Petronas Motorsports sasar pelumba TDP menyerlah musim ini

Written By Unknown on Sabtu, 26 Januari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Pasukan permotoran tempatan, Petronas Motorsports, mensasarkan barisan pelumba di bawah Program Pembangunan Bakatnya (TDP) mampu menghasilkan keputusan lebih cemerlang pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Anita Azrina Abdul Aziz berkata setiap pelumba di bawah program itu sudah diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan mereka mampu mencapai prestasi dalam karier masing-masing.

Perlumbaan tahan lasak

Seramai lapan pelumba terpilih menyertai program itu iaitu bekas pelumba Formula 3 British, Jazeman Jaafar; tiga bekas pelumba perlumbaan tahan lasak - Fariqe Hairuman, Dominic Ng dan Melvin Loh serta bekas pelumba Formula Junior, Mohd Afiq Ikhwan Yazid dan Nabil Jan Al-Jefri.

Dua lagi ialah pelumba Cub Prix, Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Hafizh Syahrin Abdullah.

"Sekiranya mereka mencapai sasaran, kami akan menyambung penajaan mereka dalam program ini. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu," katanya.

Anita Azrina berkata pengurusan pasukan itu bagaimanapun tidak meletakkan sasaran yang terlampau tinggi sehingga membebankan pelumba yang terpilih menyertai program.
Mengambil contoh Jazeman yang akan beraksi dalam Siri Dunia Formula 3.5 Renault yang lebih mencabar tahun ini, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jazeman serta pasukannya mengenai kemampuan dalam mencapai sasaran dalam perlumbaan Siri Dunia itu.

"Jazeman sendiri turut mengakui bahawa dia perlu belajar lebih lanjut mengenai perlumbaan Siri Dunia itu, jadi kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi namun berharap dia mampu mencipta kejayaan," - Bernama


Anda sedang membaca artikel tentang

Petronas Motorsports sasar pelumba TDP menyerlah musim ini

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/petronas-motorsports-sasar-pelumba-tdp.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Petronas Motorsports sasar pelumba TDP menyerlah musim ini

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Petronas Motorsports sasar pelumba TDP menyerlah musim ini

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger