Pulau Pinang: Ketika negara masih bersedih dengan pemergian Datuk Punch Gunalan, negara kehilangan seorang lagi legenda badminton apabila Datuk Eddy Choong, 83, meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Loy Guan Lye, di sini akibat komplikasi jantung dan pendarahan dalam perut, petang semalam.
Anak sulung mendiang, Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53, berkata bapanya yang juga bekas juara perseorangan All England sebanyak empat kali dikejar ke hospital berkenaan selepas mengalami muntah-muntah, Sabtu lalu.
"Kematiannya agak mengejutkan kerana beliau dalam keadaan sihat dan bersemangat mahu menonton Kejohanan Badminton All England Mac depan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bell, Pulau Tikus semalam.
Sumber inspirasi
Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, dan juga empat anak lelaki.
Eddy yang juga bekas pelajar Penang Free School pernah bergandingan dalam acara beregu lelaki dengan mendiang abangnya, Datuk David Choong yang meninggal dunia pada September 2011 kerana diserang strok sebelum koma sembilan tahun.
"Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung," kata Khuat Seng.
Sementara itu, Sun Lim berkata, suaminya seorang pencinta sukan badminton dan semangatnya tidak pernah terpadam, biarpun sudah bersara.
"Kami sekeluarga pasti akan merindui mendiang yang menjadi sumber inspirasi kami sekeluarga selain rakyat Malaysia yang meminati sukan badminton," katanya.
Ogos lalu, negara turut kehilangan legenda badminton apabila Punch Gunalan meninggal dunia akibat kanser pundi hempedu.
Anda sedang membaca artikel tentang
Eddy ‘terlepas’ aksi Seluruh England
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/eddy-aksi-seluruh-england.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Eddy ‘terlepas’ aksi Seluruh England
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Eddy ‘terlepas’ aksi Seluruh England
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar