"Memang kemenangan besar ini agak memeranjatkan saya. Pasukan lawan bukanlah teruk jika dibandingkan dengan jumlah jaringan besar itu. Bukan nak cakap besar, tapi jika berdepan mana-mana pasukan Liga Super atau Liga Perdana, pasukan lawan ini pasti boleh beri tentangan sengit.
Baru satu perlawanan
Harimau Muda A mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi Wan Zaharulnizam Zakaria, Rozaimi Abd Rahman serta dua jaringan A Thamil Arasu. Pada babak kedua, satu lagi gol disumbang penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan sebelum Sharks memperoleh gol sagu hati pada minit ke-82.
Namun, Kim Swee enggan anak buahnya dibuai dengan kemenangan besar itu, sebaliknya menganggap tiga lagi lawan berikutnya - Sunshine Coast Fire (esok), Brisbane Olympic (Sabtu) dan Brisbane Roar (5 Februari) lebih sukar berbanding Palm Beach Sharks.
"Mengikut ranking pasukan, lawan kedua kita nanti lebih baik daripada pasukan pertama (Sharks) dan begitulah seterusnya hingga perlawanan keempat. Saya lebih mahu melihat kita bermain secara satu unit, berdisiplin dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
"Ini baru satu perlawanan dan saya mahu perkara ini dapat dikekalkan tidak kira dalam apa juga perlawanan sehinggalah pentas sebenar Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan," jelas Kim Swee.
Anda sedang membaca artikel tentang
Kim Swee terkejut prestasi anak buah di Gold Coast
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/kim-swee-terkejut-prestasi-anak-buah-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kim Swee terkejut prestasi anak buah di Gold Coast
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kim Swee terkejut prestasi anak buah di Gold Coast
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar