Safee ada misi tersendiri

Written By Unknown on Jumat, 15 Februari 2013 | 15.23

Johor Bahru: Andai tersenarai dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim (DT) pada aksi menentang T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok, Safee Sali ada misi yang mahu dilangsaikannya.

Apa tidaknya, selepas hampir tiga minggu bergelut dengan kecederaan dan terlepas beraksi bersama skuad Harimau Selatan serta skuad kebangsaan pada saingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Qatar tempoh hari, Safee tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Dia akan terus bekerja keras untuk meyakinkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal supaya menyenaraikannya semula dalam skuad kebangsaan menentang Yaman, di Stadium Shah Alam, 22 Mac ini.

Apapun semuanya bergantung kepada perancangan taktikal pengendali Harimau Selatan, Fandi Ahmad sama ada akan menurunkan Safee yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki kirinya dalam skuad utama ketika melayani kunjungan skuad bimbingan Peter Butler, malam esok.

Saya harap dapat bermain pada perlawanan dengan T-Team. Ini penting untuk saya menunjukkan kemampuan selepas pulih daripada kecederaan.

Jaring empat gol

Selain dapat membantu Johor DT, saya juga ingin memastikan nama saya disenaraikan ketika skuad negara bertemu Yaman pada Kelayakan Piala Asia 2015 di Shah Alam nanti, katanya.
Sementara itu, Fandi berkata, sebaik pulih daripada kecederaan, Safee beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Johor Military Force FC (JMF FC) dan menjaringkan empat gol.

Sama ada dia akan diturunkan dalam perlawanan menentang T-Team, malam esok, saya belum boleh beri kepastian sebaliknya akan pantau tahap kecergasannya pada sesi latihan, katanya.

Skuad Harimau Selatan kini berada di tangga kelima selepas mengumpul lapan mata hasil dari dua kemenangan dan dua keputusan seri.

Pasukan itu harus mengelak kekalahan pertama 2-3 ketika aksi menentang Pahang seandainya mahu memburu kelompok tiga teratas.


Anda sedang membaca artikel tentang

Safee ada misi tersendiri

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/safee-ada-misi-tersendiri.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Safee ada misi tersendiri

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Safee ada misi tersendiri

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger