Selepas membuka tirainya di Pekan, Pahang September lalu, perlumbaan di Litar Datuk Sagor di Kampung Gajah itu adalah perlumbaan pusingan ketujuh daripada keseluruhan lapan pusingan, dengan pusingan akhir dijadual berlangsung di Kuala Terengganu sebelum Grand Final di Sepang.
"Siri ini memberi penekanan kepada pembangunan di peringkat akar umbi. Kami gembira kerana sesetengah pasukan kampung ini melayakkan diri ke Grand Final bulan depan dan kami yakin, banyak penunggang dan pasukan baru melayakkan diri melalui pusingan yang diadakan di Kampung Gajah nanti.
Peluang sertai GP Malaysia
"Walaupun kami juga mengalu-alukan penyertaan pasukan ternama dan penunggang sepenuh masa, tetapi setakat ini, saya berani menyatakan bahawa sambutan daripada muka baru sungguh menggalakkan," kata Eizwan.
Matlamat utama perlumbaan Kapcai Endurance adalah untuk menarik lebih ramai muka baru dan bakat kampung yang belum teruji kebolehan mereka bagi menyertai dan meraih pengalaman dalam perlumbaan kompetitif.
Lebih menarik, pelumba yang menduduki tempat teratas pada perlumbaan Grand Final secara automatik layak menyertai perlumbaan Piala SIC Ninja 250, yang memberi peluang mereka melayakkan diri untuk dipilih secara wild card menyertai Grand Prix Motosikal Malaysia.
Anda sedang membaca artikel tentang
Kampung Gajah tumpuan kapcai
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/kampung-gajah-tumpuan-kapcai.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kampung Gajah tumpuan kapcai
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar