Nadzmi tetap tanding

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 15.23

Walaupun seorang lagi calon dari Asia raih 18 sokongan, tak jejas pendiriannya

Kuala Lumpur: Sehingga tarikh tutup pencalonan semalam, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh kekal dengan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada pemilihan yang berlangsung 18 Mei depan.

Nadzmi menegaskan tidak ada perubahan dalam keputusan yang diumumkan sebelum ini walaupun Setiausaha Konfederasi Badminton Asia (BAC), Surasak Songvarakulpan menggesa beliau atau seorang lagi calon dari Asia iaitu Penasihat Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Justian Suhandinata menarik diri bagi mengelak perpecahan undian berlaku di kalangan ahli gabungan badan induk berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata gesaan yang dibuat Songvarakulpan adalah pandangan peribadinya dan beliau tidak akan terpengaruh dengannya.

"Itu pandangan peribadi beliau (Songvarakulpan) dan saya tidak mahu terpengaruh dengannya.

"Apa yang pasti saya mendapat sokongan yang kuat daripada ahli gabungan yang mahukan saya menjadi presiden BWF.
"Saya akan memulakan kempen tidak lama lagi dan berjumpa dengan ahli gabungan BWF bagi mendapatkan pandangan mereka," kata Nadzmi ketika dihubungi semalam.

Pertandingan tiga penjuru

Pemilihan merebut jawatan presiden kali ini dijangka membabitkan pertandingan tiga penjuru iaitu antara Nadzmi, Suhandinata dan Presiden Persatuan Badminton Eropah, Poul-Erik Hoyer Larsen.

Begitupun, Suhandinata dilihat mempunyai peratusan tinggi untuk memenangi pemilihan berkenaan selepas dilapor meraih 18 sokongan termasuk daripada kuasa besar badminton dunia, China.

Nadzmi membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden BWF selepas mendapat sokongan penuh daripada BAM yang mana beliau tidak lagi akan mempertahankan jawatannya dalam badan induk itu pada pemilihan Jun depan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Nadzmi tetap tanding

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/nadzmi-tetap-tanding.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Nadzmi tetap tanding

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Nadzmi tetap tanding

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger