Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Sathia terbayang mahkota Liga Super

Written By Unknown on Kamis, 09 Mei 2013 | 15.23

Seremban: Tentera menuntut dua elemen - disiplin dan semangat sepasukan - daripada anak didik B Sathianathan untuk menamatkan baki enam perlawanan Liga Super dengan nota gemilang.

Itu menjadi sasaran utama skuad bergelar The Gladiators untuk memastikan mereka kekal dalam kelompok tiga teratas carta liga untuk menguatkan misi memburu mahkota kejuaraan musim ini.

Sathia meluahkan perasaan yakin betapa matlamat berkenaan mampu dicapai berpandu kepada prestasi pemain ketika membenam barisan kaya, Johor Darul Takzim 2-0 hasil ledakan dua gol Marlon Alex James di Paroi, malam kelmarin.

Puas hati aksi benam JDT

"Saya amat mengharapkan pemain terus mengekalkan disiplin dan semangat berpasukan mengharungi baki enam perlawanan liga. Saya mahu kemenangan dalam semua perlawanan itu tanpa sebarang pilihan,," katanya.

Sementara itu, Sathia memuji persembahan sepasukan ketika menewaskan Johor DT yang bijak menguat peluang yang menyusul depan mata.
"Saya amat puas hati dengan aksi dipamerkan semua pemain yang bekerja keras mengutip tiga mata. Marlon Alex James membuktikan dia seorang penyerang berbisa sekalipun dilabelkan sebagai 'kuda tua'.

"Saya berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada aksi berikut menentang FELDA United, Sabtu ini," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Irfan kecewa Selangor terlepas 3 mata berharga

Kuantan: Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim selepas 'pemainnya tertidur' pada minit-minit terakhir permainan untuk seri 2-2 dengan Pahang, kelmarin selepas mendahului tuan rumah dua kali.

"Amat merugikan selepas dua kali kita mendahului tuan rumah. Namun, disebabkan kealpaan pada minit-minit akhir perlawanan, kita terlepas tiga mata berharga untuk mendekatkan jurang mata dengan pendahulu liga.

Pemain dapat belajar

"Saya kecewa keputusan malam ini (kelmarin) dan harap pemain dapat belajar daripada kesilapan jika mahu bersaing dengan pasukan teratas," katanya.

Pada perlawanan itu, R Surendran muncul wira Pahang terutama gol pada minit terakhir membantu Pahang mengutip satu mata ketika Selangor seperti mahu pulang membawa tiga mata berharga.

Namun, penyerang Selangor, Francis Forkey Doe membuktikan dia adalah pemain paling bernilai buat Selangor apabila menjaringkan dua gol.


15.23 | 0 komentar | Read More

Henti ejek pemain: Hodak

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mengejek pemain, terutama Ahmad Fakri Saarani pada aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin.

Dia beranggapan penyokong Kelantan harus memberi sokongan padu menaikkan semangat pemain bukan mengejek yang boleh menyebabkan pemain bermain di bawah tekanan.

"Pemain saya terutama Fakri (Ahmad Fakri) tertekan kerana ejekan penyokong sendiri. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Fakri gagal bermain pada kemampuan sebenar dan tiada keyakinan melakukan penyudah serta membuat hantaran tepat.

Penyokong ubah sikap

"Apa yang saya lihat, Fakri bermain lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri. Penyokong TRW perlu mengubah sikap itu jika mahu melihat pasukan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas kemenangan 3-0 Kelantan ke atas FELDA United, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.

Sementara itu, jurulatih FELDA United, K Devan menganggap faktor keletihan menjadi punca utama anak buahnya tewas kepada Kelantan selain dua gol pantas diperoleh Kelantan di separuh masa pertama memberi tekanan buah anak buahnya.

"Pemain Kelantan lebih cergas dan mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai rehat yang cukup. Pemain saya sedikit keletihan selepas perlawanan dengan Perak pada Jumaat lalu," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemain tak komited!

Tunku Ismail kecewa aksi Johor DT; akan ambil tindakan wajar Disember ini

Johor Bahru: Dua kekalahan berturut-turut Johor Darul Takzim tampak mengundang rasa marah Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyuarakan rasa kesal, semalam betapa dia 'tersalah beli segelintir pemain' yang tiada hati dan semangat berjuang untuk pasukan diwakili.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu meluahkan rasa duka cita dengan persembahan longlai ditunjukkan anak didik Fandi Ahmad selepas kecundang kepada Tentera 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

"Apa yang saya perhatikan, ada pemain yang tidak mempunyai hati dan semangat untuk berjuang demi pasukan selain meletakkan diri sendiri sebelum pasukan.

Tindakan wajar

"Saya mengakui berasa kesal membeli beberapa pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan dan akan mengambil tindakan wajar Disember ini," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Tunku Ismail bagaimanapun tidak menyalahkan jurulatih, Fandi atau pun pihak pengurusan pasukan yang menjadi punca kekalahan itu malah pada sesi latihan beliau berada di padang dan menyaksikan sendiri segala usaha dilakukan terutama perancangan taktikal.

"Pelbagai kemudahan latihan sudah disediakan bagi manfaat pemain termasuk sesi video taktikal selain perbincangan bersama jurulatih (Fandi) namun semua keputusan sama ada untuk menang atau kalah terletak kepada kehendak kesebelasan utama yang beraksi di padang," katanya.
Dalam kenyataan media itu, Tunku Ismail berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan itu dan berjanji akan melakukan 'post-mortem' mengenal pasti punca kekalahan itu yang seharusnya mampu dielak pada aksi liga elit domestik.

Kekalahan itu memberi tamparan buat skuad Harimau Selatan apabila tumpas pada dua perlawanan berturut-turut selepas tewas 3-0 kepada Perak di Stadium Lumut, 27 April lalu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail tetap meletakkan harapan tinggi meneruskan usaha merebut kejuaraan sama ada Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia berbekal perancangan masa depan dengan hanya mengambil pemain yang komited serta berazam menaikkan nama Johor DT.

"Apa pun saya berterima kasih kepada penyokong Johor atas semangat ditunjukkan selama ini dan penyokong juga berhak mengetahui perkembangan dalam pasukan. Saya akan pastikan PBNJ melakukan segala usaha memperbaiki kelemahan," kata Tunku Ismail.


15.23 | 0 komentar | Read More

Spurs-Chelsea tumpuan dunia

Written By Unknown on Rabu, 08 Mei 2013 | 15.23

London: Aksi menentang Tottenham Hotspur hari ini pastinya akan menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia dan ia dilihat lebih besar buat Chelsea berbanding aksi final Liga Europa menentang Benfica, minggu depan.

Pastinya apa juga keputusan pada perlawanan itu akan memberi kesan kepada kedua-dua pasukan. Jika menang, Chelsea mencerahkan peluang untuk meraih satu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dengan berkelebihan enam mata berbanding lawan itu.

Saingan Bale, Mata

Bagaimanapun, sekiranya The Blues tewas perebutan untuk berada di empat tempat terbaik Liga Perdana Inggeris kembali terbuka buat tiga pasukan, Chelsea, Spurs dan Arsenal.

Ia bermakna kedua-dua pasukan akan sama daripada segi pungutan mata dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Lebih menarik perhatian ia akan menjadi penampilan pertama pengurus Spurs, Andre Villas-Boas ke Stamford Bridges yang begitu mahukan kemenangan selepas dipecat.

Perlawanan itu juga menjadi pentas buat pemain – Gareth Bale dan Juan Mata – terutamanya selepas dua tonggak itu menjadi penyelamat buat pasukan masing-masing dengan gol kemenangan pada perlawanan sebelum ini. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Golf: Couples, Montgomerie sertai Dewan Kemasyhuran

Florida: Fred Couples (gambar), pemain golf yang berperwatakan tenang ketika beraksi, diselubungi emosi selepas namanya dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia untuk sesi 2012, kelmarin.


Bekas pemain nombor satu dunia Amerika Syarikat (AS) itu yang mengumpul 15 gelaran Jelajah PGA, tidak dapat menahan air matanya ketika berucap di St Augustine, Florida pada hari yang disifatkannya sebagai malam terbaik hidupnya. Couples terpilih bersama pendahulu lapan kali Jelajah Eropah, Colin Montgomorie, bekas juara Terbuka AS dan penyampai televisyen, Ken Venturi, bekas pengarah eksekutif Jelajah Eropah Ken Schofield dan bekas juara dua kali Terbuka British, Willie Park Jr.

Pemain AS pertama bergelar pemain nombor satu dunia, Couples mula sebak apabila bercerita mengenai bagaimana dia mendapat motivasi untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain golf ketika menghadiri klinik golf di Seattle pada usia 14.

Mentor kesayangan saya

"Salah seorang pemain Jelajah PGA hebat mengendali klinik berkenaan, dan saya tampil ke depan sambil merenung kepadanya," kata Couples, 53. "Saya tidak terfikir untuk menjadi sepertinya tetapi saya hanya mahu terbabit dalam sukan ini.
"Nama pemain itu ialah Lee Trevino, seorang mentor dan orang yang saya sayangi." Perjalanan kerjaya golf Couples membawanya dari Seattle ke Universiti Houston dan dia mula mencipta reputasi sebagai pemain yang mempunyai gaya hayunan tersendiri dan digelar 'Boom Boom'.

Major kelima

Gelaran major tunggal diperoleh pada Masters 1992, tetapi Couples turut meraih kejuaraan di Kejuaraan Players pada 1984 dan 1996 - kejohanan yang dianggap sebagai major kelima tidak rasmi.

Veteran lima Piala Ryder itu menerajui pasukan Piala Presiden AS sebanyak dua kali pada 2009 dan 2011, dan merakam lapan kemenangan dalam Jelajah Juara untuk pemain berusia lebih 50.

"Terima kasih kerana meletakkan nama seorang lelaki dari Seattle ke dalam Dewan Kemasyhuran," kata Couples mengakhirinya ucapannya. "Ini adalah malam terbaik dalam hidup saya." Montgomerie, walaupun tanpa kejuaraan major, gembira namanya turut tersenarai hasil 31 kejuaraan dalam Jelajah Eropah. - REUTERS

BIODATA:
Frederick Steven Couples
Gelaran: Boom Boom
Lahir: 3 Oktober 1959
Asal: Seattle, Washington
Kerjaya pro: 1980
Kejuaraan: 55
Jelajah PGA: 15 kejuaraan
Jelajah Eropah: 3
Jelajah Juara-Juara: 8
Lain-lain: 30
Major: 1 (Masters 1992)

Colin Stuart Montgomerie
Gelaran: Monty
Lahir: 23 Jun 1963
Asal: Glasgow, Scotland
Kerjaya pro: 1987
Kejuaraan: 40
Jelajah Eropah: 40 (keempat tertinggi)
Major: Tempat kedua Terbuka AS 1994, 1997 dan 2006, tempat kedua Terbuka British 2005 dan tempat kedua Kejuaraan PGA 1995


15.23 | 0 komentar | Read More

Perak pastikan NS terus tertekan

Ipoh: Negeri Sembilan semakin tertekan terus gagal meraih sebarang kemenangan selepas 15 perlawanan apabila tumpas 2-1 kepada Perak di Stadium Perak, malam tadi sekali gus menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin itu kekal terdampar di tangga tercorot Liga Super.

Jaringan Paulo Rangel dan Mohd Azlan Ismail pada setiap babak membolehkan anak buah Azraai Khor Abdullah menghadiahkan kemenangan kepada 15,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan yang pertama kali diadakan di Ipoh, musim ini.

Malah Perak sepatutnya mampu memenangi perlawanan dengan jurang lebih besar jika beberapa peluang terbuka sepanjang perlawanan berjaya diterjemahkan sebagai gol.

Tanduk hantaran silang

Rangel membuka jaringan pada minit ke-21 apabila menanduk masuk hantaran silang Yong Kuong Yong pada minit ke-13 untuk gol pemisah babak pertama.

Bersambung babak kedua tuan rumah menggandakan asakan dan berjaya mengukuhkan kedudukan 2-0 menerusi jaringan Azlan pada minit ke-61 sebelum Negeri Sembilan merapatkan jurang melalui jaringan Mohd Nazrin Md Nawi pada masa kecederaan.

Dengan kekalahan itu, Negeri Sembilan kekal tercorot dengan hanya mengumpul tujuh mata manakala Perak yang tewas 3-1 kepada FELDA United, Jumaat lalu berjaya mengumpul 21 mata hasil kemenangan keenam itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gladiators bedil Harimau Selatan!

Marlon ledak dua gol bant u Tentera benam Johor DT 2-0

Seremban: Penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James sekali lagi membuktikan ketajaman miliknya depan gawang apabila meledak dua gol ketika membantu Tentera menewaskan Johor Darul Takzim 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Kemenangan berkenaan mengekalkan jurang satu mata antara skuad kendalian B Sathianathan dengan pendahulu, Lions XII yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Terengganu 2-1 pada sebelah petang.

Johor DT pula kini tergelincir satu anak tangga, dipintas Selangor yang mengutip satu mata di Kuantan selepas seri 2-2 menentang Pahang. Selangor dan Johor DT masing-masing mengutip 25 mata - enam di belakang Lions XII.

Cekap baca gerakan

Marlon tidak menunggu lama untuk menguji gawang Johor DT yang dikawal Al Hafiz Hamzah, namun harapan Tentera mendahului seawal minit keenam, hampa apabila tandukan penyerang importnya tersasar.

Selang tujuh minit, Marlon sekali lagi mengancam kubu anak buah Fandi Ahmad, bagaimanapun Al Hafiz cekap membaca pergerakan pemain St Vincent & Grenadines itu dan menangkap kemas tandukannya.
Dua lagi peluang keemasan Tentera pada babak pertama - menerusi Christie Jayaseelan (m-29) dan Marlon (m-40) - gagal disempurnakan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, Tentera meneruskan asakan dan akhirnya memecah kebuntuan menerusi Marlon pada minit ke-54 yang menanduk kemas hantaran Bruno Martelotto menewaskan Al-Hafiz.

Sembilan minit kemudian, dia melebarkan kedudukannya di senarai penjaring musim ini dengan gol kedua malam tadi hasil rembatan padu dari dalam kotak penalti selepas menggelecek dua pertahanan lawan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Messi bantu Barca bangkit selepas pulih

Written By Unknown on Selasa, 07 Mei 2013 | 15.23

Madrid: Lionel Messi yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan Barcelona 4-2 di laman sendiri menentang Real Betis, sekali gus The Catalan semakin menghampiri kejuaraan La Liga.

Pemain Terbaik Dunia itu yang tidak beraksi ketika pasukan itu tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, Rabu lalu, akibat kecederaan hamstring, masuk pada minit ke-56 ketika kedudukan seri 2-2.

Pemain Argentina itu menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan ke-16 buatnya bagi mengumpul keseluruhan 46 gol musim ini, hanya empat gol lagi untuk menyamai rekod jaringannya musim lalu.

Perlu 2 mata

Barca memperoleh 88 mata dengan saingan berbaki empat perlawanan, 11 mata di depan pasukan di tempat kedua, Real Madrid yang menewaskan Real Valladolid 4-3.

Pasukan Tito Vilanova yang hanya memerlukan dua mata lagi untuk kejuaraan keempat liga dalam tempoh lima tahun, mampu menjulang trofi pada Rabu ini jika Real gagal menang di laman sendiri ketika menentang Malaga.

"Kami perlu berfikir yang kami perlu dua mata lagi kerana Madrid berkemungkinan mengumpul semua mata," kata Vilanova.
Bekas pembantu Pep Guardiola itu mempertahankan keputusan pengurusan terhadap tidak menggunakan khidmat Messi semasa menentang Bayern, minggu lalu.

"Jika kami tidak menguruskannya, dia berkemungkinan tidak dapat bermain menentang Betis untuk membantu kami. Dia kekurangan kecergasan kerana dia sudah lama tidak berlatih dalam sebulan setengah," katanya. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Hajat PSG tertangguh

PARIS: Paris Saint-Germain terpaksa menangguhkan hasrat meraikan kejayaan kejuaraan Liga Perancis apabila gagal merakam kemenangan apabila hanya seri 1-1 di laman sendiri menentang Valenciennes, yang memberikan Marseille sedikit harapan dengan berbaki tiga perlawanan.

Seminggu selepas menyaksikan tiga pemain PSG dibuang padang ketika kekecohan ketika menang 1-0 di Evian, imej kelab itu tercalar apabila pengarah sukan Leonardo merempuh bahu pengadil Alexandre Castro di terowong selepas perlawanan.

Itu terjadi selepas Thiago Silva dibuang padang pada separuh masa pertama kerana meletakkan tangannya di dada pengadil apabila mempertikai keputusannya.

Sejurus selepas wisel penamat dibunyikan, penjaring terbanyak Zlatan Ibrahimovic turut mengecam Castro kerana membuang Silva.

"Mengadili di Perancis adalah sangat, sangat keras. Kami adalah pasukan sering dikenakan tindakan," kata jurulatih PSG, Carlo Ancelotti. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Hadiah untuk Annuar: Piya

Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu menghadiahkan kemenangan menentang FELDA United dalam saingan Liga Super, malam ini kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Mohd Badhri atau lebih mesra dengan panggilan Piya turut menegaskan selain menghadiahkan kemenangan itu kepada Annuar, tiga mata dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu penting buat The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam liga.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata, ganjaran bonus dan lot tanah yang diterima minggu lalu menjadi suntikan semangat buatnya dan rakan sepasukan beraksi dengan baik dan memburu kemenangan.

"Tahniah kepada Tan Sri (Annuar Musa) yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh dan saya selaku kapten TRW akan cuba memberi kemenangan kepada Kelantan untuk perlawanan malam ini sebagai hadiah berganda buat beliau.

Peluang tipis

"Selain itu, kemenangan penting untuk pasukan membaiki kedudukan dalam liga untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik," katanya semalam.

Selain itu, Piya mengakui peluang untuk TRW mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu semakin tipis kerana Kelantan kini menduduki tempat kesembilan liga dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Lions XII.
"Memang tidak dinafikan peluang untuk kami mengejar kejuaraan liga musim ini semakin mustahil, namun apa saja boleh berlaku dan kami akan berjuang sehingga ke perlawanan terakhir.

"Musim ini adalah musim paling sukar buat kami kerana kebanyakan pasukan kuat, ditambah pula dengan jadual yang padat," katanya.

Saya harap seluruh penyokong TRW terus memberi sokongan padu kepada Kelantan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kuasa Terengganu!

Menang ke atas Lions XII buka peluang pasukan lain cabar mahkota liga

Kuala Lumpur: Terengganu mampu menjadi pencetus perubahan teraju Liga Super tatkala saingan hanya berbaki lapan perlawanan sekiranya berjaya mengikat atau menewaskan Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

"Kemenangan Terengganu mampu membuka laluan kepada Tentera dan Johor DT (untuk mencabar kejuaraan), saya jangkakan empat pasukan akan bersaing hingga ke saat-saat akhir," kata bekas jurulatih dan pemain Reduan Abdullah.

Kemenangan Terengganu mampu membuka laluan kepada Tentera dan Johor DT (untuk mencabar kejuaraan), saya jangkakan empat pasukan akan bersaing hingga ke saat-saat akhir," Reduan Abdullah, bekas jurulatih dan pemain.


"Kelebihan berpihak kepada Terengganu kerana Lions XII kelihatan kurang bermaya beraksi pada sebelah petang. Jadi Terengganu perlu menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk membantu pasukan lain menewaskan Lions."

Peluang Selangor, Pahang

Tentera yang hanya dibezakan satu mata dengan Lions XII, bakal berentap menentang Johor DT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan kedudukan pendahulu mampu digugat sekiranya The Gladiators mengutip tiga mata penuh. Namun anak buah B Sathianathan sudah beraksi 15 perlawanan, lebih satu daripada lima pasukan di kelompok teratas.

Namun, jika Tentera tewas, skuad bimbingan Fandi Ahmad mampu berkongsi mata dengan Lions XII, tetapi anak buah V Sundramoorthy masih mempunyai kelebihan jaringan.
Beza satu mata

Saingan antara Pahang dan Selangor di Stadium Darulmakmur turut menarik perhatian dengan penghuni tangga kelima dan keempat itu - dibezakan hanya satu mata - mampu memperbaiki kedudukan sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga.

Perlawanan membabitkan enam pasukan bawah juga tidak kurang menarik dengan juara bertahan, Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan FELDA United di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV.

Dua pasukan tercorot, T-Team dan Negeri Sembilan masing-masing masih mempunyai harapan untuk keluar daripada zon penyingkiran, tetapi perlu memastikan pertemuan dengan PKNS dan Perak berpihak kepada mereka.

T-Team akan bertemu PKNS di Stadium Shah Alam, manakala Negeri Sembilan yang belum merakam sebarang kemenangan, berdepan Perak yang pertama kali beraksi di Stadium Perak, Ipoh musim ini.

Lagi berita kemeriahan Liga Super, dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my


15.23 | 0 komentar | Read More

Pedrosa ungguli GP Sepanyol

Written By Unknown on Senin, 06 Mei 2013 | 15.23

Jerez De La Frontera: Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa (gambar) merangkul kemenangan pertama, musim ini apabila menjuarai Grand Prix Sepanyol, semalam.

Pelumba berusia 27 tahun mewakili pasukan Repsol Honda meninggalkan rakan pasukan Marc Marquez 2.487 saat di depan tatkala juara bertahan, Jorge Lorenzo (Yamaha Factory Racing) berada di tangga ketiga.

Marquez yang kini mendahului carta kedudukan keseluruhan dengan 61 mata - tiga mata di depan Pedrosa dan empat mata di depan Lorenzo - sekali lagi mempamerkan kelas tersendiri apabila memintas Lorenzo di saat-saat akhir untuk meraih tempat kedua biarpun mengundang sedikit kontroversi.

"Saya mahu meminta maaf kepada Jorge tetapi ia tidak mungkin," kata Marquez. "Sudah pasti, jika saya berada di tempatnya saya juga akan marah tetapi saya memasuki pusingan akhir dan sedar saya boleh memintas dia jadi saya mengambil risiko itu," katanya.

Sementara itu, Pedrosa berkata: "Ia perlumbaan yang baik dan saya sangat berbangga untuk menang di sini." - AFP

Keputusan

Moto GP Dani Pedrosa (Repsol Honda) 45'17.632s
Marc Marquez (Repsol Honda) +2.487s
Jorge Lorenzo (Yamaha Factory Racing) +5.089s
Valentino Rossi (Yamaha Factory Racing) +8.914s
Cal Crutchlow (Monster Yamaha Tech 3) +12.663s
Alvaro Bautista (GO&FUN Honda Gresini) +15.094s
Nicky Hayden (Ducati) +25.632s
Andrea Dovizioso (Ducati) +41.881s
Aleix Espargaro (Power Electronics Aspar) +43.812s
Bradley Smith (Monster Yamaha Tech 3) +44.461s

Moto3
Maverick Vinales (Team Calvo) 26'57.338s
Luis Salom (Red Bull KTM Ajo) +0.263s
Jonas Folger (Mapfre Aspar Team Moto3) +4.475s
Brad Binider (Ambrogio Racing) +15.104s
Jakub Kornfeil (Redox RW Racing GP) +18.412s
Niklas AJO (Avant Tecno) +19.064s
Zulfahmi Khairuddin (Red Bull KTM Ajo) +19.204s
Efren Vazquez (Mahindra Racing) +19.680s
Romano Fenati (San Carlo Team Italia) +22.763s
Alexis Masbou (Ongetta-Rivacold) +23.138s


15.23 | 0 komentar | Read More

Maybank laung amaran

Kuala Lumpur: Kali terakhir pasukan Maybank menjulang Piala TNB adalah pada 1994 dan kini skuad kendalian Wallace Tan itu tampak lebih yakin memburu tiket ke final.

Maybank yang menerima bye ke peringkat separuh akhir dijadual bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jumaat ini selepas lawan menewaskan Terengganu dengan agregat 8-3 di saingan suku akhir, minggu lalu.

Berdasarkan dua pertembungan Maybank dan TNB di peringkat Divisyen Premier lalu, keputusan kedua-dua pasukan seimbang namun Maybank bangkit semula selepas tewas 1-5 dengan memenangi perlawanan kedua 4-3.

Saingan kompetitif

Namun, andai dikira atas kertas, Maybank dilihat mempunyai masa lebih mencukupi sebagai persediaan selepas perlawanan liga apabila menerima kira-kira 10 hari waktu rehat daripada TNB yang terpaksa menyertai perlawanan suku akhir.

"Ia adalah keputusan yang bagus untuk beberapa tahun kebelakangan ini," kata Wallace mengenai pasukannya yang menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) sekali gus menerima bye ke separuh akhir.
"Sudah sangat lama tetapi bagi saya saingan musim ini sangat kompetitif berbanding sebelumnya. Tempoh 10 hari memberi kami tempoh berehat yang panjang tetapi dalam masa sama memberi kami ruang untuk bersiap sedia menghadapi perlawanan separuh akhir," katanya. -


15.23 | 0 komentar | Read More

T-Team yakin bangkit elak tersingkir ke Liga Perdana

Kuala Terengganu: Penolong jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor mengakui dia belum mahu berputus asa dengan kedudukan pasukan di tangga kedua tercorot Liga Super, sebaliknya yakin pemain muda The Titans akan bangkit menyelamatkan pasukan tersingkir ke Liga Perdana, musim depan.

"Saya yakin pasukan dan pemain akan bekerja keras memastikan T-Team mencatatkan kemenangan dengan mengutip seberapa banyak mata dalam baki perlawanan dan keluar daripada zon penyingkiran," katanya.

Mengulas perlawanan menentang Tentera di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang kelmarin, dia yang mesra dengan panggilan Jibang berkata pemainnya gagal mengambil kesempatan mengutip mata apabila bermain di laman sendiri.

"Bagi saya hanya satu perkara dapat menyelamatkan pasukan ini terus beraksi dalam Liga Super tahun depan iaitu mengutip semua mata dalam baki tujuh perlawanan yang akan diharungi.

Peluang kekal beraksi

"Saya rasa pasukan ini berpeluang kekal beraksi dalam Liga Super dan yang paling penting pemain harus memberi yang terbaik dan mengutip tiga mata penuh dalam semua perlawanan," katanya.

Dia yang mengambil alih pasukan itu selepas ketua jurulatih, Peter Butler direhatkan pihak pengurusan pada 9 April lalu berkata, penyerang import baru, Damir Ibric juga masih belum menampakkan keserasian bersama rakan sepasukan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tok Gajah sasar Selangor

Pahang mahu tebus kekalahan tipis 2-3 pada pusingan pertama

Kuantan: Misi balas dendam menjadi fokus utama skuad kendalian Dollah Salleh apabila melayan kunjungan Selangor di Stadium Darulmkamur, malam esok.

Kekalahan tipis 2-3 pada pusingan pertama Liga Super masih lagi dirasai pemain Tok Gajah dan pertemuan kali kedua musim ini diharap memihak kepada tuan rumah berdasarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Bagi pemain tengah, Azamuddin Mohd Akil, dia percaya prestasi semasa skuad itu mampu menyekat skuad kendalian Irfan Bakti daripada membawa pulang mata.

Biarpun sedar peluang adalah 50-50, pemain kelahiran Lipis, Pahang itu tidak rela tiga mata terlepas kerana misi skuad itu adalah mendekatkan jurang mata dengan pendahulu liga.

"Namun, saya sedikit terkilan kerana kami berkemungkinan besar tidak dapat beraksi bersama Matias Conti kerana kecederaan hamstring yang dialami pemain import itu masih belum sembuh.

"Tetapi, saya serta rakan lain percaya jika komitmen tinggi dan semangat juang mampu dipersembahkan dengan baik, Pahang akan melangkah gembira meraih tiga mata di hadapan penyokong sendiri," katanya semalam.
Azamuddin turut mengesahkan akan bergandingan dengan Mohd Fauzi Rozlan di bahagian serangan dalam usaha membolosi gawang lawan yang diakui kebal.

Sementara itu, pengurus Pahang, Datuk Che Salleh Salleh berkata, kekalahan di tangan ASelangor lalu sememangnya menyentap semangat pemainnya tetapi mereka sudah bersedia untuk menggempur Selangor bagi meraih tiga mata berharga.

Katanya, prestasi yang kian meningkat dipamerkan pemain Pahang membuktikan pasukan kali ini lebih mantap untuk bersaing dengan pasukan teratas liga ketika ini.

"Bagi saya, pemain mampu melakar kejayaan jika komitmen tinggi dan corak permainan terbaik dapat dipersembahkan kerana pusingan kedua adalah penentu segalanya.

"Saya cuma mahu pemain bijak memanfaatkan segala peluang dan pada masa sama tidak membenarkan lawan membolosi gawang," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mickelson dahului pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo

Written By Unknown on Minggu, 05 Mei 2013 | 15.23

Charlotte (North Carolina): Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Phil Mickelson melakukan put menarik untuk mencatat pukulan 5 bawah par 67 sekali gus memberinya kelebihan dua pukulan sejurus berakhir pusingan kedua Kejuaraan Wells Fargo, kelmarin.

Mickelson membuka tirai saingan dengan dua birdie hasil put pada jarak 15 kaki, melakukan put pada jarak 40 kaki sebelum melakukan birdie berturut-turut pada penghujung saingan untuk meletakkan namanya selaku pendahulu.

Lapangan Quail Hollow, yang terkenal dengan kesukaran sering menghasilkan green yang sukar selepas peralihan musim panas namun Mickelson yang hanya melakukan 50 put dalam dua pusingan, jelas satu statistik yang menakjubkan.

"Dengan mereka menjadi lebih perlahan, saya berjaya untuk melakukan put dengan lebih agresif," kata Mickelson, pemenang empat gelaran major. "Kami berjaya untuk menggunakan sedikit rehat tanpa bimbang dikejar.

"Saya melakukan kerja keras untuk meninggalkan put di atas bukit, yang membenarkan saya membuat put yang lebih agresif dan kurang rehat. Dan ia memberi banyak perbezaan dalam put saya."

McIlroy kongsi kedudukan

Buat kejohanan yang turut menghasilkan enam juara major dalam 10 tahun sejarah penganjurannya, tidak termasuk Mickelson, pemain berusia 42 tahun itu berjaya mencatat keseluruhan 9 bawah par 135 sekalipun beraksi bersama beberapa bintang dunia lain.
Nick Watney yang bermain bersama Mickelson pada dua pusingan awal nampak cekap, mengharungi hari tanpa bogey hingga lubang kesembilan untuk mencatat keseluruhan 7 bawah par 137, untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua berkongsi dengan George McNeill (68) dan pemain Australia Scott Gardiner.

"Pemain yang dapat mengawal emosi akan dapat melakukan pukulan yang terbaik," kata pemain AS, McNeill. "Keadaan green memang akan memberi kesan kepada kamu. Kamu hanya perlu kekal positif.

"Kamu akan mendapat put yang baik dan kemudian terlepas, dan kamu mungkin akan mendapat put yang buruk namun ia masuk."

Dalam pada itu, pemain ranking nombor dua dunia, Rory McIlroy yang bergelut dengan kelajuan di green juga bangkit untuk mencatat 6 bawah par 138 berkongsi kedudukan ketiga bersama Lee Westwood dan Rod Pampling. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

QPR potong gaji Redknapp

London: Gaji Harry Redknapp akan dipotong susulan penyingkiran Queens Park Rangers (QPR) dari Liga Perdana Inggeris ke Liga Kejuaraan. Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes mendedahkan Redknapp dan lebih separuh daripada skuad kendaliannya akan dipotong gaji musim depan.

Fernandes berkata: "Adakah kami mempunyai peraturan mengenainya dalam perjanjian yang ditandatangani? Ya. Adakah gaji semua pemain akan dipotong? Tidak. Tetapi sekurang-kurangnya 60 peratus terbabit.

Pengurus? Ya. Gajinya akan dipotong."

QPR, yang melantik Redknapp mengendalikan pasukan dengan perjanjian 3 juta pound (RM15 juta) November lalu, terjerumus ke Liga Kejuaraan selepas sekadar seri 0-0 menentang Reading, minggu lalu.

Fernandes bagaimanapun enggan mendedahkan pemain yang terbabit dalam pemotongan gaji berkenaan dan berapa jumlah yang dipotong. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak lega TRW rehat enam hari

Kota Bharu: Kelantan akan menggunakan sebaik mungkin peluang rehat enam hari tanpa perlawanan sempena Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) selepas mengerah keringat berdepan jadual padat sebelum ini.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata dia lega apabila perlawanan antara The Red Warriors dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang seharusnya diadakan, semalam ditunda untuk memberi ruang kepada PRU-13, hari ini.

Katanya, sebelum ini anak buahnya hanya mendapat rehat maksimum dua hari saja kerana terbabit dengan banyak perlawanan termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Konfederasi Asia (AFC).

"Kami akan menggunakan peluang ini dengan baik dan mengumpul segala tenaga untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Lebih semangat sekarang

"Saya yakin untuk perlawanan dengan FELDA United, 7 Mei ini, pemain saya bebas daripada keletihan seperti dialami mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Memang tidak dinafikan kami terpaksa menghadapi tugas sukar sebelum ini kerana jadual yang padat. Selain keletihan, ada beberapa pemain saya turut mengalami kecederaan dan mereka mungkin akan pulih sepenuhnya sebelum perlawanan dengan FELDA United nanti," katanya yang berjaya membawa Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu.
Pemain kini dikatakan lebih bersemangat selepas mendapat bonus dan ganjaran lot tanah yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila berjaya menjuarai tiga piala musim lalu.

"Kami ada masa cukup untuk berlatih dan memperbaiki segala kelemahan. Walaupun ia mungkin kelemahan biasa pasukan namun ia penting untuk diperbaiki memastikan Kelantan terus bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Saya tak peduli'

Kim Swee pertahan aksi hambar skuad Harimau Muda A di Slovakia

"Kalau semata-mata nak menang, boleh saja saya aturkan perlawanan menentang kelab divisyen dua atau tiga, sudah tentu kami boleh menang. Tapi untuk apa?"

Demikian kata jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengulas situasi skuad B-23 negara itu yang masih belum meraih sebarang kemenangan selepas hampir dua bulan berguru di Slovakia.

"Biarlah apa orang nak kata mengenai keputusan kurang baik ketika ini kerana jika saya tak beri peluang di sini, apa akan jadi jika ada pemain utama tidak dapat disenaraikan pada Sukan SEA (Disember depan) kerana cedera. Pendedahan amat penting," Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Muda A


Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Harimau Muda A seri dua kali iaitu dengan Slovakia B-19 (1-1) dan Norway B-19 (0-0) tetapi tewas lima kali iaitu kepada Georgia B-21 (7-1), MSK Zilina (4-1 dan 3-2) serta terbaru, dua kelab Hungary, Siofok (4-0) dan Kaposvari (3-0).

"Majoriti pemain yang saya turunkan bukan kesebelasan utama pada setiap perlawanan. Kami bertemu pasukan-pasukan yang cukup baik dari divisyen utama dan biarpun tidak menang, pemain tetap dapat pendedahan serta membentuk persefahaman.

Pendedahan amat penting

"Dengan kecederaan dialami Fandi Othman, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Zakaria, Kenny Palraj dan Gary Steven Robbat serta tanpa pula Nik Shahrul Azim, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin dan Nazmi Faiz Mansor yang tiada di sini, ia membuka peluang kepada pemain lain.
"Biarlah apa orang nak kata mengenai keputusan kurang baik ketika ini kerana jika saya tak beri peluang di sini, apa akan jadi jika ada pemain utama tidak dapat disenaraikan pada Sukan SEA (Disember depan) kerana cedera. Pendedahan amat penting," kata Kim Swee ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal berdepan kelab divisyen 1 Slovakia, Nitra untuk perlawanan seterusnya, Selasa ini sebelum dua minggu fokus kepada sesi latihan menjelang aksi persahabatan dengan dua kelab Republik Czech, hujung bulan ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piya tak lupa 'sepakan ajaib'

Written By Unknown on Jumat, 03 Mei 2013 | 15.23

Kapten Kelantan tambah pakej diri jadi pakar sepakan penjuru

Kota Bharu: Selain kehebatan menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma, kapten Kelantan Badhri Radzi turut mahu menempa nama sebagai pakar sepakan penjuru.

Hasrat itu terbit selepas Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya mencipta jaringan di luar jangkaan apabila sepakan penjuru yang diambilnya terus menerjah ke dalam gawang tanpa ditampan pemain lain ketika berdepan kelab dari Myanmar, Ayeyawady United dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.

Piya berkata, dia menganggap jaringan berkenaan sebagai jaringan terbaik sepanjang kerjayanya malah lebih manis apabila berjaya melakukan 'sepakan ajaib' itu di pentas antarabangsa dan turut mendapat perhatian media luar negara.

Jaringan luar biasa

Katanya, jaringan seperti itu pernah dilakukan beberapa tahun lalu ketika berdepan Perlis namun tidak menyangka dapat melakukannya sekali lagi pada tahun ini.

"Saya pernah melakukan jaringan daripada sepakan penjuru beberapa tahun lalu namun kali ini lebih istimewa kerana 'jaringan ajaib' ini dilakukan dalam saingan AFC.
"Bagi saya tiada yang mustahil untuk melakukan jaringan luar biasa dalam perlawanan bola sepak namun saya akui ia memerlukan latihan jitu," katanya pemain 30 tahun itu ketika dihubungi semalam.

Tambah pakej diri

Kini Piya bukan sekadar boleh digelar sebagai perancang berbisa The Red Warriors mahu pun pakar sepakan percuma namun pemain yang memakai jersi bernombor 16 itu menambah pakej dirinya sebagai pakar sepakan penjuru.

"Setiap pemain ada kemahiran masing-masing malah saya juga mahu meningkatkan prestasi dengan menggunakan pengalaman yang ada untuk mencipta kelainan dalam pasukan," katanya yang turut mensasarkan aksi kelayakan Piala Asia 2015 bersama skuad kebangsaan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor sasar mahkota Liga Perdana

Johor Bahru: Pemburuan Johor untuk tangga teratas saingan Liga Perdana diteruskan apabila berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras, petang ini dan Azmi Mohamad tetap optimis misi itu boleh dicapai.

"Tidak mustahil kita mampu berada di tangga teratas dan apa yang perlu dilakukan adalah menang dalam semua baki lapan perlawanan dan berharap antara Sime Darby dan Sarawak akan tewas dalam perlawanan liga. Itu sahaja harapan kita dan pemain juga harus pastikan impian menjadi kenyataan.

"Apa pun kita perlu menang pada perlawanan menentang Kuala Lumpur dan saya lega selepas semua pemain bebas dari masalah kecederaan dan penggantungan tetapi khidmat Mohd Khairul Ismail belum pasti dapat diturunkan walaupun dia sudah pulih dari kecederaan.

Tidak ambil keputusan

"Saya akan turunkan barisan terbaik dan jika Mohd Khairul sendiri yakin dirinya sudah cergas sepenuhnya kemungkinan dia akan berada dalam kesebelasan utama, Apa pun saya tidak mahu ambil keputusan awal untuk menurunkannya kerana ingin pastikan dia betul-betul cergas," katanya.

Azmi juga berpuas hati dengan kelibat pemain import baru Johor, Ezzequel Gallegos yang memberi persembahan terpuji ketika membantu pasukan membelasah NS Betaria 5-0 pada 26 April lalu.

"Gallegos sudah lulus ujian pertama dan saya lihat kombinasinya bersama Juan Muriel Orlando tampak begitu serasi dan ia beri perkembangan positif kepada pasukan Johor dalam usaha meneruskan rentak kemenangan. Semestinya kita akan buru tiga mata lagi bagi mengelak keciciran mata untuk mengejar Sime Darby dan Sarawak," kata Azmi.


15.23 | 0 komentar | Read More

The Gladiators bebas cedera

Kuala Lumpur: Pengendali Tentera, B Sathiananthan menjadi jurulatih paling gembira dengan memiliki banyak pilihan apabila semua anak buahnya bebas daripada kecederaan dan penggantungan untuk diturunkan pada aksi ke-15, Liga Super menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang ini.

Dengan hanya ketinggalan empat mata dengan pendahulu liga, Lions XII, Tentera dilihat menjadi salah satu pasukan yang mampu mencabar kejuaraan domestik musim ini apa lagi dengan ketajaman penyerang import, Marlon Alex James di depan gawang lawan dan kembalinya sentuhan jaringan oleh Hairuddin Omar.

Masalah sebelah petang

Daripada perkhabaran positif itu, The Gladiators tidak mampu terus tercicir mata dan perlu mengutip mata maksimum dalam baki lapan perlawanan selepas impian menjulang Piala FA musnah seawal pusingan pertama selepas tewas kepada Selangor.

"T-Team pasukan yang baik dan mereka berada di prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Daripada pengalaman, saya akui bermain sebelah petang memberikan masalah buat kami.

"Kami perlu waspada kerana ia akan jadi aksi sukar buat kami. Semua pemain boleh diturunkan termasuk Fitri Omar yang sudah menamatkan penggantungan empat perlawanan dan kami perlu menang untuk terus beri asakan kepada pasukan di atas," kata Sathia.

Pada pertembungan pusingan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 Januari lalu, Tentera yang kini menghuni tangga ketiga Liga Super tidak berdepan masalah untuk menang 3-0.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Suara rakyat'

Tunku Ismail terharu penyokong Johor pelbagai masyarakat bersatu beri sokongan padu

Johor Bahru: Semangat dan sokongan padu secara konsisten penyokong Johor Darul Takzim terhadap skuad bola sepak negeri berjaya menambat hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu amat terharu dengan sokongan mereka mengiringi cabaran skuad Harimau Selatan sejak kempen liga domestik bermula yang ditakrifnya sebagai cukup luar biasa.

"Saya amat berbangga dan terharu dengan sokongan dan semangat penyokong Johor kerana mereka sentiasa bersorak dan memberi sokongan padu daripada mula perlawanan sehingga tiupan wisel terakhir. Ia menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

"Secara peribadi saya gembira melihat rakyat Johor pelbagai masyarakat, bersatu memberi sokongan kepada pasukan Johor DT dan Johor dan suasana itu adalah satu penghormatan kepada pemain yang beraksi bersama Johor DT dan Johor malah akan cuba sedaya upaya menterjemahkannya dengan kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi," katanya.

Ketika aksi Liga Super berbaki lapan perlawanan lagi, Johor DT tampak memasang iltizam untuk memburu gelaran - sama ada juara liga, Piala FA atau Piala Malaysia sebagai hadiah tanda penghargaan kepada penyokong setia dalam kempen Liga Malaysia, musim ini.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Kami harus ubah segera cari angin baru: Koo-Tan

Written By Unknown on Kamis, 02 Mei 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengakui corak permainan mereka 'perlu disuntik nafas baru' dalam misi mencapai sasaran mara ke final Kejohanan Dunia di Guangzhou, Ogos ini seperti disarankan ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her sebelum ini.

"Banyak perubahan perlu dilakukan dalam corak permainan kami terutama aspek tahap keyakinan dan cara bagaimana untuk kekal fokus sepanjang perlawanan selain cara menghabiskan perlawanan lebih awal. Kami pun sudah berbincang dengan jurulatih mengenai perkara ini dan selepas Terbuka Indonesia (bulan depan) kami akan fokus terhadap persiapan ke Kejohanan Dunia.

"Apa yang menjadi masalah kami ketika ini adalah kami mudah mendapat mata tetapi dalam masa sama turut mudah memberikan mata kepada pihak lawan," kata Kien Keat ketika ditemui selepas dia dan Boon Heong mengatasi Ong Jian Guo-Teo Kok Siang 13-21, 21-13, 21-14 pada aksi pusingan pertama, Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia, semalam.

Tidak boleh lari lagi

Kim Her sebelum ini mendedahkan punca utama kekalahan Kien Keat-Boon Heong pada aksi suku akhir Terbuka India minggu lalu adalah kerana corak permainan mereka sudah dibaca pihak lawan di mana ketika itu mereka tewas buat kali ketiga kepada beregu Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang.

"Kami tewas sebab terlalu memikirkan mengenai lawan kami (Ki Jung-Sa Rang) kerana kami tidak pernah menang ke atas mereka dalam dua pertemuan sebelum ini. Kami akan cuba mengatasi masalah kami kerana mahu atau tidak kami tidak boleh lari daripadanya," kata Boon Heong.
Beregu nombor dua dunia itu tidak mempunyai pilihan selain mara ke final Kejohanan Dunia tahun ini seperti mana ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) andai tidak mahu gandingan mereka dipisahkan.

Pada aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini, mereka akan menentang beregu Indonesia, Ronald Alexander-Selvanus Geh yang mara selepas menang ke atas satu lagi pasangan negara, Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi 21-12, 21-18.

Kien Keat-Boon Heong perlu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu bagi mengelak kedudukan ranking mereka jatuh.


15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak lega TRW ke pusingan 2

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak harus orang paling lega ketika ini selepas membimbing pasukan mara ke pusingan kedua, Piala Konfederasi Asia (AFC).

Selepas dikecam dan dikritik peminat The Red Warriors tempoh hari kerana aksi yo-yo pasukan, dia berjaya menambat balik keyakinan penyokong negeri dan harus mula mengilhamkan satu congakan lebih berkesan apabila berdepan aksi pada 14 Mei ini bagi pusingan berikut.

"Saya amat gembira dengan persembahan semua pemain malam ini. Saya akui banyak kesilapan yang dilakukan pemain saya pada awal babak pertama menyebabkan pergerakan serangan sedikit perlahan.

Jadual padat diatasi

"Haris (Mohd Haris Safwan) dan Khairul (Izuan Rosli) beraksi dengan baik cuma nasib saja tidak menyebelahi mereka untuk menjaringkan gol. Saya harap untuk perlawanan seterusnya mereka dapat menjaringkan gol kerana menerusi jaringan saja dapat memberi keyakinan tinggi kepada seseorang penyerang.

"Kami sudah melepasi peringkat kumpulan malah berjaya menjadi juara Kumpulan G. Ia sangat memberi kelegaan kepada pasukan selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi dalam perlawanan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan antara Kelantan dengan Ayeyawady United, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam kelmarin.
Dalam perlawanan terakhir kumpulan anak didik Hodak menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 hasil jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi manakala gol sagu hati pelawat oleh Nay Lin Tuan.

Sementara itu, jurulatih Ayeyawady United, Marjan Sekulovski berkata, biarpun tewas beliau gembira dengan aksi anak buahnya yang bermain tanpa kelibat enam tonggak utama menentang lawan lebih baik seperti Kelantan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor masih pasang impian

Saya optimis kami melonjak ke tangga teratas Liga Perdana: Azmi

Johor Bahru: Johor tetap akan beri tentangan sengit kepada pendahulu liga, Sime Darby FC dan Sarawak sehingga ke aksi terakhir saingan Liga Perdana bagi memastikan tiket automatik ke Liga Super musim depan menjadi milik pasukan yang bergelar Merah Biru itu.

Ia disuarakan jurulatih, Azmi Mohamad yang menganggap tidak mustahil untuk Johor melakar kejutan walaupun jarak mata antara skuad Merah Biru dengan Sime Darby FC tampak agak jauh tatkala pasukan kelab dari Lembah Klang itu sudah mengumpul 36 mata manakala Johor mengutip 28 mata manakala Sarawak di tangga kedua dengan 34 mata.

Harus waspada

"Dalam bola sepak apa jua boleh berlaku dan saya optimis tidak mustahil untuk Johor melonjak ke tangga teratas liga memandangkan ada baki lapan lagi aksi liga dan pertembungan Sarawak dan Sime Darby, 10 Mei ini pasti menjadi penentu sama ada Johor mampu mengambil kesempatan dari keputusan kedua-dua pasukan itu.

"Apa pun kita juga perlu berhati-hati dalam baki perlawanan saingan liga dan elak dari keciciran mata dan saya anggap persembahan pemain ketika menewaskan NS Betaria, baru-baru ini cukup memberangsangkan malah kelibat pemain baru, Ezzaquel Gallegos beri impak kepada Johor.

"Saya anggap pemain import dari Argentina itu sudah lulus ujian selepas beraksi konsisten dan bijak merencana strategi terutama umpanan bola kepada rakan begitu menarik. Apa pun dia perlu tingkatkan lagi tahap kecergasan dan saya yakin pemain itu akan mula serasi dengan corak permainan Johor," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Gol saat kritikal'

Irfan puji ledakan Amri bantu Selangor pada detik penting

Kuala Lumpur: Tidak dinafikan nama Amri Yahya kini kerap meniti di bibir Irfan Bakti Abu Salim yang menyifatkan anak didiknya itu dapat menyumbat 'gol cantik dalam saat kritikal'.

Ketua jurulatih Selangor itu menghambur kata-kata pujian ke atas penyerang licik itu selepas menyumbat dua gol membantu skuad Merah Kuning menewaskan Tampines 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H, saingan Piala AFC di tempat lawan, kelmarin untuk mara ke pusingan kedua.

"Amri ini kadang-kadang dia tak dapat jaring gol...tapi dalam keadaan kritikal dapat membuahkan jaringan-jaringan menarik," kata Irfan, semalam.

Amri - pemain skuad Harimau Malaya - sudah menjaringkan empat gol setakat ini dalam kejohanan.

Apa pun dia menambah: "Saya juga tetap bangga dengan keseluruhan persembahan skuad Selangor biarpun kami tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama."

Sementara itu, rakan sejawatannya dari Kelantan, Bojan Hodak berwajah ceria selepas kejayaan The Red Warriors mara ke pusingan kedua selepas menjuarai Kumpulan G menewaskan Ayeyawady United 3-1 di Kota Bharu, kelmarin.

"Ia amat melegakan pada saat ini selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi sebelum ini," katanya elepas menyaksikan jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi membutirkan mata penuh pasukan.
Selangor muncul naib pendahulu Kumpulan H dan berkongsi lapan mata bersama Saigon Xuan Thanh tetapi layak dengan kelebihan jaringan sekali gus mengikuti jejak East Bengal ke pusingan kalah mati berula 15 Mei ini.

Irfan berkata, beranggapan pasukannya itu berjaya mempamerkan peningkatan walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama seperti penyerang import, Francis Forkey Doe.

Bagaimanapun dia terkilan sedikit dengan kealpaan anak buahnya melepaskan kelebihan dua gol dan membiarkan juara Liga Singapura itu menyamakan kedudukan sebelum Amri Yahyah meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

"Barisan pemain saya beraksi tanpa tekanan memandangkan mereka mengetahui pasukan lawan (Tampines Rovers) sudah tidak layak untuk mara ke peringkat seterusnya," kata Irfan. "Tetapi ada masanya mereka bermain sambil lewa menyebabkan kami yang mendahului dua gol awal, diikat oleh Tampines Rovers."


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger