Sufian boleh sekolah semula

Written By Unknown on Minggu, 27 Januari 2013 | 15.23

Rantau Panjang: Syukur dan terima kasih. Itu reaksi Sufian Mat, 17, atau dikenali dengan jolokan 'Messi Malaysia' selepas dilaporkan masih mempunyai mendapat peluang kedua untuk meneruskan persekolahannya.

Sehubungan itu, dia berazam untuk memanfaatkan peluang kedua itu sekali gus berusaha mengembangkan bakat dalam bola sepak.

"Saya berharap jika diberi peluang kedua, saya akan menggunakannya sebaik mungkin untuk terus belajar dan menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) seperti rakan lain, selain membabitkan diri secara serius dalam sukan bola sepak.

"Saya tidak mahu cita-cita saya untuk menjadi pemain bola sepak negara tenggelam," katanya yang berasal dari Kampung Kubang Chenok, di sini.

BH semalam melaporkan nasib Sufian yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu kerana kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor (SSBP), mendapat perhatian Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata, beliau tidak akan membiarkan masalah dihadapi Sufian dan akan cuba membantunya.

Bersekolah semula
Beliau akan melakukan semakan bagi membolehkan Sufian bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya.

Sufian berkata, dia menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2009, tetapi sehingga kini tidak tahu keputusan yang diperoleh.

"Selepas ambil PMR, saya tak pergi sekolah lagi dan tinggal bersama datuk saya di Golok. Slip peperiksaan PMR itu masih ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu (SMKPKB)," katanya.

Sufian mendakwa dia masih bermain bola sepak secara serius di Golok dan pernah menerima tawaran dari Narathiwat FC baru-baru ini dengan gaji RM700 sebulan.

"Saya juga menerima beberapa tawaran lagi dari kelab bola sepak di Bangkok, tapi semua saya tolak. Saya tolak sebab saya mahu belajar lagi dan ambil SPM," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata beliau akan mendapatkan laporan dari SMKPKB berhubung masalah yang dihadapi Sufian hari ini.

"Kita tunggu laporan sekolah esok (hari ini). Mengenai peluang kedua itu pula, memang ada, tetapi kena tengok kes dulu," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Sufian boleh sekolah semula

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/sufian-boleh-sekolah-semula.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Sufian boleh sekolah semula

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Sufian boleh sekolah semula

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger