Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.
"Saya tidak mempunyai sedikit masalah pun dengan KAFA dan saya terharu kerana pihak pengurusan persatuan itu ikhlas memohon maaf daripada saya walaupun mereka tidak bersalah apa-apa terhadap saya," katanya semalam.
Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.
Bagaimanapun, dua penolong jurulatih T-Team, Sebastian Knapic dan Dado Kondic yang juga berbangsa Croatia tahu akan maksud perkataan yang dituturkan Hodak sebelum memaklumkan kepada Butler.
"Saya kesal dan sedih kerana dia menghambur kata-kata kesat kepada ibu saya yang sudah lama meninggal dunia akibat penderitaan penyakit kanser. Dia bukan saja enggan memohon maaf, malah terlalu sombong untuk mengaku kesalahannya sendiri," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Butler mahu lapor FAM
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/butler-mahu-lapor-fam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Butler mahu lapor FAM
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar