Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Lampard gah julang Chelsea

Written By Unknown on Senin, 31 Desember 2012 | 15.23

Liverpool: Frank Lampard memberi mesej penting mengenai nilai dirinya kepada Chelsea apabila muncul wira The Blues apabila dua jaringannya membutirkan tiga mata penting dengan menundukkan Everton 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, malam tadi.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu yang kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini, menyemarakkan kebangkitan Chelsea dengan menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan babak pertama berakhir, selepas The Blues ketinggalan melalui jaringan Steven Pienaar pada awal permainan.

Lampard meledak gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 18 minit, sekali gus melonjakkan pasukannya yang beraksi kurang satu perlawanan ke tangga ketiga carta liga, empat mata di belakang Manchester City di tangga kedua. Everton kekal di tangga keenam, tiga mata di belakang pasukan yang menghuni tempat keempat Tottenham Hotspur.

Bermain di halaman sendiri, Everton bermula garang dan hanya memerlukan 63 saat untuk merobek gawang Chelsea. Tandukan Victor Anichebe hasil hantaran lintang Phil Jagielka mengenai tiang gol dan Pienaar pantas menyambar bola untuk menewaskan Petr Cech, yang membuat penampilan ke-400 di gawang Chelsea.

Sepakan percuma Nikica Jelavic pula mengenai palang, sebelum Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-42 apabila menanduk hantaran Ramires.

Cech terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan buku lali, dan penggantinya Ross Turnbull tertewas oleh tandukan Jelavic pada minit ke-69 tetapi cubaan itu hanya singgah di palang.

Gol kemenangan hadir tiga minit kemudian, apabila Lampard menolak bola dari jarak dekat selepas Tim Howard menampan cubaan Juan Mata, untuk The Blues mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam liga. AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Safee sesuai galas tugas pembantu penyerang

Johor Bahru: Andai Johor Darul Takzim masih mahu menurunkan semua pemain berstatus bintang ketika aksi Liga Super bermula 8 Januari ini, formasi paling sesuai digunakan ialah 4-3-1-2 dengan meletakkan Safee Sali sebagai pembantu penyerang.

Safee tampak sesuai membantu gandingan Daniel Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha di posisi serangan kerana gemar beraksi dengan hantaran pendek dan melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Guiza dan Mat Yo pula beraksi di posisi sayap kanan dan kiri sebelum menyusup ke dalam kotak penalti.

Posisi tengah menyaksikan Safiq Rahim akan bergandingan bersama Simone Del Nero, namun andai pemain import dari Itali itu belum pulih dari kecederaan paha, Ahmad Ezrie Sazali tampak sesuai mengisi kekosongan di posisi tengah kiri sambil Nurul Azwan Roya di kanan.

Benteng pertahanan tampak ampuh menerusi gandingan Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan Abd Radzak dengan Azmi Muslim menguatkan bahagian kiri manakala Mohd Faizal Mansor di kanan tatkala kedua-dua pemain itu mampu melakukan serangan dengan bola hantaran lintang ke kawasan kubu lawan.

Apa pun ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad masih belum memutuskan kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim baru ini, sebaliknya masih berusaha mencari kombinasi terbaik.

Kami sedang berusaha dan saya akan pastikan semua pemain kebangsaan yang berada dalam skuad Johor Darul Takzim diturunkan pada setiap aksi Liga Super kerana misi utama adalah memburu kemenangan. Formasi saya pratikkan semuanya bergantung kepada kerjasama pemain, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mandjou pertaruhan import TRW musim ini

Kota Bharu: Bukan pemain muda dari Australia, Dimitri Petratos, sebaliknya penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou, menjadi pilihan Kelantan bagi memenuhi kuota pemain import kedua untuk aksi Liga Super bermula 8 Januari ini.

Petratos yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Muhammad Ghaddar dari Lubnan hanya disenaraikan untuk Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, berkata pemilihan Keita sebagai pemain import kedua dibuat selepas mengambil kira semua aspek terutama tahap persembahan dipamerkannya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

Jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu mengakui kedua-dua pemain ada kemahiran dan kehebatan tersendiri, namun sebagai jurulatih beliau perlu membuat pilihan tepat untuk kebaikan pasukan.

Saya akui, memang sukar membuat keputusan memilih dua pemain mengisi kuota berkenaan kerana saya perlukan pilihan terbaik mengharungi musim ini.

Saya terpaksa menggunakan kuasa saya sebagai ketua jurulatih dengan meletakkan Keita sebagai sandaran mengharungi cabaran musim baru ini, katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dari segi pengalaman, Keita mempunyai kelebihan berbanding Petratos kerana dia pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini selain kematangan ketika menjaringkan gol.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata beliau menyokong keputusan Bojan memilih Keita sebagai pemain import kedua kerana pemain itu memenuhi perancangannya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Buktikan kami salah'

Kuala Lumpur: Sila buktikan kami salah! Itu cabaran kumpulan penyokong Harimau Malaya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa tindakan mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan jalan penyelesaian terbaik mengangkat martabat bola sepak negara.

Tidak mahu disalah anggap mencari kesilapan orang lain, jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata tujuan mereka menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presiden meletak jawatan kerana mahu melihat bola sepak Malaysia maju dan berdaya saing seperti Jepun dan Korea Selatan.

Objektif kami hanya untuk melihat prestasi skuad kebangsaan meningkat dan bukan mahu menuding jari atau memburukkan mana-mana individu. Kami tidak ada kepentingan malah bukan mahu menentukan siapa yang bakal menjawat jawatan presiden.

Anggap apa yang kami buat ini adalah satu cabaran buat FAM. Kalau orang FAM sekarang mahu terus kekal, sila buat sesuatu dan buktikan yang kami salah. Kami tidak dapat apa-apa cuma mahu tengok peningkatan pasukan bola Malaysia. Kami tidak malu jika apa yang kami buat ini salah kalau bola sepak tempatan kita maju, katanya semalam.

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai tindakan mendesak Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan merombak pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu bukan penyelesaian terbaik.

Razali beranggapan bola sepak adalah antara sukan paling sukar diuruskan kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk memerlukan dana yang banyak. Jatuh bangun prestasi pasukan bola sepak negara juga katanya terletak kepada sejauh mana usaha pembangunan yang dijalankan.

Al Fadli berkata, sesebuah persatuan tidak boleh terlalu bergantung kepada seseorang individu untuk mendapatkan tajaan atau dana sebaliknya perlu melihat kepada industri sukan itu sendiri.
Kita lihat England sekali pun, negara itu tidak bergantung kepada Ratu Elizabert tetapi mendapatkan dana melalui tajaan dan keuntungan daripada industri bola sepak itu sendiri, katanya.

Beliau berkata, kalau seseorang lihat sesuatu benda itu susah, sudah semestinya ia akan menjadi susah kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri.

Contoh, kalau kita lihat pembinaan KLCC (Kuala Lumpur City Center) itu susah, maka saya rasa sampai sekarang pun KLCC tidak akan wujud di Malaysia.

"Kalau kita sudah tahu Korea Selatan memiliki lebih 500 pasukan pelapis, saya rasa tidak salah jika kita tiru sistem yang mereka guna pakai," katanya ketika mengulas mengenai kebergantungan skuad kebangsaan terhadap Harimau Muda A dan B.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tunku Ismail tak campur tangan

Written By Unknown on Minggu, 30 Desember 2012 | 15.23

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap dengan pendirian tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan kesebelasan utama Johor Darul Takzim pada saingan Liga Super bermula 8 Januari ini.

"Saya menyerahkan kepada ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad untuk membuat keputusan," katanya selepas majlis pelancaran jersi baru Johor Darul Takzim dan Johor untuk musim depan, semalam.

Harimau Selatan memiliki pemain berstatus bintang, tidak semua akan beraksi sebaliknya perancangan taktikal jurulatih menjadi penentu siapa yang akan berada dalam skuad utama, katanya.
15.23 | 0 komentar | Read More

Usul pengunduran Che Mat, Ahmad Tajuddin gagal

Kuala Terengganu: Usul pengunduran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan timbalannya, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof gagal dilaksanakan pada kongres persatuan itu semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (PBSDHT), Abdullah Sulong, yang sebelum ini bercadang mengemukakan usul itu, berkata hanya agenda ditetapkan saja boleh dibincangkan dalam kongres berkenaan.

"Memang pada mulanya saya mahu mengemukakan usul peletakan jawatan presiden dan timbalan presiden, namun saya diberitahu sebelum mesyuarat bermula yang usul baru tidak boleh dibuat dan kongres hanya akan membincangkan perkara yang sudah ditetapkan.

"Saya juga diberitahu yang isu pemegang jawatan dalam persatuan cuma boleh dibangkitkan dalam kongres pada 2014 ketika pemilihan jawatan dilakukan," katanya semalam.

Katanya, antara agenda yang dibincang dan diluluskan termasuk meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman (PBSDK) untuk kembali menjadi ahli gabungan PBSNT.

"Perkara lain dibincang adalah kesediaan kerajaan negeri memastikan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menepati keperluan minimum 1,000 lux supaya perlawanan dapat dilangsungkan pada waktu malam," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

400 pengunjung tekan butang 'like' isu PFSLJ

Kuala Lumpur: Assalamuaalikum & Selamat Pagi.... anda dah baca paper hari ni ruangan sukan?

Itu status terbaru yang dikeluarkan dalam laman sosial Facebook, 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ) mengenai laporan media berkaitan desakan menggesa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak.

Menerusi status itu, lebih daripada 400 pengunjung menekan butang 'like' dan mendapat lebih 130 komen.

"Tiba masanya untuk reformasi pengurusan sukan bola sepak di negara ini dilaksanakan. Tiada lagi kompromi untuk pengurusan yang gagal dan tiada visi jelas," komen seorang pengguna Facebook, Mohd Azlan Othman.

"Setuju sangat, kita kena cari idea baru. Sesuai dengan perubahan masa," luah seorang lagi pengunjung Facebook yang menggelarkan diri sebagai Abe Ramlee.

Akaun Facebook 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ) mula dibuka pada 11 Disember 2009 dan sehingga jam 8 malam semalam, sebanyak 39,786 pemilik laman sosial Facebook menekan 'like' sebagai tanda sokongan melihat perubahan berlaku dalam pengurusan FAM.

Malah, sepanjang Disember ini, 2,725 'like' baru dicatat dengan 6,389 daripada jumlah keseluruhan 'like' bercakap mengenai topik diketengahkan terutama berkaitan isu pengurusan FAM mengimpikan kebangkitan skuad kebangsaan di peta bola sepak dunia.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kami mahu transformasi!

Bekas pemain, personaliti dakwa skuad kebangsaan ketinggalan jauh

Kuala Lumpur: Bukan hanya penyokong tegar yang dahagakan perubahan dalam pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malah bekas pemain kebangsaan turut meluahkan perkara sama.

Mereka berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia dan sewajarnya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.

Bekas pemain kebangsaan yang beraksi dari 1985 hingga 1991, Kamarrudin Ahmad, berkata FAM perlu memberi peluang kepada individu korporat lain yang mampu menaikkan semula imej bola sepak Malaysia seperti dilakukan oleh Jepun.

"Saya cukup kecewa kerana kualiti bola sepak kita sudah sama dengan pasukan Timor Leste.

"Bayangkan kita yang memulakan saingan bola sepak semi-pro pada 1989 manakala Jepun mengambil pendekatan sama pada 1991, namun mereka kini lebih maju daripada kita," katanya semalam.

Gesa FAM dirombak
BH Sukan semalam melaporkan sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presidennya meletak jawatan.

Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Dali Omar, 66, yang pernah bermain untuk negara dari 1963 hingga 1967, berkata Sultan Ahmad Shah sudah lama menjadi presiden dan kalau boleh beri peluang kepada muka baru mengurus badan induk itu.

"Kita tiada niat menjatuhkan maruah pengurusan FAM tetapi ingin melihat perubahan lebih positif.Tidak banyak perubahan terutama dari segi pembangunan dan pencapaian, malah kita tertinggal terlalu jauh dari Jepun dan Korea Selatan," katanya.

Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang beraksi untuk negara sekitar 1965 hingga 1974 pula berkata, setiap luahan peminat untuk meningkatkan prestasi semasa skuad negara perlu diberi perhatian.

Sementara itu, Shukor Salleh berkata: "Sesiapa saja boleh komen dan mereka ada hak memberi pandangan, namun semua keputusan bergantung kepada FAM kerana hanya mereka yang boleh membuat sebarang tindakan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tiga misi 2013 buruan Fatehah

Written By Unknown on Sabtu, 29 Desember 2012 | 15.23

Kuala Terengganu: Pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa mempunyai tiga misi penting tahun depan - mengekalkan pingat emas yang dimenangi dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan mengumpul seberapa banyak mata untuk layak beraksi di Sukan Olimpik 2016.

Ratu keirin kelahiran Hulu Terengganu berusia 23 tahun itu berkata, dia juga mensasarkan mampu mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Trek Dunia yang akan berlangsung di Melbourne pada April depan.

Perlu kumpul mata

"Tahun depan banyak kejohanan besar yang akan saya sertai dan ia adalah medan mengumpul mata untuk Olimpik. Jadi, saya perlu kumpul seberapa banyak mata menerusi kejohanan berkenaan untuk memastikan hasrat menebus kehampaan di London mampu direalisasikan di Rio de Janeiro nanti," katanya semalam.

Emas ubat kecewa

Fatehah berkata, biarpun gagal menyerlah di Olimpik London, namun kejayaan mencipta sejarah sukan tanah air apabila menjadi pelumba wanita pertama negara meraih pingat emas di ACC dianggap dapat mengubat kekecewaan itu.

Katanya, jurulatih, John Beasley banyak membantu dalam meningkatkan prestasi tetapi mengakui dia perlu bekerja keras lagi andai mahu mencabar pelumba lain.
Pada kejohanan ACC, dia mengetepikan pelumba sensasi Hong Kong, Lee Wai Sze yang menjadi pilihan utama memenangi emas dan pernah meraih perak acara keirin di ACC, Nara, Jepun tiga tahun lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

MHC lega pencapaian Revington

Kuala Lumpur: Mengekalkan pingat gangsa di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Doha, Qatar kelmarin dan menduduki tempat keempat Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina awal bulan ini sudah cukup membolehkan Paul Revington memikat hati Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Sejak mengambil alih awal Ogos lalu, Revington banyak melakukan kejutan dengan melakukan rombakan ke atas pasukan apabila mempertaruhkan gabungan bekas pemain lama dan baru yang akhirnya mampu membuahkan hasil positif.

Begitupun, tirai 2013 akan menyaksikan Revington berdepan ujian lebih getir apabila pasukannya akan menyertai lebih banyak kejohanan, paling hampir Piala Sultan Azlan Shah, Mac ini sebelum mengharungi Liga Dunia Pusingan Kedua di Russia, akhir Mei depan.

Perkembangan positif

"Setakat ini, kami berpuas hati dengan pencapaian skuad negara memandangkan pemain juga sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan Revington," kata Setiausaha Agung MHC, Mohd Johari Abdul Aziz ketika dihubungi semalam.

"Kalau dilihat, sejak dia (Revington) mengambil alih ada perkembangan positif terutama prestasi pasukan dan pemain juga memberi tindak balas yang baik."

Revington, 39, yang sebelum ini membimbing Ireland, mengambil alih tugas mengendalikan skuad negara daripada Tai Beng Hai.


15.23 | 0 komentar | Read More

PFA nafi dua pemain import baru dilarikan ejen

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menafikan dakwaan dua pemain import baharu mereka dilarikan oleh ejen pemain berkenaan ke negara lain.

Sebaliknya, Setiausaha Kehormat PFA, Dr Ammar Hassan, berkata kedua-dua pemain berkenaan iaitu Emmanuel Okine dari Ghana dan Zakaria Charara dari Lubnan yang dibawa dari Kelantan, sedang menjalani latihan di bawah bimbingan bekas pengendali pasukan T-Team, Yunus Aliff bagi menghadapi Liga Perdana musim depan.

"Ini semua kesilapan teknikal kerana kita menyerahkan nama kedua-dua pemain berkenaan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 6 Disember lalu.

"Sebelum ini, saya ada mendengar desas-desus bahawa ejen mereka mengadakan rundingan dengan salah sebuah kelab di Thailand namun saya difahamkan mereka gagal mencari kata sepakat," katanya ketika dihubungi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM kelmarin dilaporkan berkata bahawa pasukan 'Singa Utara' itu gagal mendaftarkan dua pemain import untuk saingan Liga Perdana 2013 kerana mendakwa mereka dilarikan ejen terbabit ke negara lain.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Undurlah, Presiden'

Penyokong tegar beri 5 sebab kenapa Sultan Ahmad Shah perlu letak jawatan

Kuala Lumpur: Tanpa berniat memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi menderhaka, sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak.

Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan kembali kegemilangan bola sepak negara.

Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,: Norazwan Mohamad, Wakil Ultras Malaya


Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

"Ada lima sebab kenapa rombakan itu perlu dilakukan," katanya pada sidang media di Medan Selera Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini, pagi semalam.
Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil daripada penyokong skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya, Norazwan Mohamad.

Pertama, katanya liga profesional domestik negara masih tidak berubah dan kini berada pada kategori gred D, selain tidak berdaya saing.
"Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia," katanya.

Beliau berkata, kedua, pasukan kebangsaan tiada hala tuju kerana FAM tidak mementingkan ranking.

"Setiausaha Agung FAM sendiri kata ranking tak penting. Rasanya tak pernah pegawai negara lain kata begitu.

"Alasan susah nak dapat aksi persahabatan juga sekadar alasan kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) keluarkan tarikhnya empat tahun lebih awal," katanya.

Ketiga, sistem bola sepak negara tiada visi dan misi yang jelas.

"Ia boleh dilihat menerusi sistem dan struktur akar umbi bola sepak negara masih tidak betul," katanya.

Keempat, pengurusan tidak efisien dan tiada akauntabiliti.

Mengikut laman web rasmi FIFA, katanya hanya Malaysia negara yang lebih ramai pegawai daripada pemain berdaftar iaitu 11,810 pegawai dan 9,930 pemain.

"Kelima, budaya tidak sihat wujud kerana status Presiden FAM. Kita tak boleh bercakap, suara kita terhad dan ia menyebabkan susah nak menjana bola sepak negara.

"Tidak seperti sukan lain yang bebas untuk bersuara," katanya.

Justeru, Alfadli menggesa penyokong bola sepak negara sama-sama menghantar petisyen yang boleh dimuat turun di laman Facebook bertajuk 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ).


15.23 | 0 komentar | Read More

England cari formula atasi badi kalah penentuan penalti

Written By Unknown on Kamis, 27 Desember 2012 | 15.23

London: Jurulatih England, Roy Hodgson percaya penentuan sepakan penalti dalam mana-mana aksi persahabatan mampu menyelesaikan segalanya untuk menamatkan badi rekod buruk pasukan itu dalam beberapa keputusan yang membabitkan situasi sama pada aksi sebelum ini.

Untuk rekod, England tewas dalam enam daripada tujuh aksi penentuan penalti termasuk ketika tersingkir di peringkat suku akhir di tangan Itali pada saingan kejohanan Eropah, Jun lalu.

Hodgson berkata, pemain itu sendiri perlu berusaha untuk mengatasi perkara ini untuk pertandingan Piala Dunia 2014 malah beliau kini juga sedang memberi sepenuh perhatian untuk mengatasi segala permasalahan itu.

"Mungkin dalam satu perlawanan persahabatan. Jika perlawanan berakhir dengan seri, kami patut cadangkan kepada pihak lawan untuk menentukan kemenangan menerusi sepakan penalti," kata Hodgson yang sudah mengesahkan tiga aksi persahabatan tahun depan menentang tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil serta Scotland dan Ireland.
AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Subra harap rakan dapat kekal reputasi TRW

Kota Bharu: Pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam yang terpaksa berehat panjang tujuh bulan selepas menjalani pembedahan lutut menaruh harapan tinggi supaya rakan sepasukan dapat mengekalkan reputasi The Red Warriors (TRW) selaku pasukan digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2013.

"Memang tidak dinafikan Kelantan dijangka berdepan tugas sukar untuk saingan Liga-M musim depan dengan kehadiran beberapa pasukan baru yang kuat seperti Johor Darul Takzim dan Tentera, tetapi saya percaya Kelantan mempunyai sejarah serta kekuatan tersendiri.

"Walaupun tidak dapat bermain dan mungkin hanya dapat beraksi untuk saingan Piala Malaysia, tetapi saya berharap rakan lain dapat mempamerkan aksi terbaik sebagai satu pasukan digeruni lawan," katanya semalam.

Hodak ada ramuan

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 27 tahun itu berkata, walaupun impiannya untuk membantu Kelantan pada saingan awal musim Liga Super musnah akibat kecederaan lutut, namun dia tetap memberi sokongan moral kepada rakan sepasukannya dari luar padang.

"Saya juga cukup yakin dengan jurulatih Bojan Hodak dalam mengatur strategi. Saya percaya dia dapat membentuk pasukan kuat untuk saingan musim depan, ditambah pula kebanyakan pemain lama kekal bersama TRW," katanya yang menjalani pembedahan 1 Disember lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Sesi temu peminat T-Team diteruskan

Kuala Terengganu: Biarpun negeri ini dilanda banjir, namun ia tidak menghalang pasukan berstatus kelab, T-Team untuk meneruskan program sesi bertemu peminat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rasid Jusoh berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada peminat terutama penyokong 'The Titans' bertemu pemain pujaan mereka.

Katanya, skuad kendalian Peter Butler itu sudah mengadakan program sama sempena Bulan Pelayaran Terengganu dan Kejohanan Piala Monsun 2012 di Pulau Duyong, bulan lalu.

Peluang program kedua

"Memandangkan sambutan diterima menggalakkan, kita mengambil peluang mengadakan program kedua ini bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berpeluang bersama-sama pemain sebelum ini.

"Pada Jumaat ini, peminat akan berpeluang bermesra dengan semua pemain T-Team termasuk dua pemain import, George Boateng dan Caleb Folan," katanya semalam.

Abdul Rashid berkata, sempena program itu juga kira-kira 400 peminat yang sudah mendaftar nama di laman Facebook T-Team-Titans layak menerima baju-T secara percuma selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah dalam beberapa acara yang diadakan.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Singa bukan punca'

Hamidin nafi aksi Lions XII dalam Liga Super bantu jiran juarai Piala Suzuki

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).


"Sebenarnya, perjanjian pertukaran empat musim ini (2012-2015) ini memberi faedah bersama buat Lions XII yang beraksi di Liga-M serta skuad Harimau Muda A yang beraksi di Liga-S (Liga Singapura).

"Dari segi pertandingan, saya tak anggap perkara ini wajar dijadikan alasan atau punca kekalahan skuad negara. Malah, ia bukan faktor kejayaan Singapura kerana kejayaan mereka turut dibantu dan diperkuatkan beberapa pemain naturalisasi yang bukan dari pasukan Lions XII seperti Aleksandar Duric, Mustafic Fahrudin, Daniel Bennett dan Qiu Li.

"Lagipun, mereka sebelum ini pun memang hebat di Piala Suzuki AFF kerana ini kejuaraan kali keempat mereka berbanding kita baru menang sekali," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Lions XII kekal tonggak senior

Singapura membariskan 12 pemain Lions XII untuk membarisi skuad 22 pemain bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus memberi kelebihan dari segi persefahaman kerana majoriti pemain beraksi bersama selama semusim di Liga-M yang menyaksikan Lions XII muncul naib juara Liga Super 2012.

Namun, kelebihan sama nyata tidak dimanfaatkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang hanya menyenaraikan lima pemain dari skuad Harimau Muda A yang beraksi bersama di Liga-S serta hanya tiga pemain dari skuad juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Kelantan sekali gus terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada Thailand.

"Saya harap penyertaan Lions XII ini tidak dijadikan isu besar kerana kehadiran mereka memberikan saingan lebih hebat kepada pasukan tempatan lain. Untuk musim 2013 pun, mereka mengekalkan barisan lebih kurang sama dengan hanya beberapa pemain senior dikekalkan," jelas Hamidin.

Untuk musim 2013, Lions XII mengekalkan tonggak senior seperti Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Isa Halim dan Irwan Shah, namun dikhabarkan Shaiful Esah, Khairul Amri dan Shahdan Sulaiman bakal berhijrah ke kelab juara Liga-S, Tampines Rovers.


15.23 | 0 komentar | Read More

Azraai kecewa kemampuan awang import

Written By Unknown on Selasa, 25 Desember 2012 | 15.23

Ipoh: Perak mengarahkan awang import, Karim Rouani mempertingkatkan kemampuannya.

Jurulatih, Mohd Azraai Khor menyuarakan nada kecewa kerana pemain itu gagal memberi sumbangan bermakna setakat ini. Berdasarkan tiga perlawanan semasa Jelajah Utara dari 17- 21 Disember lalu, persembahan Karim membimbangkannya.

"Daripada tiga perlawanan itu, dia hanya menyumbang satu gol itupun melalui sepakan penalti.

Saya beritahu dia bahawa ia tidak mencukupi dan dia perlu meningkatkan keupayaannya," katanya.

Buktikan pelaburan berbaloi Azraai berkata sebagai penyerang import, dia diambil untuk menyumbangkan gol dan sehubungan itu adalah menjadi tanggungjawab Karim membuktikan pelaburan Perak terhadapnya berbaloi.

Bagaimanapun Azraai berpuas hati dengan seorang lagi pemain import, Rafeal Souza Silva Novais, yang berjaya mewujudkan gandingan mantap dengan rakan lain di bahagian benteng.

"Dia bijak menyusun dan membimbing rakan serta menunjukkan persefahaman dengan pemain lain di bahagian pertahanan," katanya yang lega meskipun ketiadaan kapten, Shahrulnizam Mustapa yang menjalani pemulihan selepas pembedahan, tidak banyak menjejaskan kemampuan jentera tengah yang ditampung pemain lain.
Azraai turut terpikat dengan persembahan Amrul Azhan, Mohd Syahmil, Hamizul Izaidi Zulkifli dan Khairul Ashraff Sahizah.

"Sebenarnya pemain ini memang sering menjalani latihan bersama pasukan utama dalam usaha kami mencukupkan pemain bagi mengadakan latihan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tentera yakin julang kejuaraan

Kuala Lumpur: Tentera menjadikan perlawanan pembuka tirai kejohanan Liga Malaysia musim 2013 perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Kelantan 5 Januari ini sebagai penebus kekalahan pada final Piala Malaysia, Oktober lalu.

Kelantan yang memenangi tiga kejuaraan musim ini – Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA – dipertemukan dengan Tentera selaku finalis Piala Malaysia.

Mahu cipta sejarah Jurulatih, B Sathianathan, berkata walaupun p ertemuan mungkin tidak sehebat final Piala Malaysia, namun ia adalah peluang bagi Tentera menebus kehampaan tumpas 3-2 pada final Piala Malaysia selain untuk menguji keupayaan pada permulaan musim.

"Saya harap pemain mengambil kesempatan untuk mencatat sejarah menjulang Piala Sultan Ahmad Shah pula," katanya.

Katanya, Tentera sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan itu dan akan menurunkan hampir keseluruhan pemain yang bermain di final Piala Malaysia melainkan tiga pemain yang berpindah ke pasukan Johor Darul Takzim iaitu Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan kembarnya Mohamad Zaquan Adha.

Tentera pula mendapatkan empat pemain yang tidak kurang hebat iaitu Shukor Adan dari Negeri Sembilan, R Surendran (Selangor), Nor Fazly Alias (T-Team) dan penjaga gol G Jeevananthan (Johor FC).

Dalam perlawanan persahabatan di Bangkok pertengahan bulan ini, mereka menunjukkan persefahaman baik dengan pemain lama.
"Berdasarkan kepada persembahan mereka dan persefahaman yang ditunjukkan, saya yakin mereka tidak akan menghamp akan pasukan, " kata Sathianathan.

Kelmarin mereka mengalahkan Sarawak 4-2 dalam perlawanan persahabatan, dan menjelang pertemuan Piala Sultan Ahmad Shah itu, Tentera akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan menentang PKNS dan Pos Malaysia.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Misi penting 2013'

Kuala Lumpur: Kekecewaan gagal melepasi pusingan kelayakan Piala Asia AFC bawah 22 di Myanmar pertengahan tahun ini mencetus semangat membara buat Ong Kim Swee dan anak buahnya untuk bangkit pada semua kejohanan disertai.

Walaupun kejohanan disertai tidak sehebat Piala Suzuki AFF atau kejohanan peringkat senior lainnya, kemampuan Kim Swee membawa skuad mentah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama berpengalaman, mencetus harapan segar buat masa depan bola sepak negara.

Hasilnya, Harimau Muda kendalian Kim Swee menyapu bersih semua kejohanan disertai Piala SCTV di Jakarta dan Piala VFF di Vietnam serta menduduki tangga keempat Liga Singapura.

"Kita perlu meneruskan kesinambungan ini," kata Kim Swee yang kini hanya mempunyai satu misi tahun depan mengekalkan ibu emas Sukan SEA di Myanmar.

"Pemain baru yang ada perlu diberi pendedahan secukupnya di peringkat antarabangsa.

"Tahun depan persiapan kita akan lebih rapi memandangkan hanya ada dua tugasan skuad kebangsaan di awal tahun. Selepas itu semua pemain akan bersama kita untuk sesi latihan di Eropah.

"Tempoh tiga bulan terakhir sebelum kejohanan, saya sepatutnya sudah mempunyai skuad utama yang benar-benar mantap dan tiada lagi masa untuk melakukan eksperimen."
Kim Swee yang memulakan kem latihan sejak 3 Disember lalu menjangkakan selepas dua saingan kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari dan Mac, beberapa pemainnya yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan akan kembali memberi tumpuan kepada misi Sukan SEA.


15.23 | 0 komentar | Read More

Aidil kekok beralih posisi

Johor Bahru: Selepas sekian lama mendominasi posisi pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak bakal memulakan kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan bersama kelab Johor Darul Takzim di posisi pertahanan kanan.

Pemain pertahanan Harimau Malaya mengakui dirinya agak kekok selepas ketua jurulatih skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad meletakkannya beraksi di posisi itu buat pertama pada sesi latihan pertama bersama skuad itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, semalam.

"Ini adalah pertama kali dalam karier bola sepak saya beraksi di posisi pertahanan kanan dan saya akui agak kekok pada sesi latihan pertama namun sebagai pemain profesional masalah itu mampu diatasi dan saya yakin segala kerumitan yang dihadapi akan dapat diselesaikan.

"Apapun semuanya bergantung kepada jurulatih (Fandi Ahmad) yang mencorakkan taktikal pasukan, dan dengan adanya latihan sebelum saingan Liga Super bermula sudah pasti saya akan bersedia menggalas tugas di posisi baru," kata Aidil Zafuan.

Bagi Fandi perubahan itu perlu dilakukan memandangkan pasukan itu sudah ada pemain pertahanan tengah yang mantap gandingan Ahmad Tharmimi Saiban dan Muslim Ahmad malah tindakan itu juga bagi memastikan posisi pertahanan kanan memerlukan pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan.

"Salah satu faktor yang menyebabkan saya mengubah posisi Aidil Zafuan lebih terarah kepada perlu pemain pertahanan kanan yang mampu melakukan larian pantas untuk membuat serangan di posisi sayap kanan dan saya lihat beliau amat sesuai untuk diletakkan di posisi itu.

"Saya yakin dalam tempoh terdekat, beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan posisi baru itu dan bakal bergandingan bersama kembarnya, Zaquan Adha (Abd Radzak) yang akan beraksi di posisi sayap kanan," katanya.
Fandi juga berpuas hati dengan komitmen dari lima pemain kebangsaan, Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Azmi Muslim dan Norshahrul Idlan Talaha yang memulakan latihan pertama bersama skuad Harimau Selatan yang tampak bersemangat tatkala masih perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan Johor Darul Takzim.

"Kita akan harungi saingan empat penjuru yang bermula malam esok namun kelima-lima pemain mempunyai tempoh singkat untuk menyesuaikan diri.

Bagaimanapun sebagai pemain profesional dan pernah beraksi dengan beberapa pasukan, saya yakin tidak timbul masalah buat mereka mempraktikkan corak permainan yang saya terapkan," kata Fandi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Saingan empat penjuru uji Harimau Selatan

Written By Unknown on Senin, 24 Desember 2012 | 15.23

Johor Bahru: Sejauh mana persiapan kelab Johor Darul Takzim yang dilabel pasukan 'termahal' dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menghadapi kempen musim depan bakal diuji apabila beraksi pada saingan empat penjuru kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin selama dua hari bermula, Rabu ini.

Turut beraksi pada saingan yang julung kali itu ialah pasukan Pahang, Johor dan kelab dari Liga Singapura (Liga S), Woodlands Wellington dan pastinya ketua jurulatih skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad (gambar) mahu menggunakan peluang itu menyiapkan skuadnya pada fasa akhir.

Katanya, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Azmi Muslim akan menyertai latihan bermula hari ini selepas diberi cuti seminggu dan tidak timbul masalah latihan kerana tempoh tiga hari sudah memadai buat kelima-lima pemain itu menyesuaikan diri bagi mengharungi saingan empat penjuru itu.

"Mereka semua akan jalani latihan pertama bermula esok (hari ini) dan saya sudah sediakan program untuk kelima-lima pemain itu. Saya yakin dalam tempoh singkat mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang saya terapkan.

"Apapun kita tengok nanti ketika saingan empat penjuru itu dan saya mungkin merancang tidak meletakkan mereka dalam kesebelasan utama secara sekali gus sebaliknya lebih baik jika dimasukkan pada perlawanan itu selaku pemain gantian bagi mendapat kesesuaian dengan rentak permainan.

"Kita akan menentang Woodlands Wellington manakala Pahang akan menentang Johor dan pemenang dalam perlawanan itu akan bertemu pada aksi final. Saya berharap kita mampu muncul juara sebagai tonik menghadapi kempen saingan Liga Super yang bermula kurang dari dua minggu lagi," katanya.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut merancang mengadakan majlis pelancaran skuad Johor Darul Takzim dan Johor di Plaza Angsana, 29 Disember dan ia dilihat sebagai langkah PBNJ menghangatkan lagi kempen Liga M tatkala sudah berbelanja besar bagi mendapatkan pemain berstatus bintang.
"Saya akui tugas musim depan amat getir namun saya rasa bertuah sebagai jurulatih, akhirnya impian mendapatkan pemain ternama yang akan membarisi Johor Darul Takzim termakbul dan ia hasil usaha Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu bola sepak di Johor dipertingkatkan," kata Fandi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Dollah puas hati peledak baru

Kuantan: Biarpun prestasi sebenar dua penyerang import Pahang, Mohamed Borji dan Nikolche Klechkarosk masih belum teruji sepenuhnya, pengendali skuad, Dollah Salleh yakin dengan gandingan peledak baru itu.

Dollah nyata gembira dengan kehadiran kedua-dua pemain itu dan puas hati dengan komitmen yang dipamerkan, serta percaya mereka mampu membentuk gandingan mantap untuk merobek kubu lawan pada saingan Liga Malaysia, Januari depan.

Katanya, setakat ini, Mohamed dari Maghribi dilihat menarik perhatian ketika beraksi pada tiga perlawanan persahabatan menentang tiga kelab bola sepak Hong Kong, baru-baru ini.

"Saya percaya Mohamaed akan menjadi tonggak utama pasukan di samping Klechkarosk, diharap mereka dapat membentuk persefahaman terbaik menghadapi Liga Malaysia nanti," katanya semalam.

Pada perlawanan persahabatan di Hong Kong, skuad Tok Gajah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Citizen FC tetapi tewas 1-3 kepada Rangers FC dan Kitchee FC (1-2).

Dollah berkata, biarpun hanya mencatat satu kemenangan daripada tiga perlawanan itu, dia tetap berpuas hati persembahan anak buahnya tatkala bertemu antara kelab terbaik Liga Bola Sepak Hong Kong.

"Pengalaman beraksi dengan tiga kelab berkenaan harus memberi pengalaman baru kepada pemain untuk beraksi cemerlang apabila Liga Super bermula, Januari nanti," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pengajaran AFF’

Petaling Jaya: Kegagalan skuad kebangsaan mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini memberi pengajaran berharga buat Ong Kim Swee untuk memastikan perkara sama tidak berlaku kepada skuad Harimau Muda kendaliannya dalam misi mempertahankan emas Sukan SEA Disember tahun depan.

"Kita ada masa setahun sebelum Sukan SEA tahun depan dan persiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan skuad yang benar-benar mantap dapat diturunkan pada temasya itu nanti," kata Kim Swee yang ditemui selepas perlawanan persahabatan dengan Sime Darby di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

"Sepanjang Piala Suzuki AFF lalu, saya mula mengumpul maklumat berkaitan pemain-pemain muda dari pasukan Thailand, Singapura, Laos, Myanmar dan Indonesia. Mereka mempunyai beberapa pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA nanti.

"Walaupun kita menang emas di Jakarta tahun lalu, kita tidak boleh terus mengimbau kejayaan itu sebaliknya perlu berusaha mempertingkatkan corak permainan di mana kepantasan menjadi inti pati penting bola sepak moden.

"Saya sudah merangka program latihan intensif yang bermula awal bulan ini sehingga ke hari temasya, dan pada peringkat awal ini saya mahu memberi pendedahan antarabangsa kepada pemain yang baru dipanggil atau jarang diturunkan sebelum ini."

Bagi Kim Swee, reputasi sebagai juara Asia Tenggara sudah tidak relevan kerana beberapa pemainnya yang beraksi di Jakarta tahun lalu sudah tidak dapat beraksi. "Jadi kita perlu mencari keserasian antara pemain baru dan sedia ada bagi memastikan prestasi pasukan berada pada tahap lebih baik," katanya.

Pada perlawanan semalam, Harimau Muda menewaskan Sime Darby 2-1 hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Noor dan D Saarvindran, manakala gol tunggal skuad kendalian Ismail Zakaria dijaringkan penyerang import dari Croatia, Karlo Primorac.
Sejak memulakan kem latihan 3 Disember lalu, Harimau Muda sudah melalui dua perlawanan persahabatan - seri 1-1 menentang Sarawak, menang 2-1 ke atas Sime Darby - dan akan bertemu Sarawak sekali lagi di Kuching, 28 Disember ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

United gigit jari gagal raih tiga mata

London: Pendahulu, Manchester United buat pertama kali mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Swansea City mengikat mereka 1-1 dalam aksi di Stadium Liberty, malam tadi.

Pemain pertahanan, Patrice Evra menanduk masuk bola sepakan sudut Robin van Persie pada minit ke-16 untuk meletakkan United di depan, tetapi penjaring terbanyak liga, Michu menyamakan kedudukan, pada minit ke-13.

Gol ke-13 Michu sepanjang kempen liga itu meletakkan penyerang kelahiran Sepanyol berkenaan memiliki kelebihan satu gol di depan Van Persie, yang sebelum perlawanan itu berada pada kedudukan sama dengan 12 gol.

United, yang melepaskan peluang mengekalkan jarak kedudukan enam mata sebelum perlawanan masih kekal di puncak liga dengan kelebihan empat mata mengatasi Manchester City, di tangga kedua dengan 39 mata.

Skuad bimbingan Alex Ferguson kini mengumpul 43 mata daripada 18 perlawanan, meninggalkan empat lagi pasukan lain yang memungut 30 mata. Chelsea masih berpeluang naik ke tangga ketiga jika menang ke atas Aston Villa dalam satu lagi perlawanan lewat malam tadi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Ronaldo, kembalilah: Evra

Written By Unknown on Minggu, 23 Desember 2012 | 15.23

London: Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra menyatakan kepada Cristiano Ronaldo supaya kembali ke Old Trafford jika bintang Portugal itu sudah tidak gembira bersama Real Madrid.

Ronaldo meninggalkan United pada 2009 untuk mencapai impian zaman kanak-kanaknya beraksi bersama Real, namun pemain berusia 27 tahun itu tidak pernah dilayan dengan penghormatan sama di Sepanyol seperti di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan Ronaldo bakal kembali ke Old Trafford buat kali pertama apabila Real dan United bertembung pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, Mac depan, Evra percaya bekas rakan sepasukannya itu perlu menimbang untuk kembali menyertai United.

"Saya banyak kali berhubung dengannya. Dia masih sayangkan United, merindui kelab ini. Dia mampu melakukan perkara luar biasa bersama Real dengan memecah pelbagai rekod, tetapi mereka tidak memberi penghormatan yang sepatutnya.

"Saya sentiasa berharap dia akan kembali semula kerana inilah rumah sebenar untuk dia. Jika mahu memenangi anugerah Ballon d'Or, dia perlu kembali menyarung jersi United," kata Evra.

Ronaldo pernah memenangi Ballon d'Or pada 2008. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Perak juara Piala Emas Raja-Raja

Ipoh: Perak menamatkan kemarau 22 tahun untuk muncul juara Piala Emas Raja-Raja selepas membenam Kedah 2-0 di aksi final edisi ke-72 di gelanggang sendiri, di Stadium Ipoh malam tadi.

Kedudukan terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan sebelum dilanjutkan ke masa tambahan dan nasib lebih memihak kepada anak buah Abu Bakar Fadzim untuk merangkul piala selepas kali terakhir melakukannya pada 1990 - menang 3-0 ke atas Kelantan.

Hamizul Izaidi memberikan tuan rumah gol pertama pada minit ke-105 di masa tambahan menerusi tandukan selepas menerima hantaran bola sepakan percuma untuk menceriakan penyokong skuad Kejor Yob Kejor.

Berselang 10 minit, Khairul Asyraf menamatkan terus sisa perjuangan Kedah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-115 untuk mengesahkan hak mutlak merangkul gelaran juara.

Kedah, sekali lagi kempunan membawa pulang piala kejuaraan selepas dua kali hanya muncul naib juara pada 2010 tewas kepada Kelantan menerusi sepakan penalti dan tunduk kepada Perlis di final, juga kalah 2-0 pada 2009.

Sekalipun dibarisi beberapa pemain skuad Liga Perdana Kedah, Perlis serta pemain Piala Presiden seperti kapten, Mohamad Rozaidi Abd Rahim, Hattaphon Bun An dan penjaring terbanyak Kejohanan MSSM lalu, Muhamad Syafiq Ahmad - Kedah gagal mengatasi kelebihan Perak.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gajah Perang gigit jari

Bangkok: Singapura muncul juara Piala Suzuki AFF 2012 apabila menewaskan Thailand 3-2 secara agregat walaupun tewas 1-0 di Stadium Supachalasai, Bangkok malam tadi.

Thailand bermula baik dengan bermain agresif sebaik sepak mula, tetapi anak buah Winfried Schafer terpaksa menunggu hingga ke minit ke-45 untuk membuka jaringan sekali gus merapatkan defisit kepada 2-3 selepas tewas perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, 3-1 Rabu lalu.

Berbeza dengan aksi di Singapura, skuad Gajah Perang kali ini tampak bermain pada prestasi sebenar untuk mengawal sepenuhnya babak pertama, dan berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-17 tetapi tandukan Jakkraphan Pornsai sekadar terkena palang gol.

Pertahanan Singapura yang dikendali Baihakki Khaizan berfungsi cemerlang mematahkan setiap gerakan serangan pantas tuan rumah, namun tandukan padu Kirati Keawsombut beberapa saat sebelum rehat, kembali meletakkan Thailand dalam kedudukan terbaik untuk menafikan kejuaraan keempat buat pelawat.

Sedar kedudukan mereka semakin terancam, Radojko Avramovic mengarahkan anak buahnya untuk terus melebarkan jurang gol namun beberapa peluang awal selepas rehat, tidak menemui sasaran.

Thailand yang semakin terdesak memburu gol kedua untuk menafikan kejuaraan buat Singapura, terus mengasak gawang pelawat pada minit-minit terakhir permainan, namun Izwan Mahbud tenang di benteng terakhir untuk memastikan kelebihan kekal milik mereka.

Kejuaraan ini cukup manis buat Singapura, yang dianggap sebagai pasukan bukan pilihan mara ke final oleh pengendali Harimau Malaya walaupun hakikatnya Malaysia tewas 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gabung ‘2 tenaga’

Kuala Lumpur: Kerjasama antara dua jurulatih terbaik negara - Datuk K Rajagobal dan Ong Kim Swee - dilihat sebagai jalan terbaik untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap menjelang kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal mempunyai tempoh genap sebulan selepas sepak mula Liga Malaysia pada 5 Januari ini untuk menilai barisan pemain terbaik negara sebelum memulakan kempen kelayakan bertemu Qatar di Doha pada 6 Februari.

Tempoh itu dilihat cukup singkat berbanding dua tahun yang dimiliki pengendali itu ketika mempersiapkan skuad terbaiknya dalam kempen Piala Suzuki AFF tahun ini yang menyaksikan skuad negara disingkir Thailand pada aksi separuh akhir.

Namun Rajagobal boleh bergabung dengan Kim Swee dalam soal memilih pemain di mana pengendali Harimau Muda itu terbukti lebih mengenali anak buahnya serta pemain muda lain dalam liga.

Malah, masalah mendapatkan perlawanan persahabatan berkualiti juga mampu diselesaikan Rajagobal memandangkan Harimau Muda A ketika ini berada pada tahap kecergasan terbaik sejak kembali berkumpul 3 Disember lalu.

"Keputusan ujian kecergasan dan kepantasan yang dilakukan dua hari lepas bersama Institut Sukan Negara (ISN) menunjukkan pemain berada dalam tahap yang memuaskan," kata Kim Swee dalam laman Twitter rasmi Harimau Muda, @OKS_HARIMAUMUDA semalam.

Perlawanan persahabatan antara dua pasukan terbaik di bawah bumbung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu bukan saja mampu meningkatkan prestasi kedua-dua skuad negara itu, tetapi turut mampu menyembunyikan kekuatan barisan pemain kebangsaan daripada pihak lawan.
Rajagobal juga bukan sekadar mampu menilai pemain pilihannya, tetapi pada masa sama melihat pemain Harimau Muda lain yang layak diberi peluang berlatih pada peringkat lebih tinggi bersama Harimau Malaya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kejayaan Malaysia jadi bualan lawan

Written By Unknown on Sabtu, 22 Desember 2012 | 15.23

Tidak ada pasukan yang pulang dengan tangan kosong!

Itu gambaran jelas prestasi kontinjen negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG), di Vientiane, Laos dengan semua 118 sukan yang disertai memperoleh pingat, sekurang-kurangnya gangsa.

Urutan kejayaan negara pada penyertaan AUG edisi ke-16 tahun ini sudah pasti didahului dengan sukan renang yang menyumbang pingat terbesar, 21 emas, sembilan perak dan tujuh gangsa.

Cai Lin, Yi Ting cemerlang

Daripada jumlah 21 emas itu, lebih separuh hadir menerusi dua jaguh renang negara, Khoo Cai Lin dan Siow Yi Ting, dengan masing-masing mencapai puncak memenangi tujuh emas.

Hadir tanpa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong, satu lagi aksi di kolam renang, terjun juga tidak mengecewakan dan turut cemerlang dengan menyapu bersih kesemua empat emas yang dipertandingkan dan turut mencuri dua pingat perak.

Kejutan berlaku dalam skuad olahraga negara kerana mampu melepasi sasaran 11 emas, 10 perak dan enam gangsa malah sukan tempur, karate-do juga tidak mengecewakan dengan kejayaan tujuh emas, dua perak dan lima gangsa.
Dibimbing oleh bekas olimpian, Muhammad Marbawi Sulaiman, memanah juga berupaya membuat bidikan tepat enam emas, tiga perak dan tiga gangsa, juga turut dinobatkan juara keseluruhan bagi acara itu.

Luar jangkaan

"Kita hanya sasar 36 emas kerana masih kurang arif dengan kekuatan lawan. Pencapaian ini sesuatu perkara yang di luar jangkaan, saya langsung tidak pernah menyatakan impian untuk mencapai kejayaan bergelar juara keseluruhan... sukan seperti renang, olahraga dan memanah menjadi sukan yang banyak menyumbangkan emas," kata Chef de Mission negara, Professor Dr Yahaya Ibrahim.

Dua lagi sukan tempur – wushu dan pencak silat – turut tidak mengecewakan dengan kedua-dua pasukan mengumpul tujuh emas, tujuh perak dan 13 gangsa, manakala bekas pemain negara, Mohd Razif Ab Latiff cemerlang ketika membantu skuad badminton meraih emas dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran.

Sukan tenis pula berpuas hati dengan satu emas, satu perak, empat gangsa manakala judo turut tidak mengecewakan dengan kejayaan satu emas dan perak serta tiga gangsa.

Paling mencuri tumpuan pastinya sukan baru diperkenalkan di AUG kali ini, Muay Thai kerana masih mampu mencuri tiga perak serta empat gangsa dalam aksi yang didominasi oleh kuasa besar, Thailand.

Sasar Sukan Universiti Dunia

Kekalahan pasukan bola sepak negara di tangan pasukan Gajah Perang di peringkat separuh akhir, terubat selepas mengetepikan Myanmar 3-2 pada penentuan pingat gangsa.

Yang pasti, kejayaan meleburkan sejarah 30 tahun dan rekod menjadi juara keseluruhan buat kali pertama di negara asing mengangkat Malaysia ke satu tahap lebih tinggi dan menjadi bualan di kalangan negara Asia Tenggara lain.

Dan kini, semua pihak seharusnya terus bekerja keras bagi mempertahankan mahkota kejuaraan pada saingan edisi ke-17 di Indonesia dua tahun lagi tetapi dalam masa terdekat Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) pada pertengahan tahun depan pasti lebih diutamakan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Dollah tekad calar imej skuad Harimau Selatan

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui teruja apabila skuad kendaliannya akan membuka tirai saingan Liga Super, 8 Januari ini dengan menentang pasukan yang dipenuhi barisan bintang - Johor Darul Takzim.

Dollah berkata, perlawanan itu bukan saja menjadi medan baginya menilai prestasi sebenar pemain, tetapi lebih menarik semua mata pasti akan tertumpu kepada perlawanan berkenaan untuk melihat sejauh mana keupayaan skuad kendalian Fandi Ahmad itu.

Sebagai tuan rumah, katanya, sudah pasti skuad bimbingannya mahu membuka saingan dengan langkah kanan dengan mencatat kemenangan sekali gus memungut tiga mata pertama bagi meletakkan pasukan di kedudukan terbaik.

Sokongan penyokong penting

"Saya akui perlawanan Pahang dan Johor Darul Takzim akan menjadi tumpuan nanti. Sudah pasti kesebelasan terbaik akan diturunkan untuk menyekat lawan dan mencipta kemenangan. Jadi, saya harap penyokong datang memberi sokongan," katanya semalam.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berkata, sokongan lebih 15,000 peminat yang memenuhi stadium pada aksi Piala Malaysia musim ini diharap diteruskan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2013.

"Saya percaya barisan pemain yang lebih mantap serta diperkuatkan dua penyerang import akan memberi keyakinan buat Pahang musim depan. Namun, sokongan penyokong penting bagi menyemarakkan semangat pemain," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piala Suzuki AFF: Thailand yakin balas dendam

Bangkok: Thailand yakin mampu bangkit di laman sendiri tatkala Singapura mahu fokus mengekalkan kelebihan defisit dua gol menjelang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, malam ini.

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer tidak gusar dengan kekalahan 3-1 kepada Singapura pada aksi final pertama di Stadium Jalan Besar, Rabu lalu, sebaliknya yakin anak buahnya mampu mendapatkan sekurang-kurangnya dua gol untuk menjulang trofi buat kali keempat di depan penyokong sendiri.

Duric waspada

"Apa yang lebih penting ketika ini, pemain perlu fokus pada baki 90 minit. Mungkin kami mampu mengubah suasana perlawanan dan saya cukup yakin pemain boleh bangkit untuk mendapatkan keputusan baik," kata Schafer penuh yakin semalam.

Namun, Schafer tidak dapat menurunkan pemain tengah, Anucha Kitpongsri yang mengalami kecederaan pangkal paha, Rabu lalu tetapi kapten, Panupong Wongsa dijangka kembali cergas untuk mengetuai barisan Thailand, malam ini selepas diusung keluar pada babak pertama, Rabu lalu.

Sementara itu, penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric enggan menganggap mereka sudah sebelah tangan menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
"Sudah tentu kemenangan 3-1 agak selesa tetapi ia hanyalah keputusan separuh jalan. Thailand masih memiliki peluang kedua dan saya pasti mereka mahu memanfaatkannya. Bagi kami adalah penting untuk tenang, fokus dan terus bekerja keras sepanjang aksi final kedua ini," tegas Duric.


15.23 | 0 komentar | Read More

Jangan pilih bulu!

Raja digesa 'buka mata' dengan prestasi pemain senior Buka peluang kepada pemain senior!

Demikian pandangan bekas pemain kebangsaan, Fadzli Saari yang mahu peluang menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan tidak hanya terhad kepada pemain muda yang berusia 26 tahun dan ke bawah.

Bagi penyerang baru skuad Liga Perdana, Sime Darby FC itu, masih terdapat pemain sekitar usia 30 tahun yang mampu beraksi untuk skuad kebangsaan jika dinilai prestasi semasa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) berbanding pemain lebih muda sedia ada dalam skuad Datuk K Rajagobal ketika ini.

"Sepatutnya untuk skuad kebangsaan, faktor umur tidak menjadi kekangan. Tapi sekarang dah jadi fenomena, hanya pemain muda yang dipilih. Bagi saya, pemain yang lebih usia 26 tahun, malah yang umur 30, 31 dan 32 tahun pun masih boleh main sebenarnya.

"Tapi nak cakap lebih pun, tak boleh juga kerana sudah tentu ada panel penilaian dan jurulatih lebih tahu untuk membuat pemilihan. Jadi, sebagai pemain, kita kena terima sajalah.
"Cuma harap pemain senior turut diberi peluang. Ada yang lebih menyinar berbanding pemain muda dalam liga, contohnya Badhri Radzi dan Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Hairuddin Omar dan Irwan Fadzli Idrus (Tentera) serta pemain senior Negeri Sembilan," kata Fadzli ketika ditemui di Bukit Kiara, semalam.

Bekas pemain Pahang, KL Plus, Selangor dan T-Team yang pernah beraksi dengan kelab Jerman, SV Wehen itu sendiri baru akan mencecah 30 tahun pada 1 Januari depan tetapi kali terakhir dia dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan lima tahun lalu.

"Tahap pemain kita lebih kurang sama saja sebenarnya. Patut pemilihan lebih kepada prestasi semasa, tak kiralah dia pemain muda atau senior. Sekurang-kurangnya beri peluang kepada pemain senior ini beraksi dalam dua atau tiga perlawanan, tengok dulu mereka boleh main atau tidak," jelas Fadzli.

Berdasarkan barisan 22 pemain pada Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini, hanya dua pemain melepasi usia 26 tahun tersenarai iaitu Safee Sali (28) dan Azammuddin Akil (27), selebihnya terdiri daripada pemain lebih muda serta yang dianggap 'pemain Rajagobal'.

Justeru, ramai peminat dan pemerhati menggesa supaya pengendali berusia 56 tahun itu lebih telus dan terbuka untuk memilih pemain berdasarkan prestasi semasa dalam liga menjelang aksi sulung kelayakan bertemu Qatar, 6 Februari depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Safiq teruja berganding semula dengan Safee

Written By Unknown on Rabu, 19 Desember 2012 | 15.23

Johor Bahru: Selepas dua tahun tidak bergandingan dengan Safee Sali dalam satu pasukan pada saingan Liga Super, akhirnya impian Safiq Rahim untuk beraksi semula dengan bekas rakan sepasukannya di Selangor tercapai selepas Johor Darul Takzim turut mengikat penyerang yang berkelana ke Liga Super Indonesia (ISL) itu.

"Saya sangat teruja beraksi semula dengan Safee dalam saingan Liga Super selepas dua tahun berpisah. Walaupun kami sering bermain bersama skuad kebangsaan, tetapi bergandingan dalam satu pasukan pada saingan Liga Super, ia pasti memantapkan lagi persefahaman kami.

"Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana menemukan kami semula. Saya bangga dengan usaha PBNJ yang melakukan perubahan besar bagi memantapkan pasukan dan berjanji melakukan yang terbaik bagi menjulang semula Johor Darul Takzim dalam persada bola sepak negara," katanya semalam.

Kapten bukan sasaran

Safiq bagaimanapun memikul tugas berat dalam penampilan pertamanya kerana perlu menggerak dan mengemudi jentera tengah Harimau Selatan bagi membolehkan penyerang tiga serangkai - Safee, Norshahrul Idlan Talaha dan Daniel Guiza - mendapat umpanan cantik bagi merobek gawang lawan.

Ketika ditanya sama ada dia berminat menjadi kapten pasukan seperti tugasnya bersama skuad kebangsaan dan Selangor, Safiq tidak mahu memikirkan, sebaliknya menyerahkan keputusan kepada ketua jurulatih, Fandi Ahmad bagi menentukan siapa yang layak memakai lilitan di lengan.

"Semua keputusan terletak kepada jurulatih (Fandi). Misi utama saya beraksi untuk Johor Darul Takzim lebih kepada menimba pengalaman baru selain mengimpikan kejuaraan bersama pasukan baru selepas agak lama menabur bakti bersama Selangor," kata Safiq.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Malaya dirombak hadapi Piala Asia

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF baru-baru ini akan dirombak bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal berkata, beberapa pemain yang tidak mempamerkan prestasi terbaik akan digugurkan, manakala pemain yang diketepikan akibat kecederaan akan dipanggil semula.

"Skuad kebangsaan perlu diperkuatkan bagi mengharungi pusingan kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015 yang turut membabitkan Qatar, Bahrain dan Yaman bermula Februari depan," katanya ketika dihubungi semalam.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF apabila tunduk kepada Thailand 3-1 secara agregat pada separuh akhir.

Pertahan Rajagobal

Dalam pada itu, Subahan tetap dengan pendirian bahawa Rajagobal akan terus melatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia kerana kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan itu masih berbaki setahun hingga Disember 2013.

Dia berkata, setakat ini tiada mesyuarat dipanggil bagi membincangkan kedudukan pengendali berusia 56 tahun itu.
Subahan berkata, dia sudah menyerahkan laporan terperinci mengenai prestasi pasukan kebangsaan dan terserah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bagi menentukan kedudukan Rajagobal.

"Pengkritik tidak harus menyalahkan Rajagobal atas prestasi skuad Harimau Malaya yang kurang menyerlah kerana jurulatih itu sebelum ini sudah banyak membangunkan bola sepak tanah air," katanya. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Singapura, Thailand buru kejuaraan ke-4

Pertembungan Teerasil, Shahril bakal jadi tumpuan

Singapura: Singapura dan Thailand bakal bersaing merebut gelaran juara empat kali Asia Tenggara buat pertama kali pada pertembungan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Kedua-dua pasukan sudah memegang gelaran berkenaan tiga kali, semuanya dalam tempoh enam edisi pertama kejohanan, dan kali ini akan bertemu dalam dua pertemuan final selepas masing-masing gagal mara ke separuh akhir dua tahun lalu.

Namun dua tahun selepas kempen mengecewakan itu, keduanya kembali kepada reputasi asal apabila mara ke separuh akhir dengan menjuarai kumpulan masing-masing, dan melepasi halangan sukar peringkat kalah mati itu untuk berada di pentas final.

Thailand menempah tiket final dengan cemerlang apabila menang semua perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina, Myanmar dan Vietnam sebelum mengetepikan juara bertahan, Malaysia 3-1 secara agregat pada separuh akhir.

Final yang dijangka hebat

Gajah Perang gagal mengulangi kejuaraan sejak 10 tahun lalu tetapi skuad kendalian Winfried Schafer kali ini muncul pilihan juara selepas meledak 12 gol dalam lima perlawanan dan penyerangnya, Teerasil Dangda mendahului senarai penjaring dengan lima gol.

Singapura pula mempertaruhkan impiannya kepada skuad yang diketuai kapten Shahril Ishak - mengekori rapat Teerasil dengan empat gol - dan penyerang veteran, Aleksander Duric, 42, yang bakal bersara selepas kejohanan ini.
"Seperti kami, Thailand mempunyai gabungan pemain muda dan berpengalaman dan saya rasa final kali ini pasti hebat dengan dua pasukan terbaik bersaing merebut trofi paling berprestij Asia Tenggara," kata Duric. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Mampu ke Raja?

Sasaran layak pusingan akhir Piala Asia 2015 kini dipersoal

"Jika di peringkat Asia Tenggara pun tak boleh makan, macam mana kita nak tewaskan Qatar atau Bahrain?"

Itu persoalan logik ditimbulkan bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yang pernah membawa Malaysia muncul naib juara pada edisi pertama Piala Tiger pada 1996.

"Tetapi dalam bola sepak faktor nasib juga memainkan peranan," kata Wan Jamak yang kini berehat seketika daripada aktiviti bola sepak tempatan. "Mungkin nasib Malaysia tidak berapa baik pada saingan Piala Suzuki AFF kali ini sehingga gagal mempertahankan kejuaraan."

Bagi Wan Jamak, apa yang dilakukan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selama ini cukup bagus apabila menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010, tetapi mungkin ada kesilapan dalam persediaan menjelang kejohanan kali ini.

"Mungkin ada kesilapan yang perlu direnungkan semula oleh jurulatih (Rajagobal)," kata Wan Jamak yang selepas dijulang kerana mara ke final Piala Tiger 1996, melepaskan jawatannya apabila gagal mara ke separuh akhir Sukan SEA tahun berikutnya.

Ketika ditanya sama ada Rajagobal perlu mengambil langkah sama seperti dilakukannya 15 tahun dulu, Wan Jamak berkata: "Terpulang kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menentukan hala tuju pasukan kebangsaan.

"FAM serta panel kejurulatihan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin sampai masanya untuk kita melupakan kejayaan sebelum ini dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada cabaran yang ada di hadapan."
Menurutnya, mana-mana jurulatih yang menggantikan Rajagobal ketika saingan kelayakan Piala Asia bakal bermula dua bulan lagi, ibarat tindakan membunuh diri kerana sasaran diletakkan adalah layak ke pusingan akhir kejohanan itu.

"Namun, jika mereka membuat keputusan untuk menukar jurulatih, saya tidak nampak kita perlu memandang jauh ke luar negara. Kita ada jurulatih tempatan seperti Ong Kim Swee yang juga mempunyai rekod cemerlang," kata Wan Jamak.

"Memang mentaliti pemain tempatan sukar untuk menerima jurulatih asing. Jadi kepercayaan pemain terhadap jurulatih antara faktor penting yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan.

"Namun, saya pasti FAM mampu membuat keputusan terbaik demi kepentingan skuad kebangsaan. Kita mempunyai kelompok pemain terbaik ketika ini dan apa yang diperlukan ialah formula berkesan diterapkan jurulatih, termasuk memilih skuad terbaik."

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia bertemu Qatar di Doha pada 6 Februari depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Raden Motorsport yakin pelumba naiki podium

Written By Unknown on Minggu, 16 Desember 2012 | 15.23

Melaka: Raden Motorsport yakin barisan pelumbanya, Saifudin Azahar, Mohd Fairuz Nasir, Radha Husin dan Hafizuddin sekali lagi akan menaiki podium menjelang pusingan kelima Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance 2012, hari ini.

Beraksi di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) Ayer Keroh, Melaka dianggap satu kelebihan kepada pasukan tuan rumah itu bagi kelas 120cc apatah lagi barisan pelumba sama pernah menaiki podium ketika beraksi di Muar, Johor.

50 pasukan sahut cabaran

"Kami sering berlatih di sini, jadi kami harap pelumba menggunakan kesempatan ini untuk menang. Memang pasukan lain juga hebat tetapi kami ada sedikit kelebihan," kata pengurus Raden Motorsport, Azahar Abu Bakar.

Ketika ini, 50 pasukan mengesahkan mengambil bahagian, antaranya FCB Motor, AUP, Kaki Langgar Motorspot, KC Boy Team, SHM Motor, FRMC, Kasturi Team, Cikgusaz, Lagenda dan Otai Motorsport.


15.23 | 0 komentar | Read More

City rugi belanja mewah

London: Manchester City kerugian $150 juta (RM458.5 juta) pada musim lalu berikutan perbelanjaan tinggi kelab untuk pemainnya sebelum memenangi gelaran pertama di Liga Perdana Inggeris selepas 44 tahun.

Sebanyak 90 juta pound (RM444.8 juta) dibelanjakan bagi membiayai perbelanjaan skuad dalam tahun kewangan terakhir susulan yuran perpindahan sejak kelab itu dimiliki Abu Dhabi pada 2008 meningkat kepada 580 juta pound (RM2.9 bilion).

Pemiliknya, Sheikh Mansour Zayed Sultan Al Nahyan menyuntik 169 juta pound (RM835.2 juta) kepada ekuiti kelab, dengan keseluruhan 1 bilion pound (RM4.9 bilion) dibelanjakan bagi tempoh empat tahun.

Tetapi juara Liga Perdana itu mula mengatur semula kerugian dan perbelanjaan bagi memenuhi peraturan Kewangan Fair Play UEFA, yang diperkenal bagi mengurangkan perbelanjaan seperti dilakukan Sheikh Mansour.

Pengurus, Roberto Mancini perlu mengurangkan perbelanjaan bagi skuadnya dengan perbelanjaan menurun kepada 90 juta pound (RM444.8 juta) selepas perbelanjaan sebelum ini melebihi 130 juta pound (RM642.4 juta) dalam tiga tahun sebelum itu.

"Manchester City menempuhi laluan panjang biarpun dalam masa yang pendek," kata pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Lima pemain Harimau lapor diri

Johor Bahru: Lima pemain kebangsaan yang baru selesai mengharungi saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF akan melaporkan diri untuk menyertai kelab Johor Darul Takzim menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M), esok.

Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azmi Muslim dan Safiq Rahim diberikan cuti rehat sehingga 23 Disember sebelum memulakan latihan pertama bersama skuad Harimau Selatan kendalian Fandi Ahmad.

"Biarlah mereka berehat dulu, saya tidak mahu memberi tekanan dengan latihan mendadak sebaliknya mereka perlu juga bersama keluarga masing-masing," kata Fandi.

Mengulas corak permainan skuad Harimau Selatan yang mengatasi kelab Pelita Bandung (Pelita Jaya FC) 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, kelmarin, Fandi menegaskan masih ada kelemahan perlu diperbaiki.

Tumpuan pastinya menjurus kepada aspek kawalan bola dan umpanan tidak tepat selepas dua pemain import, Daniel Guiza dan Simone Del Nero tampak kurang mendapat sokongan dari rakan sepasukan.

Yang pasti aksi persahabatan itu berjaya menggamit kehadiran lebih 10,000 penyokong sekali gus mengembalikan gema 'Sorakan Larkin' yang sekian lama sepi malah Fandi sendiri teruja dengan sokongan padu peminat itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Apa tunggu lagi...

Kuala Lumpur: "Jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan perasaan bersalah, dia akan letak jawatan," demikian tegas bekas pemain negara, Shukor Salleh semalam ketika mengulas desakan ramai yang mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal meletak jawatan.

Desakan itu timbul selepas skuad Harimau Malaya tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.

Shukor yang menjadi pemain kedua di belakang Datuk Soh Chin Aun yang paling banyak mewakili negara dengan 215 kap mengakui sebenarnya tidak ada peningkatan dipamerkan skuad Harimau Malaya sejak menjulang Piala Suzuki AFF.

Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi" Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.


"Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi dan sebab itu mereka mampu beraksi dengan hantaran cantik serta pada masa sama melancarkan serangan.

"Semua elemen itu kita masih tidak ada, apalagi, berdepan situasi bermain dengan 10 pemain, usaha perlu dipertingkatkan dan strategi bertahan seharusnya tidak digunakan, perlu ada taktik serta serangan," katanya semalam.

Jurulatih wajar undur

Shukor yang pernah digelar 'Mr Cool' kerana ketenangan dalam mengemudi jentera tengah skuad kebangsaan dan pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1977 mengakui setiap jurulatih harus bertanggungjawab atas kekalahan skuad bimbingannya.
"Gagal itu tanggungjawab jurulatih tetapi kalau tidak silap dia (Rajagobal) masih ada KPI (Indeks Prestasi Utama) dengan Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk layak ke Piala Asia 2015. Jadi, terpulang kepada individu, sama ada tahu erti tanggungjawab atau tidak," katanya.

Rajagobal, 56, yang sebelum ini melakar dua saat manis bola sepak negara dengan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 masih mempunyai baki kontrak bersama FAM sehingga hujung 2013.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tentera sedia gempur Merah Kuning

Written By Unknown on Rabu, 12 Desember 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Tentera tidak gentar menghadapi juara lima kali Piala FA, Selangor dalam aksi pembuka tirai kejohanan itu pada 25 Januari, tahun depan dan ketua jurulatih pasukan, B Sathianathan beranggapan tidak ada laluan mudah selain terpaksa menghadapi tugas paling getir itu.

"Keadaan ini memang dijangkakan, sebab itu kita bersedia lebih awal bagi menghadapi sebarang pasukan yang bakal ditemui termasuk Selangor," katanya semalam. Tentera yang belum pernah menjulang Piala FA diundi menentang pasukan Merah Kuning.

"Tentera ada segala ramuan untuk perlawanan ini dan saya akan membentuk pemain menjadi pasukan disegani seperti dilakukan sehingga berjaya membawa pasukan ke final Piala Malaysia," katanya yang dipilih sebagai Jurulatih Terbaik 2012.

Tentera kempunan

Sementara itu, hasrat Tentera menguji kekuatan juara Piala FA Thailand, Kelab Burinam ketika berkunjung ke negara itu hujung minggu ini tidak kesampaian kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tempat lawan digantikan dengan pertemuan menentang pasukan Tentera Laut Diraja Thai pada 16 Disember ini selepas menentang Tentera Darat Thai, dua hari sebelum itu.

Lawatan yang disertai 27 pemain bagi membentuk kesebelasan utama itu berakhir dengan menentang pasukan Bangkok Club pada 18 Disember ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

100 tiket ke Bangkok sudah terjual

Putrajaya: Lebih 100 tiket penerbangan khas AirAsia bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Harimau Malaya dan Thailand di Bangkok, malam esok, sudah dijual.

Pakej penerbangan bernilai RM500 itu adalah hasil kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Air Asia, membabit kos penerbangan pergi balik, urusan pengangkutan ke Stadium Supachalasai, bagasi tujuh kilogram seorang serta makan dan minum dalam pesawat bagi penerbangan pulang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata inisiatif membawa penyokong Harimau Malaya ke Bangkok adalah aspek baru dalam KBS bagi memberi tumpuan kepada pengurusan penyokong, selain pembangunan dan pembinaan kemahiran atlet.

"Sukan tanpa penyokong tidak bererti dan dalam suasana sukan di negara ini dengan kumpulan peminat yang besar, penaja akan datang kerana ia mampu menjana perniagaan selain atlet mendapat bayaran yang lebih baik," katanya semalam.

Selain itu, kata Shabery, beliau yakin Harimau Malaya akan menewaskan Thailand, malam esok kerana berdasarkan perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu, pasukan negara berjaya memecahkan tembok psikologi yang selama ini menganggap benteng pertahanan Thailand sukar ditembusi.

Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat KBS, berkata mereka yang berminat untuk menempah pakej berkenaan boleh menghubungi Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Nik Mohd Fitra Wan Jaafar di talian 03-88713629.


15.23 | 0 komentar | Read More

Ultras Malaya ekor Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Meskipun tiada Curva 1Q, sorakan kira-kira 300 komrad Ultras Malaya akan tetap bergema buat menyuntik tenaga tambahan bagi pemain Malaysia di tengah padang Stadium Supachalasai, Bangkok, malam esok.

Penyokong setia Harimau Malaya itu akan muncul di stadium berkenaan bagi memberi perangsang kepada skuad negara pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.

Wakil kumpulan itu, Redzuan Ahmad, berkata beberapa bas yang membawa penyokong Ultras Malaya akan bertolak dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal pagi ini, selain negeri di Utara tanah air.

Selain itu, katanya, ada penyokong yang menaiki kereta api dan penerbangan terus ke Thailand pada hari perlawanan esok.

"Kami akan memberi bentuk sokongan seperti biasa dengan melakukan chant (laungan lagu patriotik) sambil mengibarkan panji membangkitkan semangat juang barisan pemain beraksi di padang.

"Sorakan selama 90 minit perlawanan pasti berkumandang di Stadium Supachalasai meskipun kami tiada Curva 1Q seperti di SNBJ.

"Kami tidak akan pernah gerun walaupun dikepung sorakan pasukan Siam," katanya dikenali sebagai Capo (ketua) dalam Ultras Malaya kepada BH, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Padang atau bendang?

Pengurusan Harimau Malaya buat aduan mengenai layanan buruk tuan rumah

Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

"Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya," kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka," Subahan Kamal, Pengurus Harimau Malaya


Layanan yang diterima Harimau Malaya agak berbeza dengan layanan lima bintang disediakan Malaysia kepada Thailand ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu termasuk menyediakan padang latihan tertutup dan anggota keselamatan.

Macam bendang padi

Skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan tindakan penganjur Piala Suzuki AFF dan tuan rumah, FAT hanya menyediakan padang awam sebagai tempat latihan di Bangkok, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.
"Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

"Sedangkan ketika skuad Thailand datang ke Kuala Lumpur tempoh hari, kita beri layanan begitu baik, jagaan pihak polis dan padang latihan tertutup (Kompleks Latihan Maybank, Bangi) supaya mereka dapat buat latihan sulit tanpa gangguan," katanya.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."


15.23 | 0 komentar | Read More

Monsoon Ride diteruskan 2013

Written By Unknown on Minggu, 09 Desember 2012 | 15.23

Kuala Terengganu: Selepas kayuhan Monsoon Ride bersempena Piala Monsun 2012 mendapat sambutan menggalakkan dengan 350 penyertaan, penganjur acara, Kelab Berbasikal Go8 terus berminat untuk meneruskannya, tahun depan.

Kayuhan santai sejauh 100 kilometer bertemakan 'Berbasikal Untuk Semua' bermula di perkarangan bangunan Marina, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, dilancarkan Pengerusi Pengerusi T-Best Sdn Bhd, Tan Sri Sabbaruddin Chik, awal pagi semalam.

Lebih memberangsangkan, kayuhan anjuran bersama Impiana Prima Enterprise itu turut disertai pasukan terkemuka seperti Terengganu Cycling Team (TSG), atlit pelapis negeri dan pelumba Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, baru-baru ini.

"Tahun depan kami akan menjemput Anuar Manan serta Harrif Salleh menyertai kayuhan santai ini," kata wakil penganjur, Ahmad Kamarul.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mandjou, Petratos kena bersaing

Rantau Panjang: Ketika Obinna Nwaneri dilihat selesa kerana namanya hampir pasti disenaraikan untuk kuota pemain import Kelantan bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain baru, Keita Mandjou dan Dimi Petratos pula terpaksa bersaingan merebut kuota kedua.

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memiliki empat pemain import iaitu Lek Kcira; Obinna, Keita, dan Dimi Petratos yang disenaraikan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Bojan Hodak ( jurulatih) akan menilai siapa penyerang import untuk beraksi pada saingan Liga Super, sama ada Keita atau Dimi," kata Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa selepas meraikan wira The Red Warriors (TRW) di perkarangan Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, di sini, semalam.

Senarai 25 pemain termasuk pemain import akan didaftarkan pada hari terakhir iaitu 29 Disember ini selepas diberi kelonggaran Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghadapi saingan Piala AFC.

"Sepanjang tempoh itu, kita masih boleh buat sebarang pertukaran pemain untuk Piala AFC,". Kelantan diundi di kumpulan G bersama Ayeyawady United (Myanmar); SHB Da Nang (Vietnam); Maziya Sport dan Recreation (Maldives).


15.23 | 0 komentar | Read More

Tiket separuh akhir hangat dijual

Kuala Lumpur: Separuh daripada 85,000 tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sudah terjual setakat lewat petang semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tiket Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, baki 42,000 tiket lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional bermula jam 9 pagi ini sehingga habis.

"Sambutan sepanjang dua hari (semalam dan kelmarin) cukup memberangsangkan apabila sebanyak 43,000 keping tiket habis dijual di Stadium Nasional dan Stadium Shah Alam. Sila datang awal supaya anda tidak perlu beratur panjang kerana perlu diingat, sepak mula perlawanan jam 8 malam, bukannya 8.45 malam," kata Sivasundaram ketika dihubungi, semalam.
15.23 | 0 komentar | Read More

'Leburkan Gajah Perang'

Ledakan Safee, Mat Yo mampu robek gawang Thailand untuk bekalan gol

Kuala Lumpur Bukan semata-mata mengharapkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, Harimau Malaya tekad turun dengan kekuatan sebenar berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Di atas kertas, Thailand dianggap pilihan untuk ke final, 19 dan 22 Disember ini berdasarkan kekuatan menyeluruh di semua posisi terutama kedua-dua bahagian sayap serta ketajaman penyerangnya, Teerasil Dangda.

Sentuhan Safee-Mat Yo

Namun kredibiliti Malaysia selaku juara bertahan tidak harus diperlekeh dengan gandingan penyerang, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo hanya menunggu masa untuk menemui sentuhan berbisa.

Hantaran lintang oleh Azammuddin Akil yang dibantu Mahalli Jasuli di sebelah kanan, serta sayap kiri sama ada S Kunanlan atau Baddrol Bakhtiar mampu menghadirkan jaringan manakala
sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pasti menjadi senjata tambahan.
Inilah masa terbaik untuk Harimau Malaya meleburkan rekod lapan tahun tanpa menang ke atas Thailand di peringkat senior selepas kali terakhir pada peringkat kumpulan Piala Tiger 2004 di Bukit Jalil, kemenangan 2-1 hasil dua jaringan Khalid Jamlus.

Semangat, mental kuat

Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal berkeyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu mengejutkan Gajah Perang, sekali gus memperoleh bekalan selesa ke aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis ini.

"Jangan gentar. Saya mahu pemain 'menikmati' perlawanan ini secara maksimum. Senario kita tewas kepada Singapura, kemudian bangkit menewaskan Laos dan Indonesia membuatkan saya kagum dengan pemain kerana memiliki karakter mental cukup tinggi. Saya mahu mereka mengulanginya.

Perlu keputusan positif

"Saya yakin pemain mampu mempamerkan persembahan baik dan menghiburkan puluhan ribu penyokong. Kami perlukan keputusan positif pada perlawanan pertama ini," kata Rajagobal pada sidang media pra-perlawanan, semalam.

Untuk laporan lanjut kemeriahan separuh akhir 1, Piala Suzuki AFF 2012, dapatkan naskhah BH Ahad hari ini


15.23 | 0 komentar | Read More

Barca lega Messi tak serius

Written By Unknown on Jumat, 07 Desember 2012 | 15.23

Barcelona: Bintang Barcelona, Lionel Messi mengalami lebam di lutut kiri dan dijangka tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Sepanyol, minggu ini, menurut kenyataan dikeluarkan kelab Sepanyol itu kelmarin yang menamatkan kebimbangan mengenai kecederaan lebih serius.

"Ujian dijalankan malam itu mengesahkan dia hanya lebam di luar lutut kirinya," kata kenyataan itu. "Berapa kadar pemulihannya akan menentukan sama ada dia akan boleh beraksi pada perlawanan berikutnya, Ahad ini menentang Real Betis."

Pemain terbaik dunia itu diusung keluar menuju penghujung perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan G di laman sendiri bertemu Benfica apabila terjatuh sambil memegang lututnya selepas berlanggar dengan penjaga gol lawan, Artur.

"Selepas menewaskan perangkap ofside, Messi cuba menggelecek bola melepasi Artur yang kemudian melanggarnya namun Messi meneruskan gerakan," kata kenyataan dari Barca lagi. "Selepas melakukan rembatan menggunakan kaki kirinya, dia terjatuh akibat kesakitan di lutut kirinya."

Messi kini hanya kurang satu gol untuk memecahkan rekod legenda Jerman, Gerd Mueller yang memiliki 85 gol setahun yang dicatat pada 1972. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

'Cepat beli tiket, nanti habis'

Beli cepat sebelum kehabisan. Itu pesanan Pengerusi Jawatankuasa Tiket Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram kepada penyokong skuad Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Sivasundaram berkata, tiket-tiket berharga RM40 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah itu mula dijual di kaunter Stadium Nasional dan juga Stadium Shah Alam pada hari ini, dari jam 9 pagi hingga 7 petang.

Selama dua hari iaitu hari ini (Jumaat) dan esok (Sabtu), tiket akan dijual di dua lokasi iaitu Stadium Nasional dan Stadium Shah Alam.

Hanya jika masih ada baki tiket, ia akan dijual pada Ahad bermula 9 pagi tetapi di Stadium Nasional saja.

Jumlah tiket yang dicetak ialah 85,000 keping. Harap penyokong beli lebih awal kerana saya jangkakan permintaan cukup tinggi dan tidak mustahil tiket habis dijual menjelang Sabtu, kata Sivasundaram selepas meninjau persiapan akhir proses penyediaan tiket di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Bagi mengelak kekeliruan, Sivasundaram berkata, perlawanan separuh akhir pertama, Ahad ini akan bermula jam 8 malam, bukan seperti kebiasaan sebelum ini iaitu jam 8.45 malam.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Saya mahu ledak gol'

Petaling Jaya: Keinginan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo untuk menjaringkan gol pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini tetap tinggi walaupun berdepan masalah kemarau gol.

Untuk aksi itu nanti, Norshahrul mungkin berpeluang menamatkan kemarau berkenaan andai diturunkan sebagai penyerang utama sekiranya Safee Sali tidak dapat beraksi, Ahad ini.

Saya harap Safee boleh beraksi kerana kami perlukan seorang penyerang utama tulen. Memang saya lebih selesa sebagai penyerang kedua, tapi jika diletakkan jurulatih sebagai penyerang utama, saya akan cuba menjaringkan gol.

Sama seperti ketika final Piala Malaysia (20 Oktober lalu) apabila Mohammed Ghaddar tidak beraksi, semua bebanan diletakkan di bahu saya dan automatik saya lebih bersemangat lalu menyumbang dua gol untuk Kelantan menewaskan Tentera 3-2.

Jadi saya yakin mampu menamatkan kemarau gol, Ahad ini, kata bakal penyerang Johor musim depan yang kini berasa lebih bertanggungjawab andai Safee tidak dapat diturunkan pada pertemuan separuh akhir pertama itu untuk merobek gawang Thailand.

Norshahrul ketika ditemui selepas latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam, gagal meledak sebarang gol sepanjang tiga aksi Kumpulan B, minggu lalu bagaimanapun seakan mula menemui sentuhan apabila menjaringkan gol pertama skuad kebangsaan ketika menewaskan Polis 5-0 pada aksi pemanas badan, malam kelmarin.

Semua aspek rasanya saya sudah dapat menemui rentak, cuma sentuhan penyudah masih perlu dipertingkatkan lagi. Tiga aksi kumpulan, saya beraksi sebagai penyerang kedua dan perlu beri fokus seimbang ketika pasukan menyerang dan juga bertahan, jelas Norshahrul yang dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) 2012.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Harimau tempang’

Petaling Jaya: Sesi latihan skuad Harimau Malaya, petang semalam tampak lebih menumpukan formasi kemungkinan berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini, tanpa lima tonggak utama.

Ini berikutan kecederaan dialami kelima-lima pemain terbabit - Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, S Kunanlan, Shakir Shaari dan Khyril Muhymeen Zambri, masih belum pulih.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengesahkan Wan Zack Haikal bakal terlepas kedua-dua aksi separuh akhir manakala Shakir hanya boleh diturunkan pada separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis depan.

"Kecederaan Wan Zack agak teruk apabila hasil ujian imbasan menunjukkan terdapat koyak pada otot pahanya.

"Dia akan terlepas kedua-dua perlawanan dan saya terpaksa lakukan sesuatu sama ada tukar pemain lain kerana Singapura pun cuba menukar Hariss Harun yang retak tulang fibula.

"Shakir pula tidak sempat pulih untuk separuh akhir pertama manakala Khyril dan Safee masih mengadu kesakitan, mungkin hanya boleh diletakkan di bangku simpanan, Ahad ini. Cuma Kunanlan nampak agak okey.

"Jadi saya minta pemain simpanan perlu memiliki mentaliti bersedia diturunkan. Kita tidak pernah hadapi situasi sehingga lima pemain cedera seperti ini," kata Rajagobal selepas latihan, petang semalam.
Pada latihan itu Rajagobal dilihat cuba meletakkan Bunyamin Umar di posisi bek kiri kerana Mahalli Jasuli mengisi posisi bek kanan.

Posisi sayap kanan pula diisi Azammuddin Akil dan sayap kiri, Baddrol Bakhtiar manakala dua pemain tengah - Amar Rohidan dan Gary Steven Robbat dikekalkan, selain Safiq Rahim diletakkan di belakang penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha.

Memang perlawanan Ahad ini agak sukar kerana ramai tonggak mungkin tiada dalam kesebelasan utama.

Harap keputusan positif berjaya diraih pada separuh akhir pertama ini. Kalau boleh menang kerana kita jadikan bekalan ke Bangkok nanti, kata pengendali berusia 56 tahun itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Saingan sengit nanti 12 pelayar

Written By Unknown on Minggu, 02 Desember 2012 | 15.23

Kuala Terengganu: Pentas kejohanan Piala Monsun kini siap sedia menanti 12 pelayar menguji kekuatan untuk bergelar juara di Pulau Duyong bermula esok.

Selepas berakhirnya siri jelajah Malaysia Match Racing Circuit |(MMRC) kelmarin, yang juga siri terakhir Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) - kuota ke-12 dan yang terakhir sah milik milik jurumudi KFC Malaysia-KRT, Jeremy Koo.

Pelayar negara berusia 31 tahun itu akan bersaing dengan pelayar bertaraf dunia dengan lapan di antara mereka juga menumpukan perhatian merangkul gelaran lebih besar iaitu kejuaraan dunia.

Antara pelayar pilihan merangkul kejuaraan dunia kali ini ialah Bjorn Hansen, jurumudi Mekonomen Sailing Team yang berada di puncak carta siri jelajah AWMRT dengan 104.25 mata selepas tujuh sirkit.

Hansen yang belum pernah menang kejuaraan dunia, menyifatkan pertandingan di Pulau Duyong adalah peluang terbaiknya bukan saja untuk memenangi Piala Monsun buat kali pertama tetapi juga meraih kejuaraan dunia sulung.

"Belum ada pelayar Sweden yang memenangi kejohanan dunia AWMRT dan saya mahu membuktikan kali ini yang pelayar Sweden seperti saya juga mampu menjadi juara dunia.

"Saya sudah menyertai pertandingan Piala Monsun sejak 2005 dan harap kali ini tuah akan memihak kepada saya," katanya yang perlu layak sekurang-kurangnya ke pusingan separuh akhir untuk bergelar juara dunia.
Perkara sama diakui jurumudi Team GAC Pindar, Ians Williams, yang kini berada di tempat kedua carta AWMRT, 2.25 mata di belakang Hansen.

Pelayar Inggeris berusia 35 tahun yang juga juara dunia tiga kali itu mengekori Hansen selepas kesilapan pelayar Sweden itu di Switzerland, pada September lalu. "Kami bernasib baik kerana berada cuma dua mata saja di belakang pendahulu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Azraai terdesak pilih import

Ipoh: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor kini bergelut dengan masa apabila terpaksa membuat pilihan awang import kedua pasukan Seladang sehari sebelum tarikh akhir ditetapkan iaitu esok.

Kebimbangan peminat bahawa Perak terpaksa membuat pemilihan secara 'tangkap muat' seperti musim lalu bagaikan berulang apabila masih gagal menyelesaikan isu pemain import musim ini.

Tarikh pendaftaran pemain kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah 6 Disember ini tetapi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menetapkan esok sebagai tarikh menyelesaikan isu mencari pemain import.

Setakat ini Perak baru menemui seorang pemain import apabila mengikat pemain Brazil, Rafael Souza Silva Novais dalam usaha memperkukuhkan benteng Seladang.

PAFA masih menunggu jawapan daripada penyerang West Ham United, John Carew dan pada masa sama sedang menguji penyerang dari Liga Vietnam, Dickson Nwakaeme dari Nigeria.

Novais yang mempunyai ketinggian 1.98m mewakili Palmeiras dari 2007 hingga 2009 sebelum menyertai Rio Branco pada 2010 dalam liga negara asalnya.

Pemain itu yang sering menggunakan ketinggiannya untuk menjaringkan gol dari 'set piece' serta sepakan sudut kemudian menyertai dua pasukan Liga Thailand (Liga T), Buriram PEA selama semusim dan kemudian Bangkok Glass awal tahun ini.
"Jangan jadi macam tahun lalu sudahlah apabila terpaksa mengambil pemain secara tangkap muat kerana terdesak.

"Kesudahannya Perak yang rugi dan terpaksa mencari pengganti," kata seorang peminat yang enggan namanya disiarkan.

Dalam perkembangan lain, Nwakaeme, 26, berpeluang menunjukkan kemampuan sebenarnya apabila diuji dalam perlawanan persahabatan menentang pencabar lebih kuat malam esok.

Penyerang kelab Song Lam Nghe An FC dari Liga Vietnam itu menyertai latihan Perak, Selasa lalu tetapi ketiadaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor menyebabkan pemain itu tidak dapat diuji sepenuhnya.

Dengan kedatangan Carew diselubungi ketidakpastian, Azraai kini bergelut dengan masa kerana tarikh pendaftaran sudah semakin hampir dan terpaksa membuat keputusan sama ada mengambil Nwakaeme atau mencari calon lain.


15.23 | 0 komentar | Read More

Singa dramatik juarai Kumpulan B

Shah Alam: Singapura menjuarai Kumpulan B dan melangkah ke separuh akhir selepas menang tipis, 4-3 ke atas Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berakhir saingan peringkat kumpulan semalam, Singapura mengumpul enam mata untuk menempah perlawanan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina di separuh akhir manakala Malaysia akan bertemu juara kumpulan, Thailand.

Laos yang kehilangan penjaga gol utama, Sengphachan Bounthisanh mendahului menerusi Khampheng Sayavutthi pada minit ke-21 sebelum Keoviengpheth Lithideth menghadiahkan gol kedua pada ke-39.

Sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, skuad Singa merapatkan jurang menerusi ketua pasukan, Shahril Ishak. Di babak kedua, skuad Singa melakukan perubahan taktikal permainan dan dalam tempoh 19 minit, Singapura menambah tiga lagi gol, menerusi Shahril (m-52), Mohammad Khairul Amri Kamal (m-62) sebelum Fazrul Nawaz (m-64).

Skuad bimbingan Kokichi Kimura kembali merapatkan jurang apabila pengadil perlawanan Ng Kai Lam dari Hong Kong menghadiahkan penalti yang disempurnakan Sayavutthi pada minit ke-80 untuk gol ketiga.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Malaya baham Garuda

Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya.

Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos.

Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi.
Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Chelsea tidak rela minta maaf

Written By Unknown on Kamis, 29 November 2012 | 15.23

London: Chelsea dilihat masih enggan meminta maaf kepada pengadil, Mark Clattenburg berhubung tuntutan penghinaan perkauman, bahkan The Blues kelmarin menuntut keadilan dalam satu kenyataan kepada ketua pengadil.

Clattenburg didakwa menggunakan perkataan kurang sopan ke atas John Obi Mikel ketika kalah 3-2 kepada Manchester United bulan lalu namun pegawai di Stamford Bridge ketika ini mengakui menyesal kerana terburu-buru membuat tuduhan.

Ia diikuti dengan satu mesyuarat antara semua 16 Kumpulan Dipilih Pengadil dan Pengerusi Chelsea, Bruce Buck Isnin lalu dan kelab itu turut berkata mereka menyesal dengan 'kesan penelitian media terhadap Mark Clattenburg dan keluarganya'.

Chelsea menjelaskan, Clattenburg yang dibebaskan FA, bakal diterima semula di Stamford Bridge dan PGMOL tidak akan mempunyai isu untuk melantiknya mengadili satu perlawanan mereka nanti tetapi The Blues tetap berasa tidak akan memaafkan pegawai itu. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Pandelela penerima pertama UM Olympian

Petaling Jaya: Ratu terjun negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, Pandelela Rinong Anak Pamg diumumkan penerima sulung Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian – yang diperkenalkan pada majlis Malam Anugerah Sukan dan Rekreasi Universiti Malaya (UM) 2012 di malam tadi.

Pandelela, 19, yang mendaftar diri sebagai mahasiswa UM pada 17 September lalu membanggakan negara apabila menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik menerusi kejayaannya di acara 10m platform individu wanita.

Melalui biasiswa itu, Pandelela dikecualikan yuran pengajian dan penginapan serta menikmati elaun sara hidup dan latihan masing-masing bernilai RM15,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajiannya bermula September 2012 hingga Februari 2015.

Skim biasiswa sukan itu diwujudkan bagi memberi galakan kepada atlet cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk melanjutkan pengajian di UM.

UM juga menubuhkan Tabung Pandelela – UM Olympian bagi menjaga kebajikan atlet Olimpik agar dapat mengikuti latihan dan sukan tanpa mengabaikan aktiviti pembelajaran dalam usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi.

Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian dan Tabung Pandelela – UM Olympian dilancarkan Pemangku Naib Canselor UM, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, pada acara penghargaan sukan tahunan itu, malam tadi.

"Penubuhan skim dan tabung ini membuktikan komitmen UM menyokong hasrat negara melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dalam sukan dan pelajaran," kata Profesor Dr. Awang Bulgiba.
Pada malam itu juga, 12 anugerah disampaikan kepada penggiat sukan UM yang mengharum nama universiti, negeri dan negara.

INFO: Anugerah Olahragawan/Wati UM

  • Olahragawan (Pelajar): Bryan Nickson Lomas (Terjun)
  • Olahragawati (Pelajar): Daphne Ng Chiew Yen (Badminton)
  • Olahragawan (Staf): Ahmad Radzi Abu (Tenpin Boling)
  • Olahragawati (Staf): Noor Haslinda Mohd Arif (Karom)
  • Anugerah Lencana Biru Universiti (Pelajar) Ryan Chong Wy Lunn (Taekwondo); Yati Akhtar Mahtar (Bola Jaring); Nurul Shaffa Mustafa (Bola Jaring); Jerusha Chan Poe Yin (Tenpin Boling)
  • Anugerah Jurulatih Terbaik: (Staf) Azmi Ismail (tarik tali); (Pelajar): Asnan Md. Zuki (Bola Sepak)
  • Pengurus Terbaik: Pengurus (Staf): Mohd Fairosz Abdul Karim; Pengurus (Pelajar): Abdul Jalil Khalid (Bola Sepak)

15.23 | 0 komentar | Read More

BAM tubuh jawatankuasa kendali pengambilan pengarah kejurulatihan

Rompin: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Peluang itu bukan hanya terbuka kepada jurulatih asing, malah kita ada bakat tempatan yang dilihat berpotensi dan menyerlah untuk mengendali dan melatih pemain kita.

"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya di sini, kelmarin.

Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain.

Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan berkenaan. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Kembali mengaum!

Malaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.

"Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti," kata Rajagobal semalam.

"Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.

"Norshahrul (Idlan Talaha) yang tetap mahu diturunkan walaupun mengalami sedikit masalah di bahagian telinga, juga mempamerkan aksi terbaiknya malam ini."

Rajagobal turut memuji kedua pemain sayapnya, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang kerap kali mencipta peluang menerusi larian kencang dan hantaran-hantaran cantik ke depan gawang lawan.

"Sekarang kita perlu lupakan kemenangan ini dan memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," kata Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada pasukan kebangsaan.
Malaysia bangkit merakam kemenangan selepas tewas kepada Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama Ahad lalu yang mengundang kritikan daripada peminat.

Lagi berita menarik sekitar Piala Suzuki AFF, dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

segar mata

Masih ramai lagi pemain liga malaysia yang berkualiti,(PIYA,SABRI,INDERA,HAI-O,RUBEN)..

zETON SEMEOWN (mENARUH HARAPAN)

Super Safee 10 gigih berusaha daripada 7 peluang terhidang hanya satu dapat disudahkan oleh beliau. Namun harus diingat pada kejohanan edisi yang lalu Super Safee 10 lambat panas. Beliau sudah dapat menjaringkan gol, kita patut berikan harapan padanya. InshaAllah dia bakal menjadi lagi. Rajagopal juga harus mencuba Ahmad Hazwan Bakri sekiranya kita pada kedudukan selesa. Menentang musuh seNusantara kita Indonesia ibarat ulangan perlawanan akhir 2010. Skuad Nil Mazar tampil dengan ramai muka baru. Waspada dengan Andik Vermansyah (Messi Indonesia). Mahalli harus mengawal kemas Andik di samping Wan Zack yang harus membantu. Ramalan Kak Ton, Malaysia akan mengalahkan Indonesia 3-0 sekiranya kita mengekalkan corak permainan semalam. Cuma kita jangan cuai dan lalai kerana musuh sentiasa akan cuba di saat kelekaan kita. Safiq Rahim sepakan percuma memang berkelas dunia. Kekalkan rentak, PS: Jangan buat kesilapan! Fokus! InshaAllah Harimau Malaya akan jadi Juara lagi 2012!!

SABAK

Walaupun gembira dengan kemenangan besar ke atas Laos, tetapi kita seharusnya menang dengan lebih besar di mana tidak kurang dari 5 gol telah terlepas dari Safiee Sali. Apabila berlawan dengan team yang kuat, peluang sebegitu tidak banyak dan kalau tidak direbut utk menghasilkan gol, kita akan kalah. Saya percaya Singapura tidak akan lepaskan peluang utk menjaringkan gol sebanyak mungkin dengan Laos utk memintas Malaysia dari segi gol average.

peminat bola negara

safee sali perlu direhatkan, beri peluang kepada badrol bakhtiar dan khyril muhaimeen atau hazwan. Kepada pemain yang tidak fokus perlu diletakkan di bangku simpanan. Mohon pemain malaysia jangan mudah leka setelah leading lawan. Perjuangan perlu diteruskan, menang sahaja tiada seri mahupun kalah.

KRUL82

Alhamdulillah Harimau Malaya mencatat kemenangan... tahniah kepada jurulatih, semua pemain dan semua yang telibat terutama penyokong Malaysia .Saya cuma komen Khairul Fahmi patut diberi peluang... jangan disebabkan kesilapan yang lepas kita nak hukum dia cuba ingat apa kecemerlangan dan kewibawaan beliau yang lepas kena ambil kira bagi menaikan lagi moral beliau... n bagi peluan pemain... terutama sekali pemain muda Ahmad Hazwan Bakri beliau pernah membuktikan jaringan hatrik tu... kasi peluang orang labuan main... ba....

luqman

penyudah agak tumpul, sepatutnya 7 atau 8 - 1, penyudah perlu ditajamkan. safie sali tajamkan lagi rembatan mcm dulu.

djam eusof

apa la musadi nii....org nk komen dis pon nk komen. klau malaysia mng dgn indon, lantak la s'pore nk mng brp pon.m'sia mna bleh gagal coz dh dpt 6 point.p tiusyen math semula.

MHR

Tahniah Harimau Malaya kerana aksi cemerlang, teruskan rentak aksi mlm td. fokus kearah kemenangan, kawal stamina. jgn takut nk rembat kearah gawang lawan..HM never go alone.

waza6040

BRAVOOO....tingkat usaha disetiap perlawanan terutama bhg tengah dan kental dibhg bek nescaya akan menepati sasaran .penyerang perlu cerdik didepan gol ,jgn terlalu geram membuat sepakan ,gunakan lengok badan yg mengelirukan .

wanzulkafleemohamad

Kita sepatutnya menang 14-1 dpd deretan peluang satu lwn satu..ini bermakna barisan penyerang gagal melaksanakan tugas dengan baik. Wbgmanapun tahniah sbb menang..

ginger bread

bagus2....lwn indo gme wajib mnang...jgn hrpkan seri sbb indo hny prlukan sri utk layak ...pe2 pn steady NO. 18

mee bandung Muar

Kemenangan dgn Laos ini boleh dianggap sebagai tonik utk HM terus cemerlang dgn Indon nanti.. Teruskan berlatih & main sungguh2 dgn Indon nanti.. Indon cuma perlu seri utk layak ke semi final.. HM tiada pilihan kecuali menang.. Banyak lagi kelemahan semasa lwn Laos yg perlu diatasi segera..

mr gaban transform

secara matematiknya, harimau malaya boleh dan dapat MEMBAHAM garuda,namun harus diingat bola tu bulat 1st eleven yg tau kemena hala tuju bola tu bergolek,apapaun tahniah dan syabas atas kemenangan 4-1 ke atas loas semalam,

Wanzul

Sepatutnya kita boleh menang 14-1 tp penyerang tumpul..wbgmanapun tahniah sbb menang..

sovo

Syabas kpd skuad HM atas kemenangan yang sekian lama dinantikan oleh penyokong setia kita!!Kebangkitan seperti ini dijadikan sebagai bekalan motivasi bagi mempertingkatkan mutu persembahan yang lebih baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Harus dingat, perjuangan HM belum selesai dan 'ngauman' yang lebih yakin dan jitu amat diharapkan semasa menentang pasukan Indonesia Sabtu ini demi mempertahankan maruah negara dan kesetiaan penyokong anda!!!!

ibuzain

kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM

sovo

Tahniah skuad Harimau Malaya dan Datuk RG atas kemenangan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh penyokong setia kita. Kebangkitan ini dianggap bekalan motivasi untuk mempertingkatkan mutu persembahan bagi perlawanan seterusnya. Harus ingat, perjuangan belum selesai lagi dan semua pemain HM harus tunjukkan permainan yang lebih jitu dan mantap sehingga lawan kita merasai kemampuan kita sebenarnya!!!Ayuh HM..ngaumlah lebih yakin dan wira demi negara dan penyokong yang tercinta ini !!!

abikhsan

Tahniah buat HM... Ayuh tumpaskan garuda pula.... Kritik tanda saya dan sokong tanda semangat...

oh my bm

fendom...sape saifi saili tu x kenal ar??? jgn kritik je terus sokong harimau melaya...x kira siapa pun berada dalam skuad harimau malaya

ZORRO

Tahniah HM. Semua penyokong diminta beramai-ramai kestadium bagi perlawanan dgn Indon. Kita perlukan kemenangan tidak ada tidak. Pemain perlu lebih kerja keras.....kejar bola dikaki lawan, himpit jgn diberi ruang, terjah/rempuh cuma bila perlu dan main dgn 11 pemain. Good Luck HM.

ibuzain

kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM

jubei yenaiki

jangan angkuh. sang garuda lagi hebat dari laos.tingkatkan semangat juang satu malaysia.

zuljb

teruskan momentum...menyesal tak tengok semalam...go Harimau Malaya

oreklate

Azmi muslim tak boleh main...muka pun pucat. camana nak main bola

Syabas kpd rajagopal. Malang penyokong harimau tidak ramai yg setia. Kalau sayangkan harimau sepatutnya tunjukan sokongan spt game pertama. Tidak patriotik langsung.

boring ngan rajagopal

taniah...hm...tp perjalanan masih berliku

kayzek

Tahniah harimau malaya!!...tapi perjuangan masih belum selesai.... Coach Raja kena yakin dengan pemain simpanan...jika diberi peluang pasti akan menunjukkan pretasi yang terbaik untuk merebut kesebelasan utama.tengok saja game semalam...well done !!

Shawn

takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf..

Tembakau

Tak perlu menang besar untuk ke semifinal. menang sahaj sudah cukup. Tapi perlu bersedia berjumpa thailand semi final nanti. Rajagopal Ble... hehehehe

mohd. khan sidil

Tahniah Malaysia. Begitulah kalau mau kejayaan berusaha mesti lebih sedikit. Tetapi saya amat tidak puas hati dengan permaian no.10 dan no. 9 pemain Harimau. Mereka bukan pasukan dalam harimau tetapi dalam pasukan AYAM SERAMA bukan AYAM tembatan. Jadi ukurlah diri anda jangan melenting kalau ada orang tidak puas hati dengan permainan anda, kerana wang yang anda terima adalah wang rakyat.

adi dendang

Tahniah harimau malaya....tapi ramai lagi pemain yang bagus dalam liga malaysia yang belum diberi peluang...piya,farhan,hairudin,indra,ashari,ismail faruqi, j.kallang tee, shafiq jamal,amri yahyah...

imigreesen bukit bunga jeli kelantan(bebas cukai)

syabas pasukan harimau malaya.memang kamu sepasukan menbuat kami terpukau malam tadi.kami lihat dan kira pemainan malam tadi jika hantaran bola rembatan ke hadapan goll lawan dikira belas belasan jumlahnya.kamu semua pemain memang............ hebat .

Shawn

takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf..

leyna

Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!!

nazrimahat

Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia)

leyna

Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!!

Raja Cobaan

Amboi Rimau mentang-mentang lawan kucing hangpa belasah sakan nampak, buat masa la ni aku tak nak puji lagi, nanti kalau menang dengan Indon baru aku fikirkan !.

Lagi satu Rimau tolong lah berlatih teknik penyudah yg baik, tengok pasukan Singa bila bola di kotak panalti lawan 95 peratus pasti gol.

nazrimahat

Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia)

Zai.mamuTanjong

Harimau dah keluar dari hibernasi ke! Baham Garuda pula ye.Menang aje dah cukup utk masuk semi-final!

pecinta bola sepak88

tahniah harimau malaya...tp jgn terlalu gembira sgt..masih ada halangan yg menanti..Raja mintak tlg baiki kelemahan yg ada..jgn selalu guna hantaran jauh,,pemain2 kena rajin@fokus..tgk semalam sentuhan pertama pemain FAIL..semalam kita boleh menang besar lg..tp bnyk peluang x dpt disempurnakn dgn baik..safie jgn menendang bola ntah ap2...TARGET...pertahanan tingkatkn lg prestasi...mahali bgos naik tlg barisan penyerang,,tp cepat2 turun bawah..semalam laos menyerang sebelah sne jew...ap2 pn gud luck n the best..setiap perlawanan anggap jew mcm FINAL...

melighani

Tahniah Harimau Malaya...'permulaan' yang baik...Bahagian tengah sudah nampak berfungsi namun boleh dipertingkatkan lagi..apa yang lebih penting adalah konsisten dalam setiap perlawanan..Perlawanan dengan Indon nanti adalah ujian sebenar 'kekuatan' Harimau Malaya..,dengan Loas malam tadi adalah ujian 'keserasian' antara pemain dalam menterjemahkan tektikal dan arahan DRG dalam perlawanan sebenar...

Roti Pisang

mana komen-komen semalam yg mengatakan Harimau Malaya akan kalah menentang Laos, sampaikan ada yg nak kerat kuku semua, semalam terbukti yg HM masih mampu menang... jangan sokong bila menang saje, bak kata pepatah "kalau tak sokong masa kalah, jangan sokong jugak masa menang"...

shikin

tahniah untuk pasukan harimau malaya. teruskan usaha dan semangat berpasukan dalam menentang pasukan Indonesia...Malaysia BOLEH...

Rimau

Lepas ni KO Indon, KO Indon, KO Indon, KO Indon,
Hancur Indon, Hancur Indon,
Indon KO, Indon KO
Hancurrrr!!!

skyGun

Tahniah buat HM. tapi masih banyak lagi perlu di perkemaskan.terutama jentera serangan.SS dan MY tak menyengat sgt mlm tadi.perlu ada naluri pembunuh.bunuh semangat pihak lawan dengan cepat.banyak peluang SS terlepas begitu saje.pertahanan agak baik.sayap berfungsi sepenuhnya.tengah perlu perbaiki lagi.penjaga gol boleh dikekalkan untk FM.Pape pun perlu menang dengan INDO.perlu menang....GO HM...GO HM.....

fendom

sebenarnya lebih ramai lagi pemain yg bagus dlm liga malaysia tidak dipilih dan diberi peluang bermain

Safei saili patut bagi peluang pada pemain lain

amir abdullah

Tahniah atas kemenangan ke atas Laos. Kami kritik & marah sebelum ni sebab kami sayangkan Harimau Malaya. Defend, mildfielder dah ok, cuma striker perlu bijak buat keputusan depan gol. jangan pikir lama sgt sebab lawan akan tutup ruang, ada peluang just SHOT on target.

kuda kepang

alhamdulillah, tahniah. wlubgmn pun segala kelemahan perlu dikenalpasti. silly error hendaklah dielakkan sm sekali. semangat tgh tinggi, kekalkan momentum bila lwn Indo. slmt berjuang

One Two Roger

Excellent Malayan Tigers!!
Pasti Juara AFF 2012......tunggu dan lihat para penyokong Malaysia....

musadi

kita kena menang besar dgn indon sekurang-kurangnya 3-0..tapi kalau singa menang besar dgn loas maka kita akn gagal..

King Aji

Tahniah Harimau Malaysia! Beri lebih peluang kepada Zubir dari Azmi

ahmad radi taib

Tahniah atas kemenangan...tp para pemain msh melakukan kesilapan yang sama..kesilapan mudah...memudahkan pihak lawan menjaringkan gol spt mana gol pertama Laos...hantaran tidak tepat..cuma semangat juang yang berbeza dgn perlawanan pertama.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger