Subahan muak layan kritikan negatif

Written By Unknown on Kamis, 14 Februari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya, terutama daripada individu yang tidak lagi terbabit secara langsung dengan bola sepak.

Bagi Subahan, tumpuan utama kini untuk memastikan perjalanan pasukan kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal lancar, baik sepanjang persediaan mahu pun ketika menghadapi kejohanan.

Biarlah apa mereka hendak cakap, kami sudah melakukan kerja kami, kata Subahan ketika diminta mengulas kritikan bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Mohamad Bakar yang mempersoalkan tindakan Rajagobal yang masih melakukan eksperimen ketika pertemuan dengan Qatar pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Rabu lalu.

Misi Australia sukar

Dalam kenyataannya kepada BH Sukan Sabtu lalu, Mohamad yang pernah membawa skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia 1980 di Kuwait berkata, jika Rajagobal masih menerapkan corak permainan sama, misi layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia pasti sukar.

Mohamad turut menyelar tindakan Rajagobal yang tidak menggunakan sepenuhnya pengalaman pemain senior yang dibawa ke Doha, selain mengambil risiko meletakkan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli di bahagian tengah.

Bagi Subahan, apa yang dilakukan Rajagobal ketika perlawanan pertama menentang Qatar adalah disebabkan kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan dan persediaan lebih rapi bakal dilakukan menjelang pertemuan dengan Yaman 22 Mac ini.
Subahan turut menafikan tanggapan pengkritik terhadap corak pemilihan skuad kebangsaan yang dikatakan lebih cenderung memilih pemain sama berbanding pemain terbaik yang ada ketika itu.

Kami sentiasa mengamalkan corak pemilihan pemain yang terbuka. Amri (Yahyah) sebelum ini (Piala Suzuki AFF) tidak dipanggil kerana isterinya hendak bersalin. Piya (Badhri Radzi) juga pernah kami panggil tetapi dia menolaknya, katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Subahan muak layan kritikan negatif

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/subahan-muak-layan-kritikan-negatif.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Subahan muak layan kritikan negatif

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Subahan muak layan kritikan negatif

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger