Petratos hak kami: Annuar

Written By Unknown on Minggu, 06 Januari 2013 | 15.23

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan penyerang muda dari Australia, Dimitri Petratos masih ada kontrak dengan pasukan The Red Warriors (TRW).

Berikutan itu, dia enggan mengulas mengenai perkhabaran pemain itu dilamar kelab England.

"Itu berita dari Australia dan saya tidak mahu komen apa-apa, yang penting dia pemain yang ada kontrak rasmi dengan kita.

"Nanti, kalau ada apa-apa seperti dikhabarkan itu, sudah tentu antara kelab dengan kelab akan berurusan," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya Nur Eilunie Natasha Jaafar di Kampung Cherang, semalam.

Tidak khuatir

Annuar mengulas mengenai laporan majalah bola sepak Four Four Two Australia bahawa pemain itu sedang hampir mendapatkan peluang menjalani ujian di England selepas aksi pra-musim yang positif.

Laporan itu turut menyebut bahawa Petratos akan mengetahui dalam beberapa hari lagi jika dia akan ke United Kingdom selepas baru sebulan mengikat kontrak selama setahun dengan Kelantan.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, dia tidak bimbang dengan perkara itu kerana kelab luar negara atau Eropah tidak akan terbabit dalam kes curi pemain atau pemain lari.

"Saya tidak khuatir kalau membabitkan kelab luar negara, apa lagi di Eropah, tidak akan timbul curi, (pemain) lari dan sebagainya seperti mana kita alami di negara kita," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Petratos hak kami: Annuar

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/petratos-hak-kami-annuar.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Petratos hak kami: Annuar

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Petratos hak kami: Annuar

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger