Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Chelsea tidak rela minta maaf

Written By Unknown on Kamis, 29 November 2012 | 15.23

London: Chelsea dilihat masih enggan meminta maaf kepada pengadil, Mark Clattenburg berhubung tuntutan penghinaan perkauman, bahkan The Blues kelmarin menuntut keadilan dalam satu kenyataan kepada ketua pengadil.

Clattenburg didakwa menggunakan perkataan kurang sopan ke atas John Obi Mikel ketika kalah 3-2 kepada Manchester United bulan lalu namun pegawai di Stamford Bridge ketika ini mengakui menyesal kerana terburu-buru membuat tuduhan.

Ia diikuti dengan satu mesyuarat antara semua 16 Kumpulan Dipilih Pengadil dan Pengerusi Chelsea, Bruce Buck Isnin lalu dan kelab itu turut berkata mereka menyesal dengan 'kesan penelitian media terhadap Mark Clattenburg dan keluarganya'.

Chelsea menjelaskan, Clattenburg yang dibebaskan FA, bakal diterima semula di Stamford Bridge dan PGMOL tidak akan mempunyai isu untuk melantiknya mengadili satu perlawanan mereka nanti tetapi The Blues tetap berasa tidak akan memaafkan pegawai itu. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Pandelela penerima pertama UM Olympian

Petaling Jaya: Ratu terjun negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, Pandelela Rinong Anak Pamg diumumkan penerima sulung Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian – yang diperkenalkan pada majlis Malam Anugerah Sukan dan Rekreasi Universiti Malaya (UM) 2012 di malam tadi.

Pandelela, 19, yang mendaftar diri sebagai mahasiswa UM pada 17 September lalu membanggakan negara apabila menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik menerusi kejayaannya di acara 10m platform individu wanita.

Melalui biasiswa itu, Pandelela dikecualikan yuran pengajian dan penginapan serta menikmati elaun sara hidup dan latihan masing-masing bernilai RM15,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajiannya bermula September 2012 hingga Februari 2015.

Skim biasiswa sukan itu diwujudkan bagi memberi galakan kepada atlet cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk melanjutkan pengajian di UM.

UM juga menubuhkan Tabung Pandelela – UM Olympian bagi menjaga kebajikan atlet Olimpik agar dapat mengikuti latihan dan sukan tanpa mengabaikan aktiviti pembelajaran dalam usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi.

Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian dan Tabung Pandelela – UM Olympian dilancarkan Pemangku Naib Canselor UM, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, pada acara penghargaan sukan tahunan itu, malam tadi.

"Penubuhan skim dan tabung ini membuktikan komitmen UM menyokong hasrat negara melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dalam sukan dan pelajaran," kata Profesor Dr. Awang Bulgiba.
Pada malam itu juga, 12 anugerah disampaikan kepada penggiat sukan UM yang mengharum nama universiti, negeri dan negara.

INFO: Anugerah Olahragawan/Wati UM

  • Olahragawan (Pelajar): Bryan Nickson Lomas (Terjun)
  • Olahragawati (Pelajar): Daphne Ng Chiew Yen (Badminton)
  • Olahragawan (Staf): Ahmad Radzi Abu (Tenpin Boling)
  • Olahragawati (Staf): Noor Haslinda Mohd Arif (Karom)
  • Anugerah Lencana Biru Universiti (Pelajar) Ryan Chong Wy Lunn (Taekwondo); Yati Akhtar Mahtar (Bola Jaring); Nurul Shaffa Mustafa (Bola Jaring); Jerusha Chan Poe Yin (Tenpin Boling)
  • Anugerah Jurulatih Terbaik: (Staf) Azmi Ismail (tarik tali); (Pelajar): Asnan Md. Zuki (Bola Sepak)
  • Pengurus Terbaik: Pengurus (Staf): Mohd Fairosz Abdul Karim; Pengurus (Pelajar): Abdul Jalil Khalid (Bola Sepak)

15.23 | 0 komentar | Read More

BAM tubuh jawatankuasa kendali pengambilan pengarah kejurulatihan

Rompin: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Peluang itu bukan hanya terbuka kepada jurulatih asing, malah kita ada bakat tempatan yang dilihat berpotensi dan menyerlah untuk mengendali dan melatih pemain kita.

"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya di sini, kelmarin.

Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain.

Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan berkenaan. - BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Kembali mengaum!

Malaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.

"Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti," kata Rajagobal semalam.

"Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.

"Norshahrul (Idlan Talaha) yang tetap mahu diturunkan walaupun mengalami sedikit masalah di bahagian telinga, juga mempamerkan aksi terbaiknya malam ini."

Rajagobal turut memuji kedua pemain sayapnya, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang kerap kali mencipta peluang menerusi larian kencang dan hantaran-hantaran cantik ke depan gawang lawan.

"Sekarang kita perlu lupakan kemenangan ini dan memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," kata Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada pasukan kebangsaan.
Malaysia bangkit merakam kemenangan selepas tewas kepada Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama Ahad lalu yang mengundang kritikan daripada peminat.

Lagi berita menarik sekitar Piala Suzuki AFF, dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

segar mata

Masih ramai lagi pemain liga malaysia yang berkualiti,(PIYA,SABRI,INDERA,HAI-O,RUBEN)..

zETON SEMEOWN (mENARUH HARAPAN)

Super Safee 10 gigih berusaha daripada 7 peluang terhidang hanya satu dapat disudahkan oleh beliau. Namun harus diingat pada kejohanan edisi yang lalu Super Safee 10 lambat panas. Beliau sudah dapat menjaringkan gol, kita patut berikan harapan padanya. InshaAllah dia bakal menjadi lagi. Rajagopal juga harus mencuba Ahmad Hazwan Bakri sekiranya kita pada kedudukan selesa. Menentang musuh seNusantara kita Indonesia ibarat ulangan perlawanan akhir 2010. Skuad Nil Mazar tampil dengan ramai muka baru. Waspada dengan Andik Vermansyah (Messi Indonesia). Mahalli harus mengawal kemas Andik di samping Wan Zack yang harus membantu. Ramalan Kak Ton, Malaysia akan mengalahkan Indonesia 3-0 sekiranya kita mengekalkan corak permainan semalam. Cuma kita jangan cuai dan lalai kerana musuh sentiasa akan cuba di saat kelekaan kita. Safiq Rahim sepakan percuma memang berkelas dunia. Kekalkan rentak, PS: Jangan buat kesilapan! Fokus! InshaAllah Harimau Malaya akan jadi Juara lagi 2012!!

SABAK

Walaupun gembira dengan kemenangan besar ke atas Laos, tetapi kita seharusnya menang dengan lebih besar di mana tidak kurang dari 5 gol telah terlepas dari Safiee Sali. Apabila berlawan dengan team yang kuat, peluang sebegitu tidak banyak dan kalau tidak direbut utk menghasilkan gol, kita akan kalah. Saya percaya Singapura tidak akan lepaskan peluang utk menjaringkan gol sebanyak mungkin dengan Laos utk memintas Malaysia dari segi gol average.

peminat bola negara

safee sali perlu direhatkan, beri peluang kepada badrol bakhtiar dan khyril muhaimeen atau hazwan. Kepada pemain yang tidak fokus perlu diletakkan di bangku simpanan. Mohon pemain malaysia jangan mudah leka setelah leading lawan. Perjuangan perlu diteruskan, menang sahaja tiada seri mahupun kalah.

KRUL82

Alhamdulillah Harimau Malaya mencatat kemenangan... tahniah kepada jurulatih, semua pemain dan semua yang telibat terutama penyokong Malaysia .Saya cuma komen Khairul Fahmi patut diberi peluang... jangan disebabkan kesilapan yang lepas kita nak hukum dia cuba ingat apa kecemerlangan dan kewibawaan beliau yang lepas kena ambil kira bagi menaikan lagi moral beliau... n bagi peluan pemain... terutama sekali pemain muda Ahmad Hazwan Bakri beliau pernah membuktikan jaringan hatrik tu... kasi peluang orang labuan main... ba....

luqman

penyudah agak tumpul, sepatutnya 7 atau 8 - 1, penyudah perlu ditajamkan. safie sali tajamkan lagi rembatan mcm dulu.

djam eusof

apa la musadi nii....org nk komen dis pon nk komen. klau malaysia mng dgn indon, lantak la s'pore nk mng brp pon.m'sia mna bleh gagal coz dh dpt 6 point.p tiusyen math semula.

MHR

Tahniah Harimau Malaya kerana aksi cemerlang, teruskan rentak aksi mlm td. fokus kearah kemenangan, kawal stamina. jgn takut nk rembat kearah gawang lawan..HM never go alone.

waza6040

BRAVOOO....tingkat usaha disetiap perlawanan terutama bhg tengah dan kental dibhg bek nescaya akan menepati sasaran .penyerang perlu cerdik didepan gol ,jgn terlalu geram membuat sepakan ,gunakan lengok badan yg mengelirukan .

wanzulkafleemohamad

Kita sepatutnya menang 14-1 dpd deretan peluang satu lwn satu..ini bermakna barisan penyerang gagal melaksanakan tugas dengan baik. Wbgmanapun tahniah sbb menang..

ginger bread

bagus2....lwn indo gme wajib mnang...jgn hrpkan seri sbb indo hny prlukan sri utk layak ...pe2 pn steady NO. 18

mee bandung Muar

Kemenangan dgn Laos ini boleh dianggap sebagai tonik utk HM terus cemerlang dgn Indon nanti.. Teruskan berlatih & main sungguh2 dgn Indon nanti.. Indon cuma perlu seri utk layak ke semi final.. HM tiada pilihan kecuali menang.. Banyak lagi kelemahan semasa lwn Laos yg perlu diatasi segera..

mr gaban transform

secara matematiknya, harimau malaya boleh dan dapat MEMBAHAM garuda,namun harus diingat bola tu bulat 1st eleven yg tau kemena hala tuju bola tu bergolek,apapaun tahniah dan syabas atas kemenangan 4-1 ke atas loas semalam,

Wanzul

Sepatutnya kita boleh menang 14-1 tp penyerang tumpul..wbgmanapun tahniah sbb menang..

sovo

Syabas kpd skuad HM atas kemenangan yang sekian lama dinantikan oleh penyokong setia kita!!Kebangkitan seperti ini dijadikan sebagai bekalan motivasi bagi mempertingkatkan mutu persembahan yang lebih baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Harus dingat, perjuangan HM belum selesai dan 'ngauman' yang lebih yakin dan jitu amat diharapkan semasa menentang pasukan Indonesia Sabtu ini demi mempertahankan maruah negara dan kesetiaan penyokong anda!!!!

ibuzain

kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM

sovo

Tahniah skuad Harimau Malaya dan Datuk RG atas kemenangan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh penyokong setia kita. Kebangkitan ini dianggap bekalan motivasi untuk mempertingkatkan mutu persembahan bagi perlawanan seterusnya. Harus ingat, perjuangan belum selesai lagi dan semua pemain HM harus tunjukkan permainan yang lebih jitu dan mantap sehingga lawan kita merasai kemampuan kita sebenarnya!!!Ayuh HM..ngaumlah lebih yakin dan wira demi negara dan penyokong yang tercinta ini !!!

abikhsan

Tahniah buat HM... Ayuh tumpaskan garuda pula.... Kritik tanda saya dan sokong tanda semangat...

oh my bm

fendom...sape saifi saili tu x kenal ar??? jgn kritik je terus sokong harimau melaya...x kira siapa pun berada dalam skuad harimau malaya

ZORRO

Tahniah HM. Semua penyokong diminta beramai-ramai kestadium bagi perlawanan dgn Indon. Kita perlukan kemenangan tidak ada tidak. Pemain perlu lebih kerja keras.....kejar bola dikaki lawan, himpit jgn diberi ruang, terjah/rempuh cuma bila perlu dan main dgn 11 pemain. Good Luck HM.

ibuzain

kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM

jubei yenaiki

jangan angkuh. sang garuda lagi hebat dari laos.tingkatkan semangat juang satu malaysia.

zuljb

teruskan momentum...menyesal tak tengok semalam...go Harimau Malaya

oreklate

Azmi muslim tak boleh main...muka pun pucat. camana nak main bola

Syabas kpd rajagopal. Malang penyokong harimau tidak ramai yg setia. Kalau sayangkan harimau sepatutnya tunjukan sokongan spt game pertama. Tidak patriotik langsung.

boring ngan rajagopal

taniah...hm...tp perjalanan masih berliku

kayzek

Tahniah harimau malaya!!...tapi perjuangan masih belum selesai.... Coach Raja kena yakin dengan pemain simpanan...jika diberi peluang pasti akan menunjukkan pretasi yang terbaik untuk merebut kesebelasan utama.tengok saja game semalam...well done !!

Shawn

takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf..

Tembakau

Tak perlu menang besar untuk ke semifinal. menang sahaj sudah cukup. Tapi perlu bersedia berjumpa thailand semi final nanti. Rajagopal Ble... hehehehe

mohd. khan sidil

Tahniah Malaysia. Begitulah kalau mau kejayaan berusaha mesti lebih sedikit. Tetapi saya amat tidak puas hati dengan permaian no.10 dan no. 9 pemain Harimau. Mereka bukan pasukan dalam harimau tetapi dalam pasukan AYAM SERAMA bukan AYAM tembatan. Jadi ukurlah diri anda jangan melenting kalau ada orang tidak puas hati dengan permainan anda, kerana wang yang anda terima adalah wang rakyat.

adi dendang

Tahniah harimau malaya....tapi ramai lagi pemain yang bagus dalam liga malaysia yang belum diberi peluang...piya,farhan,hairudin,indra,ashari,ismail faruqi, j.kallang tee, shafiq jamal,amri yahyah...

imigreesen bukit bunga jeli kelantan(bebas cukai)

syabas pasukan harimau malaya.memang kamu sepasukan menbuat kami terpukau malam tadi.kami lihat dan kira pemainan malam tadi jika hantaran bola rembatan ke hadapan goll lawan dikira belas belasan jumlahnya.kamu semua pemain memang............ hebat .

Shawn

takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf..

leyna

Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!!

nazrimahat

Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia)

leyna

Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!!

Raja Cobaan

Amboi Rimau mentang-mentang lawan kucing hangpa belasah sakan nampak, buat masa la ni aku tak nak puji lagi, nanti kalau menang dengan Indon baru aku fikirkan !.

Lagi satu Rimau tolong lah berlatih teknik penyudah yg baik, tengok pasukan Singa bila bola di kotak panalti lawan 95 peratus pasti gol.

nazrimahat

Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia)

Zai.mamuTanjong

Harimau dah keluar dari hibernasi ke! Baham Garuda pula ye.Menang aje dah cukup utk masuk semi-final!

pecinta bola sepak88

tahniah harimau malaya...tp jgn terlalu gembira sgt..masih ada halangan yg menanti..Raja mintak tlg baiki kelemahan yg ada..jgn selalu guna hantaran jauh,,pemain2 kena rajin@fokus..tgk semalam sentuhan pertama pemain FAIL..semalam kita boleh menang besar lg..tp bnyk peluang x dpt disempurnakn dgn baik..safie jgn menendang bola ntah ap2...TARGET...pertahanan tingkatkn lg prestasi...mahali bgos naik tlg barisan penyerang,,tp cepat2 turun bawah..semalam laos menyerang sebelah sne jew...ap2 pn gud luck n the best..setiap perlawanan anggap jew mcm FINAL...

melighani

Tahniah Harimau Malaya...'permulaan' yang baik...Bahagian tengah sudah nampak berfungsi namun boleh dipertingkatkan lagi..apa yang lebih penting adalah konsisten dalam setiap perlawanan..Perlawanan dengan Indon nanti adalah ujian sebenar 'kekuatan' Harimau Malaya..,dengan Loas malam tadi adalah ujian 'keserasian' antara pemain dalam menterjemahkan tektikal dan arahan DRG dalam perlawanan sebenar...

Roti Pisang

mana komen-komen semalam yg mengatakan Harimau Malaya akan kalah menentang Laos, sampaikan ada yg nak kerat kuku semua, semalam terbukti yg HM masih mampu menang... jangan sokong bila menang saje, bak kata pepatah "kalau tak sokong masa kalah, jangan sokong jugak masa menang"...

shikin

tahniah untuk pasukan harimau malaya. teruskan usaha dan semangat berpasukan dalam menentang pasukan Indonesia...Malaysia BOLEH...

Rimau

Lepas ni KO Indon, KO Indon, KO Indon, KO Indon,
Hancur Indon, Hancur Indon,
Indon KO, Indon KO
Hancurrrr!!!

skyGun

Tahniah buat HM. tapi masih banyak lagi perlu di perkemaskan.terutama jentera serangan.SS dan MY tak menyengat sgt mlm tadi.perlu ada naluri pembunuh.bunuh semangat pihak lawan dengan cepat.banyak peluang SS terlepas begitu saje.pertahanan agak baik.sayap berfungsi sepenuhnya.tengah perlu perbaiki lagi.penjaga gol boleh dikekalkan untk FM.Pape pun perlu menang dengan INDO.perlu menang....GO HM...GO HM.....

fendom

sebenarnya lebih ramai lagi pemain yg bagus dlm liga malaysia tidak dipilih dan diberi peluang bermain

Safei saili patut bagi peluang pada pemain lain

amir abdullah

Tahniah atas kemenangan ke atas Laos. Kami kritik & marah sebelum ni sebab kami sayangkan Harimau Malaya. Defend, mildfielder dah ok, cuma striker perlu bijak buat keputusan depan gol. jangan pikir lama sgt sebab lawan akan tutup ruang, ada peluang just SHOT on target.

kuda kepang

alhamdulillah, tahniah. wlubgmn pun segala kelemahan perlu dikenalpasti. silly error hendaklah dielakkan sm sekali. semangat tgh tinggi, kekalkan momentum bila lwn Indo. slmt berjuang

One Two Roger

Excellent Malayan Tigers!!
Pasti Juara AFF 2012......tunggu dan lihat para penyokong Malaysia....

musadi

kita kena menang besar dgn indon sekurang-kurangnya 3-0..tapi kalau singa menang besar dgn loas maka kita akn gagal..

King Aji

Tahniah Harimau Malaysia! Beri lebih peluang kepada Zubir dari Azmi

ahmad radi taib

Tahniah atas kemenangan...tp para pemain msh melakukan kesilapan yang sama..kesilapan mudah...memudahkan pihak lawan menjaringkan gol spt mana gol pertama Laos...hantaran tidak tepat..cuma semangat juang yang berbeza dgn perlawanan pertama.


15.23 | 0 komentar | Read More

Napoli bangkit, Inter kecundang

Written By Unknown on Rabu, 28 November 2012 | 15.23

Napoli: Napoli mendaki ke tangga kedua Serie A Itali hasil kemenangan 1-0 ke atas kelab bergelut, Cagliari ketika pilihan juara, Inter Milan hadapi kekalahan perit 1-0 kepada Parma, kelmarin.

Napoli kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Juventus hasil jaringan Marek Hamsik pada pertengahan babak kedua untuk memintas Inter yang kecewa menerusi jaringan Nicola Sansone pada penghujung permainan.

"Ia perlawanan sukar namun kami menghadapinya dengan cukup baik," kata jurulatih Napoli, Walter Mazzarri. "Kami bergelut pada babak kedua namun saya perlu memuji pasukan."

Kemerosotan prestasi Inter pula berterusan apabila sebelum ini tewas kepada Atalanta dan seri menentang Cagliari dan kemenangan diharap di Parma berakhir dengan kekalahan selepas beraksi tanpa khidmat pemain kreatif, Antonio Cassano. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Henderson yakin Liverpool bakal gegar

London: Pemain tengah, Jordan Henderson percaya Liverpool mampu meneruskan peningkatan yang dipamerkan sebelum ini menjelang lawatan mereka ke Tottenham, awal pagi esok.

Skuad kendalian Brendan Rodgers masih bertungkus lumus dengan berada di luar 10 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris dengan hanya menang satu daripada enam perlawanan di laman lawan, musim ini.

Namun, prestasi cemerlang dengan seri tanpa jaringan di Swansea City, Ahad lalu mengekalkan rekod tanpa kalah Liverpool kepada lapan perlawanan - berturutan sejak akhir September lalu.

Ia satu keadaan yang meyakinkan Henderson untuk The Reds terus berganjak ke depan. "Ya, saya sememangnya berfikir yang kami boleh terus ke depan, terus meningkat dan terus kekal dengan prestasi," kata Henderson.

"Terdapat banyak keyakinan dan sikap berpasukan. Semuanya berada di landasan tepat mengenai apa dimahukan pengurus dan saya fikir sejak beberapa minggu lalu, terdapat peningkatan, jadi kami sangat menantikan perlawanan, Rabu ini." AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Hafiz harap tuah rebut mahkota Wira

Kuala Lumpur: Mohd Hafiz Nor Azman mengharapkan tuah menyebelahinya bagi merangkul Juara Keseluruhan kategori Wira menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 1 dan 2 Disember ini.

Pelumba Team Mos Track Pro Yamaha Racing itu saling bertukar kedudukan pendahulu sepanjang musim ini bersama pencabar utama, Fakhrusy Syakirin Rostam (AAP Mazoil Armstrong Motorsport)

Setakat tujuh pusingan, Hafiz berada di tangga teratas sebelum Fakhrusy merampas gelaran apabila dia berjaya menjuarai Pusingan 7 di Kluang dan kemudian melebarkan kedudukan dengan memenangi Pusingan 8 di Melaka.

Namun dalam usaha mencatat kemenangan hatrik di Pusingan 9 di Litar Sepang, Fakhrusy terjatuh pada sesi kelayakan dan gagal layak ke perlumbaan akhir.

Mengutip 165 mata

Situasi itu membuka ruang buat Hafiz yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat kembali menerajui kedudukan teratas dengan kutipan 165 mata.

Fakhrusy jatuh ke tangga kedua dan ketinggalan enam mata manakala Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) di tangga ketiga dengan 123 mata.
"Ketika di Sepang, saya jangkakan Fakhrusy akan melebarkan kedudukan di tangga teratas. Catatan masanya cukup pantas dan sukar dikejar.

"Malangnya, dia terjatuh ketika sesi kelayakan. Apa saja boleh berlaku dan ini menjadi peringatan supaya berhati-hati di Batu Kawan nanti," jelas Hafiz.

"Saya mungkin dilihat agak konsisten berada podium, namun Fakhrusy lebih agresif.


15.23 | 0 komentar | Read More

Laos nak 'sembelih' Harimau

Pasti Malaysia tertekan selepas tewas kepada Singapura: Kimura

Kuala Lumpur: Laos berselera besar mahu menewaskan Malaysia pada perlawanan kedua, Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Selepas hampir memalukan Indonesia pada perlawanan pertama Ahad lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, pengendali Laos, Kokichi Kimura yakin anak buahnya mampu beraksi lebih baik menentang tuan rumah yang juga juara bertahan.

Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus" - Kokichi Kimura, Jurulatih Laos


"Saya pasti Malaysia yang tertekan selepas tewas kepada Singapura akan bangkit memburu kemenangan, tetapi kami sudah bersedia," kata Kimura pada sidang media, semalam.

Aksi 110 peratus

"Malaysia dan Indonesia tidak banyak beza, saya mungkin akan melakukan sedikit perubahan taktikal untuk perlawanan ini.

"Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus. Saya harap ia bakal menjadi permainan menarik dan kemenangan berpihak kepada kami," katanya.
Laos yang menduduki ranking ke-179 dunia melakukan kejutan pada perlawanan sulung kempen kali ini apabila dua kali mendahului Indonesia menerusi permainan pantas dan tersusun.

Kimura yang mula mengendali skuad Laos sejak Julai lalu mempertaruhkan barisan pemain muda pada kejohanan kali ini dan selepas aksi pertama Kumpulan B, kehadiran pasukan kerdil Asia Tenggara itu tidak lagi boleh dilabel sebagai pasukan belasahan.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

ABDUL GHAFAR ANIS ABDULLAH

BERI PERHATIAN KEPADA KELEMAHAN PERTAHANAN DAN TENGAH,PENYERANG BAHAGIAN SAYAP,BUAT KEPUTUSAN BERANI DENGAN MEMASUKKAN PEMAIN MUDA TERUTAMA DI BAHAGIAN SAYAP UTK TUJUAN MENGUCAR-KACIRKAN PERTAHANAN LAWAN DAN MEMUDAHKAN BAHAGIAN PENYERANG KITA MELOLOSKAN DIRI MENYUMBAT GOL...!!! HARAP RAJA BERANI BUAT PERUBAHAN TAKTIKAL DAN PERTUKARAN PEMAIN BARU...?? MALAYSIA BOLEH MENANG 3-1.

barkuda

Harimau malaya kena naek BarKUDA....BARU SEMANGAT PATRIOTIK TINGGI DAN BERMAIN BERMATIAN MATIAN......

supkatak

FAM kne jaga2..jgn sampai stadium jd kosong xde pnonton nti.tgk la.politik je bnyak,sukan yg jd mangsa.

zizoo

Banyakkan tawakal pada Allah S.W.T... insyaAllah pasukan bola sepak Malaysia pasti menang dengan selesa... Hormat pada pasukan lawan, sentiasa menunjukkan kerjasama dalam berpasukan...Kesungguhan pemain - pemain muda Malaysia di dalam permainan memburu gol pasti akan menemui kejayaan...

AZMIEY

MLM INI HARIMAU MALAYA AKAN MENUJUKAN BELANG NYEE.. DAN MENGAUM SEKUAT KUAT NYE.. PASTI LOAS AKAN DI BAHAM HARIMAU. 3-0

doa pas

KO Laos, KO KO Laos, KO Laos..

avenged1986

harimau malaya boleh menang kalau ikut rentak thailand...harimau boleh menang kalau nak menang...tapi tak kira la menang sorak pun..

IZAM

kalau rajagopal masih tidak buat perubahan bahagian pertahanan gerenti malaysia terima nasib sama seperti melawan singapura. utras malaysia dah naik malu melompat- lompat bagi sokongan bukan kemenangan yg dapat tapi dimalukan oleh pemain singapura.

Nazri Hassan

Disebalik kekecewaan kalah dengan Singapura, kami harap bangkitlah Harimau Malaya. Buktikan kata-kata pengurus, jurulatih dan ketua pasukan yang Harimau Malaya pasti menang

dato' Rajagopal (bukan nama sebenar)

mana pemain malaysia yang berada diluar negara sperti Titus Palani James,Tam Sheang Tsung ,Tadashi Takeda,Wan Kuzain Wan Kamal,Nokhorrom Sanjeet dan beberapa lagi ..KENAPAKAH fam tidak mendapatkan perkidmatan mereka ini?

wan maliki

Semasa perlawanan dgn Hong Kong dan Bangladesh aku boleh terima kenyataan Rajagobal samada eksperimen atau bukan tahap sebenar pemain. Rasionalnya, aku beranggapan mungkin taktik gerak saraf disebabkan pemerhati Singapura dan Indonesia sedang membuat kajian terhadap perlawanan tersebut maka pemain bukan menunjukkan tahap sebenar. Tapi setelah kecundang 3-0 dgn Singapura aku tak boleh terima kenyataan tersebut dan aku rasa amat malu dan tertipu...kalah melawan tak apa, tapi kalau kalah 'lembik'? Percayalah, Harimau Malaya gah pada nama sahaja!

viper

aku x phm lh ade org bising psl support waktu mng dn x support wktu klh ni..org nk ckp mcmtu klu pasukn kita ni dh taraf brasil ke sepanyol ke portugal ke bru blh ckp mcm tu,tp ni pasukan kita tangga brapa???ko ingt kami ni peminat ariel peterpan ke yg bodoh tu ke??sokong saje wlaupun buat perkara haramjaddah..peminat tau pasukan yg berquality atau tidak..ms kita kalah gn indon aff dlu permainan kita berquality wlupun kita klh buktinya kita leading dlu dgn jaringan matyo,tp skrg kita klh dgn singa pora permainan kita hancur,peminat pandailh beza permainan berquality atau x..dlu kita blh bangkit sbb kita klh dgn indon sbb nasib,tp skrg kita klh sbb kita xde quality dn bkn nasib..soo mmg mlm ni xkn ade permainan berquality slagi pemain yg sama bermain(safiq n amar n bunyamin n azmimuslim)ni lh dia tukang karot dlm pasukn bt masa skrg,percayalah!!

kecewa

comfirm kalah...!!! kalau permainan macam budak tadika comfirm kalah...!!!

pecinta bola seak

Insyaallah..mlm ni team malaysia blh menang mudah2an..inilah masanya untuk buktikan kemamuan kamu semua...jangan dalam kumpulan B harimau malaya jg mangsa belasahan pulak(ganti laos)..tp doa kami smua rakyat malaysia hanya utk kamu smua team malaysia,,malaysia boleh........

azrin

Jangan nak membebel perkara kalah...ayuh,penuhkan stadium,gegarkan suara sokong kita agar seantero mendengar harimau mengaum..ayuh Harimau Malaysia.

sam ting wong

aku gerenti malaysia kalah lagi lah malam ni.sorry la,bukan nak jatuhkan moral dia orang, tapi faktanyer,semua petunjuk mengarah kepada kegagalan,tak payah pedulikan lah dengan pasukan kucing malaya tu.

sokong

gud lucK *harimau*

melighani

Setiap perlawanan melibatkan Harimau Malaya sememangnya penyokong terutamanya Ultras malaysia tetap memberikan sokongan tak berbelah bagi.. namun biarlah permainan pasukan negara ada mutunya dan perlawanan itu 'hidup'..Jika menang dengan Laos mlm ini..itu adalah 'permulaan' dan bukannya 'kejayaan eksprimen' DRG... Usahakanlah pada mlm ini agar langkah 'permulaan' ini menghasilkan keputusan yang membanggakan untuk meneruskan langkah-langkah kemajuan Bolasepak Malaysia...,jangan jadikan 'permulaan' yang longlai..jika tidak terus longlai untuk 15 tahun lagi..All Out Harimau Malaya utk mlm ini....

hantar je harimau muda yang jadi juara newspaper cup hari tu.corak permainan penuh semangat dan keseluruhan pertahanan memang yang terbaik.

pandan indah

fokus harimau malaya! fokus! malam ne mesti lebih berani, yakin, bijak and play as a team. go rajagopal! jgn patah semangat. biarkan org kata kucing malaya etc kucing pon kuat jgk... pantas, bijak, ada sifat alert yg tinggi... comel pulak tuh. ayuh lelaki (come on man)!

semaun

Ayuh harimau malaya,maju tetap maju,kekalahan semalam lupakan sahaja,ayuh maju terus maju,kami tetap menyokong harimau Malaya

Tok Gajah

Menang atau kalah memang adat permainan..tapi kalah@seri pun biar bermaruah...jaringan lawan semudah yang tak dijangka...jangan salah penyokong...kecewa sebab mutu permainan...andai main ok..kalah pun x kisah....bangkitlah Harimau Malaya.....

semaun

Harimau Malaya TERUSKAN PERJUANGAN,SEKALI KALAH BUKAN KALAH UNTUK SELAMANYA,PERTAHANKAN MARUAH NEGARA

along kuzi

banyank lagi pemain2 yg boleh di harapkan.razlan,ambri yahya dan hairudin omar.umur tidak menjadi penghalan,yang penting berpengalaman.............pasti harimau malaya jadi mantap........

Anuar Zain

Inilah barisan kita.. Yang ikhlas berjuang.. Siap sedia bekorban.. Untuk ibu pertiwi... Ayuh bangun Harimau Malaya.. Biar putih tulang.. jangan putih mata.. Inilah masanya untuk buktikan cinta kita pada Negara... Jngan dipersiakan terpilih mewakili Negara... Kami rakyat Malaysia tetap menyokong pasukan Harimau Malaya... Kepada pemain yang takut nak berjuang.. lebih baik gantung boot.. Ingat jangan conteng arang maruah Negara... Yakin Malaysia Boleh!

peminat HM

malam ni HM kena sembelih jadi lauk le jawab nye, pemain bola tak berkualiti! kerat kuku kalau HM menang, kena 2-0

kembalidara.com

Kami mahukan kualiti dalam bola sepak Malaysia..K.Rajagopal harus letak jawatan dan memberi ruang kepada lain2 coach yg mempunyai idea baru.

mat dungun

saya tak kisah apa orang lain kata. kita masih dilandasan tepat. pengurus pasukan tahu apa yang saya lakukan. jangan risau semua. Dato' pun kata tak ada sebab untuk saya letak jawatan. Kita masih boleh berjaya...... &*&^%^^$# kau gobal

apai hazard

main lembik... mcm baru blajar main bola... rugi htr tranning kt oversea... sia2 g berehat kt pangkor... baik layan epl lg menarik...

Bunyi semangat berkobar macam nak tebus langit tapi bila buat aksi dipadang longlai macam lebih baik budak jalanan

hanafi md dawi

Lepas ni Malaysia Ambil je jurulatih LAOS

lan swak

Sokongan 100% utk pasukan kita HM. Namun yg agak membimbangkan kita barisan tengah dan pertahanan yg selalu hilang fokus dan leka dgn hntrn bola tinggi dan serangan balas lwn. Jgn panik apabila mndpt bola, tenang dan bertindak bijak merencana serangan.

chedin

Terima sahajalah apa-apa keputusan malam ni.

anti putar alam

harap malam ni rajagopal mengeluarkan senjata rahsianya untuk menundukkan laos.sudah banyak kali rajagopal berjanji kepada penyokong untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan tetapi hanya gula2 yang menyedapkan mulut tapi hakikatnya merosakkan gigi..andainya malan ini kalah RAJAGOPAL DAN FAM TIDAK LAGI RELEVAN.

resha hamzah

As the legendary Shankly said;

 "If you can't support us when we draw or lose, don't support us when we win."

peminat bola negara

Mana ada harimau, bukan sudah jadi kucing ke? Kalu nak jadi harimau malaya, kena buktikan malam ni. Kena menang bergaya untuk pulihkan maruan tercalar. Kalau seri dan kalah secara rasminya eksperimen king rajagopal berjaya, merubah kucing menjadi ayam pencen. Berubah sebelum terlambat wahai team malaysia, apapun sokongan tetap diberikan.

kakibangku

tetap hormat harimau malaya walaupun kalah,kalahpun bermaruah sebab tak guna tenaga luar,utk apa menang kalau yg main diimport dari china,belanda dll.ayuh bangkit semula .....

saya tetap orang malaysia

bangkit dari kekalahan adalah lebih baik daripada terus longlai sepanjang masa...ayoh lawan...jadikan laos sebagai bahan permainan yang adil untuk mencapai kemenangan.

zai.mamu Tanjung

M'sia kena main mcm bintang lah!.Score awal untuk hapuskan tekanan.Elakkan lepas "soft goals".

imigreesen bukit bunga jeli kelantan(bebas cukai)

soryla harimau melayu tulenni.semangat pendekar juang kumpulan habis habisan.

kuda kepang

tak mahu letak harapan tinggi pd kucing malaya. takut kecewa lg. penyokong & ultras malaya seharusnya lebih realistik. setakat itu je kemampuan mereka...

Kamilus Tupen Jumat

Akan lebih Seru Indonesia vs Malaysia jika perlawanan malam ini juga seri.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rodgers tetap puas Reds belum tewas

Written By Unknown on Selasa, 27 November 2012 | 15.23

Swansea: Brendan Rodgers terpaksa menelan hakikat pemainnya melepaskan banyak peluang serta jaringan yang dibatalkan kerana 'ofsaid,' dan meninggalkan selatan Wales itu dengan hanya memperoleh satu mata selepas terikat 0-0 dengan Swansea, di Stadium Liberty kelmarin.

Liverpool nyaris berada di hadapan dengan jaringan Jose Enrique pada separuh masa pertama namun ia dikategorikan ofsaid tatkala Luis Suarez, Glen Johnson dan Raheem Sterling hampir membantu Liverpool mencatat kemenangan.

Belum tewas

Rodgers yang menghabiskan dua musim di Stadium Liberty sebelum beralih arah ke Anfield pada musim panas berkata: "Ia adalah satu kepulangan penuh emosi. Saya bertemu ramai orang yang saya berkongsi masa indah bersama. Ia adalah satu tempat yang menarik untuk kembali.

"Ia perlawanan sangat bagus. Kami bermain sangat baik dan mencipta peluang tetapi sukar untuk mendapatkan keputusan yang bagus di sini. Kami tidak bernasib baik dengan jaringan yang dikatakan ofsaid. Ia adalah satu gol, saya sudah menyaksikannya dalam ulang tayang. Namun, kami belum tewas dalam lapan perlawanan dan kami gembira dengan keputusan ini.

"Falsafah Swansea melakukan yang terbaik di laman sendiri dan mereka mempunyai pemain yang sangat bagus bersama pasukan. Perbezaannya hanya dari sudut kualiti dan itu adalah satu perkara yang perlu dilihat oleh kami untuk terus meningkat dari semasa ke semasa.

"Kami perlu meningkatkan kualiti serangan dalam masa terdekat ini. Suarez sangat menyinar dan sentiasa ancaman. Kami melakukan sembilan cubaan tepat kami perlu melakukan penyudahan."
Rodgers dalam masa sama turut memberi penghormatan kepada peminat Swansea. "Mereka menerima saya dengan hormat dan saya berterima kasih kepada mereka," katanya. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Podium di Qatar sandaran Fitri 'tawan' Batu Kawan

Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.

Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.

Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s.

Bakar semangat

Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s.

"Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya.

Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Perancangan hoki KL harus jadi contoh

Seremban: Persembahan mantap daripada segi skil dan kawalan bola baik dipamerkan pemain pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, yang berakhir kelmarin, membuktikan negara tidak ketandusan pemain pelapis berbakat yang mampu mengambilalih tempat pemain skuad senior pada masa depan.

Pemain seperti Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman, K Thevendran, Muhamad Syafiq Hassan dan Fallah Hassan Shahrom Jamil dari Kuala Lumpur, Muhamad Haikal Safaruddin dan George Dylan (Johor) selain Mohd Najmi Hayazi (Perak) dan Mahathir Rathuwan (Negeri Sembilan) adalah antara beberapa pemain yang menyerlah sepanjang 10 hari kejohanan itu.

Mereka wajar diberikan bimbingan berterusan bagi memastikan bakat yang tinggi nilainya itu tidak hilang begitu saja.

Ibu bapa, jurulatih ada peranan

Kejayaan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan usaha dan perancangan persatuan hoki ibu kota itu wajar dicontohi dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi.

Ini jelas seperti mana dinyatakan pengurus Kuala Lumpur, Ali Sulaiman bahawa kejayaan yang dicapai itu bukan datang dengan mudah sebaliknya ia hasil kerjasama dan kerja keras banyak pihak termasuk ibu bapa, jurulatih dan komitmen pemain itu sendiri.

"Walaupun pemain hanya dapat dikumpulkan dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan tetapi sebenarnya mereka sudah membuat persiapan latihan lebih awal lagi dengan dipantau pegawai persatuan. Ini membolehkan prestasi pemain dapat dikekalkan di tahap yang baik," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau jadi kucing

Khalid malu skuad kebangsaan tiada hati dan semangat juang tinggi

Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Khalid Ali mengakui malu dan tidak tahu mana mahu letak muka selepas kekalahan Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kepada pasukan jiran, Singapura, malam kelmarin.

"Jika dulu apabila saya turun melawan Singapura, saya cukup semangat untuk menang tetapi apa yang diperagakan skuad kebangsaan semalam (kelmarin), saya cukup malu. Tetapi saya tidak tahu Rajagobal atau anak buahnya ada perasaan itu atau tidak?," soalnya semalam.


Walaupun menganggap persembahan Safiq Rahim dan rakannya itu bukan prestasi sebenar yang ada pada skuad Harimau Malaya namun aksi longlai ditunjukkan setiap posisi jelas sukar diterima olehnya dan penyokong setia.

Lari tanpa tujuan

"Singapura juga banyak melakukan kesilapan tetapi kita bermain tidak seperti diharapkan kerana kebanyakan pemain hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan. Bermain bola sepak bukan hanya berlari dan tahu menyepak bola tetapi kita juga perlu ada strategi.
"Jelas, skuad kebangsaan kita sudah mundur dan jangan terus bagi alasan. Sudah cukup segala eksperimen kerana kita sudah lihat hasilnya," tambahnya.

Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain adalah bukan mereka yang layak mewakili pasukan negara.

Raja silap

"Di situ dia (Rajagobal) mungkin tersilap. Pasukan kebangsaan bukan hanya untuk pemain yang bawah 25 tahun kerana pemain yang berusia seperti Amri (Yahyah) dan Hairuddin Omar juga layak untuk mewakili negara sekiranya mereka berada di tahap terbaik ketika aksi Liga Malaysia.

"Saya rasa mereka layak untuk disenaraikan dan berupaya untuk beraksi baik. Sebagai contoh, Alexander Duric yang berusia lebih 40 tahun juga masih mampu menjaringkan gol buat Singapura," katanya yang masih menaruh harapan melihat kebangkitan Harimau Malaya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.

sinar

Harimau jadi kucing? bagilah kata-kata semangat...terasa hati wpun hanya sekadar penonton dan peminat....marilah sama-sama berdoa semoga prestasi harimau malaya meningkat....teruskan berjuang,

fairuz maluda

dalam hal ni saya tak rasa semua kesalahan patut ditanggung Rajagobal,pemain pun salah juga kerana tidak bermain bolasepak dengan betul.Jurulatih hanya mendorong dan beri arahan taktikal je,tapi pelaksananya dalam padang adalah pemain itu sendiri,kalau mereka kuat dan hebat sudah tentu pasukan malaysia boleh menang tempoh hari.Tak tahulah kalau pemain malaysia tidak boleh ditegur oleh jurulatih..mungkin juga jurulatih tak berani nak tegur pemain mengenai kesalahan mereka..almaklumlah pemain malysia ni kan manja...mereka anggap mereka bintang terkemuka dan lebih tahu tentang bolasepak,..tengok apa jadi kat Peter Butler tempoh hari...

rakyat malaysia

Jurulatih menyalahkan penjaga gol. tetapi yang pasti perancangan beliau langsung tidak menjadi. pemain belari tanpa tujuan dengan kawalan bola yang amat lemah. sebenarnya jika bahagian tengah malaysia hidup perkara ini tidak akan berlaku. singapura bermaharajalela di bahagian tengah takkan jurulatih tak kesan. pertahanan dan bahagian tengah lemah pasti penjaga gol terhebat duniapun akan tewas. bila kalah jangan hanya menyalahkan penjaga gol sahaja. lihatlah keseluruhan pasukan anda macam mana main berbanding pasukan lawan. singapura penjaga gol bersenang lenang kerana mereka menguasai bola dari bahagian tengah.

pemerhati

Peminat dan penyokong HM ada hak untuk mengkritik.. kalau x syg. skuad HM kami x kritik.. lantaklah nk jadi apepun.. skuad HM bukan milik persendirian tapi miik rakyat juga.. DRG dan FAM JANGAN EGO SANGAT.. penyokong ULTRAS MALAYA memang patut persoalkan DRG.. mereka bagi sokongan dan meniup semangat tanpa henti dari minit pertama lagi tapi apa yg. dibalas pemain dan coachnya.. persembahan harimau yg. takde gigi, malas, mengantuk, berat dan mcm2 lg.. jgn persoalkan kesetiaan penyokong.. mereka sentiasa dibelakang ada di belakang team HM.. awas pula jerat Laos selepas ini.. BANGKITLAH!!!!!!!!

jubei yenaiki

semangat juang pasukan kelantan lebih tinggi berbanding harimau malaya ketika menentang singa...pura

kaki bola

apa komen... presiden FAM seumur hidup..patut ke kita kalah....???

hj daud

kekalah dengan singapore jadi kan kebangkitan harimau malaya, kita sebagai peminat tak boleh downkan moral penyokong, kita kena support, kalau kita tak sokong mereka, siapa lagi yg akan sokong harimau malaya, mase lawan laos, harimau malaya kene all out, tak boleh nak simpan2 lagi, do the best harimau malaya, yuo have one chance, if you make one mistakes, you lost in the game

MAA

Maruah negara lebih tinggi dari ganjaran wang. Pemain2 M'sia harus faham erti mewakili negara dlm sebuah kejohanan yg besar seumpama Piala AFF Suzuki. Kita boleh mengadakan jurulatih yg hebat tetapi akhirnya pemain2 jua lah yg seharusnya merealisasikan idea dan taktikal di atas padang. Teruskan berjuang Harimau Malaya!

sebagai warganegara saya tidak sukan pasukan malaysia disebut harimau malaya saya lebih suka di sebut pasukan malaysia kerana harimau malaya terhad kepada penyokong semenanjung.

pak ayub Kerilla mari

Tak usah nak salah apek...ambo orhre kelate rasa tak sedap lah. Dato Raja dah buat silap besar...kalah alasan pada kesalahan individu..yg mainkan 11 orang.Sebenarnya tempat Dato Raja tu sudah lama diambil oleh orang lain..ambo rasa lebih baik ambik pasukan kelate je wakil Malaysia

asran

bola sepak malaysia banyak sangat politik,pemain yang lebih baik tidak di ambil mewakili negara.Contoh pemain seperti daudsu,subramaniam,azwan roya dan piya.Bahagian tengah tak hidup langsung.

Park Ji Yupp

Komen yang mengatakan para pemain seperti Khairul Fahmi, Safi, Aidil & Zaquan ada masalah peribadi seperti penceraian dan nak kahwin memang tak masuk akal.... Sebagai seorang professional tulen tidak kira apa pekerjaan masalah peribadi tidak boleh dibawa ke kerja... Senang cerita laaa..... masih ingat tak Wayne Rooney pada permulaan musim EPL yang lepas mengalami masalah perkahwinan kerana kecurangannya... tetapi masih mampu menjadi penjaring kedua terbanyak dalam pertandingan bolasepak antara palin mencabar di dunia.... dan mampu menjadi naib juara dengan merekodkan pungutan mata yang sama dengan juara..... Jadi..... professionalisma dan kurangnya patriotisma di kalangan pemain tu tak cukup kuat...Setuju sangat dengan Khalid Ali.... Kekuatan Rasa Cinta Terhadap negara pemain zaman dulu2 terlalu kuat berbanding DIVA-DIVA bolasepak sekarang yang hanya kemaruk jadi artis.... tetapi dalam padang hancus.... Tak salah glamor tetapi yang penting harus diutamakan.... C.Ronaldo, Beckham, Messi, Xavi, Rooney semuanya bergiat aktif dalam bidang peraggan tetapi prestasi atas padang... PEERRRGGGHHHHHHHH.............. Maleh den nak kobar laie.........

halim

nengapakah pemain kelantan tidak tersenarai contohya badri razi supaya jentera tengah dapat berfungsi...fikir2kan

Lakukan perubahan masih ada masa semangat harimau malaya......

mud

team harimau seolah-olah tiada strategi permainan... main macam ikut jadi saja. rajagobal terlalu banyak alasan.... rasanya boleh tukar jurulatih baru

rie

Kalau permainan sama yg di tunjukkan nampaknya hanya tinggal angan-angan jd juara.... peminat kecewa kecewa dan kecewa dgn taraf permainan yang semakin mundur... ni lah hasil usaha experimen experimen dan experimen selama 2 tahun.... adakah ranking menjadi kayu pengukur... jawapan sekarang YA tepat skali.....

hascobra

kita sepatutnya menyokong pasukan kita sekalipun kalah atau menang. Saya setuju ini semua permainan media..menang dipuji bila kalah dikeji...apa ni... Si Khalid Ali ni pulas satu..kalau dia tu bagus sangat kenapa FAM tak ambik dia jadi jurulatih..sbb dia tak bagus. Rajagopal teruskan perjuangan

Kucing Malaya

dah berbuih mulut penyokong, bekas pemain, pemerhati dan pakar2 bercakap pasal skuad kali ini.. pada pendapat saya, skuad ini akan mengalami kekalahan dgn Laos, mungkin ada yg marah tetapi inilah hakikat yg akan berlaku jika dilihat dari prestasi semasa pemain2 kita dan corak permainan berterabur yg dipamerkan dari perlawanan persahabatan sehingga perlawanan dgn Singapore.. DRG sukar utk merubah keadaan ini dlm masa terdekat ini... Inilah padahnya bila persiapan tidak dibuat dgn rapi dan pemilihan pemain yg tidak sesuai dan tidak berdasarkan prestasi semasa pemain dlm Liga M.. Kepada DRG anda sudah boleh menulis surat perletakan jawatan anda sekarang..

abd aziz ibrahim

Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain adalah bukan mereka yang layak mewakili pasukan negara.

Raja silap

"Di situ dia (Rajagobal) mungkin tersilap. Pasukan kebangsaan bukan hanya untuk pemain yang bawah 25 tahun kerana pemain yang berusia seperti Amri (Yahyah) dan Hairuddin Omar juga layak untuk mewakili negara sekiranya mereka berada di tahap terbaik ketika aksi Liga Malaysia.
KATA2 DI AATAS YANG PALING SAYA SETUJU.IAITU PEMILIHAN PEMAIN .....PASUKAN YANG MENANG 3 PIALA HANYA 2 ORANG SAJA MAIN DLM KESEBELASAN UTAMA ADUH CERDIKNAY

melopong

kalah menang memang adat..
tapi pemain mesti ada skill dan stamina serta dibantu strategi
apa yg berlaku..pemain tak cekap mengawal bola bila dapat hantaran...sentuh sedikit bola dah terlepas...dan paling bengong tendang bola cara sembarangan..sia2..bila melantun kepehak lawan..sepatutnya hantar ke rakan dgn tepat
lain kali tengok cara permainan barca..

sarjan detachment

bek kanan dan kiri perlu tukar..masukan kembali mahali & zubir..ini kerana bunyamin & azmin muslim kurang buat overlaping..pastu main asyik marah jeee..patut bg semangat bkn mrah..jgn salah kan keeper, semua patut disalahkan..saya percaya Harimau Malaya akan bangkit game seterusnya..Ayuh Harimau Malaya

peminat bola negara

tahniah King Rajagopal, you punya eksperimen berjaya. Tidak sia sia 2 tahun eksperimen, hasilnya harimau telah berjaya menjadi kuicing dalam tempoh dua tahun sahaja. Mungkin selepas nih coach nak tukar kan kucing mejadi apa pulak. sama sama kita lihat eksperimen seterusnya. Tahniah coach.

Jaguh kampung! Bunyi yuran transfer berjuta-juta tapi bila bersaing dengan orang luar, terkulai...syok sendiri bola sepak Malaysia ni

Stand By my Colour

ahh..ini semua permainan media..nak cari news..kasi laris...kalau kalah kritik macam bola sepak negara kena tsunami..kalau menang..puji melambung Harimau macam menang Piala Dunia..hipokrit puya media..jounalist yang buat story pasal bola semua hipokrit!

Stand By my Colour

ahh..ini semua permainan media..nak cari news..kasi laris...kalau kalah kritik macam bola sepak negara kena tsunami..kalau menang..puji melambung Harimau macam menang Piala Dunia..hipokrit puya media..jounalist yang buat story pasal bola semua hipokrit!

tok haji

Bolehkh satu pasukan keb dibntuk dlm masa 3 hari !... RG; boleh ....Kalo tk jdi rimau pn jadi kucing ....x apa he her..

Harap FAM terima lah kritikan ini. Bukan nak menghukum kpd sesiapa yg nak mengkritik pasukan kebangsaan..

Wak Narto

sabar sabar ada lagi perlawanan, peluang masih ada.

peter

saya rasa, sekarang pemain memerlukan sokongan para peminat, jelas kebanyakan pemain memang hilang arah tujuan, penjaga gol KFC pulak terganggu dengan persiapan pernikahannya, safi dah bercerai, aidil dan zakuan pun ada masalah ini semua menggangu konsentrasi mereka. bagi satu peluang lagi kalau persembahan masih hambar menengtang laos maka kita hentam habis - habisan. Bagi saya tektikal dan skil individu pemain malaysia sangat kurang, perbanyakkan lihat liga eropah cara mereka bermain.

komeng

fokus semula kepada kejohanan. Jangan fikirkan ganjaran dan wang ringgit sahaja.kalau perlu tukar mana yang dah tak boleh bermain. lepas ni tiada lagi alasan jika kalah atau menang.

Mohd Zohan Sapii

Kami percaya Harimau Malaya masih berupaya melakukan sesuatu untuk Malaysia

anti putar alam

harap FAM terima lah kritikan peminat dengan hati terbuka dan berlapang dada.buat perubahan segera.kalau patut berundur tu undur je lah.peminat berhak mengkritik kerana mereka yang bayar harga tiket.mereka ingin persembahan yg bagus.kalau rasa x nak terima kritikan pedas peminat harap lain kali setiap kali ada perlawanan pasukan kebangsaan bagi je tiket free.peminat nak kritik lebih2 pun segan.ini tidak,kalau bab duit fam macam kebulur je.

melighani

Memang amat memalukan....mentaliti penyokong, pemerhati.,penganalisa bolasepak negara jauh lebih tinggi dari DRG..,ada ke patut coach meletakkan kesalahan kepada seorang penjaga gol diatas kekelahan tersebut...wal hal seluruh penyokong Harimau Malaya tidak menganggap demikian.,bukankah ianya berpasukan..semua bertanggung jawab..,

fakir love

harimau malaya teruskan usaha anda.. do the best k...

Mohd Zohan Sapii

Kepada Pemain Harimau Malaya...kita masih ada peluang untuk terus berjaya dalam AFF Suzuki, jangan putus asa kami peminat dan penyokong sentiasa bersama kalian

Faiz

Rajagopal terlalu cepat mendapat Dato'. Walaupun hasilnya sangat kecil. Itupun mungkin mendapat hasil dari teknik jurulatih sebelumnya. Jelas pilihannya kurang arif. Kita ada skuad yang mantap tetapi teknik yang lapok. Mantapkan hantaran bola dan sepemahaman yang tinggi. Jika asyik buat experimen, inilah hasilnya.

kucingcomel

kalo kalah gak lepas nih...boleh bagi friskies... last chance... laos pon makin ke depan, apsal kite makin ke belakang..... apepon gudluck...

zal

dlm hal ni coach xleh salahkan player, sbnrnya coach patut dpersalahkan, tgok di eropah saje camner diorang bermula... tp mmg dari awal lg pemilihan player tu mmg dah salah,, yang hebat2 xnak ambil, idea rajagopal perlu diupgrade,n xleh pakai idea lama, kalo xleh gak, cari org lain yang boleh jadi coach utk masa depan harimau malaya

adebayor

Salam, Singa Laos sedang menanti insyAllah Harimau Malaya boleh menang tapi kalau kalah DRG mesti bertanggungjawab sepenuh....

Muhamad Zuhairi

Kami rakyat Malaysia berasa malu pada skuad negara kerana tidak mampu mengatasi Singapore di tempat lawan sendiri, sedangkan lebih 40 ribu penyokong yang hadir untuk menyuntik semangat pasukan negara, eksperimen dah byk di buat, tapi tetap kalah macam pasukan sekolah juga, yang lebih memalukan lagi jaringan gol utk singapore sangat mudah umpama benteng pertahanan hanya memandangan saja tandukan Duric yg tidak di kawal oleh mana-mana permain kita...tengok permain singapore, bagaimana mereka mengawal Idlan dan Safee, hingga penyerang kita tak dapat bergerak dan peluang untuk menjaringkan gol, itu baru namanya strategi.... Kalau rabu ni kalah juga dgn Laos,,,jgn salahkan penyokong mengapa tidak untuk datang ke stadium utk menyokong lagi,salahkan kamu sendiri kenapa nak membazirkan duit kerajaan dan duit kami semata-mata nak menyokong skuad negara hanya untuk menyaksikan perlawanan korang macam budak sekolah tu.

nattsheroo

agak tekajuk dengan corak permainan tekini dan terdahulu .... SPRM perlu dibabitkan sekali!!!!!!

pandan indah

ayuh kucing bangkitlah!
jgn terkilan dgn media. kami penyokong sentiasa memberikan sokongan yg padu!

radzi

AYUH HARIMAU MALAYA KAMI MAHUKAN AMUKAN ANDA

akub

kucing atau rimau bukannya sbg kayu pengukur bg skuad HM....tp yg jelas pnyokong brasa kecewa dgn prestasi yg dtnjukn....main d tanah air sndiri klihatn gntar & hlang arah...HM mcm x da X-Factornya lg....

juyang imram

Apa sudah jadi dangan pasukan kebangsaan sangat memalukan ingat nak pergi std kalau sudah kalaht


15.23 | 0 komentar | Read More

Benitez tak tahan disindir Ferguson

Written By Unknown on Minggu, 25 November 2012 | 15.23

London: Menjelang pertembungan menentang Manchester City hari ini, Rafael Benitez bukan saja diuji untuk perlawanan pertama selaku pengurus sementara Chelsea, tetapi bekas pengendali Liverpool itu juga diserang Alex Ferguson.

Pengurus Manchester United itu memperli Benitez dengan menyifatkannya sebagai bertuah kerana menumpang nama di kelab besar dan berjaya Chelsea dan Inter Milan.

Dia sangat bertuah kerana dalam tempoh dua minggu akan datang, dia mungkin meraih dua gelaran juara kelab dunia, sedangkan dia tidak berbuat apa-apa dengan pasukan, perli Ferguson.

Jose Mourinho menang treble di Inter Milan Rafa ambil alih dan menang kejuaraan kelab dunia tanpa perlu buat apa-apa, katanya merujuk kepada Chelsea yang akan beraksi di Jepun, bulan depan selepas Roberto Di Matteo disingkirkan.

Orang cuba menang dalam pelbagai cara. Saya hormati mereka, tetapi kadang kala saya tidak mampu kerana mereka terlalu mendesak, katanya dengan memilih Arsene Wenger sebagai pengurus terbaik di England.

Jurulatih dari Sepanyol itu kini berharap dapat memenangi hati penyokong Chelsea dalam ujian pertamanya di Stadmford Bridge.

Benitez yang dilantik sehingga hujung musim ini juga perlu mengagumkan pengurusan teratas Chelsea yang dikhabarkan mahu mendapatkan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, yang turut dikaitkan perpindahan ke City.
Saya tidak bercakap dengan pemain mengenai Liga Juara-Juara atau perlawanan seterusnya tetapi mengenai perkara kecil kami mampu baiki dan perkara yang mereka bagus lakukan, yang saya rasa Roberto Di Matteo sedang lakukan, kata Benitez.

Dia juga bakal berdepan kehilangan Frank Lampard dan Ahsley Cole kerana dia tidak mempunyai kuasa jika kelab tidak mahu menyambung kontrak dua pemain veteran itu.
Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Thailand bermula garang

Bangkok: Juara tiga kali, Thailand memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Filipina 2-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Suzuki AFF di Stadium Rajamangala, malam tadi.

Kali terakhir merangkul kejuaraan pada 2002, Thailand mula mengasak seawal minit pertama tampak sukar mengatasi Filipina yang dibarisi pemain naturalisasi sebelum memecah kebuntuan pada minit ke-38 menerusi Jakkapan Pornsai.

Berdepan asakan bertali arus Filipina, Thailand yang mendapat sokongan penonton sendiri terus menambah tekanan dengan jaringan kedua, dua minit kemudian menerusi pertahanan, Anucha Kitpongsri yang bijak menewaskan beberapa pertahanan sebelum melepaskan rembatan ke gawang.

Begitupun, Filipina tidak cepat mengalah dan berjaya memperoleh gol tunggal menerusi jaringan Paul Mulders pada minit ke-76, namun Thailand kukuh bertahan untuk meraih tiga mata berharga.

Dalam perlawanan terdahulu, juara pusingan kelayakan, Myanmar mencipta kejutan apabila berjaya mengikat juara 2008, Vietnam 1-1.

Begitupun, Vietnam terlebih dulu di depan menerusi tandukan menarik Le Tan Tai hasil sepakan sudut pada minit ke-34 sebelum Myanmar menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Kyi Lin selepas dia sendiri dijatuhkan pertahanan Vietnam pada minit ke-53.

Perlawanan berikutnya, Selasa ini, Vietnam akan bertemu Filipina manakala Myanmar berdepan Thailand.


15.23 | 0 komentar | Read More

Chong Wei gah lepas kahwin

Hong Kong: Lee Chong Wei membuktikan dia masih berbisa walaupun selepas cuti panjang sempena perkahwinannya apabila menempah aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2012, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu membenam cabaran pemain pilihan keenam, Kenichi Tago dari Jepun 21-19, 21-15 di peringkat separuh akhir perseorangan lelaki dalam masa 45 minit.

Menanti Chong Wei di final ialah Chen Long dari China pemain ranking kedua dunia yang juga Juara Terbuka China minggu lalu yang menang ke atas pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto, 21-18 21-10.

Langkah gemilang Chong Wei ke final diikuti beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menumpaskan pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, dengan kemenangan straight set 22-20 21-13 dalam masa 37 minit.

Koo-Tan yang tewas di separuh akhir Terbuka China minggu lalu mendapat kemenangan percuma di suku akhir selepas lawan mereka dari Korea Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae menarik diri akibat kecederaan.

Pasangan negara yang berada di ranking kedua dunia akan menentang satu lagi wakil China, Cai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan rakan senegara, Liu Xiaolong-Qiu Zihan, 18-21 21-17 21-16.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kami tak gentar!

Kuala Lumpur: Hanya satu matlamat di minda Safiq Rahim (kanan) dan rakan sepasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini - membuktikan Harimau Malaya adalah pasukan disegani di rantau ini.

Kapten pasukan kebangsaan itu turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad Piala Suzuki AFF kali ini dalam mempamerkan aksi lebih baik berbanding dua tahun lalu.

Soal mampu mengekalkan kejuaraan atau tidak bukan isu utama, tetapi apa yang perlu diberikan oleh dirinya dan rakan sepasukan ialah menampilkan corak permainan lebih baik serta semangat juang lebih tinggi di laman sendiri.

"Pasukan kali ini lebih baik dan persediaan kami juga lebih rapi," kata Safiq, pemain tengah yang sering menjaringkan gol daripada situasi bola mati.

"Dalam edisi sebelum ini, kami tidak diletakkan harapan tetapi bangkit selepas tewas perlawanan pertama untuk menjulang kejuaraan. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan dan semangat itu perlu sentiasa ada dalam diri pemain.

"Kali ini kita bermula dengan persiapan lebih rapi dan barisan pemain terbaik yang negara ada, jadi tidak ada alasan mengapa perkara sama tidak dapat ditunjukkan pada kejohanan kali ini di mana kita beraksi sebagai tuan rumah."

Menurut Safiq, dua kemenangan penting dua tahun lalu dicatat di Stadium Nasional Bukit Jalil - kemenangan separuh akhir pertama ke atas Vietnam dan final pertama ke atas Indonesia - dan kali ini kelebihan sebagai tuan rumah perlu digunakan sepenuhnya.
"Ini masanya untuk kita membuktikan bola sepak Malaysia kini sudah berada pada tahap membanggakan, dan kami pemain amat memerlukan sokongan padu peminat tempatan," kata Safiq.


15.23 | 0 komentar | Read More

KL hampir ke separuh akhir

Written By Unknown on Kamis, 22 November 2012 | 15.23

Seremban: Kuala Lumpur hampir pasti layak ke separuh akhir selepas menang bergaya menewaskan Pahang, 4-1, untuk mengungguli Kumpulan A, pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, semalam.

Juara bertahan itu kini mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri selepas sebelum ini menewaskan Selangor dan Perlis serta seri dengan Johor.

Ketinggalan 1-0, di babak pertama, pemain skuad ibu kota menemui rentak di babak masa kedua untuk menang bergaya, 4-1 dan kini misi untuk mempertahankan kejuaraan tampak meyakinkan walaupun bakal berdepan Kelantan pada perlawanan terakhir, esok.

Muhammad Fitri Khairul Ariffin muncul wira Kuala Lumpur apabila melakar hatrik pada minit ke-59, 61 dan 70 selepas Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman menjaringkan gol pertama pada minit ke-47, manakala gol Pahang Jamal Abdul Hassan, minit ke-34.

Jurulatih Kuala Lumpur, Noorazli Ishak memuji persembahan anak buahnya apabila mereka mempamerkan persembahan cemerlang terutama pada separuh masa kedua walaupun tersentak dengan jaringan pemain lawan pada separuh masa pertama.

"Saya berharap pemain tidak hilang fokus dan cepat berasa puas hati dengan kemenangan dan mengekalkan persembahan terbaik mempertahankan rekod tanpa kalah," katanya.

Dalam saingan Kumpulan B, menyaksikan Pulau Pinang mengganas apabila membelasah Melaka, 7-0, sekali gus menjadi pencabar terdekat kepada Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Naib juara tahun lalu, Terengganu terkeluar daripada perebutan empat pasukan terbaik apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah.


15.23 | 0 komentar | Read More

Di Matteo dipecat!

London: Pengendali Chelsea, Roberto Di Matteo ditamatkan khidmatnya selepas juara Eropah itu kini hampir tersingkir daripada peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara, kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

"Kelab Bola Sepak Chelsea kini menamatkan khidmat pengendali Roberto Di Matteo pagi tadi (semalam)," kata kenyataan itu, selepas kekalahan 3-0 Chelsea di tangan Juventus kelmarin.

Menurut Chelsea, persembahan dan keputusan mutakhir pasukan tidak begitu baik. "Kelab berdepan tugas sukar untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara serta mengekalkan cabaran dalam Liga Perdana Inggeris dan tiga pertandingan lain," tambah kenyataan itu lagi.

Kekalahan di Turin menyaksikan Chelsea bakal menjadi juara pertama kejohanan berprestij Eropah itu tersingkir di peringkat kumpulan pada musim berikutnya.

Walaupun sekiranya menang ke atas kelab Denmark, FC Nordsjaelland pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti, ia masih belum mencukupi buat Chelsea untuk mata kerana dalam perlawanan lain Kumpulan D, Juventus dan Shakhtar Donetsk hanya memerlukan keputusan seri.

Di Matteo hanya dilantik secara tetap Jun lalu, selepas cemerlang menerajui Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara buat pertama kali sebaik mengambil alih tempat Andre Villas-Boas yang dipecat pada Mac.

"Pemilik dan lembaga pengarah ingin berterima kasih kepada Roberto di atas apa yang dilakukannya kepada kelab sejak mengambil alih pada Mac," kata Chelsea yang sentiasa mengalu-alukan pengendali dari Itali itu di Stamford Bridge.
"Kelab akan menamakan pengendali baru dalam masa terdekat."

Juventus pula berkata mereka tidak akan bermain untuk seri bertemu Shakhtar pada pertemuan terakhir Kumpulan E selepas menyukarkan peluang Chelsea dengan kemenangan 3-0 di Turin.

"Bukan gaya kami bermain untuk sekadar seri, kami mahu menang perlawanan (Shakhtar) itu." kata pembantu jurulatih Juventus, Angelo Alessio. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Malaya dapat suntikan semangat

Petaling Jaya: Datuk Seri Najib Razak yakin skuad Harimau Malaya mampu bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan pada siri perlawanan persahabatan bagi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, bermula Ahad ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting, setiap pemain perlu memberi komitmen seratus peratus dan percaya kepada kebolehan masing-masing.

"Saya yakin dengan pemain dan jurulatih. Bila kita jatuh kita kena bangun semula. Kalau kita berjaya kita lipat gandakan usaha," katanya ketika memberi amanat kepada Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki AFF menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Semua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri beliau mewakili kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam saingan kejohanan berkenaan.
Beliau percaya rakyat dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad negara pada kejohanan berprestij di rantau ASEAN itu.

Beliau berkata, jika skuad Harimau Malaya melakar kejayaan pada kejohanan itu kerajaan akan memberi insentif kepada mereka.

Beliau mendoakan agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada saingan berkenaan.

Perdana Menteri kemudian menerima jersi baru skuad Harimau Malaya daripada ketua pasukan Safiq Rahim yang tertera nama Najib dan Nombor 11.
BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Amaran Raja!

Tampil tahap permainan sebenar atau panaskan bangku simpanan!

Itu amaran jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal (kanan) terhadap anak buahnya jika gagal bermain bersungguh-sungguh pada aksi sulung Kumpulan B, Piala Suzuki AFF bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Beliau bernada lebih serius kali ini selepas melihat aksi longlai anak buahnya ketika sekadar seri 1-1 dengan pasukan ranking 171 dunia, Bangladesh pada perlawanan persahabatan terakhir, malam kelmarin.

"Kalau ada mana-mana pemain yang tak mempamerkan permainan sebenar ketika bertemu Singapura, saya akan terus buat pertukaran drastik tanpa mengira siapa pemain itu. Saya tidak peduli.

"Lihat saja bertemu Bangladesh ini, saya terus keluarkan empat pemain utama pada waktu rehat. Kami serius tentang hal ini.

"Ambil ia sebagai cabaran dan harap mereka sedar untuk tidak mengulanginya ketika bertemu Singapura nanti," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan dengan pasukan berkenaan di Stadium Nasional, malam kelmarin.

Bagi jurulatih berusia 56 tahun itu, tindakan berkenaan bukan perkara baru kerana sebelum ini pernah melakukannya selepas Harimau Malaya tewas 5-1 kepada Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A, Piala Suzuki AFF 2010, di Jakarta.
Rajagobal melakukan tindakan drastik menukar terus tiga pemain kesebelasan utamanya ketika bertemu Thailand pada perlawanan kedua.

Mengulas aksi hambar skuadnya ketika bertemu Bangladesh, Rajagobal berkata: "Cukup mengecewakan...saya terkejut kerana pemain nampak letih, cukup perlahan dan tiada pergerakan menarik."

Dalam pada itu, kecederaan dialami penyerang, Zaquan Adha Radzak pada perlawanan malam kelmarin menyaksikan Rajagobal seakan 'menjilat ludah sendiri' dengan akur untuk memanggil semula pemain Pahang, Azamuddin Akil yang digugurkan secara drastik selepas seri 1-1 dengan Hong Kong, 14 November lalu.

"Lebih kurang saya sudah ada bayangan 22 pemain terakhir. Tapi saya hanya akan umum siapa dua lagi pemain yang akan digugurkan dalam sehari dua ini. Saya tak boleh umum lagi kerana masih boleh berlaku kecederaan dalam tempoh ini."


15.23 | 0 komentar | Read More

Hansen 'hidu' juara dunia

Written By Unknown on Minggu, 18 November 2012 | 15.23

Kuala Terengganu: Harapan seluas lautan buat Bjorn Hansen untuk meraih kejuaraan Alpari World Match Racing Tour (AWMRT), sekali gus merangkul gelaran juara dunia tahun ini.

Namun jurumudi Mekonomen Sailing Team itu sedar, peluang menjadi juara dunia kali pertama bergantung kepada prestasinya di kejohanan Piala Monsun yang juga sirkit terakhir AWMRT di Pulau Duyong, Terengganu, awal bulan depan.

Semuanya boleh menjadi kenyataan jika saya mampu layak sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir di Pulau Duyong, katanya dalam laman web AWMRT, semalam.

Pelayar Sweden berusia 45 tahun itu berkata, jurumudi Team GAC Pindar, Ian Williams, juga berpeluang cerah meraih kejuaraan dunia buat kali keempat.

Hansen yang memenangi sirkit Korean Match Cup dan STENA Match Cup Sweden, berada di tangga teratas siri jelajah AWMRT dengan 104.25 mata, cuma 2.25 mata di depan pelumba Inggeris (Williams) berusia 35 tahun itu.

Jika dikira rekod perlumbaan di antara dua pelayar itu musim ini, Hansen mempunyai kelebihan menang sembilan kali dan kalah lima kali.

Memang musim ini kami berdua mengungguli siri jelajah AWMRT dan jika mengikut rekod tahun ini, kami cuma gagal ke pusingan separuh akhir sekali saja, katanya.
Williams yang sebelum itu muncul juara Chicago Match Cup turut mengakui peluang yang diberikan Hansen di Switzerland digunakan sepenuhnya di Perancis.


15.23 | 0 komentar | Read More

Bersikap adil terhadap Mat Yo

Kota Bharu: Kerajaan negeri berharap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersikap adil terhadap Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang berhasrat menyertai Johor pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

EXCO Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sebagai pemain profesional, Mat Yo harus diberi peluang bagi memastikan masa depannya sebagai pemain bola sepak lebih terjamin.

Sekiranya Mat Yo merasakan masa depannya lebih cerah di tempat lain, KAFA kena beri peluang kerana itu adalah haknya.

Mat Yo harus diberi keadilan dan sebagai kerajaan yang memayungi rakyat Kelantan, kita berharap semua pihak diberi keadilan dalam isu ini, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar Khamis lalu mengenai KAFA dikatakan menetapkan nilai Mat Yo RM6 juta sekiranya ada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Bagaimanapun Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pihaknya tidak meletakkan nilai setinggi itu kepada PBNJ dan pihaknya sudah membuat keputusan melepaskan Mat Yo menggunakan pendekatan lain yang munasabah.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berkata, dalam isu ini juga, KAFA harus diberi keadilan oleh pihak yang ingin mendapatkan khidmat Mat Yo.


15.23 | 0 komentar | Read More

Arsenal bangkit belasah Spurs

London: Arsenal memanfaatkan kelebihan pemain apabila Emmanuel Adebayor dibuang padang, untuk bangkit dari pada ketinggalan seterusnya membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 pada pertemuan seteru tetangga utara London, malam tadi.

Adebayor, yang menjaringkan gol untuk Spurs mendahului pada minit ke-10 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, dikenakan kad merah ekoran terjahan dua kaki ke atas Santi Cazorla tujuh minit kemudian, sekali gus membuatkan pasukan pelawat gagal menemui rentak semula.

Pertahanan Jerman Per Mertesacker menjaringkan gol penyamaan buat Arsenal dengan tandukan padu pada minit ke-24, dan pasukan bimbingan Arsene Wenger itu menambah dua gol pada tiga minit terakhir separuh masa – melalui Lukas Podolski dan Olivier Giroud – untuk terus menguasai perlawanan.

Pemain Sepanyol, Cazorla menambah jaringan keempat selepas menerima hantaran lintang Podolski pada minit ke-60, namun Spurs sedikit ceria untuk kembali memberi saingan melalui sepakan kencang Gareth Bale dari luar kotak penalti pada minit ke-71.

Namun Arsenal bingkas bangkit dengan serangan bertubitubi yang akhirnya membuahkan hasil menerusi Theo Walcott yang menyempurnakan umpanan Alex Oxlade-Chamberlain pada masa kecederaan.

Jaringan 5-2 itu adalah sama ketika kedua-dua pasukan bertemu musim lalu pada bulan Februari.

Kemenangan The Gunners itu adalah kemenangan pertama selepas empat perlawanan dalam semua pertandingan. Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

'Orang boleh cakap apa saja'

Pangkor: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan anak buahnya mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya ketika ditemui di Pulau Pangkor Beach Resort, semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.
Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.


15.23 | 0 komentar | Read More

PBNJ setuju tawaran KAFA

Written By Unknown on Sabtu, 17 November 2012 | 15.23

Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada dasarnya bersetuju dengan tawaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk melepaskan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada skuad Harimau Selatan, tetapi bukan dengan harga RM6 juta.

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengesahkan menerima surat tawaran KAFA, Isnin lalu berkata, surat berkenaan lebih terarah kepada baki kontrak Mat Yo dengan persatuan itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah membalas surat berkenaan, semalam.

Nilai yang terkandung dalam surat tawaran dari KAFA tak banyak dan tidak tahu macam mana boleh keluar cerita RM6 juta.

Saya tidak tahulah jika ada orang cuba mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh untuk kepentingan diri pada situasi yang berlaku sekarang, katanya pada sidang media di Hotel Thisle, petang semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar Rabu lalu mengenai Mat Yo mungkin kekal bersama Kelantan pada Liga Super musim depan jika Johor tidak bersetuju dengan syarat dan terma perpindahan yang ditetapkan KAFA.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata KAFA terpaksa menanggung kos berjumlah hampir RM1 juta termasuk pemberian insentif ketika mengikat kontrak selama dua tahun dengan pemain itu pada tahun ini.
Mat Yo, yang dipilih sebagai 'Pemain Paling Bernilai' dalam anugerah bola sepak kebangsaan 2012 baru-baru ini, masih mempunyai kontrak selama 13 bulan dengan persatuan itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tiga awang buat Azraai angin

Ipoh: Ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor kecewa dengan aksi tiga awang import yang diujinya, petang kelmarin.

Tidak bagus langsung. Saya tidak tahu dari mana ejen ambil tiga pemain itu.

Justeru, saya beritahu ejen berkenaan supaya bawa mereka pergi kerana tidak mahu buang masa lagi dengan mereka, katanya. Tindakan ejen berkenaan membawa tiga pemain Brazil berbanding janjinya untuk membawa dua Brazil dan seorang Maghribi membuat Azraai mempertikai kejujuran orang tengah itu.

Dia kata nak bawa dua dari Brazil dan seorang Maghribi sebaliknya dia bawa tiga pemain Brazil.

Dari situ sudah nampak tembelang dia. Justeru, kita tidak boleh percaya sangat ejen ini kerana mereka ternyata sanggup melakukan apa saja demi kepentingan mereka, kata jurulatih yang mempunyai pengalaman luas berurusan dengan ejen bola sepak.

Azraai berkata Perak akan menerima ketibaan pemain import berwibawa selepas berjaya melepasi saringan yang dibuatnya mulai 20 November ini.
Mereka ini terdiri daripada pemain kebangsaan negara masing-masing . Kami sudah menghubungi ejen mereka untuk membawa mereka ke Ipoh mulai minggu depan, katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Hanya trofi penawar City

Manchester: James Milner yang akan kembali beraksi menjelang pertemuan dengan kelab lamanya, Aston Villa hari ini, percaya Manchester City perlu membalas kesetiaan penyokong mereka dengan terus memenangi kejuaraan.

Anak buah Roberto Mancini memerlukan tigamata penting untuk terus mengekori rapat pendahulu, Manchester United, dan selepas itu memikul misi wajib menang pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan Real Madrid di Eastlands, Rabu ini.

Sesetengah pengkritik berpendapat, kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu memudarkan keinginan City untuk terus meraih trofi, dan kini berdepan risiko tersingkir kali kedua berturut-turut di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara - kecuali menang ke atas Real yang kembali menghidupkan peluang tipis mereka.

Balas sokongan peminat Milner, yang menghargai sokongan berterusan peminat kepadanya ketika dia cedera, percaya City kini perlu membalas kesetiaan mereka sebelum ini yang menjadi perangsang kepada kejayaan kelab.

"Saya mahu bermain sebaik mungkin untuk City serta peminatnya, dan berharap kejuaraan akan muncul," kata Milner.

"Penyokong kami tiba dalam jumlah besar, di laman sendiri atau tempat lawan sejak dulu lagi. Ia mencetus semangat tinggi buat pemain." AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Beri Raja ruang’

Walaupun jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal 'dihentam dan dibidas' kerana prestasi skuad bimbingannya, Harimau Malaya terus hambar, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mempertahankan pengendali berusia 56 tahun itu.

Malah, FAM masih tidak berganjak dengan indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan terhadap Raja - iaitu perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia mulai Februari depan, yang mana skuad negara diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yaman.

"Adalah tidak sesuai untuk FAM mengulas kedudukan Rajagobal ketika ini kerana tidak mahu mengganggu persiapan skuad Harimau Malaya untuk misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF.

Berita lanjut dapatkan akhbar Bh hari ini


15.23 | 0 komentar | Read More

Tekad tawan litar RM1.2b

Written By Unknown on Kamis, 15 November 2012 | 15.23

London: Lewis Hamilton sudah pun menjalani latihan menghadapi perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS), hujung minggu ini tetapi hanya menerusi permainan video PlayStation.

Pemandu British itu memenangi perlumbaan GP AS yang berlangsung di Litar Indianapolis, lima tahun lalu, kali terakhir saingan Formula Satu (F1) berlangsung di negara berkenaan.

Namun F1 kembali ke Amerika Syarikat hujung minggu ini tetapi perlumbaan bakal berlangsung di litar baru Circuit Of The Americas di Texas yang bernilai 250 juta (RM1.2 bilion).

Menurut Hamilton, dia belum pernah memandu di litar itu dan hanya menggunakan permainan konsul di rumahnya untuk memahirkan diri dengan susun atur litar.

Sesuatu yang gila apabila memikirkan yang perlumbaan terakhir GP AS hanya berlangsung lima tahun lalu (2007).

Ia perlumbaan yang masih segar dalam ingatan saya seperti baru saja berlangsung semalam. Ketika itu saya memenangi perlumbaan F1 kedua saya hanya dalam tempoh selang seminggu.

Ia satu detik luar biasa dan itu yang membuatkan saya cukup teruja untuk kembali berlumba di AS. Walaupun hanya menganalisis litar baru ini menerusi PS3 dan simulator, saya pasti litar ini akan disukai pemandu, jelas Hamilton.
Pendahulu keseluruhan ketika ini, Sebastian Vettel masih belum mahu berfikir untuk merangkul kejuaraan hatrik musim ini biarpun sedang mengatasi pemandu Ferrari, Fernando Alonso dengan 10 mata tatkala Hamilton di kedudukan kelima.

Segalanya boleh berubah dengan cepat, kata Vettel.

Namun bagi Hamilton dia mempunyai misi tersendiri hujung minggu ini dengan berkata: Saya mahu muncul pemenang pertama di litar baru ini.
Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau terus cipta gelisah

Shah Alam: Berbaki 10 hari sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF 2012, timbul persoalan kini sama ada Harimau Malaya masih menyimpan kuku atau pengendalinya, Datuk K Rajagobal sudah kekeringan idea dalam mencorakkan pasukan juara bertahan itu?

Aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam tadi menyaksikan Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dengan pasukan ranking ke-172 dunia, Hong Kong, sekali gus memerlukan kemenangan wajib diraih pada aksi persahabatan terakhir menentang satu lagi lawan lemah, Bangladesh, Selasa ini bagi mengembalikan keyakinan penyokong.

Gol pendahuluan menerusi tandukan cantik Safee Sali hasil hantaran Amar Rohidan pada minit ke-57 berjaya disamakan Hong Kong hasil tolakan Lam Hok Hei minit ke-87 yang berpunca tolakan lemah Aidil Zafuan Radzak kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) pada aksi persahabatan di Hanoi dan Bangkok, awal bulan ini sedikit memudarkan semangat penyokong Harimau Malaya apabila kurang 5,000 penonton hadir ke stadium.

Rajagobal tampak menurunkan kesebelasan terkuatnya kali ini berbanding ketika menewaskan lawan sama 3-0 di Stadium Mongkok, 16 Oktober lalu tatkala Hong Kong kembali diperkuat enam tonggak utamanya yang tidak beraksi perlawanan itu.

Namun hanya dua percubaan berbahaya pada babak pertama menerusi Safee, sepakan cantiknya dalam kotak penalti pada minit ke-15 sedikit tersasar manakala percubaannya selepas itu melepasi perangkap ofsaid minit ke-31 diselamatkan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai.

Lawan pula nyaris memerangkap kelekaan skuad negara, mujur rembatan luar kotak penalti penyerang gantian, Cheng Siu Wai minit ke-43 diselamatkan Khairul Fahmi manakala percubaan Lee Hong Lim sempat dihadang pertahanan, Fadhli Shas, dua minit kemudian.
Biarpun Hong Kong terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 10 minit terakhir selepas pemain pertahanan, Lee Chi Ho dilayangkan kad merah, tiada tambahan gol mampu dihasilkan anak buah Rajagobal, sebaliknya Hong Kong pula berjaya menyamakan kedudukan.

Kita tidak pamerkan permainan sebenar sejak awal, tak tunjuk kesungguhan. Hong Kong lebih bertenaga, agresif. Kita tak dapat rentak permainan dan sedikit meningkat di babak kedua hingga dapatkan gol. Tetapi kesilapan komunikasi antara Aidil dan Fahmi memberikan gol mudah kepada lawan, kata Rajagobal.


15.23 | 0 komentar | Read More

Butler teruja T-Team pikat Boateng

Kuala Terengganu: Bakal ketua jurulatih dan pengurus T-Team, Peter Butler (kiri) teruja dengan ketrampilan bekas pemain kelab Inggeris Aston Villa, George Boateng yang sedang cuba diikat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) itu.

Walaupun sudah berusia 37 tahun, bekas pemain antarabangsa Belanda yang memulakan kerjaya dengan kelab Feyenoord di Rotterdam dapat memikat hati Butler ketika jurulatih berbangsa Inggeris itu pulang ke negara kelahirannya akhir bulan lalu.

Jurulatih berusia 46 tahun itu yang sudah dilepaskan dengan baik oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin berkata, fizikal dan kecergasan pemain kelahiran Ghana yang pernah beraksi bersama Coventry dan Middlesborough masih di tahap terbaik.

"Boateng bermain dengan kelab Nottingham Forest dalam Liga Kejuaraan Inggeris pada musim lalu dan liga hebat itu memerlukan pemain yang mempunyai fizikal serta kecergasan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, kata Butler.

Selain Boateng, Butler berkata, seorang lagi pemain yang pernah beraksi dalam Liga Inggeris, Luis Boa Morte, juga berminat beraksi bersama T-Team.

"Boa Morte yang pernah bermain dengan kelab Arsenal, Fulham dan West Ham United beberapa tahun lalu bukan nama asing lagi buat peminat bola sepak di negara ini kerana Liga Inggeris amat popular di sini.

"Bekas penyerang antarabangsa Portugal ini sekarang bermain dengan kelab Chesterfield, namun boleh meninggalkan pasukan League Two di England itu Disember ini," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Mat Yo = RM6 juta

Bukan RM1 juta, sebaliknya RM6 juta! Itulah nilai Norshahrul Idlan Talaha yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sekiranya mana-mana pasukan terutama Johor mahu mendapatkan khidmat Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) tiga tahun berturut-turut itu.

Nilai itu termasuk kos penajaan dan pengurusan penyerang kelahiran Besut, Terengganu itu sepanjang bersama The Red Warriors selain nilai tebus kontraknya yang masih berbaki 13 bulan dengan gergasi Pantai Timur itu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak meletakkan nilai setinggi itu kepada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) yang mahu mendapatkan khidmat penyerang itu kerana sudah tentu rundingan tidak akan berjaya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


15.23 | 0 komentar | Read More

Muhammad takluk Piala Presiden II NSTP

Written By Unknown on Rabu, 14 November 2012 | 15.23

Nilai: Muhammad Jusoh muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Piala Presiden II NSTP yang berlangsung di Nilai Springs Golf & Country Club, kelmarin.

Muhammad yang bermain handicap 15, turut muncul juara Medal A, disusuli oleh Kamaruzaman Pid sebagai naib juara manakala Rosli Mohd Yasin di tempat ketiga.

Norpahizan Mustapa pula muncul pemenang Medal B manakala Lokman Zainal Abidin di tempat kedua dan Mohd Yusof Harun di tempat ketiga. Bagi kategori jemputan, juara disandang oleh Sabhash Devan manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Kamaudin Rani dan Nordin Zakaria.

Turut menyertai kejohanan edisi kedua ini ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohamad Azlan Abdullah.

Antara penaja hadiah dan cabutan bertuah ialah Kementerian Belia dan Sukan; Kelab Sukan NSTP; Naza Group; TSH Resources Berhad, Acorn Communication; Perodua, Datuk Khairul Anwar Rahmat; Taylormade Malaysia; Edaran Tan Chong; CIMB Group; Nestle dan Adabi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Zulfahmi yakin terus bersinar musim depan

Kuala Lumpur: Musim MotoGP 2012 memberi penuh makna buat pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dengan meraih dua podium, masing-masing di GP Malaysia dan GP Valencia, Ahad lalu.

Pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu bukan saja melakar kemenangan dengan meraih tempat kedua di Sepang dan ketiga di Valencia tetapi musim 2012 juga memperlihatkan dia berjaya mencatat tiga masa terpantas di GP Belanda, GP Malaysia dan GP Valencia sekali gus memberi gambaran betapa musim depan amat dinanti-nantikannya.

"Selepas berakhirnya musim ini, saya pastinya tidak sabar untuk tahun depan," katanya yang turut dianugerahkan 'Pelumba Paling Meningkat 2012' untuk Moto3. Di perlumbaan GP Belanda, Zulfahmi mencatat masa terpantas 1 minit 44.004 saat di pusingan 12 seterusnya di Malaysia dengan 2:15.142s (pusingan 2) dan di Valencia, 1:49.622s di pusingan 24.

"Ia mungkin lebih mencabar tetapi saya akan bersedia menghadapi musim depan," katanya yang turut gembira apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dinobat anugerah MotoGP terbaik musim ini. "Pastinya saya perlu membuat persediaan dari segi mental, fizikal serta jentera juga harus dipertingkatkan untuk musim depan."

Zulfahmi, 21 tahun mula bergiat penuh dalam kalendar GP Dunia pada 2010 selepas muncul pemegang tiket wild card di GP Malaysia 2009 tatkala dia hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-20.

Bertitik tolak dari musim 2010 dalam kategori 125cc, Zulfahmi sekadar meraih empat mata untuk meletakkannya di tangga ke-24 keseluruhan namun dia mempamerkan peningkatan apabila menamatkan perlumbaan 2011 dengan 30 mata untuk berada di kedudukan lebih baik iaitu ke-18 keseluruhan.

Selepas kategori itu dipertingkatkan kepada Moto3 dengan kuasa kuda 250cc tahun ini, Zulfahmi mula menunjukkan kematangan mendadak - menamatkan musim penuh cemerlang dengan 128 mata untuk berada di tangga ke-7 keseluruhan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Butler lega isu kontrak berakhir

Kuala Terengganu: Kontroversi penamatan kontrak Peter Butler sebagai jurulatih Terengganu menemui penghujungnya kelmarin dan pengendali dari England itu kini bakal menandatangani kontrak sebagai pengurus merangkap jurulatih T-Team dalam tempoh terdekat.

Butler, 46, mengakui lega dan gembira dengan penyelesaian kemelut isunya itu dan sudah bersiap sedia untuk menumpukan sepenuh perhatian mempersiapkan skuad T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super 2013.

"Kalau boleh, saya mahu menyelesaikan semua perkara termasuk kontrak baru saya dengan T-Team dan pemilihan pemain baru pasukan dalam masa seminggu ini.

Kalau boleh, saya mahu menyelesaikan semua perkara termasuk kontrak baru saya dengan T-Team dan pemilihan pemain baru pasukan dalam masa seminggu ini. - Butler


"Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membentuk pasukan yang mampu mencabar mana-mana pasukan dalam saingan musim baru Liga Super nanti," kata Butler, semalam.

Boateng sahut cabaran

Dalam pada itu, bekas penolong pengurus pasukan, Abdul Rasid Jusoh yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif T-Team yang baru berkata, beberapa pemain ternama termasuk bekas pemain Aston Villa, George Boateng yang tiba di Kuala Lumpur petang semalam, dijangka bakal memperkuatkan barisan pemain kelab itu.

Selain Boateng, pemain kelahiran Lisbon, Portugal, Luis Boa Morte, yang sebelum ini pernah menempa nama di Arsenal, Fulham dan West Ham United dari 1997 hingga tahun lalu, juga menunjukkan minat bermain bersama T-Team.
"Isu pemain yang akan diambil atau dilepaskan dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kami sudah tidak mempunyai banyak masa lagi sebelum tibanya tarikh akhir pendaftaran pemain pada 6 Disember nanti," kata Rasid.


15.23 | 0 komentar | Read More

Misi wajib menang!

Safiq akui menang lawan Hong Kong dan Bangladesh akan kembalikan keyakinan pemain dan peminat

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain bangkit mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong malam ini dan Bangladesh Selasa depan - kedua-duanya di Stadium Shah Alam.

Kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu amat penting bagi mengembalikan semula sokongan peminat selain membuktikan kepada peminat betapa mereka sudah bersedia mempertahankan mahkota kejuaraan Piala AFF Suzuki selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut menentang Vietnam 1-0 dan Thailand 2-0.

Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti," - Safiq


Walaupun Datuk K Rajagobal masih belum memuktamadkan lagi skuad utamanya, ia dilihat bukan masalah untuk Harimau Malaya sekali lagi membaham Hong Kong serta Bangladesh yang seharusnya tidak mendatangkan masalah buat pasukan kebangsaan.

"Kita perlu menang perlawanan ini," kata kapten negara, Safiq Rahim yang turut mengakui pasukan kebangsaan kini seharusnya cukup bersedia berdepan mana-mana lawan dari rantau ini. "Ia penting untuk keyakinan kami dan juga keyakinan peminat.

Peminat senjata utama

"Pada peringkat ini saya rasa fokus utama kami ialah perlawanan pertama menentang Singapura 25 November nanti, tetapi pada masa sama baki dua perlawanan persahabatan ini perlu diakhiri dengan keputusan positif bagi mencetus keyakinan tinggi pemain.
"Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti."

Safiq, 25, adalah kapten pasukan kebangsaan ketika menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali dua tahun lalu. Ketika itu menurut Safiq, tekanan dan kritikan terhadap pasukan kebangsaan lebih hebat terutama selepas kekalahan 5-1 di tangan Indonesia pada perlawanan pertama.

"Kami sudah pernah mengalaminya (tekanan), malah ia jauh lebih berat dengan kejohanan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta. Tetapi kami berjaya mengharunginya hingga muncul juara dan tidak mustahil ia diulangi, apatah lagi di laman sendiri," katanya.

"Saya harap kita menggunakan sepenuhnya peluang sebagai tuan rumah dan sokongan padu penyokong setia bola sepak negara pasti akan menjadi senjata utama skuad kebangsaan kali ini."


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger