Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin dikenakan denda gara-gara tindakan liar penyokong masing-masing ketika aksi Liga Super di tempat sendiri, Selasa lalu.
Bagaimanapun, jumlah denda bakal dikenakan terhadap kedua-dua persatuan terbabit masih belum dapat dipastikan kerana Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru saja memulakan siasatan.
"Kami sudah menerima semua laporan rasmi dari Terengganu, semalam (kelmarin) dan Kelantan hari ini (semalam). Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti semua laporan termasuk bukti rakaman video sebelum mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi semalam.
Dicemari insiden membaling
Dua perlawanan di pantai Timur - Terengganu bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Kelantan melayan kunjungan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, dicemari insiden membaling objek oleh penyokong masing-masing.
Di Kota Bharu, penyokong Kelantan bertindak membaling mercun dan objek kepada kira-kira 200 penyokong Johor sebaik perlawanan berkesudahan 1-1 Selasa lalu.
Sebelum itu pada sebelah petang di Kuala Terengganu, skuad Penyu yang kalah 2-1 di tangan Selangor bakal berdepan hukuman keras FAM kerana sikap biadap sebahagian penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.
Anda sedang membaca artikel tentang
PBSNT, KAFA terancam
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/pbsnt-kafa-terancam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PBSNT, KAFA terancam
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar