Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

QPR, Reading tersingkir ke Liga Kejuaraan

Written By Unknown on Senin, 29 April 2013 | 15.23

London: Reading dan Queens Park Rangers tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Liga Kejuaraan selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 pada perlawanan membabitkan dua pasukan tercorot liga itu, malam tadi.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk menghidupkan sisa-sisa peluang untuk kekal dalam EPL, namun dengan keputusan itu Reading kembali ke Liga Kejuaraan selepas hanya semusim dalam EPL manakala pasukan berbelanja besar QPR berada dua musim di kalangan pasukan elit EPL.

Chelsea dapat 3 mata

Reading dan QPR masing-masing mengumpul 25 mata dengan berbaki tiga perlawanan, tujuh mata di belakang pasukan tiga tercorot Wigan Athletic. Aston Villa, berada satu tempat di atas zon penyingkiran dengan 34 mata dengan baki empat perlawanan.

Sementara itu, Chelsea mengukuhkan kedudukan dalam perebutan slot automatik Liga Juara-Juara musim depan apabila mengutip tiga mata menewaskan Swansea 2-0 malam tadi, dengan kedua-dua gol dihasilkan pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Oscar meledak gol pertama Chelsea pada minit ke-44 dalam aksi di Stamford Bridge, dan Frank Lampard menambah gol menerusi sepakan penalti seminit kemudian untuk golnya yang ke-201 bagi kelab itu, hanya satu gol lagi untuk menyamai rekod jumlah gol kelab berkenaan jaringan Bobby Tambling.

Lampard masuk menggantikan Oscar yang cedera, dan menjaringkan gol ke-15nya musim ini. - REUTERS


15.23 | 0 komentar | Read More

Satu mata sudah memadai: Irfan

Shah Alam: Ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan satu mata yang diperoleh ketika seri 0-0 dengan Lions XII di Stadium Shah Alam, malam kelmarin sudah memadai.

Bagi Irfan, Red Giants memiliki banyak peluang terbaik tetapi disiplin tinggi yang diperagakan pasukan dari Singapura itu ketika bertahan menjadi penghalang buat Selangor menjaringkan gol terutamanya selepas menyaksikan Francis Forkey Doe dikawal ketat pertahanan lawan.

"Memang daripada awal lagi saya sudah jangka Lions akan bertahan dengan meletakkan ramai pemain di kawasan sendiri. Tetapi saya sudah mengarahkan supaya Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar lebih banyak menghantar bola kepada penyerang daripada bahagian tepi padang.

Tiada pengganti Safiq

"Saya mahu bola dihantar kepada Forkey Doe namun lawan lebih berdisiplin ketika bertahan. Bagaimanapun, bagi saya lebih baik seri daripada kalah," kata Irfan ketika ditemui sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan Lions XII yang dikendalikan V Sundramoorthy terus kekal di puncak Liga Super dengan mengumpul 28 mata manakala Selangor di tempat keempat, ketinggalan empat mata di belakang.

Dalam masa sama, Irfan berpendapat anak buahnya gagal menyempurnakan peluang daripada situasi bola mati kerana ketiadaan pemain yang berkebolehan menyempurnakan keadaan itu.
"Memang saya akui kami tidak ada pemain yang boleh mengambil sepakan percuma. Kalau sebelum ini Safiq Rahim, tetapi dia sudah tidak bersama kami," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak yakin TRW mampu duduki tangga ketiga

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak (gambar) optimis The Red Warriors (TRW) mampu membaiki kedudukan dalam Liga Super selepas menemui semula sentuhan kemenangan dengan menundukkan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 41 tahun dari Crotia itu mengakui tugas sukar buat skuad bimbingannya untuk mengejar pasukan yang berada dalam kelompok teratas liga, tetapi menegaskan anak buahnya tidak akan mudah menyerah kalah.

"Memang saya akui Kelantan menempuh laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. Namun saya tetap yakin anak buah saya mampu menggunakan peluang yang ada dalam perlawanan akan datang untuk sekurang-kurangnya berada pada kedudukan tiga teratas.

"Kemenangan malam ini (kelmarin) boleh dikatakan sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus bangkit mencipta kemenangan.

Nwakaeme cedera

"TRW perlu terus mempamerkan aksi lebih baik dalam perlawanan berikutnya, malah kelemahan yang ada pada masa ini akan dibaiki sebelum menentang pasukan Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC, di sini Selasa ini," katanya semalam.

Bojan berkata, masalah keletihan kerana jadual padat masih membelenggu pemain menyebabkan mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar dan cedera seperti dialami Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan sebaik bermula babak kedua.
"Pemain masih belum mempamerkan aksi sebenar dalam beberapa perlawanan sebelum ini kerana tidak mempunyai rehat yang cukup. Nwakaeme mengalami kecederaan dan sebab itu saya gantikan dengan Farhan (Mohd Norfarhan Mohamad) kerana tidak mahu mengambil risiko," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Yob undang padah!

Tindakan penyokong serbu ke dalam padang jadi perhatian FAM

Kuala Lumpur: Kemenangan bergaya ke atas Johor Darul Takzim (DT) 3-0 di Stadium TLDM, Lumut malam kelmarin mungkin terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh Perak gara-gara tindakan penyokong mereka menyerbu masuk ke dalam padang bagi meraikan gol bersama pemain import, Paolo Rangel.

Ini kerana tindakan yang boleh mengancam keselamatan itu mungkin menyebabkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikenakan denda atau larangan beraksi di depan penyokong sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu," Datuk Taufek Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM


Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak enggan mengulas kerana masih belum mendapat laporan insiden itu, sebaliknya menasihatkan penyokong jangan berterusan menghukum persatuan sendiri dengan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kelab atau negeri didenda.

Menurutnya, FAM seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan persatuan negeri dengan denda atau larangan bermain di depan penyokong, tetapi jika berlaku insiden yang boleh mengancam keselamatan, badan induk itu terpaksa bertindak tegas.

"Kita sedang menuju era bola sepak profesional, jadi selain pengurusan liga, peminat juga perlu bersikap ke arah itu," kata Taufek ketika dihubungi semalam.

"Sekarang ini masih ada beberapa lagi kes yang belum dibicarakan, dan semalam (kelmarin) saya diberitahu ada insiden lagi dalam saingan Liga Super (penyokong Perak menyerbu masuk padang)," katanya.
Menurut Taufek antara kes yang belum dibicarakan ialah insiden pergaduhan antara pemain Selangor dan FELDA United di Stadium Shah Alam 13 April lalu serta perlawanan suku akhir Piala FA antara Sarawak dan Kelantan yang terhenti kira-kira 20 minit akibat gangguan penyokong di Stadium Negeri, Kuching. "Semua kes akan dibicarakan selepas Pilihan Raya Umum nanti."

Tanggung akibat

Sementara itu, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kesal dengan tindakan segelintir penyokong dan mengakui pihaknya kini perlu menanggung akibat dengan tindakan liar mereka itu.

"Kami tidak menjangka insiden itu akan berlaku kerana sebelum ini penyokong Perak tidak pernah bertindak liar. Kelab penyokong perlu mengawal tingkah laku mereka supaya tidak terlalu emosional. Saya faham perasaan penyokong yang terlalu gembira, namun atas alasan apapun mereka tidak sepatutnya menyerbu masuk ke dalam padang," katanya.

Katanya, PAFA sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengadakan kawalan di sekeliling stadium semasa perlawanan itu tetapi tidak mampu menghalang tindakan penyokong.

"Kami kini hanya menunggu surat dari FAM mengenai insiden itu dan terpaksa akur dengan keputusan badan induk itu," katanya.

Dalam kejadian itu, segelintir penyokong di penjuru kiri bertentangan dengan tempat duduk utama stadium melompat pagar paras pinggang dan menyerbu masuk ke dalam padang kerana terlalu teruja dengan jaringan kedua Rangel pada minit ke-66.

Sebelum itu, pemain import baru berkenaan turut meledak pada minit 12 dan 88.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rodgers berang tuduh FA hipokrit

Written By Unknown on Sabtu, 27 April 2013 | 15.23

Liverpool: Brendan Rodgers menuduh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sebagai hipokrit kerana cuba menyingkirkan Luis Suarez dengan hukuman tidak munasabah.

Penyerang Liverpool itu digantung 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Hukuman lebih bersifat individu berbanding insiden. Itu pendapat saya, kata Rodgers. Memang ia tindakan ganas - kelab mengakuinya, Luis juga mengakuinya dan akur dia perlu dihukum.

Memang kelakuannya kurang menepati prinsip kelab, tetapi tidak bermakna kami sedia menyingkirkannya. Apa yang berlaku ialah dia dihukum dengan tiada niat untuk membantunya menjadi lebih baik. Itu yang amat mengecewakan.

Pada 2006, Jermain Defoe dari Spurs terlepas hukuman dengan hanya menerima kad kuning selepas menggigit pemain West Ham, Javier Mascherano, manakala Sean Hessey dari Chester digantung lima perlawanan atas kesalahan sama ke atas Liam Dickinson (Stockport).

Perdana Menteri turut komen

Seorang pemain digantung lima perlawanan dan seorang lagi tidak dibuang padang atau dikenakan tindakan lain. Dia kemudian menjaringkan 18 gol musim itu, 17 selepas insiden berkenaan dan kemudian dipanggil mewakili England, kata Rodgers.
Rodgers turut yakin Suruhanjaya Bebas yang dibarisi tiga individu dalam menangani kes berkenaan pasti dipengaruhi mana-mana pihak untuk mengenakan hukuman berat ke atas Suarez.

FA sebelum ini menyatakan hukumannya lebih daripada tiga perlawanan, jadi ia sudah mempengaruhi keputusan yang belum dibuat. Kemudian bekas pemain, malah Perdana Menteri menyatakan pendapat mereka.

Jika tokoh berprofil tinggi mengeluarkan kenyataan sebegitu, tidak ragu-ragu lagi pasti berat sebelah. Itu sifat semula jadi manusia.
Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Conti, Fauzi julang Tok Gajah

Kuantan: Tiga mata diidamkan Pahang jelas menjadi satu kenyataan apabila skuad bimbingan Dollah Salleh itu merencanakan kemenangan penting menewaskan FELDA United 2-0 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Kejayaan bernilai itu membantu skuad Tok Gajah mengumpul 23 mata daripada 14 perlawanan, namun belum cukup untuk mengejar pendahulu Liga Super, Lions XII yang selesa dengan 27 mata.

Tuan rumah terpaksa menunggu minit ke-25 untuk mendahului pelawat menerusi tandukan penyerang import Argentina, Matias Conti yang menewaskan penjaga gol lawan, Rozaimie Rohim.

Pelawat pulang putih mata

Gol berkenaan jelas memberi kekuatan dan semangat buat anak buah Dollah menambah jaringan dengan lawan dikendali K Devan terus berusaha mendapatkan gol penyamaan.

Kehadiran penyerang import baru dari Haiti, Leonel Saint Preux gagal menyelesaikan masalah ketajaman jentera serangan FELDA United apabila beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan.

Bersambung babak, pelawat mula mengawal permainan dan menggandakan asakan, tetapi kekentalan barisan pertahanan diketuai Damion Stewart dan kecemerlangan penjaga gol, Khairul Azhan Mohd Khalid membuat FELDA pulang berputih mata.
Pada minit ke-65, penyerang berbisa Pahang, Mohd Fauzi Roslan menambah derita pelawat seterusnya melengkapkan gol kedua buat tuan rumah.


15.23 | 0 komentar | Read More

Forkey Doe beri Selangor inspirasi

Shah Alam: Tonggak import, Francis Forkey Doe dijangka bakal kembali memperkuatkan Selangor dalam misi meranapkan rekod tanpa kalah Lions XII pada pertembungan penting, Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menurut jurulatih Red Giants, Irfan Bakti Abu Salim, berdasarkan perkembangan terbaru, penyerang itu akan diturunkan untuk memperkuatkan barisan depan pasukan.

Griffiths beraksiKami akan terus pantau keadaan Forkey Doe. Dia baru pulih daripada kecederaan dan daripada apa yang dilihat dia tidak menghadapi masalah untuk bermain pada perlawanan menentang Lions XII esok (malam ini).

Peminat juga boleh menyaksikan aksi pertama import pertahanan baru, Adam Griffiths dan selebihnya saya menaruh kepercayaan kepada pemain tempatan yang semakin menunjukkan keserasian, katanya ketika ditemui pada sesi latihan kelmarin.

Semangat juara Piala Malaysia 32 kali itu pasti membuak-buak untuk menjadi pasukan pertama mengalahkan lawan dari Singapura itu selepas kebal dalam lapan perlawanan terakhir Liga Malaysia (Liga-M).

Kali terakhir anak didik V Sundramoorthy tewas ialah pada 26 Januari iaitu 0-1 kepada Selangor PKNS pada pertembungan Liga Super.


15.23 | 0 komentar | Read More

Muslihat Safiq!

Johor Bahru: Nampaknya Fandi Ahmad mengerti peranan Safiq Rahim pada saat penting ini untuk melonjak mereka selaku pendahulu Liga Super.

Selepas memanaskan bangku simpanan pada dua perlawanan lalu, kapten skuad Harimau Malaya itu akan dilepaskan ketua jurulatih Johor Darul Takzim untuk turun ke gelanggang menentang Perak di Stadium Lumut, malam ini.

Segala-galanya terarah kepada usaha meraih tiga mata sambil mengharapkan pendahulu liga, Lions XII bakal tersembam di Stadium Shah Alam apabila menentang Selangor pada waktu yang sama.

Elemen tuah

Elemen tuah juga memainkan peranan untuk Safiq selepas pemain import, Andre Francisco Da Silva masih mengalami kecederaan otot paha kiri dan tidak dapat diturunkan. Jadi, pemain tengah ini dinilai pengganti terbaik.

"Safiq akan beraksi dalam kesebelasan utama esok (malam ini). Kita perlu lihat situasi perlawanan kerana tiga mata amat penting di tempat lawan dan kami tidak boleh mencicirkan mata.

"Malah dalam setiap perancangan kita perlu berhati-hati dengan corak permainan lawan yang pasti tidak mahu mengalah di tempat mereka sendiri,h katanya.
Fandi tidak menafikan betapa penting fungsi Safiq untuk skuad Harimau Selatan menjana jentera tengah untuk membantu barisan serangan diterajui Norshahrul Idlan Talaha dan Leonel Nunez.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Misi Chong Wei gegar Delhi

Written By Unknown on Rabu, 24 April 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Dalam misi untuk menebus detik kecewa kecundang dalam final tahun lalu, pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah untuk merampas semula gelaran Terbuka India yang dimenanginya pada 2011 tanpa kehadiran pemain utama dari China.

Laluan selesa

Laluan Chong Wei untuk memenangi kejuaraan yang menawarkan keseluruhan wang tunai AS$200,000 (RM611,400) itu lebih selesa apabila pemain pilihan kedua dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro menarik diri daripada kejohanan di saat akhir.

Pada Kejohanan Siri Super yang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi bermula hari ini, Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke final dengan perlawanan pertama, hari ini dijangka mudah menewaskan pemain Ireland, Scott Evans.

Chong Wei dijangka menentang Wong Wing Ki pada pusingan kedua sebelum bertemu pemain pilihan kelima dari India, Kashyap Parupalli atau juara Olimpik Athens, Taufik Hidayat dari Indonesia pada suku akhir.

Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang sepatutnya beraksi dalam pusingan kelayakan semalam, mendapat laluan automatik ke perlawanan pusingan pertama hari ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sony.

Kejohanan kali ini juga terarah kepada beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang masih belum menamatkan kemarau kejuaraan selain gandingan kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang belum meraih kejuaraan di pentas senior.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga dilihat tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk memperoleh kejuaraan tanpa kehadiran beregu dari China.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gol Adib buka pintu buat Selangor

Shah Alam: Rembatan padu bek kiri, Adib Aizuddin Latif pada masa kecederaan menghasilkan gol penyamaan Selangor untuk mengikat East Bengal 2-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi, sekali gus menghidupkan semula peluang Selangor untuk mara ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2013.

Selepas lima perlawanan Kumpulan H, Selangor kekal di tangga ketiga dengan lima mata, di belakang East Bengal (11 mata) dan Sai Gon Xuan Thanh (8 mata). Tampines tercorot dengan dua mata.

Untuk layak, Selangor perlu menewaskan Tampines pada aksi terakhir di Stadium Jalan Besar, Selasa depan sambil mengharapkan East Bengal menewaskan Sai Gon di Kolkata.

Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim hanya menurunkan barisan kedua tanpa Norazlan Razali, Nasriq Baharom, Francis Forkey Doe dan Afiq Azmi yang cedera manakala Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, S Kunanlan, Solihin Kanasian dan S Veenod di bangku simpanan.

Adib penyelamat

East Bengal menggegar dulu apabila mendahului pada minit ke-22 menerusi rembatan Penn Orji dan pelawat terus selesa dengan gol kedua pada minit ke-53 menerusi rembatan Lalrindika Ralte yang gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli.

Namun, East Bengal terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-78 selepas penyerang gantian, Manandeep Singh yang baru empat minit dimasukkan melakukan terjahan keras terhadap Kunanlan dan tidak sampai seminit kemudian, Selangor berjaya merapatkan kedudukan 2-1 menerusi gol rembatan cantik Shukur Jusoh dari luar kotak penalti.
Usaha berterusan Selangor mencari gol penyamaan berhasil apabila sepakan percuma Amri pada masa kecederaan berjaya disudahkan menerusi rembatan kencang menarik Adib Aizuddin dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan 2-2.


15.23 | 0 komentar | Read More

Red Warriors merah padam

Kuala Lumpur: Wakil negara, Kelantan menerima aib paling besar dalam sejarah penyertaan mereka di pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila dibelasah Maziya S&RC dari Maldives 6-1 di Stadium Rasmee Dhandu, semalam.

Daripada keputusan memalukan itu, The Red Warriors perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan mampu dicapai pada aksi terakhir Kumpulan G menentang Ayeyawady United, Selasa depan kerana persaingan tiga pasukan bersama Maziya dan SHB-Da Nang (Vietnam) kembali terbuka untuk cuba merebut dua slot ke pusingan kedua.

Di awal permainan Bojan Hodak seperti tidak ada sebarang tekanan dengan mengambil keputusan merehatkan beberapa pemain utama namun faktor itu tidak pernah merencatkan kemampuan pasukan sebaliknya berjaya mendahului perlawanan seawal minit ke-7 menerusi Haris Safwan Mohd Kamal.

Beraksi 10 pemain

Ketika dilihat bijak mengatur serangan, The Red Warriors kembali tertekan apabila terpaksa beraksi 10 orang pemain selepas Zamri Ramli dilayangkan dua kad kuning dan kesempatan itu pantas disambar Rasheed Ahmed yang meletakkan kedudukan seimbang untuk menamatkan separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Bagaimanapun, Maziya hanya memerlukan 11 minit untuk mendapatkan gol kedua hasil ledakan Abdulla Asadhulla sebelum Easa Ismail terus menghukum kealpaan Kelantan dengan jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-76.

Ketinggalan 3-1 seakan mula melunturkan semangat melawan Kelantan sebaliknya ia memberi tenaga tambahan buat Maziya untuk menambah tiga lagi gol dalam tempoh enam minit menerusi Adhuham Hassan pada minit ke-82 dan m-84 serta Imran Ali (m-86).


15.23 | 0 komentar | Read More

FELDA ada helah perangkap Pahang

Kuantan: Kapten FELDA United, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain mengakui peluang skuadnya untuk mencatat kemenangan ke atas Pahang sebagai 50-50 apabila bertandang ke Stadium Darulmakmur, Jumaat ini.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata, perubahan skuad kendalian Dollah Salleh terutama kemasukan dua pemain import baru antara faktor kekuatan lawannya itu.

Saya perhatikan pada pusingan kedua Liga Super menyaksikan Pahang memiliki kekuatan di semua bahagian terutama kehadiran Matias Conti dan Damion Stewart.

Sebab itu saya jangkakan perlawanan Jumaat ini sengit dan memerlukan semua pemain bekerja keras untuk menahan asakan tuan rumah tetapi pada masa sama perlu menjaringkan gol, katanya semalam.

Kemaskan segera jentera

Jika dilihat keputusan perlawanan minggu lalu, kedua-dua pasukan gagal meraih mata apabila FELDA United tewas 1-2 kepada Terengganu manakala Pahang tunduk 0-1 kepada Johor Darul Takzim (DT).

Kaironnisam mahu rakan sepasukan mengemaskan jentera pasukan menyekat Pahang yang diakui beraksi baik di hadapan penyokong sendiri.
Pahang memang memiliki kelebihan apabila beraksi di gelanggang mereka tetapi kami tidak akan membenarkan lawan meraih sebarang mata biarpun mereka ada pemain mantap.

Jika setiap pemain dapat mempamerkan aksi terbaik dan tidak melakukan kesilapan mudah, kejayaan akan memihak kepada FELDA United, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Vettel gah kekal kejuaraan GP Bahrain

Written By Unknown on Senin, 22 April 2013 | 15.23

Manama (Bahrain): Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain buat kali kedua berturut-turut malam tadi, dan sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kategori pemandu dengan kelebihan 10 mata selepas mengharungi empat perlumbaan.

Pemandu kelahiran Jerman berusia 25 tahun itu merakamkan masa 1 jam 36 minit 00.498 saat mengatasi Kimi Raikkonen dari Lotus di tempat kedua dengan kelebihan 9.1 saat, sekali gus merekodkan gelaran juara keduanya musim ini dan ke-28 sepanjang karier.

Dalam perlumbaan yang berlangsung tanpa kemalangan besar dan tidak terganggu dengan protes anti-kerajaan dan rusuhan awam di tempat lain, seorang lagi pemandu Lotus, Romain Grosjean menamatkan saingan di tempat ketiga bagi menyamai keputusan podium musim lalu.

Hamilton tempat kelima

Pemandu Force India, Paul di Resta mempamerkan pemandu konsisten apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Lewis Hamilton yang bersaing hebat dengan rakan sepasukan Vettel, Mark Webber kelima.

Setakat ini, Vettel kekal sebagai pendahulu kategori pemandu dengan 77 mata diikuti Raikkonen yang turut merekodkan kejayaan mengutip mata sepanjang 21 perlumbaan berturut-turut. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Sathia kesal penganjur tidak sedia padang

Johor Bahru: Nada kecewa terpacul daripada mulut jurulatih Tentera B Sathianathan, bukan akibat kekalahan 1-3 skuad bimbingannya kepada Lions XII kelmarin, sebaliknya kegagalan pihak bertanggungjawab menyediakan padang latihan di Stadium Jalan Besar sebelum perlawanan.

"Agak malang apabila kami tidak dapat berlatih sebelum perlawanan. Ikut peraturan kami sepatutnya diberi peluang berlatih di Stadium Jalan Besar, tetapi atas sebab yang saya pun tidak tahu puncanya, maka kami tidak dibenarkan berlatih di padang rumput tiruan.

"Mereka ada menyediakan padang latihan, tetapi padang berkenaan tidak sama dengan Stadium Jalan Besar. Jadi, kami ambil keputusan tidak menjalani latihan. Mungkin musim depan kami perlu datang lebih awal seminggu sebelum perlawanan untuk berlatih di padang itu," katanya.

Sundramoorthy kagum

Pengendali skuad The Gladiators itu mengakui padang rumput tiruan berkenaan menimbulkan masalah kepada pemainnya apabila gagal beraksi dengan konsisten dan kesempatan itu diambil Lions XII untuk mencipta kemenangan.

Apapun, Sathianathan tidak panik dengan kekalahan itu apabila menyifatkan peluang Tentera masih terbuka untuk bangkit dan berusaha mengejar Lions XII yang kini selesa menerajui takhta Liga Super selepas mengutip 27 mata.

Sementara itu, pengendali Lions XII, V Sundramoorthy kagum dengan persembahan anak didiknya ketika dua tonggak utama, Baihakki Khaizan dan Safuwan Baharuddin tidak dapat beraksi akibat penggantungan namun kesebelasan yang diturunkan mempamerkan aksi terbaik untuk catat kemenangan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Azraai kecewa prestasi pemain

Ipoh: Kesabaran Mohd Azraai Khor Abdullah semakin terhakis berikutan persembahan di bawah tahap sebenar beberapa anak buahnya ketika mereka tunduk 2-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang kelmarin.

Justeru, Azraai bertekad mengambil tindakan drastik ke atas pemain berkenaan termasuk menyisihkan mereka dalam usaha memastikan nasib Perak tidak bertambah buruk terutama apabila turun melayan kunjungan Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu ini.

Persembahan Perak sungguh mengecewakan. Kami bermain di bawah tahap sebenar. Saya sungguh kecewa dengan persembahan beberapa pemain. Cara mereka bermain memang kami tidak layak untuk menang.

Ini sudah perlawanan ke-13, tetapi selepas diberi peluang mereka masih gagal memberikan persembahan yang diharapkan. Saya sudah memberi teguran beberapa kali, tetapi malangnya nasihat saya itu nampaknya tidak diendahkan, katanya semalam.

Tetap di Lumut

Sementara itu, hasrat penyokong Perak menyaksikan perlawanan antara pasukan itu menentang JDT di Stadium Perak Sabtu ini tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) memutuskan pertembungan berkenaan tetap diadakan di Stadium TLDM, Lumut.

Ini kerana PAFA tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang pemeriksaan terhadap Stadium Perak tidak dapat dijalankan pada 26 April ini sekali gus menyebabkan badan induk itu didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan JDT akan mendapat kemenangan percuma.
PAFA bimbang faktor luar jangka seperti keadaan cuaca dan masalah teknikal berlaku menyebabkan ujian ditunda. Sekiranya ini berlaku PAFA menanggung akibat termasuk dikenakan denda oleh FAM kerana gagal menyediakan gelanggang perlawanan mengikut jadual dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma, kata Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazmi berpeluang sertai Harimau Muda lebih awal

Kuala Lumpur: Perancang muda PKNS, Nazmi Faiz Mansor mungkin berpeluang kembali bersama pasukan lamanya, Harimau Muda lebih awal sekiranya dia meneruskan aksi cemerlangnya dalam kancah Liga Super musim ini.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang mengikuti perkembangan pemain itu dari kem latihan di Slovakia berkata, dia bangga dengan peningkatan pemain yang pernah berkelana ke Portugal itu dan mengharapkan Nazmi terus mempamerkan aksi konsisten.

Satu perkembangan positif, tetapi dia perlu konsisten dan kemungkinan saya akan memanggilnya untuk Pesta Bola Merdeka nanti, kata Kim Swee ketika ditanya berkenaan prestasi cemerlang Nazmi bersama PKNS.

Saya tidak pernah menutup pintu buat Nazmi atau mana-mana pemain muda lain yang mempunyai potensi untuk bersama skuad muda kebangsaan. Seperti Nazmi kita tahu kemampuannya di peringkat antarabangsa, begitu juga Zubir Azmi dan beberapa pemain lain dari negeri dan kelab.

Pamer peningkatan

Saya tidak terlalu risaukan kemampuan pemain yang pernah bersama kita, tumpuan kini ialah memastikan pemain baru yang ada sekarang dapat mencapai kemuncak prestasi menjelang Sukan SEA di Myanmar Disember nanti.

Sejak menjalani kem latihan di Slovakia sebulan lalu, Kim Swee mengakui keputusan perlawanan persahabatan tidak begitu memberangsangkan, tetapi ada peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
Untuk beberapa pemain baru seperti Nuri (Nurridzuan Abu Hassan), Kenny (Palraj), Hazwan Rahman, Amir (Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris), Adam (Nor Azlin) dan Saiful Ridzuwan (Selamat), intensiti perlawanan di sini masih baru buat mereka, kata Kim Swee.

Namun kita di arah yang lebih baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, dan gandingan antara pemain lama dan baru untuk mengadaptasi bukan saja intensiti, tetapi cabaran fizikal dan mental juga menunjukkan peningkatan.

Kita masih di peringkat awal dan saya percaya kita bakal berdepan banyak lagi cabaran dalam perlawanan akan datang. Cuma yang sedikit merisaukan saya adalah masalah kecederaan yang semakin bertambah.


15.23 | 0 komentar | Read More

Impian gelaran ABC berakhir

Written By Unknown on Minggu, 21 April 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Hajat menyaksikan wakil negara beraksi di pentas final Kejohanan Badminton Asia di Taiwan hari ini tidak kesampaian apabila cabaran Chong Wei Feng dan pasangan Goh V Shem-Lim Khim Wah terkandas dalam saingan separuh akhir, semalam.

Wei Feng, 26, jelas gagal menandingi kehebatan bintang sensasi muda China, Chen Long yang menjuarai Seluruh England bulan lalu dengan menewaskan Lee Chong Wei apabila tewas 17-21, 15-21 dalam 47 minit.

Kekalahan itu adalah ketiga dialami Wei Feng yang kini menduduki ranking ke-15 dunia kepada pemain nombor dua dunia berusia 24 tahun itu.

Harapan tinggi yang disandarkan ke atas V Shem-Khim Wah untuk bangkit menebus kekecewaan Wei Feng itu tidak tergalas oleh mereka apabila tunduk kepada pilihan pertama dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae 17-21, 16-21 dalam tempoh 36 minit.


15.23 | 0 komentar | Read More

Syafiq dinobat juara kebangsaan

Kuala Lumpur: Selepas memperoleh gelaran Kejohanan Bowling Antara Negeri Ke-26 Khamis lalu, Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek meneruskan rentak kecemerlangan untuk memperoleh gelaran juara kebangsaan buat kali kedua sejak 2009.

Juara Piala Dunia Qubica AMF, tahun lalu bermula goyah pada pusingan separuh akhir Kejohanan Bowling Kebangsaan Ke-37 di Sunway Mega Lanes, semalam apabila sekadar memperoleh 179 pin untuk menewaskan Rafiq Ismail dengan hanya perbezaan lima pin bagi menempah tempat ke final menentang Zulmazran Zukifli.

"Saya tidak selesa dengan keadaan lorong pada separuh akhir dan saya memperoleh kembali rentak pada final apabila menggunakan bola yang berbeza.

Mula rasa gementar

"Saya berpuas hati apabila kali ini memperoleh mata yang lebih baik berbanding semasa menentang Zulmazran pada final 2009 kerana saya fokus 100 peratus melawan pemain berpengalaman sepertinya," kata Syafiq yang beraksi cemerlang dalam final kedua apabila mencatat 264 pin berbanding Zulmazran, 196 untuk membawa pulang trofi dan RM7,000.

Kategori wanita menyaksikan Zatil Iman Abdul Ghani menewaskan pemain lebih berpengalaman, Shalin Zulkifli 233-208 pin bagi memperoleh gelaran kebangsaan sulung.

"Mula-mula terasa gementar tapi apa pun kejayaan ini adalah permulaan baik untuk saya selepas kali terakhir memperoleh gelaran kali terakhir pada Terbuka Kuala Lumpur, September lalu," kata Zatil. - Oleh Jumiati Rosly


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazmi, Chmelo buat Red Warriors merana

Kuala Lumpur: Kehadiran dua pemain baru, Nazmi Faiz Mansordan Roman Chmelo dianggap memberi nafas baru kepada PKNS FC mengharungi baki saingan pusingan kedua Liga Super tatkala keletihan mengharungi jadual padat Liga Super, Piala FA dan Piala AFC semakin menjejaskan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan.

"Pemain mempamerkan persembahan baik, cuma kami tertidur pada 10 minit pertama dan terlalu menghormati Kelantan. Tapi kami bernasib baik bertemu Kelantan yang dalam keadaan letih selepas mengharungi banyak perlawanan.

"Cuma kemenangan (2-1) ini terpaksa dibayar mahal kerana Patrick (Ronaldinho Wleh) dilayangkan kad merah (pada minit ke-86) dan ia akan beri kesan besar untuk dua perlawanan berikutnya (bertemu Tentera dan T-Team)," kata jurulatih PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim ketika ditemui selepas perlawanan.

Hodak minta penyokong faham

Selepas 13 perlawanan, PKNS FC mengumpul 18 mata manakala Kelantan 14 mata
Sementara itu, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mahu penyokong The Red Warriors lebih faham mengenai keadaan fizikal pemain yang memang lesu selepas mengharungi lapan perlawanan dalam tempoh empat minggu.

"Pemain sudah beri yang terbaik dan penyokong perlu faham. Saya akan rehatkan beberapa pemain untuk tidak dibawa ke Maldives bagi perlawanan Piala AFC (bertemu Maziya), Selasa ini," kata Hodak.


15.23 | 0 komentar | Read More

Lions XII benam Tentera, rampas status pendahulu

Singapura: Lions XII kembali merampas takhta liga daripada Johor Darul Takzim yang hanya mampu berada di persada dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas menang 3-1 ke atas Tentera pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Ia kemenangan ketujuh buat skuad kendalian V Sundramoorthy bagi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah beraksi di laman sendiri untuk mengumpul 27 mata apabila memiliki kelebihan beraksi di padang rumput tiruan ketika pasukan lawan bagaikan mengalami 'mimpi ngeri' selepas tidak mampu mengimbangi kekuatan Lions XII.

Tuan rumah hampir mencemaskan pintu gol skuad The Gladiators menerusi gerakan pantas Nazrul Nazari pada minit ke-16 yang melintangkan bola gagal dikeluarkan Amiridzwan Taj Tajuddin menyaksikan kapten Shahril Ishak merembat leret tepat ke pintu gol namun sempat dikuis keluar penjaga Mohd Farizal Harun.

Gladiators rapatkan jurang

Serangan pantas tuan rumah pada minit ke-27 menyebabkan benteng pertahanan The Gladiators bagai terpaku di kawasan kotak penalti apabila bola lorongan deras Shahril mudah ditampan Shahfiq Ghani menewaskan Mohd Farizal untuk meletak Lions XII selesa di depan.

Sebaik babak kedua bermula, Tentera mula menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-59 gol yang dicari menjelma selepas Marlon yang tidak dikawal mudah menolak bola ke gawang tuan rumah untuk merapatkan jurang gol.

Namun, Lions XII menambah derita ATM apabila Shahfiq mencipta gol kedua peribadi pada minit ke-71 selepas bola sepakan lencong dari luar kotak penalti memerangkap Mohd Farizal yang tidak berdaya untuk menghalang bola dari menerjah jaring dan keputusan 3-1 sudah cukup untuk tuan rumah melonjak ke tangga teratas liga.


15.23 | 0 komentar | Read More

PKNS ‘tetak’ Pahlawan Merah

Written By Unknown on Sabtu, 20 April 2013 | 15.23

Kelantan kalah kali kelima saingan Liga Super musim ini

Shah Alam: PKNS FC 'menghadiahkan' Kelantan kekalahan kelima musim ini selepas menewaskan juara bertahan itu 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kelantan bagaimanapun terlebih dulu di hadapan seawal minit keenam menerusi penyudah kemas bekas pemain kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani selepas menerima hantaran Faiz Subri dari sebelah kiri.

Namun percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak melakukan dua pertukaran serentak sebaik babak kedua bersambung – memasukkan Dickson Nwakaeme dan Farisham Ismail bagi menggantikan Khairul Izwan Rosli dan Zamri Ramli memakan diri.

PKNS FC menyamakan kedudukan pada minit ke-51 hasil rembatan pemain import baru mereka, Roman Chmelo di dalam kotak penalti selepas menerima hantaran bekas pemain kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor.

Ronaldinho kena kad merah

Kelantan memasukkan Nor Farhan Muhammad menggantikan Faiz pada minit ke-70 untuk mencari gol, sebaliknya PKNS FC pula berjaya mendahului 2-1, dua minit kemudian menerusi sepakan percuma cantik Fauzan Dzulkifli yang gagal digapai penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketiadaan Shakir Shaari ternyata menjejaskan barisan tengah Kelantan apabila K Nanthakumar tidak banyak berfungsi untuk membantu Badhri Radzi sekali gus membuatkan penjaga gol PKNS FC, Remezey Che Ros lebih berehat sepanjang babak kedua.
PKNS FC kendalian Abdul Rahman Ibrahim terpaksa beraksi 10 pemain selepas penyerang importnya, Patrick Ronaldinho Wleh dilayangkan kad merah kerana menyiku Obinna Nwaneri pada minit ke-86, namun Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan itu untuk mendapatkan gol penyamaan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Negeri Sembilan buat Selangor pulang gigit jari

Seremban: Negeri Sembilan membuat Selangor gigit jari apabila menyekat kemaraan pelawat itu dengan keputusan seri 0-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Keputusan ini harus membuat anak didik Irfan Bakti Abu Salim kecewa kerana hadir dengan impian besar mahu menuai mata penuh dan memintas pendahulu liga, Lions X11 tapi akur skuad Rusa juga sama hebat dalam saingan kira-kira 1,000 penyokong.

Sebaliknya, status pendahulu itu milik Johor Darul Takzim yang mengatasi Pahang 1-0 di laman sendiri dan mampu terus kekal andai Lions X11 gagal mengatasi Tentera, malam ini.

Kubu tuan rumah nyaris bolos akibat kesilapan pertahanan pada minit ke-36, namun penyerang Selangor, Amri Yahya gagal memanfaatkan peluang itu apabila sepakannya tidak menepati sasaran.

Rembatan Shakir kena palang

Minit ke-44, Mohd Firdaus Azizul yang turun menggantikan Leandro Barbosa Fabio hampir meletakkan Negeri Sembilan di depan, tetapi bola sepakan lambungnya sedikit tersasar.
Selepas rehat, anak buah Divaldo Alves memperkemaskan semula barisan dan sandaran utama mereka, Ahmad Shakir Md Ali hampir melegakan penyokong tuan rumah tetapi sepakan derasnya daripada luar kotak penalti terkena palang.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor DT rampas takhta liga

Nunez sekali lagi muncul wira jaring gol tunggal kemenangan

Johor Bahru: Johor Darul Takzim kembali merampas takhta liga daripada Lions XII hasil jaringan tunggal yang cantik pemain import, Leonel Nunez pada babak kedua apabila menewaskan Pahang 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Sebelum perlawanan bermula, perubahan taktikal terpaksa dilakukan pengendali skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad pada saat akhir apabila Andre Francisco Da Silva dikeluarkan daripada senarai pemain biarpun pada awalnya menjalani latihan pemanas badan namun mengalami kecederaan dan tempatnya diganti oleh Nurul Azwan Roya yang beraksi dalam kesebelasan utama.

Serangan bertali arus tuan rumah nyata mengundang resah buat skuad Tok Gajah apabila dihadiahkan sepakan percuma dari jarak 25 meter dan Nunez yang ditugaskan mengambil sepakan itu merembat kencang tepat ke pintu gol namun Khairul Azhan bersedia menangkap bola kemas.

Tuan rumah terkejut

Bagaimanapun, tuah rumah hampir dikejutkan dengan serangan balas pelawat pada minit ke-24 selepas Azamuddin Akil pantas merampas bola dan melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti menggegar tiang gol ketika penjaga gol, Muhd Al-Hafiz Hamzah sudah tertewas.

Terdesak mencari gol, Fandi membuat rombakan menguatkan jentera serangan apabila memasukkan Safee Sali menggantikan Nurul Azwan dan pemain kebangsaan itu hampir membuka jaringan pada minit ke-33 namun bola tandukan sekadar sipi dari gawang gol.
Sebaik babak kedua bermula, sentuhan Latin dimiliki Nunez nyata berbisa apabila menjaringkan gol pada minit ke-46 berpunca dari lorongan Norshahrul Idlan Talaha menyaksikan pemain Argentinos Juniors itu merembat kencang memperdayakan Khairul Azhan.

Ketika aksi memasuki minit ke-83 tuan rumah sepatutnya menambah jaringan namun K Thanaraj yang hanya berdepan dengan Khairul Azhan sekadar merembat bola melepasi palang gol selepas menerima umpanan Nunez.


15.23 | 0 komentar | Read More

FELDA 'tambat' Safiq

Tapi sumber pengurusan Johor DT nafi mahu lepaskan pemain perancang

Jodoh kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim bersama pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (DT) nampaknya hanya bertahan setengah musim apabila pemain tengah 26 tahun itu bakal menyertai FELDA United sebelum tutupnya pintu perpindahan kedua Liga Super, Isnin ini.

Andai benar berlaku, Safiq bakal menjadi pemain kedua 'dibebaskan' Johor DT pada pintu perpindahan kedua sejak 8 April lalu selepas bek kiri, Azmi Muslim turut menyertai FELDA United dan sudah pun membuat penampilan sulung ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Setiausaha Kehormat FELDA United, Kamarruddin Mohamad berkata, pihaknya memang berminat mendapatkan khidmat Safiq bagi memantapkan pasukan tetapi urusan rundingan mendapatkannya belum dimuktamadkan.

Beli terus atau pinjaman

"Masih dalam perbincangan sama ada pihak Johor DT membenarkan kami untuk membeli terus Safiq atau hanya mendapatkannya secara pinjaman. Tapi secara dasarnya, memang kami berminat mendapatkan Safiq," kata Kamarruddin ketika dihubungi, semalam.

Namun, pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), semalam memberi gambaran berbeza bahawa Safiq tidak akan berpindah sebaliknya kekal bersama skuad Harimau Selatan.
"Johor Darul Takzim masih perlukan khidmat Safiq dan dia kekal bersama pasukan itu," menurut sumber persatuan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tukar formasi bawa tuah

Written By Unknown on Kamis, 18 April 2013 | 15.23

Harimau Selatan berwajah baru kian hampiri sasaran raih satu trofi

Johor Bahru: Perubahan formasi oleh Fandi Ahmad untuk mencari kesesuaian sepasukan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin jelas membutirkan hasil lumayan buat Johor Darul Takzim (DT) layak ke separuh akhir Piala FA, musim ini.

Kini, skuad bergelar Harimau Selatan yang berwajah baru kian menghampiri sasaran memenangi sekurang-kurangnya satu trofi dalam kancah Liga Malaysia, musim ini.

Detik kebangkitan pada babak kedua menumbangkan lawan liat, Selangor menerusi sepakan penalti 4-3 dalam saingan suku akhir kedua di gelanggang keramat lawan tidak menyusul mudah dan ketua jurulatih pasukan itu berkata intipati itu menjurus kepada komitmen tinggi pemain.

Ternyata Fandi begitu teruja dengan kebangkitan anak didiknya yang tidak berputus asa biarpun ketinggalan menerusi jaringan Mahalli Jasuli pada minit ke-28 dan dia tambah ceria melihat Leonel Nunez menggunakan segala pengalamannya sebagai penyelamat meledakkan dua gol pada minit ke-66 dan 87.

Fokus temu Pahang esok

"Saya tidak mahu menurunkan terlalu awal Nunez kerana pemain itu belum cergas sepenuhnya dan hanya dimasukkan pada pertengahan babak pertama. Dia memberi kesan kepada barisan serangan apabila sering bertindak mengancam kubu Selangor malah Safee (Sali) juga bekerja keras memburu gol dan saya puji sikap positif pemain ini.

"Pada awalnya Nunez tampak kekok dan dia juga baru berlatih sehari bersama pasukan. Tapi sebagai pemain profesional dia tahu apa perlu dilakukan dan kelebihan beraksi menggunakan kedua-dua kaki cukup beri kesan," katanya.
Hadir dengan defisit kekalahan 1-2 dalam perlawanan pertama pada 6 April lalu hanya memberi tekanan kepada Johor DT tapi percaturan Fandi mempelbagaikan beberapa formasi bermula dengan corak permainan 4-5-1 dan kemudian 4-1-4-1 sebelum ke formasi 4-3-3 yang memberi impak besar.

"Kami akan berdepan Pahang (lawan dalam separuh akhir Piala FA), dalam saingan Liga Super Jumaat ini (esok) dan sudah pasti Johor DT mahu menebus kehampaan tewas 2-3 ketika aksi pusingan pertama, 8 Januari lalu," kata Fandi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Jurulatih sedih tanpa Wan Zack

Okinawa (Jepun): "Satu tamparan hebat buat pasukan! Demikian reaksi ketua pasukan kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, Yugo Ichiyanagi mengenai kecederaan tonggak Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor ketika sesi latihan, Selasa lalu.

Katanya, berbekalkan bakat milik Wan Zack, jentera serangan pasti perlu bekerja lebih keras untuk cuba meraih tiga mata penuh buat kali keempat terutamanya selepas menyaksikan prestasi hebat pasukan lawan ketika membelasah Yokogawa Musashino 5-0 pada perlawanan, Sabtu lalu.

Jurulatih cukup sedih

"Pada perlawanan sebelum ini, Wan Zack cukup bahaya dan sering menghadirkan kesukaran buat pertahanan Sagawa Printing. Dia (Wan Zack) memiliki kemahiran cukup bagus. Kehadirannya dalam pasukan memberi impak besar untuk kami," katanya ketika ditemui semalam.

Ketua jurulatih FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa memuji persembahan Wan Zack yang kini terpaksa berehat sebulan sambil menegaskan ia satu kerugian besar tanpa kelibatnya bertemu Yokohama S&CC, Sabtu ini.

"Cukup sedih tidak dapat digandingkan bersamanya tetapi kami perlu terus berjuang. Dia seorang pemain muda berkualiti dan berharap mampu pulih dalam tempoh singkat," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bazir apa?

FELDA United nafi keras dakwaan pihak pengurusan belanja besar

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan FELDA United, semalam tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu yang mengatakan mereka melakukan banyak pembaziran dana kewangan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengendalikan pasukan itu dalam saingan Liga Super, musim ini.

Setiausaha Kehormat FELDA United, Kamarruddin Mohamad sebaliknya berkata, mereka sebenarnya sedaya upaya untuk melakukan penjimatan kos dan dalam masa sama berusaha keras memperbaiki kedudukan pasukan kendalian K Devan itu yang kini menghuni tangga tiga tercorot Liga Super selepas 12 perlawanan.

"Dakwaan itu memang tak betul. Mana ada berlaku pembaziran. Kami cuba jimatkan kos dengan menggugurkan Mohammed Ghaddar dan Carlos Junior untuk mendapatkan dua import baru lebih baik tetapi harganya lebih murah.

"Kami juga bertindak mengambil tiga pemain tempatan baru - Azmi Muslim, K Rajan dan Mohizam Shah Dawood untuk memantapkan kembali pasukan pada pusingan kedua Liga Super. Kami pengurusan baru sedang berusaha keras memperbaiki pasukan, bukan sebaliknya," kata Kamarruddin ketika dihubungi, semalam.

BH Sukan, semalam melaporkan dakwaan seorang individu yang rapat dengan pasukan bahawa FELDA United sedang menuju kehancuran dan bakal lenyap kerana banyak pembaziran berlaku di pihak pengurusan baru kelab Liga Super itu.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Hodak puji aksi Ahmad Fakri

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani (gambar) yang beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Sarawak pada suku akhir kedua saingan Piala FA, di Stadium Negeri, Petra Jaya, Sarawak, malam kelmarin.

Selain Ahmad Fakri, jentera tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Shakir Saari turut mendapat pujian daripada jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu apabila berjaya menguasai permainan di bahagian tengah.

"Ahmad Fakri beraksi dengan baik malam kelmarin walaupun ia baru kali kedua dia beraksi bersama Kelantan. Semua orang boleh lihat dengan jelas keyakinan tinggi dimilikinya. Walaupun dia tidak menjaringkan gol namun saya gembira dengan persembahannya.

Bahagian tengah mantap

"Barisan tengah saya juga berjaya menguasai permainan di bahagian tengah dan membuat banyak gerakan merbahaya. Ia terbukti apabila hasil gerakan Piya (Mohd Badhri) berjaya membuka ruang buat Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan.

"Kami menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan berjaya mendapatkan dua gol awal sekali gus memberi tekanan buat Sarawak. Kami bermain secara bertahan di separuh masa kedua kerana sudah mempunyai kelebihan gol," katanya, semalam.

Kemenangan 2-0 ke atas Sarawak malam kelmarin membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu jiran tetangga Pantai Timur, Terengganu di peringkat separuh akhir 25 Mei ini.
Selain itu, Bojan turut berkata, pasukannya akan melakukan persediaan rapi sebelum pertemuan dengan Terengganu bagi memastikan Piala FA dapat dipertahankan The Red Warriors (TRW).


15.23 | 0 komentar | Read More

Man United makin hampiri gelaran

Written By Unknown on Senin, 15 April 2013 | 15.23

London: Manchester United semakin hampir untuk menjulang kejuaraan ke-20 Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mudah menundukkan Stoke City 2-0 malam tadi, dan kini hanya memerlukan tujuh mata daripada baki enam perlawanan untuk merampas semula kejuaraan.

Michael Carrick meledak jaringan seawal minit keempat daripada keadaan kelam kabut di kawasan gol lawan, dan Robin van Persie menamatkan rentetan kemarau jaringan 10 perlawanannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-66 untuk memastikan tiga mata penuh, pada perlawanan yang dikuasai mereka dari mula hingga akhir.

Sunderland lega

The Red Devils kini mengumpul 80 mata daripada 32 perlawanan, 15 mata di depan juara bertahan Manchester City, yang meraih 65 mata dengan berbaki tujuh perlawanan.

Sementara itu, Sunderland mencerahkan peluang untuk kekal dalam EPL dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas musuh tetangga Newcastle United, kemenangan terbesar mereka dalam saingan tetangga Tyne-Wear di St James' Park sejak 1966 dan kemenangan pertama mereka di sana sejak 2000.

Kemenangan itu melalui gol Stephane Sessegnon, Adam Johnson dan David Vaughan, serta kekalahan Stoke melonjakkan Sunderland ke tangga ke-15 dengan 34 mata.

Stoke, yang hanya berupaya mengutip satu daripada 21 mata, tergelincir ke tangga 16 dengan 34 mata, sama dengan Aston Villa dan hanya tiga mata di atas finalis Piala FA Wigan Athletic.
Queens Park Rangers dan Reading, masing-masing 24 mata menghuni dua tempat terbawah carta. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

FAS sedia lepas Hamidin ambil alih tempat Azzuddin

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sedia melepaskan Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) andai Setiausaha Agung FAS sejak tahun 1998 itu menjadi pilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM yang baru menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad.

Nama Hamidin, 48, disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk mengisi jawatan panas itu selepas Azzuddin yang bakal meninggalkan FAM, hujung bulan depan kerana dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bermula 1 Jun depan.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, andai perkembangan itu benar, ia bagus untuk peningkatan karier Hamidin yang mula bergelar Setiausaha Agung FAS ketika hanya berusia 33 tahun dan kini selepas 15 tahun menjawat jawatan itu, tiba masanya beliau melangkah ke peringkat lebih tinggi.

"Jika diberi peluang menjadi Setiausaha Agung FAM, beliau (Hamidin) harus terima. Sejak empat tahun lalu lagi saya sudah melihat beliau ada kemampuan menjadi Setiausaha Agung FAM," kata Abdul Mokhtar ketika ditemui selepas program pemain Selangor dan PKNS FC bertemu peminat di Kompleks PKNS, Shah Alam, semalam.

Mengenai pengganti setiausaha agung baru, Abdul Mokhtar berkata: "Buat masa ini, belum lagi. Tapi kita memang kena cari pengganti."


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazirul tidak sabar beraksi untuk FC Ryukyu

Okinawa (Jepun): Selepas melihat kejayaan Wan Zack Haikal Wan Nor membantu FC Ryukyu meraih kemenangan 2-1 ke atas Sagawa Printing, kelmarin ia membangkitkan semangat seorang lagi pemain negara, Nazirul Naim Che Hashim untuk turun beraksi.

"Sudah menjadi kebiasaan buat semua pemain berasa gugup ketika diturunkan buat kali pertama. Tetapi saya anggap itu sebagai satu perkara positif untuk cuba membantu pasukan mencatat keputusan baik.

"Kalau ikutkan kecederaan saya boleh sembuh dalam masa seminggu dan kalau lambat pun mungkin boleh sampai dua minggu. Sasaran saya nak bantu kelab berada di kedudukan teratas liga," katanya ketika ditemui, semalam.

Belajar bahasa Jepun

Pada penampilan pertama, Wan Zack mendapat pujian ramai pihak termasuk dikalangan peminat tempatan di Jepun yang jelas berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan bekas pemain Harimau Muda A itu.

Kemenangan itu membantu FC Ryukyu melonjak ke kedudukan kelima carta Liga Divisyen Tiga Jepun dengan mengumpul 11 mata dan dijadualkan bertemu Yokohama S&CC pada Sabtu ini.

"Setakat ini saya sudah tahu beberapa perkataan Jepun dan turut menggunakan bahasa badan ketika berkomunikasi bersama pemain lain," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Selangor siasat'

FAS akan lapor kepada FAM insiden 'sepak terajang' Forkey Doe di terowong

Shah Alam: Empat pemain FELDA United - Helmi Eliza Elias, Kaironnisam Sahabudin, Shafizan Hashim dan Razali Umar Kandasamy dikenal pasti menjadi watak utama dalam insiden 'sepak terajang' ke atas penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe selepas perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Ia didedahkan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian iaitu di terowong masuk menuju ke bilik persalinan kedua-dua pasukan dan mereka juga melihat dengan jelas insiden berkenaan.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu siasatan terperinci dilakukan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengemukakan apa-apa aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut terhadap pemain terbabit.

Tindakan dalam 3 hari

"Saya minta jurulatih Selangor (Irfan Bakti Abu Salim), pegawai pasukan serta pemain terbabit memberi laporan. Dalam dua atau tiga hari ini kita akan bincangkan perkara ini selepas penyiasatan teliti dibuat.

"Saya mahu insiden pergaduhan seperti ini dihentikan. Sudah tentu salah satu pasukan akan kalah dan kadang kala isu di atas padang yang menjadi punca sehingga berlanjutan ke bilik persalinan," kata Hamidin ketika ditemui selepas program pemain Selangor dan PKNS FC bertemu peminat di Kompleks PKNS, Shah Alam, semalam.
Helmi dan Kaironnisam dikatakan 'panas' terhadap Forkey Doe ketika perlawanan dan kemuncaknya apabila penyerang dari Liberia itu menjaringkan gol kedua untuk Selangor menang 2-0.

Dalam pada itu, Selangor menguji tiga pemain pertahanan import - Martin Abena (Cameroon), Mamadou Tall (Burkina Faso) dan Daniel Alberto de Melo (Brazil) pada aksi persahabatan di Padang SUK, Shah Alam, malam tadi dan salah seorang pasti dipilih menggantikan Peter Chrappan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemenang CIMB Classic dapat tiket Augusta Masters

Written By Unknown on Minggu, 14 April 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Penganjur kejohanan golf berprestij CIMB Classic, Kumpulan CIMB, mengumumkan pemenang pertandingan itu akan diberi pengecualian Pemenang Kejohanan untuk menyertai The Masters Tournament, Augusta National Golf Club, bermula 2014.

Kumpulan CIMB dalam kenyataan, semalam berkata ini sekali gus menyaksikan pemenang CIMB Classic 2013 akan menerima jemputan ke Masters Tournament 2014.

Turut diumumkan, penganugerahan mata Ryder Cup oleh PGA of America untuk peserta Amerika Syarikat yang menyertai CIMB Classic. "Ini berita hebat dan memperkukuh status kelas dunia CIMB Classic," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak.

"Menerusi kejohanan yang memberikan mata FedExCup, status pengecualian Jelajah PGA dan The Masters, selain mata Ryder Cup, CIMB Classic dan Malaysia kini dimuatkan dalam kalendar acara golf dunia," katanya.

Bagi setiap AS$1,000 (kira-kira RM3,041) hadiah dimenangi, satu mata akan diberi kepada pemain AS yang bakal bersaing untuk mengisi sembilan (daripada 12) kedudukan dalam pasukan Amerika untuk Ryder Cup 2014.

"Keterujaan semakin rancak menjelang kejohanan, dengan CIMB Classic menjadi acara rasmi Jelajah PGA," kata Pengarah Eksekutif Jelajah PGA CIMB Classics dan PGA Tour, Todd Rhinehart.
"Berikutan Augusta National Golf Club dan The Masters secara rasmi memperakui CIMB Classic sebagai sebahagian daripada proses kelayakan, kejohanan itu semakin mendapat perhatian dalam jangka masa yang singkat," kata Rhinehart. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

NS ikat Lions di Paroi

Seremban: Pendahulu carta Lions X11 berjaya diikat pasukan tercorot, Negeri Sembilan 1-1 dalam saingan pusingan kedua Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Sekalipun tuan rumah bermula dengan garang apabila menguji beberapa kali benteng Lions X11, namun setiap percubaan menerusi Ahmad Shakir Md Ali dan penyerang import baru dari Brazil, Leandro Barbosa Fabio, yang diturunkan buat pertama kalinya, berjaya dipatahkan pertahanan lawan.

Namun pada minit ke-14, percubaan Leandro Barbosa terkena palang dan seminit kemudian dia berjaya meletakkan nama sebagai penjaring apabila sepakan deras dari luar kotak penalti, berjaya menewaskan penjaga gol Lions X11, Izwan Mahbud.

Fazrul perdaya kubu NS

Keceriaan tuan rumah bagaimanapun tidak berpanjangan apabila Fazrul Nawaz yang menerima hantaran bola dari Shahril Ishak dari bahagian tengah berjaya memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan untuk menolak masuk menewaskan Mohd Kaharuddin yang diturunkan bagi menggantikan Hamsani Ahmad bagi gol penyamaan Lions X11 pada minit ke-19.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati apabila setiap gerakan berjaya dipatahkan pertahanan masing-masing dan Negeri Sembilan berpeluang menambah jaringan, tetapi tendangan bebas Leandro dari luar kotak penalti pada minit ke-69, terkena benteng.


15.23 | 0 komentar | Read More

Azraai melenting aksi pemain

Ipoh: Buat pertama kali jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah 'naik angin' gara-gara aksi lembap anak didiknya ketika seri 2-2 PKNS di Stadium Lumut, malam kelmarin sambil memberi amaran dia tidak akan teragak-agak 'membuat perubahan drastik' jika perlu.

Tiada seorang pun daripada kesebelasan Seladang termasuk awang import, Rafael Souza terlepas daripada kemarahan Azraai yang melenting selepas menyaksikan aksi longgar pemain tuan rumah yang nyaris diaibkan pelawat.

"Dalam pasukan Perak terdapat beberapa pemain Piala Presiden yang bersedia untuk mengambil alih tempat pemain senior. Saya sering menyelitkan mereka dalam kesebelasan pasukan untuk memberi pendedahan dan saya akan teruskan eksperimen ini," katanya.

Rangel mula hebat

Pada perlawanan malam kelmarin, Abd Hadi Yahaya dan awang import baru, Paulo Rangel menjaringkan gol Perak manakala Patrick Ronaldinho penyumbang kedua-dua gol PKNS.

"Kami harus menang tetapi sikap terlalu yakin dan hilang tumpuan kerana mendahului 2-1 menyaksikan lawan menyamakan kedudukan. Saya beritahu pemain bersikap profesional kerana memikul amanah PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) selaku majikan mereka," katanya.

Begitupun, di sebalik kehampaan berikutan persembahan hambar anak didiknya, Azraai melihat ciri-ciri positif dari dua pemain iaitu Mohd Shamil Khairi dan Rangel.
"Saya gembira Shamil berjaya melaksanakan tugasnya dengan berkesan ketika menggantikan Mohd Shahrom (Kalam). Rangel pula memberi sumbangan berkesan dalam penampilan pertama termasuk dua jaringan dibatalkan kerana ofsaid. Jika tidak dia akan rakamkan hatrik," kata Azraai.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Tentera bedil Red Warriors'

Kelantan akur kehebatan lawan, tunduk 1-3 di Kota Bharu

Kota Bharu: Rekod tanpa kalah Kelantan di stadium keramat - Stadium Sultan Muhammad IV - akhirnya lebur selepas tewas 3-1 kepada Tentera dalam aksi pertama pusingan kedua, saingan Liga Super, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan rekod bersih juara tiga piala musim lalu itu di gelanggang sendiri yang dipertahankan sejak 2011 dicemari anak buah B Sathianathan yang tampak lebih menguasai permainan untuk menebus kekalahan 3-2 kepada Red Warriors sebelum ini.

Pelawat mengejutkan kira-kira 15,000 penyokong tuan rumah apabila rembatan kencang Hairuddin Omar pada minit ke-11 menerjah jaring selepas bola tertampan pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim sekali gus menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Benteng longgar bawa padah

Ketiadaan pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri kerana menerima tiga kad kuning dalam perlawanan sebelum ini ternyata melonggarkan benteng tuan rumah apabila Kelantan sekali lagi dihukum dengan jaringan kedua pelawat menerusi Christie Jayaselan pada minit ke-22 yang bijak menampan masuk bola hantaran lintang Marlon Alex James.

Kelantan akhirnya berjaya merapatkan defisit gol menerusi pemain sayap Mohd Faiz Subri pada minit ke-39 selepas rembatan kencangnya dari sudut sukar untuk menewaskan Farizal Haron.
Bersambung babak kedua, Tentera terus menambah derita Kelantan apabila Marlon bijak menampan masuk hantaran lambung Affize Faisal Mamat pada minit ke-64 yang menyaksikan Khairul Fahmi tertewas buat kali ketiga.

Kemasukan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani yang menggantikan Norfarhan pada minit ke-63 juga gagal mengubah kedudukan.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘FAM perlu pulih imej dulu’

Written By Unknown on Sabtu, 13 April 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli gabungannya perlu memulihkan imej serta memperbetulkan sebarang kepincangan dalaman terlebih dulu jika mahu beralih ke arah pengurusan liga profesional.

Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong - salah seorang daripada ahli jawatankuasa penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Sebenarnya sudah lama saya mencadangkan supaya liga profesional negara diuruskan oleh badan berasingan (daripada FAM)," kata Zolkples. "Malah saya berada dalam jawatankuasa sama di bawah Malaysia Super League (MSL), tetapi usaha mereka hanya sekerat jalan.

"Kini FAM mahu kembali menyambung usaha itu dan saya rasa ia satu langkah positif ke arah memperkasakan kualiti bola sepak negara. Jadi FAM boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada prestasi pasukan kebangsaan."

Lebih mesra penaja

Antara individu yang gigih berusaha menjadikan Liga-M lebih profesional sebelum ini ialah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, namun usahanya terbantut selepas digantung 30 bulan sejak April tahun lalu kerana melanggar statut FAM (Artikel 88).

"FAM dan ahli gabungannya perlu lebih mesra penaja. Kebanyakan syarikat korporat besar tidak mahu terikat dengan badan atau persatuan yang banyak masalah dan imej itu perlu diperbetulkan," kata Zolkples.
"Saya lihat tidak mustahil untuk merealisasikan rancangan ini pada masa depan. Ia boleh berlaku dalam dua bulan atau dua tahun, tetapi setiap individu perlu menyokong padu usaha ini. Persatuan dan kelab perlu lebih terbuka dengan perubahan yang cuba dilakukan."

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM Rabu lalu, badan induk bola sepak negara itu menyenaraikan nama ahli jawatankuasa penswastaan liga yang turut dianggotai wakil dari pertubuhan lain dan universiti tempatan.

Dengan Liga Super masih berada dalam kategori D mengikut piawaian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), usaha menswastakan liga dilihat mampu melonjak liga utama negara itu ke tahap lebih baik sekali gus melayakkan pasukan tempatan beraksi di Liga Juara-Juara AFC pada masa akan datang.


15.23 | 0 komentar | Read More

Sime Darby langkah kanan

Kuala Lumpur: Sime Darby memulakan pusingan kedua Liga Perdana dengan langkah kanan selepas menewaskan Polis 2-0 sekali gus menjarakkan diri daripada Sarawak yang tercicir mata bertemu Kedah semalam.

Sebelum perlawanan semalam, kedua-dua pasukan terikat dengan 27 mata di dua tangga teratas liga, bagaimanapun Sime Darby yang bermain pada sebelah petang mengutip tiga mata penuh hasil jaringan Karlo Primorac pada minit ke-50 dan 75.

Di Stadium Darulaman, Sarawak tercicir dua mata apabila sekadar seri 1-1 menentang Kedah. Sarawak yang terpaksa beraksi 10 orang selepas Azizan Baba dilayangkan kad merah pada minit ke-30, bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ivan Babic (m-69) dengan gol pembukaan tuan rumah hasil rembatan padu Baddrol Bakhtiar sejurus sebelum rehat.

Johor menang besar

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor meneruskan rentak kemenangan untuk terus menghimpit Sime Darby FC dan Sarawak yang kini menghuni tangga teratas dan kedua liga selepas menang besar 5-1 ke atas SPA Putrajaya FC.

Juan Muriel Orlando membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ke-13 dan melebarkan kedudukan 10 minit kemudian sebelum pelawat merapatkan jurang menerusi Mohd Arsyah Ayob pada minit ke-34.

Namun selepas kehilangan seorang pemain, Fadzly Iskandar Adnan (m-62), SPA Putrajaya mula hilang rentak dan Johor bijak mengambil kesempatan untuk menambah jaringan pada minit ke-70 menerusi kapten Farid Ideris sebelum Orlando melengkap hatrik pada minit ke-74 disusuli gol pemain gantian Mohd Zamri Hassan pada minit terakhir perlawanan.
Di Stadium Likas, Sabah menewaskan Perlis 3-2. Dua jaringan penyerang import, Koh Traore di babak pertama serta jaringan sendiri pemain pelawat, Farouk Hashim memastikan Sabah meraih tiga mata penuh sekali gus memadam kebangkitan Perlis yang berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-2 pada awal permainan.

Di Stadium Selayang, Pos Malaysia membelasah pasukan tercorot NS Betaria 4-0 hasil jaringan Saufi Ibrahim (m-48, 72), Hafizi Amiruddin (m-50) dan S Sumindran (m-56).

Di Stadium UiTM, Shah Alam, UiTM FC menebus kekecewaan tewas 2-1 pada perlawanan terakhir pusingan pertama bertemu Kuala Lumpur dengan menundukkan lawannya itu 3-1 pada perlawanan semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nazmi bantu PKNS ikat Seladang

Lumut: Penampilan sulung bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor bersama Selangor PKNS memberi impak positif apabila mengilhamkan kedua-dua gol bagi membolehkan pasukannya seri 2-2 dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium TLDM Lumut malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim gagal dalam misi menebus kekecewaan tewas di tangan skuad Seladang 0-1 pada pusingan pertama di Stadium Shah Alam 30 Mac lalu.

Tuan rumah bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat selepas Patrick Ronaldinho meledak gol pertama PKNS seawal minit kelima yang diilhamkan Nazmi yang tampil beraksi buat kali pertama dengan kelab itu.

Rangel bukti berbisa

Tersentak dengan gol itu, Perak yang dibimbing Azraai Khor Abdullah kembali memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan apabila bijak menyudahkan lorongan Sharulnizam Mustapa pada minit ke-25 dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tuah terlebih dulu memihak kepada Perak yang meledak gol kedua menerusi bintang import baru pasukan itu, Paulo Rangel pada minit ke-55.

Nazmi sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Perak apabila mengilhamkan satu lagi gerakan bagi membolehkan Ronaldinho meledak gol kedua peribadi sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-74.
Dengan keputusan itu, PKNS berkongsi 15 mata dengan Perak, tetapi mempunyai kelebihan jaringan di tangga keenam liga.


15.23 | 0 komentar | Read More

Dendam tak terbalas

Kuala Terengganu: Hasrat Terengganu membalas dendam kekalahan ke atas Johor Darul Takzim (JDT) tidak kesampaian apabila sekali lagi tunduk 1-0 kepada pasukan berstatus bintang itu pada perlawanan pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Norshahrul Idlan Talaha muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan selepas bijak memperdaya penjaga gol Terengganu, Md Sharmiza Yusof pada minit ke-24 sekali gus membolehkan Harimau Selatan melonjak ke kedudukan kedua liga dengan 22 mata, mengatasi Selangor yang hanya beraksi malam ini.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
15.23 | 0 komentar | Read More

Projek terbengkalai disambung

Written By Unknown on Jumat, 12 April 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) yang sepatutnya sudah bermula dua tahun dulu kini kembali meniti di bibir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), cuma kali ini niat itu disertai dengan penubuhan sebuah jawatankuasa yang turut dianggotai tokoh dari luar badan induk itu.

Selepas empat tahun cerita berkenaan penswastaan itu digembar-gemburkan, termasuk penubuhan Malaysia Super League Sdn Bhd yang kini seperti tidak begitu ketara fungsinya, FAM menyambung kembali projek terbengkalai itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih untuk mempengerusikan jawatankuasa baru itu yang turut dibarisi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong serta beberapa wakil dari organisasi lain termasuk universiti tempatan.

Tujuannya untuk memastikan pelan penswastaan liga dirangka dengan teliti sebelum perancangan itu dibentangkan untuk kelulusan kongres dalam tempoh setahun hingga setahun setengah lagi.

Kekal nama negeri

Kami jangka ia mungkin akan menjadi realiti menjelang 2016, kata Hamidin ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di ibu negara kelmarin. Tetapi setiap pasukan akan dimaklumkan sekurang-kurangnya setahun sebelum penswastaan dilakukan.

Bagaimanapun kalau boleh kita tidak mahu nama negeri dalam pasukan diketepikan kerana bola sepak Malaysia selama ini mendapat sokongan padu atas faktor berkenaan.
Menurut Hamidin, faktor utama yang bakal menjadi halangan kepada kelancaran penswastaan liga ialah pemilikan stadium oleh setiap pasukan, di mana proses itu mungkin mengambil masa lebih panjang.

Antara matlamat utama penswastaan itu ialah menyaksikan pasukan dari Liga-M layak beraksi di Liga Juara-Juara AFC - situasi yang mustahil direalisasikan sekarang memandangkan liga negara masih berada dalam kategori D.


15.23 | 0 komentar | Read More

Enam kemenangan jadi 'tonik' TRW benam Tentera

Kota Bharu: Enam kemenangan berturut-turut yang dilakar Kelantan memberi semangat dan keyakinan tinggi kepada barisan The Red Warriors (TRW) untuk membenam Tentera dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, yakin rekod kemenangan itu dapat diteruskan kerana barisan TRW kini berada pada tahap terbaik untuk menentang mana-mana pasukan.

Katanya, segala masalah prestasi yang dihadapi TRW awal musim ini sudah dapat diatasi sepenuhnya termasuk keserasian antara pemain.

Tentera mahu balas dendam

"Keyakinan semua pemain untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan kini semakin meningkat dan untuk perlawanan malam esok saya yakin Kelantan dapat meneruskan rekod kemenangan.

"Sudah pasti Tentera mahu membalas dendam dengan kekalahan mereka kepada TRW dalam perlawanan terakhir pusingan pertama liga di Stadium Paroi, 29 Mac lalu.

"Namun, kami yakin tidak berdepan masalah untuk menjinakkan sekali lagi lawan kerana kami mempunyai kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, katanya semalam.
Kelantan berjaya meneruskan rekod kemenangan apabila menewaskan SHB Da Nang 1-0 dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) di Stadium Chi Lang, Vietnam kelmarin walaupun beraksi tanpa tiga tonggak iaitu Piya, Shakir Saari dan Mohd Daudsu Jamaluddin.


15.23 | 0 komentar | Read More

JDT baris skuad 'tempang'

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) memulakan saingan pusingan kedua Liga Super dengan khabar kurang gembira apabila turun beraksi menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang ini dengan skuad tempang.

Selepas khidmat Daniel Guiza dan Simone Del Nero ditamatkan, Harimau Selatan yang menduduki tangga ketiga liga hanya mempertaruhkan Andre Francisco Da Silva selaku pemain import tunggal ketika pengganti Guiza masih belum diputuskan pengurusan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).

Fandi Ahmad turut berdepan masalah kecederaan dan penggantungan pemain dengan Zaquan Adha Abd Radzak terus dibelenggu kecederaan lutut kiri manakala Ahmad Tharmimi Saiban mungkin diketepikan akibat kekejangan otot dan Irfan Abd Ghani pula digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor.

"Kami akui berdepan tugas getir di Terengganu petang esok (ini) kerana kehilangan beberapa tonggak dengan peluang Aidil Zafuan Abd Radzak, sama ada diturunkan atau tidak masih 50-50. Muslim Ahmad juga cedera, tetapi dia berada dalam senarai pemain.

Bimbang aksi petang

Jadi, saya terpaksa melakukan rombakan bagi memastikan rentak pasukan tidak terjejas sekali gus kemenangan 3-2 ke atas lawan itu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama 30 Mac lalu dapat diulangi, katanya semalam.

Fandi turut mengakui beraksi di sebelah petang satu cabaran besar, tetapi berharap pemainnya dapat menyesuaikan diri selepas menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan pada sebelah petang sepanjang minggu lalu.
Kami juga perlu berwaspada dengan ancaman dan kelicikan bintang import Terengganu (Effa Owona) yang meledak dua gol di Larkin. Malah, lawan pasti bersemangat dan mahu meneruskan rentak kemenangan selepas membenam Negeri Sembilan 3-1 dalam suku akhir Piala FA, kata Fandi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Saingan kian ‘panas’

Kuala Lumpur: Kehangatan Liga Super kembali dirasai apabila pusingan kedua menyingkap tirainya hari ini, namun penentuan untuk melihat pasukan mana yang benar-benar akan menguasai liga hanya akan dapat disaksikan selepas empat atau lima perlawanan lagi.

Menurut bekas pemain dan jurulatih, Reduan Abdullah yang turut menjadi pengulas perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), kelebihan empat mata dikumpul pendahulu, Lions XII belum cukup selesa untuk meletakkan pasukan dari Singapura itu sebagai bakal juara.

"Memang Lions XII kini mendahului liga, tetapi empat mata belum cukup untuk memastikan mereka terus mendahului liga," kata Reduan. "Mereka bijak mengumpul mata penuh di laman sendiri, tetapi prestasi di tempat lawan tidak begitu baik berbanding tahun lalu.

Prestasi konsisten

"Lions XII juga tidak begitu cemerlang apabila beraksi di sebelah petang dan ini mampu membuatkan mereka tercicir mata pada pusingan kedua ini. Saya jangka Kelantan dan Selangor akan menunjukkan kebangkitan berdasarkan prestasi konsisten di laman sendiri dan tempat lawan."

Reduan turut berharap, semua pasukan dapat meningkatkan persembahan terutama di bahagian serangan kerana sepanjang pusingan pertama tidak banyak gol dijaringkan.

"Saya harap ada perubahan pada pusingan kedua ini," katanya.
"Kelemahan paling ketara ialah di bahagian serangan dan kita harap setiap pasukan dapat meningkatkan permainan."

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Permulaan positif untuk musim depan'

Written By Unknown on Rabu, 10 April 2013 | 15.23

Manchester: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas jiran tetangga, Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam sebagai satu permulaan positif dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana England musim depan.

Jaringan kemenangan menerusi Sergio Aguero pada minit ke-78 membolehkan City merapatkan jurang kepada 12 mata dengan United selaku pendahulu, tetapi ia lebih kepada keputusan sagu hati berbanding kemenangan penentu kejuaraan musim ini.

Sudah tertutup

James Milner membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-51 sebelum kapten, Vincent Kompany menjaringkan gol sendiri bagi membolehkan United menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.

Kami tahu kami boleh menjuarai liga tahun depan. Tahun ini, kami melakukan beberapa kesilapan namun kami tidak boleh melakukan apa-apa lagi kerana peluang untuk bergelar juara liga musim ini sudah tertutup.

Adalah penting kami meneruskan rentak kemenangan... kami perlu beraksi seperti hari ini (awal pagi semalam) untuk bersaing pada musim depan, kata Mancini yang menyaksikan anak-anak buahnya meraih kemenangan kedua di Old Trafford sejak membelasah United 6-1 tahun lalu.

Tatkala pintu untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu sudah tertutup, City yang menghuni tangga kedua ketika ini masih boleh meraih satu gelaran apabila bakal berdepan Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley Ahad ini.
Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang berbeza. Ia adalah aksi separuh akhir dan Chelsea ketika ini berada pada tahap prestasi terbaik mereka, kata Mancini yang bakal kehilangan khidmat David Silva berikutan kecederaan hamstring pemain itu.
Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Selangor hidup peluang mara

Shah Alam: Peluang Selangor untuk melangkah ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2013 kembali 'hidup' selepas meraih kemenangan sulung pada perlawanan keempat Kumpulan H dengan menewaskan kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gol-gol menerusi Michal Kubala, Francis Forkey Doe dan Amri Yahyah membolehkan Selangor kini mengumpul 4 mata untuk berada di belakang East Bengal (10) dan Sai Gon (7). Tampines Rovers tercorot dengan 1 mata selepas tewas 2-1 kepada East Bengal di Kolkata, petang semalam.

Tonggak direhatkan

Untuk muncul dua pasukan teratas ke pusingan kedua, Selangor perlu meneruskan rentak kemenangan pada baki dua perlawanan bertemu East Bengal di Stadium Shah Alam, 23 April ini dan Tampines di Stadium Jalan Besar, 30 April.

Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim merehatkan beberapa tonggak utama seperti penjaga gol Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan K Gurusamy memandangkan Selangor bakal bertemu Felda United pada aksi Liga Super, Sabtu ini.

Namun Selangor tetap garang apabila berjaya mendahului 1-0 pada babak pertama hasil sepakan percuma padu Kubala seawal minit kelapan yang gagal diselamatkan penjaga gol Sai Gon, Bui Tan Truong.

Selangor terus yakin selepas Forkey Doe menyudahkan hantaran Amri untuk gol kedua pada minit ke-62 sebelum Amri sendiri melakukan lambungan cantik untuk gol ketiga pada minit ke-71. Gol sagu hati Sai Gon dijaringkan Moses Oloya, minit ke-80.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kelantan turun tanpa kapten

Kota Bharu: Kelantan akan turun tanpa kelibat ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi yang direhatkan dalam pertemuan dengan kelab Vietnam, SHB Da Nang pada aksi Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Asia (AFC), di Stadium Chi Lang, Vietnam, hari ini.

Selain Mohd Badhri, dua lagi tonggak utama Kelantan iaitu pemain tengah, Shakir Saari dan pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin turut direhatkan pada perlawanan itu bagi persediaan menghadapi pertemuan dengan Tentera dalam saingan Liga Super, 13 April ini di Kota Bharu.

Piya cari mata penuh

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata beliau terpaksa melakukan perubahan pemain disebabkan jadual terlalu padat memastikan pemain tidak dibelenggu masalah keletihan dan merosakkan prestasi pasukan.

Saya terpaksa merehatkan tiga tonggak kami demi kebaikan pasukan. Kami masih ada dua perlawanan penting iaitu menentang Tentera dalam saingan liga dan Sarawak untuk perlawanan kedua suku akhir Piala FA, 16 April nanti, katanya yang membawa Kelantan menjulang kejuaraan berganda musim lalu.

Dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV, 2 April lalu, Kelantan membelasah SHB Da Nang 5-0 untuk merampas kedudukan teratas kumpulan G daripada Kelab Vietnam itu.

Sementara itu, Piya berharap rakan sepasukan dapat mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan hari ini dan sekurang-kurangnya mendapat keputusan seri di tempat lawan.
Seri memadai tapi jika menang adalah satu bonus dan memberi peluang lebih selesa untuk layak ke pusingan seterusnya, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Butler 'naik angin'

Kuala Terengganu: Berang kerana menerima surat direhatkan daripada pihak pengurusan, ketua jurulatih T-Team, Peter Butler, bertindak di luar batasan apabila memaki dan menghalau jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail, di Padang Bola Kompleks Sukan Gong Badak, petang semalam.

Butler yang juga pengurus pasukan, berulang kali menghalau sambil menolak dan memaki jurugambar berusia 21 tahun itu dengan panggilan bodoh bagi melarang gambarnya dirakam selepas menerima surat daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.

T-Team akan ambil tindakan keras

Bagaimanapun, penyerahan surat untuk merehatkan pengendali berbangsa Inggeris itu selama 30 hari bertukar ganas apabila pemain import, George Boateng, pula campur tangan bertindak mencaci, menolak dan cuba merampas kamera jurugambar.

Tengku Mohd Syamim berkata, dia bertekad tidak melepaskan kameranya kerana bimbang dirosakkan Boateng dan terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya dicakar dengan kuku pemain itu.

Ketika itu, saya hanya mahu mempertahankan kamera saya. Saya memang terkejut dengan tindakan pemain itu kerana saya cuma menjalankan tugas. Saya tidak sedikit pun menyangka yang Butler dan Boateng, sanggup bertindak liar, katanya.

Susulan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi langkah keselamatan dan tidak mahu perkara sama berulang kepada wartawan atau jurugambar lain pada masa hadapan.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh, kesal dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci sambil menambah akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti jurulatih dan pemain terbabit melakukan kesalahan di padang latihan hari ini (semalam).

Penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan menggantikan Butler dan ia diluluskan lembaga pengarah pasukan.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Ancaman' Annuar

Written By Unknown on Sabtu, 06 April 2013 | 15.23

Presiden KAFA terima keputusan mahkamah tapi kata kes Artikel 88 belum berakhir

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa - antara tokoh bola sepak yang menjadi mangsa Artikel 88 - bernada sinis apabila bersuara isu penggantungannya sesungguhnya belum berakhir dan terus mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Belum berakhir sebaliknya baru bermula!" Itu komen ringkas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu terhadap keputusan mahkamah yang menolak samannya terhadap FAM dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad, semalam.

Annuar menerusi laman sosial Facebook rasminya berkata, dia menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka dan sudah menggunakan pilihan yang ada menurut undang-undang.

"Usaha selanjutnya untuk memperbetulkan kepincangan terutama berkaitan Artikel 88 belum berakhir malah baru bermula," katanya.

Mahkamah, semalam mendapati pertuduhan dibuat FAM itu betul dan tidak cacat kerana persatuan berkenaan mematuhi semua prosedur dalam statut serta peraturan disiplinnya.

Bagi Annuar, proses mengubah FAM sama ada daripada segi kepimpinan atau peraturan memerlukan tindakan berbeza dan perlu dilakukan. "Langkah ke atas ini tidak boleh dihalang sesiapa kecuali badan gabungan FAM saja. Ia perlu dilakukan secara tertib dan mengikut peraturan."

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Forkey ancaman besar: Fandi

Johor Bahru: Fandi Ahmad akur Johor Darul Takzim (DT) ada tugasan menggunung apabila menunggu kunjungan Selangor apabila dua pasukan gergasi itu bertembung dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua jurulatih itu turut menamakan penyerang lawan, Forkey Doe sebagai ancaman besar dalam impian tuan rumah mahu merakamkan kemenangan untuk mendapatkan modal selesa di laman sendiri.

Ketika sama pengendali skuad Harimau Selatan itu turut menegur benteng pertahanan lebih berwaspada dengan ancaman penggempur Selangor yang lincah seperti dipamerkan ketika menewaskan Johor DT 4-1 dalam saingan Liga Super pada 9 Mac lalu.

Mantapkan posisi tengah

"Pemain paling bahaya buat Selangor adalah Forkey Doe yang sering digunakan oleh pasukan itu bagi menggempur benteng pertahanan Johor malah corak permainan hantaran bola jauh harus disekat supaya bola tidak sampai kepada pemain import Selangor itu.

"Kami harus menang jika mahu berada dalam kedudukan selesa untuk perlawanan kedua di gelanggang lawan nanti. Saya terpaksa membuat rombakan kecil memantapkan posisi tengah dan pertahanan selepas ketiadaan Ahmad Ezrie Sazali dan Ahmad Tharmimi Saiban," katanya.
Safee sudah pulih

Beliau juga menegaskan kecederaan yang dialami penyerang sensasi, Safee Sali sudah pulih sepenuhnya namun masih belum mahu menurunkan pemain kelab Arema FC itu selepas tahap kecergasan masih belum memuaskan dan bakal mempertaruhkan gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Daniel Guiza menerajui jentera serangan.

Katanya, pemain skuad Harimau Selatan harus kembali fokus pada saingan Piala FA dan mengambil kesempatan faktor keletihan pemain skuad Gergasi Merah itu yang beraksi pada saingan Piala AFC, baru-baru ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Guna budi bicara tangani Artikel 88: Elyas

Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Elyas Omar berharap badan induk bola sepak negara itu menggunakan budi bicara dalam menangani isu berkaitan Artikel 88.

"Ini bukan peraturan jenayah seperti mencuri atau bunuh orang, masih ada ruang gunakan budi bicara atau ikut keadaan semasa," kata Elyas ketika diminta mengulas berkenaan Artikel 88 yang semakin rakus menelan mangsa.

"Peraturan perlu ada, tetapi jangan terlalu ketat sangat. Apa guna letak bijak pandai jadi jawatankuasa kalau semua keputusan nak ikut buku. Baik letak kerani biasa yang tak perlu fikir panjang bila nak jatuhkan hukuman.

Pemimpin perlu bijaksana

"Sebab itu perlu ada pemimpin bijaksana. Kalau tidak organisasi akan jadi kucar-kacir dan peraturan yang ada akan digunakan untuk mempertahan kepentingan peribadi."

Elyas berpendapat, jika kritikan membina dianggap satu kesalahan, sampai bila pun sesebuah organisasi itu tidak maju, malah mungkin akan kehilangan ramai tokoh berwibawa yang cuba membawa perubahan positif.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor DT lepas Guiza, Del Nero

Aksi terakhir menentang Selangor malam ini

Johor Bahru: Segala teka-teki berhubung status dua bintang import Johor Darul Takzim – Daniel Guiza dan Simone Del Nero terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak akan menggunakan khidmat kedua-dua pemain pada saingan pusingan kedua, Liga Super bermula 12 April ini.

Kedua-dua pemain itu akan membuat penampilan terakhir pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini dan keputusan melepaskan Guiza dan Del Nero dibuat selepas penilaian berhubung kedudukan pasukan dan juga prestasi bintang Sepanyol dan Itali itu selepas tamat pusingan pertama liga elit domestik.

"Keputusan itu terpaksa diambil kerana kontrak secara pinjaman Guiza berakhir Ogos ini bersama kelab beliau, Getafe CF dan ini menyebabkan pemain itu tidak dapat beraksi pada saingan Piala Malaysia nanti.

Ada 3 import dalam senarai

Simone (Del Nero) masih belum pulih daripada kecederaan dan pasti tidak boleh memberi persembahan terbaik kepada skuad dan memandangkan pendaftaran pemain baru dibuka bermula Isnin ini, pihak pengurusan PBNJ mengambil keputusan melepaskan kedua-dua pemain itu dan mencari pengganti baru," kata Pemangku Presiden PBNJ, Datuk Obet Tawil menerusi kenyataan, semalam.

Beliau juga mengesahkan pemain tengah Johor, Andre Francisco Da Silva dikenal pasti mengambil alih tempat Del Nero manakala sudah ada tiga pemain import disenarai serta dinilai ketua jurulatih, Fandi Ahmad. PBNJ akan memutuskan status ketiga-tiga pemain itu dalam tempoh terdekat.

"Saya akan pastikan pengganti Guiza dan Del Nero akan mempamerkan aksi lebih baik dan cemerlang dalam usaha memastikan visi transformasi Johor DT tercapai," kata Obet.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tok Gajah ‘hilang’ dua penjaga gawang

Written By Unknown on Jumat, 05 April 2013 | 15.23

Kuantan: Masalah kecederaan membelenggu skuad Pahang menjelang pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Sime Darby FC di Stadium Darulmakmur, malam esok.

Tambah parah, kecederaan itu membabitkan dua penjaga gol utama iaitu Mohd Rosfaizul Azuar Ali dan Mohd Nasril Mat Nordin serta pemain pertahanan, Mohd Saiful Nizam Miswan.

Justeru, jurulatih Pahang, Dollah Salleh kini mengharapkan seorang daripada penjaga golnya itu sempat pulih untuk mengekang asakan padu pendahulu Liga Perdana itu.

Tempoh tiga hari

Bekas pemain kebangsaan itu mengakui bimbang dengan situasi berkenaan kerana kecederaan Nasril dilihat lebih serius kerana jari kelingking bekas penjaga gol Perak dan Selangor patah.

"Oleh itu, saya harap tempoh tiga hari ini dapat menyaksikan Rosfaizul pulih daripada kecederaan dan sudah pasti penjaga gol ketiga iaitu Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid akan berada di bangku simpanan.

"Segalanya dilihat sukar buat saya berikutan kecederaan yang dialami membabitkan pemain utama terutama Saiful yang mengalami kenderaan buku lali. Saya pun tidak pasti untuk menurunkan pemain yang akan menggantikan posisi Saiful jika dia tidak dapat diturunkan pada perlawanan Sabtu ini," katanya semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nwakaeme lebih serasi: Piya

'Kemampuannya tidak boleh dinafikan lagi'

Kota Bharu: Pada firasat kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dua elemen harus dijadikan kayu pengukur untuk Bojan Hodak membuat keputusan mendaftarkan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme ke dalam skuad The Red Warriors (TRW) sebaik jendela perpindahan dibuka semula 8 April ini.

Badhri atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Piya beranggapan Nwakaeme bukan sahaja dapat membaca hantarannya namun memiliki kemahiran mengawal bola lebih baik berbanding penyerang import, Keita Mandjou.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu turut mengakui beliau lebih serasi beraksi bersama Nwakaeme berbanding Keita dan Dimitri Petratos.

Jentera serangan boleh berubah

"Apa yang saya tahu barisan serangan Kelantan akan berubah apabila pusingan kedua Liga Super disambung nanti. Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Nwakaeme mengemudi barisan depan bagi saingan Liga Super.

"Saya akui semakin serasi dengan permainan Nwakaeme. Kemampuan sebenarnya sebagai penyerang yang digeruni tidak boleh dinafikan lagi terutama selepas berjaya membantu Kelantan dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC).

"Kami memerlukan penyerang yang mampu melakukan penyudah selain boleh memecah benteng lawan untuk bangkit menguasai Liga Super selepas kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu (Lions XII)," katanya.
Dia ditemui selepas melawat keluarga wira negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24 yang terkorban ketika menyertai Ops Daulat membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu 13 Mac lalu, di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, kelmarin.

Aksi memukau penyerang import bertubuh sasa itu ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala AFC Selasa lalu menambah keyakinan Piya untuk terus beraksi bersama.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tunku Ismail mangsa kerakusan ‘Artikel 88’

Bukti kekangan, peraturan keras FAM tidak menjurus kepada pembangunan bola sepak negara

Kuala Lumpur: Peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah cukup untuk membuktikan betapa kekangan dan peraturan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menjurus kepada pembangunan bola sepak negara.

Tunku Ismail yang dalam masa singkat berjaya menyemarakkan kembali senario bola sepak di Johor, dikejutkan dengan penggantungan enam bulan dan denda RM18,000 oleh FAM kerana melanggar Artikel 88 apabila mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).

Cabaran dilalui Tunku Ismail tidak banyak beza dengan dua lagi bekas presiden persatuan negeri – Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim – yang dianggap sebagai orang kuat bola sepak Kelantan dan Perlis.

TMJ bawa perubahan

Annuar dan Shahidan masing-masing digantung 30 bulan kerana melanggar Artikel 88, dan akibat penggantungan pergerakan kedua bekas pegawai tinggi FAM itu terbatas dalam memajukan bola sepak negeri dan kebangsaan.

Annuar, Penaung Persatuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merasakan tindakan Tunku Ismail meletak jawatan itu satu kerugian buat bola sepak Johor dan negara.
"TMJ adalah seorang yang gigih...baginda berjaya membawa perubahan besar kepada pasukannya apabila menarik kembali minat dan kepercayaan peminat bola sepak memenuhi stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan membabitkan pasukannya," katanya.

Sokongan kembali merosot

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PAFA), Shahidan pula menganggap kehilangan pemimpin berkebolehan seperti TMJ akan mengakibatkan sokongan peminat tempatan kembali merosot seperti sebelum ini.

"TMJ adalah seorang pemimpin yang begitu komited dan berbakat bagi meneruskan kelangsungan usaha mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak baik di peringkat negeri Johor mahupun negara," kata Shahidan.

Sebelum mengumumkan peletakan jawatan, Tunku Ismail sekali lagi diancam tindakan FAM apabila duduk di bangku simpanan pemain ketika perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos bulan lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Hukum tetap hukum!

Presiden FAM tegas tiada siapa terkecuali tapi sedih Tunku Ismail letak jawatan

Kuantan: Sultan Ahmad Shah bertitah tiada siapa pun akan terlepas daripada hukuman, termasuk beliau sendiri andai didapati bersalah.

Hujah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menjurus kepada isu peletakan jawatan serta merta Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), kelmarin.

Apabila diajukan persoalan punca kepada perkembangan itu ada kaitan kesukaran Tunku Ismail mentadbir PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM, beliau mengulangi kata-kata sama: "Tiada siapa yang terkecuali daripada dikenakan hukuman jika mereka disabitkan kesalahan."

Akan temu Sultan Johor

"Kita tidak boleh lari dari undang-undang, bila kita sanggup berkhidmat dalam apa jua jawatan...kita tertakluk pada undang-undang yang perlu dipatuhi, jadi kita kena ikut dan terima hukuman jika lakukan kesalahan.

"Tiada siapa yang tidak melakukan kesilapan...kita sebagai manusia mesti terima ini semua. Jika saya sendiri melakukan sesuatu yang salah..saya akan berdepan dengannya kerana ia sebahagian dari kehidupan," katanya ketika di temui selepas Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), di sini, malam kelmarin.
Sultan Ahmad Shah juga bercadang bertemu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu peletakan jawatan secara drastik oleh Tunku Ismail.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger