Kuala Terengganu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi bantuan dan kerjasama kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi menangani gejala rasuah dan judi bola sepak serantau.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar), berkata rasuah dan judi bola sepak adalah jenayah yang merentasi sempadan dan tidak boleh bergantung harap kepada sebuah negara saja bagi menangani gejala itu.
"AFC telah mengambil langkah yang wajar dan kita bersedia membantu bila-bila masa yang diperlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia dan Pelancaran IM4U Outreach Centre di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini.
Katanya, judi bola sepak pada kebiasaannya beroperasi melalui Internet dan ada sebahagian sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan kepakaran pihak polis antarabangsa bagi menanganinya.
Mampu dilumpuhkan
Ahmad Shabery berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang tegas dalam soal membanteras rasuah dan pertaruhan bola sepak yang dengan kerjasama semua pihak ia mampu dilumpuhkan.
"Jika perkara seperti ini berleluasa di negara kita, orang ramai akan hilang kepercayaan sekali gus boleh merosakkan industri bola sepak tanah air.
"Negara lain juga turut menghadapi perkara yang sama, namun Malaysia belum sampai ke peringkat yang lebih parah," katanya.
Kelmarin, AFC dilapor menubuhkan pasukan bertindak untuk memerangi dan membanteras gejala rasuah bola sepak dan mengatur keputusan perlawanan.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay dalam satu kenyataan berkata pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli gabungan AFC mengenai cara membanteras amalan berkenaan dengan memperkenalkan mekanisme memeranginya.
Awal bulan ini, agensi anti jenayah Eropah menyatakan keputusan ratusan perlawanan bola sepak sudah diatur di seluruh dunia melalui sindiket di Singapura.
BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rasuah: KBS sedia bantu AFC
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/rasuah-kbs-sedia-bantu-afc.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rasuah: KBS sedia bantu AFC
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar