Pantai Timur kecoh!

Written By Unknown on Rabu, 16 Januari 2013 | 15.23

Gelagat penyokong cipta gelisah pasukan

Kota Bharu: Anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Mereka berada di tengah-tengah padang selama kira-kira 30 minit dan hanya dibenarkan keluar dari stadium pada jam 11.30 malam selepas penyokong Kelantan bersurai.

Tindakan penyokong pasukan itu adalah di luar kawalan dan saya meminta maaf bagi pihak KAFA atas apa yang berlaku," Tan Sri Annuar Musa, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)


Polis kemudian mengiringi mereka keluar dari stadium untuk menaiki empat buah bas sebelum pulang ke Johor Bahru.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang kesal dengan kejadian itu berkata beliau bagi pihak KAFA berasa kecewa apabila penyokong membaling mercun ke padang selain objek kepada kira-kira 200 penyokong Johor selepas tamat permainan.

Kuala Terengganu turut 'bergegar'

"Tindakan penyokong pasukan itu adalah di luar kawalan dan saya meminta maaf bagi pihak KAFA atas apa yang berlaku," katanya kepada pemberita, malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berharap penyokong Kelantan lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan perkara sama pada perlawanan yang membabitkan pasukan ini selepas ini.

Di Kuala Terengganu, skuad Penyu bukan saja kalah 1-2 kepada Selangor di gelanggang sendiri, malah mungkin dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana sikap biadap sebahagian penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

suhaimie bin rahim

Askar johor turun kota bahru,nk jga keselamatan fan2 dia..TMJ mmg berjiwa rakyat..korang sakit hati kenape?TRW ade huh

suhaimie bin rahim

Turun stadium larkin johor fan club.bentang karpet merah wat fan TRW.tunggu..siap kuda kepang haha

FAISAL MOHD NOOR

Biar apa pun yg kelatan lakukn terhadap penyokong DARUL TAKZIM kami tak peduli apa yg penting JDT dah lakukn apa yg terbaik.dan kami sedia terima kunjungan dr KELATAN dgn tangan terbuka.LUASKAN KUASA MU JOHOR

umie

kesian org kelantan..tak sporting langsung..kalau takut kalah..tak yah la masuk bertanding..ehehehe

Roti Pisang

mana² penyokong yg ekstrem memang berlaku benda macam ni, suma emosional kalu memprovok dan diprovok, tak kira Kelantan atau mana² pun... harap penyokong Kelantan betenang dan jangan emosional, biarkan provokasi dari penyokong yg tak bertamadun tu, kita masuk stadium nak tengok perlawanan, bukannya nak bertempur sesama sendiri.. org tengok wrestling tu tak nampak plak yg diorang bergaduh sesama sendiri... fikir²kan la...

Rahim

Bila saya baca komen di sini, kita boleh menilai org negeri mana yg suka mengutuk, Kebanyakan yg mengeji di sini kebanyakkannya adalah bukan dr negeri Kelantan. Maka nilai sendiri tidak perlu nak cakap lebih-lebih, yg guna perkataan berbentuk kejian, makian, kata nasta disini semua ditujukan kpd org Kelantan. Sebenarnya yg mengata itu adalah lebih buruk drp yg dikata....aku tak berapa berminat berkawan dgn yg mengata nista ini.

Penyokong kelantan memang tak bertamadun. Kat tempat sendiri atau tempat org pun sama nak buat kacau. Haramkan penyokong kelantan masuk stadium di Msia. Mrk memang tak bertamadun, itu sebab negeri dia mundur.

abe

diorang nak bawak tentera ikut dialah. yg korang nak attck tu kenapa? diorang bawak tentera nmpk sgt diorang poyo, bajet eksklusif sgt. berlagak. yg korg budak kelantan nak marah kenapa? nak serang knapa? ni susah ni...2-2 team baru nak pandai main bola..budak baru nak naik ni mmg susah nak control..

abe

stended la kelantan..
tu belum kalah, baru seri je tu. kalau kalah hangus stadium. kepada penyokong kelantan. ko marah penyokong JDT provok konon. ko pegi tempat org ko lupa ko punya provok. tp org tak marah mana pun sebab org matang dan bertamadun.

kalau tak provok pun sama je...dah memang sikap mcm tu

acab

jgn jadikan TMJ bwk JMF la wei..dia bwk pun bg aku sbb penyokong kelantan mmg dh terkenal dgn disiplin yg kurang elok..bom asap tu ape cer bai? cite sikit nape korang baling? tak ke kurang pandai gi baling bom asap tgh org main bola..satu lagi dia diantara pemimpin tertinggi dlm JMF..so dia ade hak kot nk bwk, nak jaga dari kene baling bom asap dgn penyokong kelantan..provokasi dr pihak JDT? tunjuk bukti sikit..klau ade gi wat report la wei..

skyGun

yang sebenarnya..perangai penyokong kat m'sia ni semua sama je..sama2 nak provoke dan tunjuk samseng kat stadium. psl ni lah aku benci nak g stadium.baik tgk live dari rumah je.perangai bila dah buruk...akhlak lagi la buruk.penyokong pasukan semua negeri di m'sia ni sbnrnya nak tunjuk bagus je.macam die yang pandai main bola dan tahu semua peraturan.org lain semua salah.pas tu bawak anak2 pg tgk skali.dan anak2 tu akan tgk perangai buruk tu.pastu anak2 plak ikut nanti.dan begitu lah seterusnya.

hamba allah

sebenarnya ada benda yang berlaku sebalik kejadian semalam , game semalam memang terbaik bagi kedua2 belah pasukan,tapi bila habis game penyokong JOHOR mula tunjuk perangai ..mereka semua tunjuk punggung dan memberi isyarat lucah ke arah penyokong kelatan di kawasan tempat duduk belakang gol...berita harian x cerita apa yang menyebabkan penyokong kelantan baling botol ke arah fans JDTFC,sewaktufans JDTFC membuat isyarat lucah dan menongeng pungung ke arah penyokong kelantan,ada yg dah tegur jgn buat camtu sbb boleh mengundang pergaduhan,sekarang ni nilai lah sendiri apa yg berlaku semalam..fans kelantan sambut baik kedatangan fans JDTFC tapi kenapa fans johor buat camni kat fans kelantan???.... maaf jika komen saya ni terkasar sedikit...

Park Ji Yupp

Saya tak sokong sapa2... mungkin ada benarnya penyokong marah disebabkan mutu pengadilan.... tapi malaysia ni bukan sahaja tak ada mutu dari sudut permainan malah sangat buruk mutu daripada sudut pengadilan..... tengok match macam malam tadi rasa malu pulak dekat Del Nero dan Guiza..... Mutu pengadilan dan mutu permainan rakan sepasukan dan penyandang juara liga malaysia macam tahap budak sekolah rendah... midfield langsung tak berfungsi... padahal konon2nya dua pasukan terbaik malaysia... alahaiiii.......... malu.. malu... malu... Kalau nak ditengok hanya ada satu pasukan sahaja di Malaysia ni yang berbakat... iaitu Harimau muda bimbingan OKS......

TRW

Kalu tak ada angin xkan pokok bergoyang... sbb fan JDT x beradablah jd mcm ni... Kalu dtg rumah org bersopan santun xjg tingkahlaku, kata2 ... mungkin xkan berlaku... mcm mlm td... JMF akar ada sbb tu Fan JDT berani mcm tikus...

anti putaralam

provokasi melampau dari team JDT mengundang kemarahan penyokong Kelantan.jangan di anggap provokasi itu perkara biasa kerana ianya tetap mengundang dosa.walaupun didunia tidak dianggap satu kesalahan tetapi ianya tetap mendapat kemurkaan tuhan.walaupun ketika di provok kesabaran itu keutamaan,tetapi mungkin dalam ramai2 ada yang tak boleh kawal perasaan.harap jadikan ini satu pengajaran agar sukan dijadikan landasan persahabatan bukan tempat menurut hawa nafsu syaitan.

Eddy

Jaga nama baik kelantan. kelantan negeri yg ter'islam' kononnya.. Jangan cuba nk berperangai seperti binatang. Sendiri yang malu nanti..

Shamera amera

Kenape lah orang Kelantan ni, langsung tak ada semangat kesukanan, Nak menang aje, tak sedar kah setiap perlawanan salah satu aje yang menang, teruk betul......bola sepak Liga aje dah nak .......hai orang kelantan macam ni

will be END

sembang kencang tngok bola xyah mkn provoke.. lalang baru nk tumbuh.. kalau sape2 gi Stadium joho pastu tnjuk bontot smua tuh enkorang boleh jamin x marah???

Benci FAM

Sebenarnya team lain bertandang ke KB tak ada masalah tetapi kalau JDT datang dengan berlagak siap kawalan tentera lagi, ini sudah lebih. Orang kelantan pantang orang luar tunjuk kuasa di bumi KB. Game semalam dah OK sama bagus tetapi yang lebih-lebih PBNJ sendiri, konon stadium SSM4 tak selamat.

edare

dah datang rumah org siap bawa askar lg mcm nak perang lepas 2 buat provok dgn tunjuk b****t lg.. sapa xmarah weiii.. pandai cakap je sabar2 tapi klau kena kat batang hidung sndr pun rasanya sama je.. belajar dulu respect org lain klau nak org respect kat kamu.. Fahammmmmm?????

=)

@jaem~fans kelantan gi tempat org pon baling2 botol..adab la sangat kan

kucing jantan

biasalah dia org mana leh terima kekalahan bagi mereka nak menang jer..pada Sultan Kelantan harap2 dapatlah tegur2 kelakuan rakyat kelantan.

paparazi@yahoo.com

bab bola bukan main lagi maki2 johor. tapi bila bab nak cari rezeki berdedai
2 kaum korang kat jb.x de plak org johor baling botol kat korang.jgn idupkan sengketa.

falconrule

penjaga garisan berat sebelah.
siapa yang tak marah.
itu yang membuktikan mutu pengadilan bola sepak malaysia masih lagi teruk.

rambo

wat malu ar kelantan..serambi mekah palo otak lu org..tetamu dtg bikin drg mcm monyet..lu org dtg tmpt org xda hal pun..sakai ke apa..belum kalah dgn johor lg..fkr sket kerabat lu org kat tmpt org lain tu ha..ikut rakyat pun johor lbh 2 kali ganda dari puak lu org..renung la warga islam sume..

Kemal

Lepas ni pemain lawan kena naik kereta perisai ka? Janganlah sampai begitu wahai penyokong bolasepak Malaysia. Marilah enjoy menyokong @ menonton game.

Bapok Kau

nampak nya xda tindakan yang di buat,kalau penyokong sarawak buat macam tu,konfom FAS kena saman..nampak gayanya,xda tindakan yang dibuat utk KAFA..why?

bola

Setakat dengar,aku pon bley cakap yg mayat dlam kubur dengar fan trw provok fan lawan.kalau betul kejadian tu blaku,tunjukkan bukti.main dgr2 lepas tu smpikan dr mulut ke telinga smpi bila pon xde kesudahan.

Mr.acid

bukan br hr ni penyokong kelate buat cm ni , dh bnyak kali mlas nak cite...org2 kelate fikir lah ...klu x leh terima kekalahan jgn jdi penyokong....salam

semut api

jom kita main congkak je...

PeminatBola

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa adalah org yg bertanggungjawab di atas insiden yg berlaku di Kelantan. Sebagai orang lama dan berpengalaman sepatutnya Tan Sri menyatukan semua peminat bola tempatan. Bukannya menyiram lagi minyak ke atas semua isu yang berlaku. Bukan nak menyalahkan tapi kpd pengikut Tan Sri sendiri pun pasti sedar dgn apa yg Tan Sri tulis dlm laman sosial. Semua kata2 Tan Sri disokong peminat tanpa memikirkan akibatnya. Bermula dgn isu perpindahan Mat Yo. Sepatutnya Tan Sri bersikap profesional dan bukan mengikut perasaan. Dan inilah akibatnya jika perasaan menguasai. Peminat fanatik terikut2 dgn perasaan yg Tan Sri luahkan. Bola sepak kita ni kecil je. Belum pun pergi jauh dan menang apa2 piala yg besar2 pun di peringkat dunia. Tetapi kita terikut2 dgn budaya yg tidak elok. Ingatlah bola sepak ini juga ditonton oleh anak2 kita seawal usia 5 tahun. Apa peranan kita utk menunjukkan bahawa permainan bola sepak ini baik jika tauladan yang baik tidak kita berikan oleh orang dewasa. Bola sepak sekadar permainan yg sepatutnya boleh menyatukan semua rakyat bukan memecahbelahkan lagi perpaduan yg ada.

Pat

Jadi, Apa tindakan FAM? Kalau musim lepas Sarawak terpaksa bermain dalam stadium kosong dan denda yang entah apa2. Kita lihat apa tindakan FAM seterusnya.................

meow

kehkehkeh....geng pantai timur ni x pernah berubah..terutamanya Kelantan...hati tisu sungguh..provok tu benda biasa dalam bola sepak..kalau x tahan jgn jd penyokong bola sepak....

shah

Jaem- adakah anda dengar dr org lain atau anda sendiri yang melihat depan mata?? jgn suka memprovokasi andai tidak tahu cerita yang sebenar.. saya pn boleh kata yang sy dengar godzila sedang mengamuk di kota Bharu.. please be rasional...

apada

mmg sikap biasa org kelantan mcmni. ni pun dah kira baik la ni. kalau polis pun kena sekali. bawak pi mana pun sama. home ke away ke mmg ni la sikap nya. xpyhla mntak diorg ni brubah. xkemana.

esma

FAM perlu membuat kajian menyeluruh dan persediaan rapi sebelum kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini baru permulaan Liga , tak tahu apa akan berlaku seterusnya. Sebab Kelantan biasa menang , mereka tak boleh terima kekalahan. Penyokong mesti profesional , kalau tak boleh duduk dalam hutan saja...

Wan

sy pn dgr penyokong kelantan xprofesional siap pos menganjing TMJ kena main bola lepas ni.tp bukan setakat "DENGAR",tp da kuar berite lg " penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi".so xpaya nk yeye sy dga sy dga.

abdul malek

Sabar itu separuh daripada iman. Orang kelantan tak pernah dengar hadis itu ker...atau tak ada ustaz2 yang nak sebut masa ceramah atau tazkirah

Angah Cipuddin

ini dah terlebih sudah....datang tempat orang...buat provokasi...bab kata pepatah...jangan dijolok sarang tebuan tanah...nanti kena sengat...nahhhh...rasakan...penyokong team lain datang bertandang ke Kota Bharu rileks jer..tak der lah sampai masuk ke padang bila abis game......tak der pon bawak bala tentera...ini tak..nampak sangat...bukan nak tunjuk kuasa....apa yang ada pada kuasa...pikir2kan lah...

lurvlyshop

Asyik nak menang jerr.. kekalahan tak nak tima langsung. Jadilah penyokong yang berhemah tinggi "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"...

yusha

Pengadil dan penjaga garisan sepatutnya betul-betul adil. Banyak perlawanan tidak diadili dengan betul. Mereka ni ada tauliah ke?

jaem

saya dgr penyokong JDT tunjuk b***** kat fans kelantan di akhir perlawanan.., mane x marah kalau dah masuk rumah orang xde adab.., parah la jadinya..

OrangBukit

Sikap ini adalah tipikal bagi masyarakat Kelantan. Tambahan pula isu perpindahan pemain masih belum dapat mereka terima. Marilah kita sama-sama lebih bersifat profesional dalam semua keadaan: sukan, politik, budaya....dan lain-lain. Bersikap terbukalah wahai penyokong Kelantan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Pantai Timur kecoh!

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/pantai-timur-kecoh.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pantai Timur kecoh!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pantai Timur kecoh!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger