PBNJ tidak hormat tetamu

Written By Unknown on Minggu, 27 Januari 2013 | 15.23

Ipoh: Selepas mencetuskan kontroversi dengan menghantar komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus 'menghangatkan' saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan mencipta kontroversi terbaru.

Kali ini mereka bertindak memainkan lagu negeri Johor ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Perak di Stadium Larkin, malam kelmarin - sesuatu yang luar biasa kerana mengikut peraturan lagu kebangsaan Negaraku dikumandangkan sebelum perlawanan dimulakan.

Namun, tindakan PBNJ itu yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu dikesali Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana tuan rumah tidak memainkan lagu negeri Perak selepas itu.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, menyifatkan tindakan PBNJ itu sebagai tidak menghormati tetamu.

"Saya tidak tahu apa sebab ia berlaku, tetapi selepas hampir sebulan Liga-M berlangsung saya hairan pihak tuan rumah tidak peka.

Jangan berat sebelah FAM

"Perlawanan malam kelmarin bukan yang pertama diadakan di Stadium Larkin. Peraturannya ialah sebelum perlawanan, lagu kebangsaan Negaraku dimainkan dan jika lagu negeri pasukan tuan rumah dimainkan, maka lagu negeri pasukan pelawat juga perlu dimainkan.
"PAFA amat kesal dengan insiden ini," tegas Aziz.

Aziz berkata, dia sudah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang memaklumkan sudah mengetahui mengenai insiden itu.

"FAM sudah tahu mengenai insiden itu. Jadi, PAFA berharap tindakan sewajarnya diambil. Ini soal maruah negeri dan pasukan Perak.

"Peraturan sudah dibuat dan dipersetujui semua. Justeru, semua pihak perlu patuh dan akur. Tiada pengecualian terhadap sesiapa," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

PBNJ tidak hormat tetamu

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/pbnj-tidak-hormat-tetamu.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PBNJ tidak hormat tetamu

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PBNJ tidak hormat tetamu

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger