Kuala Lumpur: Juara berganda Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL), Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) yang menampilkan aksi lebih tersusun membenam cabaran Sekolah Tinggi Melaka 9-0 di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.
"Dia tidak boleh bermain di bawah tekanan sebagai kapten," kata Wan Roslan. "Permainannya lebih baik jika membenarkannya bergerak bebas dan dia membuktikannya dengan menjaringkan dua gol awalnya musim ini."
Keputusan menurunkan Amir sebagai kapten berhasil apabila meledak gol menerusi pukulan sudut penalti seawal minit kedua diikuti gol Azmi Deraman (m17), Shahril (m-23,59,66), Sufi Ismat (m31), Zizi Azwan (m40), Ahmad Alif (m55), Hafiz Selemen (m61).
Shahril, penjaring terbanyak MJHL musim lalu mengakui lega menamatkan kemarau jaringan selepas tiga perlawanan. "Sasaran saya ialah tersenarai skuad projek 2013 dan aksi di Piala Dunia Remaja. Saya mesti meningkatkan permainan sepanjang liga,"
Anda sedang membaca artikel tentang
SSTMI kenduri gol
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/sstmi-kenduri-gol.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
SSTMI kenduri gol
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar