Singapura: Hajat Pahang untuk kembali menghuni tangga teratas Liga Super selepas dirampas Selangor, malam kelmarin tidak kesampaian apabila tewas 3-0 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Malah, skuad kendalian Dollah Salleh itu turut dipintas Lions XII apabila kedua-dua pasukan terikat 12 mata hasil empat menang dan dua tewas tetapi Lions XII memiliki kelebihan perbezaan gol.
Pahang bagi saya kurang bernasib baik kerana mereka turut mendapat beberapa peluang, kata jurulatih Lions XII, V Sundramoorthy selepas perlawanan.
Beraksi di atas padang rumput tiruan, kelebihan ternyata memihak Lions XII yang cukup selesa mempamerkan corak hantaran kemas dan hasil pertama diperoleh seawal minit ke-12 menerusi penyudah Faris Ramli.
Lions XII sekali lagi berjaya menembusi gawang Pahang yang dikawal Nasril Nourdin, namun jaringan Fazrul Nawaz Shahul Hameed pada minit ke-35 dibatalkan pengadil kerana ofsaid.
Percubaan terbaik Pahang hanya diperoleh pada minit ke-38, tetapi rembatan Azammuddin Akil walaupun melepasi kawalan pertahanan Lions XII sekadar sipi ke kiri gawang lawan yang dikawal Izwan Mahbud.
Fazrul Nawaz sekali lagi kecewa apabila jaringannya pada minit ke-55 turut dibatalkan pengadil kerana ofsaid dan seminit kemudian jaringan pemain Pahang, R Gopinathan pula dibatalkan kerana kesalahan sama.
Lions XII berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan kemas pemain pertahanan, Safuwan Baharudin pada minit ke-66 berpunca sepakan percuma.
Selepas kecewa dua jaringan awalnya dibatalkan, Fazrul Nawaz akhirnya berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring apabila tandukannya berpunca sepakan sudut menghasilkan gol ketiga Lions XII minit ke-76.
Anda sedang membaca artikel tentang
Tok Gajah tersungkur
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/tok-gajah-tersungkur.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tok Gajah tersungkur
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar