Johor DT kekal rekod bersih

Written By Unknown on Minggu, 17 Februari 2013 | 15.23

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan rekod bersih di laman sendiri selepas menang tipis 1-0 ke atas T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Jaringan tunggal yang dihasilkan bintang Sepanyol, Daniel Guiza pada babak pertama sudah memadai buat skuad yang bergelar Harimau Selatan mengutip tiga mata, tatkala tanpa kelibat Aidil Zafuan Abd Radzak yang mengalami kecederaan.

Pengendalinya, Fandi Ahmad bagaimanapun kecewa kerana anak buahnya yang beraksi cemerlang pada babak pertama seharusnya mencatat kemenangan lebih besar hasil deretan peluang yang dicipta, tetapi gagal dimanfaatkan jentera serangan.

Kami sepatutnya menang dengan tiga atau empat gol, tetapi tidak guna mencipta banyak peluang jika tidak disempurnakan, kata Fandi yang lega dapat mengutip mata penuh selepas diasak hebat T-Team pada babak kedua.

Tembusi kotak penalti

Tuan rumah bermula garang seawal minit ketiga selepas bola hantaran kapten Safiq Rahim membuka ruang kepada Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti, tetapi rembatannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol T-Team, Mohd Iqbal Suhimi.

Selepas bertali arus mengasak kubu T-Team, akhirnya Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke-31 berpunca dari gerakan Nurul Azwan Roya yang menyepak bola leret dari sudut kiri tepat kepada Guiza yang sekadar menguis bola menewaskan Mohd Iqbal.
Bersambung babak kedua, T-Team yang bertungkus lumus memburu gol penyamaan berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-65, namun gol yang dihasilkan pemain gantian, Mohd Marzuki Yusof dibatalkan kerana berada pada posisi ofsaid.

Pengendali T-Team, Peter Butler memuji semangat juang anak buahnya yang kebanyakannya dibarisi pemain muda.

Kami bertemu pasukan yang dibarisi pemain bintang, mereka berhak untuk tiga mata ini tetapi kami sepatutnya pulang dengan satu mata, kata Butler.


Anda sedang membaca artikel tentang

Johor DT kekal rekod bersih

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/johor-dt-kekal-rekod-bersih.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Johor DT kekal rekod bersih

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Johor DT kekal rekod bersih

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger