Kami aibkan skuad bintang

Written By Unknown on Rabu, 09 Januari 2013 | 15.23

Cetak Emel Kawan
Kuantan: Ini adalah malam yang pasti sukar dilupakan. Bukan saja saya menjaringkan dua gol, tetapi kami mengaibkan pasukan yang dipenuhi bintang, demikian reaksi Mohd Fauzi Roslan selepas Pahang mengejutkan Johor Darul Takzim 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Fauzi harus diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan kerana mencetus kebangkitan skuad Tok Gajah apabila menyumbat dua gol selepas ketinggalan 2-0 sebelum R Surendran memastikan kemenangan anak buah Dollah Salleh dengan gol kemenangan tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Bagi Fauzi, dia menyifatkan kemenangan bermakna itu hasil daripada kerjasama rakan sepasukan dalam usaha mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Saya seperti tidak percaya apabila menjaringkan dua gol malam ini (malam tadi), tetapi ia membuktikan kami mampu bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kemenangan ini diharap membantu menyemarakkan semangat pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang, katanya.

Kelibat anak jati Pekan, Pahang itu turut dipuji Dollah yang menyifatkan penyerang itu mampu meledak.

Saya gembira dia (Fauzi) bijak memanfaatkan peluang yang terhidang dan dua gol yang dihasilkan membangkitkan semangat pemain lain untuk mengutip tiga mata berharga, katanya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

Blah lah we

Oh patutlah tahniah melangit sebab target Tok Gajah setakat nak maintain dlm Liga Super je.. Menang satu game cam riuh satu kampung.. Tahniah Tok Gajah!!!! Anda memang Hebat!!!

Tauhu Sumbat

JTD kalah......itulah watak sebenar HARIMAU MALAYA...main sambil lewa je....konon hebat sangat la tu....

Tanpa Nama

Malam tadi Pahang lwn DTFC atau Pahang lawan Malaysia

faris

pemain bintang kebanyakkan pemain pilihan rajagopal, patut amek rajagopal jadi jrulatih sbb dia knal pemain dia

eys

biasa la..masa menang puji melangit..
kalau kalah kutuk habis2

asmaniza amani

hebat laaa pahang mlm td... main tak berterabur... tahniah3... puas hati siooottt dt kalahkan bintang....

zaimialexander

Tahniah skuad Pahang, tapi perjalanan masih jauh.....
Mantapkan pasukan supaya lebih konsisten utk game yg akan datang........

moh weh

pujian melangit dari penyokong yang dahagakan kemenangan pahang di super league. kami anak pahang tumpang bangga dengan kemenangan semalam, tapi masih banyak kelemahan perlu diatasi. liga masih panjang dan pahang tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi mahupun bongkak untuk menjuarai super league ini. cukuplah dapat beraksi lagi di super league tahun depan.cuma setiap kemenangan perlu diraikan.pasukan pahang adalah pasukan bukan pilihan,jika tersungkur kami memahami, jika menang kami berbangga disebabkan penjaring terdiri dari anak tempatan. ker guane? puapaleh weh.....

hanafi

Syorkan pasukan Johor Darul Takzim BELI SEMUA PEMAIN PAHANG pulak.....keh....keh.... Lagipun kat Malaysia ni, pemain ada kontrak pun boleh diambil pasukan lain TANPA SETTLEKAN PAMPASAN terlebih dahulu....Amik semua, pastu baru bincang dengan PAhang...

mayel

Kredit utk Gopi n Amirul juga rakan team..komitmen yg cemerlang..Tahniah skuad Pahang n coaches. .

TRW fan

bintang tak selalunya bersinar kadang-kadang malap juga......TRW ambil iktibar dari kekalahan JDT.....

zidane

JDT, nampak sangat pemain kebangsaan tak serasi ngan pemain negeri (import lembik) dan pahang teamwork yang baguih semua bahagian nampak menarik.

orang pantai timur

kalah adat permainan..jangan nilai atas kertas..tapi atas padang..tahniah pahang..jdtfc..cuba lg..ape2pun team pantai timur tetap terbaek!!!!!!!

korox unta

typical national team player!!!

RVP pahang

tahniah buat ngeri klahiran ku,tok gajah kerana menang utk 1st game.trus kn usha anda.

SALADIN

permainan yg baik.. terhibur..

Mat yie

Tahniah!!!!!!!!!!! Pahang, Teruskan usaha. Tahun ni kita pakat gomol JDT.

lolo

baru 1st game..juara betahan kelate pun kalah sumbangsih..tak mustahil lepas ni pahang kalah berderet..PSG pun starting teruk dulu..Man U pun kalah 1st game.team power2 ni amik masa sbb player ada ego masing2..harap2 musim ni ramai player mesia yg bagus dilahirkan..

amrul moin

tahniahv skuad tok gajah dapat mematah segala tulang harimau selatan,teruskan rentak cemerlang anda

penyokong pahang....

kah...kah...kah..keh..keh...kehh...kuh..kuh...kuh....johor kalah...kalah sebab jurulatih kot....

Awe

Tahniah pahang.anda mme hbt.hrimau sltan dah pth tring.x blh mengaum

ibu dhiyasara

tahniah.. pahang mampu lakukan yg terbaik

penyokong pahang....

kah...kah...kah..keh..keh...kehh...kuh..kuh...kuh....johor kalah...kalah sebab jurulatih kot....

jai

Memandang rendah pihak lawan puncan utama JDT kalah. Mula2 coach, kemudian berjangkit kat pemain pulak. Sebab tu second half player main2 dan Pahang dpt score 3 biji. Tahniah Pahang. Tp JDT pasti akan juara...

suhaimi

tiga 3 gol berpunca dari kelemahan bek kanan JDT

Un Poyo

Johor rasa dia hebat sangat, nah! ambik 3 bijik dah kena awal-awal.

chicarito langkawi

Rajagopal buka mata ...Tengok rata rata player JDT adalah skuad harimau malaya....Terang lagi bersuluh player2 ni dah tak boleh serap skuad negara ...dah expired!!! Tahniah Gajah!!!

anak watan

cukup bertenaga.. apa yang dipamerkan Tok gajah malam tadi adalah permainan team work yg cukup bagus. Itulah corak permainan kalau kita ambil pemain yang nak main untuk negeri dan bukan kerana wang.. rata-rata player anak pahang yang dah lama main as a teamwork.. For JDT, banyak lagi harus diperbaiki terutama bahagian tengah yg kurang menyerlah.Sama macam corakpermainan Harimau malaya jaee...

ank jati pahang

congrate skuad tok gajah..kwn truja tgk awak seme main btaraf bintang..teruskan usaha awak seme ye..kwn doakan kejayaan skuad negeri kwn..go go tok gajah...

wan Ikram wan omar

tahniah!! Pahang Darul Makmur, anda telah membuktikn ayam kampong juga boleh mengalahkn ayam raja kalau pandai ambil kesempatan ats keegoan pihak lawan...tahniah!!! tahniah!!! tahniah!!

fik

Tahniah...
sesiapa pun yang bermain atas padang yang penting kena pandai atur strategi & bijak guna peluang

mie pjy

Guiza cakap nak jaring dua gol setiap game. Presiden pun cakap melambung tinggi penuh yakin akan menang setiap game. Nah mukaddimah dah tersungkur kena pijak tok gajah. Tahniah Pahang yang bermain cemerlang tanpa pemain bintang. Saya penyokong TRW tumpang bangga dengan Tok Gajah.

Syuarez

Baru first game dah tahniah melangit.. macam menang liga pulak.. liga masih panjang dan jauh lagi.. ini bukan perlawanan cup yg kalah dah terkeluar.. ini liga main banyak game.. kita tunggu dan lihat di akhir liga nanti di mana kedudukan Tok Gajah & Harimau Selatan ni..

Aksi

Hati2 Dollah & Zainal, nanti ada orang yang akan curi pemain anda. walau apapun segunung tahniah utk Pahang.

rie

ha ha ha Tok Gajah menang !, syabas Tok Gajah kerana telah membuktikan setakat Liga M ni tak perlu awang import pemain tempatan pun boleh !

chicarito langkawi

Pahang main cantekkkk!!!terbaekk!!!!Macam EPL bai!!!

imigresen bukit bunga jeli kelantan.(import export 2013)

jika pemain tengah x bagus penyarang banyak pun x guna.

melighani

Tahniah Pahang.,Tahniah Pasukan Pantai Timur...pasukan anda bermain dengan amat baik sebagai satu pasukan yang mantap dan 'merendah diri'..tahniah buat Dollah dan Zainal..anda bijak memilih pemain dan serapkan teknikal dan teknikal pada kesebelasan utama..yang paling menarik anda berdua berjaya 'create' Amirul Hadi sbgai perancang yang nyata 'hidup' dan jauh lebih baik dari Syafiq Rahim..waktu Pahang score 3 gol kesemua kesebelasan Pahang adalah PEMAIN TEMPATAN..,buat Dollah dan Zainal..,teruskan kecermelangan anda..,coach yang baik adalah coach yang pandai memilih pemain dan 'create' pemain..,bukan 'bergantung' kepada pemain untuk mencipta nama..Buat PBNJ.., anda ada pemain baik yang bertaraf bintang tapi coach pasukan anda tiada reputasi dan rekod yang baik..Jika dalam Liga Perdana pun GAGAL..kenapa masih diberi kepercayaan dalam Liga Super....bayak lagi pasukan Liga Super yang memiliki coach2 yang berwibawa yang akan anda hadapi selepas ini...

Tahniah 3X kepada pasukan Tok Gajah kerana berjaya mematahkan tulang-tulang harimau selatan. Anda semua layak menang dan mampu mengatasi pemain bintang yang bernilai tinggi, yang kebanyakan pemain negara tu.....tetapi bagi bola sepak, faktor atas padang penentu segalanya. teruskan rentak kecemerlangan Tok Gajah. Menanti siapakah akan membaham harimau selatan seterusnya.

apai guiza

xpe.. bru 1st... aku akan score 50 bijik musim ni...

yusha

Alhamdulillah, Pahang menang..(seperti mengalahkan skuad Harimau Malaya), minta Datuk Rajagobal buka mata kepada pemain yang bukan bintang selepas ini untuk mewakili Skuad Kebangsaan.

kuda kepang

malu... tp trlalu awal utk mengatakan harimau selatan dah gagal

peace88

Alhamdulillah...ksian kne pijak..tahniah kpd tok gajah..bangkit melawan..semangat juang yg tinggi..tahniah lg.....tahniah kt dollahsalleh..kamu telah membuktikan gajah bkn sebarang gajah,,,,Dpt klhkn permain bintang harimau selatan...PP

abdul malek

Tahniah untuk skuadTok Gajah, saya percaya tahun ini tidak mustahil anda akan memenangi sekurang-kurangnya satu piala jika corak permainan yang konsisten seperti yang anda pamerkan malam tadi sentiasa dikekalkan atau sedikit pemanbahbaikan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Kami aibkan skuad bintang

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/kami-aibkan-skuad-bintang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kami aibkan skuad bintang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kami aibkan skuad bintang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger