Shah Alam: Wira pasukan Tentera, Irwan Fadzly Idrus (kanan) yang dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan malam tadi enggan mendabik dada dengan kejayaan menjulang trofi pertama musim ini, sebaliknya lebih selesa berkongsi kejayaan ini bersama rakan sepasukan.
"Terima kasih kepada semua rakan yang sepasukan yang memberi sumbangan kepada pasukan musim ini," katanya yang menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang menarik pada minit ke-85 selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-56.
"Ini permulaan yang baik kepada pasukan untuk meneruskan cabaran musim ini. Saya harap prestasi pasukan dapat ditingkatkan musim ini," katanya yang terlepas aksi final Piala Malaysia musim 2012 kerana penggantungan kad kuning.
Pemain bek kiri yang pernah beraksi untuk Negeri Sembilan berpindah ke pasukan Tentera bersama Hairuddin Omar musim lalu dan membantu pasukannya menjulang gelaran Liga Perdana sebelum layak ke pentas final Piala Malaysia.
Anda sedang membaca artikel tentang
Saya bukan wira: Irwan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/saya-bukan-wira-irwan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Saya bukan wira: Irwan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar