FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

Written By Unknown on Kamis, 24 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam mengeluarkan arahan agar pengadil mematuhi prosedur ditetapkan badan induk bola sepak negara itu apabila disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tamat perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata pengadil berkenaan perlu mengambil butiran nama dan nombor telefon pegawai SPRM terbabit, dengan disertai seorang saksi bagi mengelak individu menyamar pegawai pihak berkuasa itu.

"Saya harap dengan prosedur baharu ini, perkara memalukan membabitkan pengadil disoal siasat individu tidak dikenali di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) pada 15 Januari lalu tidak berulang," katanya semalam.

Tidak boleh diganggu

Mengulas lanjut, Astaman berkata mengikut prosedur Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pengadil dan pegawai pertandingan tidak boleh 'diganggu' mana-mana individu dalam tempoh bertenang iaitu selama 25 minit di bilik yang dikunci sebaik tamat perlawanan.

"Diharap apa yang berlaku di Kota Bharu itu tidak berulang kerana ia akan mengelirukan banyak pihak dan menjadi satu pengajaran kepada pengadil kita agar lebih berhati-hati," katanya.

Astaman berkata beliau menghantar laporan penuh mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja FAM, namun tidak mengemukakannya kepada SPRM kerana tidak diminta oleh badan pencegah rasuah itu.
"Sekiranya ada arahan daripada SPRM, saya akan hantar laporan itu," katanya. - BERNAMA

Fakta nombor
25 minit tempoh bertenang untuk pengadil dalam bilik yang dikunci.


Anda sedang membaca artikel tentang

FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/fam-arah-pengadil-ikut-prosedur-ketika.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

namun jangan lupa untuk meletakkan link

FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger