal.

Rehat cukup

Tetapi pakcik yang juga jurulatihnya, Toni Nadal (gambar kecil) menegaskan juara 12 kali Grand Slam itu akan kembali melonjakkan diri dalam latihan bagi persediaan Terbuka AS, yang bermula 26 Ogos depan.

"Rafa akan kembali. Dia tidak takut kepada permukaan itu (gelanggang keras) - dia tidak akan rugi apa-apa," kata Toni.

"Ketika ini Rafa melakukan latihan fizikal, tetapi tidak bermain lagi. Rehat yang mencukupi adalah penting - dia sudah cukup bermain."
Sebelum Wimbledon, Nadal layak ke final sembilan kejohanan selepas kembali daripada kecederaan tujuh bulan dan memenangi tujuh daripadanya. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM sambut baik cadangan pembahagian tugas KBS

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat pembahagian tugas melaksanakan program pembangunan bola sepak negara.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata FAM bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk kementerian yang mahu memajukan bola sepak tempatan.

"Kalau ia baik untuk bola sepak dan boleh memajukan sukan ini ke tahap lebih baik, kita tidak ada masalah menerima cadangan itu," katanya ketika ditemui di Wisma FAM semalam.

Kapasiti program pembangunan

Kelmarin, ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu pembahagian tugas dilakukan antara kementeriannya dan FAM dalam pembangunan bola sepak negara.

Ini kerana kementerian itu mempunyai kapasiti untuk menjalankan program pembangunan bola sepak dalam skala besar.

Khairy dilaporkan berkata kementerian itu tidak berhasrat mengambil pendekatan konfrontasi termasuk menggunakan kuasa Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan terhadap FAM berikutan ranking bola sepak negara terus merudum.
Ketika ini skuad bola sepak negara berada pada kedudukan 159 dunia di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM-FAS tunjuk siapa hebat

Pertemuan juara Piala FA, Piala Malaysia bertemu - juara Piala FA dan Piala Singapura

Kuala Lumpur: Siapa lebih hebat - juara Malaysia atau juara Singapura? Persoalan itu akan terjawab apabila Kejuaraan FAM-FAS yang menampilkan pertemuan antara juara Piala FA dan Piala Malaysia bertemu dengan juara Piala FA dan Piala Singapura, bulan depan.

Hasil perjanjian persefahaman antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang menyaksikan Lions XII beraksi di Liga Super dan Harimau Muda B di Liga Singapura, dua perlawanan membabitkan juara-juara dari kedua-dua negara akan turut diadakan pada 12 dan 13 Ogos ini.

Pasukan yang meraih tiga kejuaraan musim lalu, Kelantan bakal berdepan juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers di Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 Ogos manakala slot untuk juara Piala Malaysia terpaksa diberikan kepada Tentera untuk bertemu juara Piala Singapura, Warriors FC di republik itu pada 13 Ogos.


Perjanjian pertukaran FAM-FAS

Pasukan yang meraih tiga kejuaraan musim lalu, Kelantan bakal berdepan juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers di Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 Ogos manakala slot untuk juara Piala Malaysia terpaksa diberikan kepada Tentera untuk bertemu juara Piala Singapura, Warriors FC di republik itu pada 13 Ogos.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah, berkata ini adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran pasukan dibuat antara FAM dan FAS.

"Semua urusan penginapan akan ditanggung oleh pasukan tuan rumah manakala tiket penerbangan ditanggung sendiri oleh pasukan pelawat," katanya pada sidang media di Wisma FAM semalam.
Bermula tahun lalu, FAS menghantar Lions XII untuk beraksi dalam Liga Super manakala Harimau Muda A menjadi wakil tunggal negara dalam saingan Liga Singapura pada 2012 dan Harimau Muda B pada saingan tahun ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piya, Azammuddin terpaksa digugur

Written By Unknown on Jumat, 12 Juli 2013 | 15.23

Kelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa menggugurkan kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Pahang, Azammuddin Akil selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Rajagobal memanggil dua pemain senarai menunggu iaitu Junior Eldstal dari Sarawak dan Christie Jayaselan, Tentera.

Daripada 27 pemain yang dipanggil, hanya 24 pemain melapor diri di Wisma FAM, petang semalam termasuk Eldstal dan Christie.

Kelibat Piya, Azammuddin dan seorang lagi pemain Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang isterinya baru bersalin, kelmarin, tidak kelihatan.

Fadhli Shas dan K Reuben pula masih bersama skuad Ong Kim Swee di Kazan, Russia untuk Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013.

Eldstal, Christie jadi pengganti

"Kita tak mahu tunggu lama selepas mengetahui Badhri cedera hamstring dan tangan Azammuddin pula masih belum pulih sepenuhnya.
Jadi kita panggil dua pemain, Eldstal dan Christie menggantikan mereka, kata Rajagobal ketika ditemui pada hari pertama kem latihan skuad negara, petang semalam.

Bagaimanapun, pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya tetap perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya.


15.23 | 0 komentar | Read More

FAM utamakan aksi persahabatan status A

Shah Alam: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberi keutamaan mengadakan perlawanan antarabangsa berstatus A pada 2014 dan 2015 dalam usaha membaiki ranking bola sepak negara.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ranking Harimau Malaya di pentas antarabangsa menjadi tumpuannya sebaik mengambil alih pentadbiran sekretariat badan induk itu mulai 1 Julai lalu.

Saya sudah mengarahkan Ketua Jabatan Pertandingan Antarabangsa FAM, Abang Zulkarnain Abdul Rahman untuk membuat tawaran kepada mana-mana persatuan bola sepak terutama dari Asia Tenggara, Asia, Afrika dan Eropah bagi mengadakan perlawanan antarabangsa kelas A untuk 2014 dan 2015.

Kalau boleh, kita nak lebih perlawanan di tempat sendiri tetapi jika diminta diadakan di gelanggang lawan, kita tidak ada masalah kerana ia tetapi dapat memberi pendedahan kepada pemain.

Batal dua aksi berstatus A

Yang penting, kita nak adakan lebih banyak perlawanan antarabangsa berstatus A terutama pada tarikh yang ditetapkan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, kita perlu akui perkara ini bukan mudah kerana kita perlu sedar Malaysia kini berada pada ranking ke-159 dunia dan kebanyakan negara hanya mahu bertemu pasukan ranking lebih baik.
Apa pun kita akan mula lakukan proses mendapatkan perlawanan antarabangsa ini secepat mungkin, katanya ketika ditemui di Stadium Shah Alam, semalam.

Mengikut kalendar FIFA, terdapat 15 perlawanan berstatus A sepanjang 2013 tetapi skuad Harimau Malaya baru mendapat dua perlawanan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar (6 Februari) dan Yaman (17 Mac).

Bagi perlawanan persahabatan bertemu Iraq, Arab Saudi dan Palestin yang pada asalnya berstatus A ditukar oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kepada hanya perlawanan ujian.

Selain itu, jurulatih terbabit turut membatalkan dua perlawanan berstatus A menentang Singapura dan menggantikannya dengan tiga aksi bertemu kelab divisyen dua Australia.

Mengikut perancangan, Harimau Malaya bakal menggunakan kesemua tujuh baki perlawanan berstatus A untuk 2013 iaitu aksi persahabatan bertemu Taiwan (14 Ogos), Uzbekistan (6 September), India (10 September) dan UAE (10 Oktober) serta tiga aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (15 Oktober dan 15 November) dan Qatar (19 November).


15.23 | 0 komentar | Read More

30,000 tiket aksi Chelsea sudah dijual

Shah Alam: Biarpun berlangsung pada Ramadan, perlawanan jelajah pra-musim Chelsea bertemu skuad Harimau Malaya di Stadium Shah Alam, 21 Julai ini tetap mendapat sambutan apabila sejumlah 30,000 tiket sudah dijual setakat ini.

Pengarah Urusan ProEvents, San Boon Wah, berkata pihaknya meletakkan sasaran kehadiran 55,000 penonton dan kini ada lebih 20,000 tiket lagi yang boleh dibeli peminat untuk menyaksikan perlawanan itu.

Beliau berkata, peminat bola sepak tempatan boleh membeli baki tiket itu di kaunter tiket Stadium Shah Alam pada 20 Julai bermula jam 12 tengah hari dan juga pada hari perlawanan.

Chelsea berkampung 6 hari

Saya yakin ramai yang akan membeli tiket pada saat akhir kerana perlawanan berlangsung pada hujung minggu, katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pengelola menjelang perlawanan berkenaan di Stadium Shah Alam, semalam.

Selain itu, katanya sesi latihan terbuka Chelsea di Stadium Shah Alam, 20 Julai ini diadakan dari jam 6 hingga 7 petang dan kali ini pihaknya tidak menyediakan pas latihan kerana peminat boleh hadir untuk menyaksikannya secara percuma.

Boon Wah berkata, pasukan Chelsea akan berkampung selama enam hari di Kuala Lumpur iaitu mulai 18 Julai, sehari selepas mereka bertemu Pilihan Thailand di Bangkok dan sehingga 23 Julai ini.
Mereka berlepas ke Jakarta pada 23 Julai untuk bertemu Pilihan Indonesia, 25 Julai, katanya.

Sementara itu, pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal membuka ruang kepada mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk memberi ganjaran kepada pemain kebangsaan jika mereka berjaya menewaskan Chelsea.


15.22 | 0 komentar | Read More

JANGAN SAMPAI KONFRANTASI

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berhasrat mengambil pendekatan konfrantasi termasuk menggunakan kuasa Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan ranking bola sepak negara terus merudum.

Ketika ini skuad bola sepak negara berada pada kedudukan 159 dunia di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.

Sambil mengakui kecewa dengan perkembangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan FAM tidak boleh membiarkan situasi itu kekal.

"Saya pun kecewa dengan kedudukan bola sepak negara tetapi tak boleh ambil konfratansi terhadap FAM.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


15.22 | 0 komentar | Read More

Australia bakal ahli ke-12 AFF

Written By Unknown on Rabu, 10 Juli 2013 | 15.23

Kelana Jaya: Tuan rumah Piala Asia 2015, Australia bakal menjadi anggota ke-12 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) apabila penyertaan mereka akan dibincangkan dalam kongres luar biasa badan induk bola sepak Asia Tenggara itu, 25 Ogos ini.

"Namun kehadiran Australia tidak perlu dianggap sebagai ancaman kerana negara itu mengesahkan tidak akan menghantar skuad kebangsaan mereka untuk beraksi dalam kejohanan dwitahunan Piala Suzuki AFF.

"Jika mengikut perancangan, AFF akan mengadakan mesyuarat ahli majlisnya pada 25 Ogos dan sebelum itu, kami akan mengadakan kongres luar biasa untuk membawa masuk Australia sebagai ahli ke-12 AFF.

"Tapi selepas saya sendiri meneliti surat mereka, Australia sendiri yang menawarkan syarat yang mereka tidak beraksi dalam Piala Suzuki AFF, sebaliknya dalam pertandingan peringkat umur, wanita dan futsal," kata Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media selepas majlis perpisahannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, semalam.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan pihaknya sedang dalam perancangan teliti untuk pelaksanaan Liga Super ASEAN (ASL) yang bakal memulakan saingan pada 2015 membabitkan maksimum dua pasukan dari setiap negara, tidak termasuk Australia.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Pengadil pro lepas Piala Malaysia'

Jawatankuasa akan kaji lebih terperinci bila boleh dilaksana: Hamidin

Kelana Jaya: Khidmat pengadil profesional sepenuh masa di Liga Malaysia (Liga-M) akan tetap dilaksanakan, tetapi bukan untuk saingan Piala Malaysia bermula 17 Ogos ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini terutama untuk aksi Piala Malaysia kerana pelaksanaannya memerlukan kajian terperinci terlebih dahulu.

"Untuk Piala Malaysia, saya rasa belum boleh lagi. Kita akan lihat dahulu perkara ini.

"Kita akan bincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM yang dipengerusikan Datuk Astaman Abdul Aziz untuk melihat pro dan kontra jika ia dipraktikkan dalam Liga-M.

"Jawatankuasa akan mengkaji secara terperinci dan membuat keputusan bila ia boleh dilaksanakan," kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Beliau berkata, apa yang dicadangkan sebelum ini adalah salah satu opsyen untuk membaiki mutu pengadilan bola sepak negara.
"Kita tak boleh terus berada di takuk lama, perlukan perubahan. Mana yang baik, kita cuba perbaiki," katanya.

Tiada pinjaman pemain

Sementara itu, Hamidin berkata FAM sudah memutuskan tiada pinjaman pemain untuk Piala Malaysia musim ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Kita sudah bincangkan perkara ini dalam seminar dan taklimat sebelum musim 2013 bermula. Ia juga sudah termaktub dalam buku peraturan pertandingan Liga Malaysia," katanya.

Mengenai seorang penyokong Kelantan, Mohammad Razuki Derahman, 40, yang dilaporkan hampir pekak dan cedera di telinga kiri selepas berlaku letupan mercun berhampiran tempat duduknya ketika aksi final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun lalu, Hamidin mengakui agak sukar untuk pihaknya menghalang 100 peratus 'penyeludupan' mercun dan saur setiap kali berlangsungnya perlawanan Liga-M.

"Larangan membawa masuk mercun dan suar ke stadium memang sudah lama kita kuat kuasakan. Malah, pihak polis dan FAM sudah bertungkus lumus melakukan kawalan tetapi penyokong atau penonton masih dapat membawa masuk bahan larangan itu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

MSWP gantung skuad bola baling

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung seluruh pasukan bola baling lelaki negeri itu termasuk pemain, jurulatih dan pegawai daripada menyertai sebarang aktiviti sukan anjuran badan induk berkenaan.

Pengarah MSWP, Mohd Hamidi Abu Bakar, berkata mereka digantung sehingga jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan atlet bola baling lelaki negeri itu membawa masuk dan minum minuman keras di perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, baru-baru ini.

Gantung sertai sukan

"Dengan kuasa yang MSWP ada, kami menggantung semua mereka daripada terbabit dengan aktiviti sukan anjuran kami. Namun, daripada pihak Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM), saya tidak tahu apa tindakan mereka.

"Berapa ramai dan berapa lama yang PBBM gantung, saya tidak pasti. Bagi MSWP, ini adalah kes serius dan kami tidak akan berkompromi sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan bahawa tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan, digantung serta-merta daripada terbabit dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Mengenai jawatankuasa siasatan itu, Mohd Hamidi berkata, jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan atlet membawa masuk dan minum minuman keras berkenaan mungkin terpaksa mengambil masa panjang menyelesaikan siasatan.
"Ini kali pertama kami diberi tanggungjawab menyelesaikan kes seperti ini yang mana kebiasaannya persatuan sukan terbabit yang sepatutnya menjalankan siasatan. Saya sendiri tidak pasti mengapa MSN memberi tanggungjawab ini kepada kami," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bonus Aidilfitri!

Hadiah kemenangan, insentif tahunan Liga-Makan dikreditkan dalam akuan pasukan, hari ini

Kelana Jaya: Semua pemenang Liga Malaysia (Liga-M) membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim ini.

Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Selain itu, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 dan bawah 14 hampir RM200,000 turut dikreditkan hari ini termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000.

Wang tunai RM8 juta
"Semua bayaran itu membabitkan wang tunai kira-kira RM8 juta. Mungkin persatuan negeri dan kelab yang menang mahu memberi bonus kepada pegawai serta pemain mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, di sini, semalam.

Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. "Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Penyokong TRW trauma ke stadium

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.23

Telinga saya hampir pekak terkena letupan mercun ketika final Piala FA 29 Jun lalu: Razuki

Pasir Mas: Seorang penyokong Kelantan trauma untuk menyaksikan sebarang perlawanan bola sepak di stadium selepas telinganya hampir pekak akibat terkena letupan mercun ketika aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Telinga kiri Mohammad Razuki Derahman, 40, kini masih berdengung akibat letupan mercun yang dibaling dari aras tiga stadium dalam kejadian jam 10.45 malam itu.

Selain telinga, Mohammad Razuki turut cedera di bahu kiri manakala bajunya koyak.

Dua anak lelakinya, Muhammad Rafiuddin, 21 dan Muhammad Redhauddin, 19, yang turut berada bersamanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rebah selepas letupan

Mohammad Razuki berkata, sebelum kejadian, dia bersama penyokong lain sedang menghitung detik kemenangan TRW kerana perlawanan hanya berbaki beberapa minit lagi untuk tamat.
Bagaimanapun, katanya, ketika mereka bersorak, tiba-tiba satu letupan agak kuat `kedengaran' di bahagian kirinya menyebabkan dia rebah di kerusi penonton.

"Dalam keadaan masih terkejut itu saya terus memeriksa telinga kiri saya kerana letupan mercun yang dilemparkan dari aras tiga itu agak kuat.

"Malah, ketika penonton bersorak, saya langsung tidak dapat mendengar sorakan mereka kerana telinga kiri saya berdengung," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Singgah klinik

Mohammad Razuki berkata, tanpa mempedulikan `pesta' kemenangan The Red Warriors (TRW) itu, dia terus mengajak dua anaknya keluar dari stadium selepas tidak dapat menahan kesakitan sebelum singgah di sebuah klinik di Cheras, Kuala Lumpur pada malam itu juga.

Berikutan telinga kirinya masih berdengung hingga ke hari ini, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas berhubung kejadian itu, pada 2 Julai lalu.

"Apa yang saya kesalkan, selain tindakan `liar' segelintir penyokong TRW, pihak pengurusan stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya mengambil berat berhubung aspek keselamatan penonton," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tiada siapa terlepas'

Isu rogol: Polis akan ambil keterangan setiap individu termasuk jurulatih bantu siasatan

Sungai Buloh: Polis akan mengambil keterangan semua individu termasuk jurulatih bagi membantu siasatan kes seorang pegawai pengiring wanita berusia 19 tahun mendakwa dirogol tiga atlet di perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata siasatan masih dijalankan dan mangsa kejadian sudah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebahagian keterangan sudah diambil dan ada lagi individu yang belum tampil untuk memberi keterangan. Semua individu terbabit, yang dipercayai berada di lokasi kejadian akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Dakwaan dalam kes ini amat serius dan membabitkan integriti individu yang terbabit dalam kejohanan peringkat negara.

"Polis akan membuat tangkapan lagi bergantung kepada perkembangan keterangan dan siasatan," katanya pada sidang media selepas program lawatan Hospital Sungai Buloh (HSB) sempena Hari polis ke-206 di sini, semalam.

Tahan ikut Seksyen 376
Mohd Bakri mengulas laporan akhbar BH kelmarin berhubung seorang atlet wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati mangsa terbabit bukan atlet, sebaliknya pegawai pengiring pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang namanya tiada dalam senarai diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Tiga suspek ditahan reman sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan setakat kelmarin, lima keterangan sudah diambil bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Supritendan Lam Chien Fei berkata, pada petang semalam ada saksi yang akan tampil untuk memberi keterangan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggota masyarakat harus memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan bagi menahan dan mendakwa mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Kita memandang serius kejadian itu. Kita sudah tangkap suspek dan biarlah polis siasat," katanya ketika ditemui selepas syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 'Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Permuafakatan dan Perpaduan Nasional' oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di Wisma Perwira, di sini semalam.

Ditanya sama ada pegawai dan anggota polis ada ditempatkan di perkampungan berkenaan, beliau berkata memang ada anggota polis ditempatkan di perkampungan itu tetapi aspek keselamatan keseluruhan adalah di bawah tanggungjawab pihak pentadbiran UPM.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, semua pihak harus menunggu siasatan selesai dan tidak harus membuat spekulasi bersifat perkauman berhubung kejadian itu.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung serta-merta semua atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih yang melanggar peraturan perkampungan berkenaan.

Katanya, kesalahan itu termasuk membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan berkenaan, selain melakukan jenayah rogol.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger