Hoki Malaysia terus rentak garang

Written By Unknown on Selasa, 12 Februari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Selepas mencatat kemenangan 4-2 pada aksi perlawanan persahabatan sulung, skuad hoki negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Ireland 3-0 pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad negara yang dalam persediaan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah pada 9-17 bulan depan mengasak kubu lawan namun Ireland menguatkan benteng pertahanan untuk mematahkan setiap serangan pemain negara.

Skuad negara yang berada di ranking 13 dunia hanya berjaya menjaringkan gol pembukaan satu minit sebelum babak pertama berakhir dengan pemain senior Ismail Abu menghadiahkan gol pertama.

Selepas waktu rehat, Muhammad Razi Abdul Rahim mencipta gol kedua pada minit ke-40 menerusi pukulan sudut penalti yang diterima pasukan negara selepas percubaan ketiga menembusi gawang yang dijaga David Fitzgerald dan Ismail sekali lagi menambah jaringan negara pada minit ke-59 untuk mendahului 3-0.

Sebelum masuk ke padang kita tidak fikir mengenai kemenangan. Apa yang ditekankan adalah pemain perlu konsisten dan selepas itu barulah datangnya keputusan.

Walaupun menang dua perlawanan, banyak lagi aspek yang perlu kami baiki terutama sekali untuk menguatkan pemain apabila bertemu satu lawan satu, kata penolong jurulatih Arul Selvaraj yang menggantikan Ketua Jurulatih Paul Revington kerana demam panas.

Perlawanan persahabatan terakhir menentang Ireland akan berlangsung esok jam 7 petang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.


Anda sedang membaca artikel tentang

Hoki Malaysia terus rentak garang

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/hoki-malaysia-terus-rentak-garang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Hoki Malaysia terus rentak garang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Hoki Malaysia terus rentak garang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger