Sepang: Sylvain Guintoli meneruskan penguasaannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas mengungguli sesi kelayakan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), semalam sekali gus merangkul petak pertama kedua buatnya, musim ini. Pelumba kelahiran Perancis itu jelas tidak bermasalah dengan keadaan cuaca panas terik di Sepang selepas mencatat 2 minit 03.002 saat bersama jentera Aprilia RSV4 meninggalkan penyandang juara dunia, Tom Sykes di petak kedua.