Ferguson akur United lega atasi Liverpool

Written By Unknown on Selasa, 15 Januari 2013 | 15.23

Manchester: Alex Ferguson akur betapa kejayaan Manchester United menundukkan Liverpool sentiasa penting buat dirinya tanpa mengira status buruk kedudukan musuh tradisi dari Barat Laut England itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pendahulu EPL itu berjaya menafikan kebangkitan Liverpool dengan kemenangan 2-1 di Old Trafford untuk menamatkan kempen minggu lalu dengan kelebihan tujuh mata di depan penyandang juara, Manchester City yang turut menewaskan Arsenal 2-0 selepas itu.

Cabaran menakjubkan

"Memenangi perlawanan ini amat penting, ia tidak mengambil kira di mana posisi mereka dalam liga," kata Ferguson dengan kemenangan meningkatkan jurang besar 24 mata di antara kedua-dua kelab gergasi itu.

"Perlawanan di antara Manchester United dan Liverpool adalah cabaran yang menakjubkan di antara dua kelab paling berjaya dalam negara ini dan tiga mata itu diharap menjadi amat penting buat kami."

Liverpool adalah kuasa besar bola sepak Inggeris ketika Ferguson tiba di Old Trafford pada 1986 sebelum pengendali kelahiran Scotland itu meletakkan sasaran menyingkirkan mereka daripada kedudukan itu yang menyaksikan United kini memegang rekod 19 kejuaraan liga mengatasi The Reds, 18.

Mengenai perlawanan, kelmarin, Ferguson berkata: "Sebelum gol kedua kami beraksi amat cemerlang, ia adalah persembahan baik yang sudah lama kami tidak rasakan. tapi apabila mereka mendapat gol, mereka meraih inspirasi, penyokong mereka juga begitu, Secara jujur saya lega kami menang perlawanan ini." - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Ferguson akur United lega atasi Liverpool

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/01/ferguson-akur-united-lega-atasi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Ferguson akur United lega atasi Liverpool

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Ferguson akur United lega atasi Liverpool

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger