"Kita ada masa setahun sebelum Sukan SEA tahun depan dan persiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan skuad yang benar-benar mantap dapat diturunkan pada temasya itu nanti," kata Kim Swee yang ditemui selepas perlawanan persahabatan dengan Sime Darby di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
"Walaupun kita menang emas di Jakarta tahun lalu, kita tidak boleh terus mengimbau kejayaan itu sebaliknya perlu berusaha mempertingkatkan corak permainan di mana kepantasan menjadi inti pati penting bola sepak moden.
"Saya sudah merangka program latihan intensif yang bermula awal bulan ini sehingga ke hari temasya, dan pada peringkat awal ini saya mahu memberi pendedahan antarabangsa kepada pemain yang baru dipanggil atau jarang diturunkan sebelum ini."
Bagi Kim Swee, reputasi sebagai juara Asia Tenggara sudah tidak relevan kerana beberapa pemainnya yang beraksi di Jakarta tahun lalu sudah tidak dapat beraksi. "Jadi kita perlu mencari keserasian antara pemain baru dan sedia ada bagi memastikan prestasi pasukan berada pada tahap lebih baik," katanya.
Pada perlawanan semalam, Harimau Muda menewaskan Sime Darby 2-1 hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Noor dan D Saarvindran, manakala gol tunggal skuad kendalian Ismail Zakaria dijaringkan penyerang import dari Croatia, Karlo Primorac.
Sejak memulakan kem latihan 3 Disember lalu, Harimau Muda sudah melalui dua perlawanan persahabatan - seri 1-1 menentang Sarawak, menang 2-1 ke atas Sime Darby - dan akan bertemu Sarawak sekali lagi di Kuching, 28 Disember ini.
Anda sedang membaca artikel tentang
‘Pengajaran AFF’
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/aff.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
‘Pengajaran AFF’
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar