Chukai: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus bertindak segera terhadap mana-mana pemain bola sepak yang terbabit dalam pergaduhan bagi meyakinkan orang ramai, khususnya peminat bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada.
Kelewatan FAM menyelesaikan isu itu akan menghilangkan keyakinan peminat sukan bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada," Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan.
Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera kerana ia boleh menghilangkan keyakinan orang ramai khususnya peminat bola sepak tempatan terhadap sukan berkenaan.
Hilang keyakinan
"Sukan bola sepak perlu dijalankan dengan cara yang terhormat dan berintegriti, sekiranya timbul pergaduhan, ia mesti diselesaikan segera dan FAM perlu memainkan peranan.
"Kelewatan FAM menyelesaikan isu itu akan menghilangkan keyakinan peminat sukan bola sepak kepada sistem pertandingan yang ada," katanya selepas merasmikan Program Komuniti Masyarakat Kampung Gong Limau di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan BH semalam mengenai Jawatankuasa Tatatertib FAM yang mengambil masa lama untuk memutuskan hukuman terhadap pemain Selangor dan Tentera yang terbabit dalam pergaduhan ketika perlawanan Piala FA, 25 Januari lalu.
Persoalan itu timbul apabila pemain yang terbabit dalam pergaduhan itu sehingga kini masih belum menerima surat pertuduhan daripada jawatankuasa berkenaan, walaupun kejadian sudah berlaku hampir tiga minggu.
Malah, ramai yang tertanya-tanya adakah FAM bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dan disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT), Lp; Abdul Rani Abdul Rahim yang mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa?
'Ranking turun kerana pemakanan, pembangunan pemain'
Mengenai kedudukan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya yang berada pada tangga ke-158 dunia, beliau berkata antara faktor prestasi skuad negara terus menurun kerana pemakanan dan pembangunan pemain.
"Sistem pemakanan yang diamalkan di pusat latihan bola sepak sekarang dianggap tidak mesra sukan kerana cara pemakanan yang salah diajar sejak awal," katanya.
Selain itu katanya, latihan sukan bola sepak perlu diberikan penekanan sejak awal dari zaman kanak-kanak membabitkan pelajar sekolah dan menengah di mana setiap sekolah perlu disediakan pelbagai kemudahan sukan termasuk gimnasium bagi tujuan latihan fizikal.
Anda sedang membaca artikel tentang
FAM harus peka!
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/fam-harus-peka.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
FAM harus peka!
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar