Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

Written By Unknown on Sabtu, 02 Februari 2013 | 15.23

Biarpun menang kedua-dua perlawanan sebelum ini, pemain Harimau Muda A diingatkan supaya memperbaiki kelemahan yang ada, pada aksi persahabatan ketiga menentang kelab divisyen dua Australia, Brisbane Olympic di Stadium Goodwin Park, Brisbane, petang ini.

Jurulatih, Ong Kim Swee berkata masih terdapat kelemahan terutama dari segi pergerakan bola dari bahagian pertahanan ke bahagian depan yang dianggap perkara utama perlu diperbaiki selepas menilai dua aksi sebelum ini.

Waktu bermain sama

"Tiada banyak yang boleh saya lakukan dalam satu sesi latihan hari ini (semalam) memandangkan esok (hari ini) sudah perlawanan. Cuma harap pemain lebih faham mengenai apa yang saya tunjukkan tadi dan melakukannya pada perlawanan nanti.

"Mengenai susunan pemain, seperti yang saya katakan sebelum berlepas ke Australia, semua 25 pemain yang dibawa ini akan mendapat waktu bermain yang sama banyak.

"Sekarang bukan kesebelasan utama menjadi keutamaan, apa yang mustahak ialah untuk melihat pemain-pemain baru mampu beraksi di peringkat lebih tinggi," kata Kim Swee ketika ditemui selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Carrara, Gold Coast, semalam.

Banyak pilihan
Skuad Harimau Muda A menang 5-1 ke atas Palm Beach Sharks, Sabtu lalu disusuli kemenangan 2-1 ke atas Brisbane Lions, Rabu lalu dan bakal menamatkan kunjungan ke Australia bertemu kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa ini.

Dalam pada itu, Kim Swee kini sedang menilai gandingan tengah terbaik yang boleh dipertaruhkannya memandangkan terdapat ramai pemain berpotensi di posisi berkenaan.

"Saya mempunyai Irfan Fazail, Adam Nor Azlin, Syahid Zaidon, Saiful Ridzuan Selamat, Kenny Pallraj, D Saarvindran, S Sivanesan dan juga Gary Steven Robbat yang ketika ini cedera. Banyak pilihan dan siapa saja boleh saya ambil jika ada pemain utama yang cedera," ujarnya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/pemain-harimau-muda-diminta-baiki.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pemain Harimau Muda A diminta baiki kelemahan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger