Walaupun pasukan dengan gelaran The Gladiators itu kehilangan beberapa tonggak utama musim ini, prestasi ditunjukkan dalam saingan Liga Super sepanjang bulan ini membuktikan mereka memiliki resipi, perwatakan dan semangat sama yang mengangkat mereka selaku juara Liga Perdana musim lalu.
Bagi Sathianathan yang mensasarkan salah satu daripada tiga piala paling berprestij liga Malaysia - Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA - setiap perlawanan perlu ditangani seperti final dan laluan Tentera tahun ini cukup berliku.
Namun kebimbangan utama pengendali itu ialah tahap kecergasan pemain yang setakat ini sudah mengharungi enam perlawanan sejak 5 Januari lalu. "Rata-rata pemain keletihan dan ada yang cedera selepas enam perlawanan," kata Sathianathan.
Sekiranya lolos pusingan pertama, Tentera bakal berdepan pemenang antara Sabah dan FELDA United dan menanti mereka di suku akhir, kelompok empat pasukan dibarisi Kedah, NS Betaria, Johor Darul Takzim dan Perak.
Pemusnah menggerunkan
Misi Sathianathan tahun ini disokong penyerang tinggi lampai kelahiran St Vincent & Grenadines, Marlon Alex James, antara watak pemusnah yang mampu menggerunkan benteng Selangor kendalian Irfan Bakti Abu Salim.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut kerancakan Piala Malaysia dan Piala FA atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my
Anda sedang membaca artikel tentang
Tahap kecergasan pemain masih hantui Sathianathan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/tahap-kecergasan-pemain-masih-hantui.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tahap kecergasan pemain masih hantui Sathianathan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tahap kecergasan pemain masih hantui Sathianathan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar