Kuala Lumpur: Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) masih berada pada tahap normal, ia tidak cemerlang dan juga tidak teruk, kata Ahli Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh.
Sehubungan itu, guru berusia 47 tahun yang bersara sebagai pengadil pada 2011 selepas menjadi pengadil simpanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan itu berkata, semua pihak perlu bersikap positif untuk sama-sama membantu meningkatkan kualiti pengadil tempatan, bukan terus mencerca mereka.
"Walaupun mungkin ada satu atau dua pengadil yang lemah, kita tetap perlu beri sokongan supaya mutu pengadilan yang ada terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya kepada BH Sukan, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai mutu pengadilan Liga-M dilihat semakin hari semakin menimbulkan persoalan apabila keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan didapati agak 'mengarut', sekali gus menjurus kepada insiden pergaduhan pemain, selain penyokong yang marah membaling objek ke dalam padang.
Kemuncak kepada isu itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membidas mutu pengadilan Liga-M yang disifatkan belum mencapai tahap profesional.
Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Anda sedang membaca artikel tentang
'Pengadil tidak teruk'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/pengadil-tidak-teruk.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'Pengadil tidak teruk'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar