Khyril tekad gegar gawang

Written By Unknown on Jumat, 11 Januari 2013 | 15.23

Alor Setar: Selepas menyumbat dua gol, Khyril Muhymeen Zambri bertekad meledak lagi dengan membantu Kedah menewaskan Pos Malaysia pada perlawanan kedua Liga Perdana di Stadium Darulaman, malam ini.

Penyerang kebangsaan itu mengakui semangat memburu jaringan membara terutama di laman sendiri selepas menyumbat kedua-dua gol ketika membantu skuad Kenari membenam pendatang baru, UiTM FC 2-0 dalam perlawanan pembukaan Isnin lalu.

Saya harap dapat menjaringkan gol lagi esok (malam ini). Apa lagi, ini aksi pertama saya dan rakan sepasukan di laman sendiri musim ini. Saya turut harap peminat membanjiri stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan. katanya semalam.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Mario Tot juga mahu skuad kendaliannya menjaringkan sebanyak gol sambil memastikan gawang sendiri tidak dibolosi ketika melayan kunjungan lawan yang mengejutkan Kuala Lumpur 3-2 dalam perlawanan pertama.

Pemain diingatkan berwaspada dan tidak terlalu mudah memandang cabaran lawan. Walaupun lawan berstatus kelab, tetapi mereka sudah membuktikan kemampuan dengan menewaskan Kuala Lumpur, katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Khyril tekad gegar gawang

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/khyril-tekad-gegar-gawang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Khyril tekad gegar gawang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Khyril tekad gegar gawang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger