Afiq ‘senjata sulit’ Selangor

Written By Unknown on Selasa, 12 Februari 2013 | 15.23

Wira kontroversi Selangor ketika menyingkirkan Tentera pada pusingan pertama, Afiq Azmi berkemungkinan diletakkan sebagai senjata sulit ketika aksi pusingan kedua Piala FA berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang ini.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, dia mungkin akan menggandingkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe dengan bekas penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adenan berikutan ketiadaan Amri Yahyah yang digantung empat perlawanan.

"Ada perlawanan yang Ramzul lebih menyerlah dan ada perlawanan Afiq lebih menyerlah. Jadi, tidak menjadi masalah untuk saya menggandingkan antara Ramzul atau Afiq dengan Forkey Doe sepanjang ketiadaan Amri ini.

"Tapi berdepan Sabah, mungkin saya akan letakkan Afiq sebagai supersub seperti ketika bertemu Tentera apabila dia masuk dan menjaringkan dua gol," kata Irfan ketika dihubungi di Kota Kinabalu, petang semalam.

Pada perlawanan pusingan pertama menentang Tentera 25 Januari lalu, Afiq yang menyumbat dua gol dikatakan melakukan provokasi selepas pasukannya menang 3-2 penentuan sepakan penalti sehingga menyebabkan meletus pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.

Irfan berkata, selain Amri, dia turut tidak membawa S Kunanlan dan Bunyamin Umar yang masih belum pulih, namun tidak berdepan masalah untuk menurunkan empat pemain kebangsaan – Norazlan Razali, Mahalli Jasuli, Shukur Jusoh dan kapten, Asraruddin Putra Omar.

"Tapi Sabah sukar diramal kerana di Likas, mereka tewas 2-0 kepada Kedah (Liga Perdana) tetapi boleh menang 2-1 ke atas FELDA United (pusingan pertama Piala FA). Memandangkan ini perlawanan kalah mati, kami akan turun bermati-matian untuk menang," tegas Irfan yang mahu Selangor muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir.


Anda sedang membaca artikel tentang

Afiq ‘senjata sulit’ Selangor

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/afiq-sulit-selangor.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Afiq ‘senjata sulit’ Selangor

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Afiq ‘senjata sulit’ Selangor

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger