Kim Swee berkata, Tam Sheang Tsung masih belum bersedia untuk diketengahkan bersama skuad Harimau Muda A tetapi memandangkan usianya baru 17, dia mungkin berpeluang menyertai Harimau Muda B atau C.
"Pemain-pemain kita yang sudah lama berlatih bersama lebih pantas dan mempunyai teknik lebih baik.
"Tetapi saya percaya pada usia yang masih muda, dia boleh diketengahkan di peringkat umur lebih rendah. Bukan dengan Harimau Muda A tetapi dengan Harimau Muda B atau C."
Bagi Kim Swee, selain dapat menguji kemampuan pemain muda negara yang beraksi di luar negara itu, sesi semalam turut membuktikan kesungguhan FAM menerusi naib presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal yang berusaha membawa pulang Tsung untuk diuji.
"Paling penting, kita kena faham di sini apabila pemain yang mempunyai kerakyatan Malaysia, bermain di luar negara, ada yang mengatakan kita tidak ambil berat terhadap mereka.
"Tetapi hari ini (semalam) terbukti FAM turut memantau perkembangan mereka dan menyediakan peluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Cuma Tsung mungkin memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri."
Tsung yang tiba di ibu negara kelmarin, turut kecewa dengan prestasinya sendiri terutama pada segi kepantasan dan kecergasan.
"Jujurnya, saya amat kecewa dan malu dengan prestasi saya sendiri di mana gagal memberikan kelajuan dan kepantasan pada aksi perlawanan persahabatan.
"Cuaca panas juga menghalang saya daripada memberikan persembahan terbaik," katanya yang akan terus diberi peluang mengikuti latihan bersama Harimau Muda A Isnin ini.
Dalam perkembangan lain, tonggak utama pasukan kebangsaan – pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor dari skuad Harimau Muda A – mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan sesama sendiri semalam, namun tahap kecederaannya masih dalam penilaian.
Anda sedang membaca artikel tentang
'Tsung bukan untuk Harimau Muda A'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/tsung-bukan-untuk-harimau-muda-a.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'Tsung bukan untuk Harimau Muda A'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
'Tsung bukan untuk Harimau Muda A'
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar