Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Kereta nanti pemenang golf 750 Tahun Melaka

Written By Unknown on Rabu, 31 Oktober 2012 | 15.23

Ayer Keroh: Kereta adalah antara hadiah bagi cabutan bertuah pada Kejohanan Golf Terbuka Melaka 750 Tahun yang diadakan serentak di empat lapangan golf di Melaka pada 11 November ini.

Timbalan Pengerusi Penganjur kejohanan, Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan berkata, sebuah kereta juga disediakan bagi pemenang hole-in-one di setiap par 3 di empat lapangan berkenaan.

Hadiah lumayan lain yang turut disediakan adalah motosikal, telefon bimbit, televisyen LCD dan sejumlah barangan elektrik.

"Kami juga menyediakan hadiah bagi pemenang kategori gross di setiap empat lapangan golf selain juara keseluruhan. Pemenang secara automatik akan terpilih untuk berentap pada Piala Antarabangsa Warisan Dunia Melaka Eropah 2013 di Melaka pada Februari tahun depan.

"Mereka akan mewakili Pilihan Melaka menentang Pilihan Eropah pada pertandingan berprestij itu nanti," katanya pada sidang media di Seri Negeri, semalam.

Empat lapangan golf yang terpilih menganjurkan kejohanan ini adalah Ayer Keroh Country Club (AKCC), A'Famosa Golf Resort, Orna Golf & Country Club dan Tiara Melaka Golf & Country Club. Pertandingan bermula jam 12.30 tengah hari.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini boleh melayari laman web penganjur http://www.golf750.melaka.gov.my atau menghubungi 06 233 2000. Borang boleh difaks kepada 06 2328 610/ 2324 509 atau dihantar ke alamat Persatuan Golf Negeri Melaka, Melaka 750 Open Golf Secretariat, Ayer Keroh Country Club, Lebuhraya Ayer Keroh, 75450 Melaka.


15.23 | 0 komentar | Read More

Djokovic bakal rampas status No 1 dunia daripada Federer

London: Novak Djokovic akan mengatasi Roger Federer selaku pemain tenis nombor satu dunia dalam kedudukan ranking dunia minggu depan dan dijamin akan mengekalkan kedudukan teratas itu sehingga hujung tahun ini, menurut kenyataan dikeluarkan Jelajah ATP.

Pemain kelahiran Serbia itu, yang kehilangan posisi utama itu kepada Federer Julai lalu akan menjadi pemain pertama dalam senarai ranking dunia menamatkan kedudukan buat kali kedua berturut-turut sejak lawan utamanya dari Switzerland itu melakukannya empat kali dari 2004 hingga 2007.

Djokovic sudah memenangi lima kejohanan tahun ini – termasuk Terbuka Australia dan gelaran Masters di Miami, Kanada dan Shanghai – serta sudah mengumpul sejumlah AS$6 juta (RM24.4 juta) wang hadiah kemenangan.

Pemain berusia 25 tahun itu yang dijadualkan beraksi dalam Masters Paris minggu ini akan hadir bersama trofi sebagai tanda kehadirannya di kejuaraan penutup musim di London. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Siasat pemain ada 'dua kontrak'

Seremban: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menangani isu pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan lama tetapi dalam masa sama menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara ini tidak beretika dan jika tidak ditangani akan berlaku 'aktiviti kurang sihat' dan orang sudah tidak menghormati lagi kontrak.

Jangan jadi penyakit

"Kita panggil diri kita liga profesional tapi sebenarnya tidak.

Oleh itu, saya minta FAM siasat perkara ini kerana badan itu lebih arif dan terpulang kepada FAM untuk melihat perkara ini supaya ia tidak menjadi penyakit.

"Kalau perlu diperbaiki, diperbaiki... kalau rasa dah ok, terpulanglah. Saya tak cadangkan apa-apa dan saya tak komen apa-apa, tapi bagi saya perkara ini adalah sesuatu yang tidak betul," katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.
"Pemain juga perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain selagi kontrak dengan pasukan lama masih berkuat kuasa.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kelantan kuasai anugerah bola sepak

Terbukti anak didik Rajagobal adalah pemain terbaik negara

Shah Alam: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, semalam dikuasai sepenuhnya pemain kebangsaan, sekali gus membuktikan skuad 35 pemain pilihan Datuk K Rajagobal untuk kempen Piala AFF Suzuki tahun ini dibarisi pemain terbaik negara.

Walaupun pemilihan pemenang untuk beberapa kategori menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat, keseluruhannya anugerah hasil kerjasama 100Plus-Astro Arena-FAM ini mampu menyuntik semangat kepada pemain kebangsaan yang dicalonkan.

Mampu tersenyum

Juara treble musim ini, Kelantan mampu tersenyum puas apabila empat anugerah menjadi milik mereka dengan Norshahrul Idlan Talaha menggondol gelaran Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Terbaik) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) (Persatuan Terbaik).

Juara Liga Perdana, Tentera yang hampir mengecewakan harapan treble Kelantan pada aksi final Piala Malaysia 20 Oktober lalu, turut pulang dengan empat anugerah - Adil Zafuan Abdul Radzak (Pertahanan Terbaik), Marlon Alex James (Pemain Asing Terbaik), B Sathianathan (Jurulatih Terbaik) dan Kelab Penyokong Terbaik.

Gandingan mantap
Bagi Sathianathan yang pernah menjulang anugerah sama ketika membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia dua tahun lalu, kemenangan kali ini adalah hasil gandingan mantap pemain dan pengurusan Tentera yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengendali pasukan selepas meninggalkan Kelantan.

"Saya bangga dapat bersama dengan dua pasukan hebat - Kelantan dan Tentera," kata pengendali 54 tahun itu yang digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik Liga Malaysia (Liga M).

KEPUTUSAN
PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (Tentera)
PEMAIN TENGAH TERBAIK: Safiq Rahim (Selangor)
PENYERANG TERBAIK: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
PEMAIN HARAPAN: Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
PEMAIN PALING BERNILAI: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
PEMAIN ASING TERBAIK: Marlon Alex James (Tentera)
JURULATIH TERBAIK: B Sathianathan (Tentera)
PERSATUAN TERBAIK: KAFA
KELAB TERBAIK: Sime Darby
KELAB PENYOKONG TERBAIK: Tentera
PENGADIL TERBAIK: Nafeez Wahab


15.23 | 0 komentar | Read More

Woods puas hati tempat keempat

Written By Unknown on Senin, 29 Oktober 2012 | 15.23

Tiger Woods menampilkan permainan terbaiknya semalam sepanjang empat hari CIMB Classic di Kelab Golf & Resort The Mines yang menyaksikan juara major 14 kali itu menamatkan saingan di tangga keempat.

Woods yang bermula dari tangga ke-10, lima pukulan di belakang pendahulu, Bo Van Pelt, bermula cemerlang dan pada suatu ketika tampak seakan mampu mengheret perlawanan ke penentuan playoff, tetapi kebangkitan Nick Watney pada hari terakhir sukar disekat mana-mana pemain semalam.

"Saya gembira dan berpuas hati dengan permainan saya hari ini (semalam)," kata Woods yang mencatat pusingan sempurna tanpa bogey buat pertama kali di kejohanan ini. "Pukulan saya mantap dan menjadi, kecuali hanya sekali saya tersasar.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati. Sasaran awal saya sebelum pusingan akhir hari ini ialah mendapatkan 20 (bawah par) atau lebih, nampak saya tidak berjaya melakukannya."

Woods yang kembali ke Malaysia selepas kali terakhir beraksi di Piala Dunia 13 tahun lalu, menyatakan kesediaannya untuk kembali lagi tahun depan terutama dengan kemasukan kejohanan ini di dalam kalendar Jelajah PGA.

"Sudah tentu saya mahu kembali," kata Woods yang kini berada di ranking kedua dunia. "Acara ini amat menakjubkan. Ia semakin berkembang dari tahun ke tahun dan bakal menjadi sebahagian daripada Jelajah."


15.23 | 0 komentar | Read More

Watney juara CIMB Classic

Kuala Lumpur: Juara edisi ketiga CIMB Classic, Nick Watney hanya mensasarkan untuk memperbaiki kedudukan sebelum memulakan pusingan terakhir semalam, tetapi menuju beberapa lubang terakhir baru dia menyedari kejuaraan semakin hampir dalam genggaman.

Bermula dari tangga ketujuh dan empat pukulan di belakang pendahulu, Bo Van Pelt, Watney tenang merakam birdie bermula dari lubang pertama dan kedua, diikuti sembilan lagi hingga lubang 17 sebelum berpeluang menjuarai kejohanan dengan catatan 59.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan pusingan dengan 10 bawah par, 61 - rekod terendah kejohanan - dan 22 bawah par, 262 keseluruhan untuk merampas kejuaraan daripada rakan senegaranya, Van Pelt.

"Terus terang saya katakan, selepas pusingan pertama (71 pukulan), saya fikir saya sudah terkeluar daripada saingan dengan pendahulu melakukan lapan bawah par. Saya ketinggalan jauh di belakang.

"Walaupun bermain baik dua hari berikutnya, saya masih merasakan peluang untuk menang tipis sekalipun mencatat 61, kerana Bo pasti mampu mengejar atau menang dengan selesa. Saya hanya terfikir akan menang di lubang 13 atau 14."

Watney yang pertama kali datang ke Malaysia untuk beraksi di lapangan Kelab Golf & Resort The Mines, membawa pulang AS$1.3 juta (RM3.9 juta) daripada keseluruhan AS$6.1 juta (RM18.5 juta) ditawarkan.

Pendahulu hari ketiga, Robert Garrigus dan juara bertahan, Van Pelt berkongsi tangga kedua dengan 21 bawah par, 263. Van Pelt berpeluang mengheret permainan ke penentuan playoff tetapi gagal menyempurnakan birdie di lubang terakhir.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Muda A kekal dalam Liga Singapura

Shah Alam: Harimau Muda A dijangka terus kekal beraksi dalam Liga Singapura musim depan berdasarkan kontrak empat tahun bermula 2012 yang ditandatangani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Julai lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagaimanapun berkata situasi itu boleh berubah memandangkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu perlu membuat persediaan rapi untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

Menurut Azzuddin, spekulasi bahawa Harimau Muda A bakal menyertai liga lain di luar negara, hanya khabar angin kerana jawatankuasa eksekutif FAM belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Kita bagaimanapun bercadang menghantar mereka menyertai latihan di Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA tahun depan," katanya kepada pemberita selepas seminar Liga Malaysia 2013-2016 semalam.

Sebelum ini dilaporkan, FAM bercadang menghantar skuad Harimau Muda A menyertai Liga Brazil sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Sementara itu Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam tempoh terdekat bagi mewujudkan sebuah badan bebas yang akan mentadbir liga bola sepak tempatan.

BERNAMA


15.23 | 0 komentar | Read More

Owona sertai skuad Penyu

Kuala Terengganu: Pencarian penyerang berbisa untuk pasukan Terengganu sudah berakhir. Pemain tinggi lampai Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan musim ini, sudah sah menjadi milik mereka.

Berasal dari Cameroon, berusia 28 tahun dan berketinggian 1.91m, Owona menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di pejabat urusan PBSNT di Wisma Seri Amar, di sini, semalam.

Owona yang lebih dikenali sebagai Effa di kalangan peminatnya bakal memulakan tugas barunya bersama pasukan Penyu pada 1 Disember ini, mengambil tempat yang dikosongkan penyerang Liberia, Francis Doe, yang tamat kontrak pada 30 November.

"Saya gembira mendapat peluang beraksi dengan Terengganu musim depan kerana saya tahu pasukan ini sedang berusaha untuk membentuk pasukan baru yang mampu untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan.

"Saya memang mempunyai pengalaman manis di Negeri Sembilan selepas menjaringkan 24 gol, namun saya pasti nasib saya akan bertambah baik di Terengganu dan boleh menjaringkan lebih banyak gol di sini nanti," katanya.

Bekas pemain antarabangsa Cameroon dan FC METZ di Perancis itu, berkata dia kini dapat pulang bercuti di kampung halamannya di Ikbongo, Cameroon, dengan aman selepas urusan menandatangani kontraknya dengan pasukan Penyu selesai.

"Saya akan kembali semula pada minggu akhir bulan depan dan kali ini, saya juga akan membawa isteri dan anak untuk menetap di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kontrak saya nanti.
Kata Owona lagi, dia tidak perlu berfikir panjang untuk menerima tawaran Terengganu kerana dia tahu Terengganu mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi, dan sejak bermain dalam Liga Malaysia dia sudah mengenali beberapa pemain Terengganu dan tidak sabar untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan mereka.
Sementara itu, pengurus pasukan, Marzuki Sulong, berkata seorang lagi pemain import akan dipilih awal bulan depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Zulfahmi gah teruskan aksi cemerlang

Written By Unknown on Minggu, 28 Oktober 2012 | 15.23

Phillip Island: Jaguh Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin meneruskan pemburuan podium keduanya menuju penamat kejuaraan musim ini selepas mencatat masa kelima terpantas sesi kelayakan Grand Prix Australia, semalam.

Selepas melakar sejarah menaiki podium di Sepang, minggu lalu, Zulfahmi yang menunggang jentera KTM bersama pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencatat masa 1 minit 1:39.229 saat, ketinggalan +0.895s di belakang pelumba petak pertama yang juga juara dunia Moto3, Sandro Cortese.

Dengan berbaki dua perlumbaan termasuk GP Australia sebelum menamatkan saingan di Valencia, Zulfahmi jelas terus bernafsu besar untuk membaiki kedudukan keseluruhan di tempat ketujuh dengan 117 mata, hanya ketinggalan 16 mata berbanding pelumba di tempat keempat keseluruhan, Alex Rins.

Mencatat masa lebih pantas dari Zulfahmi ialah pemenang tempat ketiga di Sepang, Jonas Folger bakal memulakan perlumbaan di petak kedua 1:38.727s diikuti penunggang Sepanyol, Efren Vazquez (1:39.179s) ketiga manakala penunggang Britain, Danny Kent (1:39.222s) di petak keempat.

Dalam kelas perdana MotoGP, penunggang tuan rumah Casey Stoner menampilkan tunggangan menakjubkan untuk meraih petak pertama dengan mencatat 1.29.623s sekalipun beraksi dalam keadaan kesakitan yang dialaminya selepas menjalani pembedahan patah buku lali di Jepun, awal bulan ini.

Penunggang sensasi Yamaha dari Sepanyol, Jorge Lorenzo terus memberi tekanan dengan mencatat masa kedua terpantas ketinggalan +0.517s diikuti rakan sepasukan Stoney, Dani Pedrosa ketiga (+0.952s) yang bakal berjuang bermati-matian menghalang Lorenzo mengucup kejuaraan dunia lebih awal.


15.23 | 0 komentar | Read More

Woods perlukan keajaiban

Kuala Lumpur: Juara 14 kali major, Tiger Woods yang hadir buat julung kali ke CIMB Classic memerlukan keajaiban - atau sekurang-kurangnya kembali ke prestasi sebenarnya jika mahu muncul juara di lapangan Kelab Golf & Resort The Mines, hari ini.

Ketinggalan lima pukulan di belakang pendahulu, Bo Van Pelt dan Robert Garrigus yang merakam 16 bawah par, 197 selepas tiga pusingan, Woods dilihat menghadapi situasi sukar untuk bergelar juara.

Saya perlu mencatat pusingan yang amat rendah dan berharap yang terbaik," kata pemain dari Amerika Syarikat itu yang kini menduduki ranking kedua dunia. "Saya memerlukan pertolongan.

Saya perlu keluar (hari ini) dan merakam pusingan yang amat rendah seperti yang Bo lakukan (semalam). Itu pun belum tentu untuk memastikan kejuaraan. Saya ketinggalan terlalu jauh dan di lapangan ini, sukar untuk merapatkan jurang itu."

Woods yang bermula baik semalam hampir meletakkan dirinya sebagai pesaing utama kejuaraan, malah mampu merampas tangga teratas, tetapi permainan di sembilan lubang terakhir menyaksikan kedudukannya kekal lima pukulan di belakang pendahulu.

Saya kerap membuat keputusan yang silap hari ini (semalam) disusuli dengan hayunan buruk, kata Woods. Saya tidak boleh melakukan kesilapan di lapangan yang mudah untuk mencatat pusingan rendah begini.
Woods bagaimanapun bertekad untuk memastikan permainannya pada pusingan terakhir adalah yang terbaik darinya sepanjang minggu, sambil berharap situasi berpihak kepadanya untuk membuka peluang muncul juara.


15.23 | 0 komentar | Read More

Raja cari 'tonik' di Vietnam

Kuala Lumpur: Kemenangan pada pertemuan timbal balik perlawanan persahabatan menentang Vietnam di Hanoi Sabtu depan pasti menjadi tonik mujarab buat skuad kebangsaan menjelang kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki, tahun ini.

Meskipun pengendali, Datuk K Rajagobal menganggap keputusan sepanjang persediaan tidak begitu penting, anak buahnya tetap bertekad mahu menebus kekalahan 2-0 di laman sendiri, 11 September lalu.

Perkara itu diakui sendiri perancang tengah, Safiq Rahim yang mahu pertemuan semula itu menjadi milik Malaysia dan berjanji dirinya serta rakan sepasukan bakal memberi komitmen terbaik meskipun berada di atmosfera lawan.

Kami pernah mencatat keputusan seri di sana (separuh akhir Piala AFF 2010) malah jika mereka mampu menang di sini, tiada sebab kenapa kami tidak mampu melakukan perkara sama di tempat mereka, kata Safiq.

Keyakinan itu juga tampak positif apabila kelibat Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Mohd Sali mula menemui sentuhan gol yang dicari tambahan pula benteng terakhir pasukan yang dulunya dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat mula dicabar Mohd Farizal Marlias dan Norazlan Razali - memberi gambaran betapa skuad negara kali ini lebih bersedia mengharungi kejohanan.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki bersama Singapura, Indonesia dan Laos manakala Kumpulan A diisi Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar. Perlawanan pertama Harimau Malaya adalah bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25 November.

Sejak Februari lalu skuad Harimau Malaya sudah menjalani 11 perlawanan persahabatan dan keseluruhannya menyaksikan anak buah K Rajagobal menang enam pertemuan, empat seri dan satu kekalahan.
Selain Vietnam, dua lagi perlawanan persahabatan bertemu Thailand pada 7 November di Chiang Mai dan timbal balik bertemu Hong Kong, 14 November selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan itu baru-baru ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor serah kepada Fandi pilih pemain import

Johor Bahru: Segala urusan berhubung pengambilan pemain import untuk beraksi bersama Johor pada saingan Liga Super musim depan kini terserah kepada keputusan pengurus pasukan, Fandi Ahmad.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata Fandi yang akan memilih pemain terbaik bagi menguatkan skuad Harimau Selatan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan mengumumkan awal Disember ini, siapa yang bakal beraksi kelak.

Terdahulu nama Nuno Gomes yang kini beraksi untuk Blackburn di saingan Liga Perdana Inggeris dan pemain kebangsaan Belarus, Vitali Kutuzov yang beraksi di saingan Serie B Liga Itali berada dalam senarai yang cuba dipancing Johor.

Semalam BH Sukan melaporkan betapa Penasihat Global Blackburn, Serbegeth Singh atau Shebby menyatakan kesudian untuk membantu Johor mendapatkan sentuhan pemain import dari kelab itu malah turut menawarkan tiga pemain, David Goodwillie, 23, dari Scotland, Jordan Siew, 20, (England) dan Robbie Cotton, 18 (England).

Johor kini sudah mendapatkan khidmat tiga pemain Tentera, kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Radzak serta Azmi Muslim manakala kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dikhabarkan sudah menyatakan persetujuan untuk beraksi bersama Johor.

Turut sedang dipancing Johor yang sudah memberi maklum balas positif adalah pemain pertahanan Terengganu, Muslim Ahmad dan pemain Kelantan Nurul Azwan Roya. Namun Daudsu Jalamuddin mungkin tidak ada dalam senarai pemain yang cuba dipikat Johor manakala usaha giat dilakukan bagi mendapatkan khidmat pemain terbaik final Piala Malaysia 2012, Norshahrul Idlan Talaha.


15.23 | 0 komentar | Read More

Impian Danny, Shaaban 'sudah tertutup'

Written By Unknown on Sabtu, 27 Oktober 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Impian menyaksikan dua wakil tempatan, Danny Chia dan Shaaban Hussin melakukan kejutan di edisi ketiga CIMB Classic mungkin sudah tertutup, tetapi kedua-duanya masih mampu bangkit pada baki dua pusingan, hari ini dan esok untuk memperbaiki kedudukan.

Pemain nombor satu negara, Danny gagal mengulangi prestasi cemerlang pusingan pertama apabila tiga double bogey memadamkan dua birdie dicatat pada pusingan kedua semalam untuk sekadar mencatat empat atas par, 75.

Dari tangga ketujuh selepas pusingan pertama - setanding dengan catatan dilakukan Tiger Woods - Danny akan memulakan pusingan ketiga hari ini dari tangga ke-41 dengan 13 pukulan di belakang pendahulu.
Walaupun bermula baik dengan birdie di lubang 3, Danny mula hilang tumpuan selepas pukulan dari kotak tee lubang 4 melencong jauh. Saya mula ragu-ragu dengan hayunan saya selepas pukulan itu, kata Danny.

Ia sukar untuk dijelaskan. Beberapa pukulan tidak menjadi, saya cuba memperbaikinya dan semakin buruk. Ini antara harinya saya hilang kawalan dan fokus katanya yang menamatkan kejohanan terikat di tangga ke-13 tahun lalu.

Shaaban yang sudah tiga kali berturut-turut menyertai kejohanan dalam siri Jelajah PGA ini, mengalami nasib sama apabila merakamkan tiga bogey dan satu double bogey untuk lima atas par, 147 keseluruhan.

Di lubang kelima, bola saya jatuh ke dalam air dan itu memang mengecewakan, kata Shaaban yang diganggu kecederaan bahu menjelang kejohanan ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Garrigus rampas pendahulu

Kuala Lumpur: Saingan di CIMB Classic semakin hangat - sehangat cuaca terik di lapangan Kelab Golf & Resort The Mines - dengan pemain profesional Jelajah PGA mula menunjukkan kemampuan sebenar.

Robert Garrigus yang bermula dengan satu pukulan di belakang pendahulu pusingan pertama, Troy Matteson, meledak lapan birdie dan satu bogey pada pusingan kedua semalam untuk merampas kedudukan Matteson dengan 14 bawah par, 128 pukulan.

Dua pukulan di belakang Garrigus, Jbe Kruger yang turut melakukan pusingan 64 semalam selepas mendapat inspirasi hasil gandingan dengan pemain nombor dua dunia, Tiger Woods.
Pukulan putt hampir sempurna menjadi kunci kejayaan Garrigus semalam yang kini berada di landasan terbaik untuk membolot bahagian terbesar daripada jumlah keseluruhan AS$6.1 juta (RM18.5 juta) ditawarkan pada kejohanan ini.

Saya rasa pukulan putt saya baik, kata pemain Amerika Syarikat itu yang tampil pertama kali di kejohanan berkenaan. Bukan mahu memperkecilkan sesiapa di dalam Jelajah PGA. Mereka semua pemain hebat, tetapi kini saya rasa dapat menewaskan sesiapa saja.

Saya pernah bermain dengan Tiger, pernah bermain dengan Rory (McIlroy) dalam Kejuaraan Jelajah. Permainan saya sebaik mereka.

Bagi Kruger pula, kelemahan utamanya untuk fokus dalam permainan - diatasi secara semula jadi sebaik bergandingan dengan Woods. Bermain dengannya membuatkan saya lebih fokus, kata pemain dari Afrika Selatan itu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Penyokong Red Giants gusar tiada kapten, Amri

Ketiadaan dua tonggak utama, Safiq Rahim dan Amri Yahyah dalam senarai skuad Selangor untuk musim depan menggusarkan segelintir penyokong Red Giants mengenai kemampuan pasukan kesayangan mereka itu.

Bagi mereka, tanpa kapten skuad kebangsaan, Safiq, 25, dan Amri, 31, pemain yang menyarung jersi Merah Kuning sejak 2001, Red Giants akan menghadapi kesukaran untuk bersaing pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Namun perkembangan terbaru dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sudah pasti sedikit sebanyak melegakan penyokong Red Giants kerana skuad itu sedang berusaha mendapatkan bekas penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe, 27, bagi menggantikan Bosko Balaban, 34, yang digugurkan.
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu juga akan mendapatkan penyerang tinggi lampai Kuala Lumpur, Afiq Azmi, 23, yang beraksi secara pinjaman dengan juara Piala Malaysia, Kelantan.

Selain itu, penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, turut berada dalam senarai FAS untuk dipancing.

Walaupun Safiq dan Amri dilepaskan untuk bersama pasukan baru, kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Sharbinee Allawee Ramli serta dua pemain kebangsaan, S Kunanlan dan Mahali Jasuli mampu menguatkan semula pasukan.

Malah, S Veenod yang beraksi cemerlang selaku pemain pinjaman pada Piala Malaysia baru-baru ini juga kami tawarkan kontrak penuh.
Dengan ketiadaan Balaban dan Amri di bahagian serangan, kami sedang berusaha mendapatkan Forkey Doe yang terbukti sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini, selain Afiq dan Manaf, kata sumber rapat FAS kepada BH Sukan, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

6 bintang muda jadi rebutan

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya enam bintang muda dijangka menjadi rebutan antara skuad Harimau Muda A dengan pasukan kelab dan negeri sebelum sepak mula Liga Malaysia musim depan.

Bintang muda berbakat terbabit Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Ashri Chuchu (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) serta Kenny Pallraj dan Nurridzuan Abu Hassan (Perak).

Khidmat mereka diperlukan Harimau Muda A berikutan skuad itu kehilangan tiga tonggak Mahali Jasuli, V Kavichelvan dan Affize Faisal yang mencecah usia 24 tahun, tahun depan.
Selain Mahali, Kavi dan Affize, mungkin enam atau tujuh pemain lain yang kebanyakannya pemain simpanan terpaksa dilepaskan ke negeri asal atau Harimau Muda B.

Keadaan ini pastinya menggusarkan pasukan kelab dan negeri yang kini sedang bersiap-siap melengkapkan barisan pemain terkuat bagi menghadapi musim lebih mencabar Liga-M musim 2013.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, berkata misinya untuk 2013 ialah ingin memastikan skuad B-23 negara mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut di Sukan SEA Myanmar, Disember tahun depan.

Saya akan bincang dan tentukan pemain untuk skuad 2013 pada minggu depan iaitu selepas berakhir Liga Singapura.
Kemudian saya akan tawarkan tempat buat pemain yang dirasakan perlu dan mengharapkan mereka dilepaskan pasukan negeri masing-masing demi persiapan mantap Sukan SEA 2013.

Harap Jawatankuasa Eksekutif FAM dapat memberi kata putus bulan depan untuk memudahkan perancangan saya pada 2013 terutama dalam menyusun jadual perlawanan persahabatan di Eropah, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

Vettel 'Mister F1' baru Jerman: Schumacher

Written By Unknown on Jumat, 26 Oktober 2012 | 15.23

Berlin: Dengan baki empat pusingan sebelum persaraan keduanya dalam perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1), juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher berkata Sebastian Vettel jelas bakal menjadi penggantinya sebagai Mister F1 Jerman.

Sebastian jelas seorang yang wajar dicontohi, kata Schumacher dalam akhbar harian Jerman, Die Welt. Saya juga berfikir dia akan memenangi kejuaraan musim ini, dia berada keadaan yang sesuai untuk memenanginya.

Dalam jangka masa panjang, saya fikir dia harus meneruskannya untuk menjadi Mister F1 Jerman.
Pemandu Red Bull, Vettel berada di laluan tepat merangkul kejuaraan dunia ketiganya dengan jurang kecil di kedudukan teratas keseluruhan pemandu diekori rapat Fernando Alonso menjelang perlumbaan Grand Prix India, Ahad ini dan sudah memenangi tiga pusingan terakhir sebelum ini.

Jaguh Britain, Lewis Hamilton akan menggantikan posisi Schumacher bersama Mercedes musim depan dan legenda Jerman itu berkata penggantinya akan mendapat manfaat daripada semua kerja yang dilakukannya bersama pasukan sepanjang tiga tahun lalu.

Saya bukan seorang pereka atau bukan ahli aerodinamik namun saya fikir saya ada menyumbang untuk pembangunan pasukan, kata pemandu berusia 43 tahun itu yang berharap Hamilton mencipta kejayaan bersama Mercedes.
AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Lima tonggak NS angkat kaki

Seremban: Negeri Sembilan kehilangan lima tonggak termasuk bekas kapten, Mohd Shukor Adan dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Semua pemain terbabit berpindah ke pasukan lain selepas kontrak mereka dengan bekas juara Piala Malaysia itu tidak dilanjutkan.

Mohd Shukor akan menyertai Tentera, Farizal Marlias (Perak), S Kunanlan (Selangor), Jean-Emmanuel Effa Owona (Terengganu) dan pemain paling senior, Idris Karim yang belum menentukan hala tujunya.
Pemain yang masih kekal ialah Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, Mohd Alif Shamsuddin, Mohd Firdaus Azizul, Abdul Halim Zainal, Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Zulfaizham Kamis, Norismaizham Ismail dan Muszaki Abu Bakar.

Menurut sumber, pemain luar yang bakal memperkuatkan barisan skuad Hobin Jang Hobin termasuk kapten dan penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan selain Azmeer Yusof dari Pos Malaysia, yang sebelum ini sebagai pemain pinjaman ketika saingan Piala Malaysia 2012.

Desas-desus yang mengatakan penyerang Selangor, Amri Yahyah, bakal menyarung jersi Negeri Sembilan, belum pasti kerana khidmat pemain itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), kelmarin, katanya semalam.

Mengenai ketua jurulatih bagi menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah, yang berpindah ke Perak, sumber itu berkata, bekas pengendali Persebaya FC, Divaldo Elves, antara beberapa nama disenaraikan mengendalikan pasukan, musim depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

T-Team, mana gaji kami

Kuala Terengganu: Ketika T-Team sedang berkira-kira berbelanja besar untuk membeli pemain import termasuk bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler, pada Liga Malaysia musim depan, lima penolong jurulatih pasukan bertaraf kelab itu mengeluh kerana mereka masih belum menerima gaji bulan September.

Seorang penolong jurulatih yang enggan namanya disiarkan berkata, sekurang-kurangnya lima penolong jurulatih T-Team yang belum menerima gaji bulan September.

Kini Oktober semakin berakhir dan tidak ada tanda yang kami akan menerima gaji bulan lalu atau bulan ini.
Bukan kami mahu berkira dengan pihak pengurusan, namun kami juga mahu menyambut Aidiladha dan pastinya sukar bagi kami sekiranya tidak menerima gaji, katanya semalam.

Katanya lagi, mereka terkilan apabila mendapat tahu pemain, jurulatih dan petugas pasukan lain, sudah pun menerima gaji bulan lalu.

Kami tidak faham mengapa gaji kami masih belum dibayar sedangkan mereka yang bergaji jauh lebih besar daripada kami menerima bayaran tepat pada masanya, katanya.

Beliau berkata, agak sukar bagi mereka mempercayai T-Team menghadapi masalah kewangan kerana kelab itu ditadbir kerajaan negeri.
Pada 16 September lalu, akhbar melaporkan T-Team gagal membayar elaun lima pegawai termasuk penolong jurulatih yang tertunggak sejak tiga bulan lalu sehingga mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sehubungan itu, Ahmad berjanji akan melakukan siasatan termasuk mengarahkan pengurusan pasukan menyerahkan dokumen lengkap perbelanjaan pasukan.

Bagaimanapun, pengurus T-Team, Rozi Mamat (kiri) menafikan perkara itu dengan menegaskan ia berlaku disebabkan masalah teknikal termasuk tersilap nama serta akaun nombor penerima dan menafikan pengurusan tidak mempunyai sumber kewangan.

Katanya, hanya dua pembantu jurulatihnya, yang lewat menerima elaun untuk bulan sebelumnya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Johor buru Nuno Gomes

Bukan saja pemain tempatan berstatus bintang dipancing Johor dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, malah bekas pemain Piala Dunia Portugal, Nuno Gomes (gambar) dan pemain kebangsaan Belarus, Vitali Kutuzov turut menjadi buruan skuad Harimau Selatan itu.

Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membawa dua pemain import itu dilihat sebagai langkah proaktif dalam menghangatkan lagi kancah Liga M sekali gus menggambarkan betapa Johor bakal muncul pencabar utama dalam saingan liga elit negara.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

15.23 | 0 komentar | Read More

Bisa tandukan Chicharito

Written By Unknown on Kamis, 25 Oktober 2012 | 15.23

Man United bangkit dramatik babak kedua kutip mata penuh

Manchester: Dua tandukan Javier Hernandez membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Braga 3-2 pada aksi Kumpulan H di Old Trafford, awal pagi semalam, seterusnya semakin cerah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Braga mengejutkan tuan rumah menerusi dua gol awal Alan pada minit kedua dan ke-20 sebelum Hernandez merapatkan kedudukan pada minit ke-25 dan Jonny Evans kemudian menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.
Hernandez sekali lagi melakukan tandukan menarik untuk gol kedua peribadi dan gol kemenangan United ketika permainan berbaki 15 minit.

"Dia (Hernandez) bertambah baik dari semasa ke semasa. Dia berlatih bersungguh-sungguh dan mempunyai semangat cukup tinggi. Dia membuatkan saya perlu berfikir semula kerana mempunyai dia, Wayne Rooney, Robin van Persie dan Danny Welbeck di bahagian serangan," ujar pengurus United, Alex Ferguson.

Ferdinand dan Evra untuk lawan Chelsea

United yang hanya tewas sekali dalam 37 aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri kini mengumpul sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan untuk berada di tangga teratas kumpulan sambil diekori CFR Cluj dengan empat mata selepas seri 1-1 dengan Galatasaray.
Biarpun ketinggalan dua gol, Ferguson tidak menyesal dengan tindakannya merehatkan dua tonggak pertahanan, Rio Ferdinand dan Patrice Evra yang mahu disimpan untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Chelsea, Ahad ini. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Pemain TRW dapat pergi umrah

Kota Bharu: Rezeki pemain Kelantan datang mencurah-curah. Selepas menerima ganjaran tanah daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atas keringat menjuarai Piala Malaysia, rezeki menggolek lagi untuk pemain The Red Warriors (TRW) apabila mendapat insentif menunaikan umrah daripada kerajaan negeri.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas Mesyuarat EXCO, semalam.

"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan negeri itu dan hadiah ini adalah kali kedua kita memilih untuk memberi pemain menunaikan umrah.

Jamuan rakyat bulan depan

"Bagi pemain yang bukan beragama Islam, mereka akan diberi ganjaran wang tunai," katanya sambil menambah pemain akan menunaikan umrah, tahun depan.

Ini adalah kali kedua kerajaan negeri memberi ganjaran dalam bentuk mengerjakan umrah selepas 2010 apabila TRW memenangi Piala Malaysia buat kali pertama.

Ahmad berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengadakan jamuan rakyat sebagai tanda kesyukuran pada 3 November ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV sempena kejayaan TRW merangkul Piala Malaysia.
"Kami harap peminat dan rakyat Kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkarangan stadium dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang," katanya.

Beliau berkata, pemain dan pihak pengurusan juga akan menemui Sultan Kelantan tetapi tarikh belum ditetapkan lagi. KAFA sebelum ini mengumumkan ganjaran lot tanah bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 kepada setiap pemain selepas memenangi Piala Malaysia.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Saya minta dia kemuka gaji’

Kami tidak guna orang tengah bawa Fowler, Boateng: Ahmad

Kuala Terengganu: Bekas penyerang England dan Liverpool, Robbie Fowler serta penyerang Fulham, Derek Boateng adalah antara pemain import yang menunjukkan minat menyarung jersi T-Team pada saingan Liga Super musim depan.

Dua pemain itu juga bersedia untuk menggalas jawatan sebagai ketua jurulatih sekali gus bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan T-Team.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata beliau sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Fowler, 37, yang berasal dari Toxteth, Liverpool terutama dalam soal bayaran gaji.
"Saya minta Fowler mengemukakan gaji yang diminta. Perbincangan lanjut mengenai perkara itu sedang dilakukan dan saya ingin tegaskan, kita tidak menggunakan khidmat orang tengah, sebaliknya pemain yang kini sedang menguruskan kelab Muanqthong United berbincang dengan saya melalui telefon.

"Saya juga sudah menghubungi Boateng dan dia juga menunjukkan minat untuk bersama T-Team.

Ditaja kerajaan negeri

"Jika mereka bersetuju dengan tawaran, kita akan panggil mereka datang ke negeri ini untuk menjalani ujian latihan kecergasan," katanya sambil mengakui kerajaan negeri akan menjadi penaja utama pasukan T-Team untuk saingan musim depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada pasukan hoki lelaki Terengganu yang menjuarai Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Ahmad juga mengakui T-Team kini menjadi buruan lebih 15 pemain daripada pasukan lain termasuk beberapa pemain daripada Tentera yang muncul naib juara Piala Malaysia musim ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Rombak Red Giants'

Merah kuning hilang 9 tonggak gara-gara berpindah atau digugurkan

Shah Alam: Red Giants kehilangan sembilan tonggak utama, termasuk Safiq Rahim dan Amri Yahyah selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan rombakan besar-besar menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Sama ada mereka digugurkan atau berpindah ke pasukan lain, Red Giants bertindak demikian selepas gagal meraih sebarang trofi musim ini apabila hanya menduduki tempat ketiga Liga Super dan kandas di separuh akhir Piala Malaysia.

Safiq dikatakan bakal ke kelab Indonesia, Arema Pelita selain turut mendapat tawaran lumayan Johor FC.
Amri mungkin ke PKNS FC atau Negeri Sembilan, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan bakal ke Pahang manakala Azidan Sarudin mendapat tawaran Perak.

Empat lagi pemain yang tidak lagi bersama Selangor musim depan dipercayai digugurkan ialah Bosko Balaban, P Gunalan, R Surendren dan G Jeevananthan.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Wenger tuntut anak buah bangkit jumpa Schalke

Written By Unknown on Rabu, 24 Oktober 2012 | 15.23

London: Arsene Wenger menuntut pemain bintangnya bangkit segera daripada kekalahan mengejut kepada Norwich untuk menghadapi saingan Liga Juara-juara Eropah menentang Schalke 04 di Stadium Emirates awal pagi esok.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal ketinggalan 10 di belakang Chelsea di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi mendahului saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah apabila mengutip mata maksimum selepas dua perlawanan.

"Saya harap ia akan beri kesan positif," kata Wenger. "Satu kejutan kepada sistem tetapi anda perlu puji Norwich kerana mereka bermain dengan baik dan berhak menang.
"Mungkin kita menghadapi kesukaran tetapi EPL tetap EPL. Jika kamu tidak bersedia untuk melawan, kamu akan terus menerima kejutan."

Pemain berkelas dunia

Arsenal memulakan kempen Liga Juara-Juara Kumpulan B dengan langkah kanan dengan mencatat kemenangan dengan menewaskan Montpellier dan Olympiakos manakala Schalke belum pernah memenangi perlawanan dengan kelab England, tewas empat kali dan seri sekali.

"Saya tidak lihat sesiapa yang baru akan beraksi untuk perlawanan ini," tambah Wenger. "Paling hampir Kieran Gibbs tidak bersedia, Theo Walcott juga sama." katanya yang kehilangan khidmat Gibbs dengan mengekalkan Andre Santos sebagai pertahanan kiri. - Agensi


15.23 | 0 komentar | Read More

Zulfahmi sasar tawan Litar Phillip Island

Sepang: Semangat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Kharuddin semakin memuncak selepas menaiki podium di perlumbaan MotoGP pusingan ke-16 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu, untuk melakar lebih banyak kejayaan pada dua baki perlumbaan musim ini.

Selepas Grand Prix Malaysia, perlumbaan akan beralih ke Australia, hujung minggu ini dan Sepanyol pada 11 November depan.

"Keadaan litar di sana (Litar Phillip Island) sedikit berangin kerana ia berdekatan dengan laut dan sudah pasti akan memberi sedikit kesukaran kepada semua pelumba.
Jentera KTM ada kelebihan

"Namun saya percaya jentera KTM memiliki kelebihan. Di litar itu banyak laluan lurus yang panjang dan saya rasa ia akan memberi kelebihan kepada kami kerana KTM lebih laju ketika berada di laluan lurus," katanya yang kini berada di kedudukan ketujuh selepas mengutip 112 mata.

Berbeza pula dengan pelumba wildcard Moto 2, Hafizh Syahrin Abdullah yang lebih selesa untuk terus bersama PETRONAS Raceline Malaysia sekali gus dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh PETRONAS kepadanya.

"PETRONAS sudah beri kepercayaan kepada saya sejak berusia 13 tahun lagi dan memang saya banyak hutang budi dengan mereka. Saya mahu balas kepercayaan dengan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlumbaan yang disertai," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu

Kuala Terengganu: Selepas kapten Terengganu, Marzuki Yusof mahu meninggalkan skuad Penyu, seorang lagi tonggak penting pasukan itu, Mohd Ashaari Shamsuddin juga dikhabarkan ingin mengikut jejak untuk beralih angin musim depan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang dipercayai, penyerang berusia 27 tahun itu yang dikenali sebagai 'Saha' juga senasib dengan Marzuki apabila masih mempunyai baki setahun kontrak bersama Penyu.

"Pemain ini dikatakan mahu berhijrah untuk menyertai pasukan berstatus kelab T-Team bagi kancah musim depan.
"Persetujuan sudah dicapai, cuma kontrak belum ditandatangani," kata sumber yang ditemui di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Saha yang dihubungi BH Sukan mengakui ada menerima tawaran daripada pasukan 'adik' itu, namun belum membuat keputusan.

"Niat untuk berhijrah itu ada kerana saya sendiri sudah lama beraksi dengan Terengganu... nak juga beralih angin tetapi perkara ini masih dalam perbincangan lagi.

"Lagi pun, saya masih lagi terikat dengan Terengganu dan rasa sayang pada pasukan Penyu masih tebal, jadi keputusan masih belum dimuktamadkan," katanya.
Pemain kelahiran Rawai, Bukit Payong, Marang itu berkata, dia tidak mahu masalah perpindahan itu akan menjejaskan kerjayanya dan berjanji akan mempamerkan prestasi terbaik untuk pasukan yang diwakili musim depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau perlu 'ngap' Geylang

Tiga mata lagi mampu realisasi sasaran: Kim Swee

Singapura: Harimau Muda A memerlukan kemenangan ke atas Geylang United pada aksi ke-22 Liga Singapura di Stadium Yishun, Singapura, malam ini bagi mengesahkan tempat di kelompok lima teratas ketika saingan musim ini berbaki tiga perlawanan.

Biarpun masih segar dengan kejayaan menjuarai kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 di Gia Lai, Vietnam, Ahad lalu, Harimau Muda A sedikit pincang apabila bakal turun tanpa penyerang utama, Ahmad Hazwan Bakri yang digantung satu perlawanan.

Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee (kiri) sedikit lega apabila dapat menyenaraikan semula Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang mendapat pelepasan seketika daripada kem pusat skuad kebangsaan selain Izuan Salahuddin dan Syahid Zaidon.

"Cuma Fadhli Shas tidak dapat bersama kerana demam. Apa pun daripada 18 pemain yang ada ini, saya hanya boleh turunkan 13 pemain cergas kerana A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Syazwan Tajudin dan Fandi Othman masih cedera manakala Hazwan digantung.

"Kami tetap berusaha mengutip tiga mata penuh bagi menepati sasaran awal menduduki lima teratas. Jika berjaya, kami akan cuba dalam baki dua perlawanan berikutnya untuk dapat kedudukan lebih baik, tiga teratas kalau boleh," kata Kim Swee.
Tampines Rovers kini di puncak dengan 49 mata diikuti Brunei DPMM (45), Albirex Niigata (41), Home United (38), Harimau Muda A (38) dan Balestier Khalsa (35) untuk enam kedudukan teratas.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rio, Anton sokong kempen

Written By Unknown on Minggu, 21 Oktober 2012 | 15.23

London: Rio dan Anton Ferdinand sedia menyokong penuh kempen anti-perkauman "Kick It Out" dengan menyarung baju dikeluarkan kumpulan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelab masing-masing.

Penyerang Reading, Jason Roberts mendedahkan Khamis lalu yang dia enggan memakai baju berkenaan - yang diberi kepada semua pemain EPL bagi mendedahkan keburukan perkauman - kerana percaya kumpulan berkenaan tidak bersungguh-sungguh memastikan hukuman lebih berat untuk John Terry.
Pertahanan Chelsea, Terry memulakan penggantungan empat perlawanan minggu ini selepas didapati bersalah menghina pemain QPR, Anton, walaupun sebelum ini terlepas atas dakwaan sama di mahkamah.

Ferguson, Wenger sokong

Walaupun Roberts menyeru pemain berkulit hitam lain supaya tidak menyokong kempen berkenaan, pertahanan United, Rio dan adiknya Anton akan menyarung baju berkenaan, menurut pengurus masing-masing.
"Itu pemahaman saya, saya tidak diberitahu sebaliknya," kata pengendali QPR, Mark Hughes. "Saya jangkakan setiap orang akan memakai baju T berkenaan."

Pengendali United, Alex Ferguson berkata, setiap pemain harus menyokong kempen berkenaan. "Saya tidak bersetuju dengan Jason Roberts. Saya rasa dia membuat kenyataan yang silap. Setiap orang harus bersatu, saya tidak pasti apa yang cuba diperkatakannya."

Bagi pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang sering menjadi sasaran penghinaan, setiap jenis ejekan perlu dihapuskan. "Ia bukan saja perkauman, hitam atau putih, tetapi apa saja penghinaan yang dilaungkan di dalam stadium." - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Kirkland rebah ditumbuk penyokong Leeds

Sheffield: Bekas penjaga gol England, Chris Kirkland (gambar) ditumbuk sehingga tumbang oleh penceroboh padang ketika perlawanan Liga Kejuaraan antara Sheffield Wednesday dan Leeds, kelmarin.

Kirkland yang dibolosi gol penyamaan minit ke-77 ketika Leeds bangkit untuk seri 1-1 dalam pertemuan tetangga Yorkshire di Hillsborough, diserang seorang peminat yang tiba-tiba muncul dari sebelah penyokong Leeds dan menumbuk muka penjaga gol berusia 31 tahun itu.

"Saya merasa malu menjadi pengurus apabila melihat insiden berkenaan. Bagi saya ia amat memalukan," kata pengendali Leeds, Neil Warnock. "Mereka harus tangkap lelaki itu, dakwa dan sumbat dalam penjara."
Selain insiden berkenaan, perlawanan itu turut dicemari insiden keganasan penonton apabila penyokong membaling botol ke dalam padang, manakala pengendali Wednesday, Dave Jone diejek atas dakwaan jenayah digugurkan pada 2000.

"Mereka seperti binatang," kata Jones yang turut menyelar Warnock dan pemain Leeds kerana menunjukkan penghargaan kepada penyokong lawan selepas perlawanan. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Chelsea kukuh takhta liga

Gah catat kemenangan 4-2 ke atas Tottenham di White Hart Lane

London: Chelsea mengukuhkan cengkaman di persada carta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua gol Juan Mata membantu The Blues mencatat kemenangan 4-2 ke atas Tottenham, di White Hart Lane, malam tadi. Pasukan bimbingan Roberto Di Matteo berdepan kekalahan pertama musim ini dalam liga di tangan pasukan kendalian Andre Villas-Boas yang pernah membimbing Chelsea, apabila Tottenham mendahului 2-1 pada suatu ketika di separuh masa kedua.

Bagaimanapun pemain tengah Sepanyol, Mata meledak dua gol dalam tempoh masa tiga minit untuk Chelsea mencatat kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan.

Mata ledak dua gol

Gary Cahill, yang mengambil tempat John Terry yang digantung perlawanan, menyumbat gol pertama Chelsea pada minit ke-17 dengan voli menarik yang terbias pertahanan Spurs, Steven Caulker.
William Gallas menyamakan kedudukan dua minit selepas separuh masa kedua bersambung dari jarak dekat daripada bola hantaran lintang Jan Vertonghen.

Spurs mendahului tujuh minit kemudian hasil jaringan Jermain Defoe.

Chelsea bangkit dengan voli Mata pada minit ke-66, dan dia sekali lagi menyudahkan umpanan Eden Hazard, tiga minit kemudian.

Mata terus cemerlang, dan pada masa kecederaan berjaya merampas bola daripada Kyle Walker untuk mengumpan kepada Daniel Sturridge yang meledak gol keempat Chelsea.


15.23 | 0 komentar | Read More

Red Warriors tunjuk taring

Indra muncul wira dengan gol kemenangan masa tambahan di Shah Alam

Shah Alam: Ledakan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-95 masa tambahan memastikan kejuaraan trebel buat Kelantan musim ini selepas menewaskan Tentera 3-2 pada aksi final Piala Malaysia penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia menggamatkan lebih 70,000 penyokong setia The Red Warriors yang membentuk 'Gelombang Merah' untuk meraikan musim paling cemerlang Kelantan yang turut menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Kejayaan itu sekali gus meranapkan impian Tentera menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.
Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke-43 selepas percubaan leret Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan gagal diselamatkan penjaga gol Tentera, Farizal Harun meskipun ia kelihatan tidak begitu berbahaya.

Dua minit selepas babak kedua bersambung, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak terpaksa melakukan pertukaran awal memasukkan Rizal Fahmi Rosid menggantikan S Subramaniam yang cedera.

Norshahrul mudah perdaya pertahanan Tentera

Ia seolah-olah membuka ruang buat Tentera untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti yang terbias pertahanan Kelantan seterusnya mengelirukan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun hanya seminit diperlukan Kelantan untuk kembali mendahului 2-1 sekali lagi menerusi kelincahan Norshahrul Idlan yang mudah memperdayakan pertahanan Tentera untuk menewaskan Farizal buat kali kedua.
Bagi memberi nafas baru dalam usaha memburu gol penyamaan, jurulatih Tentera, B Sathianathan melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-60, memasukkan Venice Elphi Danny Kaya dan Fitri Omar menggantikan Christie Jayaselan dan Azmi Muslim.

Hasilnya seminit kemudian, Tentera berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila Marlon mudah menanduk masuk bola sepakan percuma Rezal Zambery dari sebelah kanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau Muda ke final saingan B-21 Thanh Nien

Written By Unknown on Sabtu, 20 Oktober 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Harimau Muda melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali berjaya mara ke final kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 selepas menundukkan Thailand 1-0 pada separuh akhir di Stadium Pleiku, Gia Lai, Vietnam petang semalam.

Selepas deretan peluang keemasan dipersiakan sepanjang babak pertama, gol kemenangan Harimau Muda terhasil pada minit ke-53 selepas Syahrul Azwari Ibrahim menyudahkan dengan baik hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri.

"Ini satu kejayaan cukup baik memandangkan kami ke sini tanpa beberapa tonggak utama bersama skuad kebangsaan. Tahniah kepada pemain kerana kesungguhan mereka tetapi misi belum selesai. Kerjasama sepasukan yang membawa kami ke final," kata jurulatih, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Vietnam, malam tadi.
Harimau Muda bakal berdepan tuan rumah Vietnam pada final, esok selepas juara bertahan itu menyingkirkan Sydney FC pada satu lagi separuh akhir.

Sejak menyertai kejohanan jemputan itu pada edisi kedua penganjurannya pada 2008, pencapaian terbaik skuad negara ialah menduduki tempat keempat pada 2010, selebihnya kandas di peringkat kumpulan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Nani sedia rempuh halangan Stoke

Manchester: Pemain sayap Manchester United, Nani menjangkakan konfrontasi fizikal apabila menanti kunjungan Stoke di Old Trafford malam ini, kerana ia aksi pertama mereka di gelanggang keramat itu selepas dikejutkan kekalahan 3-2 kepada Tottenham, 29 September lalu.

Selepas tewas dua kali dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, United sedar mereka perlu meminimumkan kesilapan mudah supaya apa yang berlaku ketika bertemu Tottenham itu tidak berulang.

Lantas, Nani mengingatkan rakan-rakan sepasukan bahawa biarpun Stoke baru menang sekali musim ini, lawan itu juga baru tewas sekali itupun dengan pendahulu liga, Chelsea 1-0 manakala selebihnya mencatat lima seri.

Ia juga menjadi susah kerana kebanyakan aksi permainan nanti ialah perebutan bola di udara" - Nani, Pemain sayap MU

Smalling perkukuh benteng

"Ia sentiasa sukar apabila berdepan Stoke kerana mereka menggunakan corak permainan berbeza berbanding kebanyakan pasukan lain di EPL.

"Mereka cukup fizikal dan memiliki pemain yang kuat. Ia juga menjadi susah kerana kebanyakan aksi permainan nanti ialah perebutan bola di udara. Kami perlu kuat dan cuba main corak permainan biasa.

"Kami beraksi di laman sendiri dan kami perlu yakin untuk mendapatkan tiga mata penuh. Ia cukup penting kerana apabila kamu beraksi di tempat sendiri, kamu berpeluang besar meraih kemenangan," kata Nani.
United bakal terus turun tanpa kapten, Nemanja Vidic dan Phil Jones yang cedera lutut, namun Chris Smalling mungkin kembali memperkukuhkan benteng pertahanan selepas pulih daripada kecederaan. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Tuah litar basah buat Hafizh

Tuah litar basah buat Hafizh
'Terkejut dan gembira kerana saya tak pernah lakukan sebelum ini'
'Terkejut dan gembira kerana saya tak pernah lakukan sebelum' Sepang: Beraksi atas litar basah memberi kelebihan buat pelumba waildcard negara, Hafizh Syahrin Abdullah (kanan) apabila menguasai sesi latihan bebas kedua Moto 2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Ketika ramai pemerhati terarah kepada pelumba handalan dunia lain, Hafizh yang menunggang jentera FTR mencuri perhatian selepas catatan 2 minit 13.493 saat dilakukan pada pusingan ketiga berjaya meletakkannya di kedudukan teratas carta pelumba pada sesi latihan bebas kedua.

Saya tak kisah

"Strategi saya adalah untuk keluar awal daripada pelumba lain dan ada melakukan sedikit penambahbaikan pada jentera. Ia berhasil. Memang terkejut dan gembira kerana saya tidak pernah melakukannya pada sebelum ini.

"Saya tidak kisah mengenai cuaca pada hari perlumbaan nanti tetapi saya harap perlumbaan dapat berlangsung dalam keadaan litar basah kerana saya juga lebih gemar untuk beraksi dalam hujan," katanya yang digelar sebagai Pescao (ikan kecil) kerana kemampuannya beraksi baik ketika dalam keadaan litar basah.
Berdasarkan prestasi baiknya dalam keadaan litar basah, Hafizh kini menaruh harapan supaya perlumbaan sebenar, Ahad ini juga akan berlangsung dalam keadaan sama.

"Sudah pasti pasukan lain juga akan melakukan selarasan terbaik. Namun kejayaan ini memberi lebih keyakinan kepada saya untuk cuba mendapatkan keputusan lebih baik pada perlumbaan sebenar nanti," katanya yang meletakkan sasaran lima terbaik sekiranya perlumbaan berlangsung dalam cuaca hujan.

Bagaimanapun, kesemua pelumba merekodkan catatan lebih baik pada sesi pertama dengan pelumba Tuenti Movil HP 40, Pol Espargaro mencatatkan masa terpantas, selepas mencatatkan masa 2: 08.01.5s.

Hafizh berada di kedudukan ke-24 dengan catatan masa terbaik, 2: 09.76s.


15.23 | 0 komentar | Read More

Malam bersejarah!

Final Piala Malaysia 2012, Stadium Shah Alam, 8.45 malam ini

Pentas Gladiators, Red Worriors - Masa terbaik buat Tentera cipta sejarah selepas 46 tahun menunggu, namun peluang itu mungkin disekat Kelantan yang turut mahu merangkul kejuaraan trebel musim ini pada final Piala Malaysia, malam ini.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/



15.23 | 0 komentar | Read More

Beregu negara mandi peluh

Written By Unknown on Kamis, 18 Oktober 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara yang juga pasangan nombor lima dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa bermandi peluh sebelum menang 15-21, 21-17, 21-15 ke atas wakil Belanda, Anders Kristiansen-Julie Houmann untuk mara ke pusingan kedua badminton Terbuka Denmark, semalam.

Pada set pertama, pasangan negara itu seperti lambat panas dan gagal mendapat rentak apabila tidak berupaya memberi saingan kepada pihak lawan sehingga tewas 15-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-17 di set kedua.

Kemenangan itu jelas membangkitkan semangat Peng Soon-Liu Ying untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua apabila menang 21-15 di set penentuan. Mereka akan bertemu wakil tuan rumah, Anders Kristiansen-Julie Houmann, hari ini yang menewaskan pasangan New Zealand, Kevin Dennerly-Minturn-Oliver Leydon-Davis di pusingan pertama, kelmarin.
Wakil negara dalam acara perseorangan, Tan Chun Seang mendapat kemenangan percuma selepas lawannya, Tommy Sugiarto dari Indonesia menarik diri.

Dia kini akan menentang sama ada Chong Wei Feng atau Simon Santoso yang turun beraksi awal pagi tadi.


15.23 | 0 komentar | Read More

350 teruja di kem 'Play More Learn More'

Beseri: Seramai 350 murid menyertai edisi kelapan kem sukan Milo bertema 'Play More Learn More' di Padang Bola Sepak Institut Kemahiran MARA di sini, Sabtu lalu.

Di kem yang dianjur dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Beseri Jaya itu, kanak-kanak diajar kemahiran asas sukan bola sepak dan bola jaring.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd-MILO, Ng Ping Loong memuji JPNIN Perlis dan KRT Beseri Jaya yang bersungguh-sungguh memastikan kem ini berjalan dengan baik sehingga memberi kenangan manis kepada peserta.
"Kem Sukan MILO Play More Learn More' ini adalah satu lagi inisiatif korporat Milo dalam membudayakan nilai positif sukan dalam kehidupan kanak-kanak agar mereka membesar dengan penuh keyakinan menghadapi cabaran hidup," katanya pada majlis perasmian oleh EXCO kerajaan Perlis, Abdul Jamil Saad.

Sementara itu, kem 'Play More Learn More' MILO ke sembilan dijadual di Sekolah Kebangsaan Parit Lapis dan gelanggang futsal Taman Nira, Batu Pahat, Johor pada Ahad ini ini.

Seramai 330 kanak-kanak bawah 12 tahun akan menyertai kem ini dan terbabit dalam tiga acara – Futsal 5 sebelah, bola jaring dan sepak takraw.


15.23 | 0 komentar | Read More

Helang Rimba 'serang' Stadium Shah Alam

Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 penyokong dan peminat pasukan bola sepak Tentera dijangka membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan final Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Tentera, Lt Kol Abd Rahman Mahmud, berkata mereka kebanyakan anggota Tentera, keluarga mereka dan peminat setia pasukan dari seluruh negara.

Ditubuhkan dua tahun lalu
Katanya, dari kalangan ribuan penyokong yang akan hadir ke stadium termasuk 4,000 ahli kelab yang menggelarkan diri mereka Helang Rimba yang diwujudkan dua tahun lalu.

"Mereka adalah penyokong tegar yang akan memeriahkan stadium dengan pukulan gendang, sorakan dan nyanyian lagu bersemangat patriotik yang sering dinyanyikan dalam tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari awal hingga tamat permainan," katanya semalam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut menjelang final Piala Malaysia atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Bintang TRW kekal!

KAFA sudah ikat rapi semua tonggak, Azwan Roya terima tawaran Johor

Kota Bharu: Semua pemain 'bintang' Kelantan tidak akan ke mana-mana kerana mereka sudah diikat rapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sehingga musim depan.

Ini disahkan Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail sekali gus menafikan khabar angin bahawa beberapa pemain ternama skuad itu seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha akan meninggalkan Red Warriors untuk menyertai Johor.

"Norshahrul masih ada kontrak dan hanya berakhir hujung musim depan manakala Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad masih ada kontrak," - Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA

"Ia cuma spekulasi yang tidak berasas. Kairul Fahmi yang didakwa menerima tawaran RM3 juta meninggalkan Kelantan, sudah menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan ini.

"Norshahrul masih ada kontrak dan hanya berakhir hujung musim depan manakala Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad yang dikaitkan dengan pasukan jiran, masih mempunyai baki kontrak lebih setahun," katanya ketika dihubungi semalam.

Rosmadi berkata cuma Nurul Azwan Roya yang akan meninggalkan The Red Warriors (TRW) kerana kontraknya tamat akhir musim ini.

"Bagaimanapun, kami masih berbincang dengannya walaupun dia dikatakan sudah bersetuju menerima tawaran Johor musim depan," katanya.
Ramai kekal bersama kami: Hodak

Rosmadi bagaimanapun, tidak menafikan ada beberapa pemain yang akan digugurkan oleh pihak pengurusan, tetapi belum dapat menamakan pemain yang tidak akan bersama TRW musim depan.

"Buat masa ini, semua pemain sedang fokus kepada final Piala Malaysia dan kami tidak mahu konsentrasi mereka terganggu dengan perbincangan mengenai kontrak mereka," kata Rosmadi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak percaya TRW akan kekal gagah musim depan kerana tidak ada pemain yang mahu meninggalkan pasukan itu.

"Mungkin satu atau dua pemain akan keluar daripada pasukan, namun saya yakin ramai pemain akan terus berkhidmat di sini terutama selepas Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia Sabtu ini.

"Setakat yang saya tahu, ramai pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan dan mereka yang akan tamat kontrak sudah menandatangani kontrak baru," katanya.

Jurulatih berbangsa Croatia berusia 41 tahun itu juga sedang berunding terma kontrak barunya untuk musim depan dan berharap dapat terus berkhidmat dengan pasukan Kelantan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Zulfahmi pasang impian raih podium

Written By Unknown on Rabu, 17 Oktober 2012 | 15.23

Tempat kelima pada perlumbaan di GP Jepun, minggu lalu jadi pembakar semangat

Kuala Lumpur: Lima hari sebelum perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini, pelumba Moto 3 negara, Zulfahmi Khairuddin mula memasang impian untuk meraih kejayaan podium sulung dalam kerjaya di negara sendiri.

Harapan pelumba dari Banting, Selangor itu dianggap realistik apabila berada di tempat kelima pada perlumbaan sebelum ini di Grand Prix Jepun, minggu lalu.
Sekiranya berjaya, Zulfahmi yang dilahirkan pada 20 Oktober 1991 bakal menerima hadiah ulang tahun paling bernilai dan penuh makna apabila hari perlumbaan sebenar akan berlangsung hanya sehari selepas tarikh itu.

"Saya tidak sabar untuk berlumba di sini. Memang tekanan sentiasa ada terutama ketika berlumba di negara sendiri tetapi bagi saya semua itu akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk cuba melakukan yang terbaik.

"Moto 3 bukan satu perlumbaan yang mudah, namun saya yakin dengan kemampuan jentera sekarang. Saya mampu untuk mendapatkan keputusan baik dan berharap mampu memberikan saingan kepada pelumba lain.

Berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik
"Saya akan bekerja lebih keras dan cuba merebut kedudukan lima terbaik pada sesi kelayakan. Saya percaya dengan strategi pasukan dan persiapan terhadap jentera, saya mampu melakar keputusan lebih baik," katanya ketika ditemui pada satu sidang media semalam.

Selepas 15 pusingan, Zulfahmi kini melakar sejarah baru buat dirinya apabila berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik iaitu di kedudukan ketujuh keseluruhan kategori Moto 3 dengan mengumpul 92 mata.

Untuk rekod, Zulfahmi hampir meraih kedudukan podium pertama ketika pusingan ketiga di Grand Prix Portugal pertengahan tahun ini dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, berkata pihaknya cukup bangga dengan pencapaian yang diraih Zulfahmi musim ini.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kawalan ketat di Shah Alam

Shah Alam: Setiap kelakuan dan tindakan penyokong pada final Piala Malaysia antara Kelantan dan Tentera di Stadium Shah Alam, Sabtu ini akan diperhatikan.

Itu adalah peringatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertindak memasang kamera di setiap sudut stadium berkenaan sebagai langkah awal untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Pengerusi Jawankuasas Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md Rashid, berkata semua kamera tersembunyi itu akan dipasang di dalam dan luar stadium bagi mengawal penyokong daripada bertindak negatif dan membawa bahan yang dilarang seperti mercun dan vuvuzela.
"Musim ini kawalan final Piala Malaysia lebih ketat berbanding tahun sebelum ini. Selain itu kami juga menyediakan 1,000 anggota keselamatan.

"Keputusan ini sebagai langkah untuk mengesan dan mengenal pasti sebarang tindakan penyokong yang melanggar arahan, selain membawa barang terlarang seperti mercun, vuvuzela dan kain rentang berbaur hasutan," katanya pada sidang media Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Sementara itu, pengerusi pengelola perlawanan akhir, Datuk Hamidin Mohd Amin memperuntukkan 30,000 keping tiket kepada setiap pasukan Tentera dan Kelantan.

"Jika kedua-dua pasukan mampu menghabiskan jualan tiket itu, kami akan jual baki 20,000 keping lagi di Stadium Shah Alam pada jam 9 pagi hingga 7 petang, bermula Khamis ini," kata Hamidin.
Untuk memastikan memudahkan penyokong masuk ke stadium, Hamidin menetapkan Pintu A bagi penyokong Tentera manakala Pintu C, bagi penyokong Kelantan.


15.23 | 0 komentar | Read More

Tentera tetap komited tanpa ganjaran lumayan

Kuala Lumpur: Walaupun tidak dijanjikan ganjaran lot tanah bernilai RM80,000 seperti Kelantan, pemain Tentera tetap komited membawa pulang trofi selepas tamat final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Jurulatih Tentera, B Sathianathan mengakui tawaran lumayan Kelantan itu boleh menjadi rangsangan kepada pemain terutama dalam saingan akhir merebut piala paling berprestij negara.

"Saya akui pengumuman pasukan lawan itu boleh membakar semangat pemain mereka.
Belum tetapkan pengganti Irwan Fadli

"Begitu juga dengan pemain Tentera yang turut dijanjikan ganjaran seperti dimaklumkan Presiden Persatuan Bola sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jeneral Tan Sri Zulkiffeli Mohd Zain, baru-baru ini," katanya.

Sathianathan berkata, dia belum memutuskan pemain yang bakal mengambil alih tempat Irwan Fadli Idrus di bahagian pertahanan yang tidak dapat beraksi di pentas akhir kerana menerima kad kuning kedua pada saingan separuh akhir dengan Lions XII.

"Ketiadaannya amat dirasakan memandangkan dia seorang pemain yang rajin dan sentiasa konsisten sepanjang musim bermula dalam Liga Perdana sehingga ke separuh akhir piala Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, dia terpaksa menerima hakikat itu dengan mencari penggantinya di kalangan pemain pasukan antaranya termasuk K Reuben, Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut menjelang final Piala Malaysia 2012 atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


15.23 | 0 komentar | Read More

Kemarau 5 tahun Harimau tamat

Anak didik Rajagobal benam Hong Kong 3-0

Hong Kong: Harimau Malaya akhirnya menamatkan kemarau lima tahun tanpa kemenangan di tempat lawan apabila dengan bergaya membenam Hong Kong 3-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Mongkok, malam tadi.

Kali terakhir skuad kebangsaan menang di tempat lawan ketika menewaskan Sri Lanka 4-1 di Colombo pada 24 Mac 2007.
Pada aksi malam tadi, penyerang kebangsaan, Safee Sali yang turun dengan memakai lilitan lengan selaku kapten melakukan rembatan kemas kaki kiri menewaskan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai untuk gol pertama pada minit ke-58.

Jaring pertama Safee dalam 11 bulan

Ia jaringan pertama Safee sepanjang tempoh 11 bulan selepas kali terakhir melakukannya ketika bertemu India di Calcutta, 16 November tahun lalu.

Kedudukan makin selesa selepas Safiq Rahim yang masuk pada minit ke-73 berjaya menyudahkan sepakan percuma cantik untuk gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-81.
Seorang lagi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani melengkapkan gol ketiga pada masa kecederaan selepas menyudahkan bola sepakan percuma Safiq dari sebelah kanan.

Terdahulu skuad negara yang turun tanpa beberapa tonggak utama dari pasukan Kelantan dan Tentera dilihat gagal mempamerkan aksi kemas pada separuh masa pertama sebelum mempertingkatkan corak permainan sebaik babak kedua bersambung.

Untuk aksi persahabatan antarabangsa seterusnya menjelang Piala Suzuki AFF 2012 penghujung November, Harimau Malaya bakal bertemu Vietnam di Hanoi, 3 November ini bagi misi membalas dendam kekalahan 2-0 di Shah Alam, 11 September lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Rose juara Final Golf Dunia

Written By Unknown on Sabtu, 13 Oktober 2012 | 15.23

Belek (Turki): Justin Rose mengembalikan memori Piala Ryder dengan menewaskan Phil Mickelson bulan lalu apabila menewaskan rakan senegara dari England, Lee Westwood dengan satu pukulan dan merangkul gelaran kejuaraan Final Golf Dunia, semalam.

Pemain nombor lima dunia itu melakukan lima bawah par 66 untuk menewaskan Westwood yang mencatatkan birdie pada lubang terakhir dengan 67 di Lapangan Sultan di Kelab Antalya.

Rose tidak pernah ketinggalan sejak permulaan permainan dengan mencipta birdie pada lubang pertama dan kemudian tiga bawah par pada sembilan lubang dan hanya satu di depan Westwood.
Rose kemudian berada dua pukulan di depan dengan satu birdie pada lubang 10 sementara Westwood mencipta birdie pada lubang ke-16 untuk berada di belakang Rose dengan satu pukulan sebelum pemain nombor lima dunia itu melakukan birdie pada lubang ke-17.

Tuah lubang 17

"Lubang ke-17 banyak membantu saya sepanjang minggu ini apabila saya melakukan pukulan kedua di sini semalam dan sudah tentu lubang 17 di Medinah (Piala Ryder) yang mengubah permainan saya menentang Phil (Mickelson)," kata Rose yang menerima hadiah kemenangan tertinggi dalam 14 tahun karier profesionalnya iaitu AS$1.5 juta (RM4.6juta).
"Saya tahu sebelum hari ini dia bermain bagus di lapangan ini. Dia mempamerkannya apabila menentang Phil di Piala Ryder.

"Saya bermain dengan dia pada awal minggu ini dan melakukan pukulan 66 jadi saya fikirkan saya perlu berada di sekitar itu. Saya melakukan pukulan baik pada lubang akhir dan memberi sedikit tekanan, jadi tidaklah terlalu teruk," kata Westwood. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Karim tidak berdiam diri

Kuala Lumpur: Sedang namanya tercalar ekoran penggantungan enam tahun, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim menegaskan tidak berdiam diri dan akan mendedahkan kepincangan dalam badan berkenaan yang menyebabkan dirinya dijadikan 'kambing hitam' dijatuhkan hukuman itu.

"Daripada awal, saya sudah kata saya tidak bersalah dan masih kekal begitu. Sudah tentu saya sedih diperlakukan sebegini sedangkan saya banyak berkorban untuk sukan yang saya sayangi ini," katanya semalam.

Masih memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Persatuan Olahraga Asia (AAA), Karim berkata sikap lantangnya membangkitkan kepincangan dalam badan induk itu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini menyebabkan dia 'disingkirkan'.
"Saya tidak salahkan pucuk pimpinan baru KOM tetapi saya akan buat pendedahan dalam satu sidang media tidak lama lagi mengenai apa yang dilakukan ahli gabungan KOM hingga mereka berkonspirasi menjatuhkan saya dan menjadikan saya sebagai 'kambing hitam'," katanya,

Kumpul bukti

Katanya, dia kini sedang menghimpunkan segala bukti untuk diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan termasuklah kes ahli gabungan negeri yang tidak menjalankan mesyuarat agung tahunan selama tiga tahun berturut-turut tetapi hadir semasa pemilihan KOM baru-baru ini, kes salah laku seksual yang ditutup dan penyalahgunaan peruntukan RM20,000 dalam satu kejohanan antarabangsa.

Karim juga berkata, dia akan menghantar segala bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pihak yang didakwanya melakukan kepincangan dalam badan induk itu tidak meletak jawatan.
Mesyuarat Majlis KOM Khamis lalu menjatuhkan hukuman penggantungan enam tahun ke atas Karim sekali gus jawatan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM) yang disandangnya turut terlucut dan tidak dibenarkan mengemukakan rayuan.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Tentera mampu cipta sejarah’

Melaka: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa skuad Tentera mampu mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali, musim ini.

Apa yang penting baginya, skuad kendalian B Sathianathan itu perlu turun dengan semangat berserta iltizam yang tinggi untuk memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini.

Tentera meranapkan impian Lions XII mara ke final Piala Malaysia apabila mencatatkan kemenangan 5-4 menerusi sepakan penalti, malam kelmarin.

Dalam bola sepak, tiada yang mustahil

Pada perlawanan pertama di Singapura, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan selepas beraksi 120 minit, aksi timbal balik turut menyaksikan keputusan sama untuk agregat terikat 2-2 sekali gus pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan langsung terhadap semangat serta iltizam setiap pemain pasukan ini untuk menjuarai Piala Malaysia.
"Jadi, Sabtu depan mereka akan 'all-out' untuk mencipta sejarah," kata Zulkifeli selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Kursus Pegawai Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja di Kem Terendak, Sungai Udang, semalam.

Zulkifeli yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM berkata, pasukan itu sudah mencipta sejarah dengan menjuarai Liga Perdana buat pertama kali pada musim ini sekali gus layak ke saingan Liga Super 2013.

"Kita juga mengulangi sejarah apabila layak ke final kali ketiga selepas melakukannya pada 1949 dan 1966.

"Bagi saya, dalam bola sepak, tiada yang mustahil dan apa yang pemain Tentera akan lakukan ialah turun dengan semangat juang tinggi serta beraksi habis-habisan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Ditanya mengenai ganjaran jika Tentera menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata: "Melalui pengamatan saya, soal ganjaran itu menjadi perkara kedua kerana pemain mempunyai keazaman tinggi untuk membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke pangkuan ATM."


15.23 | 0 komentar | Read More

Red Warriors hebat!

Anak buah Bojan Hodak hanya selangkah lagi untuk catat kejuaraan trebel

Shah Alam: Klimaks Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertembungan dua sang juara - juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Tentera apabila kedua-dua mara ke final, 20 Oktober ini.

Di Stadium Shah Alam, malam tadi, pertaruhan angka '3' oleh Kelantan dan Selangor lebih memihak kepada jaguh Pantai Timur itu apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Red Giants.

Walaupun perlawanan yang disajikan jelas seimbang tetapi segala usaha keras The Red Warriors berbalas dan kini hanya memerlukan tempoh 90 minit lagi sebagai detik penentu di pentas final untuk merangkul piala paling berprestij itu.
Selepas Piala FA dan Piala Liga Super berada dalam genggaman, kemenangan malam tadi bermakna peluang Pahlawan Merah untuk mendakap kejuaraan kali kedua Piala Malaysia hampir menjadi realiti.

Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan satu gol ketika tewas 0-1 di Kota Bharu, Jumaat lalu langsung tidak dihiraukan apabila terus melakukan asakan ke kubu lawan dan hasilnya seawal minit pertama, kaptennya, Safiq Rahim terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakan percumanya tersasar.

Permainan bertambah menghiburkan apabila penyerang pelawat, Mohammed Ghaddar melakukan percubaan 12 minit kemudian, tetapi sempat dikuis oleh penjaga gol, Norazlan Razali.

Tonggak tengah The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin juga tidak berupaya mengukuhkan agregat apabila sepakan 'chip' yang dilakukannya pada minit ke-38 sekali lagi dikecewakan oleh Norazlan.
Lima minit selepas itu, Selangor melakukan asakan dan rembatan kencang penyerang importnya, Bosko Balaban dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelincahan Ghaddar cukup menghadirkan kekacauan di benteng tuan rumah apabila berjaya melepaskan diri untuk merobek gawang, tetapi Selangor sekali lagi bernasib baik kerana Norazlan terus mengecewakan Kelantan daripada menambah jaringan.

Sebaik memasuki minit ke-84, The Red Warriors ternyata lebih layak untuk memegang status 'Red' yang sebenar apabila gerakan solo Ghaddar sebelum melakukan 'chip' berjaya melebarkan kedudukan agregat 2-0.

Dia melakukan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan cantik menewaskan tiga pertahanan lawan.

Mohd Badhri Radzi terus menghukum kelekaan lawan apabila sepakan percumanya menerjah gawang sekali gus membawa Kelantan ke final dengan kemenangan agregat 3-0.


15.23 | 0 komentar | Read More

Beregu kita takluk Taiwan

Written By Unknown on Senin, 08 Oktober 2012 | 15.23

Zakry, Fairuzizuan temui sentuhan selepas diganding sejak keluar BAM

Bekas beregu kedua negara itu bergandingan semula sejak keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ogos 2011 - tetapi sepanjang tempoh itu, mereka seolah-olah hilang sentuhan, sering kali terkandas di pusingan awal dan gagal ke final.

Semalam, beregu lelaki profesional di bawah naungan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu menewaskan beregu Indonesia, Angga Pratama dan Ryan Agung Saputra dengan kemenangan staright set, 21-12 21-14.
Kejayaan itu membolehkan pasangan ranking ke-27 dunia berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai AS$15,800 (RM47,400) manakala lawan mereka menerima AS$7,600 (RM22,800).

Zakry - Fairuzizuan pernah bernaung di bawah BAM selama 15 tahun sebelum membuat keputusan untuk bersama KLRC dan memulakan aksi kemunculan semula pada kedudukan ranking ke-320 dunia sebelum meningkat ke ranking 30 terbaik dunia.

Sepanjang tempoh itu, mereka terus kemarau kejuaraan dan peluang terbaik hadir ketika melangkah ke final Terbuka Thailand, Jun lalu tetapi tewas kepada pasangan China Xiaolong Liu dan Zihan Qiu, 21-18 21-19.

Mereka tewas di pusingan ketiga kepada beregu utama negara, Koo Kien Keat Koo dan Tan Boon Heong di Terbuka Indonesia pada akhir bulan sama dengan keputusan 21-17 21-14.
Pada 2011, mereka layak ke suku akhir All England tetapi akur dengan kehebatan pilihan utama dari Denmark, Mathias Boe dan Carsten Mogensen, 21-19 21-18.

Dalam final semalam, pasangan dilihat kembali mempamerkan aksi berbisa dan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan lawan yang juga pilihan pertama kejohanan dalam masa 42 minit.


15.23 | 0 komentar | Read More

Cardiff City kekal di persada Liga Kejuaraan

London: Kelab dimiliki usahawan Malaysia, Cardiff City terus kekal di tangga teratas Liga Kejuaraan selepas menewaskan Ipswich 2-1 di tempat lawan, awal pagi semalam.

Namun pesaing utama lain seperti Leicester, Wolves dan Crystal Palace masing-masing turut mencatat kemenangan untuk terus menghimpit kedudukan teratas bagi merebut tempat ke Liga Perdana Inggeris, musim depan.

Selepas ketinggalan menerusi jaringan DJ Campbell pada penghujung babak pertama, Cardiff bangkit membalas menerusi dua jaringan Heidar Helguson pada minit ke-63 dan 88.
Dengan tujuh kemenangan, sekali seri dan dua tewas, Cardiff kini mengumpul 22 mata untuk kekal dengan kelebihan satu mata mengatasi Leicester.

Ini kerana, Leicester turut mencatat kemenangan dengan menewaskan Bristol City 2-0 di laman sendiri untuk kekal di tangga kedua dengan 21 mata.

Wolves pula menang tipis 1-0 ke atas Blackburn manakala Palace mengatasi Burnley 4-3, untuk kedua-dua pasukan itu kekal di tangga ketiga dan keempat, kurang tiga mata berbanding Cardiff. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

4 pemain kebangsaan sarung jersi Perak

Empat pemain kebangsaan, Mohd Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Yong Kuong Yong dan V Thirumurugan adalah antara 13 pemain import tempatan yang akan menyarung jersi Perak dalam kancah bola sepak Liga Super musim 2013 nanti.

Kedatangan mereka ke Perak disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada majlis menandatangani kontrak sempena Kongres ke-54 persatuan itu di Ipoh, semalam.

Farizal adalah penjaga gol Negeri Sembilan, Hadi (Terengganu), Kuong Yong (FELDA United) manakala Thiru (Kedah).
Nazri, Khairul Amri kekal

Turut menandatangani perjanjian ialah dua pemain skuad musim ini, Mohamad Nazri Kamal dan Khairul Amri Jamaluddin.

Sementara itu dalam pemilihan jawatan, Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria; Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP), Isham Shahruddin dan Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat memenangi jawatan Naib Presiden.

Atas cadangan perwakilan Nizar diisytiharkan Naib Presiden 1, Isham (Naib Presiden 2) dan Sham (Naib Presiden 3).
Empat muka baru iaitu Johari Baharum, Mahadee Ramlee, Mohd Reduan Hamzah dan Mohamad Yadzan Mohamad berjaya dalam pemilihan sembilan jawatankuasa eksekutif. Lima yang berjaya mengekalkan jawatan ialah Zainal Anuar Adul Rashid, Abdul Halim Abd Rashid, G Irudianathan dan Rizal Ali Naizali.


15.23 | 0 komentar | Read More

Lunas segera!

Isu gaji: Pasukan gagal bayar dilarang sertai Liga M

Kelana Jaya: Pembayaran gaji pemain perlu dilunaskan sebelum tarikh akhir pendaftaran Liga Malaysia pada 26 November ini atau pasukan terbabit berdepan risiko tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu musim depan.

Amaran tegas itu dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mesyuarat Exco ke-6 di Wisma FAM semalam yang turut menuntut pasukan menyelesaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWPSP) yang masih tertunggak.

Jika pasukan ini gagal untuk menepati syarat yang ditetapkan, mereka dilarang menyertai Liga Malaysia musim depan,: Hamidin Mohd Amin, Naib Presiden FAM, Datuk

"Kita mendapat laporan ada pasukan yang masih belum melunaskan pembayaran gaji pemain dan Exco meluluskan untuk mengambil tindakan (ke atas mereka).

"Jika pasukan ini gagal untuk menepati syarat yang ditetapkan, mereka dilarang menyertai Liga Malaysia musim depan," kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan).

10 pasukan belum lunas tunggakan KWSP RM2.1j

Katanya, bagi tunggakan KWSP, ada 10 pasukan yang masih belum melangsaikan sejumlah RM2.1 juta tunggakan.
"Bagaimanapun jumlah ini jauh lebih sedikit berbanding tiga tahun lalu di mana jumlahnya mencecah RM11.2 juta. FAM akan memberi surat peringatan dan amaran untuk pasukan kelab atau negeri ini dan di samping itu, FAM akan menggunakan hadiah wang tunai, peruntukan kewangan dan insentif pasukan berkenaan untuk pembayaran tunggakan berkenaan," katanya.

Hamidin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) berkata, hanya selepas tarikh akhir pendaftaran, nama-nama pasukan yang gagal memenuhi syarat pendaftaran dan tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia musim depan, akan diketahui.

12 skuad dalam Liga Super

Untuk musim depan hingga 2016, sebanyak 12 pasukan akan bertanding dalam Liga Super termasuk pasukan jemputan dari Singapura dan 12 lagi di Liga Perdana, manakala Piala Presiden membabitkan semua pasukan negeri termasuk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail.

Pendaftaran untuk setiap pasukan adalah 18 hingga 25 pemain termasuk dua pemain import manakala dua pasukan yang bertanding untuk Piala AFC dibenarkan mendaftar empat pemain import.


15.23 | 0 komentar | Read More

Sharapova buat penyokong tuan rumah hampa

Written By Unknown on Minggu, 07 Oktober 2012 | 15.23

BEIJING: Pemain nombor dua dunia, Maria Sharapova tampil gah menewaskan jaguh tempatan, Li Na untuk melangkah ke final kejohanan tenis Terbuka China tatkala Jo-Wilfried Tsonga turut mara ke peringkat sama acara perseorangan lelaki.

Pemain berusia 25 tahun dari Russia itu menewaskan Li - pemenang Grand Slam tunggal dari Asia, 6-4, 6-0 untuk berentap dengan pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka yang menewaskan pilihan kesembilan dari Perancis, Marion Bartoli 6-4, 6-2.

Li mendahului 3-1 hasil servis hambar Sharapova tetapi pemain Russia itu kembali bangkit menang tiga mata berturut-turut. Sharapova terus mengekalkan momentum itu dalam set kedua tanpa membenarkan lawan mengutip mata.
Pertembungan separuh akhir lelaki menyaksikan Jo-Wilfried dari Perancis melangkah mara ke final hari ini selepas Feliciano Lopez dari Sepanyol menarik diri di set kedua saingan separuh akhir, semalam.

Pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan Lopez 6-1 di set pertama dan ia berkedudukan 4-1 di set kedua sebelum pemain kidal Sepanyol itu menarik diri akibat kecederaan pergelangan tangan kirinya.

Dia akan menentang sama ada Novak Djokovic atau Florian Maye. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Mat Yo ke Johor

Johor Bahru: Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha akan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Pemain kelahiran Besut, Terengganu yang kini bersama Kelantan dikhabarkan berminat untuk berubah angin beraksi bersama skuad yang bergelar Harimau Selatan itu.

Walaupun Norshahrul atau lebih kenali dengan panggilan 'Mat Yo' ada kontrak setahun lagi bersama Kelantan, perbincangan akan diadakan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan pelepasan membolehkan penyerang sensasi itu beraksi untuk skuad Johor.
Penyerang yang menerima anugerah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dua tahun berturut-turut, 2010 dan 2011 itu juga membantu skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki 2010.

Dua import kekal

Turut bakal disunting Johor ialah dua bekas pemain Johor FC yang kini beraksi untuk Kelantan, Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin.

Menurut pengurus Johor, Fandi Ahmad, selain Andre Francisco penyerang import dari Argentina, Juan Muriel Orlando turut dikekalkan.
"Saya tidak mahu dedahkan pemain berstatus kebangsaan yang akan menyarung jersi Johor. Biar Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan senarai penuh pemain tidak lama lagi," kata Fandi.


15.23 | 0 komentar | Read More

Shukor bimbang skuad Piala Suzuki

Kuala Lumpur: "Kita sudah tidak ada masa yang cukup!"

Itu reaksi spontan bekas pemain negara, Shukor Salleh mengenai peluang dan misi skuad kebangsaan mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.

Bukan tidak memiliki semangat patriotik, sebaliknya Shukor berpendapat tekanan pasti akan lebih tinggi berbanding ketika kali pertama menjuarai kejohanan itu kerana pasukan lain pastinya cuba menghalang kemaraan Malaysia.

"Bagi saya ranking cukup penting kerana ia akan memberi kesan kepada sesebuah pasukan terutama dari segi 'standard'," Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan

"Kita lebih tertekan kerana pasukan lain akan cuba untuk halang kita. Sudah tidak ada masa untuk eksperimen pemain dan sepatutnya sekarang kita sudah ada senarai kesebelasan utama atau sekurang-kurangnya bayangan awal.

"Bola sepak adalah sukan berpasukan, bukannya individu dengan keserasian dan persefahaman cukup penting. Tidak ada masa lagi untuk mencuba pemain. Aksi persahabatan selepas ini perlu digunakan untuk memperbaiki kesebelasan terbaik pasukan, bukannya terus membuat eksperimen," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia akan berdepan Hong Kong pada 16 Oktober ini, Vietnam (3 November) dan sekali lagi bertemu Hong Kong, 14 November.

Dalam masa sama, Shukor turut menyangkal kenyataan beberapa pihak yang menganggap ranking tidak penting sebaliknya dengan tegas berkata ranking adalah penanda aras kemampuan sesebuah pasukan.
"Ranking tidak hanya sekadar kiraan matematik. Bagi saya ranking cukup penting kerana ia akan memberi kesan kepada sesebuah pasukan terutama dari segi 'standard," katanya.

Dalam senarai ranking dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Rabu lalu skuad negara berada di kedudukan ke-162 dunia – kedudukan paling buruk di sepanjang tahun ini selepas berada tangga ke-148 dunia Januari lalu.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gol semangat Red Warriors

Kelantan belum selesa, Nasriq dilayang kad merah

Kota Bharu: Peluang beraksi di gelanggang sendiri di perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama dimanfaatkan dengan baik oleh Kelantan apabila meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Selangor, malam tadi.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH Ahad, di pasaran hari ini.

15.23 | 0 komentar | Read More

Permusuhan Wenger, Allardyce berterusan

Written By Unknown on Sabtu, 06 Oktober 2012 | 15.23

London: Kunjungan Arsenal ke West Ham hari ini akan menyalakan semula 'pertempuran' antara Arsene Wenger dan Sam Allardyce.

Pengurus Arsenal, Wenger dan bos Hammers Allardyce kerap tidak sebulu ketika Allardyce pernah membimbing Bolton satu masa lalu dengan Wenger kerap mengkritik pendekatan fizikal dilakukan Bolton.

Sekarang, kedua-duanya bertemu semula dengan Allardyce mahu Hammers berganjak ke tangga ketujuh di atas kelab Wenger itu bagi menambahkan bara kepada pasukan lawan di Upton Park nanti.
Arsenal kelihatan sukar untuk bangkit semula daripada kekalahan pertama musim ini kepada Chelsea, minggu lalu tetapi skuad Wenger bakal berlepas ke laman lawan tanpa kelibat pertahanan tengah Abou Diaby.

Wenger kritik Deschamps

Kecederaan paha Diaby mendorong Wenger mengkritik keras jurulatih Perancis, Didier Deschamps yang memutuskan mahu menggunakan khidmat pemain itu walaupun mengalami kecederaan.

Begitupun, Deschamps, membalas kritikan itu dengan berkata: "Saya mahu mengingatkan dia (Wenger) bahawa saya seorang saja yang akan membuat keputusan memilih pemain dan berapa lama mereka akan bermain," kata Deschamps. "Terdapat hanya seorang untuk memilih dan ia adalah saya."
Dalam pada masa sama, pertahanan Arsenal, Kieran Gibbs memberi amaran kepada West Ham bahawa pasukannya akan beraksi dengan agresif selepas kemenangan menewaskan Olympiakos pada Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

"Adalah penting untuk bangkit semula selepas tewas di laman sendiri. Amat penting buat pemain sebenarnya. Kami mahu melepaskan beberapa keraguan dalam fikiran kami ketika ini. Kami pasti dapat melakukannya dan kini mahu kembali berada di depan." - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Camp Nou amat sukar: Ronaldo

Madrid: Real Madrid bakal bertemu Barcelona dalam pertembungan El Clasico, hujung minggu ini dibantu dengan kebangkitan semula Cristiano Ronaldo tetapi tetap sedar kekalahan akan memberi kelebihan kepada musuh utama itu menjarakkan diri dengan 11 mata.

Ronaldo kembali berada di prestasi terbaik tepat pada masa menjaringkan tiga gol ketika kemenangan 4-1 ke atas Ajax dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu disusuli dengan hatrik ketika pasukannya menewaskan Deportivo La Coruna, 5-1 dalam kancah La Liga, minggu lalu.

Bintang Portugal itu kini bersedia untuk berdepan Barca selepas hatrik diciptanya. " Saya sangat gembira dengan cara permainan kami dan kejayaan ke atas Ajax memberi banyak keyakinan tatkala saya secara peribadi menyumbat tiga gol untuk mencari keyakinan diri," kata Ronaldo.
"Kami akan ke Camp Nou yang mana ia adalah stadium sangat sukar tetapi kami percaya akan peluang kami dan bakal memperoleh keputusan yang baik. Barca mempunyai barisan cukup kuat dengan kekuatan dalaman."

Kali terakhir Real dan Barcelona bertembung dalam liga adalah April lalu dengan Ronaldo menyumbang jaringan di Camp Nou ketika Madrid dalam laluan untuk memenangi kejuaraan liga.

Namun, Barcelona bermula musim ini dengan harapan memenangi semula mahkota dengan merakam enam kemenangan berturut-turut. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

Terbuka Malaysia ujian pertama 'orang baru' KOM

Kuala Lumpur: Barisan pucuk pimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang baru dua minggu mengambil alih badan induk itu akan diberi ujian pertama penganjuran Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia kali ke-88, hari ini.

Dalam kejohanan berlangsung dua hari di trek Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, seramai 252 atlit tempatan dari kesemua 14 negeri akan beraksi dalam 45 acara yang dipertandingkan.

Terbuka Malaysia kali ini juga menyaksikan 78 atlit dari tujuh negara iaitu Singapura, Brunei, Iran, Kuwait, Thailand, Taiwan dan Hong Kong mengambil bahagian.

"Kami mahu melihat di manakah standard atlit negara buat masa in". - Zainal Abidin Ahmad, Presiden KOM

"Kami akan menganjurkannya secara sederhana memandangkan baru saja mengambil alih pucuk pimpinan.

"Apa yang penting sekarang ialah kami mahu melihat di manakah standard atlit negara buat masa ini," kata Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Zainal juga berkata jawatankuasa penganjuran meneruskan semua perancangan sebelum ini biarpun barisan kepimpinan baru mengambil alih.

Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan hari ini adalah lari 100m, 400m, 800m, lari berpagar 110m, 4x100 m, lompat tinggi dan lompat jauh.


15.23 | 0 komentar | Read More

Gol berharga Tentera

Anak buah Sathianathan bawa bekalan gol tempat lawan untuk intai final

Singapura: Tentera tampak semakin hampir layak ke pentas final selepas kali terakhir melakukannya 46 tahun lalu walaupun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Lions XII pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Untuk berita penuh serta laporan lanjut kemeriahan saingan peringkat separuh akhir pertama Piala Malaysia, dapatkan naskhah BH di pasaran hari ini

15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger